Showing posts with label Surya. Show all posts
Showing posts with label Surya. Show all posts

30 September 2013

SURYA BUMI KEHANCURAN!

Menara Putih, Masjid Umayyad, Dimasyq, Surya
Salam 2 all.

Hadith riwayat Bukhari & Muslim daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah saw bersabda; "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia bersatu datang mengerumuni dan membantai kamu (umat Islam) bagaikan orang yang hendak makan talam hidangan". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana jumlah kami sedikit Ya Rasulullah?".

"Tidak, bahkan kamu terlalu banyak. Tetapi kamu umpama buih dilautan. ALLAH akan mencabut perasaan takut dihati musuh terhadap kamu, dan ALLAH campakkan perasaan wahan didalam diri kamu".

Seorang sahabat bertanya, "apakah itu wahan Ya Rasulullah?"

"Hubbud dunya wakaro hiyatul maut - terlalu cintakan dunia dan terlalu takut mati!".

Sebenarnya itulah yang sedang dilalui oleh umat Islam seluruh dunia hari ini.

Negara paling kaya ialah umat Islam, dengan kekayaan emas hitam yang ALLAH anugerahkan, negara umat Islam menjadi terlalu kaya. Bangunan tertinggi didunia ialah di bumi umat Islam. Dahulu Menara Berkembar Petronas di Malaysia setinggi leboh kurang 800m, kemudian kini diikuti oleh Burj Al-Khalifa di Dubai setingga hampir 1000m atau 1km. Dan terbaru sedang rancak dibina di Jeddah melebihi satu kilometer!

Malah Masjidil Haram dan Baitullah menjadi kerdil dibayangi Menara Zam-Zam dan jam terbesar didunia!

Tetapi di bumi umat Islam lah keadaan yang paling bergelora dengan pembunuhan dan pergaduhan hampir tiap hari. Tidak dinamakan Pakistan kalau tidak keluar berita pengeboman di masjid dan tempat awam. Calon Perdana Menterinya sendiri Benazir Bhutto mati berkecai akibat dibom!

Afghanistan, Iraq, Libya, muncul berita mengenainya hampir tiap hari muka hadapan media dunia akibat persengketaan dan pembunuhan sesama sendiri.

Libya, Tunisia, Iraq, Afghanistan dan kini Mesir sudah hancur lebur. Manakala umat Islam di Selatan Thailand, Selatan Filipina menjadi mangsa rakusan kuffar hampir setiap hari.

Umat Islam Palestin, samada di Gaza, Tebing Barat, Hebron, termasuk Baitul Maqdis diperlakukan seperti haiwan oleh kuffar tanpa belas kasihan lagi.

Subhanallah! Sadaqa Rasulullah saw! Benar sabda Nabi saw bahawa kelak nanti umat Islam akan dilayan seperti haiwan!

Hari ini umat Islam memang dilayan seperti haiwan. Ada tempat dimana anjing dan haiwan lain boleh melalui pemeriksaan imigresen dan kastam dilayan dengan penuh kemuliaan, dijaga hak asasi haiwan-haiwan ini. Tetapi kalau membawa nama Islam, ada bin atau binti, bertudung, berserban, berjambang janggut, apatah lagi berjilbab; anjing pun akan sedih duka melihat cara umat Islam dilayan.

Ada yang dihalau keluar daripada sekolah dan pejabat, ada yang dipecat daripada pekerjaan, ada yang tempat kediamannya diselongkar, pergerakan dan kehidupan umat Islam dipantau dengan kamera CCTV, ada yang dibunuh dan dilonggok macam tin sardin sahaja, semuanya atas nama memerangi keganasan, terorisma.

Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Anas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda; "akan datang suatu masa nanti dimana seseorang mukmin itu lebih hina daripada domba".

Kita sedang melalui zaman itu sekarang. Tetapi malang terlalu ramai umat Islam yang tidak menyedarinya, samada kerana terlalu sibuk mengejar dunia, atau tidak mahu campurtangan, tidak mahu ambil tahu, kerana takut kehilangan kedudukan, jawatan dan nikmat duniawi yang sedang dikecapi!

