Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

06 June 2015

BANGSAKU KIAN ME-LAYU

Kekuatan Melayu pada agamanya
Tanpa Islam tiadalah Melayu
Apabila agama & Tuhan digadai bangsa
Hilanglah Melayu terus melayu


BANGSAKU KIAN ME-LAYU

Bangsaku Melayu
Sejarahnya tidak kaku
Budibahasanya nomor satu
Akhlaknya dicemburu
Tolak ansurnya tak pernah jemu

Dia perjuangkan kemerdekaan
Dia menjadi kerajaan kedaulatan
Dia beri imigran kewarganegaraan
Dia menjadi asykar pertahanan
Dia polis menjaga keamanan
Dia pegawai dasar kenegaraan
Dia kerani melaksanakan
Dia juga cikgu mencerdikkan

Tapi dia bergaduh bercakaran
Menikam merobek menelanjangkan
Amanah pusaka warisan diqorunkan
Bangsa sendiri menjadi sasaran

Kawan dijadikan lawan
Lawan dijadikan kawan
Bangsa lain diselimut bantalkan
Kaum lain disahabat-taulankan

Habis dijual agama & Tuhan

Memang Melayu tak hilang didunia
Tetapi Melayu akan hilang tanahairnya
harga diri & maruah bangsa

Hanya kerana gilakan kuasa

Melayu akan melayu
di Tanah Melayu
akhirnya!


Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Sya'ban 1436
03 Jun 2015

20 October 2014

MELAYU PENDATANG KE MALAYA?

Penjara Sg. Buloh mengalu-alukan kemungkinan kembalinya pendatang veteran ke Blok Tengah Penjara Sg. Buloh pada 29 Oktober 2014 ini!
Salam 2 all.

Saya mengutuk keras kenyataan perwakilan di persidangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) yang dibuat didalam Persidangan PGRM semalam 19.10.2014  yang mendakwa konon orang Melayu juga adalah kaum pendatang di Malaya ini sama seperti kaum Cina dan India.

Dakwaan seperti ini lahir mungkin kerana kebodohan mereka mengenai sejarah nusantara Melayu dan Malaya ataupun kejahilan mereka dalam geo-politik dan geo-budaya Melayu di nusantara.

Mendakwa konon bangsa Melayu datang daripada Indonesia dan kemudian berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kejahilan mereka.

Bangsa Melayu sudah menduduki dan mendiami arkipelago nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Brunei, sebahagian Kampuchea termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.

Memandangkan keseluruhan arkipelago ini adalah nusantara Melayu, maka bangsa Melayu bebas bergerak dalam wilayah ini tanpa keperluan kepada paspot atau apa juga sekatan politik atau geografi.

Namun kuasa penjajah barat British dan Belanda telah memecah-belahkan geo-politik dan geo-grafi nusantara Melayu pada tahun 1824.

Pada tahun 1822, British dan Belanda telah mengadakan kerjasama ketenteraan untuk menentang pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte. Setelah kejayaan kerjasama itu, pada tahun 1824 British dan Belanda mengadakan persefahaman membahagi-bahagikan wilayah jajahan mereka menurut sempadan imaginari mereka sehingga akhirnya menyebabkan wilayah arkipelago nusantara Melayu berpecah-belah; antaranya kawasan barat Selat Melaka dibawah Belanda dan timur Selat Melaka kepada British.

Bermula daripada tahun 1824, bangsa Melayu yang sebelum itu bergerak bebas didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu terpaksa menggunakan paspot untuk memasuki wilayah yang dipisah-pisahkan ini.

Oleh itu, pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina dan India ke sini. Mendakwa pergerakan itu sebagai "pendatang" samalah seperti mendakwa mereka yang datang daripada wilayah Canton ke Shanghai sebagai pendatang!

Pergerakan bangsa Melayu didalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum tahun 1824 adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa didunia ini yang mendiami wilayah sendiri.

Sebaliknya sejarah mencatatkan nenek moyang kaum Cina datangnya daripada benua Cina; manakala nenek moyang kaum India datang daripada benua India. Itulah hakikat sejarah yang kita tidak boleh nafikan!

Kedua-dua benua ini tidak termasuk dalam arkipelago nusantara Melayu - sebab itu nenek moyang mereka yang datang ke wilayah nusantara Melayu dipanggil pendatang, atau imigran, sebab mereka melakukan perpindahan benua. Mereka juga tiada pertalian dengan bangsa Melayu samada dari segi agama, bahasa mahupun geo-politik dan geo-budaya!

Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu didalam nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina daripada benua Cina dan perpindahan kaum India daripada India ke nusantara Melayu adalah satu putar-belit fakta dan sejarah.

Apa pun, pada saya isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu seperti ini. Adakah mereka mahu menjadi lebih cauvinis daripada DAP - apakah ini cara mereka mahu meraih populariti politik yang sudah merudum sehingga mengorbankan persefahaman yang telah dibina sekian lama?

Persoalan status anak watan bangsa Melayu dalam negara ini; ataupun persoalan kewarganegaraan kaum Cina dan India; atau pun status pendatang nenek moyang kaum Cina dan India dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak semata-mata untuk meraih undi dan populariti!

Kita perlu menerima hakikat bahawa kini bangsa Melayu, Cina dan India kini adalah warganegara Malaysia yang terikat dengan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara Malaysia ini kearah negara maju demi kemakumaran dan kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.

Kita sekarang, Melayu Cina dan India, adalah rakyat dan warganegara Malaysia! Period!

Selagi kita menghormati Perlembagaan Persekutuan, dan cuba sedaya upaya untuk hidup berdasarkan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, saya percaya kita akan berjaya membina dan membangunkan negara Malaysia tercinta ini setaraf dan mungkin mengatasi negara-negara maju lain didunia ini!

Dan kita mesti menolak sebarang amalan atau fahaman extrimism, fanatik, rasis, cauvinis dan pelampau samada perkauman atau keagamaan!

Oleh itu, saya mendesak tindakan keras dibawah Akta Hasutan diambil terhadap perwakilan tersebut kerana ucapan seperti itu adalah berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.

Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan serta merta kerana ini bukan pertama kali wakil PGRM membuat dakwaan seperti ini. Sebelum ini saya percaya ada pimpinan PGRM juga pernah membuat dakwaan yang sama.

Oleh itu saya juga mendesak Presiden PGRM, Datuk Mah Siew Kong supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sebagai ahli terhadap mana-mana pimpinan atau perwakilan kerana memainkan isu perkauman seperti ini.

Kita berharap kesemua pihak termasuk ahli dan pemimpin PGRM menghayati saranan YAB PM semasa merasmikan Persidangan PGRM semalam yang menyeru supaya semua bentuk fanatik dan extremism agama dan perkauman hendaklah ditolak!

Wallahua'lam dan Wassalam..

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
25 Zul-Hijjah 1435
20 Oktober 2014

07 November 2013

KARPAL LAGI?

Karpal dengan berani mencadangkan parti berteraskan agama seperti PAS dibatalkan pendaftaran! Adakah itu cara DAP menghargai sumbangan PAS kepada DAP dalam usaha menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam UMNO?
Salam 2 all.

Adakah Karpal bersetuju dengan cadangan supaya semua sekolah berasaskan perkauman dihapuskan; termasuk sekolah vernakular yang berteraskan perkauman wajar ditutup?

Adakah Karpal juga mahu supaya pertubuhan seperti Dong Zhong diharamkan?

Pada saya, itulah kesan kenyataan Karpal Singh yang mencadangkan supaya parti politik dan pertubuhan yang berasaskan agama atau perkauman dibatalkan atau diubahsuai untuk menerima kemasukan atau keahlian penganut agama lain ataupun kaum lain.

Mesej Karpal adalah jelas. Bermakna parti politik seperti PAS atau UMNO, atau pertubuhan seperti Perkasa dan lain-lain elok dibatalkan pendaftaran; maknanya diharamkan!

Malah Karpal secara spesifik menyebut nama parti PAS rakan sekongkol yang telah bertungkus lumus membanting tulang empat kerat bersama Karpal untuk menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam UMNO!

Kerana apa?

Kerana mempunyai nama yang mewakili agama atau bangsa, dan secara legal mewakili kepentingan agama atau bangsa!

UMNO yang berteraskan Melayu Islam sudah menjadi tunggak pemerintahan selama lebih setengah abad. Dan UMNO berjaya membangunkan rakyat dan negara ini tanpa mengira agama dan bangsa; semuanya berasaskan kepada kerangka Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontrak-sosial diantara rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

Begitu juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara - tujuan dan matlamat serta perjuangannya adalah untuk memartabatkan, membela dan memperkasa bangsa dan institusi Melayu-Islam berasaskan kepada kerangka Perlembagaan tanpa menafikan, apatah lagi menzalimi atau merampas hak kaum atau penganut agama lain.

Sebenarnya itulah asasnya. Selagi semua rakyat dan warganegara Malaysia ini menjunjung tinggi dan menghormati serta akur kepada persefahaman, semangat dan hidup dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, selagi itulah keamanan, keharmonian dan perpaduan antara pelbagai agama dan kaum akan terus berkekalan.

Didalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh dinafikan Islam dan Melayu memang diletakkan ditempat yang lebih istimewa dan berbeza daripada agama dan kaum lain. Dalam lain perkataan, hakikatnya Perlembagaan Persekutuan memang bersifat diskriminatori, atau apa yang saya sebutkan sebagai diskriminatori positif (positive discrimination).

Islam dan Melayu memang diberi tempat dan kedudukan istimewa didalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, mana-mana pihak, samada dalam bentuk parti politik, pertubuhan, badan bukan kerajaan, kelab sosial, universiti, kementerian, jabatan kerajaan, agensi kerajaan, GLC dan lain-lain; yang memperkasa, memartabat dan memperjuangkan hak dan keistimewaan Islam dan Melayu adalah berbuat sedemikian dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Memperkasa, memartabat dan memperjuangkan hak dan keistimewaan Melayu-Islam adalah dibenarkan undang-undang dan Perlembagaan.

Oleh itu, sebarang cadangan atau rancangan untuk mengharamkan sebarang parti politik, pertubuhan, persatuan, jabatan dan agensi kerajaan, NGO, GLC dan lain-lain daripada memperjuangkan, memartabat atau memperkasa hak dan keistimewaan Melayu-Islam adalah bercanggah sama sekali dengan peruntukkan Perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Dan Karpal Singh sebagai seorang peguam veteran sepatutnya dan wajar mengetahui perkara ini!!!

Malah kalau Karpal mengkaji sejarah dunia Islam, akan jelas terbukti mana-mana pemerintahan yang berteraskan Islam akan bersikap adil dan saksama. Peristiwa pembukaan Kota Jerusalem oleh Sultan Salahudin Al-Ayubi, pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh adalah bukti keadilan dan kesaksamaan Islam yang tidak boleh dinafikan.

Tetapi lihat bagaimana sejarah serangan dan penaklukan Kota Jerusalem oleh tentera salibiah dalam Perang Salib sebagai bukti jelas bagaimana umat Islam, termasuk juga penganut kristian yang tidak sehaluan dengan mereka, diperlakukan dengan begitu kejam!

Lihat bagaimana perlakuan rejim zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin!

Ini semua bukti sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi!

Saya juga menyarankan kepada Karpal Singh supaya mencerminkan diri dan parti dia sendiri! Adakah parti DAP itu sendiri bukan sebuah parti yang secara substantif berteraskan sikap rasis, extremis dan bersifat pelampau perkauman? Masih ingat catatan sejarah peristiwa 13 Mei 1969?

Sepatutnya Karpal dan partinya DAP membuat kajian adakah keujudan sistem pendidikan vernakular yang berteraskan kepada perkauman dan etnik tertentu yang menjadi punca kepada masalah perkauman yang menjadi semakin kronik dan serius?

Cuba kaji mengapa generasi muda dari kaum tertentu semakin menebal sifat perkauman mereka; malah sampai ke peringkat begitu biadap dan secara terbuka mempersoalkan perkara-perkara fundamental yang menjadi teras kepada keharmonian antara kaum dan agama dalam negara ini?

Apapun, persoalan yang mahu saya lontarkan terutama kepada sahabat dan kepimpinan PAS khususnya para ulama yang ada; berapa lama PAS mahu bertahan dengan karenah pimpinan DAP termasuk Karpal Singh? Tidakkah PAS merasa tercabar dengan sikap rakan sekongkol mereka yang kelihatan langsung tidak menghargai sumbangan PAS dalam persekongkolan untuk menumbangkan Kerajaan Melayu-Islam yang ditunjangi UMNO?

Cuba lihat kerajaan DAP Pulau Pinang; walaupun hanya ada seorang sahaja ADUN PAS iaitu Datuk Ustaz Saleh Man, yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang dan ADUN Permatang Pasir, namun langsung tidak diberi tempat dalam barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang. Tidakkah itu satu gambaran jelas dimana letaknya PAS dikacamata DAP?

Terkini Pengerusi DAP Karpal sendiri begitu jelas dan terbuka tanpa sedikit keraguan mencadangkan parti seperti PAS dibatalkan pendaftaran! Adakah pimpinan PAS masih mahu berselindung disebalik jawapan standard 'itu pendirian peribadi Karpal bukan pendirian DAP?'.

Islam itu tinggi dan mulia. Yang merendahkan Islam, yang meletak Islam ketempat yang hina ialah manusia, bukan Islam itu sendiri! Islam akan terus mulia dan a'laa, yang rendah dan hina ialah penganutnya sendiri!

Wallahua'alamdan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Muharram 1435
07 November 2013

01 December 2012

WARISAN ANAK MELAYU

(Lagu Warisan wajib dihayati dan diinsafi oleh bangsa Melayu masakini)

Salam 2 all.

Bila perwakilan pemerhati dari Kelab UMNO Tokyo, adik Ariff Yasir Zulkafli  (23), pelajar tajaan Kerajaan di Universiti Gunma Jepun, menyampaikan lagu Warisan-Anak Kecil Main Api dalam ucapannya semalam, ia mengimbau kembali nostalgia kami yang satu ketika dulu menjadikan "Warisan-Anak Kecil Main Api" sebagai lagu wajib! Lirik dan lagu ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara Datuk Nordin Kadri ini memang menangkap jiwa sanubari anak watan yang cintakan agama, bangsa dan tanahairnya!

Lagu itu dicipta dalam suasana orang Melayu tidak ada apa - kecuali kekuatan perpaduan dan kuasa politik! Tanah Melayu yang baru merdeka baru sahaja melalui peristiwa hitam 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum cauvinis yang menguasai ekonomi negara mula naik tocang! Baru menang beberapa kerusi dalam PRU mereka berarak sakan keliling Kuala Lumpur memaki hamun orang Melayu dengan caci-maki Malai-Si - "Mampus Melayu", lancau Melayu, Melayu pigi masuk hutan, ini negeri Cina sudah kontrol!

Begitu bangsa Melayu dihina ditanahair nya sendiri! Begitu bangsa Melayu dicaci nista oleh kaum cauvinis yang tidak tahu mengenang budi! Kaum cauvinis yang bak haiwan anjing yang dilepaskan daripada sepitan! Kaum cauvinis yang diberi betis mahukan peha!

Bangsa Melayu perlukan kebangkitan! Bangsa Melayu perlu menebus maruah dan harga diri! Bangsa Melayu wajib bersatu dan berpadu untuk menongkah arus cauvinisma dan komunisma yang sedang mengancam survivalnya dalam tanahairnya sendiri! Kecundang bererti merempat dalam negara sendiri! Tewas maknanya menjadi bangsat dibumi tanah tumpah darahnya!

Hancur maknanya akan hilang Melayu didunia ini! Laksamana Hang Tuah pasti kecewa, nenek moyang pasti gundah gulana! Apa nak jadi pada nasib anak bangsa!

Alhamdulillah ALLAH memberikan kekuatan, kecerdikan dan kebijaksanaan kepada pemimpin Melayu diwaktu menghadapi saat getir itu. Berbekalkan perpaduan Melayu yang utuh dan kuasa politik yang tinggal sedikit, walaupun miskin melarat papa kedana, Kerajaan UMNO pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru - menghapuskan kemiskinan dan menyusun semula masyarakat! Kebetulan orang Melayu lah yang termasuk dalam golongan miskin itu.

Antara matlamat DEB tersebut ialah memperkasakan bangsa Melayu melalui pendidikan! Maka tertubuhlah MRSM, ITM (kini UiTM), UKM dan segala macam institut pengajian tinggi khas untuk anak Melayu! Malah anak Melayu yang mendapat Gred 1 dalam MCE/ SPM terus ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik!

Maka berduyun-duyunlah anak Melayu mendapat biasiswa untuk keluar negara. Ada yang ke United Kingdom, Canada, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Mesir, Jordan dan lain-lain negara! Anak Melayu yang jangan kata nak keluar negara, tengok tayar kapal terbang pun tak pernah! Jangan kata pakai baju kot, tali leher pun tak pernah berangan!

Tiba-tiba bukan sahaja ber'kot' ber'tie', dapat naik kapal terbang pergi 'oversea'! Riuh satu kampung buat kenduri kesyukuran yop! Tiap kampung gerenti ada sekurang-kurangnya seorang dapat keluar negara! Penghantaran keluar negara itu menaikkan semangat penduduk kampung! It's a morale booster kata Mat Eropah! Melayu kampung bangga, ada anak kampung yang berjaya ke menara gading nun jauh disana!

Hari nak berlepas siap dengan orang kampung berkumpul depan rumah, berdoa untuk kejayaan si anak! Saat menaiki kerete sewa (itu pun orang kampung sama-sama menyumbang untuk duit sewa & minyak), bilal mengumandangkan azan sebagai tanda mohon keberkatan! Anak Melayu segak berkot mengalir airmata meninggalkan kampun halaman! Berbekal azam untuk menebus maruah bangsa yang menjadi bahan cacian maki hamun para cauvinis biaDap!

Dan tiap anak Melayu itu diberi kursus tatanegara; bersiap sedia menghadapi kehidupan asing dinegara asing! Dibekalkan anak Melayu itu dengan tatacara hidup dibumi asing! Bagaimana makan bersudu garpu,  bagaimana nak solat dibulan salji turun, bagaimana nak hidup bersama mereka yang pernah menjadi penjajah kita! Anak Melayu diberi semangat; kita samataraf dan samarata dengan mereka!

Sebagai peniup semangat, tiap anak Melayu diwajibkan menghafal dan menghayati lagu 'Warisan-Anak Kecil Main Api'. Lagu yang sememangnya memberi roh dan semangat perjuangan kepada anak kampung untuk mengharungi badai ombak kehidupan dibumi asing demi mengangkat martabat bangsanya yang dihina!

