29 January 2013

PARTI ISLAM?

(Kata Perdana Meteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, bumi Gaza bertuah & bersyukur dengan kehadiran Dato' Sri Najib berserta ahli keluarga & rombongannya)
 
Salam 2 all.

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok (PAS) yang baru kembali daripada lawatan bersejarah YAB PM ke Gaza pasti terkejut mendengar berita melalui media bahawa beliau dipecat daripada kedudukan sebagai ahli Majlis Syura' PAS.

Kebetulan beliau baru sahaja balik daripada mengiringi YAB Perdana Menteri dalam lawatan ke Gaza. Kata Perdana Menteri Palestin-Gaza Ismael Haniyeh, lawatan Dato' Sri Najib adalah satu lakaran sejarah tersendiri kerana Dato' Sri Najib adalah pemimpin bukan 'arab pertama menjejakkan kaki ke bumi Gaza!

Dan lebih bersejarah kerana PM mengumumkan peruntukkan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin-Gaza yang musnah dibom oleh rejim zionis beberapa minggu lepas setelah lawatan Perdana Menteri Mesir Hisham Qandel ke bangunan tersebut.

Orang yang terakhir melihat bangunan tersebut sebelum dimusnahkan ialah PM Mesir, orang yang membinanya semula ialah PM Malaysia! Begitu bersejarah lawatan Dato' Sri Najib, yang lawatannya mendapat liputan meluas media barat dan 'arab, malah Al-Jazeera memberikan lapuran hampir 20 minit didalam berita utamanya.

Rakyat Gaza turun berduyun-duyun mahu melihat seorang wira Melayu yang berani datang menziarahi mereka walaupun mendapat tentangan dalam dan luarnegara. Mereka bertambah bangga apabila melihat betapa simplenya Dato' Sri Najib, sanggup turun ke padang menziarahi keluarga Assyahid Al-Ja'bari, Ketua Keselamatan Palestin-Gaza yang dibunuh kejam melalui pengeboman keatas kenderaannya.

Dan mereka bertambah kagum kerana ini pertama kali seorang Perdana Menteri datang menziarahi mereka dengan membawa seluruh ahli keluarga. Datin Sri Rosmah Mansur berserta anak-anak Nooryana Najwa & Ashman turut sama dalam rombongan PM. Teman sempat bergurau dengan YAB PM, buatnya kalau rejim zionis mengebom rombongan PM, habis semua keturunan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Jawapan PM cukup simple -  kat mana pun kita akan mati!

Dan dalam rombongan lawatan bersejarah itu, turut dijemput sebagai Ahli Parlimen (seperti teman juga) ialah YB Nasharuddin Mat Isa. Teman dok bayang tentu PAS akan tumpang bangga dan kagum yang ahli Majlis Syura', dan bekas Timb Presiden mereka turut serta dalam lawatan bersejarah itu.

Dan sebenarnya memang ramai pemimpin PAS belum pun menjejakkan kaki ke bumi Gaza, walaupun mereka tekun melilit leher mereka dengan muffler Palestin! Walaupun mereka sering bertakbir dan mengutip derma jihad, namun jangan kata membawa keluarga dan anak isteri, diri mereka sendiri pun belum berkemampuan dan tiada keberanian untuk pergi ke Gaza. Al maklumlah sejak-sejak berkawan dengan Kitsiang dan Karpal Singh ni.

Jadi didalam kelemahan dan kedhaifan pimpinan PAS untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza, maka perginya Ustaz Nasharuddin bersama didalam rombongan PM sudah tentu satu aset besar buat PAS! Dalam ramai-ramai orang, PM pilih pemimpin PAS sebagai pengiring!

Teman pada masa itu cukup yakin pimpinan dan ahli PAS akan bukak jubah dan serban dan menghamparkannya di KLIA untuk menyambut wira dan hero mereka pulang daripada bumi Gaza! Sudah pasti semua muffler Palestin yang melilit leher mereka selama ini akan kalungkan dileher hero PAS yang baru pulang dari bumi anbiya' ini.

Tetapi tidak! Rupanya para pasrasit berjaya melilit leher tengkok Ust Nasha sehingga dipecat daripada Majlis Syura'.

Ramai ahli akar umbi PAS sendiri terkejut mendapat berita daripada media bahawa tokoh hebat mereka ini telah dipecat daripada Majlis Syura'! Dan lebih terperanjat mereka apabila parti yang melabel diri sebagai Parti Islam langsung tidak mengikut kehendak syara' dengan memecat Ustaz Nasha tanpa memberi sebarang notis dan tidak memberi beliau peluang membela diri!

Semasa isu Amanat Hadi hangat dibincangkan, Datuk Seri Hadi Awang (DSHA) membuat kenyataan meminta hak membela diri di media utama selama sejam. Kenyataan DSHA disokong oleh Datuk Nik Aziz (DNA) yang memetik sumber syara' dengan kenyataan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri dan memperjelaskan diri sebelum boleh dihukum.
 
Teman tidak menafikan Islam mewajibkan kita memberi peluang membela diri kepada mana-mana pihak dalam apa-apa perkara yang membabitkan dirinya, apatah lagi jika hukuman akan dikenakan. Malahan ini adalah nilai universal & hak asasi & fundamental kemanusiaan yang diterima oleh semua masyarakata bertamadun!

Sebab itu teman mempersoalkan tindakan PAS memecat Ustaz Nasha daripada kedudukannya sebagai Ahli Majlis Syura', badan tertinggi didalam PAS.

Bagaimana parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tetapi mengambil tindakan yang langsung tidak Islamik.

Tindakan memecat Ust Nasha dibuat tanpa beliau diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri!

Ini disahkan sendiri oleh Ust Nasha yang menyatakan beliau hanya tahu berita pemecatan beliau melalui media!

Ini bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Dalam kes pemecatan tokoh pimpinan PAS Datuk Dr Hasan Ali, beliau juga tidak diberi notis tunjuk sebab dan peluang membela diri.

Teman melihat isu pemecatan Ust Nasha ini sekadar membuktikan betapa tidak Islamiknya PAS dalam amalan dan tindak-tanduknya.

Apa yang lebih malang, ia memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri kerana sudah tentu non-Muslim akan melihat tindakan PAS seolah-olah dibenarkan agama Islam kerana mereka melabelkan diri mereka sebagai parti Islam!

Apakah ini akan mendekatkan lagi non-Muslim kepada Islam, apabila mereka melihat seseorang boleh dipecat dan dibuang tanpa notis & peluang bela diri?

Berbeza sekali dengan UMNO yang walaupun tidak menjubahkan diri dengan label Islam, tetapi mengambil tindakan lebih Islamik.

Contohnya semasa Anwar Ibrahim hendak dikenakan tindakan disiplin atas masalah liwat & moral yang rendah, UMNO memberi peluang kepada beliau membela diri didalam mesyuarat Majlis Tertinggi.

Tun Mahathir memberi peluang seluas-luasnya kepada Anwar untuk memberi penjelasan & meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO mengenai kedudukannya. Selepas mendengar penjelasan Anwar, dan mengambil pendapat semua ahli MT yang hadir, UMNO akhirnya membuat keputusan memecat Anwar atas masalah moral beliau.

Samada keputusan itu betul atau tidak bukan persoalannya. Isunya ialah Anwar diberi notis & peluang membela diri.

Tetapi Datuk Dr Hasan Ali & Ust Nasha bukan sahaja tidak diberi notis, malah peluang membela diri dan membuat penjelasan juga tidak diberi.

Malah sehingga hari ini, Datuk Dr Hasan Ali tidak tahu apa kesalahan beliau sehingga dipecat!

Teman berharap rakyat terutamanya umat Melayu-Islam akan membuka mata dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuka ALLAH mengenai pekung penyakit didalam PAS ini!

Semakin hari semakin terserlah kurap-kurap politik didalam PAS ini.

Daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga, kepada isu murtad, isu gereja, isu arak, isu kafir mengkafir, isu Tabung Memali, isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, kepada yang mutakhir isu pemecatan Ust Nasha; semuanya membuktikan kepada kita satu perkara; iaitu PAS hanya memperalatkan Islam untuk kepentingan politik kepartian yang jumud dan sempit!

Daripada semua ini, persoalan yang timbul ialah: betulkah PAS ni parti Islam?

Dan satu persoalan yang perlu umat Islam-Melayu tanya ialah: apa dosa Ust Nasha sehingga dipecat?

Adakah Ust Nasha meliwat sesiapa? Adakah Ust Nasha menyondol mana-mana amoi? Adakah Ust Nasha menoron bini kawan sendiri? Adakah Ust Nasha menderhaka kepada ibubapa dia? Adakah Ust Nasha beri kaunselling kepada bini orang jam 3pagi? Adakah Ust Nasha makan eskrim dalam jamban? Adakah Ust Nasha jual kalimah ALLAH? Adakah Ust Nasha mengkafirkan sesiapa?

Tidak! Tidak! Tidak!

Dosa Ust Nasha kerana bersama dengan YAB PM dalam pertemuan dengan Mufti Masjidil Haram dan para ulama' di Masjidil Haram bulan Ramadhan lepas!

Dosa Ust Nasha kerana mencabar Karpal Singh dalam isu perlaksanaan hudud!

Dosa Ust Nasha kerana menyuruh Nurul Izzah bertaubat dalam isu Melayu murtad!

Dosa Ust Nasha kerana menolak kepimpinan Anwar dan mahu Hadi menjadi PM!

Dosa Ust Nasha kerana bersama YAB PM dalam lawatan menziarahi saudara seagama di Gaza!

Itulah antara dosa Ust Nasha! Dan untuk dosa itu, Ust Nasha dipecat sebagai ahli Majlis Syura', tanpa diberi notis, tanpa diberi peluang membela diri!

Teman berharap, dan tidak menjangka ahli akar umbi PAS akan menjadi sebegitu rendah IQnya sehingga boleh menelan dan menerima bulat-bulat pengkhianatan demi pengkhianatan terhadap Islam yang dilakukan olah para pasrasit yang makin lama makin menghancurkan PAS!

Takkanlah mike nak percaya Ust Nasha dipecat kerana tidak hadir mesyuarat! Kalau itu alasan mereka, cuba mike periksa kehadiran orang lain dalam mana-mana mesyuarat samada peringkat Perhubungan Negeri, Kawasan, Cawangan, MTD atau sayap-sayap. Ada yang datang mesyuarat setakat 5 minit je terus balik. Ada yang rajin hadir mesyuarat tetapi sekadar menjadi pemanas kerusi je! Ada yang datang sekadar buat syarat je!

Kalau itulah alasan pemecatan Ust Nasha daripada Majlis Syura', rasanya ramai pemimpin dan ahli PAS yang boleh kena pecat yop!

Sebab itu sudah tiba masanya ahli akar umbi PAS bangkit menebus semula maruah mereka. Janganlah terus diperkeldaikan oleh kaum pasrasit yang sudah buta hati dan jiwa mereka dengan kilauan kepalsuan Putrajaya. Bangkitlah! Hapuskanlah segala kemungkaran yang sedang berlaku didalam parti mike yop! Kembalikan PAS ke landasan sebenar untuk memperjuangkan Negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. ALLAH telah berikan kita terlalu banyak bukti & keterangan. Janganlah kita membuat kesilapan seperti umat terdahulu yang ingkar dan enggan melihat & menggunakan aqal waras dengan bukti & keterangan yang telah ALLAH berikan sehingga mereka menjadi kaum Pekak, Bisu & Buta untuk menerima haq & kebenaran.

Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, dan ALLAH akan membantu kamu kelak!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak daripada kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan hidayah dan keampunan kepada kita semua! Ameen!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amoigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
17 Rabi'ul Awal 1434
29 Jan 2013

14 January 2013

BRAVO AS-SYURA?

(Walan tardho 'ankal yahuudu walan nasoro, hatta tat tabi'a millatahum-Al Baqarah:120)

Salam 2 all.

Teman mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat semalam Ahad 01 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 13 Januari 2013 dan membuat keputusan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh dipakai oleh umat Islam, dan tidak boleh dipakai dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh non-Muslim.

Cuma beberapa persoalan yang timbul daripada keputusan ini iaitu:

1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan, adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak mahupun lisan!

2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan membuat keputusan? Setelah Guaneng mencetuskan isu ini mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan krismas 25 Dis 2012, sudah lebih tiga minggu isu ini berlalu.

Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan terhadap kenyataan Guaneng itu, malah setelah Presiden PAS sendiri membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat keputusan?

Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?

3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?

4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik balik dan membatalkan cadangan itu?

5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan hala tuju PAS.

Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?

Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.

Sebab itu teman mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH tersebut.

Teman juga mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menegur dan menasihatkan GuanEng supaya menarik balik desakan untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH. Kalau Guaneng enggan, Presiden dan kepimpinan eksekutif serta Majlis Syura' PAS tidak ada pilihan selain daripada bermufaraqah dengan DAP-PKR.

Ini bukan soal siasah, ini soal aqidah! Ini bukan soal politik, ini soal iman! Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid! Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!

Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman sendiri!

Aamantu billah summastaqeem!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Rabi'ul Awal 1434
14 Januari 2013

ENAM SOALAN!


(Bang Non, ini Enam Soalan buat Jah fenin lah..fenin!!! Amacam mau jawab Bang Non?)

Salam 2 all.

Alhamdulillah teman selamat kembali ke Malaysia selepas menyempurnakan misi Gaza. Sebagaimana Malaysia berjaya dalam misi damai Bangsamoro, teman berharap dan berdoa moga misi damai Hamas-Fatah juga akan berjaya insyallah.

Kebetulan dalam misi ini, teman sempat tinggal di bumi Musa a.s, dan berkesempatan melihat kehidupan disana. Teman dapati bukan sahaja Mesir masih mengamalkan dan melaksanakan sistem dan perundangan yang ditinggalkan penjajah British, malah hudud langsung tidak dilaksanakan.

Dalam keadaan itu, teman terkenang Amanat Hadi 1981. Bagaimana agaknya kalau kita terjemahkan Amanat Hadi 1981 itu kepada Mesir dan Ikhwanul Muslimin yang memerintah sekarang dibawah Presiden Mursi?

Jom kita semua meneliti dan memerhatikan ucapan DS Hadi yang menjadi asas kepada Amanat Hadi 1981:

"Kita (PAS) menentang dia (UMNO) ialah kerana dia (UMNO) mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita (PAS) menentang mereka (UMNO)".

Bermakna kerana dakwaan UMNO mengekalkan "Perlembagaan penjajah" dan 'mengekalkan undang-undang kafir", maka UMNO akhirnya dikafirkan oleh penaksub, penyokong dan pendokong Amanat Hadi 1981.

Benarkah UMNO mengekalkan "Perlembagaan penjajah", dan mengekalkan undang-undang kafir"? Bagaimana pula dengan DS Hadi sendiri, atau PAS sendiri? Apa pendirian mereka sebenarnya?

Kalau kita menggunakan aqal yang sihat tanpa ketaksuban kepada mana-mana individu, parti dan lain-lain, sudah pasti kita akan bertanya soalan berikut kepada DS Hadi iaitu:

1. DS Hadi sendiri membuat kenyataan pada 18 Jan 2003 yang dilabel sebagai "Amanat Hadi 2003" menyatakan "peruntukkan berkenaan Islam saperti terkandung didalam Perlembagaan adalah cukup"! Bukankah ini sahaja sudah cukup membuktikan percanggahan Amanat Hadi 1981 & 2003!

2. DS Hadi sendiri menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 20 Dis 2009 bersama Anwar & Guan Eng di Shah Alam Convention Centre yang bersetuju "mempertahankan Perlembagaan sedia ada", dan "menghormati peruntukkan mengenai Islam yang sedia ada didalam Perlembagaan"! Bukankah ini bercanggah dengan Amanat Hadi 1981!

3. Mesir dimana DS Hadi memperolehi kelulusan agamanya masih mengekalkan perundangan penjajah sehingga kini! Malah hudud pun tidak dilaksanakan! Arak boleh diminum secara terbuka! Adakah Mesir yang hari ini diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juge perlu "ditentang dan dilawan"! Adakah Mesir kafir?

4. Turki yang hari ini diperintah oleh Recep Tayyib Erdogan dari Parti AK yang dikatakan Islamik masih mengekalkan perundangan penjajah dan melaksanakan amalan sekular Attarturk. Bukan sahaja hudud tidak dilaksanakan, homoseks tidak menjadi kesalahan jenayah! Adakah Turki wajib "ditentang & dilawan"! Adakah Turki juga kafir?

5. Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia dengan 250 juta penduduk bukan sahaja masih mengekalkan perundangan penjajah, malah menjadikan Pancasila sebagai rukunegara, agama semuanya disamakan! Bukan sahaja hudud tidak dilaksanakan, malahan amalan seks bebas termasuk lesbian, gay, homoseks tidak menjadi kesalahan jenayah! Adakah Indonesia wajib "ditentang & dilawan"? Adakah Indonesia kafir?

6. Menifesto pembangkang yang diumumkan secara jelas oleh Anwar, Kitsiang dan lain-lain pemimpin pembangkang untuk PRU13 dengan secara jelas mengekalkan Perlembagaan Persekutuan sedia ada, dan menolak penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud. DS Hadi bukan sahaja menerima manifesto ini, malah "dah rasa syiok" nak jadi PM mewakili pembangkang!

Untuk tujuan membuka minda mereka yang masih kelabu lagi, bagaimana kalau kita adjust sikit Amanat Hadi 1981 dan memakainya untuk negara Mesir, Turki dan Indonesia yang masih "mengekalkan Perlembagaan penjajah dan undang-undang kafir" kerana mereka (iaitu Mesir, Turki & Indonesia) langsung tidak melaksanakan hudud, dan masih mengekalkan perundangan penjajah!


"Kita (PAS) menentang dia (Mesir-Ikhwanul Muslimin-Presiden Mursi) ialah kerana dia (Mesir-Ikhwanul-Muslimin-Presiden Mursi) mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita (PAS) menentang mereka (Mesir-Ikhwanul Muslimin-Presiden Mursi)?".

"Kita (PAS) menentang dia (Turki-Parti AK-PM Erdogan) ialah kerana dia (Turki-Parti AK-PM Erdogan) mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, dan melaksanakan perundangan sekular dan sistem Attarturk. Oleh kerana itulah kita (PAS) menentang mereka (Turki-Parti AK-PM Erdogan)?".

"Kita (PAS) menentang dia (Indonesia-Presiden Susilo) ialah kerana dia (Indonesia-Presiden Susilo) mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, melaksanakan prinsip Pancasila semua agama sama. Oleh kerana itulah kita (PAS) menentang mereka (Indonesia-Presiden Susilo)?".

Persoalannya, bolehkah kita berkata saperti tiga kenyataan diatas?

Teman cukup yakin jawapan diatas semua adalah TIDAK! Kalau Mesir, Turki & Indonesia tidak kafir, mengapa Malaysia dan Kerajaan UMNO kafir?

Ternyata Amanat Hadi 1981 adalah satu kesilapan besar; dan DS Hadi tidak ada pilihan selain menarik balik, bertaubat dan memohon maaf kepada umat Melayu-Islam akibat bencana yang berlaku disebabkan Amanat Hadi 1981 itu!

Ingat pesan Rasulullah saw, "jika tuduhan kafir kepada seseorang itu tidak benar, maka kekafiran itu kembali kepada penuduhnya"!

Sabda Rasulullah saw saperti yang diriwayatkan oleh Saidina Ali karamallahu wajhah (daripada Baihaqi) jelas menyatakan "seburuk-buruk manusia diatas mukabumi diakhir zaman nanti ialah ulama'. Daripada mereka datangnya fitnah, kepada mereka kembali fitnah itu"!

Adakah fitnah Amanat Hadi 1981 telah boomerang kembali kepada DS Hadi?

Moga ALLAH membuka hijab ketaksuban politik kepartian daripada jiwa kita, menjauhkan kita daripada "mempertuhankan parti", dan memberi hidayah & petunjuk serta mengekalkan iman dan aqidah kita.

Aamantu billah summastaqeem.

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberi keampunan, hidayah dan petunjuk kepada kita semua. Ameen!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
02 Rabi'ul Awal 1434
14 Januari 2013

07 January 2013

SANDIWARA DEMOKERUSI


Salam 2 all.

Teman melihat isu konon salahkira undi oleh DAP sehingga meletakkan seorang calun Melayu celup Zairil Khir Johari ke no. 20 sekaligus menduduki kerusi CEC adalah satu "SANDIWARA DEMOKERUSI"!

This must be the "Joke of the Century"!

Pertama, bagaimana mungkin "computer glitch" membuatkan perkiraan jadi salah! Kalau itu alasannya, ini membongkar persoalan lebih besar; apa jaminan keputusan undian calun lain juga tidak mengalami "computer glitch"?

Bagaimana dengan undi yang diperolehi oleh Kitsiang, Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh dan lain-lain?

Kalau undian Zairil dll dijangkiti virus "computer glitch", tidakkah keseluruhan perkiraan undian CEC wajib dipertikai dan dipersoalkan?

Untuk membuat perkiraan semula adalah mustahil kerana kertas undi dikatakan telah dimusnahkan!

Jadi DAP tiada pilihan lain.

Ini soal integriti, kewibawaan & tranparensi parti yang sentiasa melaungkan CAT! Jangan jadi parti cakap tak serupa bikin, mengamalkan DEMOKERUSI TERPILIH!

Teman cabar DAP untuk mengadakan semula pengundian pemilihan.

Ini juga membuktikan DAP tidak tahu mengurus pilihanraya dengan baik dan betul. Baru 1,800 pengundi pun dema dah kelam kabut! Dan memandangkan DAP tidak tahu cara menguruskan pilihanraya parti dengan baik, teman cabar mereka supaya memanggil pemantau dan pemerhati asing daripada Amerika, Australia, Perancis termasuk badan saperti Konrad Adeneuer, Open Society, NED dan lain-lain untuk datang memantau proses pemilihan dan pengundian DAP.

Kalau tidak, teman cadangkan kepada DAP supaya "keep your mouth shut", dok diam sahajalah daripada cuba nak mengajar SPR berkenaan perjalanan Pilihanraya. Jangan cuba nak jadi "ketam mengajar anaknya berjalan betul"!

Bak kata pepatah Melayu, jangan jadi spt ayam berkokok berderai-derai, tapi ekor sendiri bergelumang dengan taik!

Pada teman, DAP yang perlu dibersihkan dahulu. Ambiga dan kawan-kawannya patut mengadakan demonstrasi besar-besaran "BERSIHKAN DAP"!

