Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

25 November 2013

BOOMERANG FITNAH?

Konsert kumpulan rock & heavy metal Heart Attack sempena Muktamar PAS ke 59 di Dataran Stadium Malawati - sesuatu yang pasti akan menyebabkan ramai pejuang PAS terdahulu akan kena heart-attack - takbeer!!!
Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda:

Akan datang suatu masa dalam waktu terdekat ini dimana Islam tidak tinggal kecuali hanya namanya sahaja, tidak ada yang tinggal daripada Al-Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulamak mereka adalah yang paling jahat diantara makhluk yang ada dibawah langit, dari mereka (ulamak) ini akan muncul bermacam-macam fitnah, dan kepada mereka nanti kembali fitnah itu.
 Hadis riwayat Baihaqi

Saya pernah mengulas hadis ini berkaitan dakwaan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 28.03.2008 bahawa tidak perlu sambut maulidur-Rosul kerana katanya kelahiran Nabi Muhammad saw sama seperti Mat-Mat kampung di Kelantan.

Namun fitnah itu kembali kepada Datuk Nik Aziz apabila pada 27.01.2013 dia sendiri menyambut ulangtahun kelahirannya ke 82 dirumah Karpal Singh pada hari Ahad sewaktu kaum hindu menyambut Thaipusam (lihat entri bertajuk 'Fitnah Maulid' bertarikh 19.02.2013).

Pepatah Melayu ada menyebut - kata dulang paku serpih, ngata orang awak yang lebih!

Inilah yang dapat kita lihat berlaku didalam Muktamar Agong PAS ke 59 yang berlangsung mulai 22.11.2013 - 24.11.2013 di Stadium Malawati Shah Alam bagaimana banyak fitnah yang mereka lemparkan kepada orang lain kembali kepada mereka semula:

1. Konsert Rock: kita sudah banyak kali mendengar bagaimana Kerajaan dikutuk dan di maki-hamun kerana kononnya menganjurkan konsert rock dan pelbagai macam lagi program hiburan. Walaupun jelas penganjur konsert-konsert ini kebanyakannya adalah pihak swasta, namun yang mendapat maki-hamun ialah Kerajaan BN terutamanya UMNO.

Namun fitnah itu kembali kepada PAS apabila mereka sendiri menganjurkan konsert rock dan heavy metal pada malam sempena Muktamar Agong ke 59 di Dataran Stadium Malawati dengan menjemput kumpulan rock dan heavy metal Heart-Attack mengadakan pertunjukkan (gambar atas).

Sepanjang ingatan saya, UMNO sendiri tidak pernah menganjurkan konsert rock sempena Perhimpunan Agong UMNO. Tetapi PAS melakukannya. Dan apabila dibangkitkan oleh perwakilan dalam Muktamar, jawapannya cukup mudah - konon PAS mengambil sikap inklusif dengan menjemput kumpulan rock Heart Attack ini supaya boleh mendekati golongan muda, na'uzubillah!

Bukankah itu dasar machiavelli namanya, matlamat menghalalkan cara - the end justify the means? 

Demi mendapat sokongan dan undi daripada kaum belia dan anak muda, PAS sanggup menganjurkan konsert rock! Cuba bayangkan kalau UMNO yang melakukannya. Rasanya tak cukup kertas maki-hamun yang akan ditabur kepada UMNO!

Bak kata seorang perwakilan dalam Muktamar, 'apa yang PAS buat lagi teruk daripada UMNO!'.

2. SPR: bab SPR ini dah tak payah nak cakap. Berapa gantang punya fitnah, tohmahan dan maki-hamun dah dilempar ke SPR dan pegawai-pegawai SPR oleh pembangkang, rasanya tak cukup jari nak kira. Sampai dema sanggup buat demo, baring atas jalan, pecahkan kereta polis, sepak terajang pasukan keselamatan. Sampai tuduh 40 ribu Bangla dibawa masuk mengundi PRU-13!

Tau-tau dalam pemilihan PAS kali ini, kena balik batang hidung dema sendiri. Bayang kertas pencalonan pun boleh silap, sampai nama calon bertanding pun ghaib! Sampai boleh tangguh pulak pengundian ke hari lain. Bab nak umum keputusan jangan nak kata lah, siap boleh tangguh pengumuman pemilihan Naib Presiden sebab konon cerita ada pengiraan semula. Dan macam-macam cerita kita dengar mengenai proses pengundian dan pemilihan PAS kali ini.

Cuba bayang kalau yang buat tu SPR? Memang tak cukup bakul maki-hamun yang dilempar nanti. Malah ada antara mereka yang baru insaf dan sedar berkata 'sekarang baru kita tahu betapa susahnya SPR mengendalikan pilihanraya'.

Itu baru nak kendali lebih kurang 1,000 ribu lebih pengundi sahaja, pun dah kelam-kabut macam-macam cerita. Bayang SPR yang nak kendali lebih 10,000,000 juta pengundi!

3. Kroni: bab kroni ni memang dan berkajang-kajang kertas kita dengar tohmahan dan fitnah terhadap UMNO. Najib anak Tun Razak lah! Hishamudin anak Tun Hussein lah! Mukhriz anak Mahathir lah!

Tau-tau Mohd. Khalil anak Datuk Seri Hadi Awang dah jadi Timbalan Ketua Pemuda. Tau-tau Zaharuddin Muhammad menantu Datuk Seri Hadi duduk dalam AJK Pemuda Pusat. Tau-tau YB Nik Abduh anak Datuk Nik Aziz dok dalam AJK PAS PUsat.

Jangan salah faham yop. Saya kenal dema ni dan saya yakin mereka ni layak menduduki jawatan penting dalam PAS. Kalau nak banding dengan calon yang lain, rasanya dema bertiga ni jauh lebih berwibawa.

Maksud saya disini ialah janganlah kita menuduh orang cepat sangat. Sekarang dah balik ke batang hidung kita sendiri amacam? Kalau orang tuduh PAS mengamalkan kronisma disebabkan ini tentu mike marah bukan yop?

4. Ulama: sering kita dengar skrip bahawa hanya PAS sahaja yang membawa kepimpinan ulama. Hanya dengan PAS sahaja ulama dapat tempat. Ulamak UMNO dituduh sekadar tukang baca doa je, sekadar jadi khalifah tahlil je!

Tau-tau Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden mengalahkan calon pro-ulamak Datuk Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Tau-tau usul Dewan Ulamak supaya jawatan utama dalam PAS hanya diberi kepada ulamak ditolak.

Yang paling teruk, ada pulak suara sumbang yang dakwa kata-kata dan keputusan ulamak bukan wahyu yang wajib diikut. Dema lebih rela ikut Lim Guan Eng dan Anwar daripada ikut kata ulamak PAS!!!

5. Pimpinan Maksiat: teringat kisah Chua Soi Lek diangkat menjadi Presiden MCA. Yang peliknya UMNO yang kena maki-hamun. Konon bersekongkol dengan MCA yang mengangkat Presiden seorang pelakon porno! Tu tak masuk cerita Tan Sri Rahim Thamby Chik lagi. Tak cukup dakwat nak tulis yop.

Tapi bila kita tinjau balik dalam PAS, boleh tahan juga yop.Saya tidak bermaksud nak sebut nama atau jawatan disini, mike sendiri pun dah tau!

6. Sabah: UMNO dituduh menganak-tirikan Sabah. Konon BN/UMNO lintah darat yang menghisap hasil masyhul Sabah! Sebab itu dalam PRU-13 pembangkang malah berjanji akan berikan royalti 20% kepada Sabah jika menang PRU!

Tau-tau perwakilan Sabah daripada PAS Kawasan Kalabakan Mohd. Fazli Ahmad kata PAS langsung tidak memberi tempat kepada Sabah. Tidak ada pemimpin Sabah diletakkan di jawatan kanan dalam PAS. Malah kata Mohd. Fazli, UMNO lagi bagus sebab ramai pemimpin kanan dan kabinet daripada Sabah, termasuk Naib Presiden!

7. Hudud: sekali lagi PAS memainkan isu hudud. Saya lihat seolah-olah perjuangan PAS lain takde kecuali hudud. Adakah perjuangan Nabi saw hanya sekadar untuk laksanakan hudud?

Malah lebih teruk UMNO dipersalahkan konon menghalang dan melarang perlaksanaan hudud. Sedangkan hakikatnya ialah kuasa dan bidangkuasa hal ehwal Islam termasuk Mahkamah Syariah dan perlaksanaan hukum syari'e adalah dibawah bidangkuasa Negeri-Negeri. Persoalannya ialah kenapa setelah 22 tahun memerintah Kelantan hudud masih tidak dilaksanakan?

Tau-tau Ketua Hakim Syarie Kelantan membuat pengumuman baru-baru ini bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Tau-tau PAS pulak berkata belum cukup persediaan!


RUMUSAN

Sebenarnya kalau dilihat semula hadis Rasulullah saw diatas, apa yang disebut semuanya sudah terjadi kepada PAS.

Nama Islam yang ada pada nama parti sekadar tinggal label, serban dan jubah. Isi perjuangan termasuk Daulah Islammiyah sudah tidak ujud. Kepimpinan ulama juga sudah hampir ditalkinkan! Apa yang tinggal hanya nama sahaja Parti Islam SeMalaysia PAS!

Kata-kata mereka yang konon mahu mendaulatkan Negara Islam pun sekadar tinggal huruf sahaja; roh perjuangan sudah tidak ada. Yang dikejar sekarang ialah undi dan kerusi; yang diimpikan sekarang jawatan, habuan dan kedudukan; yang di idamkan sangat sekarang ialah mahkota Putrajaya!

Markas-markas PAS pun hanya sekadar gah dan megah. Perhimpunan mereka pun sudah buat di Stadium dan tempat-tempat hebat. Tetapi sudah hilang seri. Sampai konsert rock pun dah boleh dianjurkan sempena Muktamar Agong, na'uzubillah!

Kita berdoa semoga masih ada lagi mereka yang sayangkan Islam yang akan memperkasa dan mendaulatkan perjuangan Islam didalam PAS. Dalam keadaan sekarang, sememangnya untuk memperjuangkan Islam menurut Al-Quran dan Sunnah didalam PAS adalah seperti memegang bara api, dan akan dianggap pelik dan asing.

Itulah yang terjadi kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Datuk Dr. Hasan Ali, Ustaz Hafiz Nordin, Norman Toha, dan ramai lagi mereka yang sudah melalui fitnah-fitnah tersebut.

Malah kalau dilihat daripada Muktamar Agong dan pemilihan pimpinan baru-baru ini, jelas terbukti bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik, sebagaimana DAP, PKR dan lain-lain. Yang matlamatnya hanya satu - mendapat sebanyak mungkin kerusi untuk menang pilihanraya!

Walaupun saya tidak bersetuju dengan saranan Karpal Singh supaya label Islam pada PAS dibuang, namun pada saya itu sudah tidak perlu kerana label Islam yang ada pada PAS hanya sekadar itu - label!

Yang baik datang daripada ALLAH, salah dan silap yang ada adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sebarang fitnah, dan semoga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita insya ALLAH. Amin ya rabbal 'aalamiin.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
21 Muharram 1435
25 Nov 2013

18 June 2013

MENDAULATKAN SPR

Mamanda hulubelalang..ingat tau..singh is king, kata Karpal Singh!

Salam 2 all.

Sejak daripada PRU-10 khususnya, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan institusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Keadaan semakin parah apabila pembangkang tewas dalam PRU-12 (2008), apabila jari mula dituding kepada SPR sebagai punca utama kekalahan mereka.

SPR dijadikan kambing hitam. Pembangkang secara sistematik mula merancang mengenakan tekanan terhadap SPR. Himpunan haram yang dilabel Bersih-1, Bersih-2 dan Bersih-3 diadakan kononnya untuk mengenakan tekanan awam keatas SPR dengan pelbagai tuntutan.

Kejayaan pembangkang ialah apabila Parlimen menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) untuk Penambahbaikan Pilihanraya.