Kuffar telah berjaya memusnahkan kesatuan, perpaduan dan persaudaraan umat Islam seluruh dunia. Ukhwah Islamiyyah hanya tinggal slogan menyambut maulid atau Ma'al Hijrah. Hakikatnya kita umat Islam yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat, Satu Aqidah; tetapi berpecah malah berbunuhan sesama sendiri sehingga membolehkan kuffar menyusup masuk ke negara umat Islam dan menundukkan mereka seperti haiwan!

Terkini, bumi anbiya' Syam, atau dikenali sebagai Surya sedang didalam proses untuk diterkam dan dihancurkan oleh kuffar, dengan dibantu samada secara langsung atau tidak langsung oleh umat Islam sendiri!

Maqam Nabi Zulkifli a.s, Dimasyq
Bumi Syam dikenali sebagai bumi anbiya', bumi para Nabi utusan ALLAH. Daripada Antokiah dan Halab di utara Syria, sehingga ke Dimasyq (Damsyik), sejarah peninggalan para Nabi begitu jelas. Kalau kita melalui perjalanan darat dengan kenderaan, sepanjang jalan kita akan dapat lihat perkuburan para Nabi ini melalui kubah-kubah hijau diatas perkuburan tersebut. Samada kubur anak Nabi Adam a.s di Pergunungan Ruknuddin, Maqam Nabi Zulkifli a.s di perkampungan Ruknudin, Maqam Nabi Yahya di dalam Masjid Umayyad dan ramai lagi.

Malah ahlul-bait, ahli keluarga Rasulullah saw dan para sahabat besar Baginda juga ramai disemadikan di bumi Surya. Termasuk kuburan sahabat yang dijamin syurga seperti Saidina Bilal Bin Rabbah r.a, Saidina Khalid Al-Walid Saifullah r.a.

Dan juga kubur para pejuang dan khalifah Islam seperti Sultan Salahudin Al-Ayubi yang dikebumikan diperkarangan Masjid Umayyad, Dimasyq.

Dan ketiga-tiga agama wahyu, iaitu Islam, Yahudi dan Nasara mempercayai bahawa diakhir zaman, Nabi Isa a.s akan diturunkan disebuah menara putih di sebuah masjid di Dimasyq. Ramai yang yakin dan percaya menara putih yang dimaksudkan itu ialah Menara 'Isa di Masjid Umayyad (gambar atas).

Umat Islam mempercayai Nabi Isa a.s akan diturunkan untuk memperbetulkan semula aqidah manusia yang rosak kerana mengangkat Baginda sebagai Anak ALLAH; dan memimpin tentera umat Islam dibawah Imam Mahdi untuk menghancurkan Dajjal dan tenteranya terdiri daripada kalangan Yahudi;

Umat Nasara mempercayai Nabi Isa akan diturunkan sebagai penyelamat, Messiah the Saviour untuk mereka, dan menghancurkan manusia yang menolak ketuhanan Salibiah!

Umat Yahudi pula mempercayai Nabi Isa akan diturunkan untuk menghancurkan mereka, kerana Yahudi lah yang telah 'membunuh' Nabi Isa a.s dengan menyalib Baginda mengikut iktikad dan kepercayaan Kristian.

Maknanya bagi kesemua penganut agama wahyu, bumi Surya adalah bumi penentu bagi nasib mereka. Masing-masing ada kepentingan iktikad dan keagamaan untuk memastikan bumi Surya duduk dibawah genggaman atau kekuasaan mereka.

Bermakna kesemuanya mempercayai pemerintah bumi Surya yang menguasai Dimasyq adalah penentu kepada halatuju tamadun kemanusiaan, dan bumi Syam ini adalah permulaan kepada aakhirul zaman - permulaan kepada tamatnya era kemanusiaan di muka bumi ini.

