23 January 2014

BANZAI - II

Tindakan membakar bendera Jepun ini adalah perbuatan yang bukan sahaja tidak Islamik, malah tidak bertamadun dan wajib dikutuk oleh manusia yang bertamadun.
Salam 2 all.

Kenyataan rasmi Kedutaan Jepun bahawa Anwar Ibrahim gagal membuat sebarang permohonan untuk visa khas memasukki Jepun menyebabkan dia ditahan dan dilarang memasukki Jepun Ahad 19 Januari lepas membuktikan pembohongan dan putar-belit Anwar yang dengan begitu cepat menuding jari kepada Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia sebagai tangan ghaib yang menghalang kemasukannya ke Jepun.

Beliau sedikit pun tidak mahu mencerminkan diri bahawa kegagalan dia memasuki Jepun adalah atas kegagalan dan kesilapan dia sendiri. Dan dia sedikit pun tidak mahu menginsafi bahawa dia adalah bekas banduan yang tidak dibenarkan masuk ke Jepun kecuali dengan kebenaran khas.

Kedutaan Jepun memperjelaskan bahawa Anwar, sebagai bekas banduan, pernah dibenarkan masuk ke Jepun sebelum ini kerana beliau telah memohon visa khas dan dibenarkan.

Kerajaan Jepun mensyaratkan bahawa mana-mana bekas banduan atau pesalah jenayah yang pernah disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum melebihi sebulan penjara wajib memohon visa khas untuk memasukki Jepun.

Sepatutnya Anwar sedia maklum tentang syarat ini sebab beliau pernah memohon sebelum ini dan diberi pelepasan.

Malahan pihak Kedutaan Jepun memperjelaskan bahawa perkara itu dimaklumkan kepada Anwar sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Narita, Tokyo. Malah pihak berkuasa Jepun memberi peluang kepada Anwar untuk memohon pelepasan visa semasa di Lapangan Terbang tersebut. Namun Anwar, atas sebab yang hanya dia sendiri tahu, telah menolak tawaran itu dan memilih untuk balik ke Malaysia.

Jadi jelas dakwaan Anwar menyalahkan Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia sebagai tangan ghaib yang menyebabkan beliau dilarang memasuki Jepun adalah pembohongan dan putar-belit semata-mata.

Sebab itu saya mendesak supaya Anwar segera memohon ma'af kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun atas dakwaan beliau yang ternyata tidak benar sama sekali.

Memandangkan Anwar adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, saya juga mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya mensyaratkan Anwar supaya memohon kebenaran untuk ke luar negara dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Ini untuk membolehkan pihak berkuasa Malaysia, samada Jabatan Imigresen atau Wisma Putra memastikan Anwar telah mematuhi dan memenuhi semua syarat untuk menuju kemana-mana destinasi yang kemungkinannya meletakkan pelbagai syarat kemasukan.

Kita mahu mengelakkan insiden memalukan seperti ini berulang kerana membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Anwar juga perlu sedar dan insaf bahawa beliau adalah bekas banduan Penjara Sg. Buloh yang telah disabitkan kesalahan jenayah oleh Mahkamah di Malaysia dengan sahnya mengikut proses perundangan negara dan dihukum enam tahun penjara.

Memang sebagai bekas banduan banyak perkara yang menjadi sekatan. Contohnya bekas banduan tidak boleh menjadi Peguam di Malaysia kerana Akta Guaman 1976 melarang bekas banduan menjadi Peguam. Jadi sedar dan insaflah bahawa sebagai bekas banduan memang ada sekatan dan halangan, termasuk untuk ke luar negara tertentu.

Saya memahami kemelut yang dihadapi Anwar; jadi menggunakan isu ini untuk mengalih isu yang sedang beliau hadapi adalah sangat convenient:

1. Anwar sedang menghadapi rayuan kes meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan, yang jika disabit dengan kesalahan boleh dihukum penjara yang lama, dan akan menyebabkan beliau hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ketua Pembangkang. Ini sekali gus akan meranapkan impiannya untuk menjadi calon PRU-14 dan menjadi Perdana Menteri ke 7. Sabitan ini, jika berlaku adalah satu mimpi ngeri untuk Anwar;

2. Anwar juga sedar jika Mahkamah Rayuan menerima rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan dia dengan kesalahan dan dihukum penjara, maka beliau tidak boleh memegang jawatan dalam mana-mana parti politik; sedangkan pemilihan PKR akan berlangsung pada bulan Mac 2014 dan sudah ada desakan supaya isterinya Wan Azizah berundur  dan Anwar mengambil alih jawatan Presiden;

3. Anwar juga menghadapi konflik kedegilan Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak tunduk dan ta'at kepada arahannya sebagai Ketua Umum/ Penasihat PKR merangkap Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar dengan jelas menyatakan pemecatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah tidak betul dan mengarahkan Khalid supaya mengambil semula Azmin dalam Lembaga Pengarah PKNS. Sebaliknya Khalid bukan sahaja berkeras pemecatan Azmin kekal, malah menukar dengan serta merta Pengurus Besar dan Setiausaha PKNS ke SUK tanpa sebarang jawatan.

Dalam keadaan itu, mencetuskan satu isu baru adalah satu taktik mengalih isu pokok yang boleh meringankan bebanan dan kemelut politik yang berat.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, arigato!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Awal 1435
22 Januari 2014

22 January 2014

BANZAI!!!


alt
Assyahid Saidina Ja'afar Abi Talib At-Tayyar sanggup mempertahankan bendera perang sehingga dipancung kaki dan tangannya! Islam mengajar kita menghormati bendera negara lain.
KUALA LUMPUR 21 Jan - Para penyokong pembangkang dilihat mengamalkan politik rimba apabila bertindak memalukan negara dengan membakar bendera Jepun sebagai tanda protes larangan masuk pemimpin partinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara matahari terbit itu.

Bekas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata, amalan tersebut bukanlah budaya rakyat Malaysia dan tindakan mereka sangat memalukan negara di mata antarabangsa.

