29 June 2011

FREE AL-AQSA



(Gambar 1: Masjid Al Aqsa yang sebenarnya berkubah biru.

Gambar 2: Kubah As Sakhrah dibina oleh Khalifah Al Marwan)

Salam 2 all.

Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia 'amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama!

Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi. Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada "utusan", "penyelamat", "messiah", "saviour' yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.

Sebenarnya "utusan" yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad saw. Walaupun para ulama', ahli kitab dan 'ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka. Namun hanya kerana Nabi Muhammad saw bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah saw (As-Shaff: 6).

Jadi siapa "messiah" yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?

Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman, atau "kuil Sulaiman"; atau "Istana Nabi Sulaiman". Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan. Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah "Messiah" yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada "haykal Sulaiman' ini bila dia diturunkan nanti. Dan mereka percaya "Messiah" ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia. Sebab itu slogan mereka sekarang ialah "Israel 4 All", "New Order", "One World" dan lain-lain.

Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana "messiah", "penyelamat" mereka akan turun. Kerana mereka percaya tapak pemerintahan"messiah" mereka letaknya di Masjid Al Aqsa.

Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya "Kubah As Sakhrah" adalah Masjid Al Aqsa. Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis. Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.

Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit. Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan "messiah", "penyelamat" mereka. Tapak pemerintahan "haykal Sulaiman" mesti disiapkan.

Sebab itu kita umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa adalah satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan biaDAP merampok dan merampas Masjidil Aqsa. Pembebasan Masjid Al Aqsa janganlah dibebankan hanya kepada umat Falastin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu Muslim.

Hari ini 27 Rejab, hari dimana Rasulullah saw melalui peristiwa Isro' wal Mi'raj, dimana Rasulullah saw diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al Quran surah Al Isra': 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al Aqsa oleh Sultan Salahuddin. Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH swt; sebagaimana yakinnya Rasullah saw kepada ALLAH. Lihat kejayaan Sultan Salahuddin yang berjaya menebus maruah Islam tanpa bersekongkol dengan kafir, tetapi meletakkan keyakinan 100% kepada ketentuan ALLAH swt, dan bergantung kepada tentera yang mempunyai hablum-minallah, hablum-minannas yang baik. Mereka yang menjaga tahajjud, dan memelihara sunnah sekecil bersiwak.

Alhamdulillah teman berkesempatan bersama dengan umat Falastin bulan Ramadhan tahun lepas. Teman dapat lihat, didalam segala kepayahan dan kesulitan, namun semangat juang mereka sangat tinggi. Semasa kami menziarahi seorang pejuang yang ditemui dihospital, dengan kedua tangan dan kaki kudung angkara rejim Zionis Israel, kami cuba menghulurkan sedikit bantuan. Namun beliau menolak dengan baik, dan meminta kami memberikan sumbangan itu kepada orang lain yang mungkin lebih memerlukan. Teman bertemu beberapa kanak-kanak kecil Falastin; dan sambil bersembang teman tanya tak takutkah mereka dengan kereta kebal rejim Yahudi Zionis yang terletak tidak jauh dari mereka. Dengan penuh keyakinan mereka menjawab "al-jannah, al-jannah". Itu syurga kami, itu syurga kami. Bagi mereka, melontar kereta kebal itu dengan batu, dan jika ditaqdirkan dibunuh oleh rejim Yahudi Zionis ini adalah jalan ke syurga!!!

ALLAH hu akbar..ALLAH hu akbar..ALLAH huakbar..walillah hilhamd. La ila haillallah huwala na'buduu illa iyya humukhlisin nalahuddeen, walau karihal musyrikuun, walau karihal kaafirun, walau karihal munaafiquun. La ila ha illallah huwahdah, sodaka wa'dah, wanaso ra 'abdah, wa a 'azzajundahuu wahazamal ahzabawahdah. ALLAH Maha Besar. Tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, kami ikhlas mengabdikan diri kepada ALLAH, walau tidak disukai kaum musyrikun, kaafirun dan munafiqun. ALLAH adalah benar, ALLAH akan membantu kita, sebagaimana ALLAH membantu kita mengalahkan kafir yang bersekutu!

Janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik Yahudi Zionis ini, dan janganlah kita terus tertipu dengan mainan politik yang berteraskan kepada pembohongan, putarbelit hanya kerana mahukan kekuasaan dan pemerintahan, sebagaimana yang dilakukan oleh rejim Yahudi Zionis 

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

27 Rejab 1432

29 Jun 2011

7 comments:

Anonymous said...

salam YB, InsyaAllah saya akan pergi mendengar ceramah YB di Kg Bukit Kecil KT sabtu ini. Nak tahu apakah mungkin ada sesi perbincangan bagi isu2 'khas'/ 'sensitif' jika ada, saya harap YB dapat menjemput saya :))

Syafri Zainal said...

Salam. Saya amat setuju dgn pendapat tuan berkenaan masjid al aqsa.
Saya yg daif ni sudah lama mencari kepastian berkenaan ramai orang islam yg berbangga dengan gambar masjid kubah emas. Terutama kereta 2 yg menampal sticker gambar masjid kubah emas. Saya mula merasa respek n hormat dgn tuan pada kali pertama melayari blog tuan, kerana jarang sekali orang meletakan gambar masjid al aqsa yg sebenarnya.
Di harap semua umat islam d m'sia n dunia menyedarinya.
Amin.

Wassalam

wadironi said...

assallamualaikum...muga Allah tetap melindungi Al Aqsa dan persekitaranya .

Persoalannya : Adakah suatu kesombongan bagi umat Islam untuk tegak dan teguh menyakini ketentuan Allah dan mengungguli Islam sebagai agama anutan , selain agama bukan Islam itu kebohongan dan perlu ditarbiahkan agar golongan mereka itu akur dengan Islam sebagai agama yang perlu dianuti semua manusia ?

Jika benar ...kita mesti teguh membenteras ideology dan pemikiran yang menyesatkan yang telah pun menyusupi dalam ruangan kita : Paham pluralisme , sekularisme dan liberalisme agama ( Globalisasi disisi keutamaan liberalsisasi ) makin gagah dan kukuh mendominasi pemikiran dikalangan Muslim . Pusat kebejatan AS ..melebarluaskan dasar penerapan ideaologi ini tanpa selindungi berdiri disebalik hak asasi kemanusiaan dan kesetaraan dalam semua aspek kehidupan , sedangkan natijahnya tujahan mereka hanya untuk melemahkan kemurniaan Islam ....Sombongkah kita sebagai Muslim jika kita melaungkan keyakinan kita , mampukah kita meniliki segenap ruang dan jalanan untuk kita hadapi kekentalan mereka yang bergerak dengan strategi , sedang kita makin jauh dan gagah mengungguli kesepakatan wadah yg disediakan mereka . Dimanakan kekuatan kepemimpinan Islam yang terus bungkam dan tak mampu melaungkan harapan perpaduan untuk meminggirkan dan mendedahkan penyusupan kejelekan ideology mereka itu . Sampai bila cerdik pandai Islam mahu ternganga dengan sinis tapi menerima sumbangan dan saranan mereka /// ..Mungkinkah kita bebal dan takut serta telah luntur dikambus kekuasaan ekonomi mereka ...siapakah yg mampu ...melihat kepemimpinan makin berpecahbelah ...pendidikan makin disusupi wajah wajah mereka .

Dayuskah muslim sebenarnya ???
Kesombongan menilai pendemokrasian dalam meliberalisasikan pemikiran menyesatkan serta meruntuhkan Islam tapi tiada siapa mampu tegak menepis dengan terang terangan dipersada hubungan kenegaraan///

kambingbauashem said...

Assalamualaikum barulah saya tahu yg zionis telah lama meipu kita... terima kasih encik!!!!

Arifin said...

Salam,
Saya amat menyokong perjuangan tuan.
Sentiasa mengikut perkembangan blog dan cara tuan menyampaikan perkara.
Tolong layar web site ini,...sungguh memalukan umat Islam.
http://secretofquran.wordpress.com/2011/06/13/ayat-ayat-bodoh-alquran/
terima kasih.

Arif Jizat said...

Assalamualaikum YB Zul.

Ada pun yang dikatakan Masjidil Aqsa itu bukanlah hanya pada bangunan masjid tersebut. Tetapi keseluruhan kawasan yang di gelar Noble sanctuary. http://www.noblesanctuary.com/

"The building became known as Masjid al-Aqsa, Al-Aqsa Mosque, although in reality the whole area of the Noble Sanctuary is considered Al-Aqsa Mosque,"

Perhatikan bagaimana binaan dinding yang merangkumi noble sanctuary ini, adalah sama seperti binaan kaabah menunjukkan manusia yang membinanya adalah orang yang sama iaitu Nabi Adam A.S.

miss asilah said...

mohon share