Itulah muqaddimah yang ingin saya sampaikan, supaya umat Islam memahami konflik ciptaan zionis dan barat yang sedang berlaku dihadapan mata kita di Surya, yang dikenali di barat sebagai Syria.

Modus operandi mereka sama sahaja sebagaimana yang mereka berjaya lakukan dengan jayanya dahulu di bumi umat Islam samada di Hijjaz, Usmaniah, Andalusia, India dan Melayu Nusantara. Bumi pemerintahan Islam itu kini sudah hancur dan terhapus daripada peta dunia.

Bumi Hijjaz berpecah menjadi Arab Saudi, Jordan, Emiriyah Arab, Mesir, Afrika dan lain-lain;

Bumi Usmaniah berpecah menjadi Turki, Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, Turkmenistan, Kurdistan, Bosnia-Herzgovina, Eropah Timur dan lain-lain!

Bumi India berpecah menjadi India dibawah pemerintahan penganut hindu, dan Pakistan, Bangladesh!

Bumi Melayu-Nusantara berpecah menjadi Tanah Melayu, Brunei, Indonesia tetapi kekal dibawah pemerintahan umat Islam. Tetapi umat Islam nusantara lain kini dibawah pemerintahan bukan Islam seperti di Thailand, Filipina, Singapura, Kampuchea; dan kebanyakkan mereka hidup dalam kezaliman atau penganiayaan!

Dalam dunia moden kini, mereka berjaya memecahbelahkan umat Islam. Kini Libya sudah hancur, Iraq sudah musnah, Mesir sudah punah, Surya menunggu masa untuk diratah.

Dari dahulu sehingga kini, mereka memulakan gerakan kehancuran umat dengan melaga-lagakan umat Islam samada atas perbezaan mazhab, fahaman sunni-syiah, perbezaan fahaman politik atau berebut kedudukan, jawatan dan habuan. Dan apabila proses melaga-lagakan itu berjaya, mereka akan dengan mudah menyusup masuk atas alasan misi bantuan kemanusiaa, pasukan pengaman, penasihat keselamatan, pembawa modal pembangunan dan macam-macam lagi.

Akhir kalam umat Islam hancur, agamanya rosak, aqidahnya musnah, negaranya ranap!

Sebab itu saya berpesan kepada diri saya dan seluruh umat Islam seantero dunia, janganlah mudah terpedaya dengan mainan propaganda media barat yang mendakwa kononnya pertelingkahan di Syria adalah antara puak syiah dan sunni. Dan dakwaan konon Presiden Bashar adalah daripada syiah Alawiyyah yang mahu menghapuskan kaum sunni.

Sebenarnya ini adalah satu dakwaan yang ternyata satu penipuan dan penuh pembohongan!

Saya sendiri pernah berada di bumi Surya, termasuk di Dimasyq (Damsyik), Hom dan Halab (Aleppo). Saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan umat Islam disana sangat aman dan harmoni.

Malah kita tidak berasa pun berada dibawah pemerintahan selain orang Islam. Masjid sunni, sebagaimana masjid syiah, masjid wali dan lain-lain bercambah begitu banyak di bumi Surya, bumi anbiya'. Malah masjid terbesar dan tertua di Dimasyq, Masjid Ummayad, yang disebut sebagai masjid keempat mulia dalam Islam (selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa) juga adalah masjid ahlus sunnah.

Perkuburan ahlul bait termasuk para sahabat utama Rasulullah seperti Saidina Bilal r.a dan Saidina Khalid Al-Walid bukan sahaja tidak dimusnahkan oleh Kerajaan Surya, malah dijaga begitu rapi.

Bersama para ulama Surya
Saya juga punya ramai sahabat disana terdiri termasuk seorang ulama sunni menjawat jawatan Mufti Dimasyq Sheikh Fatah Al-Bazim. Malahan ulama tersohor sunni Sheikh Wahbah Az-Zuhaili, pengarang kitab terkenal Fiqh al-Islami wa Adillatuhu al-Juz' al Thalith menetap dan punya masjid dan pusat pengajian di Dimasyq.

