17 July 2014

PECAT AJE KALID SAMAD!


Kenapa Kalid Samad tidak desak Anwar ‘dihapuskan’

daripada jawatan sebagai Ketua Pembangkang setelah

disabitkan dengan kesalahan meliwat kakitangannya

Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan?
Salam 2 all.

Saya  merujuk kepada titah Tuanku Sultan Selangor ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang yang menegur MP Shah Alam Kalid Samad sebagai biadap dan jahil.
“Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS”
"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.”

“Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.”
“Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk”
“Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam”.*
Bukan mudah untuk seorang Raja yang berdaulat mengeluarkan titah seperti ini dengan mengecam seorang individu dengan jelas dalam satu titah rasmi secara terbuka. Kalau di zaman Kesultanan Melayu memerintah dahulu, titah seperti ini biasanya akan diikuti dengan hukuman yang keras.

Tuanku Sultan Selangor adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang titah atau kenyataan. Baginda akan memastikan segala fakta dan peruntukkan perundangan dan lain-lain adalah sahih dan jelas, dan isu yang disentuh adalah sesuatu yang menjadi kepentingan awam, barulah Baginda akan mengeluarkan sebarang titah atau membuat kenyataan.

Untuk Baginda Tuanku Selangor mengeluarkan titah mengecam Kalid Samad secara terbuka dalam satu majlis rasmi didalam ucapan rasmi adalah sesuatu yang memberi gambaran isu yang disentuh oleh Baginda Tuanku adalah sangat serius!

Atas sebab itu saya menyeru pimpinan PAS khususnya Datuk Seri Hadi Awang supaya mengambil serius kecaman Baginda Tuanku itu dan mengambil tindakan sewajarnya.

Pada saya, sudah tiba masanya kepimpinan PAS menunjukkan keberanian dan mengambil tindakan tegas terhadap Kalid Samad.

Seperti titah Tuanku, ini bukan kali pertama Kalid Samad terlibat secara langsung mempertikai institusi dan sistem perundangan berkaitan Islam didalam Negeri Selangor.

Malah, Kalid Samad juga secara konsisten telah mempersoal dan mempertikai kepimpinan dan kewibawaan PAS, antaranya:

1. Mempersoal kepimpinan Datuk Dr Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga beliau dihukum gantung keahlian selama 3 bulan;

2. Mempertikai keputusan Majlis Syura' Ulama PAS yang telah pada 08 Jan 2013 membuat ketetapan melarang kristian mengguna-pakai kalimah Allah. Kalid Samad secara jelas dan berterusan menolak ketetapan Majlis Syura' tersebut dan sebaliknya menyokong untuk kristian dibenarkan mengguna-pakai kalimah Allah;

3. Mendesak pemansuhan dan menghapuskan kuasa dan bidangkuasa eksekutif MAIS dalam hal ehwal Islam didalam negeri Selangor sedangkan kepimpinan PAS Selangor jelas menyatakan itu bukan pendirian PAS Selangor.

Terlalu banyak perbuatan dan perlakuan Kalid Samad yang jelas melanggar disiplin kepimpinan, dasar dan perjuangan PAS sendiri.

Saya hairan mengapa kepimpinan PAS begitu takut untuk mengambil tindakan terhadap orang seperti Kalid Samad? Kesalahan mempertikai dan ingkar menurut ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS sahaja sewajarnya sudah cukup untuk membawa kepada tindakan tegas termasuk dipecat sebagai seorang ahli PAS.

Alangkan Datuk Dr. Hasan Ali yang cuba memperkasa, memartabat dan membela Islam dalam negeri Selangor pun dikenakan tindakan pemecatan. Tokoh pimpinan muda PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS juga dikenakan hukuman pemecatan daripada Majlis Syura' Ulama' PAS hanya kerana dakwaan terlalu 'mesra BN'!

Inikan pula mempertikai dan enggan mematuhi ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS, badan tertinggi didalam PAS yang diketuai oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat. Dan kini ditambah dengan kecaman terbuka Baginda Tuanku Sultan Selangor terhadap Kalid Samad menyentuh isu berkaitan dengan institusi Islam.

Pada saya, kepimpinan PAS tidak ada pilihan selain mengambil tindakan tegas termasuk menimbang memecat Kalid Samad daripada keahlian parti PAS. Perlu diingat beliau pernah dikenakan hukuman gantung keahlian sebelum ini tetapi nampaknya tidak memberi sebarang kesan positif kepada beliau.

Tindakan tegas tanpa kompromi keatas Kahlid Samad akan memberi isyarat jelas kepada mana-mana ahli lain yang membelakangkan dasar parti dan mempertikai kepimpinan PAS.

Sekiranya tidak, PAS akan dilihat sebagai parti cacamerba dan mempunyai disiplin kepimpinan yang terlalu lemah!

Juga, tindakan tegas keatas Kalid Samad akan dilihat sebagai bukti taat setia PAS kepada institusi Di Raja dan menghormati titah Tuanku Sultan Selangor.

Diwaktu yang sama, kepimpinan PAS Pusat juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas menolak keceluparan Kalid Samad yang mahu pakatan DAP-PKR-PAS menggunakan majoriti 2/3 di DUN Selangor untuk menghapuskan kuasa dan bidangkuasa eksekutif MAIS yang disebut oleh Tuanku sebagai mempertikai kuasa Baginda sendiri!

Sehingga ke hari ini, pimpinan PAS termasuk Datuk Seri Hadi Awang tidak menyatakan apakah pendirian PAS terhadap kenyataan Kalid Samad tersebut. Ini memberi mesej yang mengelirukan kepada ahli akar umbi PAS, samada kepimpinan PAS Pusat bersetuju dengan kenyataan Kalid Samad, ataupun mempunyai pendirian yang sama dengan PAS Selangor?

Apa pun, sikap membisu kepimpinan PAS Pusat terutamanya Datuk Seri Hadi Awang memberi gambaran betapa lemah dan longlainya kepimpinan PAS yang ada hari ini. Adakah mereka mahu menunggu sehingga ahli akar umbi PAS bangkit memberontak?

Saya juga menyeru seluruh rakyat Selangor yang merafak sembah taat setia kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor supaya membuat lapuran polis terhadap Kalid Samad. Titah Tuanku yang mengecam Kalid Samad sebagai seorang yang biadap dan jahil adalah sesuatu yang serius yang perlu diambil tindakan susulan sebagai pengajaran kepada mana-mana rakyat supaya tidak biadap terhadap Tuanku dan institusi Kesultanan Melayu dalam negara ini.

Saya juga mencadangkan kepada seluruh rakyat Selangor supaya membuat juga lapuran polis terhadap Kalid Samad dan mendesak pihak polis supaya membuat siasatan terhadap Kalid Samad berdasarkan Seksyen 298A (3) (b) Kanun Kesiksaan atas kenyataan beliau mahu menghapuskan kuasa dan bidangkuasa eksekutif MAIS.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 Ramadhan 1435
16 Julai 2014

No comments: