02 January 2013

AMANAT TENAT!

Adengan Tak Ingin Kita Lihat:
Karpal: Hardee, 1981 lu kata itu law kapir, 2003 lu kata Islamik? Apa maciam?
Hadi: Karpal, 1997 lu kata Anwar peliwat, 2008 lu jadi loyer liwat dia? Apa maciam?
Pok Nik: kito supor sokmo..ambo tau ambo nak jadi Embee laie!

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam siaran secara langsung di media utama (RTM/TV3) untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Hadi 1981 yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub & ahli seumur hidup PAS Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghan melalui bukunya 'Kafirkah Aku'.

Desakan DS Hadi turut disokong oleh Datuk Nik Aziz yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara & membela diri.

Teman pun naik pelik dengan gelagat dema ni yop. Dema nak mintak hak bercakap dan membela diri  melalui RTM? TV3? Atau mungkin juga Utusan? Mimpi ke apa ni yop?

Bukankah selama ini media-media utama ni RTM, TV3 & Utusan difitnah oleh pembangkang sebagai 'media-setan'. Diberi label TV 3/4, Utusan Setan, Utusan Meloya; sampai ada yang sanggup boikot dan bakar! Malah sampai tidak dibenarkan buat liputan dalam majlis pembangkang!

Malah teman pernah dengar sendiri pengikut taksub buat kenyataan haram tengok TV3 & RTM! Kalau orang UMNO mati, kapankan dengan kertas Utusan aje!

Tup..tup!!! Dema kebuloq nak keluar dalam RTM? Biar betoi yop. Skrew dema ni dah longgar ke atau 'alignment' politik dah gelong. Apapun, desakan dema ni membuatkan lawak Senario jadi macam cerita Doraemon je yop.

Desakan ini juga menimbulkan satu persoalan besar; adakah DS Hadi dan pimpinan pembangkang terutama PAS dah tak percaya kepada media dema sendiri Harakah! Kan bagus kalau buat penjelasan didalam Harakah; takkan Harakah pun nak putar atau edit kenyataan Presidennya sendiri kot?

Teman tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri & hak bersuara. Ini hak asasi tiap individu!

Apa yang teman pertikaikan ialah amalan politik dualam, cakap tak serupa bikin & demokrasi hipokrit amalan pembangkang. Hak membela diri, hak bersuara adalah hak semua orang, bukan hak terpilih, dan bukan hanya untuk individu terpilih!

Contohnya, mengapa semasa PAS membat keputusan memecat Datuk Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau.

Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!!!

Dan yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang memecat Hasan Ali tanpa notis dan tanpa peluang bela diri ialah DS Hadi sendiri, malah DS Hadi yang membuat kenyataan media selepas itu mengumumkan pemecatan Hasan Ali!

Mana suara Datuk Nik Aziz atau DS Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat Quran & hadis serta hukum Islam dicedok & digali untuk melapik tuntutan & desakan mereka! Hari ni DS Hadi pulak berkokok sakan mahu hak membela, hak memberi penjelasan, melalui siaran langsung RTM lagi! Fenin..fenin!!!

Pada teman, ini adalah amalan politik dualam, politik hipokrit dan cakap tak serupa bikin yang sangat jelas. Dan yang lebih teruk, dema mempergunakan syariat Islam hanya untuk menghalalkan kepentingan politik mereka! Bab orang lain, persetankan! Seolah-olah Quran dan syariat Islam tidak terpakai kepada Hasan Ali! Adakah hanya DS Hadi sahaja yang layak mendapat perlindungan Al Quran?

Selanjutnya, DS Hadi memberi alasan mahukan siaran langsung di media utama kerana khuatir "kenyataannya disunting" jika ianya rakaman! Ini yang dikatakan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut! Dah kalau takut kena sunting atau kena potong, takyah lah masuk RTM atau TV3, atau Utusan! Buat sendiri kan lagi bagus!

DS Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah & lain2 media portal pembangkang untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan lain-lain. Malah beliau boleh duduk atas katil dalam bilik peribadi dan membuat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai. Siapa pun tak boleh kacau, siapa pun tak boleh edit!

Dalam keadaan ruang cukup luas ada untuk beliau memberikan penjelasan melalui media alternatif, DS Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkan ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, DS Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub & bekas ahli seumur hidup PAS.

CN Al-Afghan bukan calang orang. Beliau pernah duduk dibarisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri. Malah naqib usrah beliau ialah arwah Ustad Fadil Noor, mantan Presiden PAS! Beliau juga pejuang mujahiddin Afghanistan & Kashmir. Malah beliau hingga kini adalah pembela balu dan keluarga syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua KMM, Kumpulan Mujahidin Malaysia!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Hadi 1981 melalui bukunya 'Kafirkah Aku'!

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Hadi 1981 sehingga mengkafirkan bapa, abang; ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO! Dan kini beliau berasa berdosa, dan mahu menebus dosanya. Maka beliau membongkar perkara ini, dan mendesak DS Hadi supaya menarik balik amanat itu!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub PAS yang terpengaruh dengan Amanat Hadi 1981 tampil kedepan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat Amanat Hadi 1981 itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang anak mengkafirkan bapa, terpaksa bernikah kali kedua, sembelihan dari kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam dari UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Hadi 1981.

Yang menjadi mangsa, yang terpengaruh, yang mengamal, yang melaksanakan Amanat Hadi 1981 ialah ahli, penyokong, pendokong dan penaksub PAS! Bukan umat Melayu-Islam! Bukan rakyat Malaysia!

Umat Melayu-Islam tidak pernah mengkafirkan orang PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah menikah kali kedua walaupun di aqad-nikah oleh qadi PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah menjadi makmum imam PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah makan daging sembelihan orang PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah solat di Masjid PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah ceraikan suami-isteri masing-masing walaupun daripada PAS!

Pendek-kata, umat Melayu Islam tidak pernah menerima, mengikut, mengamal apatah lagi melaksanakan Amanat Hadi 1981!

Jadi pada teman, DS Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Umat Melayu-Islam semua dah faham bahawa Amanat Hadi 1981 itu bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Malah para ulama', mufti dan lain-lain telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Hadi 1981 itu bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Melayu-Islam serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan diberi penjelasan oleh DS Hadi kerana umat Melayu-Islam sudah tahu. Malah umat Melayu-Islam tidak pernah menerima, menyokong, mengamalkan, mengikut apatah lagi melaksanakan Amanat Hadi 1981 itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub, ahli, penyokong  dan pendokong PAS; yang sehingga ke hari ini masih ada yang terus mengamalkan, melaksanakan dan menghayati Amanat Hadi 1981 tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara satu agama & satu aqidah kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status "syahid" Allahyarham Ust Ibrahim Libya & 13 lain yang mati terbunuh dalam peristiwa Memali.

Kalau Amanat Hadi 1981 itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan di perkuburan Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu aqidah turut dibunuh kononnya halal kerana "Polis UMNO"!

Apa nasib mereka ini semua? Sebab itu mereka mahu tahu apa status Amanat Hadi 1981 itu?

Kepada mereka inilah yang DS Hadi wajib berikan penjelasan.

Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang & peraturan kafir & jahiliyah! Kerana mereka tahu kalau tuduhan kafir kepada ahli UMNO tidak betul, kekafiran itu kembali kepada mereka! Mereka sendiri pun takut mati kafir, walaupun diberi jaminan masuk syurga kalau menjadi ahli dan mengundi PAS!

Kalu Perlembagaan Malaysia kafir, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Jan 2003 DS Hadi membuat 'Amanat Hadi 2003' yang jelas menyatakan peruntukkan mengenai Islam cukup saperti yang ada dalam Perlembagaan! Malah Perlembagaan itu jugalah yang akan digunakan jika pembangkang menang pilihanraya!

Jadi mereka mahu tahu, kalau Perlembagaan Persekutuan okay, cukup peruntukkan mengenai Islam; jadi bagaimana dengan Amanat Hadi 1981 yang menyatakan Perlembagaan, undang-undang & peraturan yang ada adalah kafir, jahiliyah dan berbaur penjajah!

Itu yang para ahli, pengikut, penyokong dan pendokong PAS dan pembangkang pening. Mana satu yang betul? Perlembagaan Persekutuan kafir ke Islamik? Sebagaimana ahli, penyokong dan pendokong PAS pening dengan Karpal Singh yang pada tahun 1997 mendedahkan Anwar peliwat, tau-tau sekarang dah jadi loyer kes liwat Anwar pulak dah!

Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan Negara Islam dibuang! Diganti dengan negara kebajikan!

Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam Quran? Kalu benar, mereka mahu tahu mengapa DS Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004?

Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri Dato' Dr Harun Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan Quran memandangkan kata DS Hadi sendiri Negara Islam rupanya tiada dalam Quran?

Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga negara kafir?

Kalau Mesir masih kafir, bagaimana status kelulusan DS Hadi & ramai ustad-ustad dalam PAS yang mendapat kelulusan & ijazah daripada Mesir? Adakah kelulusan & ijazah mereka tidak mengikut syariat atau bercanggah dengan Islam kerana dikeluarkan oleh universiti negara kafir?

Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan amalan sekularisma yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Attarturk walaupun kini Turki diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan dari Parti AK!

Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang dan peraturan penjajah Belanda & meletakkan Pancasila sebagai rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia juga kafir?

Para ahli, penyokong, pendokong dan penaksub PAS mahukan penjelasan adakah dengan mengambil Amanat Hadi 1981 sebagai kayu pengukur, Mesir, Turki & Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah?

Kalau jawapannya Mesir, Turki & Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa pula Malaysia & kerajaan Malaysia kafir?

Dan yang paling penting, saperti juga CN Al-Afghan, para ahli, pengikut, penyokong dan penaksub PAS mahu tahu kalau Amanat Hadi 1981 tidak betul, mereka mahu sebelum Malaikat maut datang menjemput, mereka mahu diberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat, memperbetulkan kesilapan, dan memohon ampun ma'af kepada mereka yang pernah dikafirkan, diboikot, dimaki hamun dan pelbagai caci-maki dan maki-hamun yang pernah mereka lakukan dan keluarkan akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi 1981!

Sebenarnya banyak persoalan dan penjelasan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong PAS mahu tahu daripada DS Hadi. Bukan umat Melayu-Islam di Malaysia sebab mereka dah tahu dan memang telah menolak Amanat Hadi 1981.

Jadi DS Hadi tidak perlu risau untuk memberi penjelasan kepada umat Melayu-Islam mengenai Amanat Hadi 1981! DS Hadi tidak perlu memberi penjelasan melalui media utama RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.

Cukop sekadar DS Hadi memberi penjelasan melalui Harakah & media pembangkang, juga melalui Youtube dan lain-lain media alternatif. Dan DS Hadi boleh kerahkan semua ahli, penyokong, pendokong & pengikut taksub PAS mengadakan perhimpunan besar untuk tujuan memberi penjelasan itu.

Dan jika DS Hadi perlukan bantuan, beliau boleh meminta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Kan Ambiga mempunyai kepakaran untuk membuat perhimpunan, malah parti DS Hadi pun pernah angkat Ambiga sebagai kalipah untuk perhimpunan haram dema.

Boleh begitu DS Hadi?

Oh ya, teman dengar ramai guru-guru sekolah rendah kecewa dengan jawapan dan respon DS Hadi bila ditanya komennya mengenai pendedahan oleh Cikgu Non @ CN Al-Afghan, DS Hadi sekadar memperlekehkan Cikgu Non sebagai "cikgu sekolah rendah yang hanya ajar A, B, C!!".

Adakah cikgu sekolah rendah tidak layak memberi pendapat? Adakah cikgu sekolah rendah tidak layak memberi teguran? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak menjadi tukang tampal poster PAS? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak pacak bendera PAS? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak jadi tukang kutip derma jihat PAS? Begitu hinakah cikgu sekolah rendah pada pandangan Presiden PAS ini?

Sedangkan Saidina 'Umar ra sendiri pernah ditegur oleh seorang wanita secara terbuka diatas mimbar! Tidak pulak dengar Saidina 'Umar ra memperlekeh wanita tersebut! Malah Saidina 'Umar dengan jelas menjawab, "wanita itu betul kerana bersandarkan kepada Al Quran, 'Umar yang silap kerana bercanggah dengan Al Quran".

Nah, itulah jiwa seorang ulama'! Itulah peribadi seorang 'ilmuan! Itulah sikap sebenar seorang pemimpin Islam!

Kita ambil contoh DS Najib sendiri! Beliau sanggup meminta ma'af secara terbuka jika UMNO atau BN pernah membuat kesilapan; walaupun itu bukan kesilapan peribadinya; walaupun kesilapan itu mungkin dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN yang lain! Tetapi DS Najib berjiwa besar sanggup memohon ma'af secara terbuka bukan sahaja kepada umat Melayu-Islam, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia!

