12 April 2011

DIALOG KEBENARAN

(Bersama mantan Mufti Trinidad-Tobago Sheikh Imran Hossein & Sheikh Ali Mustafa semasa menghadiri sidang 2nd International Islamic Retreat, Capetown 27-31 Mac 2011)

Salam 2 all.

Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

*Kepada sahabat teman Ustad tersebut, teman memohon ma'af jika dialog tersebut diatas mengguriskan perasaan beliau. Pada teman ianya penting demi membuktikan kebenaran. Moga ALLAH mengampunkan kita semua. Sekiranya teman ada melakukan kesilapan dalam dialog itu, samada dari segi isinya ataupun adabnya, teman memohon kemaafan daripada Ustad kawan teman itu, dan para jemaah yang kebetulan ada masa itu, serta keampunan daripada ALLAH. Amin.

MASJID TAMAN KENARI

(Risalah permohonan sumbangan pembinaan Masjid Kariah Taman Kenari Kulim)

Salam 2 all.

Teman ingin memanjangkan permohonan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kariah Taman Kenari, Kulim yang memohon sumbangan pembinaan sebuah Masjid baru bagi kariah Taman Kenari.

Bagi mereka yang berminat memberi sumbangan, bolehlah berbuat sedemikian dengan menghubungi terus Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kariah Taman Kenari, 240, Jalan Kota Kenari 2, Kota Kenari, 09000 Kulim (H/p: 016-4160074/ Tel/Fax:04-4905404) atau melalui akaun Masjid Taman Kenari Bank Islam Malaysia Berhad Akaun No: 02057010019390.

Insyallah selain memberi sedikit sumbangan, teman akan usahakan peruntukkan melalui Kerajaan Persekutuan bagi membantu memberikan sumbangan bagi pembinaan Masjid ini. Harap-harap Kerajaan Persekutuan bersedia membantu insyallah.

"Bandingan (derma/sumbangan) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama saperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan ingatlah, ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH Maha luas (rahmat) kurniaanNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al-Baqarah: 261).

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Surat permohonan sumbangan oleh AJK Masjid Taman Kenari)

Ruj Kami: Dlm Masjid 70/007/17 (6602)

Assalammu'alaikum warahmatullah

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Mengasihani. Kami bagi pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid dan seluruh anak kariah Taman Kenari memberi penghormatan sepenuhnya diatas jasa baik pihak tuan, sudi kiranya menghulurkan infaq fisabilillah dan turut membantu membiayai operasi institusi agama Islam ke arah membina generasi soleh.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pembangunan Masjid Kariah Taman Kenari, Kulim, Kedah sedang giat berusaha melakukan kutipan dana bagi menyiapkan pembinaan masjid yang bernilai RM3,334,094-25;

3. Untuk makluman tuan, kutipan dana yang terkumpul dan telah dibelanjakan berjumlah RM948,886-15 dan baki berjumlah RM2,385,208-10 masih diperlukan bagi menyiapkan pembinaan Masjid ini.

4. Besarlah harapan kami, sudi sekiranya permohonan kami ini mendapat perhatian dan sokongan padu dari pihak tuan, dan semoga segala bentuk kerjasama dan usaha yang dilakukan pihak tuan kami dahului dengan ucapan "jazakumullah hu khairan jaza".

Ya ALLAH kami mohon dan merayu
"Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami, janganlah Engkau susahkan atas kami
Wahai Tuhan sempurnakan bagi kami dengan kebajikan.

MEMBINA GENERASI SOLEH PEMBANGUN NEGARA

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

tt
EN. SEHABUDDIN BIN HJ. ABDULLAH
Bendahari
Masjid Kariah Taman Kenari
09000 Kulim
Tel: 04-490 5404
Tel: 016-4160074

11 April 2011

HAQ DAN KEBENARAN

(Semoga Tuan Guru Haji Hadi mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang dengan segera)

Salam 2 all.

Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.