"Kita mengutuk keras tindakan ala rimba dan politik kehaiwanan yang dibawa oleh mereka ini," katanya kepada wartawan RakyatNews dalam temubual eksklusif di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kumpulan pro-pembangkang membakar bendera Jepun dihadapan bangunan keduataanya di Jalan Stonor, ibu negara, pagi tadi.

Himpunan tersebut dihadiri kira-kira 20 peserta dan penyokong pembangkang yang turut bertindak memijak bendera tersebut.

Menurut Zulkifli, kumpulan kecil ini tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia namun perkara memalukan seperti ini harus dipandang serius dan mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.

"Kerajaan Malaysia harus bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat. Kerajaan juga mesti mengeluarkan satu kenyataan jelas bahawa insiden pembakaran bendera Jepun tersebut tiada kaitan dengan Malaysia," ujarnya.

Jelas Zulkifli, sekatan Jepun terhadap Anwar tidak melampaui mana-mana batas perundangan ekoran negara tersebut mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja dari memasuki negaranya mengikut syarat yang ditetapkan mereka.

"Setakat Anwar ini 'ikan bilis' sahaja. Orang yang lebih hebat seperti Sir Paul McCartney dan Paris Hilton juga pernah dilarang masuk (ke Jepun).

"Tindakan (Jepun) terhadap Anwar bukanlah sesuatu yang diluar tabi'i," katanya lagi.

Zulkifli kemudiannya menyoal tujuan sebenar Anwar ke Jepun sungguhpun parti pimpinannya kini bergolak terutamanya di Selangor dimana beliau bertindak sebagai Penasihat Ekonomi negeri perlu menyelesaikan konflik antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

"Selesaikan masalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini berkaitan tentang perebutan jawatan antara Azmin dan Khalid sehingga menyebabkan dua penjawat awam menjadi mangsa disebabkan perebutan politiking mereka.

"Sebagai Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor, tidak wajar dia (Anwar) pergi berjalan di luar negara dalam keadaan parti dan negeri di mana dia menjadi penasihat menghadapi krisis," katanya lagi.

Nota: lapuran ini telah di edit oleh moderator. Harap maklum

21 January 2014

KEBIADAPAN BERUK DEMOCRAZY!

Tindakan biaDap politik rimba amalan peliwat democrazy ini wajib dikutuk manusia bertamadun!
Salam 2 all.

Saya mengutuk keras tindakan pembangkang mengadakan himpunan haram dihadapan Kedutaan Jepun hari ini dan membakar bendera negara Jepun kerana membalas tindakan Jepun melarang kemasukan Anwar Ibrahim ke Jepun hari Ahad 19 Januari lepas.

Pada saya ini adalah tindakan biadap dan amalan politik rimba oleh para peliwat democrazy yang tidak boleh diterima oleh mana-mana tamadun. Ini bukan sebahagian daripada akhlak dan amalan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

1. Menghormati Kedaulatan Jepun

Kita wajib menghormati kedaulatan negara Jepun dan pendirian Kerajaan Jepun yang mempunyai undang-undang dan peraturan imigresen yang ketat.

Ketegasan Jepun dalam soal imigresen dapat dilihat sebelum ini yang pernah menghalang dan melarang tokoh-tokoh dunia dan antarabangsa seperti Sir Paul Macartney, Paris Hilton dan lain-lain daripada memasuki Jepun.

Siapa Anwar yang hanya ikan bilis berbanding tokoh-tokoh ini? Dan tokoh-tokoh ini tidak pula mempolitikkan tindakan Kerajaan Jepun; malah akur (walaupun tidak bersetuju) dengan keputusan itu kerana menyedari hak dan kedaulatan Jepun untuk menentukan dasar dan polisi imigresennya.

Tindakan Kerajaan Jepun menghalang Anwar atas alasan beliau mempunyai rekod sebagai sebagai banduan sepatutnya dihormati kerana tiada negara yang mahukan rakyatnya didedahkan kepada kegiatan bekas banduan jenayah.

Malahan insiden ini wajib membuka mata pembangkang untuk menghargai sikap Malaysia yang masih memberi ruang kepada bekas banduan dan pesalah jenayah untuk terus aktif dalam politik negara ini. Kita lihat sendiri bagaimana didalam Parlimen Malaysia terdapat beberapa bekas banduan dan pesalah jenayah yang boleh menduduki kerusi sebagai Yang Berhormat.

Kemungkinan Malaysia adalah satu-satu negara didunia yang mempunyai bekas banduan dan pesalah jenayah sebagai Ahli Parlimen!

2. Tumpu kepada tanggungjawab sebagai Penasihat

Selanjutnya pembangkang sepatutnya mendesak Anwar supaya memberi tumpuan kepada masalah dalaman partinya PKR & Kerajaan PKR Selangor yang sedang menghadapi kemelut perebutan jawatan dan politiking melampau sesama sendiri sehingga menjadikan penjawat awam sebagai mangsa.

Akibat pertelingkahan berkaitan perjawatan dan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Pengarah didalam PKNS diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali, dua penjawat awam iaitu Datuk Othman Omar (Pengurus Besar) dan Norita Sidek (Setiausaha) menjadi mangsa dengan ditukarkan serta merta ke 'jawatan beku' didalam SUK Selangor.

Anwar sepatutnya memberi 101% perhatian kepada menyelesaikan masalah dan kemelut ini kerana beliau memegang jawatan dan amanah sebagai penasihat didalam parti PKR dan juga penasihat ekonomi Kerajaan PKR Selangor.

Adalah tidak wajar seorang penasihat sibuk ke luar negara didalam keadaan parti dan kerajaan parti nya menghadapi kemelut dalaman yang serius.

3. Cubaan Mengalihkan Isu

Saya juga melihat tindakan biadap dan kehaiwanan oleh pembangkang ini sekadar untuk mengalih isu serius yang sedang mereka hadapi.

