Showing posts with label Arak. Show all posts
Showing posts with label Arak. Show all posts

16 January 2011

Tum-PAS LAGI!

Salam 2 all.

Kerajaan Selangor hari ini membuat keputusan u-turn dalam isu umat Islam yang bekerja di pusat hiburan yang menjual arak saperti di pub, disko dan kelab malam. Isu ini mulanya berpunca daripada arahan exco DAP Ronnie Liu yang mengarahkan MPSJ supaya menarik balik larangan mengharamkan umat Islam daripada bekerja di pusat hiburan yang menjual arak.
Selepas isu itu menerima bantahan umat Islam, YB Datuk Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga exco hal ehwal agama Islam telah menyanggah arahan Ronnie Liu, sebaliknya mengucapkan syabas kepada MPSJ kerana melaksanakan peruntukkan undang-undang yang sudah jelas. Pendirian Pesuruhjaya PAS itu jelas, pengharaman itu bukan sahaja mematuhi Enakmen Jenayah Syariah Selangor, tetapi juga bertepatan dengan hukum syara'. "Lagipun pengharaman ini hanya untuk umat Islam sahaja", ujar Datuk Hassan Ali.
Malangnya pendirian Datuk Hassan Ali dan PAS Selangor itu tidak dihormati oleh Kerajaan Selangor. Sebaliknya mereka membatalkan pengharaman yang dibuat oleh MPSJ. Ronnie Liu, yang mengumumkan pembatalan itu menyatakan bahawa "adalah tidak adil orang Islam dilarang mencari rezeki di pusat hiburan yang menjual arak!!". Nampak gaya Parti Islam SeMalaysia tum-PAS lagi!!
Bagaimanapun, teman tidak hairan kalau Ronnie Liu ini menentang. Namanya pun kafir harbi. Dia kafir harbi kerana secara terang-terang mempertikaikan hukum syara'. Inilah juga orangnya yang menghalang MBSA daripada mengharamkan penjualan arak dikedai-kedai serbanika. Dan inilah juga orangnya yang menjadikan Karpal Singh yang menentang Islam "over my dead body" sebagai pengerusinya. Inilah orangnya daripada parti cauvinis, rasis lagi bia-DAP! Kafir harbi macam ini, kalau mengikut hukum syara', hendaklah dibawa ke Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa dan jika sabit kesalahan dan tidak mahu mengakui kesalahan dan menyesal, dan enggan tunduk kepada peruntukkan syariah hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat, termasuk hukuman pancung sampai mati! Itu kalau di negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya lah!!
Teman tak ambil poo-Singh tentang tindakan Ronnie Liu dan parti bia-DAPnya. Sememangnya ALLAH telah pun memberitahu kita hati perut mereka (Al-Baqarah:120). Yang teman pelik isu yang macam ni punya terang pun masih ada jugak Pak Jangoat yang nak pertikai. Ada pak jangoat yang membuat kenyataan bahawa "prosedur tindakan MPSJ mengharamkan umat Islam bekerja di kedai arak adalah salah dan tidak Islamik!!". Kot ya pun nak jilat teloq Kitsiang janganlah sampai agama pun boleh di putar-pooSingh yop!!!!!
Hukumnya jelas. Budak Tadika PASTI yang masih beringus pun tahu. Umat Islam diharamkan bekerja menjual, membuat, menyediakan, membawa, menghidang arak! Hukumnya sama saperti peminum arak juga! Termasuk golongan yang dilaknat ALLAH. Rezeki yang mereka perolehi adalah haram. Mereka memberi anak bini mereka makan rezeki yang jelas haram. Kalau itu pun nak putar-pooSingh lagi tak tahu lah teman nak kata apa lagi dah! Ini soal perlaksanaan hukum; bukan soal da'wah, bukan soal prosedur! Apakah orang yang sedang lakukan kesalahan yang boleh menjerumuskan dia ke neraka jahanam kita masih sibuk nak berda'wah dan berprosedur?!
