16 February 2011

REVOLUSI NEO - 13 MEI?

Salam 2 all.

Nampak gaya ada pihak cuba menangguk di air keruh untuk mengujudkan kekecohan dan kekacauan dalam negara dengan meniru cara rusuhan perkauman 13 Mei 1969. Malah ada yang cuba menyamakannya dengan rusuhan dan kekacauan yang berlaku di Tunisia, Mesir, dan lain-lain negara di Timur Tengah.

Antaranya ialah cubaan bekas pimpinan Hindraf bernama Waytha Moorthy yang melarikan diri ke Britain meninggalkan rakan-rakannya di Malaysia setelah kegagalan cubaan mencetuskan rusuhan di Kuala Lumpur pada bulan November 2007.

Demikian menurut lapuran yang disiarkan dilaman web pro-Anwar dan pro-pembangkang, www.humanrightspartymalaysia.com, www.malaysianmirror.com dan www.malaysiantoday.com yang menyiarkan rancangan demonstarsi revolusi tersebut dan surat W. Moorthy kepada pimpinan Pakatan pembangkang Anwar Ibrahim, Kit Siang & Ustadz Hj. Hadi Awang untuk menyertai himpunan dan demonstrasi bantahan besar-besaran pada 27 Februari 2011 depan.

Waytha bercadang mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran tersebut pada hari AHAD 24 Rabi'ul awal 1432, bersamaan 27 Februari 2011. Dibulan Maulidur Rasul ini, dibulan kita umat Islam menyambut peristiwa kelahiran Nabi saw, Waytha mencabar kesabaran umat Islam bangsa Melayu! Dan paling biadap, Waytha mengajak kita untuk turut sama dalam revolusi ciptaan beliau ini. Dan yang paling malang, ada bangsa Melayu yang mengaku umat Islam menyokong seruan revolusi ini!! Dan beliau sedang enak merencanakan ini semua dari bumi Britain penjajah Tanah Melayu sambil menghirup udara musim salju!

Isu yang Moorthy bangkitkan kononnya novel "Interlok" yang didakwa menghina kaum India, kerana mengandungi rujukan kepada satu kasta didalam masyarakat India iaitu "kasta pariah". Ini dakwa Moorthy menghina kaum India. Dan beliau cuba jadikan isu Interlok sebagai isu perkauman, isu kebangsaan! Dan dengan licik beliau mengaitkan isu novel ini dengan parti UMNO dan Barisan Nasional, dan mereka cuba "divide & rule", "pecah & perintah" umat Islam bangsa Melayu kekancah pertikaian kepartian. Dengan cara licik itu, Moorthy berharap penyokong PAS PKR (yang berbangsa Melayu) akan menyokong revolusi beliau menentang UMNO! Akhirnya yang akan ranap dan hancur ialah umat Islam bangsa Melayu!

Novel "Interlok" ditulis oleh Datuk Abdullah Hussain dan diterbitkan pada tahun 1971 oleh penerbit Angkatan Baru. Ianya sudah menjadi bahan bacaan lebih 40 tahun!! Belum pernah terdengar apa-apa komplen atau rungutan sepanjang 40 tahun itu. Mengapa sekarang? Dan yang peliknya, ada diantara mereka tidak pernah membaca pun novel tersebut!! Tetapi membuat komplen secara emosional dan membabi-buta tanpa tahu hujung pangkal cerita.

Selanjutnya, kalau kita membaca novel tersebut, Datuk Abdullah, penulis yang berasal dari Yan, Kedah dan telah menulis lebih daripada 10 novel itu mengkritik bukan sahaja masyarakat India, malah masyarakat Melayu juga dikritik pedas oleh beliau didalam novel tersebut. Tak pernah pulak dengar orang Melayu nak mengamuk. Kerana apa yang ditulis oleh Datuk Abdullah adalah hakikat sejarah, dan cara kehidupan yang diamalkan masa lalu. Gunanya adalah supaya kita mengambul iktibar dari sejarah. Kerana bangsa yang tidak mahu mengakui sejarahnya sendiri adalah bangsa yang sudah mati!