Penyakit 'demokerusi terpilih' ini pernah terbukti dalam pemilihan PKR lepas!

Berapa punya banyak aduan dibuat oleh calun dan ahli mereka sendiri. Daripada soal "pengundi hantu", sehingga kepada soal gangguan dan kacauganggu proses pemilihan, sehingga soal samseng dan lain-lain.

Macam mana ada tempat calun tertentu boleh mendapat jumlah undi lebih jauh daripada jumlah keseluruhan delegasi di bahagian tertentu!

Malah berakhir dengan ada calun yang kena tendang, ada calun yang cabut lari, ada calun yang merajuk sampai keluar parti!

Eloklah Ambiga dan kawan-kawannya mengadakan himpunan "BERSIHKAN PEMBANGKANG" dahulu. Janganlah terlalu banyak menuding jari kepada orang lain, ekor sendiri bergelumang taik!

Bak kata pepatah Melayu, "satu jari kamu tuding kepada orang, 3 jari lagi akan menuding kembali kepada kamu"!

Satu lagi isu yang timbul dari "Sandiwara Demokerusi" ini ialah mengapa semasa membuat kenyataan konon berlaku "kantoi-undi" sehingga memenangkan Zairil Melayu celup ni, mereka menyatakan "dengan ini terbukti bahawa DAP bukan parti rasis, orang Melayu juga diterima oleh DAP"!

Apa maksud kenyataan ini?

Jelas DAP terlalu ghairah mahu menunjukkan mereka adalah parti pelbagai kaum, termasuk mewakili orang Melayu! Dan perwakilan DAP masih menyokong calun Melayu!

Adakah DAP ingat mereka boleh memperbodohkan umat Melayu-Islam?

Adakah DAP ingat dengan kejayaan mereka memperkaldaikan segelintir parasit Melayu haprak dalam PAS & PKR membuatkan mereka ingat umat Melayu-Islam boleh diperbodohkan!

Tunku Aziz yang mereka kompangkan sebagai pemimpin unggul Melayu pun dah kena terajang!

Teman yakin DAP tahu sokongan umat Melayu-Islam kepada pembangkang khususnya PAS & PKR makin merosot. Masalah akhlak dan moral yang dihadapi Anwar, krisis aqidah yang dihadapi oleh PAS telah menyebabkan umat Melayu-Islam sedar Melayu yang ada dalam pembangkang hanyalah sekadar keldai tunggangan untuk DAP!

Umat Melayu-Islam sudah sedar, dan mereka sudah "kaleh"; beralih kepada menyokong UMNO dan BN dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib!

Sebab itu DAP cuba sedaya upaya menunjukkan konon pemimpin Melayu diterima DAP. Sehingga mereka sanggup membuat "Konspirasi Demokerusi" untuk memenangkan calun bernama Melayu. Itupun calun Melayu celup, bukan Melayu sebenar!

Teman nak ingatkan DAP, kamu mungkin boleh memperbodohkan segelintir parasit Melayu yang haprak ini, tetapi kamu tidak boleh memperbodohkan umat Melayu-Islam!

Umat Melayu-Islam sudah tahu dan sedar agenda cauvinis, rasis & ekstremis DAP!

Dan umat Melayu-Islam akan mengajar DAP dengan menolak parti cauvinis, rasis & ekstremis ini bersama rakan-rakan sekongkolnya PKR-PAS dalam PRU-13 nanti.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
23 Safar 1434
06 Jan 2013

*Gambar hiasan semata-mata

02 January 2013

AMANAT TENAT!

Adengan Tak Ingin Kita Lihat:
Karpal: Hardee, 1981 lu kata itu law kapir, 2003 lu kata Islamik? Apa maciam?
Hadi: Karpal, 1997 lu kata Anwar peliwat, 2008 lu jadi loyer liwat dia? Apa maciam?
Pok Nik: kito supor sokmo..ambo tau ambo nak jadi Embee laie!

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Hadi Awang yang mendesak diberi ruang selama satu jam siaran secara langsung di media utama (RTM/TV3) untuk memberikan penjelasan mengenai isu Amanat Hadi 1981 yang mencetuskan kontroversi berikutan pendedahan pengikut taksub & ahli seumur hidup PAS Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghan melalui bukunya 'Kafirkah Aku'.

Desakan DS Hadi turut disokong oleh Datuk Nik Aziz yang menyandarkan hujahnya kepada hukum Islam yang mewajibkan semua pihak diberi hak bersuara & membela diri.

Teman pun naik pelik dengan gelagat dema ni yop. Dema nak mintak hak bercakap dan membela diri  melalui RTM? TV3? Atau mungkin juga Utusan? Mimpi ke apa ni yop?

Bukankah selama ini media-media utama ni RTM, TV3 & Utusan difitnah oleh pembangkang sebagai 'media-setan'. Diberi label TV 3/4, Utusan Setan, Utusan Meloya; sampai ada yang sanggup boikot dan bakar! Malah sampai tidak dibenarkan buat liputan dalam majlis pembangkang!

Malah teman pernah dengar sendiri pengikut taksub buat kenyataan haram tengok TV3 & RTM! Kalau orang UMNO mati, kapankan dengan kertas Utusan aje!

Tup..tup!!! Dema kebuloq nak keluar dalam RTM? Biar betoi yop. Skrew dema ni dah longgar ke atau 'alignment' politik dah gelong. Apapun, desakan dema ni membuatkan lawak Senario jadi macam cerita Doraemon je yop.

Desakan ini juga menimbulkan satu persoalan besar; adakah DS Hadi dan pimpinan pembangkang terutama PAS dah tak percaya kepada media dema sendiri Harakah! Kan bagus kalau buat penjelasan didalam Harakah; takkan Harakah pun nak putar atau edit kenyataan Presidennya sendiri kot?

Teman tidak menafikan syariat Islam mewajibkan mana-mana pihak diberi hak membela diri dan bersuara dalam mana-mana isu yang membabitkan dirinya. Malah hak asasi kemanusiaan juga menuntut seseorang diberi hak membela diri & hak bersuara. Ini hak asasi tiap individu!

Apa yang teman pertikaikan ialah amalan politik dualam, cakap tak serupa bikin & demokrasi hipokrit amalan pembangkang. Hak membela diri, hak bersuara adalah hak semua orang, bukan hak terpilih, dan bukan hanya untuk individu terpilih!

Contohnya, mengapa semasa PAS membat keputusan memecat Datuk Hasan Ali, beliau langsung tidak diberi hak membela diri dan hak bersuara.

Malah, Hasan Ali langsung tidak diberi notis tunjuk sebab atau alasan tindakan memecat akan diambil terhadap beliau.

Sehingga hari ini Hasan Ali tidak tahu apa sebab beliau dipecat!!!

Dan yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang memecat Hasan Ali tanpa notis dan tanpa peluang bela diri ialah DS Hadi sendiri, malah DS Hadi yang membuat kenyataan media selepas itu mengumumkan pemecatan Hasan Ali!

Mana suara Datuk Nik Aziz atau DS Hadi semasa itu. Bukan sahaja mereka tidak memberi hak bersuara itu kepada Hasan Ali, malah mereka turut bersekongkol dalam tindakan memecat Hasan Ali tanpa diberi sebab, tak diberi hak bela diri, tak diberi hak bersuara, malah tak diberi notis!

Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, dengan segera segala ayat Quran & hadis serta hukum Islam dicedok & digali untuk melapik tuntutan & desakan mereka! Hari ni DS Hadi pulak berkokok sakan mahu hak membela, hak memberi penjelasan, melalui siaran langsung RTM lagi! Fenin..fenin!!!