Persoalannya, adakah ALLAH sudah tunjukkan kebenaran itu? Bagi mereka yang taksub dengan manusia anugerah tuhan ini, kebenaran itu bagi mereka hanya jika mereka lihat Saiful muncul berkudis sopak, ataupun Tun Mahathir jadi sewel, ataupun manusia taksuban mereka bersemayam di Putrajaya. Sebab itu jika ada isyarat lain mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu & Buta. Sebagaimana kaum Yahudi & Nasara dahulu, mereka menunggu-nunggu kebenaran kenabian datang, tetapi dalam kepala mereka sudah diindoktirnasikan bahawa Nabi akan datang itu ialah Yahudi. Bila Nabi Muhammad saw, seorang 'Arab Makkiyun datang, dengan segala isyarat haq dan kebenaran kitabiah, Yahudi & Nasara menolaknya, kerana Rasulullah saw bukan Yahudi! Itu sahaja!

Bagi para penaksub ini, cuba renung-renungkan apa isyarat, bukti dan keterangan yang ALLAH telah hantar setakat ini:

1. Anwar terbukti seorang pembohong. Satu bukti jelas ialah pembohongan 16 Sept. Satu dunia dia temberang dan kelentongnya. Ini semua orang, satu duniawi tahu, kecuali yang PBB aje yang buat tak tahu. Tidak ada yang jelas melainkan jelasnya pembohongan Anwar dalam konspirasi 16 Sept ini! Kalau satu dunia Anwar boleh auta dan kelentong, dan masih juga ada yang PBB terus menyokong, bayangkan apa lagi pembohongan & penipuan yang manusia "anugerah tuhan" ni boleh buat!!

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

2. Saiful yang mengadu menjadi mangsa liwat Anwar adalah staf dia sendiri. Anwar yang temuduga Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja, Anwar yang bayar gaji Saiful, Anwar yang bawak Saiful makan angin ke Hong Kong, Bangkok & Singapura (walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai "errand staff"), tau-tau Anwar kata Dato' Sri Najib yang bersalah!!! Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Saiful. Sampai ada yang mintak biar Saiful cacat, gila, kena sopak, jadi sewel dan macam-macam lagi. Sebaliknya Saiful bukan sahaja bersumpah dalam Masjid mengadu Anwar meliwat dia, malah berangkat mengerjakan haji bersama ibu tercinta dan berdoa di Gua Hira' dan dihadapan Baitullah & Masjid Nabawi! Yang dok kelam kabut, dengan macam-macam caca merba & pasembor, dengan macam-macam pembongkaran dimunculkan, ialah Anwar, bukan Saiful!

Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

3. dalam kes tuduhan meliwat Saiful Bukhori, pihak pendakwaraya mengemukakan pelbagai keterangan dan bukti, saksi, doktor, pakar kimia, pakar forensik, pakar DNA dan macam-macam lagi! Dan yang paling terang bukti & keterangan ialah adanya baki sperma seseorang dikenali sebagai Jantan-Y dalam karung kunyit Saiful. Dan Anwar hanya perlu berikan sampel DNA dia (darah, air liur, peluh, rambut, kuku dll, anything yop). Jika benar dakwaan Anwar bukan dia yang mengunyit Saiful, pasti DNA Anwar dan DNA Jantan-Y tidak akan "matching". Dan jika itu betul, bukan sahaja Anwar akan terlepas bebas, silap-silap mahkota Putrajaya pun dia boleh dapat.

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

4. dalam kes videoklip terbaru, tak pasal-pasal manusia anugerah tuhan melenting kata itu bukan dia; walaupun tidak ada sesiapa pun yang tuduh dia, apatah lagi nak tuduh dia "menyudu" pelacur Cina tu. Anwar kata pada masa kejadian dia sedang sibuk bertweet, dan jam Omega yang dijumpai Datuk Eskay sebenarnya ada dengan isteri tercinta. Maka habislah keluar segala agamawan dan ustadwan, dengan macam-macam patwa qazaf dan lain-lain., siap memfasikkan dan mengkapiorkan orang lain yang memberi pendapat berbeza. Isunya bukan kita menuduh Anwar berlacur atai berzina, tetapi isunya ialah adakah videoklip itu tulin, dan siapa watak-watak didalam video tu. Tak timbul langsung tuduhan zina, rogol, atau melacur.

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

5. Karpal Singh beriya-iya nak jadi peguam Anwar dalam kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful, dan Anwar beriya-iya mahukan Karpal membelanya. Tetapi Karpal Singh inilah orang yang sama yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar pada 22.10.1997 dalam Parlimen & dalam ceramah DAP di Hotel Federal KL. Dia yang ceritakan kepada pimpinan PAS sehingga mereka pangill dia "Anwar Al-Juburi". Dia yang jadi loyer Azizan & Umi Hafilda. Dia yang desak Anwar bertaubat & letak jawatan setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang mengisytiharkan "perang" terhadap Islam apabila menentang cita-cita PAS nak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dengan perisytiharan "over my dead body". Dan mentor mereka Lee Kuan Yew pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura & Australia mempunyai bukti teknikal Anwar terlibat dengan kegiatan tidak bermoral!!!