Kita perlu ingat bahawa Datuk Abdullah, bekas pelajar St. Michael School dan Anglo Chinese School ini menerima anugerah sebagai Sastrawan Negara pada tahun 1996, lebihkurang 15 tahun selepas novel "Interlok" diterbitkan. Datuk Abdullah juga menerima anugerah Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah pada tahun yang sama. DAN SIAPA PENGERUSI PANEL KABINET YANG MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERI ANUGERAH SASTERAWAN NEGARA KE 8 ITU KEPADA DATUK ABDULLAH?

Jangan lupa pada masa itu manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan adalah Timbalan Presiden UMNO, merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia! Dan siapa Pengerusi panel Anugerah Sasterawan Negara ke 8 itu? Cuba tanya Anwar Ibrahim! Kalau novel "Interlok" itu dianggap berbaur perkauman, mengapa Anwar, yang memegang jawatan kedua tertinggi negara tidak berbuat apa-apa? Malahan dizaman beliaulah Datuk Abdullah diberi pelbagai anugerah!

Dan yang teman paling pelik, mengapa Moorthy ini tidak berdemonstrasi, atau mengadakan bantahan besar-besaran apabila Ahli Parlimen Padang Serai, YB Gobalakrishnan , rakan satu bangsanya sendiri, mendedahkan bahawa Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar Ibrahim memanggil beliau dengan gelaran "PARIAH!!" MENGAPA TIADA BANTAHAN? MENGAPA DIAM MEMBISU? MENGAPA TIADA PEMBELAAN TERHADAP YB GOBALA? MENGAPA TIBA-TIBA SEMUA NAK MENJADI HERO TAMIL DENGAN MEMPERDAGANGKAN "INTERLOK"?

Pada teman, ini semua adalah cubaan murahan untuk mencetuskan perasaan marah umat Islam bangsa Melayu supaya terjadi rusuhan dan kekacauan serta huruhara. Dengan isu mempertikaikan perkenan Sultan Selangor dalam perlantikan SUK Selangor Datuk Ahmad Khusrin. Diikuti isu mempertikaikan pertahanan negara dengan memutarbelitkan isu pembelian kapal perang, membawa kepada isu Teoh Beng Hock, diselit dengan isu Kugan. Kepada isu terbaru membentuk jawatan "Exco Hal Ehwal Agama Bukan Islam" di Pulau Pinang hari ini, dan banyak isu lain saperti mencemar kesucian surau dan masjid, semuanya pada teman adalah ulangan resepi yang sama untuk mencetuskan rusuhan 13 Mei. Kerana sebenarnya inilah resepi yang diguna oleh kaum cauvinis dan rasis yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei. Dan merekalah yang paling lantang tidak mahu sejarah 13 Mei diulang dan diperingati, kerana mereka tidak mahu rakyat mengetahui tembelang mereka!

Malahan, sebenarnya itulah resepi yang digunapakai oleh pimpinan cauvinis di Singapura semasa berada didalam Tanah Melayu. Cetuskan kekacaun, bikin huruhara, timbulkan keresahan, cari pasal, buatkan kemarahan orang Melayu Islam, akhirnya dengan strategi itu umat Islam bangsa Melayu hilang sebuah negara. Kaum cauvinis dan rasis berjaya mendapat sebuah negara yang menjadi duri kepada wilayah nusantara Melayu-Islam. Singapura hilang, Singapore muncul. Sejarah Sang Singa hilang, dan mereka pura-pura dengan lakaran sejarah baru!

Ingatlah wahai umat Islam! Ingatlah wahai bangsa Melayu! Janganlah keghairahan kita untuk berpolitik sehingga menggadai agama, bangsa dan tanah air kita! Janganlah politiking melampau yang kita amalkan sekarang menjadi bahan peruntuh watan kita! Janganlah menjadi politikus kalkatus, yang terpedaya dengan kilauan cahaya pembunuh, yang akhirnya memusnahkan kita sendiri. Ketepikanlah perbezaan fahaman, buanglah perbezaan politik, campaklah pertikaian sesama kita.

Kita wajib bersatu menentang cubaan untuk menghidupkan revolusi neo-13 Mei ini! Kita wajib mempertahankan dan membela agama, bangsa & tanahair kita! Revolusi yang dirancang pada 27 Februari ini mesti dihentikan! Ini bulan Rabi'ul Awal, ini bulan kita umat Islam menyambut peristiwa besar kelahiran Rasulullah saw, Nabi besar junjungan kita. Jangan benarkan bulan ini dicemar dengan seruan revolusi jahat ini!!

Teman berseru kepada seluruh umat Islam bangsa Melayu didalam UMNO, PAS mahupun PKR, ingatlah kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah, mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah apabila berdepan dengan musuh-musuh Islam? Semoga ALLAH selamatkan agama Islam, semoga ALLAH selamatkan bangsa Melayu, semoga ALLAH selamatkan Persekutuan Tanah Melayu ini! Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
15 Rabi'ul Awal 1432
16 Februari 2011

#####################################
(Petikan daripada lamanweb www.malaysianmirror.com)

Hindraf Invites Pakatan Rakyat To Join Forces
www.malaysianmirror.com



Monday, 14 February 2011 11:02

waythamoorthyKuala Lumpur - Following the nationwide clampdown against Hindraf, its leader Waytha Moorthy has written to PKR, DAP and PAS to join hands in their planned People's march on February 27 to protest against "racism practiced by UMNO".

The letter was addressed to leaders of the respective Pakatan Rakyat parties, namely Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang (below, right).

Yesterday, the Hindraf car convoy activity, which also involved distribution of leaflets asking the people to rise up against various injustices, was abruptly disrupted by police. It was reported that 59 people were arrested across several states in Malaysia (below, left).kitsianganwarhadiawang

"However this has not hindered the spirit of the HINDRAF members and we are geared up for the march.Although we may differ in our opinions and approach, but I believe that our common objectives are the same to ensure human rights & liberty is prevailed for all Malaysian in equality," Waytha Moorthy's letter contained.

"The upheaval that we had witnessed in Tunisia and Egypt is the unity of the people irrespective of their race or religion battling for humanity to sustain against oppressive and suppressive governments similar to UMNO.The audacity of the government to move ahead with the INTERLOK novel shows their arrogance and their effort to enhance racism and segregation within its society similar to BTN (Biro Tatanegara)," the letter continued.

hindrafarrest1Although the "Interlok" debacle essentially touches on the sensitivity of the Indian community, Hindraf is basing its struggles on more general issues of justice and oppression.

"I trust as a seasoned and genuine leader of the nation, you do understand the insensitivity and racism that is created towards a particular segment of the society and will be glad if you can join us (in the march) to ensure that Malaysian society should not be cowed by such outright racism practiced by UMNO and its mandores", Waytha invited.

The Hindraf movement had a new lease of life following the refusal of the Government to ban the controversial "Interlok" novel. The decision by Education Minister, Muhyiddin Yassin to continue with the publication but with ammendments, after having consulted various parties, primarily MIC did not gain traction with the Indian rights movement.

7 comments:

SEPUTIH KAPAS said...

As salam dan Tahniah YB. Saya menyokong sepenuhnya apajua nukilan yang YB paparkan. Pohon dipaparkan dalam blog saya kapas141.blogspot.com

Angin Kentut said...

hahaha... tak pasai2 gambaq mahatma ghandi jadi mangsa. mmg hero tamil. hero tamil yg pandai lari dan guna gambaq org lain. hahaha...

Pokok said...

Tuan YB Zul.. tolong bagi pandangan berkenaan penubuhan portfolio baru di Penang, Hal Ehwal Bukan Islam.

daturaAINnoXia said...

salam yb...
perkataan pariah tu adalah ciptaan orang india sendiri kalau x silap..
tapi kenapa marah pada orang lain??
x lain ini cuma alasan nak jatuhkan kerajaan saja..

penduduk serendah said...

Yb Zulkifli kumpulan Haram Hindraf ini dah melampau betul lah. Nak buat demonstrasi ala Egypt konon. Jangan cari pasal, kami yang Majority Memerhati dah nak hilang sabar.
Kalau DS Najib suruh kami keluar berhadapan dengan Pengkhianat Negara ini, baru tahu Nasib Mereka.
Kami bekas tentera seramai Berpuluh Ribu orang yang berkorban untuk negara tidak akan pelok tubuh menngok karenah mereka.

sang sepakat said...

aman damai blog ni bila geng pakatan takde...amannnnn...je... teruskan menulis Y.B

Aku Menulis said...

sedih melihat terlalu banyak pemutarbelitan di zaman yang memerlukan rakyat Malaysia. Inilah akibat apabila negara aman. Semua nak jadi hero sebab mereka pandang askar dan polis tak ada kerja. banyak yang lupa daratan asal usul mereka.