Kalau macam tu, kalau jumpa pak jangoat tengah bertenggek berliwat atau berzina, kita jangan cegah atau hukum. Tapi buat prosedur persediaan, carikan bini untuk dia. Bila dah dapat, baru cegah dia suruh berhenti bertenggek dan berzina? Macam tu baru Islamik? Padanlah para pak jangoat ni boleh menyokong dan tidur sebantal dengan para peliwat & homoseks!
Soal da'wah itu soal lain. Da'wah jalan juga, pencegahan jalan juga. Ianya mesti seiring. Sebab itu ALLAH sebut "ta'muruu nabil ma'ruf, wayan hau na 'anil mungkar - serulah kepada ma'ruf (berda'wahlah), dan cegahlah kemungkaran (berhukumlah mengikut syara'), dan berimanlah (yakin dan percayalah dengan syariat & undang-undang ALLAH)".
Teman sedih melihat keadaan umat Islam hari ini yang sikap dan perangai politiking yang melampau-lampau. Sehingga agama pun jadi gadaian, nama ALLAH pun jadi pertaruhan. Tengok kontroversi azan di Masjid Ikhlasiah. Kesnya mudah, seorang kafir (yang mungkin jahil), dikatakan menuntut supaya azan diperlahankan. Pihak Masjid akur dan memperlahankan tetapi dalam keadaan protes. Tup tup ditaburkan cerita peguam kafir itu ahli MCA, maka dipersalahkan UMNO dan BN. Malah PM didesak beri penjelasan! Apalah punya kayu!
Kalau ya pun kebetulan yang mengadu itu ahli MCA (kalau betul pun), apa kena mengena dengan UMNO/BN, apatah lagi Perdana Menteri. Kalau ikut logik hujah itu, maka semua ahli PKR boleh disyaki kaki homoseks & peliwat, sebab kepalanya dikenakan pertuduhan meliwat stafnya sendiri? Adakah wajar fitnah saperti itu dibuat? Takkan kerana kepala parti mereka bapak pembohong, semua ahli PKR juga kaki pembohong? Takkan begitu mudah sifir politiknya.
Sama saperti slogan "1-Malaysia", kebetulan sama bunyinya dengan "One-Israel", maka riuhlah diputarbelitkan bahawa "1-Malaysia" ciplak "One-Israel". Kalau macam tu, slogan 'PAS 4 ALL" adalah ciplak daripada "Israel 4 ALL" juga kah? Simbol "1-Mata PKR" adalah ciplak daripada "One-Eyed Illuminati"?? Pada teman ini bukan sahaja pootar-pooSingh, malahan kegiatan politiking yang tersangatlah bodoh dan mencemar tahap pemikiran manusia yang bertamaddun!
Kepada umat Islam, umat yang punya kitab petunjuk Al-Quran, mengapalah ada diantara kita boleh jatuh ke lembah yang begitu hina! Kita hidup seolah-olah macam Al Quran itu bahan asing yang tidak pernah kita dengar! Islam itu jelas, Al Quran itu terang dan nyata. Berpeganglah kepada tali ALLAH ini, gigitlah ia dengan geraham kamu. Disa'at dan ketika manusia berada didalam kesesatan dan menyesatkan, kita umat Islam sepatutnya menyalakan obor Islam agar nur keimanan dan tauhid itu terpancar mengeluarkan manusia daripada kesesatan. Jangan pula kita menjadi saperti para agamawan Yahudi & Nasara, yang memootar-pooSinghkan agamanya sehingga akhirnya seluruh umatnya menjadi sesat lagi menyesatkan.
"Segala puji bagi ALLAH Tuhan pentyadbir seluruh alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kepada Mu kami menyembah, dan kepada Mu kami memohon bantuan pertolongan. Tunjukkanlah kepada kami petunjuk jalan yang lurus, jalan para Rosul, Anbiya, siddiqin, syuhada' & solihin, bukan jalan mereka yang Engkau murkai (saperti Yahudi) dan jalan mereka yang Engkau sesatkan (saperti Kristian). Kabulkanlah ya ALLAH".
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, petunjuk, hidayah dan istiqomah.
Adios amigos, grasias senor senorita.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Safar 1432
16 Januari 2011

14 January 2011

BIA-DAP LAGI!

(Yang Bia-DAP & Yang Tak-PASti?)

Salam 2 all.

Sekali lagi kepimpinan DAP menunjukkan sikap bia-DAP dan kurang ajar mereka apabila Exco Kerajaan DAP Selangor Ronnie Liu mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya membatalkan arahan melarang pekerja beragama Islam daripada bekerja di pusat-pusat hiburan saperti disko, pub dan kelab malam yang menjual arak.

Baru-baru ini MPSJ telah mengeluarkan arahan melarang mana-mana orang yang beragama Islam daripada bekerja dimana-mana pusat hiburan saperti disko, pub dan kelab malam yang menjual arak kerana mematuhi Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Malahan arahan MPSJ tersebut adalah bersesuaian dengan peruntukkan syariah dan undang-undang Islam yang sudah qat'i.

Tindakan bia-DAP Ronnie Liu tersebut sebenarnya adalah rentetan daripada tindak-tanduk kepimpinan DAP yang sentiasa mencari masalah dengan mencabar undang-undang Islam. Kita masih ingat tindakan bia-DAP Ronnie Liu yang menghalang Majlis Bandaraya Shah Alam daripada melarang kedai-kedai serbanika saperti 7-11 daripada menjual arak, sehingga tindakan MBSA merampas arak dibeberapa kedai serbanika telah dibatalkan. Sebaliknya MBSA diarahkan memulangkan kembali arak yang dirampas.

Tindakan itu bukan sahaja mencetuskan isu besar dan memalukan MBSA, tetapi juga memperlekehkan kepimpinan PAS Negeri termasuk Exconya YB Datuk Hassan Ali yang terpaksa tunduk kepada kemahuan DAP. Isu itu berlarutan membawa kepada isu-isu lain sehingga YB Datuk Hassan Ali dikenakan tindakan disiplin oleh PAS. Akhirnya PAS Selangor menjadi bisu seribu bahasa, pekak seribu rasa, buta seribu mata!

Teman berasa sangat sedih melihat kedudukan kepimpinan PAS Negeri Selangor. yang bukan sahaja berdepan dengan tindakan bia-DAP dan kurang ajar DAP, malahan berdepan pulak dengan segelintir para jangoat yang saperti sudah kerasukan syaitan dan kehilangan sifat kemaluan mereka! YB Datuk Hassan Ali dan kepimpinan PAS Selangor yang diharapkan oleh orang Melayu menjadi benteng mempertahankan hak dan kedudukan orang Melayu beragama Islam akhirnya tenggelam didalam kekaltuan politiking yang tak sudah-sudah.

Teman berharap dan berdoa semoga insiden ini akan membuka mata dan hati umat Islam bahawa musuh kita sebenarnya ialah parti cauvinis dan rasis ini iaitu DAP yang semakin hari semakin bia-DAP dan kurang ajar. Tidak cukup menghina masjid surau kita, mencabar azan, memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan entah berapa banyak lagi yang mereka lakukan yang menghina dan mencabar umat Islam dan bangsa Melayu.

Teman juga mengambil kesempatan ini menyeru kepimpinan PAS Selangor, terutama YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya bangkitlah mempertahankan maruah dan kemuliaan Islam dan bangsa Melayu. Stand and be counted before ALLAH! Mana dia suara-suara yang menggegarkan dahulu, sehingga nyamuk pun bertakbiir mendengar ceramah dahulu. Islam bukan duduk diatas pentas ceramah, tetapi Islam duduk pada tindakan. Sabda Rasulullah saw, "sekiranya kamu melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan (kuasa kamu), jika tiada mampu dengan mulut kamu, jika tiada mampu janganlah kamu redho, dan itu adalah selemah-lemah iman".

YB Datuk telah diberi kedudukan dan kuasa oleh ALLAH. YB Datuk kini Exco Kerajaan Negeri Selangor, menjaga hal ehwal Islam. Ini satu amanah yang Datuk akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH nanti. Gunakanlah kuasa itu untuk membela dan mempertahankan Islam. Jika disebabkan kuasa itu Datuk tersekat daripada berbuat sedemikian, maka jalan paling bermaruah ialah tinggalkanlah jawatan itu.

Jangan kita termasuk golongan yang Nabi saw sebut sebagai "hubbud dunya wakaro hiyatul maut - terlalu sayangkan dunia dan takut mati". Ingatlah amaran Rasulullah saw, tidak redho itu satu tahap iman yang terlalu lemah. Meredhoi perbuatan bia-DAP Ronnie Liu dan kepimpinan DAP Selangor dengan terus bersekongkol dengan mereka adalah tanda-tanda tahap keimanan yang perlu diperbaiki. Dan Datuk boleh memperbaikinya dengan menyatakan yang hak, walaupun berkata sedemikian Datuk kehilangan jawatan tidak mengapa, kerana balasan syurga ALLAH mengatasi segala-galanya. Be a Muslim first YB Datuk Dr. Hassan Ali.

Janganlah kita menjadi golongan summum bukmum 'umyum fahuum bila berdepan dengan kemungkaran ini. Bisu, pekak & buta bukanlah ciri seorang pejuang Islam. Ingat pesan ALLAH, "apabila umat Islam berpaling daripada agamanya (Islam), akan Aku lahirkan tentera Ku (hezbollah), yang menyintai Aku dan Aku menyintai mereka, yang berlembut sesama Islam tetapi tegas terhadap kaafir, yang berjihad ke jalan Aku, dan tidak takut celaan golongan yang mencela" (Al Maaidah - 54-56).

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Safar 1432
14 Januari 2011


@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar The STAR hari ini 14.01.2011)

SUBANG JAYA: A public outcry has erupted following a move by the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) to ban Muslims from working at entertainment outlets with liquor licences.

The council is facing pressure to rescind the controversial ruling.

State local government chairman Ronnie Liu said the state government had not given approval for the council to enforce the ruling which would affect the livelihood of Muslims employed at pubs, hotels, restaurants and entertainment clubs. He said the issue was discussed at the state exco meeting on Wed­nes­day.

“We have advised the MPSJ president to withdraw this new condition,” he added.

MPSJ is said to be enforcing this condition on entertainment outlets namely pubs, discos and clubs which have liquor licences issued by the Customs Department, stopping them from employing Muslims.

This new condition was apparently endorsed at the MPSJ’s full board meeting in June 2009 and is in accordance with Section 18 (2) of the Syariah Criminal Enactment (Selangor) 1995.

Under the new guidelines, entertainment outlet operators will be subject to fines of up to RM5,000 if they flout conditions of the licence.

MPSJ councillor Mohd Nasir Yusoff said the councillors were informed of the new ruling during a full board meeting in 2009. The matter, however, was not discussed thoroughly.

“The enactment has been in existence since 1995,” Mohd Nasir said.

Malaysian Trades Union Congress (MTUC) secretary-general Abdul Halim Mansor said MTUC was against the ruling as Muslim employees are only working at these outlets, not drinking alcohol.

Jamsharee Al Qudsi used to be a marketing manager but after being retrenched, accepted a job as a mixer for cocktail drinks at an entertainment outlet in Subang Jaya.

“I don’t drink, I mix the drinks based on what I feel would taste good.

“MPSJ must rescind the ruling as it would affect numerous Muslims,” said Jamsharee who considers himself a devout Muslim.

14 July 2010

ARAK HALAL II?!

Salam 2 all.

Alhamdulillah respon agak baik saya terima berkenaan tulisan saya mengenai isu "arak halal". Ramai yang memberi pandangan bahawa isu ini tidak sepatutnya berbangkit kerana hukum arak sudah jelas, "sudah terang bersuluh pula" kata seorang rakan blog.

Dan ramai yang melahirkan rasa terkejut bahawa ianya boleh menjadi isu. Saya sendiri pun merasa sangat terkejut apabila isu ini berbangkit semasa isu judibola dibahas di Parlimen baru-baru ini. Apabila YB Wee Choo Keong (Konsensus-Wangsa Maju) bertanya mengapa hasil judi haram diambil sedangkan hasil arak diperbolehkan di negeri Kelantan, ada Pak Janggoat yang bangun melenting dan menjawab "judi lain, arak lain!". Ada pula yang menjawab "judi haram semua agama, arak hanya Islam haram, agama lain tidak!".

Saya yang terkejut tu bukannya apa, Pak Janggoat-Pak Janggoat ini jugak yang dulu bukan main hentak meja nak tutup kilang arak kalau memerintah! Dan saya pun tak lupa Menteri Kewangan yang mana yang meluluskan lesen judi di Sabah/ Sarawak dulu. Namun bila memikirkan Pak Janggoat-Pak Janggoat ni tidak menjadikan YB Tuan Guru Haji Hadi sebagai "Presidennya" tapi orang lain, maka sejuklah sikit hati tu. Sebab saya para ilmuan Islam dan intelek agama serta pejuang Islam tahu bahawa apa yang disebut oleh Pak Janggoat-Pak Janggoat ini tidak mewakili suara para pejuang Islam.

Cuam satu persoalan yang berbangkit, apabila ada kalangan pihak berjanggoat ini mendakwa hasil dan cukai arak itu halal diambil oleh pemerintah Islam untuk digunakan buat pembangunan dan kegunaan pemerintah atas alasan agama lain menghalalkan arak, maka kesannya ialah:

1. kita tidak boleh lagi menuntut kilang arak dalam negara ini ditutup kerana kilang itu mengeluarkan arak untuk kegunaan bukan Islam; jadi perjuangan kita selama ini nak menutup kilang arak salah lah rupanya bagi Pak Janggoat-Pak Janggoat ini. Padanlah kilang Carlsberg masih tertegak dibumi Shah Alam;

2. kita tidak boleh mendesak penerbangan Malaysia membatalkan penjualan arak dalam penerbangan kerana ianya hanya untuk bukan Islam;

3. kita tidak boleh menghalang 7-11, K-Mart atau lain-lain kedai serbanika daripada menjual arak kerana ianya dijual untuk bukan Islam;

Dan banyaklah lagi isu dan perjuangan mengenai arak yang selama ini kita perjuangkan terpaksa kita tinggalkan kerana rupa-rupanya mengikut sabda para Pak Janggoat, hasil arak halal diambil dan dicukai oleh pemerintah Islam. Dan memandangkan agama lain "menghalalkan arak" saperti sabda Pak Janggoat, maka kita kena benarkan ianya dijual dan diminum.

Apakah itu yang akan terjadi kepada Malaysia Darul Janggoat ini kalau mereka diberikan kuasa memerintah? Persoalan lebih besar ialah apakah ahli, penyokong dan pendokong Pak-Pak Janggoat tahu itu sebenarnya perjuangan mereka.

Namun saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH kerana ramai pemimpin dan ahli akar umbi gerakan Islam yang menghubungi saya tegas menyatakan bahawa arak tetap haram, dan hasilnya tetap haram. Dan perjuangan mereka jelas, kilang arak mesti ditutup, kedai menjual arak secara terbuka mesti dilarang, peminuman arak secara terbuka mesti diharamkan Alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak bermaksud menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh minum arak. Itu hak mereka. Tetapi mereka hanya patut dibenarkan minum ditempat khas yang tertutup atau majlis-majlis persendirian mereka. Kalau hendak dijual, bolehlah dijual di restoran atau kedai makan yang "haram", yang tidak menjual makanan halal, yang hanya dikunjungi oleh bukan Islam.

Dan kalau ada sebarang hasil diperolehi daripada arak ini, kita umat Islam sepatutnya berusaha tidak mengambilnya, biarlah kita miskin dan kekurangan hasil, daripada kaya dan buncit kerana hasil arak! Kalau ditakdirkan ada juga, kita patut kembalikan hasil atau cukai itu kepada golongan bukan Islam untuk tujuan mereka. Mungkin untuk biasiswa atau membiayai pengajian anak mereka, membaikpulih rumah ibadat mereka atau apa sahaja yang hanya dipergunakan oleh golongan bukan Islam sahaja.

Pada saya, apa alasan juga kita nak guna, arak tetap haram dan hasil arak dalam apa bentuk pun tetap haram. Bukan kerja kita nak corner sana corner sini untuk menghalalkan sesuatu yang sudah jelas haramnya. Dan bukan kerja kita untuk menghalalkannya bagi penganut agama lain.

Sebagaimana pada pandangan saya ALLAH itu Maha Esa, tetap Satu. Bukan kerja kita nak corner sana corner sini nak menghalalkan kalimah ALLAH disyirikkan sebagai punya anak. Dan bukan kerja kita untuk menghalalkan pensyirikan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Tugas kita ialah terus berdakwah untuk memperbetulkan kesyirikan mereka kepada mengesakan ALLAH Yang Satu!

Wallahua'lam.

Yang baik dari ALLAH, yang tidak daripada kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH mengampunkan saya atas segala kesilapan dalam memberikan pandangan mengenai arak ini. Sekiranya didapati pandangan saya ini bercanggah dengan Al Quran & Sunnah, maka terbatallah pandangan saya ini dan ikutlah Al Quran & Sunnah tersebut.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
02 Sya'ban 1431
14 Julai 2010

13 July 2010

ARAK HALAL?!

Salam 2 all.

Akhir-akhir ini, kelihatan saperti ada suatu kekeliruan dikalangan umat Islam mengenai hukum arak, terutama dari segi hasilnya. Samada kekeliruan ini adalah kerana kejahilan (yang boleh diperbetulkan dengan ilmu), atau kerana kepentingan tertentu tidaklah saya ketahui.

Apa yang saya ingat, dahulu kita bergegar menyatakan kalau hari ini kita memerintah, esok kilang arak kita akan tutup. Sehingga jualan arak dikedai runcit dan serbanika pun kita nak halang. Malahan saya masih ingat semasa mengendalikan kes Al Maunah (yang majoritinya adalah anggota Unit Amal), antara sasaran mereka ialah memembak dan cuba memusnahkan sebuah kilang arak. Malahan kita pernah menuntut supaya syarikat penerbangan MAS menghentikan penjualan arak didalam penerbangan termasuk kepada penumpang bukan Islam.

Ini semua berlaku kerana kefahaman kita ialah "alkhamru ummul qoba'is", arak itu ibu segala maksiat. " Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan." (Kitab Sunan Ibnu Majah jilid 3, kitab memabukkan, Bab 30, Hadis no. 3371).

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada manusia, di antaranya :-

1. Merosakkan akal fikiran dan kesihatan
2. Merosakkan akhlak dan akidah seseorang
3. Memalingkan manusia daripada ingatkan Allah dan daripada mengerjakan solat
4. Membawa manusia ke arah kemurkaan Allah
5. Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia
6. Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:“ "Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)".

Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-

1. pembuatnya,
2. pengedarnya,
3. peminumnya,
4. pembawanya,
5. pengirimnya,
6. penuangnya,
7. penjualnya,
8. pemakan wang hasilnya,
9. pembayarnya
10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidhi).

Inilah tarbiyyah yang kita semua terima sejak dahulu, sehingga kita memandang arak dengan begitu jijik. Dan memang itulah sepatutnya pun. Dan saya antara orang yang cukup konsisten dan istiqomah dalam hal ini. samada masa ceramah atau tazkirah. Malah sebaik menjadi Ahli Parlimen, samada semasa bersama Pakatan mahupun sebagai MP Bebas, banyak usul yang saya kemukakan untuk mengharamkan arak ini. Hansard dan rekod Parlimen membuktikan pendirian konsisten saya itu sehingga kehari ini.

Dan bila bercakap tentang arak, saya pasti akan teringat kepada Almarhum Dato' Ishak Baharom, yang tidak pernah lekang daripada multnya dalam setiap ceramah, kuliah atau tazkirah Almarhum mengingatkan kita tentang bahaya arak sebagai ibu segala maksiat.

Tetapi hari ini ada diantara kita mengubah haluan dan menyatakan bahawa hasil dan cukai arak kita boleh ambil dan guna. Kita kata kita tidak boleh halang orang bukan Islam daripada meminum arak. Bahawa hasil dan cukai keatas arak halal buat kita.

Dan yang paling teruk, ada diantara kita menghalalkan tindakan kita dengan berselindung dibalik dakwaan hanya agama Islam mengharamkan arak, tetapi agama lain membenarkannya.

Samada yang bercakap itu hipokritus aljahlunus, ataupun jahlun alhipokritus!

Pertama, kita umat Islam tahu bahawa semua kitab agama wahyu yang ada hari ini telah diselewengkan atau diputarbelitkan. Maka tidak ada sebab kita nak mempercayai kitab-kitab mereka.

Kedua, adalah jelas agama-agama lain, kalau tidak mengharamkan arak pun, sangatlah tidak menggalakkan peminumannya. Tetapi apa yang jelas, semua agama mengharamkan pemabukan. Agama Buddha mengharamkan alkohol/ arak termasuk pemabukan. Agama Kristian umumnya mengharamkan pemabukan walaupun memberikan pengecualian sedikit arak saperti wine diminum untuk majlis-majlis keagamaan tertentu. Agama Yahudi/ Judaism mengharamkan paderinya daripada mengendalikan sebarang upacara agama kalau si paderi tersebut meminum arak walau setitik. Agama Hindu juga mengharamkan pemabukan. Manakala agama Sikhism (Punjabi) mengharamkan sebarang bentuk minuman yang memabukkan. Jadi dimana bukti dakwaan yang kata kononnya agama lain menghalalkan arak? Hanya kerana penganutnya minum tanpa batas bukan bermakna agamnya membenarkan.

Tiba-tiba ada pak janggoat mendakwa agama lain menghalalkan arak. Oleh itu cukai dan hasil daripada arak ini halal buat kita orang Islam ambil dan gunakan. Sedangkan hadis Rasulullah saw diatas jelas bahawa diantara sepuluh golongan yang dilaknat ALLAH berkaitan arak ialah "pemakan wang hasilnya"!! Apakah mengutip cukai dan menggunakan hasil arak itu tidak termasuk golongan "pemakan wang hasilnya"!!

Saya teringat sebuah buku risalah mengenai arak ini yang pernah diterbitkan oleh penulis sebuah parti politik tertentu bertajuk "Banjir Arak"! Jelas didalamnya menegaskan hasil dan cukai arak adalah haram!!!

Sebab itu Rasulullah pernah bersabda, "aamantu billah summastaqim" - aku beriman kepada ALLAH, dan aku beristiqamah. Mendapat iman adalah satu anugerah, tetapi hendak memelihara iman dan aqidah serta beristiqamah dengannya adalah suatu jihad dan perjuangan, dan ianya bukan mudah.

Berdoalah kita kepada ALLAH moga kita bukan sahaja diberi keimanan dan aqidah yang mantap, tetapi juga beristiqamah dengannya. Ianya bukan mudah, tetapi boleh dilakukan.

Yang baik dan benar itu daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Ini adalah pandangan dan pendapat saya, tetapi sekiranya terbukti pandangan saya ini bercanggah dengan mana-mana ayat Al Quran mahupun hadis Rasulullah saw, maka pendapat saya ini adalah terbatal dengan sendiri dan Al Quran dan Sunnah itulah yang wajib kita ikuti, dan saya pohon keampunan ALLAH atas kelemahan dan kesilapan saya itu.

Selamat menyambut bulan sya'ban, dan bersedialah kita untuk menyambut Ramadhan. Dan saya berdoa semoga ALLAH memberikan saya dan semua umat islam yang beriman peluang untuk menjalani 'ibadah puasa dibulan penuh keberkatan ini. Ameen.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
01 Sya'ban 1431
13 Julai 2010

26 June 2010

JUDI SUDAH BATAL, ARAK BILA?


Salam 2 all.

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak atas keputusan tidak memberikan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat Ascot Sdn. Bhd. Keputusan yang di umumkan semalam memberikan kelegaan kepada umat Islam khususnya dan rakyat umumnya. Langkah berani ini diharap akan memberi isyarat positif kepada rakyat bahawa Kerajaan Persekutuan sangat memberi perhatian kepada suara rakyat. Tahniah kepada umat dan rakyat yang telah berdiri menyatakan pendirian membantah pemberian lesen pertaruhan sukan ini. Apa yang penting kita lakukannya kerana ALLAH, bukan kerana kefahaman politik yang sempit.

Sekarang saya mahu bertanya kepada mereka yang menghalalkan hasil arak. Apakah kalian juga berani melakukan perubahan yang sama? Atau apakah kalian masih berdegil dengan pandangan bahawa hasil judi haram tetapi hasil arak halal? Mengapa kalian begitu berani mengubah-ubah hukum ALLAH demi sedikit habuan politik keduniaan yang terlalu sedikit? Tidak takutkah kalian kepada murka ALLAH? Tidak gentar kalian kepada api neraka?

Atau habuan politik dunia terlalu berharga untuk kalian sehingga sanggup mempermainkan hukum ALLAH!? Kalau tidak malu kepada ALLAH dan Nabi pun, malulah kepada kepiah dan serban yang terkatup dikepala kita itu. Janganlah kita sekadar menjadi Pak Janggoat yang sekadar berjanggoat didagu tapi telur tergantung dibelakang!!

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan iman dan istiqomah dalam perjuangan memartabatkan risalah Islam yang syumul ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Rejab 1431
26 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar Utusan Malaysia hari ini 26.06.2010)

Tiada lesen pertaruhan sukan

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) atas pertimbangan agama dan kesan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pendirian itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti masyarakat yang secara jelas tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan di peringkat dasar untuk memberi kelulusan sebelum ini.

“Walaupun ada pihak menyokong dan menentang perkara itu, kerajaan mendapati secara jelas majoriti masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut dikeluarkan.

“Oleh itu dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO mengumumkan keputusan berkenaan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini malam ini.

Polemik isu itu bermula apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek membuat kenyataan di Dewan Negara pada 6 Mei lalu bahawa kerajaan akan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen judi bola sepak semasa kejohanan Piala Dunia bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian haram di negara ini.

Pengumuman berkenaan mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Badan Perhubungan UMNO Johor, Perak dan Kedah, Pergerakan Pemuda UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu menegaskan, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Ascot Sports untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, keputusan berkenaan disokong sepenuhnya MT UMNO dalam perbincangan malam ini.

“Keputusan itu dibuat sebulat suara, walaupun ada satu dua pendapat berbeza pada peringkat awal tetapi semua akur dan menerima,” katanya.

Mengenai lesen yang pernah dikeluarkan kepada Ascot Sports, Perdana Menteri berkata, ia diluluskan pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkannya semula pada 1990 kerana menghadapi kerugian besar.

Katanya, sejak tarikh itu Ascot Sports beberapa kali cuba memperbaharuinya dan baru-baru ini kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

“Selain itu, kerajaan pada masa sama ingin mendapatkan pandangan umum sebelum lesen dikeluarkan memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan mereka sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen dari sudut agama, ekonomi dan sosial

“Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti haram dan pertaruhan sukan haram yang ditaksirkan begitu besar sehingga ada yang kata perjudian haram itu melebihi RM10 bilion dan melibatkan kegiatan jenayah yang lain” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan juga mengambil keputusan bahawa dalam apa keadaan sekalipun, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam pertaruhan sukan sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat berkaitannya.

“Syarat-syarat ini adalah sesuatu yang begitu tegas ditentukan kerajaan,” katanya.

Mengenai reaksi parti komponen Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau percaya keputusan itu dapat diterima kerana ia lebih mengutamakan rakyat.

Beliau turut memberitahu, Ascot Sports juga tidak akan diberikan sebarang pampasan kerana di bawah akta yang diperuntukkan, Menteri Kewangan pada bila-bila masa mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen pertaruhan itu.

21 June 2010

ARAK HALAL?


(Gambar hiasan semata-mata menunjukkan pesta arak di Piala Dunia 2010)

Salam 2 all.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya. 

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Rejab 1431
21 Jun 2010