Wawancara eksklusif mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Ketua Editor Merdeka-Online di Jakarta pada 01 Jun 2013 lepas 
 Salam 2 all.
Teman begitu tertarik dengan wawancara eksklusif antara mantan Wakil Presiden (Wapres) atau Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) dengan Ketua Editor Merdeka-Online (MO) saperti yang disiarkan di laman web www.merdeka-online.com pada 01 Jun 2013.
Selain mendedahkan sikap Anwar yang mengkhianati perjanjian yang ditandatangani dengan Jusuf Kalla untuk menerima keputusan PRU-13 secara baik, ada beberapa perkara yang didedahkan oleh Jusuf Kalla yang perlu diberi perhatian serius.
Pendedahan itu bukan sahaja mengenai pengkhianatan perjanjian damai oleh Anwar dengan Jusuf Kalla, malah yang lebih serius ialah elemen sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara ini!
1. Jusuf Kalla mendedahkan bagaimana "dalam pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar saperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu. Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan Kerajaan Malaysia, dimana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa Kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut";
2. Jusuf Kalla juga mendedahkan bagaimana "baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari 'Polis Washington' supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini".
Kedua-dua fakta diatas mendedahkan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan 'sabotaj, pengkhianatan, penderhakaan dan pencabulan' terhadap negara kita Malaysia!!!
Oleh itu teman mendesak supaya pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terperinci mengenai pendedahan oleh Jusuf Kalla. Beliau bukan sebarang orang. Beliau adalah rakan baik Anwar Ibrahim; beliau adalah bekas Naib Presiden Indonesia.
Pendedahan beliau tidak patut diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia!
Ya ALLAH selamatkanlah negara kami Malaysia daripada pengkhianatan dan penderhakaan oleh Si-Kitol Puaka Durjana! 
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Sya'ban 1434
25 Jun 2013
******************************************
Petikan wawancara saperti yang disiarkan oleh lamanweb www.merdeka-online.com
Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden 
Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya 
dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana 
beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan 
eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang 
turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.
Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat “a sense of belonging“.
 Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf 
Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla
 sekiranya beliau boleh ditemuramah. Alhamdulillah, bukan sahaja saya 
diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat 
berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di 
Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.
MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.
JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak 
dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di 
Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih 
tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?
JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu
 saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga
 dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen
 Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.
Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang 
Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi 
sambutannya cukup luar biasa.
Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena 
hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar 
persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan 
negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan 
saya.
MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?
JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya 
bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya 
bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah 
menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan 
selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa 
disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.
Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.
Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan 
baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan
 yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.
MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?
JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang 
membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya 
bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah 
bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau 
kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, 
jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.
Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian 
ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah 
melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak 
menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.
Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar 
bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu 
(Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib 
tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa
 yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka 
(gentleman).
Inilah gentleman’s agreement antara saya dengan bapak Najib. 
Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan 
tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.
Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan 
tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada
 Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana 
Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub
 ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu 
mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.
Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami(Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.
ISU PENIPUAN PILIHANRAYA
MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?
JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat 
kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak 
kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum 
hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada 
bekas dakwat).
Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama 
Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa,
 budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang 
Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini 
tidak masuk akal.
Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.
MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?
JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di 
Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi 
Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya 
dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan 
membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.
Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia 
tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, “Kamu sudah 
gila?” mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu 
hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong 
beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana 
kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.
Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga
 berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya 
bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang 
perkara itu.
Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara 
jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited 
kepada janji-janjinya.
HIMPUNAN BLACK OUT 505
MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di 
seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum 
baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?
JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar 
dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, 
dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki.  
Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan 
sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan 
itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah 
rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.
Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi
 keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri 
bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti 
DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, 
ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli 
parlimen dari parti lain.
Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan 
Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan 
sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.
PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON
JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan 
mengenai panggilan telefon dari “Polis Washington” supaya Presiden 
Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya 
memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan 
Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima 
permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. 
Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam 
urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu
 terus menyiasat perkara ini.
ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU
JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa
 ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan 
Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina 
memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
Tujuan mereka satu 
sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang 
menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan 
Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.
MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak 
menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting 
ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat 
peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik 
bapak.
JK: Terima kasih.
Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013
1 Jun 2013
 
 
 
No comments:
Post a Comment