Salam 2 all.
Kontroversi budak bernama Basil Anak Beginda membawa sosej babi
Dalam kenyataan beliau yang disiarkan oleh beberapa media utama hari ini, Nor Azman mengaku bahawa sememangnya beliau dahulu beragama Islam, tetapi telah murtad dan kini memakai nama Beginda Anak Minda dengan catatan rasmi tanpa agama.
Malahan beliau dikatakan mengesahkan telah mendapat identiti
Ini adalah isu besar bagi umat Islam. Nor Azman adalah seorang Muslim. Saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim. Nor Azman adalah antara saksi utama bagi pembelaan kes liwat Anwar dahulu. Beliau juga adalah ahli PKR dan calun PKR bagi PRU 10 di kerusi Parlimen P.188 Kapit (1999) dan calun PKR bagi PRN Sarawak 2001 di kerusi N.24 Engkelili.
Saya mendesak supaya satu siasatan dibuat:
- samada Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda telah benar-benar murtad dan kesahihan pengakuan itu;
- bagaimana Nor Azman mendapat pertukaran identiti dan diberi MyKad baru pada tahun 2004 dengan nama ‘Beginda Anak Minda”;
- adakah kemurtadan Nor Azman itu mendapat kelulusan mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa;
- apakah langkah kaunselling dan perbincangan yang pernah diambil keatas Nor Azman sebelum dan selepas beliau murtad tersebut.
Dari segi politik, saya mahu tahu:
- apakah pendirian kepimpinan dan ahli akar umbi PKR dengan status murtad Nor Azman Abdullah ini?;
- apakah pendirian kepimpinan dan ahli PAS dengan murtadnya Nor Azman Abdullah ini; apakah mereka meredhoinya?
Pada saya, isu murtad Nor Azman ini (jika benar lapuran media yang memetik kenyataannya ) adalah sesuatu yang terlalu serius dan mesti ditangani dengan segera dan berhikmah. Saya mendesak pihak berkuasa terutama pihak berkuasa agama supaya jangan berlengah dan membiarkan perkara ini berlarutan. Janganlah berulang lagi insiden Natrah, Nor Aishah Bukhori dan Azlina Jailani @ Lina Joy berulang.
Kedayusan kita mengambil tindakan segera akhirnya menyebabkan murka ALLAH. Padanlah perpecahan umat Islam makin serius didalam negara ini. Kerana dikalangan kita sudah ada yang murtad dan kita kelihatan terlalu lemah untuk mengambil tindakan yang jelas.
Moga ALLAH menyelamatkan kita dari fitnah besar ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Zul Qaedah 1431
12 Nov 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan lapuran media MalaysiaKini hari ini 12.11.2010. Lapuran sama boleh didapati di Malaysian Insider dan akhbar The Star hari ini)
Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.
“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam.
Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah menentukan status agama Beginda.
“Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.
Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim.
Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.
“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.
Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda.
Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.
Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda.
Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda.
Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.
Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.
Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.
Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya.
Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.
No comments:
Post a Comment