14 January 2011

AZAN TERCABAR?!

(Keajaiban azan yang berkemundang tanpa henti seluruh dunia pada tiap masa adalah satu mukjizat yang boleh menarik jiwa yang kufur kepada keimanan)

Salam 2 all.

Tindakan seorang peguam kafir mempertikaikan laungan azan d Masjid Ikhlasiah, Kg. Kerinci ternyata satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam. Azan adalah satu institusi Islam yang sudah ujud sejak pembentukan Daulah Islam Madinah zaman Rasulullah. Mempertikaikan azan bermakna mempertikaikan Islam. Pada teman, perbuatan ini sama saperti mengisytiharkan "perang secara terbuka" terhadap Islam!!

Perbuatan bia-DAP saperti ini perlu dihentikan segera sebelum ianya menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan, malahan diletakkan ditahap yang tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain. Menghormati Perlembagaan adalah ciri kewarganegaraan yang jelas, dan keluhuran Perlembagaan adalah tiang seri Rukun Negara. Mempertikaikan institusi Islam sama saperti mempertikaikan Perlembagaan, dan mempertikaikan Perlembagaan meletakkan seseorang itu tidak lagi layak menjadi w arganegara Malaysia!! Period!!

Diwaktu yang sama, teman juga hairan dengan kejahilan dan kebodohan segelintir jahlun yang penuh kebodohan menerima tohmahan bahawa arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Apalah punya bodoh sangat. Takkan putar belit dan pembohongan macam tu pun nak percaya?! Takkanlah umat Islam ni begitu rendah tahap IQ nya sampai fitnah bodoh macam tu pun mahu dipercayai!? Ini adalah taktik kotor dan sempit yang diamalkan oleh musuh-musuh Islam, dengan melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang ketawa besar mereka juga!!

Faktanya jelas. Yang mempertikaikan azan tersebut adalah seorang kafir. Yang komplen mengenai azan itu adalah seorang kafir. Yang menulis bantahan itu adalah seorang kafir. Sudah tentulah pihak berkuasa Islam saperti JAWI perlu mengkaji aduan dan bantahan tersebut. Dan untuk mengkaji perlulah JAWI turun ke padang berjumpa dengan anak qariah dan jawatankuasa Masjid. Tetapi JAWI tidak pernah mengeluarkan arahan mempertikaikan azan di Masjid Ikhlasiah itu. Bodohlah kalau JAWI bertindak sedemikian!

Yang menjadi musuh kita ialah si kafir itu. Dia yang perlu dihadapi. Dan dia perlu dihadapi bukan dengan pelempang atau parang, apatah lagi senapang. Sebaliknya teman cadangkan kepada jawatankuasa Masjid dan anak qariah pergi berjumpa dengan beliau dan cuba diselidiki apa yang dia tidak puashati. Berikan penjelasan kepada beliau mengenai institusi azan. Perjelaskan kepada dia peranan azan dan kedudukannya didalam Islam. Perjelaskan juga perbezaan azan dengan cara agama lain. Beritahu beliau mengapa azan dilaungkan lima kali sehari.

Kalau dapat selitkan juga kisah mengenai mukjizat azan, bagaimana ianya berulang-ulang dilaungkan diseluruh pelusuk dunia 24 jam sehari semalam tanpa berhenti berdasarkan keunikan bumi ciptaan ALLAH yang siang dan malamnya bersilih ganti mengikut lokasi geografi sesuatu tempat (lihat videoklip diatas untuk kefahaman sendiri). Moga-moga beliau bukan sahaja memahami institusi dan kedudukan azan didalam Islam, malah kita mendoakan mana tahu ALLAH membuka hatinya kepada Islam.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Safar 1432
14 Januari 2011

10 comments:

dinGBK said...

Itu lah masalahnya dgn kariah Masjid di Kerinchi takkan mereka ini tak brani lawan....come on mulut kata Islam tapi dlm hati pengecut...apa ini....negara sdri ditindas oleh puak2 komunis ini? Agama apa yg termaktub dlm perlembagaan sbg.agama rasmi????Ayuh bangkit dan bantah dan juga jgn perlahankan suara Azan...
come on....

Unknown said...

Aminnnn.

Njah said...

Sebagai seorang Islam, aduan yang dibuat oleh kafir laknat itu berhubung dengan Azan yang menggangu tidurnya adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab oleh seorang rakyat Malaysia. Adakah beliau ni baru sehari dua tinggal di bumi bertuah ini, atau sengaja hendak menimbulkan kemarahan orang Islam? Apabila tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, perlaulah bertoleransi dengan agama-agama lain. Sebagai seorang penghuni bandar dan berjiran dengan orang bukan Muslim, saya tidak pernah berkecil hati dengan perbuatan jiran apabila mereka menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Itulah kepercayaan mereka dan saya perlu menghormatinya, dan begitu juga saya mengharapkan kaum lain perlu menghormati keperluan orang Islam. Orang seperti ini tak perlu dilayan. Azan sudah menjuadi darah daging orang Islam, jadi mengapa perlu kita tunduk pada beliau. Yang terbaik yang perlu kita lakukan ialah tak perlu nak berdemontrasi di masjid, pergi sahaja ke tempat kediaman beliau dan bersemuka terus dengan orang seperti ini dan atasi apa masaalah beliau sepatutnya

Ijat said...

