04 April 2013

ALHAMDULILLAH!

Parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!
Bila wadah bercanggah dengan aqidah; wajib kita menolak wadah & pertahankan aqidah!

Salam 2 all.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tepat jam 11.30 pagi Rabu 03.04.2013 bersamaan 22 Jamadil Awal 1434, maka tamatlah tempoh Parlimen ke 12 setelah pengumuman rasmi dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran Parlimen yang sudah diperkenan oleh Tuanku YDP Agong pada sebelah pagi.

Tepat dengan pengumuman itu, maka tempoh teman sebagai Ahli Parlimen P-018 Kulim Bandar Baharu juga turut berakhir dengan rasminya. Mulai hari ini, teman adalah rakyat biasa yang akan menjalani kehidupan biasa insyallah.

Ada juga yang bertanya apa yang teman nak buat selepas ini?

Agaknya dema lupa teman seorang Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya. Teman juga adalah seorang Peguam Syari'e. Dan teman adalah seorang peguam kanan  yang telah menjalankan amalan guaman selama lebih daripada 20 tahun. Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, teman dah layak jadi Hakim Mahkamah Tinggi yop!

Oleh itu, teman bercadang untuk kembali menjalankan amalan guaman sebagaimana dahulu. Mungkin teman akan aktifkan semula firma guaman teman, atau menubuhkan perkongsian. Apa pun, sebagai peguam insyallah teman mempunyai beberapa pilihan dan alternatif meneruskan karier guaman.

Teman juga bercadang untuk aktif semula dalam NGO sebagaimana dahulu, terutama NGO yang terlibat dalam hal-hal misi kemanusiaan dan juga yang khusus berkaitan dengan menjaga hal ehwal dan kepentingan Melayu-Islam insyallah.

Teman juga bercadang kembali menjalankan misi dakwah yang tergendala buat sementara. Dengan masa yang ada, insyallah teman akan mengatur semula program misi dakwah yang merupakan aktiviti teman sebelum menjadi wakil rakyat.

Apa pun, teman mengucapkan ribuan  terima kasih kepada rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah memberi kepercayaan kepada teman sejak 08.03.2008 sehingga hari ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Teman menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata berlaku kesilapan dan kesalahan, apatah lagi kelemahan selama teman menjadi wakil rakyat. Al maklumklah, sebagai Ahli Parlimen yang baru buat pertama kalinya, banyak kelemahan dan kesilapan yang sudah pasti teman lakukan.

Apatah lagi kesilapan teman bersama dengan pembangkang yang hanya mengamalkan "Politik NATO - No Action Talk Only".

Teman berharap rakyat tidak mengulangi kesilapan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 akan datang. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana undi yang diberikan disia-siakan dengan "Politiking 24 Jam" pembangkang DAP-PKR-PAS, langsung tidak ada apa-apa perancangan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat dan negara.

Yang ada hanya politik adu domba, fitnah-memfitnah, pembohongan, putar belit, tuding jari mencari kesalahan orang lain -  tapi mereka sendiri tidak ada apa pun yang bermenafaat untuk rakyat dan negara yang dilakukan. Malah dok bergaduh sama sendiri berebut jawatan, kedudukan dan habuan!

Kepada mereka yang terpilih menjadi calon dalam PRU-13 tidak lama lagi, teman ucapkan selamat dan semoga berjaya.

Kepada rakyat Malaysia, gunakanlah hak mengundi itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengundi kerana emosi, atau sentimen sempit dan jumud. Janganlah ulangi kesilapan PRU-12 dengan memberi undi kepada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Berikanlah kepada pembangkang DAP-PKR-PAS isyarat yang jelas; rakyat Malaysia tidak redha,tidak setuju dan menolak sepenuhnya politik cauvinis, ekstremis, perkauman, anti-agama, pelampau dan jumud yang mereka amalkan! Tolak mereka, jangan beri satu undi pun kepada calon DAP-PKR-PAS!

Ingatlah, parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!

Apabila wadah bercanggah dengan aqidah, adalah wajib bagi kita menolak wadah dan mempertahankan aqidah!

Kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh gadai, kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh politikkan; cuba bayang apa yang mereka mampu buat!

Apa yang pasti, teman akan mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini nanti insyallah!

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri; tapi yang burok semuanya daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Jamadil Awal 1434
04 April 2013

03 April 2013

POLITIK EKSTRIMIS?

 
(Benarkah pembangkang menghormati agama Hindu dan mengamalkan toleransi agama? Perobohan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 10.10.2012)

Salam 2 all.

Adakah benar pembangkang DAP-PKR-PAS menghormati semua agama termasuk Hindu? Cuba lihat dan nilai sendiri fakta dibawah:

1. sebuah kuil hindu persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor  dirobohkan pada 10.10.2012;

2. Kuil Devasthanam Sri Mariamman, Seafield, USJ, Selangor yang berusia lebih 124 tahun sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu tetapi tidak dipedulikan;

3. Kuil Sivan, Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor juga sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu perayu tetapi tidak dipedulikan;

4. Kuil Sera, Kulim HiTech, Kedah juga sedang didalam proses untuk dirobohkan walaupun penganut Hindu merayu tetapi tidak dipedulikan;

5. Kuil Besar Batu Caves pernah ditembak dan cuba dimusnahkan pada tahun 1999 oleh Kumpulan Al-Ma'unah yang kebanyakannya adalah ahli PAS;

6. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub membuat kenyataan pada 19.06.2012 menyamakan perarakan perayaan Taipusam sama saperti demonstrasi jalanan;

Apakah fakta-fakta diatas menggambarkan pembangkang ini adalah kumpulan yang mengamalkan toleransi agama dan menghormati agama termasuk Hindu?

Jawapannya cukup jelas. TIDAK!

Dalam konteks itulah saya merujuk kepada dakwaan kononnya saya telah membuat satu ucapan yang didakwa menghina penganut agama Hindu. Ucapan itu didakwa terkandung dalam satu videoklip yang dimuat-turun dilaman-laman web terutama yang pro-pembangkang.

Saya percaya mana-mana orang yang melihat videoklip itu akan mendapat gambaran seolah-olah ucapan itu dibuat oleh saya baru-baru ini dalam kapasiti saya sebagai pemimpin Perkasa.

Pada saya ini adalah politik kotor, jijik dan mala fide serta berniat jahat kerana cuba memberi gambaran Perkasa dan Barisan Nasional terlibat dengan meletakkan lambang Perkasa dan BN dalam videoklip tersebut.

Langsung tidak disebut itu adalah program anjuran PAS beberapa tahun lepas dihadapan ahli PAS di venue PAS dan saya pada masa itu adalah pemimpin PAS dan peguam Anwar Ibrahim.

Malah videoklip itu dipercayai bersumberkan daripada unit media ahli dan penyokong PAS!!!

Pada masa itu saya adalah Yang DiPertua PAS Kawasan BTR/WP dan AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan. Saya juga pada masa itu adalah peguam Anwar Ibrahim; dan program itu dibuat dihadapan ahli dan penyokong PAS/pembangkang di venue PAS pada masa saya waktu itu adalah seorang pemimpin PAS dan juga peguam Anwar Ibrahim.

Saya percaya ada pihak yang telah mengolah dan menyunting semula rakaman program tersebut dengan niat jahat antaranya bertujuan untuk memburukkan dan memfitnah Perkasa dan Barisan Nasional. Apa yang jelas ialah videoklip itu bukan yang asal atau tulin; ia telah di edit dan di sunting dengan niat jahat - mala fide!

Ini adalah taktik kotor dan jijik permainan pembangkang yang sudah ketandusan modal setelah melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin merudum. Tambahan pula sokongan terhadap Perkasa makin meningkat yang terbukti dengan kehadiran puluhan ribu rakyat dalam program Perkasa di Kota Setar, Bagan Serai dan Pasir Mas baru-baru ini.

Saya juga percaya ini adalah taktik kotor dan desperado pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai isu yang sedang mereka hadapi saperti videoklip ChinaDoll, videoklip Raja Goyang, dan terbaru videoklip PapaHomo.

Ini ditambah dengan isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengikut Kiram lll yang didedahkan oleh media Filipina sebagai didalangi oleh pimpinan pembangkang Malaysia.

Keceluparan mereka memfitnah pencerobohan, serangan dan pembunuhan itu sebagai sandiwara UMNO menyebakan kebencian rakyat kepada mereka semakin bertambah.

Diwaktu yang sama, pembangkang menghadapi isu konflik dalaman yang serius termasuk isu kalimah ALLAH dan penolakan terbuka terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon PM oleh ahli akar umbi pembangkang khususnya PAS.

Kekecohan merebut kerusi sebagai calon PRU 13 menambah keparahan masalah pembangkang, sehingga ada yang merajuk melarikan diri, sehingga pemimpin sendiri di sorak dan di boo penyokong sendiri!

Sebab itu saya yakin pembangkang berusaha mengalihkan isu dengan dengan mereka-cipta dan mengolah rakaman program tersebut dengan mengaitkan Perkasa; seolah-olah Perkasa sebuah pertubuhan ekstremis, cauvinis, pelampau dan jumud.

Dan saya tidak akan terkejut kalau ada lagi cubaan demi cubaan selepas daripada ini untuk mereka-cipta dan merekayarsa video dan gambar untuk memburukkan, memfitnah dan menyerang peribadi saya dan Pertubuhan Perkasa oleh kumpulan desperado dan terdesak ini.

Walhal mereka sebenarnya cuba menyembunyikan fakta bahawa program itu dibuat semasa saya adalah pemimpin PAS dan peguam Anwar Ibrahim dihadapan ahli dan penyokong PAS di venue PAS!

Ini adalah kerana mereka mahu menyembunyikan hakikat bahawa sebenarnya merekalah, iaitu DAP-PKR-PAS yang mengamalkan dan mengajar ahli dan penyokongnya politik cauvinis, ekstremis, rasis, pelampau, jumud dan segala bentuk politik negatif yang merosakkan!

Daripada isu 13 Mei, kalimah ALLAH, Amanat Hadi, kafir-mengkafir, fahaman pluralisma, menggigit dan memukol polis, sehingga yang terbaru pendedahan oleh ahli seumur hidup PAS iaitu CN Al-Afghan yang mengejutkan negara apabila membongkarkan komplot mahu membunuh YABhg Tun Mahathir akibat fahaman politik sempit, ekstremis, cauvinis dan pelampau yang menjadi amalan pembangkang.

Mari kita lihat sejarah dan fakta politik cauvinis, ekstrim, pelampau, jumud amalan pembangkang kstrim PKR PAS DAP sejak dulu, kini dan selamanya!

01. Amanat Hadi Awang 1981 yang menyebabkan berlaku perpecahan umat Melayu Islam;

02. Pendedahan oleh ahli seumur hidup PAS CN Al-Afghan tentang peristiwa Kafir Mengkafir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga beliau sanggup mengkafirkan Allahyarham ayahandanya sendiri;

03. Peristiwa Memali pada 19.11.1985 akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang sehingga kumpulan fanatik dan taksub PAS diketuai oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya membunuh empat anggota polis;

04. Pendedahan oleh CN Al-Afghan bagaimana ujud komplot dan rancangan untuk membunuh Tun Dr. Mahathir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang;

05. Kenyataan seorang pemimpin PAS pada 07.08.1987 mendakwa Malaysia akan menjadi Negara Kristian selewat-lewatnya tahun 2000;

06. Demonstrasi besar-besaran Himpunan Anti Kristian oleh PAS pada  29.10.1987 di Sitiawan Perak;

07. Anwar Ibrahim diberi gelaran Al-Juburi dan Penjaga Stor Kunyit oleh PAS akibat pendedahan oleh Karpal Singh pada 22.10.1997 bahawa Anwar seorang peliwat;

08. Peristiwa Al-Maunah, yang kebanyakannya adalah ahli PAS yang cuba melakukan pemberontakan bersenjata dalam tahun 1999 sehingga membunuh pasukan keselamatan di Bukit Jenalik, Sauk;

09. Kenyataan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada 19.06.2012 yang mendakwa perarakan sambutan Taipusam yang mana ada antara pengikutnya didakwa berarak separuh sedar dan sama saperti demonstrasi jalanan;

10. Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam Selangor dipecat pada 08.01.2012 antaranya kerana isu dakyah dan cubaan memurtadkan orang Islam oleh Damansara Utama Methodist Church;

11. Hadi Awang bersama Kitsiang dan Anwar mengumumkan persetujuan bersama pada 08.01.2013 membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH;

12. 28.03.2008 Nik Aziz menyatakan tidak perlu sambut Maulidurrosul kerana kelahiran Nabi Muhammad pada Tahun Gajah sama taraf saperti Mat-Mat Kampung;

13. Ahad 27.01.2013 Nik Aziz pula menyambut ulangtahun kelahiran dia ke 81 di rumah Karpal Singh dihari Taipusam;

14. YB Gobalakrishnan membuat kenyataan beliau dipanggil pariah oleh Timbalan Presiden PKR;

15. Anwar Ibrahim menyatakan pada 18.10.2010 bahawa semua agama adalah sama dalam ucapan di London School of Economics;

16. Ogos 2006, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa adalah hak Azlina Jailani untuk murtad dan menukar agama daripada Islam ke kristian kepada nama Lina Joy;

17. Naib Presiden PKR Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim menyatakan pada 03.11.2012 di Gereja Full Gospel Tabernacle bahawa hak menukar agama tidak sepatutnya hanya diberi kepada bukan Melayu, membawa makna sebaliknya orang Melayu juga patut diberi kebebasan menukar agama dan murtad daripada Islam kepada agama lain;

18. Pembangkang memberi Anwar Ibrahim selempang gelaran Hugoan Siaou, Pemimpin Agong Kadazan yang hanya layak diberi kepada pemimpin berbangsa Kadazan sahaja;

19. Wan Azizah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'manusia anugerah Tuhan';

20. Sebuah NGO pro-pembangkang memberikan anugerah Saidatina Khadijah, iaitu sempena nama isteri Rasulullah saw Saidatina Khadijah ra kepada Wan Azizah;

21. PKR menyatakan pendedahan videoseks ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo melibatkan Anwar Ibrahim sama saperti Nabi Yusuf as dan isteri Nabi saw Saidatina 'Aishah ra;

22. cauvinis Cina termasuk pimpinan DAP melaungkan slogan Malai-Si (Mampos Melayu) yang membawa kepada peristiwa berdarah 13.05.1969;

23. Saudara Razali Abdul Rahman, seorang tokoh aktivis senior DAP mendedahkan Upacara Sumpah Mendirikan Negara Kristian berlaku pada 05.052011 dalam satu majlis anjuran DAP yang dihadiri para pastor dalam dan luarnegara yang membantu DAP dalam PRN Sarawak 2011;

24. Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam mesej krismas 25.12.2012;

25. Lim Guan Eng memfitnah Jemaah Islah Malaysia @ JIM sebagai sebuah pertubuhan pengganas walaupun tidak benar dan enggan meminta maaf sehingga kini;

26. Seorang pemimpin Pemuda PAS mendakwa UMNO akan menyiarkan videoseks Nabi saw jika ada;

27. PBT dibawah Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor memusnahkan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang pada 10.10.2012;

28. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Devasthanam Sri Mariaman, Seafiled, USJ, Selangor yang dikatakan berusia leboh 124 tahun;

29. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Sivan, Bukit Gasing, Selangor;

30. Kerajaan PAS-PKR-DAP Kedah sedang didalam proses merobohkan Kuil Sera di Taman Kulim Hi-Tech, Kulim Kedah;

Jelas daripada fakta diatas bahawa pembangkang DAP-PKR-PAS mengamalkan politik anti agama, cauvinis, ekstremis, pelampau, jumud dan tidak menghormati sensiviti agama dan kaum dinegara ini sejak dulu, kini dan selamanya!

Malahan tindakan desperado pembangkang mengitar semula videoklip lama tetapi di olah dan di edit sebegitu rupa membuktikan betapa pembangkang masih cuba memainkan isu keagamaan dan perkauman untuk mengapi-apikan dan melaga-lagakan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum!

Saya akui bahawa walaupun saya adalah seorang peguam bertauliah lulusan Ijazah Undang-Undang daripada Victoria University of Wellington, New Zealand, namun akibat terpengaruh dengan amalan dan fahaman politik cauvinis, ekstremis dan sempit pembangkang, saya berubah menjadi seorang pelampau dan ekstrim.

Tetapi alhamdulillah fahaman dan amalan politik pelampau pembangkang ini telah saya tinggalkan sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas. Hanya setelah tidak bersama pembangkang baru saya dapat melihat dan menilai sesuatu perkara dengan objektif, waras, rasional dan hati terbuka!

Malah saya telah, sebaik menjadi Ahli Parlimen Bebas, membuat ucapan didalam Dewan Rakyat mengakui saya telah banyak melakukan kesalahan dan kesilapan selama bersama pembangkang. Banyak perkara yang telah saya atau pembangkang perkatakan atau lakukan selama ini yang sebenarnya boleh memudaratkan agama, bangsa dan negara serta rakyat Malaysia.

Islam mengajar saya supaya bersedia mengakui kesilapan dan tidak malu memohon kemaafan. Kata pujangga, manusia yang hebat ialah mereka yang bukan sahaja bersedia mengakui kesilapan, malah berani memohon maaf secara terbuka!

Saya bukan jenis manusia yang dayus dan pengecut saperti sesetengah orang, yang walapun dah terbukti jelas melakukan kesalahan dan kesilapan, tetapi tanpa sedikit pun rasa malu segera menuding jari menyalahkan orang lain.

Dan saya telah mengambil contoh terbaik daripada YAB Dato' Sri Najib sendiri yang bersedia  memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas sebarang kesilapan dan kesalahan  yang pernah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum daripada itu.

Atas sebab itu, saya telah didalam Dewan Rakyat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas segala salah dan silap yang telah saya lakukan akibat terpengaruh dengan politik cauvinis, ekstremis, dan pelampau pembangkang.

Malah baru baru ini, saya telah secara terbuka dihadapan lebih 20,000 rakyat Kelantan yang menghadiri Perhimpunan Perkasa di Pasir Mas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada YABhg Tun M yang menjadi bahan makihamun dan caci nista pembangkang selama ini.

Oleh itu, kepada rakan-rakan penganut agama Hindu khasnya, dan rakyat Malaysia amnya, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah berniat untuk menghina agama Hindu atau penganutnya, dan saya dengan ini secara terbuka, dan tanpa sebarang syarat menyusun jari sepuloh memohon kemaafan atas sebarang  dan apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan yang boleh, dan telah mengguris dan menyinggung perasaan mereka.

Saya berharap dan berdoa semoga tuan puan bersedia memaafkan saya.

Marilah kita 'move forward', memandang kehadapan bersama dengan YAB Dato' Sri Najib untuk mebina sebuah negara dan bangsa yang aman, damai, harmoni, dan saling hormat menghormati antara pelbagai agama dan kaum dibawah Gagasan 1 Malaysia.

Dan saya menyeru semua rakan penganut agama Hindu khasnya dan rakyat Malaysia seluruhnya supaya menolak amalan politik cauvinis, rasis, ekstremis, jumud dan pelampau pembangkang dengan menolak mereka sepenuhnya didalam PRU 13 nanti.

Saya juga mengambil kesempatan ini mendesak kepimpinan PKR-DAP-PAS supaya:

01. menghentikan proses merobohkan Kuil Sri Devasthanam Mariaman Seafield, Kuil Sivan Bukit Gasing, Kuil Sera Kulim HiTech;

02. dan memohon maaf kepada penganut Hindu kerana merobohkan kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan membinanya semula dengan kos ditanggung sepenuhnya;

03. memohon maaf secara terbuka kerana memanggil YB Gobalakrishnan pariah;

04. memohon maaf kepada penganut Hindu kerana melabelkan Taipusam sebagai demonstrasi jalanan;

05. memohon maaf kepada umat Islam kerana mendesak mahu guna kalimah ALLAH;

06. memohon maaf kepada kaum Kadazan kerana menghina dan menyalahgunakan gelaran Huogan Siou;

07. memohon maaf kepada umat Melayu-Islam kerana melaungkan slogan Malai Si - Mampos Melayu;

08. memohon maaf kepada umat Melayu Islam kerana mahu Melayu dibenarkan murtad;

09. memohon maaf kerana mengadakan komplot mahu membunuh Tun Dr. Mahathir;

10. memohon maaf kerana mengkafirkan orang Melayu;

11. memohon maaf kerana memanggil Anwar Al-Juburi dan Penyimpan Stor Kunyit;

12. memohon maaf kerana mengatakan UMNO akan siarkan videoseks Nabi jika ada;

13. memohon maaf kerana memfitnah kelahiran Nabi Muhammad saw sama saperti Mat Kampung; dan banyak lagi perkara yang mereka pembangkang DAP-PKR-PAS telah lakukan selama ini yang mengguris dan menyinggung perasaan dan sensitiviti pelbagai agama dan kaum di negara ini!

Ingatlah satu undi untuk pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna anda bersetuju dengan amalan politik cauvinis, rasis, ekstremis, jumud dan pelampau pembangkang.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan saya sendiri dan yang burok semuanya adalah daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!. Semoga ALLAH mengampunkan kita dan memberi kita petunjuk dan hidayah.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
22 Jamadil Awal 1434
03 April 2013

11 March 2013

LAKNAT SUMPAH SAIFUL!


(Tanya sama dia, apa pasal boroi, nanti jawab dia, ambo sudah kantoi)

(Dulu dan Sekarang:
Moga ALLAH memberikan Saiful kekuatan Nabi Ibrahim berdepan dengan fitnah bapanya Azar)

Salam 2 all.

Videoklip diatas adalah footage sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan pada hari Jumaat 14 Sya'ban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Lafaz sumpah itu adalah saperti berikut:

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato' Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya kedalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH swt dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH swt sehingga ke kiamat".

Lafaz sumpah laknat itu disaksikan oleh Imam Masjid Wilayah Ustaz Romlan Porigi. Turut hadir menemani Saiful dengan baju Melayu muda bersamping kotak ialah ayah Saiful sendiri Azlan Mohd. Lazim. Selepas mendengar dengan setia lafaz sumpah laknat itu, Azlan Mohd. Lazim bersalaman dengan anaknya Saiful, kemudian memeluk Saiful dengan penuh erat tanda sokongan dan keredhaan!

Hampir lima tahun berlalu! Tau-tau  hari Jumaat 08 Mac 2008, genap 5 tahun PRU 12, Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan menyatakan bahawa "saya percaya anak saya Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas YAB PM Khairil Annas Jusoh. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya".

Azlan seterusnya membuat permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim. Agak memusykilkan kerana sidang media Azlan hanya dihadiri media pro-pembangkang. Media arus perdana langsung tidak kelihatan. Mengikut maklumat yang diberi, media arus perdana tidak dijemput.

Dan bertambah menimbulkan persoalan ialah kehadiran orang kanan Anwar iaitu Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR (Sg. Petani). Apatah lagi kenyataan Azlan Mohd. Lazim dibuat setelah hampir 5 tahun berlalu, dan dibuat dalam keadaan PRU 13 sudah begitu hampir.

Dalam keadaan negara berdepan dengan kemelut pencerobohan dan serangan penjenayah Kiram III daripada Filipina sehingga melakukan pembunuhan kejam terhadap pasukan keselamatan Malaysia, dan pencerobohan itu dikaitkan dengan pimpinan pembangkang Malaysia saperti yang didedahkan oleh media Filipina sendiri.

Adakah kenyataan Azlan dibuat untuk menutup isu pengkhianatan pimpinan pembangkang ini adalah suatu persoalan yang perlu dinilai oleh rakyat Malaysia sendiri?

Dan kemungkinan isu ini semua dijadikan bahan politik bertambah terserlah apabila Azlan Mohd. Lazim membuat kenyataan di Ibu Pejabat PKR di Tropicana mengumumkan penyertaan ke PKR sebentar tadi.

Sidang media yang dihadiri oleh pimpinan pembangkang Lajim Ukin, Khalid Samud, Joharu Abdul turut dpersaksikan oleh Saifuddin Nasition Ismail yang menerima borang penyertaan Azlan dan memakaikan jaket PKR kepada Azlan tanda simbolik penyertaan Azlan ke PKR.

Teman tidak berminat untuk menilai isu ini dari segi politiking nya walaupun makin hari makin terserlah isu ini menjadi bahan politik yang begitu hebat diputar-pusing oleh pembangkang serta media cyber mereka.

Apa yang ingin teman lontarkan disini ialah:

1. mengapa Azlan Mohd. Lazim, dengan pengetahuan penuh anaknya Saiful Bukhari akan membuat sumpah laknat membenarkan fakta Anar Ibrahim telah meliwat dia, membenarkan, meredhai, bersetuju atau membiarkan Saiful berbuat sedemikian.

2. Jika benar dakwaan Azlan beliau memang tidak percaya Anwar meliwat anaknya sejak dahulu, bukankah tanggungjawab Azlan sebagai bapa sepatutnya menghalang Saiful daripada melakukan sumpah laknat itu? Atau sekurang-kurangnya tidak hadir tanda protes? Bukan sahaja beliau tidak halang, malah perlakuan Azlan hari itu (sila lihat footage diatas) menunjukkan dengan jelas beliau redha dan bersetuju dengan tindakan Saiful! Malah Saiful selepas daripada itu telah melakukan sekali lagi sumpah laknat dihadapan Baitullah di Masjidil Haram!

3. Mengapa Azlan memilih untuk membisu sebegitu lama, hampir 5 tahun? Tau-tau dekat PRU-13 bukan sahaja beliau membuat kenyataan yang jelas bercanggah, malah mengkhianati sumpah laknat anaknya sendiri, tetapi mengisytiharkan pula untuk menyertai PKR pimpinan manusia dajal yang meliwat anaknya sendiri!

Saiful Bukhori dengan tangkas dan segera membuat kenyataan media dihari yang sama Jumaat 08 Mac menafikan kenyataan ayahnya, dan memberi amaran kepada Anwar supaya jangan memperkeldaikan ahli keluarganya demi mengejar nafsu politik mahu ke Putrajaya. Saiful tegas istiqomah dengan sumpah laknat yang dibuatnya pada 15.08.2008 bahawa Anwar telah meliwatnya pada 26.06.2008!

Kenyataan segera Saiful telah berjaya meredakan keadan dan merungkai kekeliruan yang timbul dikalangan orang ramai hasil tindakan drastik ayahnya. Teman angkat tabik kepada Saiful atas kecekalan dan semangat juang yang begitu tinggi untuk berdepan dengan segala mehnah dan dugaan berat ini.

Semoga ALLAH memberikan Saiful kekuatan istiqomah Nabi Ibrahim as yang terpaksa berdepan dengan fitnah angkara Azar ayahnya sendiri!

Apapun, teman cadangkan kepada Azlan Mohd. Lazim supaya mengambil tindakan berikut untuk menyelesaikan kemelut yang timbul daripada isu ini:

1. teman desak supaya Azlan Mohd. Lazim mengambil ujian poligrafi untuk menentukan samada beliau bercakap benar atau tidak. Pasukan Forensik Malaysia mempunyai kepakaran melakukan ujian ini. Jika Azlan tidak mempercayai PDRM, teman cadangkan beliau panggil pakar poligrafi yang beliau percayai untuk melakukan ujian tersebut dengan dipersaksikan oleh peguam beliau dan peguam Saiful. Teman yakin ujian poligrafi boleh merungkai permasalahan ini!

2. teman juga mendesak Azlan supaya mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful sendiri. Lafaznya mesti menepati kehendak syara', contohnya "Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Azlan Mohd Lazim dengan ini bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhari Azlan telah dpergunakan oleh pihak tertentu termasuk Khairil Annas Jusoh yang merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Bin Ibrahim yang melibatkan Saiful. Dan saya bersumpah bahawa anak saya Saiful Bukhori Azlan sebenarnya tidak diliwat oleh Anwar Ibrahim saperti sumpah yang dibuat oleh anak saya pada 15.08.2008. Jika saya berdusta atau berbohong atas sumpah ini maka laknat ALLAH keatas saya dunia dan akhirat".

Azlan boleh memilih untuk mengangkat sumpah itu dimana sahaja dan dihadapan sesiapa pun, syaratnya ia mesti dibuat mengiktu kehendak syara' dan ditempat terbuka yang boleh dipersaksikan dan didengar oleh umat Islam sebagaimana yang dibuat oleh Saiful pada 15.08.2008.

3. teman juga mendesak Azlan Mohd. Lazim supaya berjumpa sendiri dengan anaknya Saiful Bukhari dan menyatakan secara berhadapan bahawa Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memfitnah Anwar Bin Ibrahim meliwatnya. Biarlah Azlan berlaku adil kepada anaknya Saiful. Kalau semasa Saiful bersumpah laknat di boleh bersama dengan Saiful, mengapa Azlan tidak boleh berhadapan dengan Saiful untuk menyatakan beliau percaya Anwar difitnah meliwat Saiful;

Dan kepada para anwarinas dan pasrasit yang sedang seronok bertakbeer sakan meraikan kenyataan Azlan Mohd. Lazim dan penyertaan beliau ke PKR, ingat balik maki-hamun kaum mike selepas Azlan Mohd. Lazim bersama anaknya Saiful dalam membuat sumpah laknat pada 15 Ogos 2008.

Kalau mike lupa, teman nak ingatkan semula antara komen dan kenyataan yang pernah dibuat terhadap Azlan Mohd. Lazim yang kini menjadi manusia sanjungan mike saperti berikut:

"Azlan Mohd. Lazim bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di Hotel Merlin Inn Johor Bharu. Kemudian berhenti kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam beberapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian itu berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insurans AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati.

Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.

Halina meninggal dunia beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.

Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insuransnya, begitu juga rumah mereka yang berlamat di No. 78, Jalan 7/6, Bandar Utama Damansara, PJ".*

Kepada rakyat Malaysia, lihatlah bagaimana ALLAH semakin hari semakin membuka pekung pakatan DAP-PKR-PAS ini. Lihat bagaimana politik cakap tak serupa bikin, politik putar belit yang mereka amalkan.

Inilah kaum yang sama pada 25 Dis 2012 dan 08 Jan 2013 menyatakan kristian boleh mengguna kalimah ALLAH, tak berapa hari selepas itu setelah umat Melayu-Islam membuat bantahan keras, mereka membuat u-turn pada 13.01.2013 menyatakan kristian tidak boleh kalimah ALLAH!

Kalau Tuhan mereka pun mereka boleh permainkan dan politikkan, apatah lagi perkara lain! Fikirkanlah! ALLAH memberikan kita otak bukan untuk dibuat sup, tetapi untuk berfikir!

Adakah mereka sudah terkena laknat sumpah Saiful Bukhori? Tepuklah dada, tanyalah iman masing-masing!

Yang baik dan yang benar datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH berikan kita petunjuk dan hidayah untuk melalui kehidupan yang makin penuh mehnah dan fitnah ini. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
28 Rabi'ul Akhir 1434
11 Mac 2013

* Sila layari lamanweb www.celahgelegar.blogspot.com, www.ciliapibloggers.blogspot.com, suaranibong.blogspot.com, www.minda-hijrah.blogspot.com dan link-link yang ada di laman-laman web tersebut.
* Maklumat mutakhir menyatakan bahawa laman web pembangkang yang menyiarkan tulisan ini dan semua link yang menyiarkan tulisan ini telah cuba dipadamkan sebaik sahaja ianya didedahkan oleh laman-laman web pro-kebenaran.

08 March 2013

KONSPIRASI SI-KITOL II?

(Tanya sama Jijah, apa fasal fenin, nanti jawab Jijah, selalu kena pusing)
Salam 2 all.

Tanya sama Najib
apa pasal goyang
nanti jawab Najib
Sabah nak hilang! 

Lirik diatas adalah rangkap lagu yang sering dinyanyikan Anwar manusia rosak akhlak dalam hampir semua ceramah umum yang dihadirinya. Lagu itu dinyanyikan bukan sahaja di Sabah, tetapi di merata tempat termasuk di Semenanjung.

Selama ini kita kurang ambil peduli nyanyian itu, kerana dinyanyikan oleh orang yang meroyan nak ke Putrajaya. Namun "wamakaruwama karallah, wallah hukhoirul maakiriin - Anwar merancang tipu-daya, ALLah juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya".

Peristiwa pencerobohan dan serangan pengganas subversif anasir luar daripada Filipina baru ini sehingga mengorbankan 6 orang pegawai dan anggota PDRM membongkar segalanya!

Menurut lapuran media Filipina berdasarkan lapuran risik yang mereka terima, pimpinan pembangkang Malaysia adalah dalang kepada serangan dan rancangan jahat menjahanamkan Sabah!

Malah Presiden Filipina Benigno Aquino III mendedahkan terdapat dalang yang membiayai pencerobohan terhadap Sabah tersebut; kerana tidak mungkin Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu mampu membiayai kos rancangan jahat itu kerana beliau sendiri menerima bantuan kehidupan daripada Jabatan Kebajikan Filipina, malah kos rawatan dialysis beliau ditanggung oleh Kerajaan Filipina!

Mengapa Sabah penting untuk Anwar?

Dalam menghadapi PRU-13, Anwar menyedari bahawa umumnya umat Melayu-Islam sudah muak dan menolak politik putar belit dan cakap tak serupa bikin yang diamalkannya. Ditambah dengan krisis akhlak yang jijik dan kotor, dan pendirian Anwar berdegil mahu membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH menyebabkan bukan sahaja umat Melayu-Islam, malah ahli akar umbi dan pimpinan PAS mula menolak Anwar.

Sebab itu Anwar beralih ke Sabah. Kita jangan lupa Anwar merupakan dalang utama membawa masuk UMNO ke Sabah. Dia mengenali lanskap politik Sabah dengan jelas. Anwar tahu isu-isu yang dekat dihati rakyat Sabah; dia tahu sensitiviti isu kalimah ALLAH kepada pimpinan dan penganut kristian di Sabah, dia tahu seriusnya isu pendatang Filipina di bumi Sabah!

Sebab itu semasa konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan BN melalui kaedah pintu belakang pada 16 Sept 2008, antara tumpuan Anwar adalah kepada wakil rakyat Sabah! Beberapa pimpinan UMNO Sabah mendedahkan bagaimana Anwar cuba mempengaruhi mereka. Ini termasuk Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Datuk Bung Mukhtar (Kinabatangan) dan lain-lain.

Malahan dua wakil rakyat BN daripada Parti SAPP daripada Tawau (Dr. Chua) dan Sepanggar (Dr. Eric) telah memilih keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas yang pro-pembangkang. Mutakhir, dua Ahli Parlimen BN iaitu Lajim Ukin (Beaufort) dan Wlifred Burumbing (Tuaran) memilih keluar daripada BN dan memilih menjadi MP pro-pembangkang.

Selain daripada penganut kristian terutama dikalangan beberapa kumpulan etnik Sabah yang boleh menentukan corak politik Sabah, isu pendatang asing khususnya daripada Filipina sangat mempengaruhi dan boleh mempengaruhi politik Sabah. Pembongkaran dalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja mengenai peranan beberapa tokoh politik dalam pengeluaran kad pengenalan palsu telah menggemparkan negara.

Tun Mahathir mendakwa Anwar antara dalang yang terlibat!

Jika Anwar berjaya mempengaruhi etnik penganut kristian dan kaum Sulu daripada Filipina untuk menyokong pembangkang didalam PRU-13, ianya akan memberi kesan serius kepada BN yang selama ini melihat Sabah sebagai "deposit-tetap" nya dalam mana-mana pilihanraya.

Sebab itu teman tidak hairan Anwar memainkan isu kalimah ALLAH dan isu pendatang asing Filipina. Ini semua adalah semata-mata untuk meraih undi demi memenuhi nafsunya ke Putrajaya. Anwar langsung tidak memikirkan kesan kepada rakyat atau negara ini dengan mainan politik jijik dan kotor ini. Yang penting ialah mahkota Putrajaya!

Berbalik kita kepada pendedahan media Filipina mengenai peranan pimpinan pembangkang Malaysia sebagai dalang pencerobohan dan serangan anasir subversif asing daripada Filipina, sudah pasti jika tuntutan Kiram III dibenarkan untuk mendapatkan semula Sabah untuk mengembalikan Kesultanan Sulu akan menyebabkan Sabah "hilang" daripada peta Malaysia!

Jelas tuntutan ini tidak menasabah. Rakyat Sabah sendiri melalui referendum Suruhanjaya Cobbolt telah memilih untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Tidak ada paksaan, tidak ada peperangan, tidak ada rampasan. Ianya pilihan rakyat Sabah sendiri untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

Kalau tuntutan Kiram III dibenarkan, bermakna Selatan Thai wajib diserahkan semula kepada Kerajaan Malaysia, Singapura wajib dipulangkan kepada Kerajaan Johor-Riau, Pulau Pinang wajib diserahkan kembali kepada Kerajaan Kedah; malah Israel wajib diserahkan semula kepada Kerajaan Palestin!

Persoalannya ialah, apa atau siapa dalang yang menyebabkan atau mendorong Kiram III memilih menceroboh dan menyerang Sabah? Apa tujuan dan matlamat dalang-dalang ini?

Teman tertarik dengan penglibatan Tianchua dan Sivarasa dalam isu Sabah ini. Sekarang sudah terbongkar kedua-dua orang kanan Anwar ini telah pergi ke Filipina. Ini diakui sendiri oleh Anwar (yang mendakwa kedua-dua Naib Presiden PKR ini pergi ke Manila untuk tujuan lain kononnya). Apa tujuan mereka? Siapa yang mereka temui?

Malah kini sudah terbongkar Anwar pernah beberapa kali bertemu dengan Nur Misuari, pemimpin Moro Nationalist Liberation Front (MNLF). Dan kini terbukti Nur Misuari adalah penyokong tegar kepada Kiram III. Dan kita tahu dalam memainkan peranan mendamaikan Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina, Kerajaan Malaysia menggunakan networking Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan bukan MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari!

Tian Chua dan Sivarasa? Apa penglibatan mereka dalam isu pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam anggota keselamatan Malaysia di Sabah? Teman mendesak Kerajaan menyiasat dengan terperinci kegiatan kedua pembangkang ini. Adaklah mereka terlibat?

Mungkin ada yang sudah lupa, inilah dua karektor antara mereka yang yang terlibat secara langsung dalam isu pemisahan Timor Timur daripada Indonesia sekitar tahun 1990an.

Pada 09 Nov 1996, kedua-dua karektor ini adalah antara mereka yang menggunakan platform pertubuhan yang tidak berdaftar Suaram menganjurkan sidang Asia Pacific Conference on East Timur 2 (dikenali dengan singkatan Sidang APCET II). Sidang ini dianjurkan di Hotel Asia di Chow Kit, Kuala Lumpur. Ianya adalah susulan daripada Sidang APCET I yang diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.

APCET adalah forum yang digunakan untuk membawa isu pembebasan Wilayah Timor Timur daripada Indonesia. Dan gerakan ini bermula dengan pelancaran serangan bersenjata oleh pemimpin etnik Timor Timur bernama Gusmao. Serangan ini berjaya ditumpaskan oleh ABRI dan Kerajaan Indonesia. Gusmao dihadapkan ke Mahkamah Indonesia dan dihukum penjara 20 tahun.

Insiden ini dijadikan modal untuk membawa isu kemerdekaan Timor Timur. Dalang-dalang gerakan ini menggunakan tekanan antarabangsa. Antaranya mereka berjaya mempengaruhi Nelson Mandela, dan Ramos Horta untuk bersama menyokong gerakan ini. Hinggakan Gusmao diberikan anugerah Nobel untuk kononnya menghargai perjuangannya.

Kerajaan Indonesia sangat tidak berpuashati dengan tindakan Suaram dan beberapa NGO lain mengadakan Sidang APCET II di Kuala Lumpur. Indonesia merasakan sebagai negara saudara kembar yang serumpun, Malaysia tidak wajar membenarkan isu kedaulatan Indonesia dan wilayahnya dibincangkan di Kuala Lumpur.

Namun Kerajaan Malaysia yang mengamalkan sikap terbuka dan memberi kebebasan bersuara kepada rakyatnya, dan tidak mengenakan halangan untuk Sidang APCET II diadakan.di Kuala Lumpur. Namun diperingkat rakyat, jelas penentangan terhadap campurtangan asing dalam hal kedaulatan Indonesia membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia.

Maka rakyat Malaysia, dipelopori oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menggerakkan massa dengan menubuhkan Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO masa itu Saifuddin Nasution Ismail.

BBRM telah mengadakan protes besar-besaran pada 09 Nov 1996 dihadapan Hotel Asia diwaktu Sidang APCET II sedang berjalan. Apabila penganjur dan hadirin sidang itu enggan bersurai, Saifuddin Nasution Ismail dan gerombolan BBRM telah merempuh masuk kedalam bilik sidang dan cuba menghentikan sidang tersebut. Habis kerusi meja terbalik, malah ada antara mereka berdiri diatas meja dan melaung-laungkan bantahan.

Sidang APCET II akhirnya terpaksa bersurai. Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan, termasuk ke atas Saifuddin Nasution Ismail. Mereka dihadapkan ke Mahkamah dan dikenakan hukuman.

Hari ini Saifuddin Nasution Ismail adalah Setiausaha Agong PKR merangkap Ahli Parlimen Macang! Tianchua dan Sivarasa pula adalah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu & Subang bagi PKR.

Betapa ironisnya dunia politik ini. Dahulu bermusuhan sehingga bersepak terajang, hari ini bercium sekatil; sebantal!

Akhir kalam, wilayah Timor Timur diberi kemerdekaan oleh Kerajaan Indonesia pada 20 Mei 2002, setelah rakan baik Anwar Ibrahim iaitu Pak Gusdur yang buta menjadi Presiden Indonesia!

Indonesia hilang sebuah wilayah!

Tianchua dan Sivarasa adalah antara karektor yang terlibat secara langsung dalam APCET. Dan Pak Gusdur, rakan baik Anwar akhirnya memberikan kemerdekaan kepada wilayah Timor Timur dengan nama baru Timor Leste. Gusmao akhirnya menjadi Presiden pertamanya, dan Timur Leste berubah menjadi sebuah negara kristian dengan bantuan ketenteraan daripada Australia!

Apakah lirik lagu "Sabah kan hilang" yang sentiasa didendangkan oleh Anwar Ibrahim dalam siri-siri ceramahnya dimerata tempat dinegara ini sebagai satu tanda dan isyarat bahawa ada satu konspirasi jahat dan halus untuk menyebabkan Malaysia kehilangan Wilayah Sabah, sebagaimana Indonesia kehilangan Wilayah Timor Timur?

Persoalannya, adakah kita sedang berhadapan dengan satu "Konspirasi Si-Kitol II", sebagaimana yang berlaku dalam sejarah "Konspirasi Si-Kitol I" yang menyebabkan kita hilang Kerajaan Melaka dahulu?

Kerajaan Malaysia tidak sewajarnya memandang ringan perkara ini. Sebab itu suatu Suruhanjaya DiRaja wajib ditubuhkan untuk menyiasat ke akar umbi dalang sebenar pencerobohan, serangan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh pengikut Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu.

Kiat bukan berdepan dengan sebuah angkatan tentera. Kita sedang berdepan dengan penjenayah yang menceroboh, menyerang dan membunuh anggota keselamatan kita. Ini soal jenayah. Ini isu jenayah. Ianya perlu ditangani sebagaimana kita menangani penjenayah lain.

Kerajaan Malaysia pimpinan Dato' Sri Najib telah mengambil pendirian yang betul dan tegas. Penggunaan pasukan keselamatan PDRM dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia dibawah "Blue-Ocean Strategy" telah berjaya membawa hasil yang dirancangkan. Penjenayah berjaya kita hapuskan, keamanan dan ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

Sekarang adalah masa untuk Kerajaan mengambil langkah selanjutnya; mengembalikan maruah dan kedaulatan negara dengan menyiasat secara terperinci melalui Suruhanjaya DiRaja siapa dalang disebalik insiden ini! Ini adalah kegiatan pengkhianatan dan penderhakaan yang tidak boleh diampunkan!

Be Fair, but Be Firm!

Yakinlah bahawa rakyat Malaysia akan bersama dengan Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Dato' Sri Najib dalam berhadapan dengan pencabulan, pengkhianatan dan pernderhakaan ini!

Yang baik daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memelihara keamana dan kedaulatan Malaysia insyallah. Ameen!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
25 Rabi'ul Akhir 1434
09 Mac 2013

06 March 2013

OPS DAULAT-ANGKATAN TAKBEER PAS?

(Panglima 2 Briged Angkatan Takbeer Negara sedang mengawal keselamatan kerusi harbi)

Salam 2 all.

Teman menghargai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasharuddin Hasan At-Tantawi yang menyatakan kesediaan beliau menghantar ahli-ahli PAS ke medan tempur di Lahad Datu dan lain-lain demi mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas dan anasir subversif asing daripada Filipina.

Cuma teman agak musykil dengan kenyataan Nasharudin ini dengan satu persoalan: pasukan asykar mana yang dia bercadang nak hantar tu? Dewan Pemuda PAS? Unit Amal PAS?

Kalau takat nak hantar Dewan Pemuda atau Unit Amal, teman rasa lebih baik dok jaga markas PAS aje lah. Takat kepakaran kutip derma masa ceramah, atau tukang takbeer masa penceramah dok maki hamun orang lain (termasuk bertakbeer bila penceramah harbi DAP maki orang Melayu), atau takat kepakaran buat demo haram ikut Ambiga tu, elok dok rumah ajelah. Kang tak pasal polis dan tentera kita yang sedang sibuk berperang terpaksa jaga keselamatan dema pulak dah!

Pada teman, kenyataan Nasharudin Tantawi ni menepati pepatah Melayu, "cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut".

Tugas menjaga keselamatan negara, termasuk berdepan dengan musuh luar adalah tanggungjawab khusus pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ada pasukan yang terlatih dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran tersendiri.

PDRM ada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerak Khas, Komando Vat 69, Unit Tindakan Khas, Unit Cawangan Khas, Pasukan Khas Senoi Praq, Pasukan Simpanan Persekutuan dan banyak lagi unit-unit yang cukup terlatih dan mempunyai kepakaran tersendiri.

Disebelah ATM jangan cakap lagilah, selain pasukan regular saperti Rejimen Askar Melayu DiRaja (yang kawan Nasharudin Tantawi cauvinis biaDAP berangan sangat nak bubar dan hapuskan), ada pasukan Renjer, Rejimen Gerak Khas, Rejimen Askar Wataniah, Rejimen Kor Jurutera, dan macam-macam lagi. Kita ada TLDM dengan pelbagai pasukan termasuk Pasukan elit PASKAL, pasukan kapal selam KD Tun Razak (yang kekawan Nasharuddin fitnah tidak boleh menyelam), TUDM dengan Skyhawk dan F-16, dan banyak lagi yang masih belum digunakan dalam gerakan Ops-Daulat!

Pendek cerita, walaupun kita menghargai kesediaan Nasharudin Tantawi beriya nak berjihad dan nak mati syahid di Lahad Datu, kita sudah punya pasukan yang lebih daripada mencukupi untuk menangani masalah pencerobohan pengganas Sulu ini.

Apa yang penting, Nahsarudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya perlu faham, pencerobohan oleh anasir pengganas dan subversif Sulu ini bukan satu peperangan, tetapi perlakuan jenayah. Ianya adalah jenayah untuk menceroboh negara kita yang berdaulat dan merdeka, ianya adalah satu jenayah untuk membunuh pasukan polis yang menjaga keselamatan negara. Kita sedang berhadapan dengan penjenayah, bukan pasukan tentera sebuah negara.

Sebab itu pihak Polis yang mengendalikan kes ini bukan pasukan tentera (walaupun ATM sedang membantu polis berdasarkan kerjasama strategik Blue-Ocean Strategy). Sama saperti kes pencerobohan Al-Maunah (kebetulan ahli parti Nasharudin yang banyak terlibat), kes pencerobohan Sulu adalah kes jenayah, dan saperti kes jenayah lain, ianya harus dikendalikan oleh pasukan PDRM.

Selanjutnya pada teman, daripada Nasharudin Tantawi sibuk konon nak perang jihad di Lahad Datu, eloklah Nasharudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya pergi berperang jihad dengan Tian Chua, rakan sekongkol Nahsarudin Tantawi daripada parti manusia rosak akhlak Anwar Ibrahim!

Nasharudin Tantawi tentu sudah tahu bagaimana rakan sekatil sebantal beliau menghina pihak polis dengan mendakwa pencerobohan anasir pengganas dan subversif Sulu adalah konspirasi UMNO. Sehinggakan ada anggota dan pegawai polis yang terkorban pun nak dipolitikkan oleh rakan sebantal Nasharuddin Tantawi. Inilah politik paling sial yang pernah teman tengok dimainkan oleh haiwan politikus negara ini.

Jadi kalau Nasharuddin Tantawi berasa nak berperang jihad sangat, teman nasihatkan Nasharuddin Tantawi eloklah pergi berperang dengan rakan sebantalnya itu. Pada teman, pihak keselamatan, terutama ahli keluarga anggota polis yang terkorban akan sangat menghargai jasa Nasharudin Tantawi jika dia mengangkat pedang jihad dan bertakbeer menentang Tianchua, dan kalau jumpa dia elok Nasharuddin melempang Tianchua dua tiga kali sambil bertakebeer sakan!

Jangan Nasharudin jadi macam Nik Aziz, ketua Majlis Syura PAS yang pergi kerumah Karpal Singh membawa pisau; yang teman ingatkan nak pergi lempang Karpal Singh kerana mempertikaikan keputusan Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dimana Nik Aziz pengerusinya; rupa-rupanya Nik Aziz pergi rumah Karpal bawak pisau untuk potong kek sambut birthday dihari Taipusam!

Atau elok juga Nasharuddin Tantawi mengajak Angkatan Takbeer PAS berperang dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang bertegas mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sapertimana perisytiharan yang turut ditandatangani (malah disediakan) oleh ketua Nasharudin Tantawi sendiri Hadi Awang pada 08 Januari 2013!

Sedangkan Nasharuddin Tantawi tahu keputusan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura parti Nasharuddin Tantawi sendiri! Malah kata Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din, adalah syirik dan kufur untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH kerana ini soal aqidah. Sampai Dr. Haron Din kata akan pertahankan kalimah ALLAH sehingga habis nyawa!

Jadi nasihat teman kepada Nasharuddin Tantawi, daripada mike sibuk nak hantar Angkatan Takbeer PAS ke Lahad Datu, eloklah mike hantar Angkatan Takbeer PAS berjihad menentang Anwar Ibrahim, Guaneng, Kitsiang, Karpal Singh, dan mungkin juga Hadi Awang (kerana sampai hari ini tak tarik balik kenyataan bersetuju dengan Anwar & Kitsiang kristian boleh pakai kalimah ALLAH, malah Anwar sampai kata baru ni Hadi Awang yang sediakan text persetujuan tersebut)!

Pada teman, kalau ditakdirkan Nasharudin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS terkorban semasa perang menentang Anwar, Guan Eng, Kitsiang dan Karpal Singh demi mempertahankan kalimah ALLAH yang disyirikkan, insyallah Nasharuddin Tantawi boleh digolongkan sebagai mati syahid!

Dan Nasharuddin Tantawi akan berjasa besar kepada negara dan rakyat Malaysia kalau dia boleh mengetuai Angkatan Takbeer PAS ke Filipina untuk mendesak dan mencari kebenaran lapuran media Filipina yang mendedahkan siasatan Bahagian Risik Filipina yang membongkar dalang sebenar disebalik serangan anasir pangganas subversif Sulu menceroboh Malaysia.

Lapuran tersebut secara jelas mendedahkan penglibatan kalipah yang disanjung oleh parti Nasharuddin Tantawi sebagai dalang dan barua kepada insiden ini. Negara dan rakyat Malaysia pasti akan berbangga dan bersyukor jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS membongkar rahsia yang didedahkan oleh media Filipina tersebut! Dan jika lapuran media Filipina itu didapati benar, negara akan sangat berbangga jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS mengisytiharkan perang jihad dan sanggup mati syahid menentang pengkhianat dan petualang negara ini!

Oh ya sebelum lupa, mungkin Nasharuddin Tantawi boleh menasihatkan beberapa orang rakan taulan dia dalam PAS yang begitu ghairah dan seronok menggunakan gelaran Datu (yang ditukar sendiri oleh dema lepas itu menjadi Datuk) yang konon ceritanya dianugerahkan oleh mereka yang mengaku Sultan Sulu. Teman dengar cerita dalam kepimpinan PAS pun ada yang yang pakai gelaran palsu yang tak diiktiraf ini!

Jadi Nasharuddin Tantawi, mike sebenarnya ada banyak kerja lagi nak buat. Jadi eloklah mike fikir semula niat dan cadangan nak hantar rejimen Angkatan Takbeer PAS berjihad ke Lahad Datu. Mike pun takde asykar nak hantar, yang ada pun pasukan takbeer dan pasukan demo haram.

Biarlah pasukan PDRM & ATM kita menyelesaikan masalah pertahanan negara ini.  Mike selesaikanlah masalah parti mike sendiri. Berjihad menentang pemimpin dan rakan sekongkol mike yang zalim, mungkar dan maksiat ini lebih baik daripada mike berangan nak berjihat di Lahad Datu itu.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH meneguhkan aqidah dan iman kita, dan menjauhkan kita daripada syirik dan kekufuran.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
23 Rabi'ul Akhir 1434
06 Mac 2013

27 February 2013

KALIMAH BiaDAP

(Apakah penyalah-gunaan kalimah ALLAH saperti ini yang dimimpikan Guaneng, Kitsiang & Karpal Singh; dan disokong pulak oleh Anwar & para pasrasitnya? Na'uzubillah minzalik!
Lakum diinukum waliyadiin - untuk kafir agama mereka, untuk kita agama Islam)

Salam 2 all.

KEMELUT KALIMAH ALLAH

Tindakan Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut kristian menggunakan kalimah ALLAH didalam hal berkaitan agama kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukkan undang-undang negara!

Dan tindakan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bersama pada 08 Januari 2013 bahawa penganut kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dengan alasan antara lain kononnya Islam membenarkannya membuktikan pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu pakatan yang tidak menghormati agama Islam, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukkan undang-undang negara.

Malahan Majlis Syura PAS telah pada 13 Januari 2013 menyanggah pendirian Presiden PAS sendiri dan ketetapan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan membuat pendirian yang sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama' muktabirin serta NGO-NGO Islam dengan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam dan melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian atas dasar aqidah!

Namun pembangkang, terutamanya Karpal Singh, berserta beberapa pimpinan DAP-PKR telah terus menerus mempertikaikan keputusan Majlis Syura PAS, malah ada yang mendesak supaya Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan pelarangan tersebut dan akur dengan ketetapan pakatan DAP-PKR-PAS yang membenarkan kristian menggunapakai kalimah ALLAH!

Sebenarnya, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 telah memperuntukkan melalui Seksyen 91 bahawa kalimah ALLAH (termasuk beberapa perkataan dan kalimah lain saperti Baitullah, solat dan lain-lain) adalah dilarang penggunaannya oleh bukan-Islam.

Enakmen tersebut digubal oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada April 1988 (semasa dibawah pemerintahan Kerajaan BN Selangor) dan digazetkan pada Julai 1988. Enakmen yang sama juga telah digubal oleh hampir kesemua Dewan Undangan Negeri yang lain.
Bermakna hampir semua negeri telah menggubal undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim.

Dan untuk memperkuatkan kedudukan, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah menetapkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam (sila rujuk www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-Allah).

Fatwa pelarangan Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah diikuti oleh hampir kesemua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Selangor yang membuat gazet bagi fatwa tersebut pada 18.02.2010 melalui Sel. P.U. 6.

Apa yang jelas ialah sudah ada peruntukkan undang-undang yang sah dan sahih digubal melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam. Peruntukkan ini dipanggil 'Undang-Undang Anti-Dakyah Agama' yang dengan jelas menyatakan memperuntukkan "bahawa penggunaan kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam dan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan bukan Islam adalah dilarang sama sekali dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka".

Peruntukkan undang-undang ini pula sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain terhadap orang Islam.

Dan ini semua adalah bersesuaian dengan semangat dan peruntukkan Rukun Negara dimana seluruh rakyat dan warganegara telah berikrar menyatakan antara lain akan menghormati, mentaati dan mempertahankan "keluhuran Perlembagaan & kedaulatan undang-undang".

Dan pelanggaran peruntukkan Undang-Undang Anti Dakyah ini boleh membawa kepada pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil dan boleh dihukum termasuk penjara.

Dan jangan lupa Seksyen 298A Kanun Kesiksaan juga menjadikan ianya satu kesalahan jenayah jika seseorang itu "menyebabkan diatas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan dan sebagainya, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan".

Dan hukuman bagi pesalah dibawah Seksyen ini ialah "hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari dua (2) tahun dan tidak lebih dari lima (5) tahun".

Tidak cukop dengan itu, Tuanku Sultan Selangor secara jelas dan sarih bertitah melarang penggunaan kalimah ALLAH dikalangan penganut agama selain Islam termasuk kristian. Dan titah Tuanku Sultan Selangor diikuti dengan titah Tuanku Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dan beberapa Sultan yang lain.

Ringkasnya, pelarangan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan non-Muslim dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka adalah bersesuaian dengan ikrar dan peruntukkan Rukun Negara, sah dan sahih dibuat menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri serta telah digazetkan, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dihukum minimum 2 tahun penjara dan maksimum 5 tahun penjara!.

Apa makna semua ini?

Maknanya sesiapa yang membenarkan, menyokong, mempromosi, mencadangkan, bersetuju, bersekongkol, menghasut dan dalam apa juga bentuk dan tindakan mahu kalimah ALLAH digunakan oleh penganut agama selain Islam termasuk kristian adalah mengkhianati Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan, menderhaka kepada titah Tuanku Sultan dan melanggar undang-undang yang sah dan sahih!

Cukup jelas kemelut dan isu penggunaan kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng pada 25 Dis 2012 dan kemudiannya disokong oleh kepimpinan DAP-PKR-PAS melalui kenyataan bersama Lim Kit Siang, Anwar dan Hadi Awang pada 08 Januari 2013 telah menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan (termasuk didalam PAS sendiri), dan menyebabkan atau boleh menyebabkan permusuhan, benci membenci dan akan memudaratkan.

Ini terbukti dengan berlakunya begitu banyak lapuran polis yang dibuat, demonstrasi dan bantahan besar-besaran diseluruh negara termasuk dikalangan ahli PAS sendiri terhadap kepimpinan pembangkang sehingga membawa kepada memijak dan membakar gambar kepimpinan mereka sendiri. Malah Majlis Syura PAS dengan jelas memutuskan bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh selain umat Islam adalah ditegah samasekali atas dasar aqidah!

Akibat daripada itu, kita melihat pertelagahan terbuka sesama mereka. Datuk Harun Taib, disokong oleh Dato' Haron Din, Datuk Nik Amar dan lain-lain kepimpinan ulama PAS secara terbuka mencabar dan mengkritik Karpal Singh yang berkeras mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH.

Sebaliknya Karpal Singh, disokong oleh beberapa pimpinan pembangkang secara terbuka mencabar kepimpinan PAS supaya menarik balik dan membatalkan keputusan Majlis Syura yang dibuat pada 13 Januari 2013.

Atas dasar itu, tindakan tegas dan tanpa kompromi perlu diambil saperti berikut iaitu pertuduhan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan dan Seksyen 91 Enakmen Anti-Dakyah dan/ atau mana-mana peruntukkan undang-undang sedia-ada perlu dikenakan terhadap:

1. Lim Guan Eng yang pada 25 Dis 2012 membuat desakan melalui mesej Hari Krismas supaya Kerajaan Persekutuan membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam perkara berkaitan agama kristian;

2. Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang pada 08 Januari 2013 membuat kenyataan bersama mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH didalam perkara berkaitan dengan agama kristian; dengan menggunakan dan/ atau memberi gambaran seolah-olah Islam membenarkannya!

3. Karpal Singh yang terus menerus membuat kenyataan mendesak supaya kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH didalam perkara berkaitan dengan agama kristian walaupun rakan sekongkolnya Majlis Syura' PAS dengan jelas mengharamkannya!

Dan kepada rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum, cubalah ambil kemelut isu penggunaan kalimah ALLAH ini sebagai "pembuka jiwa & minda" dan gunakanlah aqal untuk berfikir; adakah kita mahu golongan jenis ini, yang sanggup mempolitik dan memainkan agama dan tuhan mereka sendiri sebagai pemimpin dan kerajaan memerintah kita?

Kalau tuhan pun mereka boleh politikkan, kalau tuhan pun mereka boleh permainkan, apakah jaminan kita rakyat Malaysia manusia biasa ini tidak akan dipolitikkan, tidak akan dipermainkan?

Kepada ahli PAS, bukalah minda dan jiwa anda! Anwar Ibrahim, manusia rosak akhlak yang anda beriya-iya sangat mahu tabalkan sebagai Perdana Menteri dengan jelas dan terang menolak keputusan Majlis Syura PAS. Malah bertegas mengheret PAS dengan berpegang kepada ketetapan 08 Januari membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH!

Bukankah ini satu penghinaan kepada PAS, sedangkan slogan PAS ialah kepimpinan melalui ulama. Ulama' anda telah buat keputusan, jelas Anwar dan DAP menolak! Anda mahu mengikut Anwar atau ulama' anda? Sudah hilangkah maruah dan harga diri anda yang mengaku kepimpinan ulama' tetapi gagal mempertahankan, membela dan memartabatkan Ulama' sendiri dalam isu aqidah yang begitu fundamental?

Anda tidak pelik kah melihat Lim Guan Eng tiba-tiba menjadi dajjal bisu seribu bahasa? Dia yang mencetuskan kemelut isu kalimah ALLAH ini, tiba-tiba PAS pula yang menerima bahananya akibat tindakan kurang cerdik Presiden PAS mendahului ulama'!

Yang menjadi mangsa sekarang ialah ulama PAS. Timbalan Mursyidul PAS sahibul fadhilah Dato' Dr Haron Din yang tegas mempertahankan aqidah dan mahu menyelamatkan iman pengikut PAS pula kini dimaki hamun oleh penyokong pembangkang, termasuk para parasit.

Hinggakan ada yang menuduh Dato' Haron Din sebagai barua UMNO! Dan Lim Guan Eng pencetus kemelut ini, Anwar Ibrahim sebagai pembakar kemelut ini boleh terlepas! Dan sangat menghairankan ahli-ahli PAS boleh menjadi syaitan bisu; langsung tidak membela & mempertahankan ulama anda.

Dan yang paling memalukan, Pengerusi Majlis Syura PAS, Datuk Nik Aziz yang sepatutnya mempertahankan keputusan Syura PAS, sanggup ke rumah Karpal Singh membawa pisau bukan untuk berjihad membela keputusan syura, tetapi untuk memotong kek harijadi ke 82 dihari Taipusam dirumah kafir yang terang-terang menghina keputusan syura!

Adakah mendapat undi, memenangi kerusi dan pergi ke Putrajaya itu terlalu penting untuk anda sehingga anda menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta kepada hak dan kebenaran?

Gunakanlah aqal yang waras yang ALLAH telah anugerahkan kepada kita. Janganlah kita terus-terusan mengambil sikap dan melakukan kesilapan dan kesalahan umat terdahulu - menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta kepada kemungkaran dan kejahatan yang berlaku depan mata kita.

Sebab itu kita rakyat Malaysia, dan kita rakyat adalah Hakim, gunakanlah medan di Mahkamah Rakyat, didalam PRU 13 nanti untuk menghukum mereka ini, iaitu pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS, dengan menolak mereka sepenuhnya dengan tidak memberikan walau satu undi pun kepada mereka sebagai tanda kita tidak setuju dan tidak redha, dan tidak mahu berskongkol mereka yang mengamalkan politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara, sehinggakan agama dan tuhan pun turut dipolitikkan!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali.

Semoga ALLAH memelihara aqidah kita, dan memberikan petunjuk dan hidayahNya agar kita terus berada dijalan yang lurus, bukan dijalan kaum yang dimurkai, dan kaum yang disesatkan.

Ameen!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
13 Rabi'ul Akhir 1434
24 Februari 2013