Beribu pelajar Malaysia fahaman sunni yang telah dan sedang mengikuti pengajian di Surya. Malahan ada yang dibiaya oleh institusi-institusi di Surya. Saya tidak pernah dengar adanya pelajar Malaysia dianiaya atau dizalimi Kerajaan Surya samada semasa dibawah pemerintahan Allahyarham Presiden Hafiz Al-Assad, mahupun anaknya sekarang Presiden Bashar Al-Assad.

Malah isteri Presiden Bashar bernama Asma Akhras Al-Assad adalah seorang sunni. Asma dilahirkan daripada keluarga sunni warga Britain, dibesarkan di Britain dan lulusan Kings College London. Seorang ahli perbankan antarabangsa sebelum mengahwini Bashar!

Jadi dimana yang dikatakan Bashar zalim terhadap penganut sunni?

Ini semua mainan propaganda barat yang mahu melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya yang lemah nanti ialah negara Islam. Syria satu-satunya negara umat Islam yang menjadi ancaman kepada kewujudan negara haram zionis Israel. Syria mempunyai angkatan tentera yang boleh menggugat rejim haram Israel. Malahan sumber bekalan air yang utama bagi negara Israel datangnya dari bumi Syria yang mereka rampas di Bukit Golan.

Sudah-sudahlah tu. Berapa lama kita umat Islam mahu diperbdohkan oleh kuffar. Tengok bagaimana ada parasit-parasit yang berjaya dipekaldaikan oleh kuffar dalam negara kita; sehingga mereka sudah tidak tahu nak membezakan antara aqidah dan siasah, antara yang Islam dan kafir. Hingga mereka lebih rela bersahabat dan bersaudara dengan syaitan dan harbi semata-mata untuk mendapat undi dan memenangi kerusi. Sehingga sanggup meludah mana-mana umat Islam yang membawa agenda perpaduan dan ukhwah siasah syara'iah!

Saya tidak kata Syria tidak ada masalah. Saya tidak kata Presiden Bashar Al-Assad itu sempurna. Mereka mungkin ada masalah; mereka mungkin tidak sempurna. Tetapi itu adalah masalah dalaman mereka yang perlu mereka selesaikan secara muafakat dan husnul zan. Bukan dengan cara memberontak, apatah lagi mengangkat senjata.

Dan lebih malang kalau puak yang bertelingkah 'menjemput' pihak asing datang 'membantu'. Kita sendiri membuka pintu merobohkan kedaulatan negara. Akhirnya yang menerima bahananya ialah rakyat sendiri. Mana mungkin 'negara asing barat' mahu membantu secara percuma; tanpa sebarang kepentingan atau agenda mereka sendiri. Janganlah lupa amaran ALLAH dalam Surah Al-Baqarh:120!

Itulah punca runtuhnya Kerajaan Islam Andalusia. Itulah punca hancurnya Khilafah Uthmaniyah. Malah itulah punca kejatuhan Kesultanan Islam Melaka.

Akibat kejatuhan Andalusia, akhirnya menjadi negara kuffar Sepanyol dibawah pemerintahan raja kristian Ferdinand dan Isabella.

Diatas kehancuran Kerajaan Islam Usmaniyah, muncul negara sekular Turki dibawah pemerintahan pepatung Barat Mustafa Kamal Attarturk.

Akibat kehancuran Kerajaan Islam Melayu Nusantara, akhirnya penganut empayar kristian British menjadi pemerintah.

Bukalah mata, besarkan jiwa, segarkan minda; sejarah sudah tercatat bagaimana kita hancur oleh kerana tiadanya lagi ukhwah dan kesatuan umat. Kita bertelingkah dan bertengkar atas perkara furuq; malah sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan!

Semuanya atas nama demokrasi ciptaan zionis barat, atas nama kebebasan tanpa batas, atas nama hak asasi kemanusiaan bertunjangkan kehaiwanan. Kita mengejar habuan dunia, kedudukan, jawatan! Dan kita takut kehilangan semua itu.