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

6. Sejak daripada awal lagi, seorang-demi seorang sahabat baik dan rakan karib serta orang kepercayaan Anwar meninggalkan beliau, dan semuanya atas sebab yang sama - tidak percaya kepada Anwar, politikus yang rakus, cakap tak serupa bikin, hanya berminat nak jadi Perdana Menteri, punya masalah moral yang serius, dikhianati Anwar, pembohong dan lain-lain. Sejak Professor Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik. Dan kesemua mereka tidak duduk diam selepas meninggalkan Anwar, malahan sebaliknya hampir semua memilih untuk mendedahkan topeng sebenar Anwar, bak kata Datuk Seri Zahrain, "bagai raksaksa pelbagai wajah". Dan sebaliknya yang masih merapati manusia anugerah tuhan ini ialah Michael Danby (MP pejuang gay Australia), Paul Wolfowitz (Yahudi yang menjadi akitek serangan Iraq/Afghanistan), Martin Indyk (Yahudi bekas Duta US ke Israel), James Wolfehnson (Yahudi bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Yahudi bekas Naib Presiden US), William Cohen (Yahudi bekas Setiausaha Pertahanan US), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi!

Tidakkah pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu ALLAH hantar yop?


Sebenarnya yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 'ainul-yaqeen-mata keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop!

Nanti bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:

"Aku dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar videoklip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH hantar lagi yop?

Teman menutup tulisan ini dengan satu firman ALLAH dalam satu surah yang cukup terkenal dikalangan orang Melayu, iaitu surah Yaasin (ayat 7-10). Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan mereka yang masih punya sedikit kelumit keimanan:

"Sesungguhnya telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman (mempercayai). Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, maka kerana itu mereka menjadi terdongak. Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka, atau engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap tidak akan beriman (mempercayainya)"
(rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).

Jadi persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop, tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH menjadikan tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri teman dan mereka yang masih beriman, dan semoga ALLAH memberikan keberkatan dan menjauhkan teman dari segala sifat dengki, dendam dan takabbur, dan menjadikan tulisan ini sebagai suatu 'ibadah guna untuk mendekatkan diri lebih kepada ALLAH. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali. Astaghfirullah hal 'azheem.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Jamadil Awal 1432
11 April 2011

09 April 2011

KELIRU YANG MENGELIRUKAN!

(Erdogan di Perkuburan Kamal Attarturk, Ankara. Tiap tahun Erdogan akan mengalungkan bunga di Tugu Attarturk)

Salam 2 all.

Teman melihat perbincangan isu videoklip "Jantan-X" kini sudah menjadi cacamerba dan pasemboran habis. Tau-tau muncul begitu ramai yang bukak kancing rimbok meja menjadi mupti dan hakim syarie, siap dengan segala patwa yang keliru lagi mengelirukan. Habis semua hukum zina dan qazaf dipunggah dan diputar poosing sampai Karpal pun boleh pening yop.

Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan oleh para pemutar yang "nampak kuman diseberang tapi buta dengan gajah didepan mata". Macam sesetengah badut ingusan yang memaki hamun YAB Perdana Menteri mengalungkan bunga di Tugu Peringatan Attarturk dalam lawatan ke Turki baru-baru ini. Sampai ada Pak Yangoat yang mengkapior dan menerakakan PM. Dema tak ingat yang YAB Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan pun tiap tahun kalung bunga disitu yop. Eh, takkan kapior Erdogan tu kot?

Berbalik kepada isu videoklip, apa sebenarnya isunya? Isunya ialah:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain?

2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu?

3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli?