Yang benar kita kena pertahankan

Ibni Ismail said...

Salam.
Saya berfikiran bahawa pasti ada sesuatu yg menyebabkan peguam tersebut terasa terganggu. Sebagai contohnya, mungkin yang kuat sangat itu bukan azan tapi dianggap azan oleh peguam tersebut. Kerana jika azan yg dikatakan mengganggu, ianya hanya mengambil masa sekitar 5 minit. memang melampui batas jika azan yg pendek itu dipertikaikan.

Namun saya takut yg dikatakan azan yg menganggu itu adalah bacaan ayat2 suci al Quran atau tarhim yg mengambil masa lebih 10 minit. bacaan selain azan, pada pemahaman saya patutlah diperlahankan. Bunyi yg terlalu kuat dari selain azan serta yang diwajarkan oleh syarak spt dlm sholat, wajarlah dielakkan. Ketidak selesaan ini bukan hanya pada bukan islam tetapi juga pada orang islam terutamanya yang ada anak kecil atau yg uzur.

Sebagai peguam yg berakhlak islam, tuan sepatutnya mencari jalan penyelesaian dengan memberi kefahaman kepada peguam tersebut. jadilah islam yg mendamaikan umat.

Anonymous said...

Moga suara azan takkan hilang dimana-mana masjid pun di dunia ini & Malaysia esp..

Tai said...

Saya rasa agak pelik dengan sikap orang ini yang mengatakan, azan mengganggu beliau. Bagi saya yang bukan islam, kalau diteliti balik, azan ni, ada satu hikmah yang tersendiri yang tiada pada benda lain. Hikmahnya ialah, untuk check time. Seperti yang kita dah sedia maklum, azan berkumandang lima kali sehari. Dan pada suatu hari, jam di bilik saya mati. Dengan azan yang istimewa inilah saya mengetahui waktu terkini. Dan, dek kerana dah terlalu biasa dengan suara laungan azan sejak dari kecik, sekarang ni, kalau ke mana-mana dan tak dengar azan, rasa seperti something rong. Ada yang tak lengkap. Azan ialah sesuatu yang amat istimewa. Harus diingat saya bukan beragama islam.

Syeikh Uqail Al Manjani said...

dimana ulamak & umarak yg mengaku diri sebagai muslim??inilah masanya ulamak beri pendapat & pengesyoran tindakan yg wajib diambil serta berlandaskan ISLAM..jika perkara seumpama ini berlaku dizaman Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam, apakah tindakan Baginda??rujuklah kepada Al-Quran Kalamullah & Al-Hadith..

Brenggo said...

Tahniah dan terima kasih pada YB Zul yang begitu lantang bersuara dalam merpejuangkan bangsa dan agama Islam. Komen-Komen YB telah mula membuka hati sahabat-sahabat yang selama ini buta dan bernanah. Dalam soal-soal yang berkaitan dengan ugama begini, kita jarang mendengar ulasan dari Nick Najis dan konco-konconya yang mendakwa mereka lebih islamik. Teruskan perjuangan dan usaha murni YB ini, semuga Alllah memberkati dan melindungi YB. Wassalam.

Unknown said...

pd pndapat sy..dlm hal ni..yg salah tetap slah...bg sy pihak yg menyelesaikan isu tlh memainkan peranan penting dgn menjernihkan kembali perkare ni..demi mengekalkan perpaduan antara kaum..perbincangan dan sentiasa menjadi jalan terbaik dlm penyelesaian masalh berbanding cacian,umpatan,carutan dan lain2 lg..hrp2 permohonan maaf tu ikhlas dr hati beliau n akan terus menghormati agama islam...cume yg hairannye..bile igt2 balik..bile 'meletopnye' isu kalimah ALLAH..sy tgk kebanyakkan pak aji-pak aji yg bkn main lg berserban tu..same2 berganding bahu dgn org2 kafir dlm menegakkn benang yg basah...masing2 nk jd hero perpaduan kaum sehingga sanggup bermodal kn nama ALLAH A.W.T yg maha esa...heboh nk laksanakan hudud..tp nama ALLAH yg sememangnye terkandung dlm AL-QURAN tu pon x mampu nk pertahankn..malah menentang lg ade la...tp nk wat camne klu mereka sendiri yg mengiktiraf gelaran KHALIFAH pd org kafir..nk kate ape lg kn...