Kita sudah menjadi umat hubbud dunya wakaro hiyatul maut. Dan ALLAH telah mencabut perasaan gerun dan takut musuh kita, malah kini musuh tanpa segan silu dan dengan berani dan secara terbuka meratah dan menjamah kita.

Walaupun negara umat Islam kaya-raya dengan hasil minyak bernilai trillion, walaupun umat Islam ramai dengan jumlah mencecah billion; tetapi kita sekadar menjadi buih pandiran memerhati saudara seagama dan satu aqidah dilayan seperti haiwan, dimamah dan diratah tanpa belas ihsan.

Bersatulah wahai umat Islam. Kembalilah kepada Al Quran. Sesiapa sahaja yang berpegang kepada lafaz La ila ha illallah - yang mengangkat syahadah dan mempersaksikan Tidak ada Tuhan melainkan Allah Maha Esa, mereka adalah saudara kita dan wajib kita pertahankan mereka.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
24 ZulQaedah 1434
30 Sept 2013

19 September 2013

JIHAD DI SYRIA SATU PEMBOHONGAN?



Kenyataan Sheikh Salahudin Ebrahim, Imam Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis yang menegaskan dakwaan berjuang di Syria satu jihad adalah satu penipuan dan pembohongan besar!
https://www.youtube.com/watch?v=AfzbbHTB4NM

Salam 2 all.

Alhamdulillah, sahabat saya saudara Mohamat Abrahim daripada Afrika Selatan telah mengirim transkrip dibawah berserta dengan klip video wawancara yang diterbitkan oleh Islam TV Channel yang dipetik daripada laman sesawang https://www.youtube.com/user/Syria4YouandMe.

Videoklip tersebut adalah petikan wawancara dengan Sheikh Salahudin Ebrahim, salah seorang Imam Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis yang mengupas isu peperangan di Surya (harap perbetulkan sebutan anda kepada Surya, bukan Syria seperti yang disebut oleh Barat. Surya adalah sebahagian daripada negeri Syam didalam Sirah Rasulullah saw).

Sheikh Salahudin ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mendakwa kononnya menentang kerajaan Bashar Al-Assad di Surya adalah satu jihad fi-sabilillah dan mereka yang menyertai peperangan itu adalah mujahidin yang jika mati dikira mati syahid dan mendapat tempat di syurga, na'uzubillah.

Sheikh Salahudin Ebrahim dengan jelas menegaskan bahawa dakwaan jihad itu satu pembohongan. Sebenarnya kata beliau, ianya adalah peperangan yang dicetuskan dan dibiayai oleh yahudi zionis dengan tujuan untuk melemahkan kedudukan dan kekuatan tentera di negara-negara Islam rantau Teluk dan Timur Tengah bagi menjaga kepentingan zionis Israel dan Amerika Syarikat serta barat.

Sebaik sahaja mendapat klip video (serta menontonnya) dan transkrip tersebut daripada sahabat saya itu, saya terus menghantar komen seperti berikut:

"Jazakallah khair Brother Mohamat. May ALLAH blessed all your good effort. I will publish this in my blog insyallah. Sheikh Salahudin was right. How can a Muslim claim to be mujahidin when they are killing another Muslim Brother who recite the same syahadah. We have been successfully divided by the kuffar, to the extent that we kill our own Brother. Even in peaceful Muslim country like Malaysia, there are some political bigotaries who claim that Christian can use the kalimah ALLAH as trinity god three-in-one and refused to forge ukhwah with another Muslim, but instead forged unholy alliance with harbi to topple a Muslim dominated government.

This is political expediency to the highest degree, just for the sake of getting votes so that they can win election! May ALLAH guide us, and we are lucky to have Sheikh Imran as our guidance and teacher who steadfastly hold to the true Islamic teaching regardless of what some bigotaries wants to say. We need more ulama' like Sheikh Imran and Sheikh Salahudin in this age of fitan".

Terjemahan:

Jazakallah khair sdr Muhammad. Semoga ALLAH memberkati segala usaha baik saudara. Saya akan siarkan ini di blog saya insyallah. Kenyataan Sheikh Salhudin itu benar. Bagaimana mungkin seorang Muslim boleh mengaku sebagai mujahidin apabila hakikatnya mereka sedang membunuh seorang Muslim lain yang melafaz syahadah yang sama. Kuffar telah berjaya memecah-belahkan kita umat Islam, sehingga kita sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Malah dalam negara umat Islam yang aman seperti di Malaysia pun ada penaksub politik yang mendakwa kristian boleh menggunapakai kalimah ALLAH dalam bentuk tuhan triniti tiga-dalam-satu, dan enggan bersatupadu dengan saudara seagama; sebaliknya membuat pakatan haram dengan kafir harbi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang didominasi oleh umat Islam. Ini adalah politiking yang melampau, hanya untuk mendapat undi supaya mereka memenangi pilihanraya! Semoga ALLAH memberi bimbingan dan hidayah kepada kita. Kita semua beruntung mendapat Sheikh Imran sebagai mursyid dan guru yang istiqamah kepada ajaran Islam yang sebenar tanpa menghiraukan kata nista para penaksub. Kita memerlukan lebih ramai ulama' seperti Sheikh Imran dan Sheikh Salahudin didalam zaman fitnah ini".

TRANSKRIP WAWANCARA SHEIKH SALAHUDIN EBRAHIM

NewsHost: Sheikh there are many scholars who call for people to fight in syria, how do you see it?

Sheikh: Its a lie, deceiving, and its not too late to expose their lies and their corruption. If they were truthful, then our land would be better than this. I mean Jerusalem Palestine. Our cause is renowned and we are being oppressed for more than 60 years, even if they (i.e the scholars calling for fighting in Surya etc)  talked about us once or twice.  Why didn't they start a military action here like in Surya? Are the doors of heaven only open in Damascus?

We used to be its neighbour here in Palestine, Gaza,  They are liars, deceivers. And Jihad will not be valid on our own people, our own neighbours and family. Our deen is one. This is not Jihad. This is only beneficent for our enemies.  They are liars, they have sold themselves.

NewsHost: Ok you say that its a valid action of SAA to stop terrorism of those groups who call themselves Muslim but are far from religion. Which group are you talking about?

Sheikh: All those who come to spill their own brothers blood, all those who come to raise the Islamic flag through the blood of their Muslims brothers, their own Muslim brothers wealth and honour. Whatever they call themselves such as these groups, brigades, schools of thought. This Ummah is One and our God is One and our Book is One and our Prophet is One. Those who divide it are not from Us, and those who arm themselves against it are not from us. The Prophet s.a.w said: "Whoever carries a weapon against us, He is not from us" He told us before : "Dont turn into disbelievers after me and start killing each other"

When did Islam become a religion of killing other Muslims? And a religion of brother killing his own brother? And when did the levant and Damascus become the door of heaven? They are liars who say this, they don't have a religion or a consciousness.

TERJEMAHAN:

Pengacara: Sheikh, ramai ulama' menyeru supaya umat Islam pergi berperang di Surya, apa pandangan Sheikh?

Sheikh: Ini adalah satu penipuan, putar belit, dan masih belum terlambat untuk mendedahkan penipuan dan salahlaku mereka. Kalau mereka benar, sudah tentu tanahair kami akan lebih baik daripada sekarang. Maksud saya Jerusalem, Palestin. Perjuangan kami tersohor dan kami telah ditindas lebih 60 tahun, kalaupun mereka ada menyebut tentang kami sekali dua. Kenapa mereka tidak memulakan tindakan ketenteraan disini seperti Surya? Adakah pintu syurga hanya terbuka di Dimasyq (sebutan betul ialah Dimasyq bukan Damsyik atau Damaskus)?

Kami pernah berjiran di Palestin, Gaza. Mereka (para ulama' itu) adalah penipu, putar belit. Dan jihad adalah tidak sah terhadap umat Islam, jiran kita dan keluarga. Agama kita satu. Ini bukan jihad. Ini hanya menguntungkan musuh Islam. Mereka (para ulama' itu) adalah penipu, mereka telah menjual diri mereka.

Pengacara: Baik, Sheikh menyatakan bahawa tindakan SAA menghentikan keganasan adalah sah terhadap kumpulan yang mengaku mujahidin tetapi terkeluar daripada agama. Kumpulan mana yang Sheikh maksudkan itu?

Sheikh: Kesemua mereka yang datang untuk menumpahkan darah saudara mereka sendiri, kesemua yang datang untuk menegakkan bendera Islam melalui darah saudara Muslim mereka, harta benda dan maruah saudara mereka sendiri. Apa juga nama yang mereka labelkan diri mereka seperti kumpulan ini, briged ini, mazhab ini. Ummah ini adalah satu, Tuhan kita satu dan Kitab kita satu dan Nabi kita satu. Sesiapa yang memecahbelahkan kita bukan daripada kita (umat Islam), dan mereka yang mengangkat senjata juga bukan daripada kita. Rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kita bukan terdiri daripada kalangan kita (umat Islam)". Baginda pernah bersabda: "Jangan kembali kepada kekafiran setelah peninggalan aku dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri".

Sejak bila Islam menjadi agama untuk membunuh seorang Muslim yang lain? Dan agama yang menghalalkan seorang Muslim membunuh saudaranya sendiri? Dan sejak bila Dimasyq menjadi pintu ke syurga? Mereka yang berkata sedemikian ini adalah penipu, mereka tidak ada agama mahupun kesedaran.


IKTIBAR

Saya melihat kenyataan Sheikh Salahudin ini satu sikap berani yang sudah jarang dilihat dikalangan ulama Islam hari ini. Kenyataan yang berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw, kenyataan yang dibuat 'tanpa memihak tanpa takut', kenyataan yang dibuat semata-mata kerana ketaqwaan kepada ALLAH swt.

Kita di Malaysia boleh mengambil iktibar daripada kenyataan Sheikh Salahudin ini dengan bertanya soalan-soalan berikut:

1. Sejak bila bersekongkol dalam satu pakatan dengan kafir harbi itu sah dan halal didalam Islam?

2. Sejak bila menjatuhkan sebuah pemerintahan yang sah (yang didominasi oleh Islam) melalui persekongkolan dengan kafir harbi itu sah dan halal menurut syara'?

3. Sejak bila menyokong dan bersetuju kalimah ALLAH halal diguna-pakai oleh kristian dalam bentuk tuhan triniti itu sah dan dibenarkan syara'?

4. Sejak bila mengangkat pemimpin yang penuh dengan pembohongan, penipuan, putar belit, maksiat, zina, liwat, penderhaka ibubapa, berkiblatkan yahudi zionis dan pelbagai kemungkaran itu sah disisi Islam?

5. Sejak bila bersatupadu, bersaudara dan berukhwah sesama Islam itu satu dosa besar sehingga sanggup meludah mereka yang mahu kepada perpaduan dan ukhwah Islam?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Adakah kita terlalu mempertuhankan politik, terlalu mempertuhankan undi, terlalu mempertuhankan kerusi, terlalu mempertuhankan kuasa; sehingga kita sanggup berpecah-belah sesama kita dan berbunuh-bunuhan sehingga boleh merosakkan dan menghancurkan agama dan bangsa sendiri?

Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayah, serta memelihara iman dan aqidah kita; dan memberi anugerah istiqomah kepada kita.

Aamantu billah summastaqeem.

Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
13 ZulQaedah 1434
19 Sep 2013

* Nota: dalam apa juga keadaan pun, peperangan di Surya menyebabkan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kita wajib membantu rakyat Surya tersebut dengan menghantar misi bantuan kemanusiaan. Juga saya berharap OIC dapat menghantar pasukan pengaman untuk memastikan keamanan dapat dicapai di Surya.