Kini ramai anak Melayu yang lahir daripada DEB ini sudah kembali ke tanah air mencurah sumbangan dan bakti; ramai yang berjaya mengangkat martabat dan maruah agama, bangsa dan tanahairnya! Melayu boleh bangga berdiri sama tinggi, duduk samataraf dengan kaum lain; bukan sahaja dalam negara, malah sudah sampai ke persada antarabangsa! Dalam pelbagai bidang, dalam bermacam lapangan! The Malays can walk tall now - begitu pepatah omputeh yop!

Namun ada juga segelintir anak Melayu yang menjadi Si-Tanggang Moden! Mereka lupa diri! Mereka lupa daratan! Mereka menggigit tangan yang menyuap mereka; mereka lupa tangisan darah dan airmata yang berkorban untuk mereka! Mereka meludah atas keperitan ibubapa mereka! Mereka kencing berdiri diatas tanah kubor nenek moyang mereka!

Mereka muncul sebagai parasit-parasit bersenggama dengan Si-Kitol bersekongkol dengan para cauvinis rasis biaDap untuk menghancurkan dan memusnahkan agama dan bangsa mereka sendiri! Mereka menjadi kayu penukul untuk diguna besi kapak menebang pohon-pohon agama dan bangsa mereka! Mereka rela diperkaldaikan! Mereka rela ditunggangi! Hanya kerana nafsu serakah mahukan mahkota kuasa di Putrajaya! Otak mereka sudah diliwat; fikiran mereka sudah disumbat!

Atas sebab itu, dalam keadaan bangsa Melayu yang sedang dihimpit dan digasak segala penjuru, dalam keadaan survival Melayu sedang diancam, dalam keadaan ukhwah perpaduan Melayu kian rapuh, saat munculnya ramai Si-Kitol yang bersedia mengkhianati bangsa sendiri demi memuaskan nafsu serakah untuk menduduki takhta Putrajaya; lagu Warisan adalah tepat untuk diputar semula dan dihayati!

Kepada adik Ariff Yasir Zulkafli yang berjaya mengingatkan para perwakilan UMNO semalam dengan lagu Warisan-Anak Kecil Main Api semalam, teman angkat tabik spring kepada mike yop! Begitulah peranan anakmuda Generasi-Y yang berjaya memberi sumbangan dalam perjuangan - mengingatkan kita kepada perjuangan yang masih belum selesai ini!

Kepada perwakilan UMNO dan para pemerhati, kepada semua ahli UMNO dan orang Melayu seluruhnya, hayatilah seruan dan rintihan anak muda ini!

"Apalah nasib kami jika Melayu hilang kuasa dan tidak memerintah selepas PRU 13! Bagaimana nasib kami anak Melayu yang sedang belajar diluar negara. Adakah kami akan dipanggil balik kerana biasiswa ditarik balik! Mana dahan kami nak berpaut! Mana pelantar untuk kami berdiri!

Sebab itu ayahanda bonda, janganlah bersengketa sesama sendiri! Janganlah ada sifat ketamakan jawatan dan kuasa! Biar hati kita bersih, kita buang sifat dengki dan irihati! Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita sama-sama berjuang pastikan selepas PRU13 Putrajaya masih milik Melayu!

Tolonglah ayahbonda untuk Melayu terus mara! Untuk Melayu terus berkuasa! Untuk Melayu terus memperjuangkan kepentingan kita! Saya merayu sangat ni, saya merayu ayahbonda dan abang kakak!"

*(Nota: ambillah iktibar apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar Melayu di IPT dinegeri pembangkang! Apa jadi dengan KUIN di Kedah! Apa jadi dengan UniSel di Selangor! Apa jadi dengan tanah tapak UiTM milik YBK yang dirampas-ini semua bukti gelapnya masadepan anak Melayu jika kita hilang kekuasaan politik)
memberikan gambaran tentang masa depan anak Melayu jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dan tidak lagi memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Cuba bayangkan anak-anak macam kami yang mengaji di luar negara, kami akan dipanggil balik sebab polisi tidak lagi dipegang oleh UMNO dan BN yang menghantar kami dulunya.
“Anak-anak ayahanda dan bonda ini tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri?" katanya sambil beberapa kali mengesat air mata.
Ariff Yasir kemudian membuat seluruh perwakilan bertambah sebak apabila merayu supaya semua ahli UMNO melupakan sengketa sesama sendiri dan kembali kepada perjuangan asal untuk membela nasib orang Melayu.
“Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan kita. Saya merayu sangat ini, saya merayu sangat ayahanda, bonda dan kanda.
“Kita lupakanlah segala sengketa. Janganlah ada sifat tamakkan jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, kita buang dengki dan iri hati. Kita rapatkan saf, kita perbetulkan azam, kita bersatu, kita berpadu dan kita bersama-sama berjuang pastikan selepas PRU-13 Putrajaya masih menjadi milik kita," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pemimpin dan pejuang UMNO yang membolehkan anak- anak Melayu dari kampung melanjutkan pengajian di luar negara.
“Kalau tanpa jasa anda semua, tidak mungkin kami anak-anak Melayu berada di mana kami berada sekarang. Ini menunjukkan UMNO sentiasa komited menjaga kebajikan orang Melayu dulu, kini dan selamanya," tegas beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121201/po_08/Lupakan-sengketa-pertahan-Putrajaya#ixzz2DlgCNIC0
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sebenarnya, kalau ahli UMNO menghayati dan menginsafi cogankata UMNO sendiri, itu sahaja sudah mencukupi. Cogankata BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT adalah cogankata keramat, yang jika dihayati dan dilaksanakan insyallah kuasa politik Melayu akan terus kekal dan mantap!

BERSATU dalam saf barisan yang satu dibawah kepimpinan sedia ada! Tidak ada Team Ketua Bahagian, tidak ada Team Timbalan atau Naib, tidak ada Team Ketua Pemuda, tidak ada Team Wanita atau Puteri! Hanya ada satu team, iaitu Team UMNO!  Jadikan Team UMNO sebagai Winnable Team! Jadikan parti UMNO sebagai Winnable UMNO demi untuk agama, bangsa dan tanah air!

BERSETIA lah kepada parti dan kepimpinan sedia ada! Apa juga keputusan yang dibuat oleh parti dan kepimpinan wajib ditaati dan dipatuhi! Kita mungkin tidak bersetuju, kita mungkin tidak selesa, tetapi selagi keputusan pimpinan tidak melanggar syara' dan adab budaya Melayu; selagi itu kita wajib taat dan patuh! Janga langsung ada unsur khianat dan sabotaj! Jangan ada sekelumit Semangat Si-Kitol dalam jiwa tiap ahli! Jadilah seorang Winnable Ahli! Jadilah ahli yang memperjuangkan dan memenangkan parti, bukan diri sendiri! Pengalaman pahit PRU12 wajar dijadikan iktibar! Kehilangan 2/3 majoriti dan 5 negeri wajar menjadi pengajaran betapa pengkhianatan dan sabotaj akhirnya bukan sahaja merugikan parti, malah agama, bangsa dan tanahair!

BERKHIDMAT lah sepenuh jiwa raga kepada perjuangan parti! Jangan kerana tidak terpilih menjadi calon kita bukan sahaja tidak mahu menyumbang khidmat, malah mengkhianati dan menderhakai perjuangan parti. Walau bagaimana hebat kita rasa kita adalah Winnable Calon, namun pimpinan sudah tentu mempunyai sebab dan rasionalnya membuat pilihan, yang sudah pasti dibuat setelah melalui proses musyawarah! Kita sebagai lasykar dan gurkha, wajib menghayati semangat perjuangan Saidina Khalid Al Walid, yang walaupun sememangnya seorang Winnable Warrior, namun terus berjuang tanpa luntur semangat walaupun dilucutkan jawatan Panglima Perang! Kerana perjuangan Al Walid bukan untuk diri, bukan untuk Khalifah, tetapi untuk Islam, demi ALLAH dan Rasul!

Apapun, semboyan perang telahpun dibunyikan! Musuh agama, bangsa dan negara sudah bersiap sedia dengan segala balatentera dalam dan luar untuk menghancurkan kita!

Ayuh kita ke medan tempur dengan siasah dan strategi yang mantap, barisan panglima dan lasykar yang lengkap bersiap, berbekalkan semangat dan nawaitu perjuangan demi Abata - Agama, Bangsa & Tanahair!

Selamat berjuang, selamat bersidang!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Muharram 1434
01 Disember 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WARISAN ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

30 November 2012

MELAYU ITU ISLAM!

(Adakah persamaan logo hak asasi sedunia anjuran Yahudi dengan logo kempen pilihanraya Demi Rakyat PKR itu satu kebetulan atau sebenarnya satu acuan fikrah perjuangan?)

Salam 2 all.

Dimanakah kekuatan bangsa Melayu? Pada ekonominya kah? Pada kekuasaannya kah? Pada jumlahnya kah?

Sebenarnya kekuatan bangsa Melayu terletak kepada huruf 'Mim'! Huruf pangkal dalam perkataan 'Melayu' - 'Mim Lam Alif Ya Wau'! Tanpa 'Mim', dia akan jadi 'Lam Alif Ya Wau - Layu'! Dengan 'Mim' ia menjadi 'Melayu'!

Apa itu 'Mim'? Ia bermakna 'Muslim'! Melayu itu Muslim. Melayui itu Islam! Disitu lah letaknya kekuatan bangsa Melayu; iaitu pada agamanya - Islam!