Pada teman, ini adalah amalan politik dualam, politik hipokrit dan cakap tak serupa bikin yang sangat jelas. Dan yang lebih teruk, dema mempergunakan syariat Islam hanya untuk menghalalkan kepentingan politik mereka! Bab orang lain, persetankan! Seolah-olah Quran dan syariat Islam tidak terpakai kepada Hasan Ali! Adakah hanya DS Hadi sahaja yang layak mendapat perlindungan Al Quran?

Selanjutnya, DS Hadi memberi alasan mahukan siaran langsung di media utama kerana khuatir "kenyataannya disunting" jika ianya rakaman! Ini yang dikatakan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut! Dah kalau takut kena sunting atau kena potong, takyah lah masuk RTM atau TV3, atau Utusan! Buat sendiri kan lagi bagus!

DS Hadi perlu ingat, beliau ada ruang di Harakah & lain2 media portal pembangkang untuk memberi penjelasan. Apatah lagi dengan dunia internet, beliau boleh merakam sendiri penjelasannya dan disiarkan tanpa tapis di Youtube dan lain-lain. Malah beliau boleh duduk atas katil dalam bilik peribadi dan membuat rakaman dalam bentuk CD/DVD dan disebarkan kepada orang ramai. Siapa pun tak boleh kacau, siapa pun tak boleh edit!

Dalam keadaan ruang cukup luas ada untuk beliau memberikan penjelasan melalui media alternatif, DS Hadi memilih untuk mendesak satu jam siaran langsung di RTM! Tidakkan ini menimbulkan keraguan tentang niat sebenar beliau?

Selanjutnya, DS Hadi perlu ingat yang membongkar dan mencetuskan isu kesan Amanat Hadi 1981 itu ialah seorang pengikut taksub & bekas ahli seumur hidup PAS.

CN Al-Afghan bukan calang orang. Beliau pernah duduk dibarisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri. Malah naqib usrah beliau ialah arwah Ustad Fadil Noor, mantan Presiden PAS! Beliau juga pejuang mujahiddin Afghanistan & Kashmir. Malah beliau hingga kini adalah pembela balu dan keluarga syuhada Memali dan tinggal bersama mereka! Dan beliau pernah ditahan ISA kerana menjadi Ketua KMM, Kumpulan Mujahidin Malaysia!

Beliau yang membongkar kesan Amanat Hadi 1981 melalui bukunya 'Kafirkah Aku'!

Beliau turut menceritakan bagaimana beliau sendiri menjadi begitu taksub dengan Amanat Hadi 1981 sehingga mengkafirkan bapa, abang; ahli keluarganya sendiri yang menjadi ahli atau penyokong UMNO! Dan kini beliau berasa berdosa, dan mahu menebus dosanya. Maka beliau membongkar perkara ini, dan mendesak DS Hadi supaya menarik balik amanat itu!

Berikutan pendedahan beliau, ramai lagi pengikut taksub PAS yang terpengaruh dengan Amanat Hadi 1981 tampil kedepan mendedahkan bagaimana mereka melalui kehidupan yang sangat menyesatkan akibat Amanat Hadi 1981 itu.

Kita dengar mereka menceritakan tentang anak mengkafirkan bapa, terpaksa bernikah kali kedua, sembelihan dari kalangan UMNO dianggap bangkai, ada imam yang enggan solatkan jenazah umat Islam dari UMNO, solat dua imam, boikot masjid dan macam-macam onak mehnah akibat Amanat Hadi 1981.

Yang menjadi mangsa, yang terpengaruh, yang mengamal, yang melaksanakan Amanat Hadi 1981 ialah ahli, penyokong, pendokong dan penaksub PAS! Bukan umat Melayu-Islam! Bukan rakyat Malaysia!

Umat Melayu-Islam tidak pernah mengkafirkan orang PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah menikah kali kedua walaupun di aqad-nikah oleh qadi PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah menjadi makmum imam PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah makan daging sembelihan orang PAS! Umat Melayu-Islam tidak ada masalah solat di Masjid PAS! Umat Melayu-Islam tidak pernah ceraikan suami-isteri masing-masing walaupun daripada PAS!

Pendek-kata, umat Melayu Islam tidak pernah menerima, mengikut, mengamal apatah lagi melaksanakan Amanat Hadi 1981!

Jadi pada teman, DS Hadi tidak perlu beri penjelasan kepada umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Umat Melayu-Islam semua dah faham bahawa Amanat Hadi 1981 itu bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam. Malah para ulama', mufti dan lain-lain telah memberikan fatwa dan pendapat yang jelas membuktikan Amanat Hadi 1981 itu bercanggah dengan syariat Islam.

Jadi umat Melayu-Islam serta rakyat Malaysia tidak perlu dengar dan diberi penjelasan oleh DS Hadi kerana umat Melayu-Islam sudah tahu. Malah umat Melayu-Islam tidak pernah menerima, menyokong, mengamalkan, mengikut apatah lagi melaksanakan Amanat Hadi 1981 itu.

Yang perlu tahu, dan yang perlukan penjelasan ialah para pengikut taksub, ahli, penyokong  dan pendokong PAS; yang sehingga ke hari ini masih ada yang terus mengamalkan, melaksanakan dan menghayati Amanat Hadi 1981 tersebut. Sehingga hari ini ada yang masih mengkafirkan saudara satu agama & satu aqidah kerana amanat itu.

Malah semasa berbual dengan beberapa sahabat daripada Baling, mereka menyatakan kerisauan tentang status "syahid" Allahyarham Ust Ibrahim Libya & 13 lain yang mati terbunuh dalam peristiwa Memali.

Kalau Amanat Hadi 1981 itu tidak betul, bagaimana keadaan jenazah mereka yang tidak dimandi dan dikafankan! Terus dikuburkan di perkuburan Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah kerana dikatakan mati syahid. Malah empat anggota polis yang satu aqidah turut dibunuh kononnya halal kerana "Polis UMNO"!

Apa nasib mereka ini semua? Sebab itu mereka mahu tahu apa status Amanat Hadi 1981 itu?

Kepada mereka inilah yang DS Hadi wajib berikan penjelasan.

Mereka mahu tahu benarkah UMNO kafir kerana kononnya mengekalkan dan melaksanakan Perlembagaan, undang-undang & peraturan kafir & jahiliyah! Kerana mereka tahu kalau tuduhan kafir kepada ahli UMNO tidak betul, kekafiran itu kembali kepada mereka! Mereka sendiri pun takut mati kafir, walaupun diberi jaminan masuk syurga kalau menjadi ahli dan mengundi PAS!

Kalu Perlembagaan Malaysia kafir, mereka mahu tahu mengapa pada 18 Jan 2003 DS Hadi membuat 'Amanat Hadi 2003' yang jelas menyatakan peruntukkan mengenai Islam cukup saperti yang ada dalam Perlembagaan! Malah Perlembagaan itu jugalah yang akan digunakan jika pembangkang menang pilihanraya!

Jadi mereka mahu tahu, kalau Perlembagaan Persekutuan okay, cukup peruntukkan mengenai Islam; jadi bagaimana dengan Amanat Hadi 1981 yang menyatakan Perlembagaan, undang-undang & peraturan yang ada adalah kafir, jahiliyah dan berbaur penjajah!

Itu yang para ahli, pengikut, penyokong dan pendokong PAS dan pembangkang pening. Mana satu yang betul? Perlembagaan Persekutuan kafir ke Islamik? Sebagaimana ahli, penyokong dan pendokong PAS pening dengan Karpal Singh yang pada tahun 1997 mendedahkan Anwar peliwat, tau-tau sekarang dah jadi loyer kes liwat Anwar pulak dah!

Mereka juga mahu tahu kenapa perjuangan Negara Islam dibuang! Diganti dengan negara kebajikan!

Mereka mahu tahu benarkah negara Islam tiada dalam Quran? Kalu benar, mereka mahu tahu mengapa DS Hadi melancarkan Dokumen Negara Islam pada tahun 2004?

Mereka mahu tahu apa kedudukan Dokumen Negara Islam yang digubal oleh Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri Dato' Dr Harun Din? Apakah Dokumen Negara Islam itu kini bercanggah dengan Quran memandangkan kata DS Hadi sendiri Negara Islam rupanya tiada dalam Quran?

Mereka juga mahu tahu adakah Mesir yang masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun diperintah oleh Presiden Mursi daripada Ikhwanul Muslimin juga negara kafir?

Kalau Mesir masih kafir, bagaimana status kelulusan DS Hadi & ramai ustad-ustad dalam PAS yang mendapat kelulusan & ijazah daripada Mesir? Adakah kelulusan & ijazah mereka tidak mengikut syariat atau bercanggah dengan Islam kerana dikeluarkan oleh universiti negara kafir?

Mereka juga mahu tahu adakah Turki juga kafir kerana bukan sahaja mengekalkan undang-undang penjajah, tetapi meneruskan amalan sekularisma yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Attarturk walaupun kini Turki diperintah oleh Reccep Tayyib Erdogan dari Parti AK!

Mereka juga mahu tahu adakah Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia kafir kerana masih mengekalkan undang-undang dan peraturan penjajah Belanda & meletakkan Pancasila sebagai rukun negara Indonesia! Malah amalan homoseks bukan kesalahan jenayah di Indonesia! Apakah Indonesia juga kafir?

Para ahli, penyokong, pendokong dan penaksub PAS mahukan penjelasan adakah dengan mengambil Amanat Hadi 1981 sebagai kayu pengukur, Mesir, Turki & Indonesia adalah negara kafir, dan kerajaannya kafir kerana masih mengekalkan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan penjajah?

Kalau jawapannya Mesir, Turki & Indonesia tidak kafir, mereka mahu tahu mengapa pula Malaysia & kerajaan Malaysia kafir?

Dan yang paling penting, saperti juga CN Al-Afghan, para ahli, pengikut, penyokong dan penaksub PAS mahu tahu kalau Amanat Hadi 1981 tidak betul, mereka mahu sebelum Malaikat maut datang menjemput, mereka mahu diberi peluang dan kesempatan untuk bertaubat, memperbetulkan kesilapan, dan memohon ampun ma'af kepada mereka yang pernah dikafirkan, diboikot, dimaki hamun dan pelbagai caci-maki dan maki-hamun yang pernah mereka lakukan dan keluarkan akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi 1981!

Sebenarnya banyak persoalan dan penjelasan yang pengikut taksub dan ahli serta penyokong PAS mahu tahu daripada DS Hadi. Bukan umat Melayu-Islam di Malaysia sebab mereka dah tahu dan memang telah menolak Amanat Hadi 1981.

Jadi DS Hadi tidak perlu risau untuk memberi penjelasan kepada umat Melayu-Islam mengenai Amanat Hadi 1981! DS Hadi tidak perlu memberi penjelasan melalui media utama RTM, TV3 atau Utusan Malaysia.

Cukop sekadar DS Hadi memberi penjelasan melalui Harakah & media pembangkang, juga melalui Youtube dan lain-lain media alternatif. Dan DS Hadi boleh kerahkan semua ahli, penyokong, pendokong & pengikut taksub PAS mengadakan perhimpunan besar untuk tujuan memberi penjelasan itu.

Dan jika DS Hadi perlukan bantuan, beliau boleh meminta bantuan Ambiga Sreenavasan untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Kan Ambiga mempunyai kepakaran untuk membuat perhimpunan, malah parti DS Hadi pun pernah angkat Ambiga sebagai kalipah untuk perhimpunan haram dema.

Boleh begitu DS Hadi?

Oh ya, teman dengar ramai guru-guru sekolah rendah kecewa dengan jawapan dan respon DS Hadi bila ditanya komennya mengenai pendedahan oleh Cikgu Non @ CN Al-Afghan, DS Hadi sekadar memperlekehkan Cikgu Non sebagai "cikgu sekolah rendah yang hanya ajar A, B, C!!".

Adakah cikgu sekolah rendah tidak layak memberi pendapat? Adakah cikgu sekolah rendah tidak layak memberi teguran? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak menjadi tukang tampal poster PAS? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak pacak bendera PAS? Adakah cikgu sekolah rendah hanya layak jadi tukang kutip derma jihat PAS? Begitu hinakah cikgu sekolah rendah pada pandangan Presiden PAS ini?

Sedangkan Saidina 'Umar ra sendiri pernah ditegur oleh seorang wanita secara terbuka diatas mimbar! Tidak pulak dengar Saidina 'Umar ra memperlekeh wanita tersebut! Malah Saidina 'Umar dengan jelas menjawab, "wanita itu betul kerana bersandarkan kepada Al Quran, 'Umar yang silap kerana bercanggah dengan Al Quran".

Nah, itulah jiwa seorang ulama'! Itulah peribadi seorang 'ilmuan! Itulah sikap sebenar seorang pemimpin Islam!

Kita ambil contoh DS Najib sendiri! Beliau sanggup meminta ma'af secara terbuka jika UMNO atau BN pernah membuat kesilapan; walaupun itu bukan kesilapan peribadinya; walaupun kesilapan itu mungkin dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN yang lain! Tetapi DS Najib berjiwa besar sanggup memohon ma'af secara terbuka bukan sahaja kepada umat Melayu-Islam, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia!

Sebaliknya jawapan Presiden parti yang berlabel Islam ini jelas memperlekeh CN Al-Afghan; kenyataan yang jelas berbaur dengan keangkuhan dan kesombongan! DS Hadi perlu ingat, iblis dilaknat ALLAH akibat penyakit takburnya! Takkan itupun DS Hadi dah lupa?

Teman nak tutup dengan dengan satu persoalan besar kepada DS Hadi; kalau dia merasakan Amanat Hadi 1981 tu betul, teman cabar DS Hadi supaya mengulangi Amanat itu dihadapan Karpal Singh!

Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa Perlembagaan Malaysia itu kafir! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa undang-undang Malaysia adalah undang-undang penjajah! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa ahli PAS akan berjihad menentang Perlembagaan! Bagitahu depan muka Karpal Singh bahawa mati menentang Perlembagaan itu adalah mati syahid; tak payah dimandikan, tak payah dikafankan!

Bagitahulah semua itu dihadapan muka Karpal Singh! Kita tengok apa reaksi dan respon Karpal Singh!

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri! Teman berdoa semoga ALLAH menjaga aqidah dan iman kita semua, dan memberikan hidayah serta petunjukNya! Ameen!

Aamantu billah summastaqeem!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
19 Safar 1434
02 Jan 2013

25 December 2012

AMANAT DHOLALAH

 (Psssttt...Har Dee ar, itu hudud kalu bikin ini wolang apa maciam?)

Salam 2 all.

Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya "Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981. Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

CN Al Afghan bukan calang orang. Dia adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqomah dan ikhlas!

Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi Awang 1981!


"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Datuk Seri Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Datuk Seri Hadi Awang, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

"Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelusuk negara oleh PAS. Ianya memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan Imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadhi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam PAS tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 Nov 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi dilubok pemikiran ahli PAS, Kg. Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah di pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam serta hudud, qisas & ta'zir! Amanat Hadi Awang jelas terpampang didinding pusat kegiatan Kg. Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 Nov 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh PAS. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Perkuboran Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumoran darah!

Apakah yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! Apa alasan yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya membunuh empat anggota polis tersebut. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah dengan mereka!

Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, didalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini dihadapan ALLAH nanti?

Persoalannya ialah, apakah yang mendorong Datuk Seri Hadi Awang membuat Amanat 1981 tersebut?

Teman yakin DS Hadi Awang berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan dinegara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliyah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan Al Quran & Sunnah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ianya Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak Al Quran dan Hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas & ta'zir tidak dilaksanakan! Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar PAS!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".

Ucapan sepanjang 13 mukasurat itu dibuat sewaktu DS Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, DS Hadi Awang juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi PRU 10 pada tahun 1999. PAS memenangi DUN Terengganu dalam PRU 10 selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO akibat masalah meliwat kakitangannya. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama antara parti cauvinis, rasis dan extremis DAP dengan PAS akibat fahaman Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir.

Dalam menuju PRU 11 (yang berlaku pada 2004 dimana Kerajaan PAS Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihanraya. Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, DS Hadi Awang berkata dimukasurat 10;

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981 diatas. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Datuk Seri Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. DS Hadi Awang sendiri telah pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jinggay, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan perlaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na'uzubillah) memenangi PRU 13 dan memerintah Malaysia (na'uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan DS Hadi Awang sendiri semasa Muktamar Agong PAS Tahun 2011 yang jelas menyatakan bahawa "PAS mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (Al Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam Al Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan PAS. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda PAS bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis aqidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada DS Hadi Awang.

1. Adakah kafir Mesir (negara dimana DS Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP dibawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi mereka? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu teman menegaskan bahawa DS Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. DS Hadi Awang wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis aqidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. DS Hadi Awang wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. DS Hadi Awang wajib memnita maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub PAS, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang di aibkan dan dimalukan; pendekkata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, DS Hadi Awang wajib mengadakan roadshow dan ceramah berasar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memeperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar PAS yang rosak akibat Amanat itu.

Nasihat teman kepada DS Hadi Awang, janganlah ulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Iblis. Jauhi sifat takbur! Jangan ditutup hati & jiwa kepada sikap ego dan sikap 'ujub yang akhirnya nanti akan memakan diri. Kerana sayangkan sesama Islam lah teman buat teguran ini!

Makhluk yang asalnya Malaikat bernama Azazil, yang sanagt ta'at dan 'abid kepada ALLAH, akhirnya hanya kerana satu kesilapan, Azazil dihumban ke api neraka selama-lamanya! Azazil dilaknat ALLAH dengan gelaran Iblis!

Kesilapan Azazil hanya satu: TAKBUR!

Akibat takbur, angkuh dan sombong, Azazil menjadi Iblis makhluk yang dilaknat ALLAH! Jangan ulangi kesilapan Azazil! Jangan ulangi kesalahan Iblis!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri! Semoga ALLAH memberikan keampunan, maghfirah, hidayah dan kekuatan istiqomah demi Islam, hanya kerana Lillah hi ta'ala!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Safar 1434
25 Dis 2012

23 December 2012

PAKATAN AL-KAZIB

(Mike percaya Anwar tak kenai Datuk Eskay yop? Berapa lama nak kena kencing dar!)

Salam 2 all.

"You can lie to some of the people some of the time, you can lie to all the people some of the time, you can lie to some of the people all the time, but you can't lie to all the people all the time" - George Washington, bekas Presiden Amerika Syarikat.

Itulah ungkapan yang terbaik boleh diberikan kepada pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS. Survival politik mereka sentiasa berdasarkan pembohongan, penipuan, putar belit, cakap tak serupa bikin: semuanya dek kerana satu matlamat - kerakusan mahu bertakhta di mahkota Putrajaya.

Masih ingat lagi pembohongan 16 Sept?

Masih ingat lagi pembohongan Kg. Buah Pala?

Masih ingat lagi pembohongan Lynas?

Masih ingat lagi pembohongan konon pengerusi SPR ahli UMNO?

Masih ingat lagi pembohongan mereka terhadap YDP Agong berkaitan himpunan haram?

Masih ingat lagi pembohongan pendidikan percuma?

Masih ingat lagi pembohongan air percuma?

Masih ingat lagi pembohongan Felda bankrap?

Masih ingat lagi pembohongan China-Doll?

Masih ingat lagi pembohongan sakit belakang?

Masih ingat lagi pembohongan kapala selam KD Razak tak boleh menyelam?

Bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu..bohong..tipu...

Itulah zikir ratib pakatan haram pembangkang! Hidup dan survival politik mereka tak habis-habis dengan pembohongan dan penipuan terhadap umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

Soalnya, berapa lama umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia mahu terus hidup ditipu dan dibohongi oleh pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini!!!

Terbaru, mereka cuba menipu dan berbohong lagi mengenai projek pembangunan RAPID di Pengerang, Johor. Projek yang akan membawa rahmat dan pembangunan besar bukan sahaja kepada penduduk Pengerang dan Johor, malah kepada negara!

Projek yang akan memberi saingan hebat kepada Singapura!

Ahhh...Singapura terancam dengan projek RAPID Pengerang? Adakah tangan-tangan ghaib yang kotor sedang mendalangi isu terakhir ini? Adakah pakatan luar tabi'e DAP-PKR-PAS menjadi barua dan balaci kepada tangan-tangan kotor ini?

Apa pun, mike baca sendiri lapuran khas oleh wartawan media portal Agenda Daily yang telah pergi sendiri ke Pengerang dan membuat pemantauan, siasatan, kajian dan penelitian! Jelas ada satu macam konspirasi untuk memastikan projek RAPID Pengerang gagal!

Mike kena kencing dengan pakatan songsang & luar tabi'e lagi yop! Takkan nak biar je yop? Apa lagi, pastikan mereka tumbang bungkus dalam PRU 13! Wajib!!!

Undi pembangkang maknanya undi pembohongan!

Undi pembangkang maknanya undi penipuan!

Undi pembangkang maknanya undi putar-belit!

Undi pembangkang maknanya undi cakap tak serupa bikin!

Undi pembangkang maknanya undi kebatilan & kemungkaran!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
09 Safar 1434

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada laman www.agendadaily.com bertarikh 21 Dis 2012)

Oh... Inikah sebab pembangkang kempen sakan tolak RAPID Pengerang

rapidpengerang513 

LAPORAN KHAS 
Oleh HELME HANAFI
www.agendadaily.com
Jumaat 21 Disember 2012

Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.

Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura. Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.

Sejak Komplek Petrokimia di Jurong Singapura siap pada awal tahun 70-an. Deretan kapal tersebut merupakan pemandangan biasa bagi penduduk Pengerang, kawasan hujung paling Selatan Semenanjung Malaysia.

Ketika Malaysia hanya menikmati caj murah dari ratusan kapal yang menunggu giliran membeli dan mengangkut minyak dari Jurong Singapura, beberapa tahun lagi semuanya akan berubah.

Malaysia akan membina sendiri Komplek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Pengerang dan mengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan paling besar.

Angka pelaburan meningkat dari hari ke hari, yang terakhir pada 17 Disember lalu RM170 bilion. Tiga hari Agendadaily di kawasan tersebut dalam misi khas mencari jawapan kenapa pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam soal pelaburan besar kerajaan di Pengerang.

Jika dalam kes-kes lain pembangkang sepakat menentang, tapi di Pengerang, jika ikut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jung Men mula-mula kenyataannya Pakatan Rakyat (PR) akan hapuskan projek Pengerang jika berjaya tawan Putrajaya dalam PRU-13.