Pertama, Anwar sedang berhadapan dengan perbicaraan rayuan kes beliau didakwa meliwat pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Sekiranya rayuan Pendakwaraya diterima, Anwar bukan sahaja akan berdepan dengan hukuman penjara yang panjang, malah statusnya sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan turut masuk ke longkang; bersama dengan impian menjadi Perdana Menteri bersemayam di Putrajaya akan ditong-sampahkan ke Sg. Buloh;

Kedua, kemelut politiking diantara Tan Sri Khalid dan Azmin Ali dilihat sangat serius, apatah lagi pemilihan PKR dijangka berlangsung Mac ini. Ini ditambah dengan desas-desus desakan supaya Wan Azizah mengosongkan jawatan sebagai Presiden kerana dilihat tidak berfungsi dan sekadar menjadi penghias parti. Juga sudah timbul desakan bahawa kedudukan Anwar sebagai Ketua Umum dan Penasihat parti sudah tidak relevan; sebaliknya mereka mendesak Anwar mengambil alih jawatan Wan Azizah!

Ketiga, diwaktu yang sama, rakan sekongkol mereka iaitu DAP masih dilanda dengan masalah legitimasi pemilihan CEC, dan PAS pula dengan masalah penyerapan elemen syiah dalam kepimpinannya serta kemelut isu kalimah Allah, dan PKR dengan masalah perebutan jawatan dan habuan sesama mereka.

Maka jalan terbaik bagi mereka ialah mengalihkan isu supaya kepanasan api isu dalaman mereka dapat dipadamkan!

4. Tindakan tegas perlu diambil

Saya mendesak pihak polis supaya segera mengambil tindakan menyiasat dan menangkap serta mengheret mereka yang bertindak biadap terhadap kedaulatan Jepun ke muka pengadilan.

Kita khuatir sebarang kegagalan atau kelengahan bertindak terhadap mereka ini akan dilihat oleh Kerajaan dan rakyat Jepun serta masyarakat dunia sebagai persekongkolan Kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perbuatan biadap dan tidak bertamadun ini.

Malahan jika tiada sebarang tindakan tegas diambil, saya menjangkakan kebiaDapan gerombolan peliwat democrazy ini akan menjadi-jadi.

Kejayaan mereka menawan pentas utama sambutan Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang menjadi api membakar semangat mereka untuk terus bertindak liar dan dliuar batasan undang-undang.

Kegagalan Kerajaan Ying Luk di Thailand menangani perlakuan biadap seperti ini harus menjadi pengajaran kepada Kerajaan Malaysia dan pihak keselamatan, kerana ia akan mengugat keamanan dan keselamatan negara!

Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan dan rakyat Malaysia mengambil langkah berani mengembalikan undang-undang seperti ISA; Ordinan Darurat dan lain-lain dengan penggubalan undang-undang baru dinamakan Akta Keharmonian dan Keselamatan Negara (National Harmony & Security Act - NAHSA).

Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia mengutuk keras tindakan & perlakuan biadap pembangkang ini. Dan kita mahu dan desak tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mereka.

Enough is enough!

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
19 R'Awal 1435
21 Jan 2014

19 January 2014

PEKONG HAK ASASI

Kelesuan umat Melayu-Islam menjadikan kaum cauvinis makin naik tocang (gambar hiasan semata-mata)
Salam 2 all.

Saya hairan melihat sikap membisu seribu bahasa mereka yang mendakwa diri dan kumpulan mereka sebagai pejuang hak asasi manusia dalam kes penahanan tanpa bicara rakyat Malaysia di Sweden.

Azizul Raheem Awalludin, Pengarah Pelancongan Malaysia di Stockholm & isterinya Shalwati Nurshal ditahan sejak 18 Dis 2013 kerana didakwa memukul tangan anaknya dalam cubaan mendisiplinkan anak itu yang tidak bersolat.

Kedua-dua ibubapa malang ini ditahan tanpa jaminan dan tanpa sebarang pertuduhan dikenakan sejak sebulan lepas.

Diwaktu yang sama, kesemua anak mereka yang masih kecil diambil oleh pihak berkuasa Sweden dan ditempatkan dibawah penjagaan sebuah keluarga non-Muslim!

Jelas bagaimana pelanggaran hak asasi manusia dalam kes ini:

1. Kedua mereka ditahan lebih sebulan tanpa bicara dan tanpa sebarang pertuduhan;

2. Anak-anak mereka "dirampas" tanpa sebarang hak untuk mereka bela diri;

3. Kedua mangsa dan anak-anak mereka dinafikan hak mengamalkan agama mereka malah dianiaya dengan penempatan dirumah bukan Islam.

Dalam keadaan itu, saya hairan mereka-mereka yang mendakwa pejuang hak asasi manusia menjadi bisu tak berkata apa!

Apakah hak asasi manusia hanya jika ada kepentingan politik mereka, atau kepentingan etnik, kaum dan keagamaan mereka?

Bila kena kepada orang Melayu beragama Islam mereka umpama syaitan bisu?

Lihat dalam kes guru wanita beragama Islam yang dicabul hak agamanya bila dipaksa membuka tudung dan diancam keselamatannya di SJK (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor.

Mengapa kumpulan yang mengaku pejuang hak asasi manusia ini langsung tidak bersuara? Sikap membisu mereka sekadar menyerlahkan kepalsuan perjuangan mereka!

Lihat pula dalam kes Masyhadi Mas Selamat yang dikenakan tahanan tanpa bicara dibawah ISA selama dua tahun oleh Kerajaan Singapura. Sehingga hari ini tidak kedengaran langsung sepatah haram suara para pejuang hak asasi ini!

Ini adalah sikap hipokrit dan double standard yang jelas membuktikan perjuangan mereka langsung tidak ikhlas dan bukan bertujuan untuk memantapkan prinsip hak asasi manusia.

Sebaliknya ianya semua adalah sandiwara politik semata-mata untuk meraih sokongan dengan menimbulkan kebencian kepada Kerajaan.

Saya mencabar mereka supaya segera menyatakan pendirian mereka dalam isu-isu diatas.

