Showing posts with label Tugu. Show all posts
Showing posts with label Tugu. Show all posts

01 April 2010

AMALAN TUGU DIHAPUSKAN


Salam 2 all.

Sejak dari awal menjadi Ahli Parlimen, antara isu utama yang saya perjuangkan adalah untuk menghapuskan amalan kufur dan syirik di Tugu Negara. Ini bersesuaian dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987. Pada tiap kali mesyuarat Parlimen, pasti saya akan masukkan Usul saperti berikut (yang ini saperti yang terkandung dalam Aturan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke 12) iaitu:

"28. PR-1231-U36977
Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
menguatkuasakan keputusan daripada muzakarah Majlis Fatwa
Kebangsaan ke 19 pada 06hb - 08hb. Oktober 1987 dan mengambil
langkah serta-merta memansuhkan dan menghapuskan semua amalan
syirik dan kufur termasuk upacara bertafakur yang diadakan di hadapan
Tugu Negara sempena Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis
dan lain-lain hari peringatan atau apa jua upacara rasmi dan semua
langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan
lain-lain orang yang beragama Islam tidak dipaksa dan/ atau diarah
melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakur di
hadapan Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai syirik.
(Perdana Menteri)"

Alasan saya mengemukakan usul ini selain ianya bercanggah dengan syariat Islam, kita menyebabkan puluhan, mungkin ratusan ribu anggota keselamatan terutamanya tentera dan polis terlibat dengan amalan syirik. Bagaimana kita mahu mendapatkan anggota tentera yang berkualiti dan diredhoi serta dibantu ALLAH jika mereka dipaksa melakukan 'amalan syirik sejak puluhan tahun yang lalu. Ramai pegawai dan anggota tentera yang mengadu kepada saya tentang isu ini dan meminta saya membawanya ke Parlimen.

Ramai yang menuduh saya bermimpi disiang hari dan menyatakan bahawa usul saya itu tidak akan diterima oleh Kerajaan. Malahan jarang benar, malahan hampir tiada Usul bukan Kerajaan yang akan dibaca pun di Parlimen. Tetapi saya selalu meletakkan keyakinan bahawa tugas dan tanggungjawab kita hanya melaksanakan apa yang ALLAH perintahkan menurut keupayaan kita, samada ianya tercapai, dilaksanakan atau tidak itu ketentuan ALLAH jua.

Selain membawa isu ini dalam bentuk usul ke Parlimen, saya juga sering mengemukakan soalan bertulis dan membangkitkannya dalam bentuk bahas dan lain-lain. Saya juga mengambil inisiatif berjumpa dengan YB Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai untuk meyakinkan mereka supaya amalan ini dihapuskan.

Alhamdulillah saya ucapkan syukur kepada ALLAH kertana akhirnya tercapai juga perjuangan kecil saya apabila Menteri Pertahanan & YB Menteri JPM (Bahagian Hal Ehwal Islam) iaitu YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YB Senator Datuk (BG) Jamil Khir Baharom telah mengadakan beberap[a siri perbincangan dan mesyuarat membincangkan isu ini.

Akhirnya semalam Kerajaan telah mengumumkan bahawa berkuatkuasa tahun ini, semua acara sambutan Hari Pahlawan yang kebiasaannya diadakan di Tugu Negara akan dimansuhkan dan acara itu ditukar ke tapak baru di Putrajaya (tanpa sebarang tugu atau patung). Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan khususnya YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YB Senator Datuk Jamil Khir Baharom atas keputusan itu. Saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia akan mengambil langkah sama. Insyallah saya akan usulkan kepada YB Menteri Dato' Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Musa Hassan dalam masa terdekat ini, mungkin  juga hari ini semasa peringkat Menteri menjawab Bahas Titah DiRaja.

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
17 Rabi'ul Awal 1431
01 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada akhbar The Star hari ini Khamis 01.04.2010)

National Monument not suitable venue for Warriors Day

WARRIORS Day will not be held at the National Monument as the National Fatwa Council has found the venue unsuitable for the celebration, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Jamil Khir Baharom.

The council found the venue unsuitable because the monument was in the form of human statues, he said.

“The Fatwa Council’s guidelines say that the venue should not have items in the shape of humans, as this can be controversial,” he told reporters at the Parliament lobby.

Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said a Warriors Square would be built on a permanent site in Putrajaya for future celebrations.

“We will not celebrate Warriors Day at the National Monument on July 31. This is to abide by the decision made by the National Fatwa Council,” he said.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Ringkasan sejarah Tugu Negara)

Tugu Negara dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960. Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam. Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar. Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci. Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta. Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia. Di sebelah selatan tembok asas tugu terukir di kiri kanan lambang itu, di mana sebelah kanan adalah tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan sebelah kiri tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris.  
Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu. Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang pengganas komunis.

Bagi menambah keindahan tugu ini, kolam separuh bulat telah dibina di kiri dan kanannya. Di dalam kolam itu, terdapat bunga teratai yang diperbuat daripada timah putih dan hitam dari Selangor dengan pancutan air yang boleh bertukar warna. Kawasan taman di sekeliling Tugu ditanam dengan pelbagai jenis pokok yang terdapat di Malaysia seperti pokok cemara, tembusu, kemboja dan sebagainya. Tugu tersebut lebih menarik lagi dengan adanya air terjun rekaan manusia sepanjang 165m yang mengalir dari atas bukit ke dalam 4 kolam yang pelbagai bentuk.

Tugu Peringatan ini dibina bagi mengingatkan kita kepada perwira-perwira yang telah terkorban mempertahankan tanah air semasa peperangan Dunia Pertama dan Kedua. Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Ia telah direka oleh pengukir terkenal Amerika Syarikat, Felix de Weldon. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.