Dan itulah uniknya bangsa Melayu di Malaysia ni. Bangsa Melayu Malaysia adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang kewujudannya dikaitkan dengan agama! Dan Melayu adalah satu-satunya bangsa didunia ini yang ditakrifkan menurut undang-undang, dan diperuntukkan didalam Perlembagaan sebagai wajib beragama Islam!

Tanpa Islam seseorang itu tidak boleh mengaku Melayu; malah akan gugur status Melayu nya!

Begitu unik bangsa Melayu ini, hinggakan bangsa 'Arab, bangsa yang diturunkan para anbiya, tidak mendapat keistimewaan dikaitkan kewujudannya dengan Islam!

Maka sebarang usaha untuk memberi kebebasan kepada bangsa Melayu untuk memilih dan menukar agamanya kepada selain Islam adalah sebenarnya usaha halus untuk menghapuskan bangsa Melayu! Ianya wajib ditentang habis-habisan!

Mungkin ada suara sumbang diluar sana akan mendakwa mengapa bangsa Melayu didiskriminasikan hak untuk memilih agama! Mungkin juga ada suara songsang diluar sana yang akan memfitnah bahawa hak Melayu memilih untuk Islam atau tidak dibenarkan oleh Al Quran - la iqro hafiddin - kata suara sumbang dan songsang ini!

La iqro hafiddin - Al Baqarah 256: tiada paksaan dalam beragama! Nah, bukankah begitu jelas kata para sumbangsat dan songsangsat ini bahawa ALLAH sendiri yang memberi kebebasan untuk bangsa Melayu memilih atau menukar agama selain Islam. Kata para sumbangsat ini, orang Melayu tidak wajar dipaksa memilih atau kekal sebagai Islam! Itu melanggar hak asasi, itu bercanggah dengan kebebasan sejagat!

Kalau kita menggunakan sedikit akal yang ALLAH beri, kita akan dapati hujah itu jelas songsang dan sumbang! Rasionalnya? ALLAH menurunkan Al Quran kepada Rasulullah saw untuk menyampaikan satu risalah tauhid; iaitu memperbetulkan aqidah manusia yang sudah sesat daripada mensyirikkan dan memberhalakan ALLAH kepada menyembah ALLAH Yang Maha Esa melalui agama Islam!

Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!

Jadi dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama lain yang mematungkan ALLAH!

Langsung tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan luar tabi'e!

Nah, agama apa selain Islam yang mentauhidkan ALLAH! Yang mengesakan ALLAH! Tidak ada agama lain selain Islam!

Jadi dimana logiknya ALLAH yang menurunkan Al Quran supaya manusia mentauhidkan ALLAH melalui agama Islam tiba-tiba memberi kebenaran kepada manusia termasuk Melayu untuk memilih agama selain Islam! Agama lain yang mensyirikkan ALLAH! Agama lain yang memberhalakan ALLAH! Agama lain yang mematungkan ALLAH!

Langsung tidak masuk akal! Langsung tidak logik! Langsung bercanggah dengan fikiran yang waras! Yang jelasnya ia satu pandangan yang songsang dan luar tabi'e! Yang hanya boleh difikirkan oleh manusia yang songsang dan luar tabi'e!

Apa pun, kita bangsa Melayu wajib bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan kita bangsa Melayu ni'mat dan anugerah keistimewaan wajib beragama Islam; sehingga diperuntukkan didalam Perlembagaan dan undang-undang! Ni'mat dan keistimewaan yang tidak ALLAH beri kepada bangsa lain, hatta bangsa 'Arab itu sendiri!

Sebab itu wajib bagi orang Melayu menentang golongan yang cuba memperjuangkan hak kebebasan bangsa Melayu untuk memilih agama selain Islam! Orang Melayu wajib menghapuskan golongan songsang dan luar tabi'e ini! Orang Melayu wajib mencegah golongan songsang dan sesat ini termasuk rakan sekongkol dan sebantal mereka! Wajib!

Dan peluang terbaik untuk orang Melayu menentang, menghapuskan dan mencegah kaum songsang ini ialah dengan menolak mereka dalam PRU 13 nanti!

Satu undi untuk mereka bermakna keredhaan untuk Melayu dimurtadkan!

Satu undi untuk mereka bermakna persetujuan untuk Melayu dikafirkan!

Satu undi untuk mereka bermakna kesediaan melihat Melayu dihapuskan!

Hargai lah undi mike yop! Jangan jadikan undi mike sebagai pembuka kunci kepada kemurkaan ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai alasan untuk dila'nat ALLAH! Jangan jadikan undi mike sebagai jalan menuju ke neraka ALLAH!

Yang baik datangnya daripada ALLAH; yang tidak datangnya daripada kelemahan teman sendiri yop!

Wallahua'lam & Wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Muharram 1434
30 Nov 2012

29 November 2012

MELAYU SESAT?

(Bila agamawan menjadi bisu, umat pasti menjadi lesu-gambar hiasan)
Salam 2 all.

Melayu itu Islam! Melayu wajib Islam! Itulah peruntukkan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mengkanunkan apa yang sudah diterima-pakai sekian lama.

Bertuah benar bangsa Melayu kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikanunkan kewujudannya dengan agama Islam. Alangkan bangsa Arab bumi anbiya pun tidak mendapat keistimewaan itu.

Malangnya dengan asakan dan gasakan daripada agama baru kebebasan tanpa had dan hak asasi kemanusiaan yang dipelopori zionis dan barat, muncul fahaman baru liberalisma dan pluralisma yang antaranya menuntut manusia kesemuanya wajib diberi kebebasan memilih agamanya!

Maka muncul juak-juak mereka dikalangan bangsa Melayu sendiri yang beriya-iya mahu memusnahkan bangsanya dengan menjuarai perjuangan konon mahu membebaskan bangsa Melayu daripada agama Islam!

Hampir sepakat para ulama, termasuk ulama nusantara yang kesal dengan pendirian sedemikian! Apatah lagi pandangan itu dilapik dan diselimutkan dengan ayat-ayat Quran! Kononnya laa iqro hafiddin - konon Al Quran sendiri membenarkan bangsa Melayu kebebasan memilih agama selain Islam!

Al Quran yang diturunkan melalui Rasulullah saw membawa risalah Islam untuk memperbetulkan aqidah umat manusia yang sesat dengan mempertuhankan selain ALLAH Maha Esa difitnah sebagai membenarkan umat  Islam untuk memilih agama selain Islam!

Alhamdulillah muncul para ulama, termasuk di nusantara ini, yang membantah dan membantai pandangan songsang sedemikian. Malah difatwakan sebagai sesat pandangan liberal dan plural ini. Antaranya ialah Imam Besar Masjid Negara Indonesia, Masjid Istiqlal, sebuah masjid terbesar di Asia Tenggara, di negara umat Islam terbesar didunia!

Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub, seorang ulama muhaddisin dan pakar hadis, menegaskan bahawa pandangan membenarkan Melayu-Islam kebebasan memilih agama selain Islam adalah satu pandangan sesat! Yang pengemukanya wajib bertaubat!

Ikuti pandangan ikhlas dan jelas Prof Dr. Ali Mustafa Yaqub saperti yang dilapurkan di www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634.

Semoga kita semua mendapat menafaat daripada pandangan beliau!

Wallah hua'lam bissawab!

Jazakallah & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
15 Muharram 1434
29 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=712634)

SESAT JIKA KATA ORANG ISLAM BEBAS PILIH AGAMA: IMAM BESAR ISTIQLAL
Oleh Ahmad Fuad Yahya

JAKARTA, 28 Nov (Bernama) -- Orang Islam yang mengatakan bahawa orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Prof Dr Ali Mustafa Yaqub.

"Orang (Islam) yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.

"Apalagi kalau dia (orang Islam) katakan semua agama sama, mahu masuk, keluar (agama) dipersilakan, boleh menjadi kafir," katanya ketika ditemui di sini.

Prof Dr Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis, adalah imam besar di masjid negara Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.

Beliau diminta memberi pandangan tentang polemik berhubung kenyataan kontroversi baru-baru ini tentang pengertian sepotong ayat al-Quran yang bermaksud "tiada paksaan dalam agama" serta kaitan dengan pandangan mengenai kebebasan beragama bagi orang Melayu di Malaysia.

Di Malaysia, orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam.

Ayat "tiada paksaan dalam agama" itu kata Prof Dr Ali Mustafa hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa masuk Islam tetapi setelah mereka memilih masuk Islam, mereka wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Islam.

"Analoginya begini, ada orang mahu masuk rumah, mahu masuk dipersilakan, tak masukpun dipersilakan, saya tak memaksa anda untuk masuk ke dalam rumah saya, tetapi kalau anda masuk ke rumah saya, anda mesti mengikuti aturan-aturan di rumah saya, seperti itu," katanya.

Beliau berkata orang yang berfahaman liberal mungkin keberatan dengan perkara itu kerana ia seolah-olahnya tidak menjunjung kebebasan hak asasi.

"Jawapan kepada persoalan itu ialah Islam tak menyuruh kamu untuk masuk Islam. Kamu mahu pilih menjadi kafir dipersilakan, itukan hak asasi kamu, tapi kalau sudah masuk (Islam), ikutilah aturan-aturan Islam.

"Kalau dah masuk Islam tapi masih mengikuti aturan yang bukan Islam, itukan kacau semuanya nanti itu," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa berkata meskipun umat Islam di Malaysia tidak banyak seperti di Indonesia yang pada masa ini merupakan masyarakat Islam terbesar di dunia, tetapi umat Islam di Malaysia tetap dengan keIslamannya terutama orang Melayu.

Kepada isu lain, Prof Dr Ali Mustafa berkata perbuatan mendoakan kehancuran saudara sesama Islam hukumnya haram.

Beliau berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mendoakan yang buruk walaupun kepada orang bukan Islam, apa lagi kepada sesama Islam.

"Haram kalau kita mendoakan umat Islam untuk dilaknatkan begitu. Jangan mendoakan orang untuk diberikan laknat seperti itu, nanti salah-salah malah doa itu berbalik kepada diri kita," katanya.

Prof Dr Ali Mustafa diminta pandangan mengenai kontroversi yang timbul di Malaysia berhubung perbuatan mendoakan kehancuran Umno, yang dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam.

Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai merugikan umat Islam sendiri terutamanya daripada segi imejnya kepada orang bukan Islam.

-- BERNAMA
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd
JAKARTA 28 Nov. - Orang Islam yang mengatakan orang Islam bebas memilih agama adalah sesat dan perlu bertaubat, kata Imam Besar Masjid Istiqlal di sini, Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Beliau menasihatkan individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut supaya memohon keampunan daripada Allah SWT dengan segera.
“Orang Islam yang mengucapkan ucapan ini, paling tidak kalau dia sudah mengakui kebenaran agama lain, dia paling tidak sudah sesat, songsang.
“Apa lagi kalau kata semua agama sama, siapa yang mahu masuk dan keluar Islam dipersilakan, boleh jadi kafir,’’ katanya ketika ditemui di sini.
Dr. Ali Mustafa, ulama masyhur Indonesia yang juga pakar hadis adalah imam besar di masjid Indonesia - masjid terbesar di Asia Tenggara.
Mengulas sepotong ayat al-Quran yang membawa maksud ‘tiada paksaan dalam agama’, Dr. Ali Mustafa menjelaskan, ia hanya ditujukan kepada orang bukan Islam kerana mereka tidak dipaksa memeluk Islam tetapi setelah memilih memeluk agama tersebut, mereka wajib mematuhi peraturan ditetapkan dalam agama syumul itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_01/Taubat-mohon-keampunan-Allah#ixzz2DaVuemGH
© Utusan Melayu (M) Bhd

28 November 2012

KRISTIANISASI MELAYU?


Salam 2 all.

"Sesungguhnya Yahudi & Nasara tidak sekali-kali akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak menurut cara kehidupan (termasuk agama) mereka. Katakan, "cukuplah petunjuk ALLAH (iaitu Islam) bagi kami". Tetapi jika kamu memilih mahu menuruti hawa nafsu mereka, setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran) itu, maka perbuatlah sedemikian. Sesungguhnya tiadalah kamu akan peroleh sesuatu yang akan memberi pimpinan dan bantuan pertolongan daripada ALLAH!".

Amaran ALLAH cukup jelas! Peringatan ALLAH cukup terang! Nasihat ALLAH cukup nyata!

Sadaqallah hal 'adhim - Benar Kata-kata ALLAH!

Menurut lapuran badan penyiaran kristian yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Christian Broadcasting Network - dalam tempoh 5 tahun lepas, jumlah orang Melayu beragama Islam yang murtad melalui gerakan dakyah kristianisasi meningkat daripada 200 orang kepada lebihkurang 1,000 orang! (lihat lapuran penuh dibawah).

Murtad secara kristianisasi dikalangan Melayu-Islam di Malaysia meningkat 400%!!!

Dalam keadaan Artikel 11 (4) Perlembagaan melarang pendakyahan agama lain! Dalam keadaan ada undang-undang menjadikan murtad dan kegiatan pemurtadan satu kesalahan jenayah! Dalam keadaan kita mengawal dan mencegah!

Dalam keadaan itu, pendakyah mereka berjaya memurtadkan sejumlah besar orang Melayu-Islam! Dalam keadaan itu jumlah murtad secara kristianisasi meningkat 400%!

Cuba bayang kalau tiada Artikel 11 (4)? Cuba bayang jika tiada undang-undang melarang murtad dan kegiatan pemurtadan? Cuba bayang jika kita sudah tidak lagi boleh mencegah! Cuba bayang kalau Melayu-Islam diberi kebebasan memilih agama?

Dalam keadaan itu, terdapat suara-suara sumbang dikalangan orang Melayu sendiri yang mahu memberi kebebasan kepada bangsa Melayu beragama Islam untuk memilih agama selain Islam; untuk membolehkan orang Melayu-Islam murtad!

Adakah kita mahu mengangkat sebagai pemerintah dan pemimpin untuk kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang mahu memberi kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam memilih agama selain Islam?

Adakah kita mahu menobat sebagai pemerintah dan pemimpin kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang memecat pemimpin dan ahlinya yang cuba mencegah murtad; dan mencegah gereja yang terlibat dengan kegiatan pemurtadan?

Adakah kita mahu memartabat sebagai pemerintah dan pemimpin kita bangsa Melayu-Islam, kaum yang bersekongkol dengan cauvinis yang bukan sahaja menentang Islam, yang mencabar kita untuk langkah mayat dia dulu; yang mahu mengangkat seorang kristiian dan bukan Melayu sebagai Perdana Menteri; yang bercita-cita mahu menubuhkan negara Kristian?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing yop!

Yang jelasnya daripada lapuran Christian Broadcasting Network sendiri yang dilampir dibawah, usaha memurtadkan dan mengkristiankan orang Melayu beragama Islam memang sedang berjalan dengan aktif dalam negara ini!

Samada kita menentang dan mencegah mereka, atau kita memilih tidor sekatil sebantal dengan mereka!

Pilihan itu ditangan mike yop!

Salah pilih, airmata pasti meleleh!

Salah pangkah, musnahlah aqidah!

Salah angkat, Islam pasti mudarat!

Apakah kata hikmat Laksamana Hang Tuah 'tidak Melayu hilang didunia' akan hanya menjadi kata azimat yang terpahat lekat sekadar di muzium?

Hilang agama hilang bangsa! Hilang Islam hilanglah Melayu! Itulah kata undang-undang, itulah kata Artikel 160 Perlembagaan!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
14 Muharram 1434
27 Nov 2012

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada laman www.mole.my)

Wednesday, November 28, 2012
  • Christianisation in the country
Who is telling the truth on the issue of the Christianisation for Malays?
By Azreen Hani
(Graphics by Dayang Norzahar/ The Mole)

KUALA LUMPUR: A US-based Christian broadcasting television network has reported that there is an increase in the conversion of Malay Muslims to Christianity.

Christian Broadcasting Network (CBN), a non-profit Christian media stated that five years ago there were less than 200 Malay Christians in the country and now there are 1,000 or more.

The CBN news video which has been posted on Youtube also showed video clips of Malays in a church for midweek’s service.

The video featuring its journalist Gary Lane, showed how Christian pastors and evangelists were involved in programs to feed the poor and offering prayers to others.

In the same video a former Malay Muslim only known as Nathan said despite losing his properties, family and job after the authorities found out that he has converted to Christianity, choose to go into hiding from the government and declared that he would never return to Islam.

Nathan also said that he will spread his beliefs to the Malays, saying: “Who’s going to reach out to my own people if it’s not me?”

The Youtube video which was posted by VoiceofMartyrsUSA in its description read: “Gary Lane of CBN News traveled to Kuala Lampur to investigate the government-sanctioned hostility against Christians.”

“Despite this constant danger, many Christians remain bold, spreading the Gospel to others. Many non-believers are seeking the truth of the Scripture, and are hungry for the Word.”

Meanwhile blogger Helen Ang who has picked up the issue asked whether any religious department will determine who is telling lies in the issue of Christianisation as many Malays have been accused of slander due to it.

Ang wrote: “If there is no Christianisation movement for Malays, we can conclude that Utusan (Malaysia), Dr Hasan Ali, Ustaz Nasha, Zul Nordin and other bloggers are liars.”

She added: “If indeed there is a Christianisation movement for Malays, it seems as if some of Pakatan politicians and the NGOs they funded are trying to hide the truth.”

“If DAP evangelist politicians objected for apostate Malays to be sent into an aqidah purification centre, (pusat pemulihan akidah), they have to clarify on their intentions, aim and goals to Malay voters.

19 December 2010

HILANGNYA SEJARAH HANG NADIM

Salam 2 all.

Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dipertikai! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

Kitsiang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kitsiang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.

Saja teman perturunkan artikel dibawah ini untuk menjadi renungan dan bahan buat umat Islam bangsa Melayu mencerminkan diri. Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu. Na'uzubillah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
12 Muharram 1432
19 Disember 2010

#######################

Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

24 October 2010

DI ANTARA HAK & REALITI

Salam 2 all.

Berakhir sudah perhimpunan tahunan bangsa Melayu tahun ini. Perhimpunan Agong UMNO, sebagaimana Muktamar Agong PAS, akan menjadi kayu pengukur kepada matlamat dan agenda perjuangan bangsa Melayu beragama Islam.

Ucapan dasar Presiden UMNO telah berjaya memberi satu pemetrian yang jelas tentang hak dan kedudukan Islam dan Melayu dalam kerangka Perlemabagaan negara. Setelah 53 tahun merdeka, saya jangkakan persoalan asas saperti hak Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu tidak septutnya perlu ditimbulkan lagi. Sepatutnya semua mereka yang mengaku warganegara Malaysia sudah fasih dan faham kedudukan tersebut. Ia tidak sepatutnya diperdebatkan atau diperbincangkan lagi. Sepatutnya yang perlu dan wajib dibincangkan ialah bagaimana hak dan kedudukan itu perlu diterjemahkan dalam dasar dan perlaksanaan negara.