Jika tidak, saya cabar mereka supaya diam dan tutup mulut, kerana apabila kamu membuka mulut kamu, bau pekong hipokrit kamu menusuk jiwa kemanusiaan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Saya juga hairan mengapa Suhakam dan Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional tidak memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan dan mengutuk tindakan pihak SKJ (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi yang jelas mencabuli hak asasi guru tersebut dan mencemar kesucian Islam; perlakuan yang jelas boleh menggugat perpaduan nasional dan keharmonian antara agama dan kaum.

MKPN nampak begitu ghairah dan gopoh dalam mengutuk JAIS yang menjalankan tugas mengikut undang-undang; jadi saya menunggu MKPN segera menjalankan kewajipan dan tanggungjawab mereka menjaga keharmonian agama dan kaum di Malaysia.

Juga saya masih menunggu kalau-kalau para pejuang hak asasi ini mahu menghantar rombongan membawa bunga dan menziarahi guru malang yang dicabuli hak asasi dan hak mengamalkan agama Islamnya. Saya percaya mereka juga mempunyai prinsip umat Islam berhak mengamalkan perintah agamanya tanpa gangguan dan pencabulan daripada mana-mana pihak, tak begitu?

Diwaktu yang sama, saya mengutuk keras tindakan Sweden yang menahan tanpa bicara kedua-dua mangsa rakyat Malaysia ini. Mereka sekadar melaksanakan amalan dan tuntutan agama Islam yang membenarkan ibubapa mendisiplinkan anak-anak jika mereka tidak mahu solat (dengan pukulan yang terlalu ringan samada di tangan ataupun bahagian punggung sebagai pengajaran bukan penderaan).

Saya juga mengecam keras tindakan Sweden merampas kanak-kanak ini, memisahkan mereka daripada jagaan sah ibubapa mereka, dan meletakkan mereka dibawah penjagaan keluarga bukan Islam. Ini adalah pencabulan hak asasi yang begitu ketara, dan satu penghinaan kepada Islam. Kita masih tidak lupa persitiwa Natrah tahun 1950an dalam keadaan yang hampir sama dipisahkan daripada ibu angkatnya beragama Islam dan diletakkan di pusat jagaan kristian; akhirnya Natrah dimurtadkan.

Akhirnya saya menyeru Kerajaan Malaysia supaya segera bertindak menghantar protes diplomatik terhadap penahanan guru dan isterinya itu berserta penahanan anak-anak mereka di rumah keluarga non-Muslim. Kita lihat bagaimana Kerajaan India begitu tegas mempertahankan hak pegawainya yang ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat, walaupun pegawai itu didapati melakukan kesalahan.

Dalam kes kita, saudara Azizul Awaluddin dan isterinya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim mengikut perintah agama Islam. Oleh itu kita tidak boleh membiarkan mana-mana negara memperlekehkan kita yang dikenali sebagai negara model dan contoh bagi umat Islam. Sedangkan seorang Muslimah yang diperlekeh tudungnya oleh para kuffar menyebabkan Khalifah menghantar bala tentera Islam untuk menebus pencabulan itu.

Kita berhikmah dalam berdakwah, tetapi kita mesti tegas keras dalam melaksanakan kewajipan agama!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
18 Rabi'ul Awal 1435
19 Jan 2014

17 January 2014

AGENDA SALIBIAH - BHG II

Perang Salib Moden bermatlamatkan 3G - Gospel, Gold & Glory - Penyebaran risalah kristianisasi, merampok kekayaan umat Islam & kemenangan kristian atas Islam!
 (Agenda Salibiah Bahagian II - sambungan daripada Agenda Salibiah Bahagian I)


RUMUSAN

Jelas daripada perbincangan panjang lebar diatas, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian hanyalah sekadar soal penterjemahan perkataan 'God' dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Ianya bukan soal agama, iktikad atau kepercayaan mereka.

Dalam konteks itu, jaminan kebebasan beragama yang diperuntukkan didalam Artikel 3 dan Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak relevan dan tidak terpakai langsung dalam kemelut penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian. Sebaliknya ianya hanyalah soal bahasa, soal linguistik.

Persoalannya ialah pendakyah kristian telah, samada secara sengaja atau dalam keadaan jahil, menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Ini adalah satu kesalahan dan kesilapan penterjemahan. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah.

Pendakyah kristian cuba menegakkan benang basah mempertahankan hak menterjemahkan secara salah perkataan God kepada Allah menggunakan pelbagai alasan dan helah. Antaranya kononnya orang arab kristian juga menggunakannya.

Kalaupun benar orang kristian arab menggunakannya, ia digunakan dalam bahasa arab. Kalau merea mahu gunakan perkataan Allah sebagaimana kristian arab, maka mereka perlu dan wajib menggunakan bahasa arab sepenuhnya, bukan hanya ambil cebis-cebis. Contohnya kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus. Mengapa pendakyah kristian disini tidak bertegas mahu guna perkataan YasuI dalam menterjemahkan perkataan Jesus ke bahasa Melayu? Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?

Lagipun, perkataan God ada tercatat didalam kitab bible dalam bahasa asal Jesus iaitu Adonai, Eli, Eloi atau Elohim. Mengapa pendakyah kristian disini tidak mahu gunakan perkataan-perkataan ini bila menterjemah perkataan God ke bible versi bahasa Melayu?
Kedua, pendakyah kristian menghalalkan penterjemahan perkataan God secara salah kepada perkataan Allah kononnya atas alasan mereka telah lama menggunakannya. Konon cerita terjemahan secara salah perkataan God kepada Allah dalam versi bahasa Melayu bermula sejak abad ke 16>

Kita semua tahu bahawa abad ke 16 merupakan permulaan serangan dan penaklukan negara umat Islam oleh penjajah Eropah beragama kristian terutamanya daripada British, Sepanyol, Belanda dan Portugis. Mereka ini adalah negara yang membentuk pasukan tentera salib yang berperang dengan umat Islam selama hampir 300 tahun di abad ke 11, 12 dan 13 sehinggalah ditewaskan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Dendam kesumat tentera salibiah ini berkekalan sehinggalah mereka berjaya menumbangkan Kerajaan Islam Andalusia yang memerintah di bumi Sepanyol pada tahun 1492. Sejak tumbangnya Kerajaan Islam Andalusia dan lemahnya pemerintahan khilafiah akibat persengketaan dan perpecahan sesama sendiri, dan negara-negara umat Islam sudah hilang perlindungan Khalifah; maka bermulalah ekspedisi penyerangan dan penaklukan keatas bumi umat Islam.