Sebaliknya jawapan Presiden parti yang berlabel Islam ini jelas memperlekeh CN Al-Afghan; kenyataan yang jelas berbaur dengan keangkuhan dan kesombongan! DS Hadi perlu ingat, iblis dilaknat ALLAH akibat penyakit takburnya! Takkan itupun DS Hadi dah lupa?

Teman nak tutup dengan dengan satu persoalan besar kepada DS Hadi; kalau dia merasakan Amanat Hadi 1981 tu betul, teman cabar DS Hadi supaya mengulangi Amanat itu dihadapan Karpal Singh!

Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa Perlembagaan Malaysia itu kafir! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa undang-undang Malaysia adalah undang-undang penjajah! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa ahli PAS akan berjihad menentang Perlembagaan! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa mati menentang Perlembagaan itu adalah mati syahid; tak payah dimandikan, tak payah dikafankan!

Bagitahulah semua itu dihadapan muka Karpal Singh! Kita tengok apa reaksi dan respon Karpal Singh!

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri! Teman berdoa semoga ALLAH menjaga aqidah dan iman kita semua, dan memberikan hidayah serta petunjukNya! Ameen!

Aamantu billah summastaqeem!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Safar 1434
02 Jan 2013

25 December 2012

AMANAT DHOLALAH

 (Psssttt...Har Dee ar, itu hudud kalu bikin ini wolang apa maciam?)

Salam 2 all.

Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya "Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981. Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

CN Al Afghan bukan calang orang. Dia adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqomah dan ikhlas!

Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi Awang 1981!


"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Datuk Seri Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Datuk Seri Hadi Awang, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

"Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelusuk negara oleh PAS. Ianya memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan Imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadhi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam PAS tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 Nov 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi dilubok pemikiran ahli PAS, Kg. Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah di pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam serta hudud, qisas & ta'zir! Amanat Hadi Awang jelas terpampang didinding pusat kegiatan Kg. Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 Nov 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh PAS. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Perkuboran Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumoran darah!

Apakah yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! Apa alasan yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya membunuh empat anggota polis tersebut. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah dengan mereka!

Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, didalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini dihadapan ALLAH nanti?

Persoalannya ialah, apakah yang mendorong Datuk Seri Hadi Awang membuat Amanat 1981 tersebut?

Teman yakin DS Hadi Awang berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan dinegara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliyah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan Al Quran & Sunnah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ianya Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak Al Quran dan Hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas & ta'zir tidak dilaksanakan! Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar PAS!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".

Ucapan sepanjang 13 mukasurat itu dibuat sewaktu DS Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, DS Hadi Awang juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi PRU 10 pada tahun 1999. PAS memenangi DUN Terengganu dalam PRU 10 selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO akibat masalah meliwat kakitangannya. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama antara parti cauvinis, rasis dan extremis DAP dengan PAS akibat fahaman Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir.

Dalam menuju PRU 11 (yang berlaku pada 2004 dimana Kerajaan PAS Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihanraya. Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, DS Hadi Awang berkata dimukasurat 10;

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981 diatas. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Datuk Seri Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. DS Hadi Awang sendiri telah pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jinggay, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan perlaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na'uzubillah) memenangi PRU 13 dan memerintah Malaysia (na'uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan DS Hadi Awang sendiri semasa Muktamar Agong PAS Tahun 2011 yang jelas menyatakan bahawa "PAS mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (Al Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam Al Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan PAS. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda PAS bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis aqidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada DS Hadi Awang.

1. Adakah kafir Mesir (negara dimana DS Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP dibawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi mereka? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu teman menegaskan bahawa DS Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. DS Hadi Awang wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis aqidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. DS Hadi Awang wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. DS Hadi Awang wajib memnita maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub PAS, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang di aibkan dan dimalukan; pendekkata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, DS Hadi Awang wajib mengadakan roadshow dan ceramah berasar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memeperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar PAS yang rosak akibat Amanat itu.

Nasihat teman kepada DS Hadi Awang, janganlah ulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Iblis. Jauhi sifat takbur! Jangan ditutup hati & jiwa kepada sikap ego dan sikap 'ujub yang akhirnya nanti akan memakan diri. Kerana sayangkan sesama Islam lah teman buat teguran ini!

Makhluk yang asalnya Malaikat bernama Azazil, yang sanagt ta'at dan 'abid kepada ALLAH, akhirnya hanya kerana satu kesilapan, Azazil dihumban ke api neraka selama-lamanya! Azazil dilaknat ALLAH dengan gelaran Iblis!

Kesilapan Azazil hanya satu: TAKBUR!

Akibat takbur, angkuh dan sombong, Azazil menjadi Iblis makhluk yang dilaknat ALLAH! Jangan ulangi kesilapan Azazil! Jangan ulangi kesalahan Iblis!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri! Semoga ALLAH memberikan keampunan, maghfirah, hidayah dan kekuatan istiqomah demi Islam, hanya kerana Lillah hi ta'ala!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Safar 1434
25 Dis 2012

23 December 2012

PAKATAN AL-KAZIB

(Mike percaya Anwar tak kenai Datuk Eskay yop? Berapa lama nak kena kencing dar!)

Salam 2 all.

"You can lie to some of the people some of the time, you can lie to all the people some of the time, you can lie to some of the people all the time, but you can't lie to all the people all the time" - George Washington, bekas Presiden Amerika Syarikat.

Itulah ungkapan yang terbaik boleh diberikan kepada pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS. Survival politik mereka sentiasa berdasarkan pembohongan, penipuan, putar belit, cakap tak serupa bikin: semuanya dek kerana satu matlamat - kerakusan mahu bertakhta di mahkota Putrajaya.

Masih ingat lagi pembohongan 16 Sept?

Masih ingat lagi pembohongan Kg. Buah Pala?

Masih ingat lagi pembohongan Lynas?

Masih ingat lagi pembohongan konon pengerusi SPR ahli UMNO?

Masih ingat lagi pembohongan mereka terhadap YDP Agong berkaitan himpunan haram?

Masih ingat lagi pembohongan pendidikan percuma?

Masih ingat lagi pembohongan air percuma?

Masih ingat lagi pembohongan Felda bankrap?

Masih ingat lagi pembohongan China-Doll?

Masih ingat lagi pembohongan sakit belakang?

Masih ingat lagi pembohongan kapala selam KD Razak tak boleh menyelam?

Bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu...

Itulah zikir ratib pakatan haram pembangkang! Hidup dan survival politik mereka tak habis-habis dengan pembohongan dan penipuan terhadap umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

Soalnya, berapa lama umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia mahu terus hidup ditipu dan dibohongi oleh pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini!!!

Terbaru, mereka cuba menipu dan berbohong lagi mengenai projek pembangunan RAPID di Pengerang, Johor. Projek yang akan membawa rahmat dan pembangunan besar bukan sahaja kepada penduduk Pengerang dan Johor, malah kepada negara!

Projek yang akan memberi saingan hebat kepada Singapura!

Ahhh...Singapura terancam dengan projek RAPID Pengerang? Adakah tangan-tangan ghaib yang kotor sedang mendalangi isu terakhir ini? Adakah pakatan luar tabi'e DAP-PKR-PAS menjadi barua dan balaci kepada tangan-tangan kotor ini?

Apa pun, mike baca sendiri lapuran khas oleh wartawan media portal Agenda Daily yang telah pergi sendiri ke Pengerang dan membuat pemantauan, siasatan, kajian dan penelitian! Jelas ada satu macam konspirasi untuk memastikan projek RAPID Pengerang gagal!

Mike kena kencing dengan pakatan songsang & luar tabi'e lagi yop! Takkan nak biar je yop? Apa lagi, pastikan mereka tumbang bungkus dalam PRU 13! Wajib!!!

Undi pembangkang maknanya undi pembohongan!

Undi pembangkang maknanya undi penipuan!

Undi pembangkang maknanya undi putar-belit!

Undi pembangkang maknanya undi cakap tak serupa bikin!

Undi pembangkang maknanya undi kebatilan & kemungkaran!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Safar 1434

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada laman www.agendadaily.com bertarikh 21 Dis 2012)

Oh... Inikah sebab pembangkang kempen sakan tolak RAPID Pengerang

rapidpengerang513 

LAPORAN KHAS 
Oleh HELME HANAFI
www.agendadaily.com
Jumaat 21 Disember 2012

Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.

Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura. Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.

Sejak Komplek Petrokimia di Jurong Singapura siap pada awal tahun 70-an. Deretan kapal tersebut merupakan pemandangan biasa bagi penduduk Pengerang, kawasan hujung paling Selatan Semenanjung Malaysia.

Ketika Malaysia hanya menikmati caj murah dari ratusan kapal yang menunggu giliran membeli dan mengangkut minyak dari Jurong Singapura, beberapa tahun lagi semuanya akan berubah.

Malaysia akan membina sendiri Komplek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Pengerang dan mengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan paling besar.

Angka pelaburan meningkat dari hari ke hari, yang terakhir pada 17 Disember lalu RM170 bilion. Tiga hari Agendadaily di kawasan tersebut dalam misi khas mencari jawapan kenapa pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam soal pelaburan besar kerajaan di Pengerang.

Jika dalam kes-kes lain pembangkang sepakat menentang, tapi di Pengerang, jika ikut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jung Men mula-mula kenyataannya Pakatan Rakyat (PR) akan hapuskan projek Pengerang jika berjaya tawan Putrajaya dalam PRU-13.

Tak berapa lama, bos Chua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pembangkang bukan nak hapuskan tetapi tangguhkan perlaksanaannya, yang kemudian ditambah oleh Chua Jung Men dengan kata hendak pindah projek tersebut ke Kerteh Terengganu.

Hu-ha pembangkang tidak selesai di situ sahaja, ketika PKR dan DAP seperti sepakat hendak hapus, tangguh atau pindah lokasi projek tersebut, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga anak Johor, keluar kenyataan tidak akan pindah projek itu dari negerinya.

Kecelaruan kenyataan pemimpin PR itu buat ramai orang tertanya-tanya, projek apa sebenarnya yang dirancang kerajaan di Pengerang.

Projek tersebut, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi sumber kekayaan baru negara.

"Apabila ia siap sepenuhnya kelak, 40 peratus dari KDNK negara adalah dari perlaburan di Pengerang,"katanya kepada Agendadaily.

Bukan itu sahaja, pelaburan dengan nilai ratusan bilion sudah tentu akan membawa rahmat kepada penduduk Pengerang bayangkan dalam proses pembinaannya RAPID akan menawarkan 40,000 pekerjaan yang menurut Azalina,"Anak-anak muda Pengerang tidak perlu berhijrah lagi untuk mencari rezeki."

Dan sudah tentu kehadiran tenaga kerja bagi menjayakan projek itu bakal membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor perkhidmatan, yang boleh dimanfaatkan penduduk dan syarikat tempatan.
najib-rapid550
Bayangkan begini, Pembangunan yang dirancang PETRONAS di Pengerang ini adalah pada skala lebih besar daripada yang sudah dilaksanakan di Tangga Batu, Melaka; Kerteh, Terengganu atau Gebeng, Pahang dihimpunkan sekali.

RAPID dijangka siap pada 2016, akan lebih besar, moden, canggih, dan strategik dari Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.

Komplek Petrokimia di Jurong itu dibina pada awal tahun 70-an, dan kekal menjadi salah satu pendapatan teras negara tanpa hasil bumi itu.

Lebih 40 peratus pendapatan eksport perlabuhan Singapura adalah dari hasil minyak dan gas berasal dari industri yang dibangunkan oleh republik tersebut sejak 40 tahun lalu.

Ketika itu, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada mengurus dan menjual hasil bumi yang terdapat di perairan negara dengan mewujudkan PETRONAS pada 1974.

Kini, seiring dengan pembangunan negara, kerajaan perlu memikirkan pelaburan baru berimpak tinggi, seperti fasa kedua, selepas PETRONAS mampu bersaing di peringkat global sebagai pengeluar minyak utama dunia.

Kerajaan pimpinan Najib, ingin mengulangi, kecemerlangan ayahandanya, Tun Abdul Razak (pencetus idea PETRONAS) untuk membawa negara ke tahap yang lebih gemilang.

Mencipta pelaburan berskala besar dan peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020.
consortium-to-build-pengerang-lng-terminal
Untuk tujuan tersebut, fasa pertama, projek ratusan bilion ini dibangunkan oleh Dialog Group Bhd, adalah tempat simpanan minyak atau nama lengkapnya Terminal Tangki Laut Dalam Bebas.
ngauboonkeat 
Proses pembinaannya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2014 yang digambarkan secara mudah oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Ngau Boon Keat (gambar kiri) mereka sedang membina Singapura kedua di Pengerang.

"Jika mereka boleh membinanya, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?" ujar individu awal yang pernah bekerja dengan PETRONAS ketika awal penubuhannya dulu.

Menurut beliau, industri minyak dan gas merupakan pelaburan strategik yang akan  mewujudkan peluang perkerjaan dengan gaji lumayan yang sudah pasti akan menarik minat 'the best brain' ke Malaysia seperti 'the best brain' ini beramai-ramai ke Singapura pada tahun 70-an.

"Sekarang ini pun, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, Qatar ataupun Arab Saudi di mana terdapat pekerjaan dalam industri minyak dan gas yang memberikan pendapatan lumayan,"kata tokoh industri minyak dan gas yang cukup berpengalaman itu.

Betapa ruginya Malaysia, jika hanya menjual minyak sahaja tanpa mengambil kesempatan untuk mencipta pelaburan dan peluang pekerjaan bergaji lumayan di dalam industri ini.

Lihat saja deretan kapal-kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Jurong itu, bukan puluhan, bahkan ratusan setiap masa sepanjang tahun.
157-6
Sebab itu dalam pertemuan dengan penduduk Pengerang Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata keputusan kerajaan membina hub minyak dan gas di Pengerang adalah satu rahmat.

"Kebetulan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan strategik dari Pengerang untuk Malaysia memulakan langkah menjadi pemain utama industri hab minyak dan gas di Asia Pasifik kecuali di Pengerang.

"Ia anugerah Allah SWT kepada rakyat Pengerang, Johor dan Malaysia," kata Muhyiddin.

Rahmat itu bagi penduduk Pengerang, ada yang jangka pendek dan panjang, jangka pendeknya, untuk proses pengambilan 22,000 hektar tanah yang ditebus semula oleh kerajaan.

Setiap kaki persegi tanah yang sah pemiliknya, ada yang dibayar sehingga RM8.30 sekaki persegi bergantung kepada lokaliti.
tanahpengerang
"Saya tahu ramai depan saja ini Orang Kaya Baru," gurau Muhyiddin, ketika berucap di hadapan kira-kira 5000 penduduk Pengerang di Dataran Sungai Rengit -tempat yang sama pembangkang buat himpunan Hijau bantah RAPID September lalu.

Ketika himpunan Hijau itu kehadiran 1500, dengan 80 peratusnya, kata sumber keselamatan, adalah orang luar.

Juak-juak pembangkang tidak ada isu untuk bangkitkan di Pengerang, mereka gunakan penyokong taksub untuk berkempen atas nama HIJAU iaitu takut projek tersebut menjejaskan alam sekitar.

"Mereka kena tipu... Komplek Petrokimia di Jurong Singapura itu dibuat ditengah-tengah bandar, pernah kita dengar soal pencemaran?" soal Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman ketika berucap bersama TPM di Sungai Rengit.

Ada sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek berskala besar ini. Selain kedudukan yang strategik iaitu laluan laut paling sibuk di Selat Melaka.
pengerang_map2
Perairan di Pengerang juga antara yang paling dalam, 24 meter, (tidak ada pelabuhan lain di Malaysia sedalam itu) membolehkan ratusan kapal berlabuh hanya pada jarak 2 kilometer dari dataran.

Di Jurong, kedudukannya 8 kilometer dari daratan dengan kedalaman 18 meter.

Kedalaman perairan dan jarak dengan dataran adalah penting ketika bercakap tentang pembinaan Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi industri simpanan minyak mentah.

Lebih dalam perairan dan lebih dekat jarak dengan dataran adalah lebih strategik ketika proses pengisian minyak dan gas ke kapal-kapal yang berlabuh.

"Pengerang mempunyai ciri-ciri semula jadi sebagai pelabuhan terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan kedalaman 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers (VLCCs) atau Ultra Large Crude Carrierss (ULCCSs).

"Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah seperti Perlabuhan Rotterdam di Belanda, sekaligus mampu beroperasi sebagai Rotterdam Asia,"kata Ngau Boon Keat.-21/12/2012

Siri pertama dari lima siri berhubung pembangunan berkepentingan nasional di Pengerang. Wartawan Helme Hanafi ke sana pada 16 hingga 18 Disember bagi mengumpul maklumat mengenai projek tersebut yang akan disiarkan setiap minggu oleh Agendadaily. Siri kedua akan menjawab segala tohmahan pembangkang mengenai aspek kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE).

21 December 2012

DNA NATE POLITIK?

(Lee Kuan Yew lebih 'islamik' daripada seluruh umat Melayu-Islam UMNO Pok Nik?)

Salam 2 all.

Teman tersenyum membaca kenyataan YAB Datuk Nik Aziz (DNA) yangg menegaskan akan terus bertanding dalam PRU 13 kononnya atas alasan "mahu mencegah kemungkaran UMNO"! Kata DNA, "orang Melayu yang menyokong UMNO melakukan kemungkaran. Selagi orang Melayu menyokong UMNO, selagi itu saya akan terus bertanding! Maknanya bagi DNA, menyokong UMNO adalah menyokong kemungkaran. Dan DNA menghalalkan tindakan untuk terus bertanding atas alasan rapuh itu!

1. Tidak boleh dipercayai!

Kenyataan tersebut membuktikan DNA sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, DNA menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi DNA bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

Ternyata DNA tidak mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang sepatutnya wajib mempunyai sikap amanah dan kebolehpercayaan memegang janji dan kata-katanya, apatah lagi ciri-ciri seorang ulama' kerana memungkiri janjinya sendiri! Keldai dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jika janji seorang yang dilabel Tok Guru pun tidak mampu dia tunaikan, malah dimungkiri, apakah nilai kemanusiaan & kepimpinan yang ada pada DNA?

2. Tidak konsisten & istiqomah!

Sikap tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya membuktikan DNA seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Dan sikap tidak konsisten DNA ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan kerana berkawan dengan MCA! Tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang DNA sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jinggay dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'hudud dan negara Islam tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya DNA!

Malah teman boleh bariskan banyak lagi sikap & pendirian tidak konsisten DNA yang membuktikan bahawa DNA tidak punya ciri-ciri keperibadian pemimpin Islam; sekadar bersalut serban & jubah yang berjaya mengelabui pengikut yang taksub!

3. DNA aset bagi Anwar & DAP

Atas sikap ketidakboleh-percayaan dan tidak konsisten itulah teman percaya Anwar & DAP akan terus memastikan DNA terus memimpin PAS & bertanding dalam PRU 13 dan kekal sebagai MB.

Ini kerana DNA tidak saperti ulama' lain yang tegas dalam pendirian mempertahankan Islam & istiqomah. Contohnya Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan lain-lain ulama.

Ini adalah kerana mereka adalah ulama dan tokoh ilmuan & pemimpin Islam yang terkenal tegas dalam pendirian mempertahankan Islam dan istiqomah. Orang saperti DNA memang sangat berguna bagi Anwar & DAP dalam melaksanakan agenda impian mereka.

Contoh terbaru kita lihat bagaimana Kerajaan DNA memberikan anugerah tanah kepada kepimpinan kafir DAP yang bukan rakyat Kelantan! Sedangkan undang-undang tubuh Kelantan sangat jelas; tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh warga Kelantan, tetapi dibawah DNA semuanya boleh!

Sudah pasti Anwar & DAP akan bersyukur adanya pemimpin PAS saperti DNA yang banyak membantu dan menyumbang kepada menjaya dan melaksanakan agenda mereka! Teman cukup yakin Anwar & DAP berserta para Anwarinas dan parasit yang ada didalam pembangkang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DNA terus bertanding & kekal sebagai pemimpin PAS & MB Kelantan!

4. Bonus bagi kafir harbi!

Selanjutnya, pengekalan DNA sebagai MB & pemimpin PAS akan menguntongkan agenda cauvinis, rasis & extremis DAP. Ini kerana ternyata DNA telah berjaya menjadi agen pemecah belah umat Islam-Melayu dengan beberapa kenyataan & tindak-tanduk beliau, termasuk melabelkan UMNO sebagai murtad, menghalalkan tindakan mendoakan supaya UMNO dihancurkan dan lain-lain.

Sudah tentu sikap memecah belah dan merosakkan ukhwah & perpaduan umat Melayu-Islam oleh bangsa Melayu sendiri adalah satu bonus besar kepada parti cauvinis, rasis & extremis saperti DAP. DNA adalah aset politik besar bagi Anwar & DAP! It's a BIG BONUS for them!

5. Siapa yang tidak Islamik?

Akhirnya, teman nak tanya DNA, siapa sebenarnya yang mencemari & mengkhianati Islam & risalah suci Islam! Siapa sebenarnya yang tidak mengikut Al Quran & Hadis? UMNO atau PAS?
PAS terbukti sekadar parti politik yang punya labelling Islam sahaja, diselimutkan dengan warna-warni Islam, dipenuhi para pemakai serban & jubah!. Tetapi dari segi pengisian adalah sebaliknya.

PAS hanyalah sekadar "parti Islam kulit bawang".

PAS yang menyokong Anwar yang jelas menganut fahaman pluralisma & liberlisma yang menyamakan semua agama!

PAS menghalalkan kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian sebagai nama ketuhanan 3 dalam 1 yang jelas syirik dan kufur kepada ketuhanan ALLAH Maha Esa!

PAS menghalalkan persekongkolan dengan DAP yang jelas anti perlaksanaan syariat Islam dengan slogan "Islam over my dead body"!

PAS menghalalkan politik rusuhan & keganansan melalui perhimpunan haram!

PAS mengangkat seorang anti-Islam & pro-murtad sebagai ketua dalam himpunan haram!

PAS memecat pemimpin yang mahu menjaga aqidah umat & mencegah kemungkaran tanpa mengikut lunas Islam!

PAS menghalalkan tindakan sesetengah calonnya mengangkat sumpah talaq tiga terhadap isteri masing-masing demi menjaga kepentingan parti!

PAS mahu mengangkat seorang yang menghadapi masalah moral & akhlak yang serius sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat banyak dalil dan bukti!

PAS mengangkat martabat kominis saperti Mat Indera dan mengutuk pejuang yang mempertahankan tanahair dan anggota keselamatan negara yang dibunuh kejam!

PAS melarang ahlinya daripada menghadir Himpunan Umat Islam untuk menyelamatkan aqidah, tetapi menyokong himpunan haram yang diketuai oleh kafir!

Teman boleh bariskan banyak lagi bukti, tindak-tanduk, kenyataan dan pendirian PAS yang jelas bercanggah dan terkeluar daripada Al Quran dan Sunnah!

Memalukan Islam!

Malah, tindak-tanduk PAS kekadang lebih memalukan Islam dari kacamata bukan Islam. Contohnya menyaman wanita bukan Islam yang menggunting rambut lelaki bukan Islam! Adakah ini ajaran Islam? Mana dakwahnya?

Bagaimana pula dengan Kerajaan DNA yang sehingga hari ini,setelah lebih 20 tahun diberi amanah memerintah Kelantan, gagal membekalkan sebahagian rakyat Kelantan dengan air bersih, sehingga air yang dibekalkan kotor dan ada lapuran ianya beracun! Mana pembangunannya? Mana pembasmian kemiskinannya?

Adakah ini ajaran Islam, berdasarkan Al Quran & Sunnah!

Mana dia dasar keselamatan & pertahanan PAS?
Mana dia dasar hubungan luar & antarabangsa PAS?
Mana dia dasar perumahan PAS?
Mana dia dasar pendidikan PAS?
Mana dia dasar pembangunan PAS?
Mana dia dasar pembangunan modal insan PAS?
Mana dia dasar sukan & rekreasi PAS?
Mana dia dasar kebajikan PAS?
Mana dasar membasmi kemiskinan & mengangkat taraf ekonomi umat Islam & rakyat?
Mana dia dasar pertanian PAS?

Teman langsung tidak nampak ini samada di Kelantan, Kedah mahupun Terengganu dahulu!

Apa yang ada sekadar ustad-ustad dan penceramah-penceramah PAS siang malam pagi petang surau masjid berceramah, sampai maki hamun, caci nista sesama umat Islam! Sampai kafir mengkafir, murtad-memurtad, hancur menghancurkan sesama Islam!

Cukup Islam kah PAS kalau sekadar melilit serban & berjubah sambil berceramah siang malam pagi petang? Siap minta derma jihad konon! Mana dia Tabung Memali? Mana dia Tabung Kohilal?

Islam bukan sekadar label!
Islam bukan sekadar agama jerit pekik maki hamun!
Islam bukan sekadar agama caci maki & fitnah sana sini!
Islam bukan sekadar agama 'jual airliur'!
Islam bukan agama untuk diguna sebagai bahan kutip derma!
Islam bukan agama sekadar melilit serban berjubah!
Islam bukan agama hukum menghukum, kafir mengkafir, murtad memurtad!

Islam adalah addeen! Islam adalah cara hidup! Islam itu cantik dan indah, tetapi diburukkan oleh segelintir umatnya sendiri! Islam itu a'la, Islam itu tinggi, tetapi direndahkan maruah dan martabatnya oleh segelintir umat Islam sendiri!

Sebab itu teman berpendapat kenyataan DNA mahu terus bertanding dalam PRU 13 konon untuk mencegah kemungkaran UMNO adalah sekadar untuk menghalalkan nafsu DNA untuk terus memegang jawatan Menteri Besar!

Kalau nak berdakwah, tidak perlu bertanding pilihanraya, tidak perlu memegang jawatan Menteri Besar. Malah pendakwah yang lebih berkesan adalah yang tidak cari makan melalui politik kepartian, melalui jawatan dan habuan, sebaliknya bebas dari segala cengkaman duniawi.

Adakah DNA tidak lebih daripada apa yang disebut dalam loghat Kelate "nate politik", 'political animal- haiwan politik' yang hidup hanya untuk berpolitik kepartian? Mike ada otak, pikior sendirilah yop!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, memperteguhkan aqidah, dan memberikan hidayah yang berterusan. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Safar 1434
21 Dis 2012

17 December 2012

DAP TETAP CAUVINIS, RASIS & EXTREMIS!

(Aiya Ah Cheng, itu Hadi ada hati mau jadi PM..wakakaka)

Salam 2 all.

"Malai-si, Malai-Si, Malai-si"; begitulah laungan dan slogan yang dilaungkan oleh para cauvinis rasis dan extremis membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Lapuran Majlis Gerakan Negara bertarikh 06 Okt 1969* menghuraikan secara terperinci kejadian yang berlaku terutamanya disekitar Kuala Lumpur setelah DAP memenangi beberapa kerusi dalam PRU 1969. Walaupun tidak membentuk Kerajaan, namun sikap cauvinis, rasis & extremis DAP sangat ketara!

Dan Ketua Pemuda DAPSY pada masa itu ialah Lim Kit Siang. Yup..Lim Kit Siang, tukun DAP yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Sabtu lepas!

Malai-si, bermakna "Mampus Melayu"!

Selain slogan 'Mampus-Melayu" itu, pelbagai kata maki hamun dan cerca nista terhadap umat Melayu-Islam dihamburkan sepanjang perarakan yang di anjurkan cauvinis.

Antara yang direkod didalam Lapuran Mageran ialah 'buang semua polis Melayu', 'mati Melayu, sakai pigi masuk hutan', 'KL sekarang Cina punya', 'Melayu pigi balik kampung', 'kita hantam lu, sekarang kita ada kuasa', 'Melayu keluar, apa lagi duduk sini', 'semua Melayu kasi habis', 'kasi halau semua polis Melayu', 'ini negeri bukan Melayu punya lagi', 'butoh Melayu', 'mata-mata lancau', 'ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua Melayu', 'Melayu balik hutan', dan macam-macam lagi kata nista yang dikeluarkan!

Malah sampai ke peringkat pembunuhan, termasuk pelakon terkenal Mak Minah @ Makcik Pimpang Pekpot yang ditikam sampai mati di Jalan Raja Laut dan beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, termasuk sebelum itu Pak Kasim dibunuh di Jelutong, Pulau Pinang dan mayatnya dilempar dengan cat merah!!!

Setelah 43 tahun berlalu, setelah mendapat negeri Pulau Pinang, dan menjadi parti dominan didalam pakatan pembangkang, keangkuhan dan sikap cauvinis, rasis & extremis DAP tidak pernah luntur. Malah makin lama makin parah!

Ini terbukti apabila dalam pemilihan kepimpinan DAP Sabtu lepas (15 Nov 2012), kesemua 8 calun Melayu yang bertanding dilipat bungkus. Bukan sahaja tidak menang, tetapi mendapat tempat corot!

Sebaliknya tukun lama DAP iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh mendapat undi tertinggi dalam pemilihan itu! Anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo turut memenangi tempat didalam Jawatankuasa Induk DAP!

Pendekkata, calon Melayu semuanya "Malai-si"; semuanya "mampus", "bungkus"!

Setelah 43 tahun berlalu, walau dilapik dengan pelbagai slogan "Malaysian Malaysia", "Middle-Malaysia", konon perjuangan "samarata-samarasa", namun semuanya terbukti sekadar slogan dan retorik politik. Ternyata wajah sebenar DAP sebagai parti cauvinis, rasis dan extremis terbongkar pada 15 Nov 2012!

Kalau ini pun masih tidak memberi mesej jelas kepada umat Melayu-Islam, terutamanya yang duduk didalam PAS dan PKR, yang masih didodoikan dengan kelentong DAP konon sudah berubah, DAP konon sudah menjadi parti pelbagai kaum, DAP berjuang untuk hak semua kaum, DAP konon sudah mendekati dan memahami Islam; kita tak tahu apa lagi bukti yang segelintir umat Melayu-Islam ini mahu. Bukti apa lagi mereka nak ALLAH berikan lagi?

Udah-udahlah tu yop, berhentilah daripada terus menipu diri sendiri; berhentilah daripada terus membohongi diri sendiri; berhentilah daripada terus dibuai mimpi palsu yang didendangkan pimpinan mike! Takkanlah mike dah begitu PBB -  Pekak, Bisu & Buta sampai tidak nampak gajah depan mata, sedang mike sibuk dibuaikan konon dengan kuman seberang laut! Takkan IQ mike begitu rendah sekali yop?

Kalau itu tidak cukup untuk mike, cuba tengok bagaimana DAP tegas mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri! Sedangkan baru beberapa minggu lepas PAS didalam Muktamar Agongnya dengan begitu berdegar-degar membunyikan trumpet mahukan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia!

Dalam keadaan mengetahui PAS sudah membuat ketetapan mahukan Hadi Awang, DAP dengan jelas menghantar mesej menyanggah impian PAS tersebut! Mereka tetap berkeras mahukan Anwar Ibrahim!

Dan mike tak hairan ke yop kenapa DAP benar-benar tegar mahukan Anwar? Anwar Ibrahim yang Karpal Singh dedahkan pada 22 Okt 1997 didalam Dewan Rakyat mempunyai masalah liwat dan homoseksual! Anwar Ibrahim yang Karpal Singh dedahkan di Federal Hotel sebagai punya masalah seksual dan akhlak yang serius! Anwar Ibrahim yang Karpal Singh suruh bertaubat apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar! Anwar Ibrahim yang mengambil Karpal Singh sebagai loyer dalam kes dia meliwat Saiful! Anwar Ibrahim yang pemimpin PAS sendiri memberi label "Al-Juburi"!

Anwar Ibrahim tu yang DAP berkeras tegar mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri!!!

Mike sudah tidak ada keupayaan berfikir ke yop? Teman tidak langsung menjangka tahap IQ mike boleh jatuh begitu rendah sampai dah tak tau nak berfikir, dah tak tau nak bezakan yang hak dan yang batil, yang benar dan yang palsu, yang dosa dan pahala! Takkan sampai begitu teruk tahap pemikiran mike yop?

Sudah tentu DAP dan pimpinan tukunnya mempunyai agenda tersirat mengapa mereka menolak Hadi Awang tetapi berkeras mahukan Anwar! Ini bukan masalah yang memerlukan pemikiran tahap PhD yop. Ini persoalan yang budak Tadika Pasti pun boleh nampak! Tetapi mike masih lagi boleh jadi Pekak, Bisu & Buta yop!

Mike tak nampak ke kenapa Lim Guan Eng bertegas mahu DAP diberi tambahan 3 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU 13 nanti?

Mike tahu dimana? Antaranya dema nak tambahan 3 kerusi DUN di Pulau Pinang. Sebab apa? Sebab dengan 19 kerusi yang mereka dah ada, ditambah 3 kerusi lagi menjadi 21, mereka boleh membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa perlukan PKR dan DAP.

Sebab apa? Sebab cauvinis, rasis & extremis ni memang tak percaya kat mike yop! Tak caya tanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi PKR Negeri, dia boleh bongkar penuh kat mike!

Itu pun mike masih terhegeh-hegeh nak menyokong parti cauvinis, rasis & extremis ni yop! Mike tak nampak ke yop, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, satu-satunya ADUN PAS dalam DUN langsung tak diberi muka dalam Exco Kerajaan Anak jantan Kitsiang ni yop! Mike ni betullah hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Tak malu ke mike yop, orang tak mau tapi mike dok tekiyal-kiyal membontoti cauvinis, rasis & extremis ni yop? Sehingga mike sanggup mengkafirkan saudara se Islam, tetapi mengkalipahkan kafir harbi! Macam mana mike masih boleh menjadi Pekak, Bisu & Buta yop?

Mike tak nampak ke mesej yang dihantar kepada mike! Mike tak terpikir ke kenapa Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh diberi undi tertinggi. Ini adalah tokoh-tokoh yang menolak perjuangan mahu melaksanakan syariat Islam, menolak Negara Islam! Malah Karpal pernah menyebut "Islam over my dead body"!!!

Bukankah itu mesej yang cukup jelas! Bahawa DAP mahu ketiga-tiga tukun ini terus berada dibenteng hadapan supaya agenda hudud, qisas & ta'zir yang mike impikan terus ditentang dan dihalang! Supaya Negara Islam yang mike angankan terus disepak dan diterajang! Takkan mike tak nampak semua tu yop? Kenapa mike masih lagi boleh menjadi Pekak, Bisu & Buta yop?

Apapun yang jelas ialah pemilihan kepimpinan DAP Sabtu lepas membuktikan satu perkara! Bahawa umat Melayu-Islam memang tidak ada tempat dalam DAP! Agenda Melayu-Islam memang tidak ada dalam senarai DAP! Kepentingan Melayu-Islam memang tidak ada dalam kamus DAP!

Yang jelas, tukun DAP Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP pada tahun 1969 semasa peristiwa berdarah 13 Mei berlaku kini dinobatkan sebagai pemimpin tertinggi dengan mendapat undi terbanyak dalam pemilihan tahun 2012.

Setelah 43 tahun berlalu, tiada yang berubah! Nothing has change yop! Mereka tetap dengan sikap cauvinis, rasis & extremis!

Kalau 43 tahun lepas DAP melaungkan slogan 'malai-si'; 'mampus-Melayu', Sabtu lepas sekali lagi semua calun Melayu '"malai-si", "mampus" dalam pemilihan kepimpinan DAP!

Kalau itu pun mike masih Pekak, Bisu & Buta, lantok ke mike lah yop!

Kami umat Melayu-Islam dah lama sedar DAP ini parti rasis, cauvinis & extremis; dan kami akan memberi mesej jelas kepada DAP bahawa umat Melayu-Islam menolak fahaman rasis, cauvinis & extremis yang dibawa DAP dengan menolak mereka sepenuhnya didalam PRU 13 nanti!

Kalau mike nak join, ahlan wasahalan ya marhaban; kami umat Islam-Melayu sangat alu-alukan. Tapi kalau mike terus nak bersekongkol dengan dema, go to hell with you!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri.

Wallahuua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Malai-DAP! Malai-PKR! Malai PAS!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Safar 1434
17 Dis 2012

*
(Nota: teman nasihatkan anak muda dan mereka yang lupa sejarah supaya membaca Lapuran Mageran tersebut supaya kita tak jadi kaum yang buta sejarah dan tidak mengenal siapa musuh kita sebenarnya)

14 December 2012

TumPAS AKHIRNYA!

(Parti dominan atau sekadar khadam Pak Pacak?)


Salam 2 all.

Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!

Itulah yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!

Dan UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.

Daripada mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!

Dan penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.

Sewaktu MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham  Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!

Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.

UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!

Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!

Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Sekarang PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!

Persoalannya, benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!

Mari kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!

Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!

Teman menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.

Teman cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?

Teman juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!

Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!

Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!

Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!

Teman melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!

Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!

Persoalan besarnya - betulkah PAS dominan?

Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!! NEHI!!

Buktinya yop?

1. Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.

Sebaliknya, lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah atas lutut dengan satu gertakan sahaja!

Dominan ke namanya tu yop?

2. Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan!

Dominan ke namanya tu yop?

3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP!

Dominan ke namanya tu yop?

4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Teman tak bercadang nak bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sepatutnya dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam persefahaman yang ikhlas!

Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!

Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang Melayu pilih agama lain selain Islam!

Ini bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam sudah pun tertunai!

Jadi, dominan ke namanya tu yop?

5. Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita yop! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'. Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan luar tabi'e ni akan tumbang yop! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!

Dalam keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!

Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia sendiri!

Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbanika di Shah Alam.

Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.

Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada berjalan!

Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer' sahaja sekarang yop!

Dominan ke namanya tu yop?

6. Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak!

Apa jadi yop? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!

Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!

Pheewwww..sebaliknya pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp didalam PAS dan pakatan songsang!

Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!

Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu yop?

Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya!

Dominan ke namanya tu yop?

7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!

Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam Melayu!

Dominan lagi mike kata yop?

Rumusan

Jadi apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang teman huraikan diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan parti tunjang!

Sebaliknya PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar & parti cauvinis rasis DAP!

Samada PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang saperti di Parlimen!

Dalam apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.

Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan! Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang melampau!

Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?

Sebenarnya, apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong Islam!

Sebaliknya, PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk meraih undi!

PAS adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the means!

Jangan kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!

Undi PAS maknanya undi DAP!

Undi PAS maknanya undi pluralisma!

Undi PAS maknanya undi liberalisma!

Undi PAS maknanya undi LGBT!

Say NO to PAS! Say NO to Anwar!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunanNya. Ameen!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Muharram 1434
14 Dis 2012