21 January 2010

KERAJAAN PERLU TEGAS!


Salam 2 all.

Seorang aktivis Kristian sdr K. Sudhagaran Stanley membuat kenyataan mendakwa kegagalan kerajaan bertindak terhadap wartawan majalah Al Islam yang didakwa kononnya menceroboh sebuah gereja tahun lepas antara punca kekecohan agama mutakhir ini dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh puak Kristian. Malahan beliau mendakwa kerajaan sebagai anti-Kristian (sila lihat lapuran penuh yang disiarkan oleh MalaysiaKini bertarikh Rabu 20.01.2010 yang saya siarkan dibawah).

Saya menyangkal tohmahan sdr K.Sudha dan menegaskan sebaliknya kelembutan dan sikap kerajaan yang terlalu bertolak ansur kepada kebiadapan puak anti-Islam lah menyebabkan ketegangan antara agama mutakhir ini,

Sdr. Sudha perlu sedar bahawa Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam agama Persekutuan sejajar dengan Artikel 3 Perlembagaan. Malahan Islam dan institusinya ditempatkan lebih tinggi dalam Perlembagaan melalui beberapa peruntukkan yang ada; antaranya mengiktiraf status orang Melayu sebagai beragama Islam, dan agama dan kepercayaan lain tidak boleh didakyahkan kepada orang Islam.

Sdr. Sudha juga perlu faham sebenarnya sikap dan kebiadapan anti Islam yang dilakukan secara terbuka di negara ini yang menyebabkan ketegangan antara agama mula berlaku. Umat Islam dinegara ini sudah mula meluat dengan sikap biadap ini. Sejak 1950 lagi, apabila Natrah Maria Hertogh dimurtad dan dikristiankan oleh Mahkamah penjajah di Singapura, perasaan orang Islam sudah terguris. Dan akhir-akhir ini, kebiadapan itu semakin melampau, dan kerajaan langsung tidak mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan-perbuatan ini, antaranya:

1. tindakan mengkristiankan Nor Aisyah Bukhori, gadis Melayu daripada Pontian, Johor pada tahun 1997. Bukan itu sahaja, pihak Kristian telah memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merampas kembali Aisyah yang telah diselamatkan. Sebelum kes itu sempat dibicarakan, pihak Kristian telah menculik Nor Aisyah dan sehingga kini beliau masih hilang tanpa berita, walaupun ibunya baru-baru ini meninggal dunia. Tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat sehingga ke hari ini;

2. tindakan sekumpulan bukan Islam membunuh dengan kejam keluarga Allahyarham Ibrahim Pillai, isterinya Siti Solehah anak mereka Nurrahimah berusia 5 bulan di sebuah kabin di Subang Jaya pada 14.02.1998. Keluarga ini dibunuh kejam dengan disembelih dan dipancung kepala mereka dan dikelar badan mereka hanya kerana memilih memeluk Islam. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, dan pembunuh mereka masih bebas;

3. tindakan sekumpulan bukan Islam memurtadkan Hartini Kamaruddin pada tahun 1996 dengan menukar nama beliau kepada Rajeswari. Kemudian menyaman ayah kandung dia sendiri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM3 juta kononnya kerana tidak membenarkan Hartini menukar agamanya dari Islam ke Hindu. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan keatas mana-mana pihak walaupun jelas Perlembagaan Persekutuan dicemari;

4. tindakan kumpulan Kristian yang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Binti Jailani dan cubaan menukar nama beliau kepada Lina Joy. Umat Islam sekali lagi diheret ke Mahkamah dan institusi Islam diperlekeh di Mahkamah Persekutuan pada bulan Ogos 2006. Pihak Church of Our Lady Fatima Brickfield yang melakukan upacara baptisma terhadap Azlina Jailani dan mengeluarkan sijil baptisma tidak dikenakan sebarang tindakan pun hingga kini walaupun perbuatan mereka jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara;

5. Tindakan kumpulan bukan Islam diketuai oleh Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha dan Sikh berserta NGO-NGO bukan Islam lain termasuk Majlis Peguam yang cuba menjuarai penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC Interfaith Commission) yang antara lain memperjuangkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia supaya umat Islam di Malaysia ini boleh murtad. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap para pengajur walaupun perbuatan mereka menghina umat Islam dan Perlembagaan Persekutuan;

6. Tindakan Majlis Peguam yang jelas anti-Islam apabila menganjurkan secara terbuka "Forum Masuk Islam" yang jelas mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes mengenai hak jagaan anak-anak pasangan yang memeluk Islam, dan berdegil meneruskan forum tersebut walaupun seluruh umat Islam, daripada Raja-Raja, Perdana Menteri, ulama'-ulama' dan umat Islam membantah dan mendesak mereka menghentikan forum tersebut. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun perbuatan mereka menghina umat Islam dan institusi Islam.

7. Paling akhir, tindakan segelintir Kristian yang mencabar umat Islam sehinggakan nama ALLAH tuhan yang disembah oleh umat Islam pun hendak dijadikan bahan pertikaian hakmilik!!

Ini adalah antara secebis daripada banyak lagi perbuatan dan tindak-tanduk yang dilakukan dalam negara Malaysia ini yang jelas mencemar dan menghina Islam serta bertindak diluar batasan Perlembagaan dan perundangan negara.

Jadi Sdr. Sudha, sebenarnya bagi umat Islam, kerajaan terlalu bertolak ansur dengan kaum bukan-Islam menyebabkan kami merasakan nasib dan maruah agama Islam tidak terbela. Sebab itu saya menyeru Sdr Sudha dan yang sewaktu dengan beliau supaya membuka sedikit mata beliau. Lihatlah bagaimana kamu boleh hidup aman damai dan memperkayakan diri dan keluarga, boleh mengamal agama kamu dengan aman damai tanppa gangguan; kerana sikap toleransi umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini begitu tinggi, kerana agama Islam mengajar kami begitu.

Sebaliknya, kamu lihat bagaimana nasib umat Islam dinegeri dimana mereka minoriti, samada diThailand (pembunuhan, pengeboman, perogolan berlaku hampir setiap hari, sehingga sedang solat pun ditembak mati), di Filipina (umat Islam diburu macam haiwan), di India (masjid tertua umat Islam dirobohkan oleh puak fanatik Hindu), Amerika (dimana masjid dibakar, umat Islam dihina dan ditekan), di Britain (umat Islam hidup saperti dalam sangkar), di Perancis (umat Islam nak bertudung pun tidak boleh), di Switzerland (menara masjid umat Islam pun diruntuhkan), di German (kubur umat Islam nak dihapuskan), dan jangan ceritalah nasib umat Islam di Chechen, Kashmir, Bosnia, Afghanistan, Iraq dan tidak lupa Falastin!!

Oleh itu, saya seru diri saudara dan rakan-rakan bukan Islam lain, belajarlah hormat menghormati orang lain, hormati Perlembagaan dan perundangan negara. Islam adalah agama negara ini. Islam diletakkan ditempat yang tinggi didalam Perlembagaan. Umat Islam serta institusi Islam dihormati dan diiktiraf oleh Perlembagaan. Sebenarnya bukan kamu yang tidak dilindungi kerajaan, sebaliknya mutakhir ini umat Islam mula merasakan yang kami sendiri di anaktirikan oleh kerajaan!!

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 Safar 1431
21 Januari 2010

########################################################

(Petikan daripada MalaysiaKini bertarikh 20.01.2010)


Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat bertindak
Jimadie Shah Othman Jan 20, 10 6:13pm
Kegagalan kerajaan menangani isu-isu mengganggu keharmonian beragama menyebabkan terdapat pihak yang kini berani bertindak lebih jauh dengan menyerang rumah ibadat agama lain, kata seorang aktivis Katholik.Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, K Sudhagaran Stanley mempertikaikan tindakan kerajaan yang didakwanya lambat bertindak, antaranya berhubung insiden dua gereja di Kuala Lumpur 'dicerobohi' dua wartawan majalah Al Islam tahun lalu."Sehingga kini, tiada pendakwaan dikenakan terhadap dalangnya dan ini menghantar tanda (signal) yang salah kepada rakyat Malaysia. "Ia menyarankan, adalah okey untuk memasuki rumah ibadat orang lain, mengintip dan menghina ibadah mereka," katanya.Sudhagaran berkata, jika kerajaan bertindak tegas daripada mula, insiden seperti serangan dan vendalisme terhadap gereja - yang dikaitkan dengan pertelingkahan berhubung penggunaan kalimah Allah - mungkin tidak akan berulang."Hari ini gereja kami dibom (dengan bom petrol), dirosakkan dengan batu dan cat, (tetapi) masih tiada sesiapa dibawa ke muka pengadilan," tulisnya.Dalam surat dua halaman tersebut, Sudhagaran bertanya kepada Najib: "Adakah kerajaan anda menentang orang Kristian di negara ini? Apa yang polis tunggu lagi? Adakah mereka tunggu sehingga seseorang terbunuh (baru hendak bertindak)?Pada 8 Julai lalu, Sudhagaran dan rakannya Joachim Francis Xavier membuat laporan polis kepada dua wartawan majalah terbitan Kumpulan Utusan Berhad, Al Islam kerana memasuki gereja dekat Putrajaya bagi menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.Sehingga kini, Sudhagaran mendakwa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka.Keluhan Sudhagaran pernah disuarakan sebelum ini, termasuk melalui surat gesaan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu.

7 comments:

putihmerah said...

mudah-mudahan keterangan ini dpt masuk ke jiwa sesetengah mereka..amin.
nak minta izin Tuan,utk saya copy paste ke dalam foum saya jika tidak keberatan..boleh ke?

SHUKRI said...

allahuakbar......allahuakbar......
allahuakbar

Semoga YB diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan murni ini...

AeminEdia said...

salam tuan ... walaupun saya tidak menyokong PKR tetapi ketegasan tuan dalam menegakkan islam amat saya hormati ... tahniah tuan teruskan .... aemin/kl

sehar said...

mungkin anwar mahu semua org berpikiran mcm khalid tu..

Ibnu Hasan said...

assalamualaikum YB!

saya amat menyokong usaha mempertahankan kalimah 'Allah' seperti yg YB katakan. bahkan saya melihat disinilah point dimana kuat atau tidak ummat Islam di Malaysia dalam mempertahankan akidah Islam yang sekiranya berjaya bermakna kuatlah ummat Islam dan Malaysia dan lemah jika sebaliknya. kesannya pula amat besar, cuba bayangkan kekeliruan yang amat besar akan berlaku di mana orang kristian akan mengatakan Allah mempunyai anak bernama Jesus dan orang Hindu pula mengatakan Allah telah masuk ke dalam jasad Sri Rama maka ini mungkin boleh mengakibatkan kekeliruan kepada kanak-kanak dan mereka yang baru mengenali Islam. Wallahua`lam

Unknown said...

Salam YB..
Org2 yg mcm YB la yg Malaysia perlukan..
Walaupun saye berbeza ideologi politik dgn YB,tp dlm hal agama kite bersatu..

Allahu Akhbar..!!

Unknown said...

Salam YB..
Org2 yg mcm YB la yg Malaysia perlukan..
Walaupun saye berbeza ideologi politik dgn YB,tp dlm hal agama kite bersatu..

Allahu Akhbar..!!