Dan siri serangan dan penaklukan yang membawa kepada penjajahan ini didasarkan kepada Matlamat 3G - Gospel, Gold & Glory.

Gospel sebagai penyebaran agama kristian, Gold untuk mengaut hasil masyhul dan kekayaan umat Islam, dan Glory sebagai kemenangan keatas agama Islam dan umat Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam Perang Salib.

Pengakuan mangsa dakyah kristianisasi
Dalam konteks itulah kita perlu memahami strategi penggunaan istilah atau perkataan Allah daripada perkataan God bila menterjemahkan bible mereka ke bahasa Melayu. Kerana mereka tahu bangsa Melayu beragama Islam dan mempunyai iktiqad dan aqidah mempercayai ketuhanan ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allah hanyalah kedalam bible versi bahasa Melayu, manakala didalam bible versi bahasa lain perkataan atau istilah Allah tidak digunakan.

Bermakna penterjemahan perkataan God kepada Allah dalam bible versi bahasa Melayu adalah satu strategi pendakyahan gerakan kristianisasi yang dilakukan secara unilateral semasa era penaklukan dan penjajahan kuasa kristian Eropah dalam mencapai matlamat 3G mereka!

Oleh itu, desakan pendakyah kristian dibumi Malaysia kini untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam bahasa Melayu bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian; bukan sahaja ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik; malah yang lebih besar, ianya sebenarnya merupakan satu agenda gerakan kristianisasi sebagai penerusan kepada Perang Salib yang bermatlamatkan 3G itu tadi.

Dan mereka tidak akan berhenti. Mereka akan gunakan Mahkamah, mereka akan gunakan forum antarabangsa, mereka akan gunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka akan gunakan forum Sidang Hak Asasi Kemanusiaan, mereka akan gunakan tekanan ekonomi dan perdagangan, mereka akan gunakan politik, mereka akan gunakan sistem demokrasi, dan mereka akan gunakan pelbagai cara dan helah untuk mencapai matlamat mereka memurtadkan umat Melayu-Islam.

Pendakyah-pendakyah kristian ini nampak kelemahan sistem pilihanraya berdemokrasi kita; iaitu kebergantungan parti-parti politik dan calon-calon kepada undi, termasuk undi daripada mereka dalam menentukan kemenangan dan membentuk Kerajaan. Dan mereka tahu jika mereka dapat menguasai parti yang menyokong atau mirip kepada tuntutan mereka, maka cita-cita mereka untuk bukan sahaja memurtadkan umat Melayu-Islam, malah menukar negara ini daripada negara Islam kepada negara kristian akan berjaya.

Sebab itu kita mendengar pendedahan oleh bekas aktivis kanan DAP saudara Razali Rahman bagaimana adanya upacara sumpah di Pulau Pinang melibatkan paderi-paderi dalam dan luar negara untuk menubuhkan sebuah negara kristian.

Sebab itu kita melihat sendiri bagaimana para pastor, paderi (dalam dan luar negara) dan gereja terlibat secara langsung dengan aktif dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak dan dalam PRU-13 lepas.

Sebab itu kita mendengar kisah yang didedahkan oleh seorang pendakwah Melayu-Islam Ustaz Muhammad Al-Amin yang terjumpa Deklarasi Negara Pelangi yang ditinggalkan oleh rombongan penganut kristian daripada Malaysia yang menyentuh mengenai PRU-13 dan pembentukan kerajaan semasa beliau membawa rombongan menziarahi Masjid Al-Aqsa.

Saya percaya dan yakin para pendakyah kristian ini akan terus menerus mencetuskan pelbagai isu dan mehnah melibatkan penggunaan kalimah Allah dan lain-lain untuk memberi gambaran bahawa Kerajaan BN pimpinan UMNO ini sebagai zalim dan menganiaya kaum minoriti kristian di Malaysia; manakala pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang sudah duduk dibawah tapak kaki mereka sebagai alternatif terbaik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU-14 nanti.

Bagi mereka, strategi besar sekarang ialah govern those who govern. Mereka gagal menguasai atau mempengaruhi kerajaan dan pimpinan UMNO, maka pilihan terbaik mereka ialah menguasai dan mempengaruhi pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebab itu saya melihat senario ini dengan satu kegusaran. Kalau Kerajaan UMNO-BN hampir tumbang dalam PRU-13 akibat tsunai Cina, apakah Kerajaan UMNO-BN akan tumbang dalam PRU-14 akibat tsunami kristianisasi?

Na'uzubillah min zalik.

Namun kita umat Islam wajib ingat amaran Allah didalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak dan cara kehidupan dan agama mereka'.

Tetapi Allah memberikan kita jalan keluar dengan meneruskan firman, 'katakanlah kepada kuffar ini bahawa cukup Al-Quran sebagai petunjuk yang benar bagi kami'. Maka kita wajib berpegang kepada Al-Quran, yang antara lain menyeru kita supaya 'wa' tasimu bihablillah hijami'aa, walaa tafarroquu - bersatulah kamu dengan berpegang kepada tali Allah (iaitu Al-Quran), dan janganlah kamu bercerai berai'.

Tetapi njika enggan dan ingkar, Allah memberikan amaranNya, 'jika kamu memilih untuk bersama dan mnuruti kuffar Yahudi dan Kristian ini, walaupun setelah datang kepada kamu peringatan daripada Al-Quran, maka perbuatlah sedemikian (iaitu turutilah kamu kuffar Yahudi dan Kristian ini), namun ingatlah Allah tidak akan lagi membimbing dan memimpin kamu'.

