19 November 2012

DOA JAHANAM

 (Mike dah lupe ke atau buat-buat lupe yop? Atau benar ungkapan PAS sudah lupa!)

Salam 2 all.

Dunia Islam dikejutkan dengan peristiwa solat hajat dan doa anjuran PAS di Stadium Kota Bharu hari Sabtu 03 Muharram 1434, bersamaan 17 Nov 2012. Program yang dibuat sempena Muktamar PAS 2012 yang diadakan di PUTIK Kelantan tahun ini. Muktamar terakhir sebelum PRU 13.

Dalam keadaan umat Islam baru sahaja memasuki awal Muharram 1434, sempena menyambut peristiwa Hijrah Rasulullah saw daripada Makkah ke Madinah. Peristiwa yang melihat bagaimana Rasulullah telah mendamaikan dua suku Yathrib yang berperang lebih 200 tahun iaitu Auz & Khazraj; yang kemudiannya memeluk Islam dan dikenali sebagai kaum Ansar.

Kemudian Rasulullah saw berjaya mempersaudarakan sahabat Baginda yang berhijrah daripada Makkah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan kaum Ansar daripada Yathrib, kemudiannya membentuk sebuah Daulah Islamiyyah yang dikenali sebagai Madinatul Munawwarah.

Peristiwa Hijrah adalah iktibar bagaimana perdamaian dibina dan ukhwah dimantapkan diantara dua golongan yang saling berperang dan bermusuhan. Peristiwa Hijrah adalah iktibar dimana persaudaraan dijalin diantara dua golongan yang langsung tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Perdamaian dan persaudaraan yang membawa kepada Islam menjadi makin kuat dan mantap.

Dalam keadaan meraikan peristiwa Ma'al Hijrah itu, teman ingatkan sudah tentu umat Islam masakini akan mengambil iktibar daripada apa yang diajar oleh Rasulullah saw, iaitu membina kedamaian dan menjalain persaudaraan sesama Islam.

Umat yang berlainan bangsa dan darjat, tetapi punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, Satu Aqidah; sewajarnya menjadi Satu Umat!

Alas! Rupanya sebaliknya terjadi di bumi Islam Malaysia! Akibat keghairahan politik kepartian tanpa batas, akibat terlalu gila mabukkan kuasa politik, sempena Muktamar Agong PAS, mereka mengadakan solat hajat dengan doa supaya umat Islam lain yang tidak sehaluan aliran politik dengan mereka dihancurkan! PAS membuat solat hajat dan doa supaya UMNO dihancurkan!!!

Pada teman, ini adalah jelas satu tindakan yang langsung tidak Islamik, bercanggah dengan syariat, menyalahi adab dan tata kesusilaan kemanusiaan, dan menggambarkan tindakan liar berbentuk kehaiwanan politik yang melampau dan desperado!

Teman faham bahawa PAS sekarang terlalu desperado! Sokongan umat Islam khususnya orang Melayu makin merosot! Orang Melayu sudah mula meragui, mempersoalkan dan mempertikaikan tindak tanduk dan halatuju politik PAS!

Persekongkolan luar tabi'e dengan Anwar Ibrahim sangat menghairankan orang Melayu! Persekongkolan songsang dengan parti cauvinis DAP yang terkenal dengan "Islam over my dead body" sangat meragukan orang Melayu! Tindak tanduk PAS yang dilihat lebih menjadi Pak Turut dan memperkaldaikan diri dan diperkaldaikan oleh Anwar dan DAP menambah kegusaran dan kekhuatiran orang Melayu! Pemecatan tokoh pejuang PAS Dr Hasan Ali yang lantang mempertahankan aqidah umat dilihat sebagai paku terakhir kepada keranda politik PAS!

Melihat kepada sokongan orang Melayu yang makin merosot, sambutan orang Melayu yang begitu hambar dalam program-program anjuran PAS, teman percaya langkah mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO itu adalah langkah desperado dan terdesak bagi golongan pasrasit yang menguasai PAS! Mereka melihat lambaian Putrajaya semakin jauh, mereka melihat kerusi empuk Putrajaya makin hancur!

Pada teman, adalah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya ALLAH memberikan hidayah kepada beberapa pimpinan pembangkang yang sudah sesat dan tergelincir jauh daripada Islam. Pembangkang yang disarangi oleh pengamal fahaman liberal dan pluralisma yang menyamakan Islam dengan agama lain, pembangkang yang dihuni mereka yang sesat pemikiran dengan amalan seks bebas dan luar tabi'e LGBT; pembangkang yang didiami mereka yang mahu bangsa Melayu hancur aqidah dan agamanya!

Alangkah lebih baik PAS mengadakan solat hajat supaya rakan sebantal mereka DAP diberi petunjuk keimanan! Bukankah lebih baik mendoakan supaya Karpal Singh, Kitsiang & Guaneng menerima hidayah dan mahu menerima aqidah Islam dan menyembah ALLAH Yang Satu!

Alangkah lebih baik jika PAS mengadakan solat hajat dan doa agar umat Islam di Ghozzah, Falastin diberi keselamatan dan dilindungi daripada penyembelihan dan pembunuhan oleh rejim zionis! Malah adalah lebih baik kalau PAS berdoa moga ahli-ahli PAS diberi kekuatan dan semangat jihad untuk pergi ke Ghozzah dan bersama dengan umat Islam disana disaat mereka sangat-sangat memerlukan sokongan!