Tetapi setelah 53 tahun merdeka, Presiden UMNO masih terpaksa mempertahankan dan membela hak dan kedudukan tersebut, didalam perhimpunan rasmi umat Melayu adalah sesuatu yang menimbulkan banyak persoalan. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena bila Presiden UMNO perlu menyatakan bahawa hak Islam dan kedudukan istimewa Melayu sudah terpahat dalam Perlembagaan, tidak siapa bileh mengubahnya walau mereka menguasai 100% Parlimen, selagi tiap seorang Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengannya.

Kalau begitu mantap dan jelas hak dan kedudukan Islam/ Melayu, mengapoa masih ada yang memoersoalkan dan mempoertikaikannya? Apakah sistem pendidikan dan pembelajaran kita gagal menerapkannya disekolah-sekolah, IPT dan lain-lain? Apakah keujudan sekolah aliran Cina & Tamil tidak mempunyai matapelajaran berkaitan Perlembagaan? Apakah beratus ribu kursus Biro Tatanegara gagal melahirkan warga yang memahami hak dan kedudukan istimewa Islam itu? Atau apakah umat Islam bangsa Melayu terlalu bertolak ansur sehingga hak dan kedudulan istimewanya sentiasa dipertikai dan diperlekeh? Sebagaimana sehingga ke hari ini masih ada mereka yang bermati-matian mahukan kewarganegaraan Malaysia, tetapi sepatah haram cakap Melayu pun tak tahu. Dan bila diminta menggunakan bahasa Melayu dengan pantas mereka menuding jari rasis kepada kita!

Saya berpendapat ada sesuatu yang tidak kena setelah 53 tahun merdeka Perhimpunan Agong UMNO masih terpaksa bercakap dan berbahas isu yang sudah jelas. Isu yang wajar diperkatakan 50 tahun dahulu, bukan sekarang! Mungkin kita perlu merombak semula kaedah pembelajaran tatanegara dan ketamadunan tanah Melayu disekolah-sekolah. Mungkin kita perlu bertegas mengujudkan sekolah satu aliran sahaja, iaitu aliran kebangsaan menurut Perlembagaan. Mungkin sudah tiba masanya tiap warga yang tidak tahu berbahasa Melayu dikaji semula kewargangeraan nmereka. Mungkin kita perlu bertindak tegas termasuk melucutkan kewarganegaraan mereka yang sentiasa mempertikai dan memperlekeh hak dan kedudukan istimewa Islam/ Melayu dalam negara ini!

Seperkara lagi yang perlu yang ingin saya kemukakan ialah isunya sekarang bukan soal hak dan kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan. Hak dan kedudukan istimewa itu jelas. Dan memang siapa pun tidak boleh merombak kedudukan Perlembagaan itu kecuali dengan izin dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

Yang menjadi isu dan persoalannya ialah penterjemahan dan perlaksanaan hak dan kedudukan istimewa Islam/ Melayu didalam dasar dan perancangan pemerintah. Kalau sudah begitu jelas hak dan kedudukan istimewa Islam/Melayu didalam Perlembagaan yang tidak boleh diganggu gugat, saptutnya perlaksanaan dan penterjemahannya dalam dasar dan pernancangan pemerintah juga tidak sepatutnya diganggu gugat dan dipertikaikan. Apa yang menjadi kegelisahan dikalangan umat Islam bangsa Melayu hari ini ialah ketegasan Perlembagaan itu tidak diterjemahkan didalam dasar dan perancangan pemerintah. Malah umat Islam bangsa Melayu merasa mereka kini tersisih dan dianaktirikan.

Kini umat Islam bangsa Melayu merasakan mereka saperti warga kelas kedua dalam negara tanahairnya sendiri. Malah sudah sampai keperingkat ada dikalangan umat Islam bangsa Melayu merasakan mereka teraniaya. Hari ini cukup mudah untuk menganiaya umat Islam bangsa Melayu. Cukup dengan buat lapuran, termasuk pembohongan dan rekayarsa cerita, dengan mangatakan cikgu ni rasis, polis ni buat kenyataan berbaur perkauaman, pegwaia ini anti Cina/Tamil! Tanpa periksa, tanpa menentukan kesahihan, pemerintah kelihatan mengeletar dan menggelabah. Terus kenyataan dan tindakan diambil tanpa soal pembelaan dan hak asasi para guru, polis dan pegawai-pegawai Melayu itu diberikan.

Hanya kerana ada segelintir kaum cauvinis membuat bising dan disiarkan dilaman-laman web yang anti Islam anti Melayu, tindakan segera diambil. Maka bertukarlah seorang guru Melayu, turunlah pangkat si polis Melayu, kena tindakan disiplinlah pegawai Melayu. Malah pemimpin politik Melayu sehingga dipecat digantung kerana nak mempertahankan hak dan kedudukan agama dan bangsanya!! Tetapi bila berlaku sebaliknya, begitu lemah dan lesu tindakan dikenakan terhadap orang lain.

Bila gurubesar Melayu menegur pelajar yang memang punya masalah disiplin, lapuran dibuat kononnya guru itu rasis, akhirnya guru Melayu itu dikenakan tindakan ditukar jawatan. Tetapi bila pelajar bukan Melayu bersikap rasis dan melampau, dia sekadar diberi amaran sahaja.

Bila blogger Melayu menegur dan memperli sebuah GLC, dengan pantas dia disiasat dan diheret ke Mahkamah. Tetapi bila blogger anak Cina memaki hamun agama dan bangsa Melayu, kita terketar-ketar takut mengambil tindakan.

Bila seorang pegawai Melayu dituduh melabel bangsa lain adalah pendatang,dengan segera tindakan diambil terhadap beliau tanpa diberi peluang membela diri. Tapi bila Ketua Wanita parti Cina melabel Melayu sebagai pendatang, dia kekal dalam kabinet!

Bila wartawan Melayu menyamar masuk gereja untuk menyiasat gejala murtad, bisinglah puak-puak cauvinis ini menuntut wartawan berkenaan memohon maaf. Kelamkabutlah pihak polis buka kertas siasatan dan memanggil mereka ke balai. Tapi bila wartawan Cina menyamar bertudung menyusup masuk kedalam majlis tertutup orang Melayu dan membuat lapuran rasis, tiada langsung tindakan diambil terhadap beliau. Malah dikatakan itu kaedah kewartawanan yang sangat beretika!!

Bila anak Melayu dituduh mencemar gereja, lantas mereka dikenakan hukuman penjara bertahun. Tetapi bila anak Cina membaling botol arak dan mencemar surau dengan cat merah, mereka diberi kemaafan dan sekadar didenda!

Bila seorang dua anak Cina dan India lulus cemerlang tapi tak dapat tempat di IPTA, atau tidak mendapat biasiswa, mereka melalak macam nak runtuh langit konon teraniaya. Tapi bila ramai anak Melayu yang cemerlang tidak mendapat tempat di IPTA atau biasiswa, sunyi sepi negara macam baru dilanggar garuda walaupun itu sebenarnya hak Perlembagaan si anak Melayu. Bila seorang anak Cina cemerlang di universiti, mereka memekak dan bergendang sakan, tapi bila anak Melayu menjadi pemidato debat terbaik dunia tidak siapa peduli.

Hari ini, institusi Raja-Raja Melayu mereka berani pertikai. Mahkamah Syariah dan institusi Islam mereka perlekehkan. Institusi-institusi pemerintahan mereka hina dinakan. Institusi Polis, SPR, SPRM, dan banyak lagi menjadi bahan cemuhan mereka. Hanya kerana seorang anak Cina mati terjun tingkap, habis institusi pemerintah disingkap.

Memang benar ada segelintir Melayu haprak yang bersedia menjadi barua dan balaci mereka. Sehingga sanggup menggadai agama dan bangsa mereka sendiri. Jangankan keluarga jadi pertaruhan politik, nama Tuhan pun jadi bahan lelongan. Tetapi dimana bangsa dan tamaddun pun pasti ada bangsat-bangsat sikitol ini. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan.

Apa yang penting ialah hak dan kedudukan istimewa Islam dan Melayu, yang terpahat kemas didalam Perlembagaan, yang tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak pun, sepatutnya diterjemahkan kedalam bentuk poerlaksanaan, dasar dan perancangan negara dan pemerintah. Anak Melayu tidak sepatutnya menagih simpati untuk mendapat biasiswa atau temoat di IPT dalam atau luarnegara. Bila mereka layak sahaja biasiswa oatut diberi secara automatik. Para penjawat awam yang mempertahankan hak dan kedudukan istimewa Melayu Islam tidak sepatutnya dikenakan tindakan, malah patut dihargai keberanian dan ketegasan mereka. Mereka yang memperikai hak dan kedudukan istimewa Islam/ Melayu hendaklah dikenakan tindakan tegas, termasuk dikenakan pendakwaan menderhaka dan treason, dan jika terbukti melampau, tindakan melucutkan kewargaenegaraan mereka hendaklah diambil, tidak kira dia bangsa Melayu atau bukan.