Ya Allah, persaksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah pun menyampaikan amaran dan peringatan Mu. Peliharalah iman dan aqidah diriku, anak-anak dan isteriku, ibu ku, kaum keluargaku, dan seluruh umat Islam yang masih lagi beriman dan bertaqwa kepada Mu, yang masih mengharapkan belas ihsan, rahmat dan kasih sayang Mu, yang masih mendombakan petunjuk dan hidayah Mu. Masukkanlah kami kedalam golongan yang berjiwa tenang, masukkanlah kami dalam golongan yang meredhaiMu dan Kau meredhai kami, masukkanlah kami dalam golongan hambaMu, dan masukkanlah kami dalam SyurgaMu. Ameen ya robbal 'aalameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Rabi'ul Awal 1435
17 Januari 2014

16 January 2014

AGENDA SALIBIAH - BHG I

Pembukaan Baitul Maqdis dan pembebasan Masjid Al-Aqsa oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi dengan menewaskan pakatan tentera Salib melahirkan dendam kesumat mereka untuk meneruskan agenda penaklukan dan penjajahan negara umat Islam dengan matlamat 3-G: Gospel, Gold & Glory. Penterjemahan secara salah perkataan 'God' kepada 'Allah' dalam bible versi bahasa Melayu adalah penerusan kepada Agenda Salibiah ini!

Salam 2 all.

Saya sudah naik muak dengan dakwaan pendakyah-pendakyah kristian bahawa penggunaan istilah 'Allah' dalam amalan keagamaan kristianisasi mereka adalah hak kebebasan beragama yang diberikan dan dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan, terutamanya Artikel 3 dan Artikel 11 (1).

Sebenarnya soal penggunaan perkataan 'Allah' didalam amalan mereka bukannya soal agama, tetapi adalah soal salah penterjemahan perkataan 'God' daripada bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Itu sahaja. Ianya bukan isu keagamaan, tetapi soal linguistik.

Langsung tidak timbul isu konon hak menganut dan mengamal agama kristian dihalang atau disekat akibat pelarangan penggunaan perkataan Allah' terhadap mereka.

Ini kerana Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan'.

Manakala Artikel 11 (1) pula memperuntukkan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal 4, mengembangkan agamanya'. Fasal 4 memnberi hak dan kuasa kepada Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang untuk menyekat pengembangan agama bukan Islam.

Kesemua negeri (kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang memerlukan Parlimen menggubalnya) telah menggubal undang-undang ini yang dipanggil Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam, yang antara lain melarang penggunaan beberapa istilah dan perkataan oleh selain Islam seperti solat, wahyu, Ka'bah dan lain-lain termasuk istilah Allah.

Berbalik kita kepada persoalan hak menganut dan mengamal agama masing-masing yang dijamin Perlembagaan, maka persoalan pertama kita harus jawab ialah apa itu agama?

Kamus Dewan Edisi Keempat (KL 2007) dimuka surat 14 mendefinisikan agama ialah kepercayaan kepada Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya.

Bermakna ada dua syarat untuk memenuhi kriteria agama, iaitu:

1. kepercayaan kepada Tuhan;
2. menerima ajaran dan perintahNya.

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Dalam konteks itu, kalau kita tanya kepada penganut agama kristian apakah asas iktikad atau kepercayaan ketuhanan mereka, pasti akan dijawab we believe in Jesus Christ as Son of God the Father through the Holy Spirit. Sebab itu mereka menggelar diri mereka Christian - iaitu penganut ajaran Jesus Christ.

Daripada iktikad dan kepercayaan itulah muncul konsep triniti - iaitu kepercayaan kepada The Father, The Son and The Holy Spirit (Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Suci). Mereka mempercayai Tuhan Bapak menghantar turun Tuhan Anak melalui perantaraan Ruh Suci kebumi dalam bentuk jisim kemanusiaan yang dilahirkan melalui perut seorang wanita bernama Mary dan dinamakan sebagai Jesus sebagai penebus dosa.

Mereka percaya tiap manusia yang lahir sudah sedia memikul dosa, apa yang mereka panggil original sin. Maka sebagai penebus dosa, Tuhan Bapak menghantar anaknya Jesus melalui perantaraan Ruh Suci sebagai penyelamat (the saviour) dengan mengorbankan dirinya di pasung sebagai penebus dosa. Dan manusia akan selamat hanya jika mereka dibaptiskan dan mempercayai Tuhan Anak ini.

Keseluruhan teologi ini berteraskan kepada konsep triniti - atau apa yang kita panggil ketuhanan tiga-dalam-satu. Dan sejak zaman pemerintahan Raja Konstantin di Rom Timur (Istanbul), konsep ketuhanan triniti ini dipatungkan dengan simbol salib. Maka sejak daripada itu, agama kristian berubah daripada agama samawi mutlak menjadi agama hibrid pagan-samawi.

Berdasarkan konsep ketuhanan triniti inilah yang mereka panggil God; atau lebih tepat lagi God the Father, the Son & the Holy Spirit.

Didalam kitab bahasa asal mereka, perkataan atau istilah God ini dipanggil Yhwh, atau Yahweh. Tetapi mereka dilarang menggunakan istilah atau perkataan ini, seperti terkandung didalam Lev 24:16 yang menyebut, 'he that names the name Yahweh shall surely be put to death (dia yang menyebut nama Yahweh pasti akan dihukum bunuh'.

Sebaliknya didalam kitab asal mereka, perkataan atau istilah ketuhanan dipanggil Adonai, Eli, Eloi atau Elohim.

Contohnya didalam kitab berbahasa Hebrew dalam Matthew 27:46, Tuhan Anak Jesus dipetik berkata kepada Tuhan Bapak semasa dipaku-pasung diatas salib dengan ayat, 'Eli, Eli, lamma sabachthani'.

Ayat ini diterjemah kedalam Bahasa Inggeris dengan frasa berikut, 'My God, My God, why have thy forsaken me'.

Apabila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu, pendakyah kristian menterjemahkannya seperti berikut, 'Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku'.

Dalam konteks ini kita dapat lihat dengan jelas bahawa penggunaan istilah atau perkataan Allah digunakan sebagai penterjemahan perkataan God, bukannya dalam konteks iktikad atau kepercayaan ketuhanan agama mereka.

Ini kerana dalam konteks kepercayaan kepada Tuhan, penganut kristian mempercayai ketuhanan triniti God the Father, the Son & the Holy Spirit yang dijelmakan dalam kesatuan ketuhanan yang dipanggil Jesus Christ. Oleh itu, tuhan dalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian ialah Jesus Christ

Bukan didalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian bahawa Allah itu Tuhan mereka.

Bermakna penggunaan perkataan atau istilah Allah bagi penganut kristian berbahasa Melayu adalah soal penterjemahan perkataan God, bukan soal iktikad atau kepercayaan ketuhanan. Dalam konteks itu, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian tidak memenuhi ciri pertama difinisi agama seperti yang terkandung didalam Kamus Dewan tersebut.

2. Menurut perintah dan ajaran Tuhan itu

Semua ajaran yang didakwa dibawa oleh Tuhan Anak ini terkandung dalam sebuah kitab yang mereka panggil Bible.

Bible ini adalah terdiri daripada dua buah buku, iaitu The Old Testament & The New Testament (Buku Perjanjian Lama & Buku Perjanjian Baru).

The Old Testament sebenarnya adalah buku yang menjadi pegangan penganut agama Yahudi (selain Tsalmud) dan ditulis dalam Bahasa Hebrew. Manakala The New Testament pula adalah kumpulan tulisan pendita-pendita seperti Saul, Mark, Matthew, Luke dan ramai lagi; dan ditulis dalam Bahasa Greek.

Buku The Old Testament & The New Testament ini kemudiannya digabungkan dan dipanggil Bible. Ianya kemudiannya diterjemahkan kedalam Bahasa Inggeris Lama, sebelum diterjemahkan pula kedalam Bahasa Inggeris Moden. Dan daripada terjemahan Bible bahasa Inggeris inilah kemudiannya diterjemahkan kepelbagai bahasa lain, termasuk bahasa Melayu.

Didalam buku Bible berbahasa Hebrew ini, nama Tuhan Anak ini disebut dengan panggila Eeso. Ianya diterjemahkan ke bahasa Greek sebagai Ieosus, dan dalam bahasa Inggeris lama sebagai Yesus, dan dalam bahasa Inggeris moden sebagai Jesus. Didalam bible bahasa arab, ia disebut dengan panggilan Yasu.

Dan didalam buku Bible dalam bahasa asal hebrew, nama Tuhan yang disebut ialah Yahweh atau Yhwh (rujuk Lev 24:16). Manakala perkataan 'tuhan' disebut dengan istilah Adonai, Eli, Eloi atau Elohim (rujuk contohnya Matthew 27:460). Dan didalam kitab terjemahan bahasa Inggeris, perkataan 'tuhan' disebut sebagai 'God'.

Bermakna didalam ajaran agama penganut kristian berdasarkan kitab asal mereka, atau dalam kitab terjemahan mereka samada dalam bahasa Greek, Latin mahupun Inggeris (samada lama mahupun baru)  perkataan atau istilah Allah sebagai konsep ketuhanan langsung tidak ada.

Jadi dimana datangnya penggunaan perkataan atau istilah Allah seperti yang didakwa oleh pendakyah kristian didalam bible versi bahasa Melayu?

Sekali lagi jawapannya ialah istilah atau perkataan Allah dalam bible versi bahasa Melayu merupakan terjemahan daripada perkataan God yang terkandung didalam bible versi bahasa Inggeris (contohnya seperti diberikan diatas dalam menterjemahkan ayat Eli, Ali, lamma sabachthani - My God, My God, why have thy forsaken me; lalu diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan ayat Allahku, Allahku, kenapa Kau tinggalkan aku.

Sudah tentu terjemahan ini adalah salah kerana didalam bahasa Melayu, perkataan atau istilah God ialah 'Tuhan'. Sebab itu Rukunegara Pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan (didalam bahasa Inggeris disebut Believe in God), bukannya Kepercayaan kepada Allah. Ini adalah kerana perkataan Allah adalah khusus kepada penganut Islam, manakala perkataan Tuhan mencakupi konsep ketuhanan semua agama.

Apapun yang penting dalam konteks definisi agama, selain kepercayaan kepada Tuhan, kriteria kedua ialah menurut perintah dan ajaran Tuhan itu.

Maka jelas bagi penganut kristian, yang mempercayai ketuhanan triniti Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Ruh Suci, perintah dan ajaran Tuhan itu terkandung didalam buku yang mereka panggil Bible.

Sedangkan perintah dan ajaran Allah terkandung didalam Al-Quran seperti yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalu perantaraan malaikat Jibril. Penganut kristian bukan sahaja menolak kenabian Muhammad saw, malah enggan ingkar menerima dan patuh kepada ajaran dan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran.

Bukan didalam iktikad dan kepercayaan penganut kristian bahawa ajaran dan perintah yang diikuti mereka datangnya daripada Allah sebagaimana yang terkandung didalam Al-Quran.

Sebaliknya perintah dan ajaran yang diikuti oleh penganut kristian ialah Bible yang tidak terkandung didalamnya ketuhanan Allah. Sedangkan ajaran dan perintah Allah terkandung didalam Al-Quran.

Dalam konteks itu, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian tidak memenuhi ciri kedua difinisi agama seperti yang terkandung didalam Kamus Dewan tersebut.

Ini bermakna, isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pendakyah kristian ini sebenarnya bukan soal hak menganut atau mengamalkan agama kristian, tetapi adalah isu salah penterjemahan, samada dengan sengaja atau kerana kejahilan, perkataan 'Eli' dan 'God' kepada perkataan 'Allah', sedangkan terjemahan yang tepat dan betul ialah 'Tuhan'.

Ini membawa kita kepada persoalan apa agenda pendakyah kristian ini sebenarnya? Apa rancangan mereka? Mengapa dan kenapa mereka dengan sengaja menggunakan terjemahan yang salah? Apa pula yang perlu disedari oleh umat Islam? Dan bagaimana persediaan kita menghadapi Perang Salib moden ini?