Teman yakin umat Islam Ghozzah akan terperanjat mendengar PAS mendoakan supaya umat Islam UMNO dihancurkan! Sedangkan umat Islam Ghozzah sedar dan insaf bahawa Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang menjadi harapan dan sandaran mereka! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan umat Islam UMNO lah yang paling banyak menyokong, membantu dan berkorban untuk mereka selama ini!

Suara umat Islam Ghozzah dibawa ke pentas dunia oleh pemimpin Islam UMNO sehingga ke peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu! Keberanian dan kelantangan pemimpin Islam UMNO lah yang berjaya menggegarkan dunia dengan suara rintihan umat Ghozzah!

Pemimpin Islam UMNO itu sekarang didoakan oleh para pasarasit PAS supaya dihancurkan! Airmata Ghozzah pasti mengalir melihat gelagat haiwan-haiwan politik yang terlalu gila dan taksub mahukan kerusi empuk kekuasaan, sehingga mengenepikan persaudaraan dan ukhwah yang diperjuangkan Rasulullah saw!

Malahan tindak-tanduk kaum pasrasit yang gila kuasa ini sebenarnya merosakkan Islam itu sendiri! Cuba mike bayang yop apa kata orang kafir bila mendengar ada Pak Lebai yang sanggup menadah tangan meminta ALLAH menghancurkan orang Islam lain! Pasti mereka kan kehairanan! Agama apa yang mengajar umatnya supaya mendoakan kehancuran dan kerosakan sesama sendiri?

Yang mendapat nama burok ialah Islam! Yang mendapat imej burok ialah Islam! Yang rosak ialah Islam!

Kepada umat Islam bangsa Melayu, berapa lama lagi kita mahu diperlembu dan diperkaldaikan oleh pasrasit-pasrasit ini? Berapa lama lagi kita mahu diperbodoh dan diperjahilkan oleh kaldai-kaldai politik yang menjadi tunggangan Anwar dan DAP ini?

Sebab itu umat Islam bangsa Melayu tidak ada pilihan lagi! Isyarat jelas mesti diberikan kepada pasrasit-pasrasit yang menguasai PAS! Bahawa umat Islam bangsa Melayu bukan kaldai yang boleh diperbodohkan! Umat Islam bangsa Melayu bukan haiwan yang boleh dijadikan bahan tunggangan!

Malah umat Islam bangsa Melayu sangat bangga dengan agama dan aqidahnya! Umat Islam bangsa Melayu sangat bersyukor menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang diiktiraf melalui undang-undang dan Perlembagaan sebagai bangsa yang ujud kerana agama Islamnya!

Sebab itu umat Islam bangsa Melayu akan bersatu dengan kekuatan iman dan aqidah, dan berjanji akan mengajar pasrasit-pasrasit haiwan politik ini dengan menolak mereka sepenuhnya mereka dalam PRU 13 akan datang!

Kita berikan mereka kerusi sifar - kerusi kosong - dalam PRU 13 nanti insyallah!

Dan kepada para pasrasit yang menguasai PAS, mike kena ingat! Doa mike itu jika tidak benar dan tidak diredhai, akan kembali kepada mike! Silap haribulan mike sendiri yang akan dihancurkan ALLAH! Mike sendiri yang akan dibinasakan ALLAH!

Sebab itu teman mendoakan semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah untuk kembali kepada Islam sebenarnya; risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw sebagaimana yang dimaktubkan didalam Al Quran & Sunnah Rasulullah saw!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
05 Muharram 1434
19 Nov 2012

11 November 2012

SURVIVAL MELAYU ISLAM

Zulkifli Noordin (kiri) menyampaikan ucapannya pada Forum Kebebasan Bertukar Agama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Ismail Mina Ahmad, Yusri Mohamad, Hasan Ali dan Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Survival orang Melayu dalam berdepan gejala pluralisme dan liberalisme bergantung kepada kekuatan dan perpaduan bangsa berkenaan untuk menolak pemikiran yang mengelirukan agama Islam.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, kesucian agama Islam perlu dipertahankan kerana serangan halus yang mempersoalkan ajaran sebenar agama suci itu datang dari pelbagai sudut termasuk dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Menurut beliau, pemikiran yang mahukan hak kebebasan beragama diberikan kepada bangsa Melayu bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah merupakan agenda halus melemahkan akidah umat Islam di negara ini.

"Kita orang Melayu tiada pilihan lain untuk kesinambungan survival, kekuatan orang Melayu bukan terletak kepada kuasa, bukan kepada ekonomi tetapi kepada akidah. Selagi orang Melayu beragama Islam, selagi itu kita akan berjaya".

"Kita hendak beri peringatan, walaupun mereka mungkin berjaya menembusi segelintir orang Melayu yang bersedia melacurkan bangsa serta agamanya; dan dalam keadaan kami dikatakan lemah dan berpecah, 'kamu' kena ingat, kami bangsa Melayu akan tetap mempertahankan agama kami; dan tidak akan bergerak walau seinci pun," katanya.

Beliau berucap dalam Forum Kebebasan Bertukar Agama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini semalam.

Zulkifli yang merupakan salah seorang daripada ahli panel forum berkenaan mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin yang turut berdiri dengan penuh semangat melaungkan takbir Allahuakbar.