Pendekkata apa yang penting sekarang bukan soal mempertahan atau membela hak dan kedudukan istimewa Islam dan Melayu saperti yang terpahat didalam Perlembagaan, tetapi ini adalah masa menterjemahkan hak dan kedudukan istimewa itu dalam segala dasar dan perancangan negara. Janganlah ia hanya cantik didalam Perlembagaan sebagai hiasan sejarah, tetapi cacat dan hodoh dari segi perlaksanaan.

Semoga ALLAH menyelamatkan bangsa Melayu beragama Islam dari kehancuran mereka ditanah air sendiri, sebagaimana yang telah berlaku dibanyak negara umat Islam yang lain.

"Jika kamu tidak mengubah nasib kamu sendiri, maka Aku tidak akan mengubah nasibmu". Nasib dan masadepan bangsa Melayu terletak ditangan mereka sendiri. Ayuh bangkitlah dan poerjuangkanlah hak dan kedudukan kamu sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
16 Zul Qaedah 1431
24 Okt 2010

21 October 2010

TRANSFORMASI MELAYU?

Salam 2 all.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersidang kepada ahli dan kepimpinan UMNO. Kelihatan topik yang yang menjadi tumpuan adalah persoalan tranformasi bangsa Melayu, terutamanya dalam menghadapi pilihanraya akan datang dengan tujuan untuk memastikan tunggak pemerintahan kekal kepada bangsa Melayu.

Saya tertarik dengan ungkapan dan kenyataan bahawa bangsa Melayu perlu berubah dan menerima hakikat lanskap politik negara sudah berubah. Untuk mengekalkan kuasa, bangsa Melayu perlu berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, kerana tanpa sokongan mereka senario mengerikan dijangka berlaku; UMNO mungkin hilang lebih 50 kerusi Parlimen!

Saya ada membuat kenyataan ringkas didalam tweet "umat Islam tidak memerlukan sokongan kafir, sebaliknya kita memerlukan sokongan ALLAH. Jagalah hablumminallah, pasti ALLAH akan jaga hablumminannas".

Saya tidak menafikan bahawa negara ini walaupun majoritinya bangsa Melayu, tetapi terdapat jumlah bukan Melayu yang agak signifikan. Dan kehadiran mereka boleh memberi impak kepada suasana politik negara; kerana mereka juga adalah pengundi berdaftar. Ia tidak bermaksud kita mesti mengenepikan mereka, apatah lagi menganaktirikan bukan Islam. Buka itu maksudnya.

Apa yang saya maksudkan didalam mesej tweet tersebut ialah walaupun undi bukan Islam itu penting, tetapi kita umat Islam tidak perlulah terhegeh-hegeh sampai menggadai aqidah, prinsip dan perjuangan kita semata-mata untuk mendapat undi mereka.

Ini sampai anak bini pun digadai-politikkan, arak yang jelas haram kini halal hasilnya, kuil hindu nak bina diperumahan umat Islam pun wokey, sampai nama ALLAH pun nak jual jugak!! Sehingga hak dan kedudukan kita sendiri terhakis. Umat dan bangsa sendiri terasa saperti di anaktirikan. Mempertahan dan membela bangsa dan agama kini menjadi saperti satu dosa besar didalam tanah air sendiri! Sehingga dikenakan tindakan dan pendakwaan. Namun apabila orang lain memaki hamun dan menghina kita, semuanya halal dan boleh sahaja atas nama nak tarik undi dan sokongan mereka.

Itu yang saya maksudkan bahawa yang lebih penting untuk kita ialah sokongan dari ALLAH. Maksud sokongan ALLAH ini ialah kita jaga hablumminallah. Jaga hubungan kita dengan ALLAH dalam semua aspek. Dan kita bantu agama ALLAH. "Intan surullah hayansurkum, wayusabbit aqdaamakum-jika kamu membantu agama ALLAH, maka ALLAH pasti akan membantu kamu".

Dan apabila kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH, memastikan aqidah terpelihara, hukum hakamNya kita laksanakan, suruhanNya kita laksanakan, laranganNya kita tinggalkan, insyallah pasti ALLAH akan menolong kita. Dan termasuk dalam hablumminallah ini ialah melaksanakan perintah ALLAH supaya kita memelihara dan menjaga kebajikan golongan bukan Islam. Hak beribadah mereka, keperluan asasi mereka, masalah kesihatan mereka, pendidikan dan pelajaran anak-anak mereka, perumahan dan kelengkapan mereka; ini semua adalah tanggungjawab yang telah ALLAH pikulkan keatas bahu kita golongan muqmin.

Diwaktu yang sama, kita mesti melaksanakan pemerintahan dan kepimpinan dengan adil dan saksama. Menjauhkan diri daripada sikap takabbur dan tinggi diri. Menghalang diri daripada 'amalan rasuah dan salahguna kuasa yang dikutuk ALLAH. Dan menjalani kehidupan menurut saperti Rasulullah dan para sahabat.

Kalau ini semua kita lakukan, kalau hablumminallah, hubungan dengan ALLAH kita pelihara; maka yakinlah, ALLAH akan memelihara hablumminannas..hubungan kita dengan manusia. ALLAH akan campakkan perasaan gerun  dan hormat musuh kepada kita. ALLAH adalah tuanpunya hati manusia, dan Dia boleh menterbalikkan hati manusia kepada kita jika Ia menghendaki. Itu adalah kuasa mutlak ALLAH.

Nasihat saya kepada diri sendiri dan sahabat saudara semua, janganlah kita terpedaya dengan dakyah bahawa yang menentukan kekuasaan kita ialah undi manusia; apatah lagi undi daripada bukan Islam. Bukan. Ianya adalah ketentuan ALLAH, penentuannya datang daripada ALLAH. Jika ALLAH menghendaki, pasti akan diberikannya pemerintahan dan kekuasaan itu kepada kita. Dan sudah pasti ALLAH akan mewariskan kepimpinan manusia kepada kita, sekiranya kita menepati syarat-syarat untuk menerima kepimpinan itu daripada ALLAH. Dan kepimpinan yang datang daripada anugerah ALLAH itu sudah pasti adalah kepimpinan yang diberkatiNya. Dan untuk memenuhi syarat mendapat nasrullah dan bantuan ALLAH ini, hablumminallah, hubungan dengan ALLAH itu mestilah dijaga dan dipertahankan..at all cost!!

Pada saya, tranformasi bangsa Melayu akan lebih meyakinkan dan mendapat keberkatan dan nasrullah hanya apabila bangsa Melayu kembali kepada Islam. Saperti yang pernah saya sebut sebelum ini, kekuatan bangsa Melayu letaknya pada huruf 'Mim', kerana "Mim" lah yang melengkapkan Melayu. Tanpa huruf "Mim", yang tinggal hanyalah "Lam Alif Ya Wau" - Layu!!

'Mim' itu adalah Muslim. Melayu yang benar-benar Muslim akan menjadikan bangsa itu kuat. Dan apabila bangsa itu meninggalkan Islam, ia akan layu tanpa meninggalkan kesan. Ingatlah pesan ALLAH, "kuntum khoira ummatin ukhrijat linnas; ta' muru nabil ma'ruf, wayanhau na 'anil mungkar, watu' minu nabillah". Kamu akan menjadi contoh ikutan manusia, apabila kamu menyeru manusia kepada yang ma'ruf, dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada ALLAH.

Selamat bersidang.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

19 September 2010

TAZKIRAH BUAT MELAYU!


(Keris Taming Sari yang diguna Hang Tuah membunuh Hang Jebat)

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan artikel tulisan Datuk Mohd. Ariff (bekas ADUN Pulau Manis) di www.sakmongkol.blogspot.com mengenai kedudukan dan keadaan bangsa Melayu hari ini.

Saya bersetuju sangat dengan pandangan beliau. Pada saya, tindakan UMNO baru-baru ini menolak sebarang hubungan atau kerjasama dengan Perkasa adalah satu tindakan menggali kubor sendiri. Kata omputeh, "it's a self destructive move!". UMNO dilihat sebagai Si Tanggang yang lupa asal usulnya. Bukan itu sahaja, UMNO kini dilihat sebagai Hang Tuah yang menggunakan keris Taming Sari membunuh sahabatnya sendiri Hang Jebat!!

UMNO perlu sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Melayu. Tanpa Melayu tiada UMNO, tapi tidak semestinya tiada UMNO hilang Melayu. UMNO perlukan sokongan Melayu, disitulah power base bagi UMNO. Itu adalah sifir politik yang budak Tadika Kemas pun boleh nampak.

Sebagaimana PAS harus sedar bahawa ia adalah sebuah parti politik yang berteraskan Muslim. Tanpa Muslim tiada PAS, tetapi tidak semestinya tiada PAS hilang Muslim. PAS perlukan sokongan Muslim, disitulah power base bagi PAS. Itu adalah sifir politik yang budak Pasti pun boleh nampak.

Tetapi hari ini, UMNO mengenepikan Melayu demi mengejar undi Cina! PAS mengenepikan Muslim demi mengejar undi Cina!

UMNO - Melayu = Cina!
PAS - Muslim = Cina!
Yang rugi Melayu Muslim, yang untung jelas siapa dia!!

Berbalik kepada UMNO, adalah tidak logik dan bertentangan dengan aqal yang waras kalau UMNO bertindak menolak kerjasama dengan sebuah badan saperti Perkasa yang memperjuangkan hak dan kedudkan bangsa Melayu. Apatah lagi jika pendirian itu dibuat kerana tekanan dan kehendak parti bukan Melayu.