4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Jadi apa fakta yang ada setakat ini? Seorang yang bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah, rakan baik Anwar telah membuat satu pertemuan rahsia dan sulit bersama beberapa editor media tempatan di Sri Carcosa Negara dan mempertontonkan kepada mereka satu videoklip. Para editor tersebut balik kepejabat masing-masing dan membuat lapuran mengenai videoklip itu. Kecuali beberapa kerat manusia, tiada siapa pun tahu apa berlaku dan siapa watak-watak dalam videoklip itu. Tau-tau, 3 jam selepas itu, Anwar, kawan baik Datuk Eskay membuat kenyataan akhbar menafikan dia watak dalam videoklip itu. Tak pasal-pasal satu dunia tahu pasal videoklip tersebut, and all hell broke loose!!!

Anwar lalu membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi, meminta polis menyiasat videoklip tersebut. Kerajaan memutuskan untuk membentuk satu pasukan siasatan khas di Bukit Aman utnuk menjalankan siasatan. Dan pihak polis tanpa berlengah terus memulakan penyiasatan.

Setakat ini, daripada 5 soalan diatas, pihak polis hanya baru menjawab soalan pertama, iaitu pihak polis hanya baru mengesahkan videoklip itu tulin!!! Ada 4 soalan lagi yang belum dijawab, termasuk siapa watak-watak dalam videoklip itu dan apa yang sedang mereka lakukan? Bermakna siasatan pihak polis belum selesai. Jadi dimana yang kepoh tak tantu pasal mengupas isu zina, qazaf, sampai kapir mengkapir pasik mempasik satu sama lain?

Sebenarnya tidak timbul langsung isu zina atau menuduh orang berzina pada peringkat ini! Jadi tak timbul isu qazaf, empat orang saksi, hudud dan lain-lain. Semuanya retorik, teoretikal, hypothesis, andaian, spekulasi dan putar-pusing yang sekadar membuang masa dan pikiran. Dan yang paling teruk, ada segelintir daripada pematwa-pematwa ni tengok videoklip tu pun belum, dah keluar pelbagai macam patwa dan hukum-hakam!

Pada teman, kita sepatutnya membenarkan pihak polis menyelesaikan siasatan dahulu. Sekarang baru masuk peringkat kedua; iaitu mengenal pasti watak-watak dalam videoklip yang sudah pun disahkan tulin. Semua pihak perlu berikan kerjasama kepada PDRM untuk menyelesaikan siasatan mereka. Hanya setelah selesai kesemua 5 soalan diatas, barulah boleh kita perbincangkan isu yang relevan berdasarkan hasil siasatan PDRM tersebut.

Bila dah selesai siasatan Bukit Aman nanti, bergantung pada hasil siasatan mereka, barulah kita tengok perlu atau tidak Suruhanjaya DiRaja, atau nak charge Datuk Eskay @ Trio itu, atau nak heret Jantan-X ke Mahkamah Syariah ke? Itu semua masih premature sehinggalah pihak PDRM selesai dengan penyiasatan mereka.

Sementara menunggu selesainya siasatan itu, yang sebenarnya diminta oleh Anwar sendiri berdasarkan lapuran polis yang beliau buat, eloklah semua pihak relax dulu. Nasihat teman, hentikanlah mempolitikkan semua isu. Kesian teman nengok habis anak bini dan kekawan diheret sama. Udah-udahlah tu yop. Biorlah pihak PDRM jalankan tugas mereka tanpa gangguan dan fitnah.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
05 Jamadil Awal 1432
09 April 2011

08 April 2011

SPYGAME!?


(Kenyataan media Datuk Shazryl Eskay yang jelas maksudnya)

Salam 2 all.

Berikut kenyataan media Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dibuat di Hotel Impiana Kuala Lumpur pada Isnin 16 Rabi'ul Akhir 1432 / 21 Mac 2011. Pada teman jelas beliau benar-benar cuba untuk menghadkan isu videoklip tersebut, tetapi malangnya ada "orang" memilih untuk mempolitikkan isu ini. Mike dengar sendirilah kenyataan Datuk Eskay itu yop.

Cuma satu saje yang mike semua kena pikior yop. Datuk Shazryl ni kawan baik Anwar, manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan tu. Mesti ada sebab yang solid kenapa dia memlilih untuk mendedahkan videoklip itu. Beliau punya dua bukti jelas berkaitan videoklip ini:

1. gambar beliau sendiri ada dalam videoklip itu; pastilah beliau, selain amoi tu, yang tahu siapa Jantan-X tersebut;

2. kedua, jam tangan Omega spesial edition tu ada dengan beliau. Beliau telah pun serahkannya kepada Polis. Bagi menguatkan kenyataan beliau, satu "sms" daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu yang meminta beliau menyimpan jam itu masih beliau simpan!

Jadi nasihat teman yop, biarlah polis siasat dulu. Anwar sendiri yang meminta pihak polis siasat; dia yang buat repot polis tu. Jadi kita bagi peluang pihak polis siasat. Selepas keputusan siasatan itu diumumkan, barulah kita kaji apa langkah selanjutnya yang boleh diambil. Janganlah cepat sangat nak mengkapiorkan, menerakakan orang yop. Sabor sikit, takut kita yang kedalam nanti yop!!!

Cuma yang teman risau satu je yop. Persoalan besarnya, siapa yang merakamkan videoklip tersebut. Jelas ianya bukan Datuk Eskay, sebab kenyataan beliau menyatakan "beliau terjumpa" perakam video itu, bukan beliau yang membuatnya! Yang teman risau, ada pihak ketiga yang merakamnya. Beberapa persoalan yang timbul:

1. Bagaimana mereka yang merakam itu boleh tahu itu bilik yang akan digunakan? Kerana mereka memasang video kamera dalam 4 sudut, dengan wide angle lens. Sudah pasti mereka yang memasangnya sudah bersedia tahu akan berlaku adengan menyudu dalam tu, dan mereka bersiap lengkap dan hampir sempurna!

2. Kalau mereka tahu, maknanya sudah pasti lokasi "penyuduan" itu berlaku sudah beberapa kali digunakan? Kerana nak memasang peralatan canggih macam tu perlukan masa, siap dengan wiring dan lain-lain.

3. Bermakna mereka sudah menghidu dan menjejaki Jantan-X, atau Amoi, atau Datuk Eskay sendiri sebelum daripada itu!

4. Kalau mereka sudah menghidu dan menjejaki Target-X, teman cukup yakin kumpulan yang membuat kerja rakaman ini mempunyai kepakaran dan pembiayaan yang hebat. Cara mereka beroperasi menunjukkan mereka ini memang pakar!

5. Persoalannya, siapa yang mahu menjejaki Jantan-X ini? Apa tujuan mereka?

6. Dan persoalan besar yang bermain dikepala teman yop ialah: pihak risik & keselamatan Australia & Singapura ada membuat lapuran sulit kepada Kerajaan mereka (yang didedahkan oleh Wikileaks) bahawa mereka ada "bukti teknikal (technical evidence)" MEMBUKTIKAN ANWAR terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. Malah Menteri Kanan (mantan PM) Singapura menyatakan risikan Singapura mendapati Anwar termasuk didalam satu perangkap! Persoalannya, adakah pembikinan videoklip itu termasuk dalam maksud "bukti teknikal" dan perangkap yang mereka sebut?

7. Kalau firasat teman diatas itu betul yop, kita berada dalam keadaan yang sangat merbahaya. Keselamatan negara boleh terjejas. Bayangkan kalau ianya betul, dan Bahagian Risikan negara -negara asing ini benar-benar punya "bukti teknikal" yang disebut itu, apa akan jadi kalau Anwar menjadi Perdana Menteri? Negara akan sentiasa dicengkam dan diperas oleh ugutan negara asing. Kita akan sentiasa tunduk dibawah telunjuk negara asing! Dan kita tahu betapa rapatnya kerjasama diantara Singapura & Israel.

Ni kerja giler yop!!! Kalau ini benar kerja mereka, kita tidak tahu apa lagi video atau "bukti teknikal" yang mereka ada!

Teman berharap sangat teori dan firasat teman ini tidak betul yop. Teman harap yang buat rakaman itu geng amatur aje yop. Sebab kalau betul ianya melibatkan kumpulan risik negara asing, naya kita yop. Adakah mereka punya rakaman atau "bukti teknikal" yang lain! Teman harap pihak Cawangan Khas, Militiray Intelligent, dan Bahagian Keselamatan Negara perlu benar-benar memperhalusi isu ini. Teman cukup risau yop, adakah tangan-tangan ghaib yang bermain dibalik tabir!!! Adakah ini satu "Spygame", yang akan menyebabkan "security of the country is compromised?".

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
04 Jamadil Awal 1432
08 April 2011

02 April 2011

YES MR. SINGH?

Salam 2 all.

Teman tidak bersetuju dengan desakan Karpal Singh menuntut videoklip "Jantan-X Menyudu Pelacor Cina" ditayangkan di Parlimen untuk tontonan Ahli Parlimen. Ini bukan masalah nasional, dan bukan masalah negara. Ini masalah kredibiliti dan akhlak "Jantan-X" tersebut. Buat apa kita nak mencemar nama baik dan kemuliaan Parlimen Malaysia dengan masalah peribadi "Jantan-X" itu?

Teman tidak tahu apa agenda dan niat Karpal sebenarnya, tetapi apa yang jelas menayangkannya didalam Parlimen akan hanya "memalukan & mengaibkan" "Jantan-X" yang menyudu pelacor Cina itu. Malahan mempertontonkannya didalam Dewan Parlimen yang mulia ini hanya akan merendahkan martabat Parlimen Malaysia. Kita akan hanya menjadi bahan tawa dunia, Parlimen yang menonton video lucah secara rasmi!!!

Pada teman, isu videoklip ini adalah masalah peribadi manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dengan rakan baiknya Datuk Eskay Syazly. Elok mereka selesaikan secara baik. Datuk Syazly, rakan baik Anwar yang mendedahkan videoklip tersebut, telah pun menyatakan dengan jelas siapa yang beliau maksudkan. Dan beliau dengan jelas menuntut supaya Anwar dan bini yang menabal lakinya sebagai anugerah tuhan supaya meletakkan jawatan. Kita tidak tahu apa yang Datuk Syazly tahu, tetapi gambar beliau ada didalam videoklip "Jantan-X Menyudu" berkenaan!!! Sudah pasti Datuk Syazly cukup tahu apa yang berlaku yop!!!

Cuma masalahnya, diluar sana masih ada kaum yang secara membabi buta masih taksub dengan Anwar ini, terutamanya segelintir kepimpinan Pakatan pembangkang termasuk dari PAS, DAP & PKR. Teman tahu ramai ahli akar umbi khususnya daripada PAS sudah muak dengan gelagat manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Sebab itu teman tidak terkejut mendengar di Merlimau, Tenang & Kerdau ada suara dari kalangan ahli PAS yang tidak mahu Anwar turun berkempen bagi calon PAS.

Jadi pada teman, eloklah pihak Peguam Negara & Ketua Polis Negara memberikan izin kepada pihak polis supaya membenarkan tayangan videoklip itu dibuat secara tertutup kepada kepimpinan Pakatan pembangkang daripada PAS, DAP & PKR yang masih taksub kepada Anwar. Biar mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri manusia yang mereka dukong dan nak mahkotakan sebagai Perdana Menteri, kerana mereka golongan yang masih PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran. Biar mereka membuat analisa dan keputusan mereka sendiri.

Kalau setelah menontonnya (dan jika mereka mahu, setelah mendapat taklimat dan penjelasan daripada para pakar (jika perlu)), dan mereka masih taksub berqiblatkan Anwar, itu masalah mereka. Sekurang-kurangnya dihadapan ALLAH nanti mereka tidak boleh guna alasan tidak tahu, kerana mereka sudah pun diberi peluang menontonnya.

Kerana kalau kita tengok gelagat Karpal sendiri. Walaupun dialah orangnya yang telah mendedahkan kegiatan liwat & homoseks Anwar didalam Parlimen pada 22.10.1997, dan mengulanginya di Hotel Federal dalam satu ceramah DAP, dan memaklumkannya kepada beberapa kepimpinan PAS sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran "Al-Juburi", dan mendesak Anwar bertaubat dan meletakkan jawatan apabila pembohongan 16.09 terbongkar; tau-tau dia pulak yang menjadi loyer membela Anwar dalam kes pertuduhan meliwat kakitangannya Saiful. Malah Karpal turut menobatkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang!!! Jadi teman tak tahulah apakah setelah menonton videoklip itu, segelintir kaum pengiblat Anwar ini akan berubah? Wallahua'lam.

Atas sebab itulah, teman juga tidak bersetuju kita menghabiskan masa menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa Siasatan Bebas untuk menyiasat videoklip ini. Kata omputeh, ngabihkan boreh yo jang!!!

So kepada para Pak Yangoat dan yang sewaktu dengannya, selamat menonton yop. Jangan lupa bawak kain spare..hehehe :))

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
28 Rabi'ul Akhir 1432
02 April 2011