Semua ini akan dikupas dengan panjang lebar didalam artikel selanjutnya esok bertajuk Agenda Salibiah - Bhg II.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Rabi'ul Awal 1435
16 Januari 2014

15 January 2014

CIKGU TOMOI!

Timbalan Menteri Pelajaran, YB Kamalanathan menerima rawatan setelah ditumbuk dan diserang oleh seorang guru yang tidak berpuashati permohonan perpindahan isterinya juga seorang guru tidak diluluskan!
Salam 2 all.

Saya agak terkejut dengan tindakan seorang guru lelaki yang telag menyerang dan menumbuk YB P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor. Guru berkenaan dilapurkan tidak berpuashati permohonan isterinya yang juga seorang guru untuk bertukar ke Hulu Selangor telah tidak diluluskan.

Saya memang tidak bersetuju langsung dengan tindakan guru tersebut yang telah mengambil tindakan diluar undang-undang, dan tindakan sewajarnya patut diambil terhadap beliau.

Diwaktu yang sama, saya menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini, ataupun menjadikannya isu perkauman atau politik. Konon ceritanya guru lelaki tersebut seorang ahli UMNO dan berbangsa Melayu.

Saya percaya ini tidak ada kena mengena dengan politik, mahupun perkauman.

Namun, satu persoalan yang timbul daripada insiden ini ialah apa yang mendorong guru tersebut mengambil tindakan begitu drastik dan kelihatan desperado itu?

Tidak mungkin guru tersebut sengaja suka-suka mahu mengambil tindakan tersebut sehingga memukul seorang Timbalan Menteri. Sudah pasti beliau tahu akibatnya, apatah lagi beliau seorang guru menyerang dan memukul Timbalan Menteri Pelajaran!

Sebenarnya insiden ini membuka pekung satu isu yang sudah lama diperkatakan dikalangan guru-guru terutama yang sudah berumahtangga.

Bagaimana ada guru yang terpaksa berpisah secara fizikal bertahun-tahun lamanya dengan keluarga akibat dipindahkan atau pun bertugas dikawasan luar atau jauh daripada suami atau isteri masing-masing.

Saya sendiri semasa menjadi Ahli Parlimen sudah beberapa kali membangkitkan isu ini dan mendesak Kementerian Pelajaran supaya segera mengkaji semula dasar pemisahan suami-isteri dikalangan guru-guru ini. Malah beberapa kes spesisfik telah saya bangkitkan untuk tindakan, tetapi tiada satu pun yang mendapat layanan sewajarnya.

Dalam satu kes, seorang guru muda wanita dipindahkan ke Johor walaupun suami dan anak kecilnya tinggal di Kulim. Saya telah menyiasat dan mendapati ada dua buah sekolah di Kulim yang mempunyai kekosongan dan bersedia mengambil guru tersebut untuk dipindahkan daripada Johor ke Kulim.

Namun walau sudah beberapa kali dibangkitkan didalam Parlimen, malah membawa ke peringkat Menteri dan Timbalan Menteri, namun tiada sebarang tindakan susulan dilakukan. Saya percaya guru wanita tersebut masih lagi mengajar di Johor.

Alasan yang diberi ialah sekolah tempat guru tersebut tiada pengganti untuk mata-pelajaran yang diajar. Juga kekosongan sekolah di Kulim itu tidak berkaitan dengan subjek pengkhususan guru tersebut.

Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar seperti ini, yang kurang pro-kemanusiaan!

Mengapa yang diutamakan ialah keperluan sekolah?

Sepatutnya pendekatan yang diambil ialah meletakkan kepentingan dan kebajikan guru itu sebagai keutamaan. Ini kerana tiada guna guru itu dipaksa mengajar juga di sekolah yang jauh sehingga terpaksa berpisah dengan suami atau isteri dan anak masing-masing, kekadang sehingga bertahun-tahun.

Sudah tentu guru-guru dalam keadaan seperti itu tidak dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan tugasan mendidik para pelajarnya. Apatah lagi jika mendapat berita anak tidak sihat dan lain-lain. Akhirnya yang rugi ialah para pelajar dan sekolah itu juga.

Sebenarnya banyak lagi isu sampingan yang timbul daripada isu yang saya rasa tidak mengutamakan hak kemanusiaan & insaniah para guru tersebut.

Sepatutnya dasar Kementerian dalam isu seperti ini ialah memberi keutamaan kepada hak kemanusiaan dan insaniah para guru tersebut. Lakukan apa sahaja yang boleh untuk memastikan hak kemanusiaan dan insaniah para guru tersebut dipenuhi.

Malahan, dasar meletakkan hak kemanusiaan dan insaniah para guru tersebut lebih Islamik. Saidina 'Umar r.a pernah melalui suatu insiden dimana seorang wanita merintih kerana suaminya seorang tentera dihantar bertugas diluar kawasan sehingga begitu lama. Akhirnya Saidina 'Umar r.a memerintahkan pasukan tentera itu dibawa balik dan dibuat dasar supaya tentera yang bertugas luar tidak terlalu lama dihantar bertugas ke luar kawasan.

Pada saya, insiden menyerang dan menumbuk YB P.Kamalanathan, walaupun tidak sepatutnya berlaku, tetapi adalah satu tip of the iceberg. Kerajaan juga perlu sedar guru adalah front-liner yang berurusan dan mendampingi dengan rakyat bawahan secara langsung. Mereka adalah barisan depan bagi Kerajaan.

Jangan kerana dasar yang dilihat kurang pro-kemanusiaan & insaniah ini menimbulkan rasa benci dan meluat para guru terhadap Kerajaan. Guru yang menyerang Timbalan Menteri Pelajaran itu mungkin akan dihukum; tetapi yang saya khuatir ialah jangan sampai para guru pula menghukum dan 'menumbuk' Kerajaan apabila dilihat hak kemanusiaan dan insaniah rakan mereka dinafikan!

Kepada sahabat saya YB P.Kamalanathan, moga segera semboh dan kembali bertugas!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
14 Rabi'ul Awal 1435
15 Januari 2014