Hampir kesemua tuntutan pembangkang telah dipenuhi oleh Jawatankuasa Khas Parlimen ini, termasuk menggunapakai kaedah kuno ‘dakwat kekal’ untuk kononnya menghalang pengundian berganda, atau dalam istilah pembangkang, ‘pengundi hantu’.

Walaupun SPR mencadangkan penggunaan kaedah ‘biometrik’ yang lebih moden dan canggih, namun pembangkang beriya-iya menolaknya dan tetap berkeras mahukan penggunaan kaedah dakwat kekal.

Namun apabila kaedah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU-13 baru-baru ini, pembangkang pula beriya-iya pula mencari kesalahan dan kelemahan kaedah tersebut.

Tidak pernah saya lihat dalam sejarah pilihanraya didunia ini termasuk dinegara ketiga dan mundur dimana pembangkang beriya-iya cuba ‘menghapuskan’ kesan dakwat kekal pada jari pengundi selepas mengundi.

Walaupun langsung tidak ada sebarang bukti yang sahih, dan langsung tidak ada bukti adanya pengundi yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal boleh mengundi semula buat kali kedua, namun pembangkang terus memainkan sentimen ini untuk menimbulkan kebencian kepada SPR. Kesemua ini adalah dengan satu tujuan, untuk memperlekeh dan mempertikai kredibiliti SPR; dan sekali gus keputusan pilihanraya!

Sebenarnya masalah dinegara ini bukannya dengan sistem pilihanraya, atau institusi SPR. Masalahnya ialah Malaysia mempunyai pembangkang yang “demo-crazy”, langsung tidak bertamadun, yang kerjanya tidak lain hanya menyalak dan menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri!

Sedangkan mereka sendiri saperti ayam yang gah berkokok, tetapi tahi penuh berselaput diekor!

Lihat sahaja cara “demokrasi” dilaksanakan di dalam PKR dan DAP! Sehingga ahli mereka sendiri mendedahkan konspirasi kotor dan jijik, pembohongan, penipuan, putar belit, amalan kronisma dan macam-macam lagi semasa pemilihan parti mereka!

Sejak kekalahan mereka dalam PRU-13, pembangkang tidak henti-henti menyalahkan SPR. Mereka mengadakan road-show, himpunan haram dan lain-lain untuk menekan SPR. Mereka memberi label “Blackout 505” -  kononnya berlaku penipuan dan pembohongan oleh SPR dalam mengendalikan PRU-13 dengan fitnah kononnya SPR mahu memenangkan Barisan Nasional!

Malah mereka sampai mahu mengadu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama kononnya berlaku penipuan termasuk oleh SPR sehingga menyebabkan mereka kalah dalam PRU-13. Saya cukup pasti Obama akan bersetuju dengan saya yang pembangkang Malaysia ini memang sahih demo-crazy!!!

Terbaru, pembangkang mendesak supaya kesemua anggota SPR, terutamanya Pengerusi, meletak jawatan. Malah mereka mendesak supaya SPR diletakkan dibawah penguasaan dan penyeliaan sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan diketuai pembangkang.

Persoalannya ialah adakah tuntutan ini wajar? Dan adakah Kerajaan patut akur dan tunduk kepada desakan pembangkang ini?

Untuk mengupas isu ini, kita wajib melihat sumber penubuhan dan fungsi, kuasa dan kedudukan institusi SPR itu sendiri.

Peruntukkan berkenaan penubuhan SPR dan perkara berkaitan dengan keahliannya dan perjalanan pilihanraya umum di Malaysia terkandung didalam Bab 8 Perlembagaan Persekutuan dalam Bab Pilihanraya.

Secara khusus, perkara berkaitan SPR dan institusinya terkandung didalam Artikel 114. Soal perlantikan, penggajian dan penamatan ahli SPR semuanya disebut didalam Artikel 114 yang mengandungi tujuh perkara.

PERLANTIKAN

Fasal (1) dan (2) Artikel 114 menyentuh tentang soal perlantikan ahli SPR.

Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga ahli lain.

Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Yang DiPertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihanraya yang mendapat kepercayaan awam.

Jelas daripada peruntukkan diatas bahawa kuasa melantik ahli SPR adalah kuasa mutlak Yang DiPertuan Agong, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja!

Langsung tidak disebut berkenaan kuasa Parlimen untuk melantik mana-mana ahli SPR!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberi kuasa kepada Parlimen untuk menentukan perlantikan ahli SPR bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan, malahan ianya suatu cubaan rampasan kuasa keatas kuasa dan bidangkuasa Tuanku Yang DiPertuan Agong

Dalam ertikata lain, ianya suatu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

Mengapakah kuasa perlantikan ahli SPR diberi secara khusus dan mutlak kepada Yang DiPertuan Agong dengan konsultasi bersama Raja-Raja Melayu tanpa langsung merujuk kepada Perdana Menteri, Kerajaan mahupun Parlimen?

Ini adalah kerana SPR adalah institusi yang akan mengendali, menyelia dan menjalankan pilihanraya yang akan menentukan sebuah Kerajaan bagi Malaysia. Dan ianya adalah Kerajaan yang bernaung dibawah kuasa Raja-Raja Melayu; kerana negara ini adalah dahulunya dikuasai oleh Raja-Raja Melayu.

Sudah barang pastilah penentuan pembentukan mana-mana Kerajaan bagi negara ini mesti mendapat perkenan Tuanku Raja-Raja Melayu. Dan untuk memastikan itulah maka kuasa melantik ahli SPR diberi secara mutlak kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong setelah berunding dengan Raja-Raja Melayu yang lain!

Namanya pun KeRAJAan! Ianya adalah badan pentadbiran dibawah naungan dan kuasa RAJA. Ia bukan government saperti yang difahami barat -  iaitu sekadar govern – mentadbir.

Di Malaysia ianya disebut KERAJAAN – pentadbiran negara dibawah naungan dan kedaultan RAJA-RAJA MELAYU.

Sebab itu semua urusan Kerajaan dibuat atas nama dan bagi pihak SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG ataupun URUSAN SERI PADUKA BAGINDA!

PENAMATAN / PEMECATAN

Fasal (3), (4) dan (4A) Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukkan tentang penamatan khidmat atau pemecatan jawatan mana-mana ahli SPR.

Secara ringkasnya, seseorang ahli SPR hanya boleh tamat atau ditamatkan perkhidmatannya saperti berikut:

1. mencapai umur 65 tahun;

2. meletak jawatan dengan mengutus surat yang ditandatanganinya sendiri kepada Yang DiPertuan Agong;

3. hilang kelayakan dibawah fasal (4A) iaitu adalah seorang bankrap, bekerja makan gaji dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan bergaji diluar tugasnya, atau seorang ahli mana-mana Majlis Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri.

4. secara khusus kepada Pengerusi SPR, beliau akan hilang kelayakan sebagai Pengerusi jika menjadi ahli mana-mana pertubuhan atau badan, samada diperbadankan atau tidak, dan samada bergaji atau tidak (kecuali pertubuhan atau badan yang menjalankan apa-apa kerja kebajikan atau sukarela yang berfaedah kepada masyarakat).

5. Dan tiada mana-mana ahli SPR boleh dipecat kecuali atas alasan-alasan dan dengan cara yang sama saperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maknanya dalam soal pemecatan seorang ahli SPR, ianya disamatarafkan dengan status seorang Hakim Mahkamah Persekutuan!

Alasan serta prosedur pemecatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan diperuntukkan didalam Artikel 125 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna seseorang ahli SPR hanya boleh diambil tindakan untuk dipecat jika beliau tidak berkeupayaan disebabkan kelemahan otak atau tubuh untuk menjalankan tugas sebagai ahli SPR.

Dan untuk tujuan itu, sebuah tribunal khas mengandungi tidak kurang daripada lima (5) orang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi (termasuk Hakim daripada negara Komanwel) hendaklah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk membicarakan ahli SPR tersebut.

Dan Tribunal Khas tersebut, setelah menjalankan perbicaraan, hendaklah mengemukakan lapuran dan cadangan mereka kepada Yang DiPertuan Agong.

Dan hanya Yang DiPertuan Agong sahaja yang mempunyai kuasa mutlak untuk menerima cadangan Tribunal itu dan memilih samada mahu memecat atau tidak ahli SPR tersebut!

Langsung tidak disebut kuasa Kerajaan atau Parlimen untuk menamatkan atau memecat mana-mana ahli SPR!

Sekali lagi kita bertanya persoalan mengapa dalam soal penamatan atau pemecatan mana-mana ahli SPR, ianya diberi khas kepada Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu?

Kerana SPR adalah institusi dibawah naungan Raja-Raja Melayu!

Jadi cadangan pembangkang untuk memberikan kuasa penamatan dan pemecatan mana-mana ahli SPR diletakkan dibawah kuasa Parlimen adalah satu cubaan rampasan kuasa Yang DiPertuan Agong!

Ianya adalah satu penderhakaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu!

PENGGAJIAN DAN SARAAN

Berkaitan soal saraan hidup dan penggajian ahli SPR, ianya diperuntukkan dibawah Fasal (5) dan (6) Perlembagaan Persekutuan.

Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukkan bagi saraan ahli-ahli SPR, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang DiSatukan.

Saraan dan lain-lain syarat jawatan bagi seorang ahli SPR tidak boleh, selepas perlantikannya, dibuat apa-apa perubahan yang kurang baik baginya.

Ini sahaja satu-satunya peruntukkan dalam Perlembagaan yang menyebut tentang kuasa Parlimen berkaitan ahli dan institusi SPR – iaitu menentukan gaji ahli SPR!

Itupun gaji dan syarat perlantikan ahli SPR tidak boleh dikurangkan oleh Parlimen!

Kalau gaji pun tidak boleh dikurangkan, adakah logik tuntutan pembangkang untuk Parlimen diberi kuasa menyelia dan menentukan perlantikan, kedudukan dan penamatan seseorang ahli SPR.

Jangan kata memecat ahli SPR, kurangkan gaji mereka pun Parlimen secara sarih dan jelas dilarang sama sekali melakukannya!

Apakah maksud ini semua?

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan mahu memastikan kedudukan dan status seseorang ahli SPR adalah bebas sama sekali daripada Parlimen.

Tidak masuk akal bagi sebuah badan yang menentukan perjalanan pemilihan seseorang Ahli Parlimen tiba-tiba terpaksa tunduk kepada badan ahli Parlimen tersebut!!!

RUMUSAN

Malaysia telah melalui sistem Pilihanraya Umum sebanyak 13 kali. Sistem pilihanraya first-past-the post sudah dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya berpuluh tahun tanpa sebarang masalah.

Malah, sistem yang sama, institusi yang sama yang telah dilalui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Daripada seorang politikus jalanan, sistem dan institusi yang sama menaikkan Anwar selama 16 tahun daripada jawatan Timbalan Menteri kepada Pemangku Perdana Menteri!

Selama 16 tahun Anwar Ibrahim menikmati hidup sebagai pemimpin UMNO menjawat pelbagai jawatan kanan didalam Kerajaan Malaysia melalui sistem dan institusi yang sama. Tidak pernah kita mendengar selama 16 tahun itu sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai sistem pilihanraya mahupun institusi SPR!

Tetapi kenapa tiba-tiba, setelah dipecat oleh Tun Mahathir kerana akhlak rendah dan salahlaku seks luar tabi’e, dan setelah menyertai dan mengetuai pembangkang; tiba-tiba kedengaran suara sumbang mempertikai sistem pilihanraya kita dan institusi SPR?

Sebab itu saya ulangi sekali lagi.

Kita tidak ada masalah dengan sistem pilihanraya negara ini. Kita tidak ada masalah dengan institusi SPR yang mengendali dan melaksanakan pilihanraya kita selama ini.

Masalah sebenarnya ialah kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak bertamadun. Kita punya pembangkang yang demo-crazy!

Sebab itu saya berharap Kerajaan tidak tunduk kepada desakan dan tekanan pembangkang untuk meletakkan SPR dibawah seliaan Parlimen.

Ini adalah kerana meletakkan SPR dibawah institusi Parlimen bukan sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah ianya adalah satu penghinaan kepada Tuanku Yang DiPertuan Agong! Ianya adalah satu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu!

Saya mencadangkan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan berikut:

1. mengklasifikasikan mana-mana orang atau pertubuhan yang terus-menerus mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan ahli SPR sama saperti mempertikai, memperlekeh dan menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong;

2. menjadikan tindakan atau perbuatan mana-mana orang atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh dan menghina institusi dan mana-mana ahli SPR sama saperti penghinaan terhadap Mahkamah atau contempt of Court, dan boleh dikenakan tindakan penghinaan atau contempt dihadapan mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dengan hukuman berat!

3. mengenakan tindakan tegas termasuk pertuduhan jenayah, samada criminal defamation, hasutan jenayah atau dibawah mana-mana peruntukkan yang bersesuaian terhadap mana-mana individu atau pertubuhan yang mempertikai, memperlekeh atau menghina mana-mana ahli atau institusi SPR;

4. sekiranya individu yang terlibat adalah seorang anggota Majlis Parlimen (Dewan Rakyat atau Dewan Negara), atau Ahli mana-mana Dewan Undangan Negeri, maka perbuatan mempertikai, memperlekeh dan menghina SPR atau mana-mana ahlinya sudah mencukupi sebagai suatu alasan untuk suatu prosiding dan tindakan melucutkan keahlian mereka diambil dengan segera;

5. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan yang jelas didalam suatu undang-undang yang akan melindungi institusi dan mana-mana ahli SPR daripada terus menerus dicemuh, dihina, dipertikai dan diperlekeh oleh mana-mana individu dan pertubuhan;

6. memperkasakan institusi dan ahli SPR dengan membuat peruntukkan undang-undang yang memberi imuniti dan kekebalan kepada institusi dan ahli SPR sama saperti imuniti dan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan Ahli Majlis Parlimen;

7. menggubal suatu peruntukkan sama saperti Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan iaitu bahawa apa-apa isu samada kelakuan, perbuatan atau tindakan institusi dan ahli SPR tidak boleh dibincangkan atau dibahaskan dalam mana-mana Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) atau mana-mana Majlis Dewan Undangan Negeri kecuali dengan suatu usul tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen atau DUN tersebut;

8. memperkasakan SPR dengan penambahan peruntukkan yang mencukupi berserta penambahan pegawai dan kakitangan untuk menghadapi cabaran masakini;

9. menjadikan institusi SPR sebuah badan yang diletak secara langsung dan terus dibawah kuasa dan seliaan Majlis Raja-Raja Melayu dengan suatu peruntukkan perundangan yang jelas.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
07 Sya’ban 1434
16 Jun 2013

11 May 2013

ANWAR TERUS MEROYAN!

(Bang Non, awat dok meroyan lagi tu! Udah-dah lah tu. Malu lah kat cucu tu. Jah dan fenin ni..fenin! Azmin pun dah ngamuk sakan ni..fenin..fenin)
Salam 2 all.

Anwar terus membohongi diri sendiri dan rakyat Malaysia!

Jangan lupa pembohongan Anwar mengenai konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008. Tetapi rakyat hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12!

Tetapi kali ini pembohongan Anwar disedari rakyat hampir serta merta selepas PRU-13!

Apa buktinya?

Sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan berhenti daripada berpolitik jika tewas dalam PRU-13. Malah Anwar siap menyatakan akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13.

Dan ternyata rakyat telah menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang dalam PRU-13!

Malah rakyat telah memberi mandat baru dan jelas kepada Dato' Sri Najib untuk meneruskan usaha transformasi yang dibawanya dibawah Gagasan 1-Malaysia.

Kecuali segelintir kaum cauvinis yang terpedaya dengan mainan politik kotor dan sempit Anwar dan DAP, rakyat Malaysia jelas mahukan politik wasatiyah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan menolak politik sempit dan perkauman yang dibawa Anwar dan DAP!

Ternyata sekali lagi rakyat dibohongi oleh politik putar belit Anwar yang enggan mengiktiraf keputusan rakyat menolak politik auta yang dibawanya!

Bukan sahaja Anwar tidak mau berhenti dan menjadi pensyarah saperti yang dia sendiri janjikan, malah dihasutnya segelintir kaum cauvinis supaya turun ke jalanraya setelah dia ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya!

Sebab itu saya mendesak Anwar supaya menghentikan tindak tanduk politik ingusan dan kebudak-budakan yang dimainkannya dengan terus memainkan sentimen anti-SPR dan mempertikaikan keputusan PRU-13.

Tindak tanduk Anwar ini adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi yang telah memberi mandat baru kepada Dato' Sri Najib & BN untuk terus memerintah Malaysia.

Sikap Anwar juga adalah satu jenayah demokrasi kerana tidak mengiktiraf kehendak dan pilihan rakyat majoriti!

Kalau Anwar benar-benar ikhlas dalam tuntutannya, beliau wajib mendesak supaya pembangkang DAP-PKR-PAS menolak keputusan PRU-13 dan jangan mengangkat sumpah sebagai Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Anwar juga wajib desak semua wakil rakyat pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menolak kemenangan mereka dan jangan mengangkat sumpah bila Dewan bersidang nanti! Malahan Anwar sepatutnya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang DAP-PKR-PAS supaya mengosongkan kerusi masing-masing kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR!

Malahan saya mencabar Anwar supaya menolak keputusan kemenangan dia sendiri dan mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta merta.

Jika tidak, sikap Anwar mempertikai keputusan PRU13 hanyalah retorik politik kosong oleh seorang politikus kalkatus yang kecewa sedang meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat rakyat telah menolak politik sempit dan cauvinis pembangkang DAP-PKR-PAS dan sekaligus meranapkan nafsunya hendak ditabalkan sebagai calon PM ke 7!

Saya juga mendesak SPR supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar melalui perintah injunksi Mahkamah supaya mengarahkan Anwar berhenti daripada terus memfitnah SPR dan keputusan PRU13.

Pihak polis juga wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat Anwar kerana kesalahan fitnah jenayah dan meletakkan SPR dan sistem pengurusan pilihanraya Malaysia dalam keadaan dipertikai dan dicurigai!

Dan rakyat Malaysia juga harus bangkit menentang jenayah demokrasi dan penghinaan terhadap kita oleh Anwar dan konco-konconya daripada DAP dengan memberi sokongan penuh dan padu kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib!

Apa pun, tahniah kepada Ustaz Haji Hadi Awang yang telah menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan. Eloklah Ustaz Hadi menasihatkan Anwar supaya berhenti daripada terus mempertikai kehendak rakyat menolak dia dan pembangkang!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu! Berhentilah meroyan! Malu kat anak cucu dok tengok tok dok buat perangai macam budak-budak ingusan!

Adios amigos, grasias senor.

Wassalam dan Wallahua'lam.

Zulkifli Noordin
Sabtu
01 Rejab 1434
11 Mei 2013

23 November 2012

DEMOKERUSI KANGGAROO?


(Anwar - PAS hanya memperjuangkan "Ayat Kerusi")

Salam 2 all.

Pendedahan Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang Anwar Ibrahim menulis kepada Kerajaan Australia meminta bantuan memantau PRU 13 dan keputusan Kerajaan Australia menolak permohonan itu sudah tentu menggemparkan negara! Bagaimana mungkin seorang politikus Malaysia meminta bantuan negara asing untuk campurtangan dalam hal urusan negara ini!

Pertama, tindakan Anwar tersebut jelas satu penghinaan kepada rakyat Malaysia, khususnya pengundi berdaftar. Seolah-olah rakyat negara ini begitu kuno dan tidak bertamadun sehingga perlu negara Barat diminta campurtangan dan memantau sistem pilihanraya negara ini yang telah berpuloh tahun diamalkan tanpa masalah! Kita sudah melalui 12 Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Negeri, dan beratus Pilihanraya Kecil!

Kedua, tindakan Anwar meminta Australia (dan mungkin juga ada lagi negara asing lain yang dimintanya) campurtangan dalam soal pemilihan Kerajaan Malaysia adalah satu perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat yang cintakan negara ini! Bagaimana mungkin seorang politikus Malaysia boleh terfikir untuk meminta bantuan asing untuk campurtangan soal pilihanraya umum negara ini!

Ketiga, kalau benar Anwar bersungguh mahukan proses pemilihan yang transparen, bersih dan berwibawa; dia sepatutnya menjemput semua negara asing menghantar wakil pemantau dan pemerhati untuk memantau pilihanraya PKR sendiri! Seluruh dunia dapat lihat bagaimana pemilihan PKR yang lepas dicemari dengan pembohongan, penipuan, putarbelit, kegiatan samseng dan macam-macam lagi!

Bukan kita yang tuduh! Ahli dia sendiri yang tuduh! Calon-calon yang bertanding sendiri yang mendakwa berlaku penipuan, putar-belit, pilih-kasih dan macam-macam lagi yang membuktikan pmilihan PKR adalah bukti "Demokrasi Kanggaroo" diamalkan dengan begitu baik oleh Anwar dan juak-juaknya!

Saperti pepatah Melayu sebut; kata dulang paku serpih, kata orang hang yang lebih! Ini adalah politik putar-belit dan cakap tak serupa bikin yang jelas!

Keempat, Anwar patut mencerminkan diri dia sendiri! Apakah Anwar benar-benar mengamalkan politik demokrasi saperti yang dia laung-laungkan?

Lihat sendiri jawatan Ketua Umum (di Indonesia disingkatkan sebagai Ketum) yang disandang oleh Anwar. Macama mana dia boleh menjadi Ketum PKR? Cuba tengok sendiri Perlembagaan PKR, mana ada jawatan Ketum! Jawatan Ketum langsung tidak wujud? Siapa yang pilih dan lantik Anwar menjadi Ketum PKR? Apakah ahli akar umbi PKR dibenarkan mengemukakan calon lain dan megundi untuk memilih jawatan Ketum ini?

Jawapannya jelas; TIDAK ADA! Jadi demokrasi apa yang Anwar dok melalak sampai ke bumi asing sehingga Australia tu? Sudah pasti Anwar akan jadi bahan ketawa pihak Barat jika mereka tahu bukan sahaja pemilihan parti yang tercemar daripada lunas demokrasi; malah jawatan Anwar sendiri tidak dipilih melalui sistem demokrasi! Dan sekarang dia minta Australia campurtangan untuk memantau sistem demokrasi Malaysia?

Kelima, Anwar sekali lagi patut cerminkan diri dia sendiri. Selama 16 tahun; selama dia didalam UMNO, sudah berapa Pilihanraya Umum yang Anwar lalui sebagai pemimpin UMNO? Malahan, melalui sistem Pilihanraya Umum yang sama lah Anwar Ibrahim memanjat jawatan sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri! PRU yang diselia dan dilaksanakan oleh institusi SPR yang samalah yang membolehkan Anwar berjaya sehingga menjadi pemimpin nombor dua Malaysia (sebelum diterajang oleh UMNO kerana amalan liwat dan seks luar tabi'enya)!

Jadi Anwar nak komplen apa sekarang? Hanya kerana dia tidak dapat memenuhi nafsu menjadi PM? Hanya kerana dia disepak dengan penuh penghinaan oleh UMNO kerana najis-najis luar tabi'e dan songsang yang dia amalkan?

Setelah 16 tahun menikmati hidup sebagai pemimpin negara; setelah menjawat jawatan TPM melalui sistem yang sama; tiba-tiba sekarang Anwar nak main cerita lain! Anwar meludah balik sistem yang mengangkat dia! Anwar meliwat kembali amalan demokrasi yang meletakkan dia ditakhta kedua Putrajaya! Anwar mensodomi SPR yang menjadikan dia pemimpin Malaysia!

Inilah dia namanya Politik Dualam - amalan demokrasi songsang dan politik luar-tabi'e semata-mata kerana tidak dapat memenuhi nafsu Anwar untuk menduduki takhta utama Putrajaya!

Akhir kalam, rakyat Malaysia perlu ingat! Adakah ini jenis pemimpin yang kita mahu nobatkan sebagai Perdana Menteri? Yang apabila berdepan dengan masalah sentiasa meminta campurtangan asing!

Jangan lupa semasa Malaysia menghadapi krisis ekonomi dan kewangan yang serius tahun 1998; apabila ekonomi negara merudum akibat serangan penyangak matawang Yahudi!

Tiba-tiba Anwar mencadangkan Malaysia menerima penyelesaian asing yang ditawarkan oleh International Monetary Fund - IMF - sebuah badan antarabangsa yang dikuasai Yahudi! Tawaran yang jika diterima akan menyebabkan negara kita terjerut selama-lamanya sebagai hamba 'abdi Yahudi! Lihat kepada negara-negara yang menerima pakej IMF; sehingga hari ini masih tercungap-cungap didalam belitan IMF!

Alhamdulillah kita bersyukor kerana negara diletakkan dibawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad; yang telah berjaya menggunakan formula penyelesaian sendiri yang berjaya membawa Malaysia keluar darpada kemelut serangan Yahudi itu!

Jika tidak, na'uzubillah, mungkin negara kita Malaysia sudah pun terjajah dan dijajah ekonominya oleh kuasa asing!

Sebab itu rakyat Malaysia wajib membuka mata! ALLAH telah memberikan kita satu demi satu isyarat dan bukti; betapa Anwar dan Pakatan Luar Tabi'e & Pakatan Songsang yang diketuainya wajib ditolak! Wajib dihapuskan melaui PRU 13 nanti!

Daripada isu pluralisma, liberalisma, kalimah ALLAH, sumpah baiah talak tiga, amalan seks songsang dan luar tabi'e LGBT, mengidolakan komunis, sehingga mahu memberi kebebasan untuk bangsa Melayu beragama Islam murtad! Kini mahu negara asing campurtangan dalam hal urusan dalam negara kita yang berdaulat dan merdeka ini!

Apa lagi yang kita tunggu? Berapa banyak lagi solat hajat dan doa yang nak ditadahkan? Berapa kali lagi bukti dan isyarat yang kita hendak ALLAH hantar?

Janganlah sampai kita menjadi kaum yang disebut oleh ALLAH: PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Wallahhua'lam & Wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Muharram 1434
23 Nov 2012

04 August 2011

POLITIK AL-KAZEEB

Salam 2 all.

Sabda Rasulullah saw, dibulan Ramadhan ini semua iblis dan syaitan ditambat oleh ALLAH. Maknanya sepatutnya segala dan sifat perangai iblis dan syaitan tidak sepatutnya ada dengan mana-mana orang yang mengaku Islam. Tetapi jika perangai itu masih dilakukan, maka hakikat sebenarnya pelaku itulah iblis dan syaitan sebenar-benarnya!!! Na'uzubillah min zalik.

Teman hanya mampu geleng kepala bila melihat pembohongan dan putar-belit terbaru yang dimainkan oleh kaum pembangkang, termasuk dari kalangan yang mengaku Islam, membabitkan isu seorang rakyat Indonesia bernama Mismah yang telah diberikan kewarganegaraan atas dakyah konon pihak SPR berpakat dengan JPN untuk menambah pengundi.

Sudah hilang kewarasan ke kaum pembangkang ini? Sudah tiada kemaluan lagikah pada ALLAH dan diri sendiri? Teman sampai bertanya, mereka ini sudah bertuhankan kerusi kah sehingga sudah tidak tahu lagi batasan kebenaran dan pembohongan, haq dan palsu, dosa dan pahala!

Konon pembohongan itu ialah seorang rakyat Indonesia bernama Mismah diluluskan taraf Penduduk Tetap (KP merah) pada jam 11.30am, dan kemudian diberikan kewarganegaraan pada jam 03.30pm hari yang sama. Dan beliau didaftarkan sebagai pengundi oleh SPR!!! Semuanya dalam tempoh 4 jam sahaja! Kalau mereka yang tidak berminat dengan kebenaran membaca, pasti mereka akan terpedaya. Maka SPR, JPN, dan Kerajaan akan dimaki hamun dan dihamput. Kaum Anwarinas siap buat kenyataan media menyebarkan pembohongan ini, siap ugut kerajaan dan rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran lagi.

Wamakaruu wamakarallah, pembohongan mereka terbongkar dalam sekelip mata. Sama macam pembohongan twitter yang terbongkar, konon cerita semasa Mat CD gendut main kondang-kondi, Mat CD kempis tengah bertweet. Maka bermulalah mentera "looks like me, sound like me..but not my tummy"! Tak lama lepas tu terbongkar rupanya takde tweet pun dalam masa adengan kondang-kondi tu. Malah jam Omega pun tak jumpa-jumpa walaupun kabar cerita ada dalam lemari kat rumah!

Alhamdulillah Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd. Said membuat kenyataan memperjelaskan semalam bahawa pemohon bernama Mismah (KP No. 640704-71-5238) diberikan taraf Penduduk Tetap pada 17.07.1982 (29 tahun yang lepas). Pada 31.01.2011, hampir 30 tahun selepas itu, barulah permohonan Mismah untuk taraf kewarganegaraan diluluskan. Jadi tak timbul soal warga kilat saperti yang ditohmahkan oleh kaum Anwarinas.

Yang peliknya, mereka siap membawa teori kesemua pendatang yang diluluskan punya nombor siri '71' pada kad pengenalan mereka. Tembelang teori palsu ini pecah bila didedahkan pemimpin PKR sendiri punya kad pengenalan siri '71' iaitu Azmin Ali (KPT No: 640825-71-5269), Saifuddin Nasution (KPT No: 631207-71-5005) dan Zuraida Kamarudin (KPT No: 580314-71-5206). Maka jatuhlah kemaluan para Anwarinas ini. Tetapi sedikit pun mereka tidak berasa bersalah atau menyesal, malah mereka teruskan pulak dengan pembohongan lain.

Ini berlaku bila Presiden pepatung PKR Wan Azizah membuat kenyataan beliau tidak saperti Datin Sri Rosmah Mansor. Ini berkaitan dengan tohmahan konon Datin Sri Rosmah Mansor membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Sedangkan penjelasan telahpun diberi dengan detail membuktikan pembohongan tersebut (untuk detail sila layari laman www.apanama2020.blogspot.com). Namun Wan Azizah masih mahu terus mempergunakan pembohongan tersebut.

Sedangkan Wan Azizah sendiri sehingga kini masih belum mengemukakan jam Omega yang ditemui bersama China-Doll, walaupun Wan Azizah beriya-iya mendakwa jam Omega itu ada dalam simpanan beliau. Apalah susah sangat nak tunjuk jam Omega itu, jika benar ada pada beliau. Hakikatnya tidak ada, kerana semasa Johari Abdul menyaksikan videoklip tersebut bersama Datuk Eskay, jam Omega itu telah ditunjukkan kepada beliau. Dan Johari Abdul hanya mampu ketawa sahaja, walaupun nada ketawanya tidak macam Almarhum Tan Sri P.Ramlee.

Virus pembohongan dan putar-belit ini sudah sampai keperingkat sakaratul dikalangan pembangkang sekarang. Seluruh dunia terkejut bagaimana virus ini sudah melanda parti yang mengaku Islam, PAS. Pembohongan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang baru dinobatkan kaum Anwarinas, bahawa beliau dirempuh oleh landrover polis pada 09.07.2011 lepas terbongkar bila dengan izin ALLAH, rupanya ada kamera cctv sedang merakam insiden beliau jatuh motor sendiri.

Tapi yang lebih teruk bila Presiden PAS yang berserban tebal sendiri memberitahu satu dunia bahawa parti yang dipimpinnya tidak lagi mahu memperjuangkan negara Islam kerana "rupanya negara Islam tidak ada dalam Quran"; walaupun beliau jugalah orang mengeluarkan amanat di Kg Banggol Pradong memaki UMNO kerana tidak mahukan perlaksaan hudud kononnya. Sehingga berlaku peristiwa cerai berai, solat dua imam, keluarga berpecah gara-gara amanat beliau; kemuncaknya terbunuhnya Ustadz Ibrahim Libya pada 19.11.1985 dalam peristiwa Memali kerana antara lain memperjuangkan negara Islam.

Itu belum lagi kita kisahkan cerita kelentong putar-belit pimpinan biaDAP saperti Karpal Singh, yang pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menuduh Anwar Ibrahim sebagai kaki homoseks & liwat, tau-tau sekarang menjadi loyer Anwar dalam kes liwat!? Yang mendesak Anwar bertaubat setelah pembohongan 16 September terbongkar, tau-tau sekarang mengangkat Anwar menjadi kalipahnya!

Oh ya, bila cakap pasal pembohongan dan putar-belit ini, siapa boleh lupa pembohongan 16 Sept. Satu dunia kena bohong dengan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan. Rupanya pembohongan ini sudah menjadi darah daging dan sebati dengan kaum Anwarinas ini. Dan yang paling malang, pembohongan dan putar-belit mereka ini sudah tidak ada batasan dan sempadan; sehingga dibulan Ramadhan yang mulia penuh keberkatan ini pun mereka teruskan juga aktiviti pembohongan ini.

Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kita sedang berdepan dengan politiking dan politikus paling kotor yang dunia pernah tengok. Tengok bagaimana mereka lakukan pembohongan demi pembohongan, putarbelitan demi putarbelitan dalam isu himpunan haram 09 Julai. Kalau ALLAH pun mereka boleh jual, kalau anak bini pun mereka boleh gadai, Raja pun mereka boleh kelentong, cuba bayangkan apa yang kaum al-kazeeb ini mampu lakukan? Sampai teman ingat Ya'juj & Ma'juj pun tak jadi turun sebab yang dah turun ni lagi teruk daripada Ya'juj & Ma'juj. Mungkin Ya'juj & Ma'juj ingat bos mereka Dajjal Mata Satu dah datang kot.

Apa pun, teman cukup yakin virus pembohongan dan putar-belit ini bukan sahaja akan berterusan, malahan akan menjadi lebih parah. Mereka tahu mereka akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Mereka tahu sokongan rakyat makin berkurangan. Berdasarkan kayu ukur dalam beberapa pilihanraya kecil dan Pilihanraya Negeri Sarawak, mereka tahu mereka pasti hancur dalam PRU 13. Kalau dilihat dari kehadiran penyokong dalam kes liwat Anwar pun mereka tahu yang sokongan untuk mereka sekarang tinggal seciput je. Sebab itu mereka perlu lakukan gerakan pre-emptive dan psy-war yang SPR itu kotor, daftar pengundi itu kotor, pilihanraya itu kotor, dan semua institusi utama kerajaan juga kotor. Dengan cara itu, bila mereka benar-benar hancur tumbang dalam PRU 13 nanti, dengan mudah mereka akan berkompang keseluruh dunia bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 13 nanti adalah tidak sah kerana kononnya pilihanraya kita kotor.

Dan ini semua untuk menghalalkan mereka menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir, untuk memberi justifikasi rusuhan haram untuk menjatuhkan kerajaan secara haram, secara politik jalanraya, setelah mereka gagal melakukannya melalui politik pilihanraya.

Kepada semua rakyat Malaysia, tidak kira apa agama dan kaum, marilah kita bersatu menolak kaum pembohong ini. Mari kita sapu-bersih mereka yang mengamal politik pembohongan dan putar-belit ini. Diatas runtuhnya pembohongan mereka, kita dirikan negara merdeka, bersatulah semua rakyat Malaysia, pertahankan negara daulatkan hak kita.

Persoalan besar yang seluruh rakyat Malaysia perlu tanya ialah: sedang iblis & syaitan dikurung dibulan Ramadhan ini, siapa sebenarnya mereka-mereka ini yang terus melakukan perangai iblis & syaitan ini. Atau adakah mereka sebenarnya iblis & syaitan yang bertopengkan manusia? Tepok dada tanyalah iman masing-masing. Selamat berpuasa, semoga beroleh taqwa. Ameen!


Adios amigis, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
04 Ramadhan 1432
04 Ogos 2011