Selain Zulkifli, forum anjuran Perkasa itu dibarisi Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (Issi), Dr. Yusri Mohamad.

Majlis perasmian forum yang dihadiri setiap peringkat usia itu disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan manakala Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah merupakan moderatornya.

Menurut Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, kenyataan menyatakan bahawa orang Melayu wajar diberi hak kebebasan memilih agama selain Islam secara tidak langsung merupakan cadangan penghapusan bangsa Melayu kerana Perlembagaan menetapkan orang Melayu adalah beragama Islam.

"Bila mereka berkata orang Melayu diberikan hak kebebasan beragama, secara tidak langsung mereka mencadangkan penghapusan bangsa Melayu, sama ada mereka sedar atau tidak, sama ada mereka jahil atau sengaja berpolitik," katanya.

Sementara itu, Hasan dalam forum berkenaan berkata, kenyataan Nurul Izzah sama sekali tidak boleh diterima kerana menimbulkan kekeliruan kepada ajaran sebenar agama Islam yang hanya membenarkan hak kebebasan beragama kepada golongan bukan beragama Islam.

"Tiada jihad yang lagi besar daripada jihad memperjuangkan agama, tetapi kita lihat Pas hanya mendiamkan sahaja dalam perkara ini, Pas telah menjadi kaku dan beku kerana Pas bukan lagi berkata berkenaan jihad tetapi berkata berkenaan hak asasi manusia, demokrasi dan Putrajaya," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

08 November 2012

ALAHAI SITI KUCIWA!

(Bang Non..Jah dah fenin ni..fenin! Ni bukan kes salah ibu ngandung ni!)

Salam 2 all.

Teman perturunkan dibawah lapuran daripada laman www.freemalaysiatoday.com bertarikh 08 Nov 2012 yang melapurkan kenyataan peserta yang bertanyakan soalan lipat-maut kepada Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang jelas maksudnya.


Peserta yang bertanya tersebut bernama Siti Kasim, seorang peguam dan ahli  jawatankuasa Human Rights Committee, Bar Council dalam program forum bertajuk ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang dihadiri Nurul Izzah anjuran bersama NGO bernama OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

Apa yang jelas mengikut peguam Siti Kasim, beliau memang bertanya Izzah tentang isu hak kebebasan orang Melayu untuk memilih agama (maknanya selain Islam! Dan itulah respon yang beliau dapat!

Apa yang beliau faham ialah Nurul menegaskan hak kebebasan memilih agama tidak patut terhad kepada non-Muslim sahaja. Malah hak kebebasan agama itu patut diberikan kepada orang Melayu (yang juga beragama Islam)!

Maknanya apa yang beliau faham daripada jawapan Izzah (mengambil kira ucapan Izzah semasa membentangkan pandangan dia semasa berucap) ialah orang Melayu juga wajar diberi hak kebebasan memilih agama selain Islam! Dan itulah yang dilapurkan oleh laman portal pro-Anwar MalaysiaKini dan www.1christians.blogspot.com!

Jadi beliau kecewa dengan pendirian Nurul yang pada beliau sudah mengubah pendirian 180 darjah sekarang!

Apapun, mike baca sendirilah! Kalau tak puas hati, elok mike gi tanya sendiri Siti Kasim ni! Mungkin mike boleh dapat hidayah nanti insyallah!

ALLAH dah beri mike otak yop; bukan untuk buat sup, tapi untuk berpikior yop! Maka berpikior lah sikit!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Zulhijjah 1433
08 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada www.freemalaysiatoday.com bertarikh 08.11.2012)

‘I am disappointed with Nurul’

Leven Woon | November 8, 2012
 
The lawyer who posed the sensitive question on religious freedom is disappointed that the PKR leader has changed her stand.


PETALING JAYA: A lawyer who posed the question on religious freedom to PKR vice-president Nurul Izzah Anwar during a forum last Saturday is disappointed with the politician’s 180 degree turn.

Siti Kasim, a member of the Bar Council human rights committee, said she was disappointed that Nurul had “retracted” her remark.

“I believe Nurul was just trying to impress the people, she didn’t think of the consequences,” she told FMT.
Siti said Nurul should have stood firm on her remark that freedom of religion was a right for all including the Malay-Muslim.

“There’s nothing wrong about it, she is saying the truth. I expected a hoo-ha after that. But as a politician, you just need to stick to the truth,” she added.

She wondered if Nurul was merely adjusting herself to the largely non-Muslim audience on that day and making a political remark.

At the forum titled “Islamic state: Which vision? Whose responsibility?”, Siti asked Nurul whether freedom of religion should be extended to the Malays since the PKR leader talked about the issue in her speech.
Siti said while Nurul did not mention about apostasy in her response, the latter however was a clear supporter of freedom of religion for the Malays.

“In the following days she ‘retracted’ her remark, and said she did not support apostasy. But indirectly when you say you support freedom of religion, and if Malay wants to get out from Islam, that’s apostasy,” she pointed out.

The Orang Asli rights advocate said she once posed the same question to Nurul’s father, Opposition Leader Anwar Ibrahim, but failed to get a direct response.

“He was going around the bush and didn’t answer directly. We want politicians to be straight forward,” she said.

Meanwhile, Siti said it was high time for the issue to be debated as the Federal Constitution did not exclude the Malays from their right to freedom of religion.

She said the individuals who criticised Nurul were the conservatives who insisted that their version of religion was the correct one.

06 November 2012

KEPUPUSAN MELAYU?

izzah-gereja513 

Salam 2 all.

Berikut adalah lapuran yang dimuat-turun daripada lamanweb www.agendadaily.com bertarikh 05.11.2012 yang mengupas isu hangat kenyataan Nurul Izzah Anwar Ibrahim yang menyentuh tentang isu "kewajaran hak kebebasan beragama juga diberikan kepada orang Melayu".

Mike baca sendirilah yop, peh tu mike pikior lah sendiri! Masing-masing dah ada akal, maka gunakanlah akal tu sebaik mungkin.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Zul Hijjah 1433
06 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran daripada lamanweb www.agendadaily.com)

Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.

Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.

Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.

Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.

Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.

Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.

Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya.

Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tank Kristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka.

Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

Kalau rajin sila google nama Full Gospel Tabernacle, buka laman webnya, kita akan dapati ia juga ada sidang dalam Bahasa Malaysia. Siap dengan jadual lagi.

OHMSI pula memang diketahui umum think tank Kristian yang sebelum ini pernah anjur forum tajuk The Christian and the Malaysian General Election 2008.

Ia bukan pergerakan agama sahaja, melihat kepada seranai panelis yang dijemputnya termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan ia amat minat dengan politik.

Oh ya.. forum The Christian and the Malaysian General Election 2008 dibuat sebelum PRU ke 12 iaitu 26 Januari 2008.

Apa maknanya semua ini? maknanya kemana undi orang kristian hendak pergi...

Sebab itu, jangan terkejut apabila Nurul Izzah 'tunjuk belangnya' dalam forum tersebut. Siapa tahu belang itu adalah untuk meraih undi.

izzah-postergerejaRamai yang terkejut membaca laporan mengenai  jawapan Nurul Izzah ketika ditanya oleh peserta forum (seorang perempuan) mengenai undang-undang yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata anak sulung Anwar Ibrahim itu.

Untuk rekod, undang-undang di Malaysia mengekang mubaligh/pendakwah bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada rakyat yang beragama Islam.

Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.

Berdasarkan video ucapan Nurul Izzah dalam forum tersebut, beliau menekankan isu pengkristianan orang Melayu boleh ditangani dengan mengasah keimanan penganut Islam itu sendiri.

"Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik,” kata beliau.

Turut serta sebagai panelis dalam forum tersebut adalah MP PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa, Ketua PKR Serawak Baru Bian, peguam Malik Imtiaz dan beberapa yang lain.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menjalankan siasatan lanjut terhadap rakaman ucapan Nurul Izzah di majlis tersebut.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin memberitahu Jais tidak teragak-agak untuk memanggil anak Nurul Izzah untuk memberikan keterangan jika terdapat maklumat yang bertentangan dan melanggari Majlis Fatwa.
“Jais perlu tengok terlebih dahulu dan dapatkan rakaman ucapan Nurul Izzah itu, kalau ada kenyataan-kenyataan yang tidak betul, kita akan buka fail lah,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Shah Alam petang Isnin.

Izzah dalam satu kenyataan di blognya pada Isnin mempertahankan pendirianya dengan memetik ayat al Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 256 "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)".

Nurul Izzah hanya memetik satu ayat, terjemahan penuh kepada ayat yang disebut Nurul Izzah itu adalah "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Beliau juga melalui kenyataan di blognya menegaskan beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Nurul Izzah bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.

"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di Kuala Lumpur Isnin.

Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.

Dalam pada itu, Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali dalam satu kenyataan pada Isnin turut sama 'belasah' Nurul Izzah. Menurut beliau, kenyataan Nurul Izzah membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam.

"Pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.

"Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam," kata Hasan dalam satu kenyataan medianya.

Hasan kemudiannya melahirkan kebimbangannya bahawa keupayaan majlis agama dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, membendung gejala memesongkan akidah ini mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.

"Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.

"Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan akidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu," katanya lagi.

Hasan menambah apa yang berlaku kini membayangkan virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.

"Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini," kata Hasan.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil pula meminta penjelasan daripada Nurul Izzah apa yang beliau dimaksudkan dengan “Melayu Bebas Pilih Agama?” seperti dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 4 November 2012

Dalam satu kenyataan beliau Wanita UMNO menolak sekeras-kerasnya pemikiran liberal yang cuba dibawa oleh beliau yang mana dengan jelas boleh meruntuhkan institusi agama Islam di Malaysia dan memecah belah serta menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Wanita UMNO juga ingin mengetahui pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku bapa dan Ketua Pembangkang serta Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu dan Presiden PKR mengenai kenyataan Nurul Izzah yang jelas bertentangan dengan prinsip pembangkang supaya komuniti tidak sepatutnya dijadikan mangsa.

"Dengan ini kami menegaskan bahawa orang Melayu Islam tidak sepatutnya dipermainkan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik dalam mendapatkan sokongan kaum lain. Kenyataan YB Nurul Izzah juga jelas telah menggadaikan maruah Melayu Islam demi mencapai kehendak politik tanpa memikirkan kepentingan dan kemakmuran komuniti beragama di dalam Negara ini.

Wanita UMNO juga menegaskan bahawa kenyataan beliau ini amat bertentangan dengan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam dan Perkara 11, mengenai Kebebasan Beragama yang telah diamalkan dengan penuh harmoni di Negara ini.- 5/11/2012 - OLEH HELME HANAFI - AGENDADAILY.COM

MELAYU MURTAD?

 (Apakah Gereja Sidang Jemaat ALLAH di tengah kota Jakarta saperti ini akan muncul di Tanah Melayu jika orang Melayu salah perhitungan dalam PRU13 nanti?)

Salam 2 all.

Kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada orang Melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental, iaitu adakah orang Melayu beragama Islam boleh murtad?

Teman berpendapat samada Izzah bercakap dalam keadaan jahil, ataupun sengaja cuba mencetuskan isu yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam bangsa Melayu khususnya. Dan teman berharap Izzah tidak membuat kenyataan itu sekadar untuk meraih undi non-Muslim, terutamanya daripada kalangan penganut Kristian!

Persoalannya mengapa Izzah memilih membuat kenyataan tersebut?

Teman juga mendesak Izzah mengesahkan samada benar lapuran yang menyatakan ucapan dan dialog tersebut dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor?

Apa yang jelas, majlis itu diberi lapuran terperinci oleh sebuah laman web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com! Laman portal pro-Anwar iaitu www.malaysiakini.com juga telah menyiarkan lapuran mengenai majlis tersebut!

Kalau ini benar, teman berasa sangat kesal kesempatan untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar tidak digunakan sebaik mungkin. Dan teman mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kesahihan lapuran tersebut dan mengambil tindakan yang perlu menurut lunas undang-undang sedia ada.

Berbalik kepada isu memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk memilih agama, Izzah sepatutnya mengetahui impak dan kesan kepada pandangan beliau itu iaitu:

1. Pertama yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam sangat sinonim, sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam!

Seseorang tidak boleh mengaku dia Melayu melainkan dia seorang Islam. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan!

Menyatakan orang Melayu boleh menukar agama selain Islam adalah sama kesannya dengan menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri!

Dan jika pandangan Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri "Melayu itu wajib Islam". Adakah PAS bersetuju dengan pandangan ini? Dan adakah itu yang diingini oleh umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini? Tepuk dada tanyalah iman yop!

2. Kedua, pandangan Izzah dalam isu ini adalah sama dengan agenda yang didalangi oleh Majlis Peguam dalam usaha mereka mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, atau lebih dikenali sebagai IFC, dengan sokongan beberapa NGO lain.

Antara lain agenda penubuhan IFC ini ialah semua warganegara Malaysia termasuk bangsa Melayu beragama Islam wajar diberikan hak memilih agama masing-masing! Persoalannya ialah adakah Izzah menyedari kenyataan beliau itu sekadar menterjemahkan agenda IFC itu?

Kedua, apakah pendirian para ulama dan pimpinan PAS! Teman ingat lagi betapa PAS mengambil pendirian sangat tegas menentang cadangan IFC ini. Malah PAS telah mengadakan bantahan besar-besaran terhadap cubaan yang dianggap mengkhianati dan menghina Islam ini! Hinggakan ada pemimpin kanan PAS yang ditangkap polis dan dikenakan pertuduhan jenayah dan dihukum! Begitu pemimpin PAS bertegas, hingga ada yang mengisytihar 'perang jihad' terhadap penganjur IFC ni!

Jadi teman nak tanya pemimpin PAS; apakah pendirian mereka sekarang dengan kenyataan Izzah ini? Adakah mereka bersetuju? Bersetuju bermakna mereka mentongsampahkan perjuangan dahulu. Kalau tidak bersetuju, mereka wajib mendesak meminta penjelasan dan kata-putus adakah itu dasar pakatan pembangkang? Jika benar memang menjadi dasar dan agenda pembangkang mahu memberi kebebasan memilih agama kepada orang Melayu, maka PAS tidak ada pilihan melainkan bermufarakah dan memisahkan diri daripada pakatan songsang ini!

3. Selanjutnya, isu kebebasan beragama ini sebenarnya adalah agenda pejuang kebebasan Barat! Ini tercatat dalam Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dimana ia menyatakan "tiap-tiap individu berhak memilih agama masing-masing dan mengamalkannya, dan tertakluk kepada hak untuk menukar agama itu"!

Persoalannya, adakah Izzah berkongsi pendapat dengan pejuang kebebasan Barat ini? Adakah pimpinan PAS juga turut berkongsi pendapat yang sama?

4. Sebenarnya isu hak kebebasan memilih agama ini adalah juga agenda perjuangan yang dibawa oleh segelintir umat Islam yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisma! Fahaman liberalisme dan puralisma adalah satu fahaman baru yang telah difatwakan sebagai sesat, yang membawa idea bahawa semua agama adalah sama!

Maknanya Islam sama dengan Kristian, Hindu sama dengan Budha, Sikh sama dengan Yahudi, Kristian sama dengan Hindu, Sikh sama Yahudi, Islam sama dengan Budha! Pendekkata, semua agama sama! Tidak ada yang lebih, dan tidak ada yang kurang!

Berdasarkan fahaman liberal dan pluralisma ini, adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam menukar agamanya kepada agama Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi atau lain-lain; sebab semua agama sama!

Begitulah sesatnya fahaman ini. Malah ada pengamalnya mempunyai keluarga yang cacamerba. Suami Kristian, isteri Islam, anak Hindu! Malahan kepercayaan penganut fahaman liberalisme dan pluralisma ialah mana-mana agama yang mengaku ianya benar dan lebih baik daripada agama lain "tempatnya di neraka"!