Perkasa adalah umpama Hang Jebat bagi orang Melayu Muslim hari ini. Ia cuba mempertahankan hak dan kedudukan Melayu Muslim, membela bangsa dan agama yang dikhianati oleh parti-parti politik Melayu Muslim. Sebaliknya perjuangan murni itu ditikam oleh keris pedang parti-parti politik Melayu Muslim yang begitu ketakutan kehilangan undi dan sokongan kaum Cina. Akhirnya nanti, kedua-duanya akan berputih mata! Yang dikejar tak dapat, yang dikendung akan berciciran!

Sepatutnya dalam keadaan sekarang, UMNO mengambil pendekatan merangkum dan menjalin hubungan dengan mana-mana pihak yang boleh menobatkan bangsa Melayu Muslim semula sebagai kuasa unggul Tanah Melayu ini. Samada ianya NGO, parti politik, atau mana-mana pertubuhan, gerakan dan lain-lain.

Pada saya sifir politiknya mudah. Power base di Malaysia ini terletak kepada kekuatan dan keutuhan bangsa Melayu Muslim itu sendiri. Mana-mana pihak yang dilihat menguasai politik Melayu Muslim, maka pihak itulah yang akan berkuasa. Kerana kaum bukan Melayu Muslim ini umpama semut, mana letak gula disitulah dia akan pergi. Selama ini persepsi dikalangan bukan Melayu Muslim ialah kuasa Melayu Muslim terletak pada UMNO. Sebab itulah UMNO dihurungi.

Tetapi hari ini persepsi itu sudah berjaya dipecahkan, oleh orang Melayu Muslim sendiri. Kini mana-mana orang bukan Melayu Muslim tahu bahawa kuasa dominan politik Melayu Muslim sudah berpecah, hampir 50:50 kepada UMNO dan PAS/PKR. Dalam keadaan itu, mereka tahu power base Melayu Muslim sudah tiada. Kuasa tunggal Melayu Muslim di Tanah Melayu kini sudah jadi satu mitos.

Oleh itu, kaum bukan Melayu Muslim sudah dapat menghidu bahawa mitos Ketuanan Melayu Muslim sudah menjadi cerita dongeng. Mereka sudah nampak bahawa bukan sahaja pneguasaan ekonomi, kini penguasaan politik juga sudah hampir berada didalam genggaman. Dan ini diperburukkan lagi bukan sahaja oleh sikap segelintir Melayu Muslim yang bersedia menjadi barua, balaci dan sikitol, tetapi juga kerana UMNO sendiri tidak juga berubah.

Keangkuhan, kesombongan, rasuah, salahguna kuasa makin parah. Ditambah pula hari ini UMNO kelihatan makin lupa asal usul. Paksi kepada sumber kekuasaan UMNO iaitu bangsa Melayu Muslim sendiri diketepikan.

Kalau dahulu memang benar UMNO mewakili suara Melayu Muslim, atau lebih tepat lagi Melayu Muslim marhaen. Sebab itu Perhimpunan Agong UMNO dihadiri oleh perwakilan dari kalangan rakyat bawahan; petani, penoreh getah, peladang, pekebun, nelayan, pemandu teksi, termasuk khususnya guru-guru. Mereka ini adalah golongan yang tiada kepentingan, mereka benar-benar membawa suara rakyat bawahan, umat marhaen. Kepentingan mereka hanya untuk melihat Melayu Muslim marhaen dibela dan dipertahankan.

Maka muncullah dasar dan polisi yang menjaga kepentingan Melayu Muslim marhaen. Ujudlah Bank Bumiputera, Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Institut Teknologi MARA, Felda, Felcra, Risda, Bank Rakyat, Permodalan Nasional Berhad dengan segala skim amanahnya, dan banyak lagi institusi yang semuanya dilihat menjaga kebajikan dan kepentingan Melayu Muslim marhaen. Maka sokongan Melayu Muslim marhaen bulat kepada UMNO.

Tetapi hari ini Perhimpunan Agong UMNO dipenuhi dengan kereta mewah, perwakilannya para korporat dan teknokrat, yang suara dibawa bukan lagi suara Melayu Muslim marhaen, sebaliknya hanya untuk memastikan tembolok dan akaun bank mereka makin tebal. Muncul satu golongan baru dikenali sebagai Umnoputra; golongan yang jumlahnya sedikit tetapi mengaut keuntungan yang terlalu besar. Muncullah Renong Berhad, Fleet Group, UEM, 4 Budak Melayu, Budak Tingkat 4 dan banyak lagi kumpulan dan syarikat gergasi yang kantungnya berguni dengan duit subsidi dan kontrak projek!! Malah muncul Melayu penganggur paling kaya didunia dikalangan mereka. Kerja tiada tapi akaunnya tumbang dacing menimbangnya!!

Maka Melayu Muslim marhaen bangkit memberontak tidak berpuashati. Dan inilah isu yang dimainkan oleh pembangkang pun. Di Indonesia disebut "Kakane", KKN-Korupsi, Kulusi & Nepotis. Disamping itu pembangkang juga menakut-nakutkan golongan Melayu Muslim marhaen bahawa hak mereka juga sedang terhakis oleh golongan Umnoputra ini. Timbullah isu Felda bankrap, Felcra muflis, Mara nak bungkus, Bank Bumi sudah ghaib, baisiswa sudah hapus, dan banyak lagi isu yang menakutkan mereka. Dan saya yakin isu-isu saperti ini akan terus dipermainkan selagi UMNO tidak berubah.

Dalam keadaan itulah orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari alternatif untuk mereka. Kalau waktu ini Parti Semangat Melayu 46 masih ujud, saya percaya UMNO sudah boleh ditalqinkan. Tetapi apa nak buat. Semangat 46 pun kubur tak tahu kat mane! Jadi orang Melayu Muslim marhaen meletak harapan kepada PAS. Namun PAS pula dilihat sebagai parti yang bukan sahaja bersedia menggadai bangsanya (sehingga ada yang tidak bangga jadi melayu), malah PAS dilihat sebagai sanggup mempermainkan dan menjual agamanya sendiri. Timbul isu talaq 3, kuil diizin bina kawasan Melayu Muslim, tempat sujud ruku' boleh diceroboh kafir tanpa tutup aurat, sehinggakan nama ALLAH pun jadi bahan politik kepartian!!

Dalam keadaan orang Melayu Muslim marhaen tercari-cari inilah munculnya kumpulan saperti Perkasa, yang dilihat benar-benar berusaha mahu mempertahankan hak orang Melayu Muslim marhaen samada dari segi agama Islamnya, mahupun kedudukan dan hak keistimewaannya. Maka tidak hairanlah orang-orang Melayu Muslim marhaen, termasuk dari kedua-dua parti politik besar melayu Umno & Pas, berbondong-bondong menyertai dan menyokong Perkasa. Dalam tempoh yang begitu singkat keahlian Perkasa kini sudah menuju ke setengah juta!!

Saya percaya fenomena ini berlaku bukan kerana kehebatan Perkasa, apatah lagi Datuk Ibrahim Ali. Saya ingat kalau atas nama Tok Him mau lari orang Melayu. Tetapi kerana orang Melayu Muslim marhaen sudah tidak nampak ada harapan kepada Umno mahupun Pas. Kedua-duanya kelihatan kuno dan melepas!

Sebab itu pada saya, adalah satu kesilapan besar bagi Umno untuk menolak Perkasa mentah-mentah. Malahan sebagai satu strategi politik yang bijak dan waras, Umno sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada Perkasa, dan mana-mana Ngo dan pertubuhan yang mewakili akar umbi Melayu Muslim marhaen ini. Apatah lagi dengan kegagalan Pemuda Umno memainkan peranan yang sepatutnya. Pemuda yang dahulu terkenal dengan jolokan Singa Melayu, kini hanya menjadi kucing kurap yang lebih seronok menari gendang orang lain.

Saya lihat didalam Umno kini (termasuk juga Pas) memang ramai yang cerdik pandai, tetapi tidak bijak dan waras. Malah ada yang sudah mencecah kepada biol dan bahalul!

Sebab itu saya menyeru Umno (dan PAS) supaya balik ke pangkal jalan. Binalah semula kekuatannya sebagai "Malay-Muslim base party", yang mendapat sokongan mutlak bangsa Melayu-Muslim, terutama golongan marhaen dan bawahan. Lebih elok lagi kalau Umno dapat memperjuangkan dan memperkasakan Islam. Malah dalam kelesuan dan ketidakmayaan Pas hari ini, Umno sepatutnya merebut peluang untuk mengisi kekosongan perjuangan Islam yang ditinggalkan. Kerana tanpa Islam apa sangatlah bangsa Melayu ini. Kalau Umno boleh menukar strategi dan dasarnya sekarang, termasuk melakukan rebranding kepada beberapa slogannya yang kurang keislaman dan kemelayuannya, dan mengadakan lebih banyak dasar, polisi dan program yang lebih bersifat "Islamic & Malay Outreach", saya percaya ia boleh bangkit semula sebagai kuasa baru yang diterima oleh bukan sahaja oleh bangsa Melayu-Muslim, malah akan kembali dihurungi oleh kaum bukan melayu.

Jangan kita termasuk golongan yang disebut dalam peribahasa Melayu, "yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Terlalu mengejar sokongan dan undi bukan melayu, akhirnya sokongan dan undi Melayu-Muslim pun kehilangan.

Wassalam.

Zulkifli bin noordin
Selasa
12 Syawal 1431
21 Sept 2010