25 March 2010

BAHAS TITAH DIRAJA (4)

UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (4)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010


ISU KALIMAH ALLAH

Begitu juga dengan isu berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH yang dituntut oleh segelintir pendakyah Kristian baru-baru ini. Saya sedar bahawa majoriti umat Kristian sangat memahami dan mengamalkan sikap bertoleransi yang tinggi; malah mengiktiraf bahawa kalimah ALLAH adalah khusus bagi mereka yang menerima konsep ketuhanan yang Esa, yang Satu. Berbeda dengan keyakinan mereka kepada konsep ketuhanan triniti; 3 dalam 1.

Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Reverend Albert Mohler, President of the Southern Baptist Theological Seminary, seorang tokoh Kristian yang terkenal dan dihormati di Amerika Syarikat apabila menolak cadangan Father Tiny Muskin, Bishop Gereja Roman Katolik di Belanda untuk penggunaan kalimah ALLAH sebagai ganti nama tuhan bagi umat Kristian Euro-Amerika.

Dato’ YDP, saya tidak bercadang mahu mengupas isu ini dari segi hukumnya, kerana saya tiada kepakaran, dan saya bukan seorang ulama’ mufassirin. Ada pihak menaburkan fitnah kononnya saya tidak bersuara mengenai isu ini semasa dalam perbincangan yang dibuat. Sebaliknya saya ingin menegaskan bahawa para ‘ulama mu’tabar yang hadir dalam perbincangan tersebut telah memberikan pandangan dan pendapat mereka yang sangat bernas mengapa mereka menolak penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti ini, jadi tiada keperluan dan sebab untuk saya menambah kepada apa yang telah mereka perkatakan dengan jelas.

Malahan Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri telah mengambil pendirian yang sangat tegas menolak cubaan pendakyah Kristian ini untuk mengguna kalimah ALLAH sebagai ganti nama tuhan; malahan beliau menyelar golongan yang menyokongnya. Para ulama’ dan tokoh ‘ilmuan Islam yang lain juga menolak cubaan ini, dan mereka terdiri daripada nama-nama gah dan hebat saperti Professor Dato’ Dr. Syed Naquib Al Attas, Professor Dato’ Dr. Kamal Hassan, Professor Dr. Uthman El Muhamaddy, Professor Dr. Kamar Oniah (pakar perbandingan agama). Malahan pakar perlembagaan Professor Datuk Dr. Shad Faruqi dan ramai lagi ternyata tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh segelintir pendakyah Kristian ini.

Menurut pendapat ulama’ mu’tabar dan para ‘ilmuan ini, antara pendekatan terbaik dalam menangani isu ini ialah dengan menggunakan kaedah ‘uruf al balad, iaitu melihat kepada maslahah isu ini dari segi pemahaman masyarakat tempatan, dalam konteks ini masyarakat Malaysia. Dalam konteks Malaysia, penggunaan kalimah ALLAH dalam bentuk trinity yang sesat ini, jika dibenarkan akan membawa kepada penyalahgunaan.

Dato YDP, saya sendiri secara peribadi telah berdepan dengan dakyah sesat ini secara aktif lebih daripada lima belas tahun. Saya ingin menegaskan bahawa belum pun diberi kebenaran, segelintir pendakyah dan aktivis Kristian ini sudah pun melakukan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Disini saya berikan contoh-contohnya, yang pernah saya kemukakan di Dewan yang mulia ini dalam persidangan lepas.

(Disini saya telah kemukakan kepada Dewan satu persatu bukti penyalahgunaan kalimah ALLAH melalui dokumen dan bukti saperti rancangan Window 10/40 yang disiar dalam majalah Times, risalah, komik, surah palsu saperti Al Muslimun, Quran palsu dan lain-lain yang jelas membuktikan penyakahgunaan kalimah ALLAH).

Sebab itu saya yakin bahawa ada segelintir pendakyah Kristian yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah ini untuk mencapai agenda jahat mereka. Persoalannya bukan agama Islam diserang oleh Kristian, tetapi agenda jahat segelintir pendakyah Kristian untuk melaksanakan agenda halus mereka.

Kalau kita membaca sejarah umat Islam dan sirah Nabawi; kita tidak akan terjumpa keadaan dimana ada orang yang mengaku Islam tetapi beriya-iya berjihad untuk membenarkan orang bukan Islam mengguna kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur ini! Malahan ketegasan umat Islam dalam hal aqidah ini jelas dalam kisah dialog diantara Saidina Ja’far bin Abi Tolib Attayyar dengan Maharaja Najasyi, Raja Kristian dari Habyah.dalam peristiwa hijrah pertama.

Benarlah sabda Rasulullah saw, “bersegeralah kamu pada melakukan ‘amal soleh, kerana akan datang suatu masa kelak kamu ditimpa satu fitnah yang kamu tidak nampak, kerana datangnya saperti kepingan malam. Pada ketika itu, kamu Islam pagi, tetapi kafir diwaktu petang. Kamu Islam petang tetapi kafir diwaktu pagi. Dikala itu ALLAH akan mencabut perasaan takut dari musuh kamu kepada kamu, dan ALLAH campakkan perasaan wahan kepada kamu; iaitu hubbud dunya wakarohiyatul maut - kamu terlalu cintakan dunia, dan takut dengan kematian”.


****************************************************************

*Nota: ini adalah Bahagian(4) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my

3 comments:

Shairon said...

salam,
aku dah nampak dah hang punye pandangan,cara hang berfikir..

hang ni jenis orang loneranger,kalau dekat sekolah atau campus dulu orang macam hang ni orang diketegori "ORG PELIK"..

cara pandangan dia,mata orang pelik-pelik ni macam hang..personality prob..

buat apa orang nak suap hang berjuta-juta,hang ni sapa?lawyer dari langit mana?

hang kenal tak Deepak tu?yang naik BMW M5 tu?apa yang hang tau pasal dia,rajesh?

hang tak payah nak tunjuk hang ni penting la,semua kes melibatkan Nadim,Anwar,Najib hang nak petik..konon hang segala2nya..

konon hang penyelamat mereka bertiga.

banyak tak betol dari betol hang ni..

SideKicks said...

Konon ko la segala-galanya. Ko la sorang manusia yg ada dalam dunia ni bila Wan Azizah dalam kesusahan semasa Anwar di penjara. You are so full of your ownself. Pigi daaaa....

Macam la orang tak tahu siapa yg berusaha menggagalkan pendaftaran Parti KeAdilan Nasional (PKN) dulu.

eXtreme gaMers said...

Sebenarnya isu kalimah ALLAH ini pada pandangan saya ialah salah satu daripada cara untuk menjayakan agenda orang yahudi yang ingin menyatukan atau menyamakan semua agama menjadi satu seperti dalam pertubuhan IFC, Religious Pluralism dan sebagainya dalam pada untuk memesongkan akidah umat Islam.
Perkara ini ada dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang hati (reda) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu).”