Tak berapa lama, bos Chua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pembangkang bukan nak hapuskan tetapi tangguhkan perlaksanaannya, yang kemudian ditambah oleh Chua Jung Men dengan kata hendak pindah projek tersebut ke Kerteh Terengganu.

Hu-ha pembangkang tidak selesai di situ sahaja, ketika PKR dan DAP seperti sepakat hendak hapus, tangguh atau pindah lokasi projek tersebut, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga anak Johor, keluar kenyataan tidak akan pindah projek itu dari negerinya.

Kecelaruan kenyataan pemimpin PR itu buat ramai orang tertanya-tanya, projek apa sebenarnya yang dirancang kerajaan di Pengerang.

Projek tersebut, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi sumber kekayaan baru negara.

"Apabila ia siap sepenuhnya kelak, 40 peratus dari KDNK negara adalah dari perlaburan di Pengerang,"katanya kepada Agendadaily.

Bukan itu sahaja, pelaburan dengan nilai ratusan bilion sudah tentu akan membawa rahmat kepada penduduk Pengerang bayangkan dalam proses pembinaannya RAPID akan menawarkan 40,000 pekerjaan yang menurut Azalina,"Anak-anak muda Pengerang tidak perlu berhijrah lagi untuk mencari rezeki."

Dan sudah tentu kehadiran tenaga kerja bagi menjayakan projek itu bakal membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor perkhidmatan, yang boleh dimanfaatkan penduduk dan syarikat tempatan.
najib-rapid550
Bayangkan begini, Pembangunan yang dirancang PETRONAS di Pengerang ini adalah pada skala lebih besar daripada yang sudah dilaksanakan di Tangga Batu, Melaka; Kerteh, Terengganu atau Gebeng, Pahang dihimpunkan sekali.

RAPID dijangka siap pada 2016, akan lebih besar, moden, canggih, dan strategik dari Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.

Komplek Petrokimia di Jurong itu dibina pada awal tahun 70-an, dan kekal menjadi salah satu pendapatan teras negara tanpa hasil bumi itu.

Lebih 40 peratus pendapatan eksport perlabuhan Singapura adalah dari hasil minyak dan gas berasal dari industri yang dibangunkan oleh republik tersebut sejak 40 tahun lalu.

Ketika itu, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada mengurus dan menjual hasil bumi yang terdapat di perairan negara dengan mewujudkan PETRONAS pada 1974.

Kini, seiring dengan pembangunan negara, kerajaan perlu memikirkan pelaburan baru berimpak tinggi, seperti fasa kedua, selepas PETRONAS mampu bersaing di peringkat global sebagai pengeluar minyak utama dunia.

Kerajaan pimpinan Najib, ingin mengulangi, kecemerlangan ayahandanya, Tun Abdul Razak (pencetus idea PETRONAS) untuk membawa negara ke tahap yang lebih gemilang.

Mencipta pelaburan berskala besar dan peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020.
consortium-to-build-pengerang-lng-terminal
Untuk tujuan tersebut, fasa pertama, projek ratusan bilion ini dibangunkan oleh Dialog Group Bhd, adalah tempat simpanan minyak atau nama lengkapnya Terminal Tangki Laut Dalam Bebas.
ngauboonkeat 
Proses pembinaannya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2014 yang digambarkan secara mudah oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Ngau Boon Keat (gambar kiri) mereka sedang membina Singapura kedua di Pengerang.

"Jika mereka boleh membinanya, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?" ujar individu awal yang pernah bekerja dengan PETRONAS ketika awal penubuhannya dulu.

Menurut beliau, industri minyak dan gas merupakan pelaburan strategik yang akan  mewujudkan peluang perkerjaan dengan gaji lumayan yang sudah pasti akan menarik minat 'the best brain' ke Malaysia seperti 'the best brain' ini beramai-ramai ke Singapura pada tahun 70-an.

"Sekarang ini pun, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, Qatar ataupun Arab Saudi di mana terdapat pekerjaan dalam industri minyak dan gas yang memberikan pendapatan lumayan,"kata tokoh industri minyak dan gas yang cukup berpengalaman itu.

Betapa ruginya Malaysia, jika hanya menjual minyak sahaja tanpa mengambil kesempatan untuk mencipta pelaburan dan peluang pekerjaan bergaji lumayan di dalam industri ini.

Lihat saja deretan kapal-kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Jurong itu, bukan puluhan, bahkan ratusan setiap masa sepanjang tahun.
157-6
Sebab itu dalam pertemuan dengan penduduk Pengerang Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata keputusan kerajaan membina hub minyak dan gas di Pengerang adalah satu rahmat.

"Kebetulan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan strategik dari Pengerang untuk Malaysia memulakan langkah menjadi pemain utama industri hab minyak dan gas di Asia Pasifik kecuali di Pengerang.

"Ia anugerah Allah SWT kepada rakyat Pengerang, Johor dan Malaysia," kata Muhyiddin.

Rahmat itu bagi penduduk Pengerang, ada yang jangka pendek dan panjang, jangka pendeknya, untuk proses pengambilan 22,000 hektar tanah yang ditebus semula oleh kerajaan.

Setiap kaki persegi tanah yang sah pemiliknya, ada yang dibayar sehingga RM8.30 sekaki persegi bergantung kepada lokaliti.
tanahpengerang
"Saya tahu ramai depan saja ini Orang Kaya Baru," gurau Muhyiddin, ketika berucap di hadapan kira-kira 5000 penduduk Pengerang di Dataran Sungai Rengit -tempat yang sama pembangkang buat himpunan Hijau bantah RAPID September lalu.

Ketika himpunan Hijau itu kehadiran 1500, dengan 80 peratusnya, kata sumber keselamatan, adalah orang luar.

Juak-juak pembangkang tidak ada isu untuk bangkitkan di Pengerang, mereka gunakan penyokong taksub untuk berkempen atas nama HIJAU iaitu takut projek tersebut menjejaskan alam sekitar.

"Mereka kena tipu... Komplek Petrokimia di Jurong Singapura itu dibuat ditengah-tengah bandar, pernah kita dengar soal pencemaran?" soal Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman ketika berucap bersama TPM di Sungai Rengit.

Ada sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek berskala besar ini. Selain kedudukan yang strategik iaitu laluan laut paling sibuk di Selat Melaka.
pengerang_map2
Perairan di Pengerang juga antara yang paling dalam, 24 meter, (tidak ada pelabuhan lain di Malaysia sedalam itu) membolehkan ratusan kapal berlabuh hanya pada jarak 2 kilometer dari dataran.

Di Jurong, kedudukannya 8 kilometer dari daratan dengan kedalaman 18 meter.

Kedalaman perairan dan jarak dengan dataran adalah penting ketika bercakap tentang pembinaan Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi industri simpanan minyak mentah.

Lebih dalam perairan dan lebih dekat jarak dengan dataran adalah lebih strategik ketika proses pengisian minyak dan gas ke kapal-kapal yang berlabuh.

"Pengerang mempunyai ciri-ciri semula jadi sebagai pelabuhan terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan kedalaman 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers (VLCCs) atau Ultra Large Crude Carrierss (ULCCSs).

"Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah seperti Perlabuhan Rotterdam di Belanda, sekaligus mampu beroperasi sebagai Rotterdam Asia,"kata Ngau Boon Keat.-21/12/2012

Siri pertama dari lima siri berhubung pembangunan berkepentingan nasional di Pengerang. Wartawan Helme Hanafi ke sana pada 16 hingga 18 Disember bagi mengumpul maklumat mengenai projek tersebut yang akan disiarkan setiap minggu oleh Agendadaily. Siri kedua akan menjawab segala tohmahan pembangkang mengenai aspek kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE).