Showing posts with label Al-Kitab. Show all posts

14 November 2014

JANGAN BiaDAP LAGI!

Pengakuan mereka yang terlibat didalam cubaan memurtadkan umat Islam di Gereja Methodist Damansara Utama didalam bulan Ramadhan 1434
Salam 2 all.

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada pengembalian bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS kepada Bible Society of Sarawak hari ini.

Pemulangan bibel-bibel tersebut adalah dibuat sempena kunjungan hormat Ketua Biskop Gereja-Gereja Sarawak Datuk Bolly Lapok yang juga merangkap Pemangku Pengerusi Majlis Gereja Malaysia mengadap sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor pagi ini.

Pihak Majlis Agama Islam Selangor dalam surat bertarikh 21 Muharam 1436/ 14 Nov 2014 ruj: MAIS/SPK/BPK/01/011/4 (12) yang ditandatangani oleh YBhg Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd. Isa menegaskan bahawa 'pemulangan bible-bible yang mengandungi kalimah Allah ini dibuat dengan syarat-syarat ketat dimana bible-bible ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor, terutama kepada mana-mana orang yang beragama Islam dan bible yang mengandungi kalimah Allah ini hanya untuk kegunaan penganut kristian di Sarawak'.

Malahan MAIS telah memeteri tiap bibel versi bahawa Melayu tersebut dengan cop merah menyala seperti berikut:

'Penggunaan terhad kepada orang bukan Islam sahaja dan tidak boleh diterbitkan atau digunakan dimana-mana bahagian didalam negeri Selangor selaras dengan Seksyen 9 (1) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988'.

Oleh itu adalah jelas pengembalian bibel-bibel tersebut adalah dengan syarat yang sangat ketat dan wajib dipatuhi pihak institusi dan pendakyah kristian.

Saya mengambil kesempatan memberi amaran kepada Bible Society of Malaysia (BSM) dan para pendakyah kristian bahawa pengembalian tersebut tidak bermaksud bahawa pelanggaran terhadap Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988 dibenarkan atau dilonggarkan.

Malahan adalah jelas bibel-bibel tersebut jelas dan secara terang-terangan melanggari Seksyen 9 Enakmen tersebut kerana mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang!

Adalah jelas bahawa pengembalian tersebut tertakluk kepada Enakmen tersebut dan pelarangan penggunaan dan penyebarannya tetap berkuatkuasa didalam negeri Selangor.

Oleh itu saya memberi amaran kepada BSM dan para pendakyah kristian supaya menghormati dan mematuhi arahan dan syarat pengembalian bibel tersebut.

Saya juga meminta pihak BSM dan para pendakyah kristian supaya menjadikan episod perampasan bibel-bibel tersebut sebagai iktibar dan pengajaran dan memberi akujanji tidak akan lagi mengulangi perbuatan biadap melanggar undang-undang negara!

Malah saya mendesak BSM dan para pendakyah yang lain supaya belajar hidup menghormati undang-undang dan sensiviti agama Islam dalam negara ini!

Malaysia adalah negara umat Islam dan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan ini!

Saya mengulangi titah Tuanku Sultan Selangor seperti yang terkandung didalam surat MAIS tersebut diatas iaitu:

'Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor mengharapkan penganut agama lain turut menghormati dan melindungi sensitiviti agama Islam didalam negara ini, terutama di Negeri Selangor dan berharap sebarang bentuk pengedaran dan juga percetakan bibel-bibel yang mengandungi kalimah Allah tidak lagi berlaku didalam Negeri Selangor kerana ia merupakan satu kesalahan dibawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam Selangor) 1988'.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Noordin
Jumaat
21 Muharam 1436
14 Nov 2014

25 February 2014

RESOLUSI 10-PERKARA

Sokongan Hadi Awang kepada pengumuman Anwar-Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah pada 08 Jan 2012 telah mengelirukan ramai pengikut dan penyokong PAS kerana ianya bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS bertarikh 13 Jan 2012 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam kerana membabitkan isu aqidah!
Salam 2 all.

Saya melihat ada segelintir pihak masih tidak memahami persoalan mengenai Resolusi 10-Perkara (10 Point Resolution) berkaitan pengimpotan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ke Sabah Sarawak dan pergerakannya di Semenanjung.

Ada yang mendakwa Resolusi itu membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh pendakyah kristian; ada yang memfitnah Najib telah menjual kalimah Allah kepada kristian melalui Resolusi itu; ada yang mendakwa Kerajaan tunduk kepada pendakyah kristian dalam menggubal Resolusi 10 Perkara tersebut.

Apa yang jelas, samada pihak yang memfitnah atau mendakwa ini memutar-belitkan Resolusi 10-Perkara tersebut benar-benar bodoh tidak memahami perbezaan antara pengimpotan bibel bahasa Melayu dan penggunaan kalimah Allah, atau mereka memang sengaja mahu mencari publisiti murahan dan political mileage daripada kejahilan sesetengah pihak.

Resolusi 10-Perkara bertarikh 08 April 2011 ini adalah keputusan kabinet yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, seorang kristian totok daripada Bario, pendalaman Sarawak setelah berlaku isu perampasan bibel versi bahasa Indonesia di Sarawak dan di Pelabuhan Kelang. Ianya dibuat setelah mesyuarat kabinet dalam mendepani masalah pengimpotan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia yang dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak 2011.

Apa yang jelas, Resolusi 10-Perkara tersebut langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah. Ia hanya berkaitan soal pengimpotan dan penggunaan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia terutamanya di Sabah dan Sarawak, dan penggunaannya oleh penganut kristian daripada Sabah/ Sarawak di Semananjung.

Jom kita teliti betul-betul Resolusi 10 Perkara itu.

RESOLUSI 10-PERKARA:

1. Bibel dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;

2. Bibel-bibel ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak;

3. Bibel dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;

4. Bagi Sabah dan Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi negeri-negeri ini, tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel dalam semua bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa tempatan. Juga tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;

5. Mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, bibel didalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot, mestilah tercatat  “Penerbitan Kristian” dan ‘salib’ dicetak di halaman hadapan;

6. Diatas semangat 1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau sekatan untuk mana-mana orang membawa bibel atau bahan kristian bagi pergerakan tersebut;

7. Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini disempurnakan. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat komprehensif oleh para pegawai kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan kepada semua pegawai berkaitan untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang sempurna arahan ini;

8. Untuk bibel yang telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible tersebut boleh mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran. Kami juga akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama juga diberikan keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang, yang telah pun diambil semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;

9. Melangkaui isu bibel ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan kristian dan semua kumpulan agama lain untuk memastikan isu-isu antara-agama dibincangkan secara baik dan bekerja untuk memastikan pencapaian aspirasi semua agama berdasarkan Perlembagaan, dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini. Untuk memastikan penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui perwakilan Christian Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;

10. Para Menteri kabinet beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan pelbagai kumpulan kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka dengan mana-mana Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan menyelesaikannya;

Saya memaparkan butiran penuh Resolusi 10-Perkara ini untuk memastikan kita semua memahami apakah sebenarnya resolusi tersebut.

Ini kerana ada pihak yang memutar-belitkan Resolusi 10-Perkara ini kononnya bukti Kerajaan atauapun Dato' Sri Najib sudah 'menjual kalimah Allah' kepada pihak kristian!

Sebenarnya Resolusi 10-Perkara ini adalah satu bentuk penyelesaian kepada masalah perampasan bibel versi bahawa Melayu yang diimpot masuk daripada Indonesia, dan bibel versi bahasa Melayu yang sudah sedia ada di Sabah dan Sarawak, termasuk yang dirampas di Pelabuhan Kelang.

Jika diteliti dengan akal yang waras, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Resolusi 10 Perkara ini langsung tidak ada kena-mengena dengan dan tidak menyentuh langsung penggunaan kalimah Allah atau apa-apa juga perkataan yang dilarang penggunaannya oleh Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Malahan Enakmen-Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang digubal di semua negeri-negeri (kecuali Sabah dan Sarawak) berdasarkan Artiekl 11 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak langsung menyentuh tentang soal kemasukan atau pengimpotan bibel versi bahasa Melayu atau Indonesia.

Apa yang disentuh oleh Enakmen-Enakmen ini ialah pelarangan penggunaan beberapa perkataan atau kalimah seperti Allah, solah, wahyu, Ka'bah dan lain-lain.

Jadi tidak timbul isu Kerajaan ataupun Dato' Sri Najib membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang sudah kehabisan modal politik.

Sebenarnya Resolusi 10-Perkara ini hanyalah dasar Kerajaan untuk menyelesaikan masalah spesifik, iaitu masalah kemasukan dan pengimpotan bibel versi bahasa Melayu kedalam Sabah, Sarawak dan pergerakan bi bel tersebut ke Semenanjung. Itu sahaja.

Resolusi 10-Perkara ini hanya menyentuh soal pengimpotan  bibel versi bahasa Melayu. Ia tidak ada kena-mengena dengan penggunaan kalimah Allah.

Tidak mungkin Kerajaan membuat Resolusi 10-Perkara itu untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah sedangkan Kerajaan sendiri yang mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk menghalang kristian menggunakan kalimah Allah dalam kes The Herald.

Dan dalam soal pengimpotan barangan percetakan daripada luarnegara, ianya mestilah tertakluk kepada undang-undang negara, samada undang-undang Persekutuan mahupun Negeri. Tidak mungkin Resolusi 10-Perkara itu bermaksud mengatasi undang-undang Persekutuan atau Negeri; kerana tidak boleh mana-mana dasar kerajaan mengatasi mana-mana undang-undang!

Dan dalam soal pengimpotan bibel versi bahasa Melayu atau Indonesia ini, ianya mestilah tertakluk kepada undang-undang negara seperti undang-undang kastam, percukaian, Akta Bahan Cetak dan Penerbitan, Akta Hasutan, Kanun Jenayah dan lain-lain, termasuk Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam dan lain-lain.

Walaupun Kerajaan pada dasarnya membenarkan kemasukan atau pengimpotan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ini, ianya mesti mematuhi dan tertakluk kepada undang-undang negara. Contohnya ianya mesti mendapat pelepasan Kastam; ia mesti membayar sebarang cukai impot yang dikenakan, ianya tidak boleh mengandungi unsur-unsur hasutan dan lain-lain. Jika ia tidak mematuhi syarat-syarat ini, maka ianya boleh dirampas atau disita.

Contohnya kalau pengimpotnya tidak membayar cukai, maka pihak Kastam berhak merampasnya. Dan bila Kastam merampasnya, bukan kerana ia bibel versi bahasa Melayu, tetapi kerana ia tidak membayar cukai!

Sama seperti kalau kita mahu mengimpot kereta. Kementerian Perdagangan Antarabangsa mungkin telah memberikan kepada kita AP Impot kereta contohnya Toyota Harrier. Ini tidak bermakna kita boleh terus membawanya masuk. Kita mesti mendapat pelepasan Kastam terlebih dahulu. Dan kita mesti membayar duti impot.

Kemudian, kalau kereta itu datang dengan cermin gelap, kita tidak boleh membawaynya masuk kecuali mendapat kelulusan JPJ untuk pemasangan cermin gelap. Jika tidak, JPJ berhak merampasnya! Dan jika JPJ merampasnya, bukan kerana ia Toyota Harrier, tetapi kerana ia melanggar undang-undang negara!

Bibel versi bahasa Melayu-Indonesia dibenarkan dibawa masuk atau diimpot melalui dasar Kerajaan, mungkin kerana ada kristian di Sabah dan Sarawak memang menggunakan bahasa Melayu dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Lagipun Perlembagaan memperuntukkan bahawa bahasa bagi negara Malaysia ialah Bahasa Melayu.

Yang menjadi isu bukan bibel versi bahasa Melayu, tetapi penggunaan perkataan-perkataan, ungkapan-ungkapan dan kalimah-kalimah yang memang sedia dilarang oleh undang-undang sedia ada dalam negara ini. Jadi pihak pengimpot bibel tersebut mestilah menghormati undang-undang sedia ada negara, yang antara lain melarang pengimpotan dan kemasukan bahan cetak dan penerbitan apa jua pun yang melanggar Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam termasuk penggunaan kalimah-kalimah dan perkataan-perkataan tertentu termasuk kalimah Allah.

Sayugia diperingatkan bahawa pihak KDN sendiri telah merampas ribuan naskah Al-Quran yang didapati tidak menepati piawaian dan garis-panduan yang ditetapkan oleh KDN ataupun JAKIM. Bukan sahaja Al-Quran, malah ribuan bahan cetak dan penerbitan termasuk buku, majalah, VCD, DVD dan lain-lain berkaitan agama Islam yang telah dirampas kerana tidak mematuhi undang-undang negara. Tidak pernah pula umat Islam berlarak dan berdemonstrasi membantah tindakan KDN atau JAKIM itu!

Sebab itu, saya menegaskan bahawa adalah salah dan tidak wajar bagi mana-mana pihak menyalahkan Kerajaan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh pendakyah kristian ini berdasarkan Resolusi 10-Perkara tersebut. Malahan pendekatan berhemah yang diambil oleh Kerajaan dalam cubaan menyelesaikan permasalahan bibel versi bahasa Melayu ini sepatutnya difahami dan dihormati oleh semua pihak; walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengan dasar itu.

Saya sendiri pada dasarnya tidak bersetuju dengan pengimpotan dan percetakan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia secara terbuka terutamanya kedalam Semenanjung. Pada saya Kerajaan sepatutnya menghadkan penggunaan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia ini hanya kepada penganut kristian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Itupun penyebarannya wajib dihadkan kepada mereka sahaja; dan bukannya secara umum.

Ini kerana dari segi prinsipnya Malaysia adalah sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan; oleh itu Islam wajib diberi keutamaan dan melangkaui agama atau kepercayaan lain.

Sebab itu saya cadangkan kepada Kerajaan supaya:

1. membuat bancian sebenarnya berapa jumlah penganut kristian yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian atau perantaraan. Kita difahamkan penganut kristian seluruh Malaysia tidak sampai pun 10% jumlah penduduk. Dan daripada itu, bukan semuanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian atau pun bahasa perantaraan;

2. setelah bancian dibuat, Kerajaan melalui KDN hendaklah membekalkan kepada mereka bibel versi bahasa Melayu-Indonesia untuk kegunaan peribadi mereka sahaja dengan catatan jelas di halaman hadapan bibel itu "Hanya Untuk Kegunaan Panganut Kristian Berbahasa Melayu Sahaja".

3. mana-mana bibel atau bahan cetak dan penerbitan kristian (atau agama-agama lain) hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang negara sebelum boleh dibawa masuk atau digunakan termasuk Kanun Jenayah, Akta Bahan Cetak & Penerbitan, Akta Hasutan, Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri-Negeri dan lain-lain perundangan sedia ada;

4. mana-mana pihak yang melanggar peruntukkan mana-mana undang-undang tersebut dalam membawa masuk dan menggunakan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia tersebut atau mana-mana bahan cetak atau penerbitan hendaklah dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi;

5. diwaktu yang sama, pihak JAKIM dan pihak berkuasa Islam negeri-negeri dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan NGO-NGO berkaitan hendaklah melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan Islam melalui pelbagai kaedah dan pendekatan supaya masyarakat terutama bukan Islam lebih memahami agama Islam; dan usaha dan pendekatan engagement melalui dialog dan perbincangan dengan badan-badan bukan Islam hendaklah diaktifkan dalam usaha memastikan keharmonian dan hubungan antara agama sentiasa terpelihara dalam negara kita.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
25 Rabi'ul Akhir 1435
25 Feb 2014

Nota untuk bacaan lanjut:

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/laws-override-cabinets-10-point-deal-on-allah-says-perkasa-veep#sthash.4fseffEG
Members of Perkasa and other Muslim NGOs outside the Court of Appeal, September 10, 2013. — Picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR, Jan 9 — As Putrajaya is pressed to uphold its 10-point solution allowing Malaysian Christians the freedom to use “Allah” in their worship, Datuk Zulkifli Noordin pointed out the country’s laws override “government policy”.
The vice-president of Malay rights group Perkasa also claimed the country’s laws ban the import of any publication containing the word “Allah”.
“Anyone with a little basic understanding of law will realise that government policies cannot breach, contradict or go against any laws of the country,” Zulkifli, a lawyer, said his blog post on Tuesday.
He pointed out that the much-touted Najib administration’s “10-Point Resolution is merely the government’s policy”, and stressed that policies that ran counter to the country’s laws “cannot be enforced”.
A long-simmering religious row between Malaysia’s dominant Muslim community and sizeable non-Muslim minorities bubbled up again after Selangor’s Islamic religious enforcers raided a bible importer’s office in Petaling Jaya and carted off over 300 copies of the Christian holy book in the Malay and Iban languages last week.
In his blog post, the former one-term Kulim-Bandar Baharu MP said the federal government has a right to impose restrictions or give leeway to importers, but was duty-bound to obey the country’s laws.
“And the country’s laws ban the use of a few words and certain words in any publication, including the word ‘Allah’,” he said.
“So bringing in or importing any publication containing the words that are banned is prima facie a breach of laws that can see actions being taken including the seizure of the publication materials and the bringing of criminal charges in any criminal courts [of the civil legal system].”
Federal laws do not prohibit the word the Arabic word for God from any publication.
But several states, including Selangor, have passed laws that bar the use of “Allah” by non-Muslims under provisions that restrict the propagation of non-Islamic religions to Muslims.
Zulkifli also sought to defend the Selangor Islamic Religious Department (Jais), which has come under public scrutiny following its surprise raid on the Bible Society of Malaysia (BSM) last Thursday, where it seized over 300 bibles in the Malay and Iban languages that contained the word “Allah”.
The Malay-Muslim rights activist argued that Jais was merely carrying out its duties to enforce the Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988.
He pointed out that Section 9 of the state law makes it a criminal offence for non-Muslims to use “Allah”, among a list of 35 other Arabic words.
“Therefore, the question that Jais should discuss or negotiate with anyone that is suspected of committing a crime does not arise,” he said.
Zulkifli’s comments preceded the Selangor mentri besar’s announcement that the state Islamic religious agency must receive the state executive council’s approval for future raids.
In a bid to sooth non-Muslim anxiety, Tan Sri Khalid Ibrahim told a news conference yesterday that though Jais had the legal authority to conduct raids, it must get the state’s nod before carrying out its duty.
Zulkifli said those charged with breaking the law have a legal right to defend themselves in court, and argued that “the question of the infringement of their basic rights and right to defend themselves does not arise”.
He questioned the Christian community’s “stubborn” insistence on using the “Allah” word to describe their God, asking if they have “hidden agenda”.
He also suggested that Malaysian Muslim concerns took a backseat to the rights of the country’s minority Christians.
“Why is this issue not looked at from the Muslims’ perspective at all?
“Do Muslims in Malaysia no longer have rights in protecting their faith and our basic rights to profess and practise our faith in peace and harmony as provided for by the Federal Constitution?” Zulkifli asked.
He claimed that Malaysian Muslims have never stopped Christians from professing and practising their faith, and expressed pride at their community’s high tolerance towards the followers of other religions.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/laws-override-cabinets-10-point-deal-on-allah-says-perkasa-veep#sthash.4fseffEG.G2ClXH13.dpuf
Members of Perkasa and other Muslim NGOs outside the Court of Appeal, September 10, 2013. — Picture by Choo Choy MayMembers of Perkasa and other Muslim NGOs outside the Court of Appeal, September 10, 2013. — Picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR, Jan 9 — As Putrajaya is pressed to uphold its 10-point solution allowing Malaysian Christians the freedom to use “Allah” in their worship, Datuk Zulkifli Noordin pointed out the country’s laws override “government policy”.

07 January 2014

PERANG SALIB MODEN?

Mengapa kristian tidak terjemahkan perkataan 'God' kepada 'Elohim' , 'Eli', atau 'Adonai' seperti terkandung dalam bible bahasa hebrew, bahasa asal Jesus? Mengapa mereka berkeras mahu terjemah menggunakan perkataan 'Allah' ?
Salam 2 all.

Saya mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang mengadakan perbincangan semalam mengenai isu kalimah ALLAH dan perampasan bibel versi Bahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman seperti yang dilapurkan oleh media cetak dan elektronik termasuk media portal dan siber, MKPN dipetik sebagai mengkritik JAIS atas alasan kononnya tindakan JAIS itu adalah satu 'blatant disregard for the agreed 10-Point Resolution' yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dipersetujui oleh pihak kristian.

Saya mengecam tindakan dan kenyataan MKPN itu atas alasan-alasan berikut:

1. Pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut, atau diberi peluang memperjelaskan tindakan mereka atau membela diri mereka. Pada saya ini adalah satu pencabulan hak asasi dan pelanggaran prinsip keadilan sejagat (natural justice) yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan yang ditubuh untuk tujuan memupuk perpaduan nasional;

2. Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukkan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa didalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah ALLAH dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah;

3. Tindakan JAIS bukannya merampas bibel versi Bahasa Melayu per se, tetapi merampas penerbitan yang melanggar Seksyen 9 tersebut, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah ALLAH. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang, jika cukup bukti, boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah sivil;

4. Oleh itu, tidak timbul soal JAIS harus berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan suatu perlakuan jenayah. Sebagaimana agensi penguatkuasaan yang lain, tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa JAIS adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah sebarang perlakuan jenayah;

5. Sama juga seperti agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan lain-lain. Contohnya pihak polis tidak menahan sesebuah kenderaan per se, tetapi menahan kenderaan itu kerana disyaki membawa dadah. Adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dengan pemandu tersebut sebelum mengambil tindakan? Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang adalah dalam bidangkuasanya dan menjadi tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan.

6. Sekiranya mana-mana OYDS (Orang Yang Di Syaki) atau OKT (Orang Kena Tuduh) merasakan mereka mempunyai pembelaan dalam mana-mana prosiding pertuduhan jenayah, maka mereka mempunyai hak mengemukakan pembelaan tersebut didalam Mahkamah dalam prosiding tersebut. Tidak timbul soal hak asasi dan hak membela diri mereka dicabuli atau dilanggar!

7. Berkaitan 10-Point Resolution yang dijadikan sandaran oleh MKPN, ianya sudah dihujahkan di Mahkamah Rayuan dengan panjang lebar dalam isu kalimah ALLAH. 10-Point Resolution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimpotan bibel versi bahasa Melayu kedalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah ALLAH.

Sebagai pihak yang berbidangkuasa didalam hal-ehwal impot-ekspot dan perdagangan antarabangsa, Kerajaan Persekutuan berhak memberi kelonggaran atau syarat kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk atau mengimpot apa juga barangan daripada luar.

8. Dan sebagaimana dalam soal kemasukan dan impot-ekspot barangan luar kedalam negara ini, ianya wajib mematuhi undang-undang negara. Dan undang-undang negara melarang penggunaan beberapa kalimah dan perkataan tertentu dalam mana-mana penerbitan termasuk kalimah ALLAH. Maka membawa masuk atau mengimpot mana-mana penerbitan yang mengandungi perkataan atau kalimah yang dilarang adalah prima facie satu pelanggaran undang-undang yang boleh dikenakan tindakan termasuk merampas bahan penerbitan itu dan dikenakan pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah Jenayah sivil;

9. Selanjutnya, 10-Point Resolution tersebut hanyalah dasar dan polisi Kerajaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sedikit asas pengetahuan perundangan akan sedar bahawa dasar dan polisi Kerajaan tidak boleh melanggar, bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Dan jika ianya bercanggah, bertentangan atau melanggar mana-mana undang-undang negara, ianya tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Saya kesal melihat pihak MKPN seolah-oleh tergesa-gesa dan gopoh dalam menangani isu ini. Mengapa pihak MKPN tidak memanggil semua stake-holder dan pihak yang berkepentingan untuk memberi penjelasan atau hujah masing-masing sebelum MKPN membuat sebarang keputusan?

Apa yang saya khuatirkan ialah kelak nanti timbul persepsi seolah-olah MKPN dipenuhi oleh golongan tertentu yang mewakili suara kumpulan tertentu dan sekadar menjadi mouthpiece kepada pihak berkepentingan.

Jika persepsi ini berlaku, maka tanggungjawab legal dan moral MKPN untuk menjadi sebuah badan tanpa kepentingan bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam mencapai dan memupuk perpaduan nasional dan keharmonian antara pelbagai agama dan kaum akan gagal; malah sebaliknya akan dilihat lebih mengeruhkan keadaan lagi.

Pada saya MKPN telah gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara matang, profesional dan berhemah dengan mematuhi lunas-lunas hak asasi dan prinsip keadilan sejagat (natural justice).

Satu perkara yang juga ingin saya sentuh ialah mengapa semua pihak terlalu beriya-iya memperkatakan tentang soal penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir pendakyah kristian yang jelas telah menterjemahkan secara salah perkataan 'god' ke dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan 'Allah' walaupun terjemahan sebenar dan betul perkataan 'god' dalam Bahasa Melayu ialah perkataan 'tuhan'?

Saya hairan mengapa pihak pendakyah kristian ini tidak menterjemahkan perkataan 'god' kepada 'elohim', 'eli' atau 'adonai' seperti yang digunakan dalam bibel versi bahasa hebrew, iaitu bahasa asal Jesus. Sedangkan perkataan 'god' dalam bahasa hebrew ialah 'elohim', 'eli' atau 'adonai'!

Sikap degil dan keras kepala mereka mahu juga menggunakan perkataan 'Allah' dalam menterjemahkan perkataan 'god' sangatlah pelik dan mengundang syak wasangka yang sangat serius. Apakah mereka mempunyai agenda tersirat dan tersembunyi?

Selanjutnya mengapa isu ini langsung tidak dilihat dari perspektif umat Islam? Apakah umat Islam di Malaysia ini sudah tidak ada hak dalam mempertahankan aqidah dan hak asasi kami untuk menganut, mengamal dan melaksanakan agama Islam dengan aman dan harmoni sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

Apakah umat Islam di Malaysia sudah tiada hak didalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Satu perkara yang perlu saya tegaskan ialah kita tidak pernah mnenghalang umat kristian untuk menganut, mengamal dan melaksanakan keprcayaan mereka. Malah kita berbangga negara umat Islam Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sifat toleransi agama dan kaum yang sangat tinggi, dan begitu akomodatif terhadap agama dan bangsa lain walaupun kita menjadi tunjang pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu sehinggalah era pemerintahan moden ini.

Dan antara rahsia besar pengekalan keamanan dan keharmonian serta perpaduan unik ialah kerana sikap umat Melayu-Islam yang cukup bertolak ansur dan toleran.

Oleh itu kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji kesabaran dan sikap toleran umat Melayu-Islam, terutama dalam hal berkaitan bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana tiap kesabaran ada hadnya; dan mencabul dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu adalah sempadan yang rapuh yang memungkinkan pelbagai perkara berlaku.

Oleh itu saya memberi amaran kepada semua pihak supaya bersikap rasional dan matang dalam menjaga keharmonian antara agama dan perpaduan nasional yang telah kita bina begitu lama. Jangan sampai ianya tercemar dek kerana nafsu dan keghairahan segelintir antara kita yang tidak langsung mengerti untuk menghormati sensitivit dan hak orang lain.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
06 Rabi'ul Awal 1435
07 Januari 2014