Persoalannnya ialah adakah Izzah berkongsi pandangan dan bersetuju dengan fahaman penganut liberalisme dan pluralisma ini?

5. Selanjutnya, kenyataan Izzah ini sama dengan pendirian bapanya iaitu Anwar Ibrahim. Dalam kes Azlina Jailani, seorang wanita Melayu beragama Islam telah murtad dengan memeluk agama Kristian dan mengambil nama Lina Joy! Kes ini menjadi satu isu besar dan dibawa ke Mahkamah!

Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara oleh media asing telah ditanya apa pandangan beliau tentang isu murtad Azlina Jailani! Jawapan Anwar, Azlina Jailani berhak memilih agamanya! Maknanya Azlina Jailani boleh murtad daripada Islam untuk memilih agama lain!

Jadi, apabila Izzah membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga patut diberi hak memilih agamanya, tujuan dan maksudnya sama saperti kenyataan bapanya!

Persoalannya, adakah ini kes "bapak borek anak rintik"?

RUMUSAN

Persoalan yang lebih besar untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam bangsa Melayu ialah apakah dasar pakatan DAP-PKR-PAS dalam isu hak orang Melayu beragama Islam untuk murtad?

Nurul Izzah bukan calang orang! Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim, Ketum PKR! Nurul Izzah adalah anak orang yang diwar-warkan untuk menjadi PM oleh pembangkang! Nurul Izzah adalah anak kepada Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen PKR! Dan pandangan Nurul Izzah sama dengan pandangan bapanya yang dikompangkan sebagai calon bakal PM untuk pembangkang!

Dalam keadaan itu, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah boleh ditafsirkan sebagai mewakili suara, hasrat, rancangan, agenda & dasar PKR dan pakatan pembangkang!

1. Persoalannya, adakah menjadi dasar pembangkang akan meminda Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk membuang ciri-ciri Melayu tidak termasuk "wajib beragama Islam?" untuk membolehkan Melayu mendapat hak kebebasan memilih agama sendiri selain Islam?

2. Adakah pembangkang akan menggubal undang-undang untuk memberi kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam untuk murtad dan memilih agamanya?

3. Adakah menjadi dasar pembangkang akan menerima desakan Majlis Peguam bersama beberapa NGO lain untuk menerima tuntutan penubuhan IFC untuk. memberi kebebasan agama dan murtad kepada orang Melayu beragama Islam!

4. Adakah menjadi dasar pakatan pembangkang menerima pakai dan akan melaksanakan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menerima hak kebebasan memilih agama, dan membenarkan murtad?

5. Persoalannya ialah adakah pimpinan dan para ulama dan ustad PAS sebagai parti rakan sebantal sekatil pembangkang ini bersetuju dengan pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini?

Jika mereka bersetuju, teman cadangkan supaya satu muktamar khas diadakan bagi membolehkan ahli akar umbi PAS dimaklumkan mengenainya, dan untuk mendapat persetujuan mereka kerana ini membabitkan satu isu dasar yang sangat besar; iaitu satu dasar yang akan sekaligus menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri!

Kenyataan Nurul Izzah tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang Melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan.

Malahan bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukor kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan!

Mencadangkan bangsa Melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! 

Ianya satu penghinaan kepada bangsa Melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa Melayu secara langsung!

Pada teman, cadangan, pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum! Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang Melayu beragama Islam.

Kepada umat Islam bangsa Melayu, teman berharap dan berdoa supaya bukalah mata! Sudah terlalu banyak isyarat, keterangan dan bukti yang telah ALLAH hantarkan untuk menyedarkan kita! Sudah banyak solat hajat dan doa kita minta supaya ALLAH tunjukkan kebenaran!

Dan ALLAH telah pun menunjukkan kebenaran itu dengan pelbagai bukti, keterangan dan isyarat!!

Janganlah jadi kaum yang disebut ALLAH sebagai PBB-Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
20 Zulhijjah 1433
05 Nov 2012

02 November 2012

LOMPATAN LUAR TABI'E!

(Awat si kalipah anak Kitsiang pi buat undang-undang anti-lompat Bang Non? Macam mana nak mintak MP BN lompat macam ni! Tak merasa lah nak dok Seri Perdana macam ni! Fenin..fenin!)

Salam 2 all.

Dunia sedang melihat satu amalan politik hipokrit paling melucukan berlaku di DUN Pulau Pinang semalam! Anak jantan Kitisiang, yang juga kalipah yang dinobatkan oleh oleh kaum pasrasit telah mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dan diluluskan oleh DUN dengan 2/3 majoriti!

Dibawah undang-undang ini, mana-mana wakil rakyat yang melompat iaitu menukar parti adalah dianggap terbatal kedudukannya dan kerusi yang disandangnya dianggap dikosongkan, serta satu pilihanraya kecil wajib diadakan!

Bukan orang lain, melainkan Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri telah membuat bantahan kerana undang-undang tersebut adalah batal dan tidak sah kerana bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan memilih mana-mana aliran politik kepada mana-mana warganegara Malaysia termasuk wakil rakyat!

Jadi persoalannya ialah, kalau dah jelas undang-undang anti-lompat ni bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, mengapa Kerajaan DAP meluluskan juga undang-undang ini, bercanggah dengan pendirian Pengerusi mereka sendiri yang juga seorang peguam veteran yang terkenal!

Pada teman, amalan pembangkang ini jelas satu hipokrit politik yang sangat memualkan, satu bukti amalan politik "cakap tak serupa bikin", satu amalan politik putar belit "lu buat dosa, wa buat takpa"!

1. Kalau benar pembangkang ikhlas dengan prinsip anti-lompat parti, mengapa mereka memilih berdiam diri semasa YB Datuk Nasarudin (ADUN BN-Bota) melompat parti daripada BN kepada PKR? Bukan sahaja mereka berdiam diri, malahan mereka bertakebeer dan bersorak meraikannya sebagai satu kemenangan politik dengan pesta dan ceramah merata tempat! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

2. Begitu juga apabila Ahli Parlimen Tawau & Sepanggar melompat keluar daripada BN dan memilih menjadi Bebas tetapi menyokong pembangkang. Lompatan mereka disambut dengan takebeer dan pekikan kegembiraan oleh kaum Pakatan Songsang ini? Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

3. Terbaru, apabila YB Lajim Ukin dan YB Wilfred melompat keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas tetapi menyokong pembangkang, bukan sahaja kaum pakatan Luar Tabi'e ni tidak membantah, malah mereka bertakebeer dan bersorak ramai-ramai meraikan lompatan ini! Malah Ketum dan kepimpinan  Pakatan Songsang ini hadir bersama meraikan lompatan ini! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

4. Dan dunia tidak akan lupa pembohongan 16 Sept 2008, dimana Anwar dek kerana kegilaan nak ke Putrajaya melalui pintu belakang berusaha mendapatkan lebih 30 Ahli Parlimen BN melompat keluar! Sampai terhegeh-hegeh mereka membontoti wakil rakyat BN ke Taiwan! Yang akhirnya terbongkar agenda 16 Sept adalah pembohongan semata-mata! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

5. Dan jangan lupa semasa dipecat oleh UMNO pada 02 Sept 1998, Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dipilih atas tiket Barisan Nasional dalam PRU ke 9 pada tahun 1995! Tidak pulak kedengaran mana-mana kaum songsang ni yang mendesak Anwar mengosongkan kerusi Permatang Pauh! Malah Anwar terus memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan menerima elaun dan habuan! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

Sebenarnya, teman cukup yakin anak jantan Kitsiang ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia tahu rakan-rakan sekatil dia didalam Pakatan Luar Tabi'e ini tidak mempercayai dia. Ini terbongkar apabila pendedahan rakaman mesyuarat PKR Negeri Pulau Pinang dimana dengan jelas Mansor Osman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mempersoalkan kepimpinan Guan Eng.

Sangat jelas ayat Mansor Osman memberi deskripsi politik anak jantan Kitsiang ini, "Guan Eng ni very Cocky, Arrogant & Tokong"! Cukup sinonim dengan label Kerajaan CAT yang dilaungkan Guan Eng!

Dan mengapa Mansor bercakap begitu! Kerana Guan Eng mendesak untuk DAP bertanding di 22 kerusi dalam PRU 13, iaitu tambahan 3 daripada 19 yang mereka ada. Dan tiga kerusi itu adalah milik PKR!

Dan kenapa Guan Eng mahukan 3 kerusi itu. Mansor Osman sendiri menjawabnya; "kerana dia mahu DAP menjadi Kerajaan sendiri. Kerana dengan 22 kerusi sudah cukop untuk Guan Eng membentuk Kerajaan Negeri DAP! Jadi dia tidak perlukan kita (PKR & PAS) nanti!".

Nah, itulah rahsia sebenar mengapa Guan Eng terhegeh-hegeh mahukan undang-undang anti-lompat! Bukan sebab prinsip. Tapi sebab takut hilang kerajaan!

Dan kenapa dia takut? Sebab dia tidak percayakan rakan sebantal sekatil dia sendiri!

Pada teman, undang-undang anti-lompat ciptaan Guan Eng ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada PKR dan PAS! Sebenarnya DAP tidak percaya kepada mereka!

Macam mana DAP nak percaya yop! Semua rahsia Anwar ada dalam poket Karpal Singh! Orang yang mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat, tau-tau jadi loyer membela Anwar dalam kes liwat pada tahun 2008!

Mike ingat Karpal Singh tu bodoh ke yop? Udah berpuloh tahun dia jadi loyer dan ahli politik! Orang yang cukop istiqomah menentang penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & takzir! Ungkapan "over my dead body" masih segar dalam ingatan kita!

Mike ingat Karpal Singh nak percaya dengan kaum pasrasit ni! Tengok tindakan DAP di Kedah yang membantah dengan ugutan kepada Kerajaan PAS Kedah apabila PAS cuba nak laksanakan perobohan pusat penyembelihan babi, pengharaman pusat hiburan bulan Ramadhan dan yang terbaru pengharaman papan-iklan lucah; semuanya dibantah dengan keras oleh DAP! Dan akhirnya Kerajaan PAS terpaksa tundok akur dengan kehendak DAP!

Teman tak tau lah apa yang ada dalam benak otak kawan-kawan kita di PAS ni? Berapa lama nak kena hina dengan DAP & PKR!

Tengok sajalah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang layan satu-satunya ADUN PAS YB Ust Saleh Man (Permatang Pasir). Ni lah satu-satunya ADUN PAS! Patut kalau dah satu pakatan, berilah satu jawatan Exco kepada PAS, paling koman mangkuk pun Exco Agama Islam, pase dema parti Islam! Tapi langsung tak diberi! Sebaliknya diberi kepada Malik Kasim daripada PKR!

Begitu juga di Selangor. YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam yang cuba menerapkan peraturan dan nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, akhirnya dipecat oleh PAS pun tak ikut cara Islam. Dah lah tak beri notis, surat tunjuk sebab tak bagi, sampai bela diri pun tak diberi peluang! Mesyuarat pun tak panggil! Tau-tau kena pecat!

Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat anak sesiapa? Adakah Hasan Ali makan ais-krim dalam jamban? Adakah Hasan Ali bagi kaunseling kat bini kawan jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali main anak patung China-Doll? Adakah Hasan Ali derhaka kepada mak-bapak dia?

Tidak..tidak..tidak!!!

Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah murtad! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah arak! Dosa Hasan Ali kerana tidak menyokong penzina & peliwat! Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat!

Atas dosa itu Hasan Ali dipecat; tanpa notis, tanpa tunjuk sebab; tanpa peluang bela diri!

Dan yang paling mengaibkan, jawatan Exco Agama Islam Selangor tidak diberi kepada mana-mana baki 7 ADUN PAS, sebaliknya diambil alih oleh Khalid Ibrahim daripada PKR sendiri. Tak cukop dengan penghinaan itu, PAS diberi jawatan Exco dengan portfolio antaranya menjaga 'Adat Resam Melayu'! Portfolio Islam langsung tak ada yop!

Dan yang paling lucu, ada kaum pasrasit dan ularmak ni tak tau nak beza antara lompat dan pecat! Dema desak Hasan Ali letak jawatan ADUN dan kosongkan kerusi Gombak Setia sebab kononnya dia lompat parti! Samada kaum pasrasit ni dah sampai ke tahap kebangangan yang melampau, ataupun tahap kebodohan dema dah sampai tak boleh di ajar!

Sebab itu yop, teman tegaskan bahawa undang-undang anti-lompat yang kononnya dibuat atas prinsip demokrasi menghalang wakil rakyat memilih fikrah dan wadah politik yang sesuai dengan perjuangan mereka sebenarnya bercanggah dengan amalan demokrasi itu sendiri! Asas kepada demokrasi ialah hak bersuara, hak memilih!

Kalau wakil rakyat itu merasakan bahawa parti yang diwakilinya sudah mengkhianati perjuangan, parti yang diwakilinya sudah tidak amanah, parti yang diwakilinya sudah terasar jauh daripada perjuangan asal; maka adalah hak wakil rakyat itu untuk menukar wadah demi kesinambungan perjuangan beliau!

Kerana di akhir kalam, wakil rakyat itu yang bertanggungjawab dihadapan ALLAH! Masa itu parti tak boleh tolong dia! Pemimpin tak boleh tolong dia! Siapa pun tidak boleh membantu dia! Hanya aqidah, prinsip dan amalan dia yang boleh membantu dia didalam lubang kubor yang gelap itu! Itulah hakikat yang sebenarnya yop!

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Wallahua'lam & wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
17 Zulhijjah 1433
02 Nov 2012

24 September 2012

Salam 2 all. Alhamdulillah setelah begitu lama menjadi mangsa pencabul cyber, laman blog teman telah dapat dipulihkan. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus cuba menghidupkan semula laman blog ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa semua, akhirnya laman www.zul4kulim.blogspot.com berjaya dipulihkan. Insyallah teman akan mula menulis semula di laman ini. Memang selama beberapa bulan ni rasa dedar juga tak dapat menulis kat blog ni. Facebook pun kena hack. Tinggal twitter je yop, itu pun ada cubaan nak sabotaj tetapi tak berjaya. Satu peringatan teman untuk semua, ada cubaan untuk mengujudkan laman Facebook & Twitter menggunakan nama dan identiti teman. Dan dilaman-laman tersebut, pencabul cyber ni menulis perkara-perkara yan merepek dan mengarut, termasuk mencarut dan lain-lain, kononnya ditulis oleh teman. Tujuannya tak lain tak bukan cuba nak merosakkan kredibiliti teman. Harap mike semua berhati-hati dengan pencabul cyber ni. Teman memang menerima hakikat banyak cubaan untuk sabotaj laman blog ini dan laman FB & Twitter teman. Dengar kate para parasitus kalkatus rakus macam cacing kepanasan dengan blog teman ni yop. Kebenaran itu memang menyakitkan! Apa yan teman cuba tulis adalah menceritakan kebenaran; mendedahkan kepalsuan, pembohongan dan putarbelit para parasit ini dengan politik matlamat menghalalkan cara hanya untuk memenuhi nafsu menduduki takhta Putrajaya (yang pernah mereka cuba nak lelong). The pen is mightier then sword. Tetapi teman juga selalu memperingatkan diri bahawa terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata burok padahnya! Apapun, kebenaran perlu diperjuangkan, kebatilan wajib dicegah. Kepada ALLAH kita berserah, semoga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah, dan memelihara aqidah & keimanan kita. Dan semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat dan pengampunan kepada kita semua. Amin. Adios amigos, grasias senor. Zulkifli Bin Noordin Isnin 08 Zulqaedah 1433 24 Sep 2013