18 September 2011

200% CLEAR-CUT!

(Betapa tak kamcingnya Mat CD dengan Eskay..siap pegang tangan yop)

(Videoklip ori bukti betapa kamcing nya Anwar-Eskay)

Salam 2 all.

Ada seorang sahabat teman hantarkan beberapa komen dan penulisan pasal videoklip terbaru Anwar-Eskay yang didedahkan itu. Teman nak kata apa tak tau?

Kalau mike tengok cara penulisan, komen atau respond dema, macam dema buat video tu yop. Siap dengan hukum qazaf, 4 orang saksi, dan macam-macam lagi. Di ulang kitar cerita lama pertuduhan zina. Siap hukum masuk neraka mengkome yop! Macam sorga tu pak dema punya.

Tapi bila check, dema tengok videoklip tu pun tak. Jelas daripada tulisan dan komen dema yang videoklip tu dema tak tengok lagi. Teman letakkan diatas videoklip ori tu yop, yang tak di edit. Langsung takde cerita pasal adengan "kondang-kondi", yang jelasnya menunjukkan tanpa sebarang keraguan hubungan rapat Anwar dengan Eskay. Itu sahaja. Nak buktikan Anwar itu pembohong bila dia menafikan hubungan dia dengan Eskay. Sampai tak mengaku kawan yop!

Jadi kepada kaum Anwarinas, udah-udahlah tu yop. Nak kelentong kat mana lagi. Qazaf amendenya. Takde sape bercakap, apatah lagi menuduh zina kepada sesiapa. Cuma nak bukti Anwar tu memang pembohong, itu aje. Macam tu punya terang nak kata Anwar dengan Eskay tak kamcing lagi ke yop?

Gambar atas jelas bukti betapa "tak kamcingnya" Anwar dengan Eskay. Siap pegang-pegang tangan lagi yop. Dan itu gambar masa Anwar Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yop. Bekas pemimpin UMNO yang dulu mike kaum Anwarinas maki dengan gelaran Al-Juburi, bekas pemimpin UMNO yang meluluskan lesen judi, yang kini mike agong-agongkan sebagai kalipah mike. Nasyib mengkome lah yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
20 Syawal 1432
18 Sept 2011

No comments: