16 January 2011

Tum-PAS LAGI!

Salam 2 all.

Kerajaan Selangor hari ini membuat keputusan u-turn dalam isu umat Islam yang bekerja di pusat hiburan yang menjual arak saperti di pub, disko dan kelab malam. Isu ini mulanya berpunca daripada arahan exco DAP Ronnie Liu yang mengarahkan MPSJ supaya menarik balik larangan mengharamkan umat Islam daripada bekerja di pusat hiburan yang menjual arak.
Selepas isu itu menerima bantahan umat Islam, YB Datuk Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga exco hal ehwal agama Islam telah menyanggah arahan Ronnie Liu, sebaliknya mengucapkan syabas kepada MPSJ kerana melaksanakan peruntukkan undang-undang yang sudah jelas. Pendirian Pesuruhjaya PAS itu jelas, pengharaman itu bukan sahaja mematuhi Enakmen Jenayah Syariah Selangor, tetapi juga bertepatan dengan hukum syara'. "Lagipun pengharaman ini hanya untuk umat Islam sahaja", ujar Datuk Hassan Ali.
Malangnya pendirian Datuk Hassan Ali dan PAS Selangor itu tidak dihormati oleh Kerajaan Selangor. Sebaliknya mereka membatalkan pengharaman yang dibuat oleh MPSJ. Ronnie Liu, yang mengumumkan pembatalan itu menyatakan bahawa "adalah tidak adil orang Islam dilarang mencari rezeki di pusat hiburan yang menjual arak!!". Nampak gaya Parti Islam SeMalaysia tum-PAS lagi!!
Bagaimanapun, teman tidak hairan kalau Ronnie Liu ini menentang. Namanya pun kafir harbi. Dia kafir harbi kerana secara terang-terang mempertikaikan hukum syara'. Inilah juga orangnya yang menghalang MBSA daripada mengharamkan penjualan arak dikedai-kedai serbanika. Dan inilah juga orangnya yang menjadikan Karpal Singh yang menentang Islam "over my dead body" sebagai pengerusinya. Inilah orangnya daripada parti cauvinis, rasis lagi bia-DAP! Kafir harbi macam ini, kalau mengikut hukum syara', hendaklah dibawa ke Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa dan jika sabit kesalahan dan tidak mahu mengakui kesalahan dan menyesal, dan enggan tunduk kepada peruntukkan syariah hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat, termasuk hukuman pancung sampai mati! Itu kalau di negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya lah!!
Teman tak ambil poo-Singh tentang tindakan Ronnie Liu dan parti bia-DAPnya. Sememangnya ALLAH telah pun memberitahu kita hati perut mereka (Al-Baqarah:120). Yang teman pelik isu yang macam ni punya terang pun masih ada jugak Pak Jangoat yang nak pertikai. Ada pak jangoat yang membuat kenyataan bahawa "prosedur tindakan MPSJ mengharamkan umat Islam bekerja di kedai arak adalah salah dan tidak Islamik!!". Kot ya pun nak jilat teloq Kitsiang janganlah sampai agama pun boleh di putar-pooSingh yop!!!!!
Hukumnya jelas. Budak Tadika PASTI yang masih beringus pun tahu. Umat Islam diharamkan bekerja menjual, membuat, menyediakan, membawa, menghidang arak! Hukumnya sama saperti peminum arak juga! Termasuk golongan yang dilaknat ALLAH. Rezeki yang mereka perolehi adalah haram. Mereka memberi anak bini mereka makan rezeki yang jelas haram. Kalau itu pun nak putar-pooSingh lagi tak tahu lah teman nak kata apa lagi dah! Ini soal perlaksanaan hukum; bukan soal da'wah, bukan soal prosedur! Apakah orang yang sedang lakukan kesalahan yang boleh menjerumuskan dia ke neraka jahanam kita masih sibuk nak berda'wah dan berprosedur?!
Kalau macam tu, kalau jumpa pak jangoat tengah bertenggek berliwat atau berzina, kita jangan cegah atau hukum. Tapi buat prosedur persediaan, carikan bini untuk dia. Bila dah dapat, baru cegah dia suruh berhenti bertenggek dan berzina? Macam tu baru Islamik? Padanlah para pak jangoat ni boleh menyokong dan tidur sebantal dengan para peliwat & homoseks!
Soal da'wah itu soal lain. Da'wah jalan juga, pencegahan jalan juga. Ianya mesti seiring. Sebab itu ALLAH sebut "ta'muruu nabil ma'ruf, wayan hau na 'anil mungkar - serulah kepada ma'ruf (berda'wahlah), dan cegahlah kemungkaran (berhukumlah mengikut syara'), dan berimanlah (yakin dan percayalah dengan syariat & undang-undang ALLAH)".
Teman sedih melihat keadaan umat Islam hari ini yang sikap dan perangai politiking yang melampau-lampau. Sehingga agama pun jadi gadaian, nama ALLAH pun jadi pertaruhan. Tengok kontroversi azan di Masjid Ikhlasiah. Kesnya mudah, seorang kafir (yang mungkin jahil), dikatakan menuntut supaya azan diperlahankan. Pihak Masjid akur dan memperlahankan tetapi dalam keadaan protes. Tup tup ditaburkan cerita peguam kafir itu ahli MCA, maka dipersalahkan UMNO dan BN. Malah PM didesak beri penjelasan! Apalah punya kayu!
Kalau ya pun kebetulan yang mengadu itu ahli MCA (kalau betul pun), apa kena mengena dengan UMNO/BN, apatah lagi Perdana Menteri. Kalau ikut logik hujah itu, maka semua ahli PKR boleh disyaki kaki homoseks & peliwat, sebab kepalanya dikenakan pertuduhan meliwat stafnya sendiri? Adakah wajar fitnah saperti itu dibuat? Takkan kerana kepala parti mereka bapak pembohong, semua ahli PKR juga kaki pembohong? Takkan begitu mudah sifir politiknya.
Sama saperti slogan "1-Malaysia", kebetulan sama bunyinya dengan "One-Israel", maka riuhlah diputarbelitkan bahawa "1-Malaysia" ciplak "One-Israel". Kalau macam tu, slogan 'PAS 4 ALL" adalah ciplak daripada "Israel 4 ALL" juga kah? Simbol "1-Mata PKR" adalah ciplak daripada "One-Eyed Illuminati"?? Pada teman ini bukan sahaja pootar-pooSingh, malahan kegiatan politiking yang tersangatlah bodoh dan mencemar tahap pemikiran manusia yang bertamaddun!
Kepada umat Islam, umat yang punya kitab petunjuk Al-Quran, mengapalah ada diantara kita boleh jatuh ke lembah yang begitu hina! Kita hidup seolah-olah macam Al Quran itu bahan asing yang tidak pernah kita dengar! Islam itu jelas, Al Quran itu terang dan nyata. Berpeganglah kepada tali ALLAH ini, gigitlah ia dengan geraham kamu. Disa'at dan ketika manusia berada didalam kesesatan dan menyesatkan, kita umat Islam sepatutnya menyalakan obor Islam agar nur keimanan dan tauhid itu terpancar mengeluarkan manusia daripada kesesatan. Jangan pula kita menjadi saperti para agamawan Yahudi & Nasara, yang memootar-pooSinghkan agamanya sehingga akhirnya seluruh umatnya menjadi sesat lagi menyesatkan.
"Segala puji bagi ALLAH Tuhan pentyadbir seluruh alam, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kepada Mu kami menyembah, dan kepada Mu kami memohon bantuan pertolongan. Tunjukkanlah kepada kami petunjuk jalan yang lurus, jalan para Rosul, Anbiya, siddiqin, syuhada' & solihin, bukan jalan mereka yang Engkau murkai (saperti Yahudi) dan jalan mereka yang Engkau sesatkan (saperti Kristian). Kabulkanlah ya ALLAH".
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, petunjuk, hidayah dan istiqomah.
Adios amigos, grasias senor senorita.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Safar 1432
16 Januari 2011

7 comments:

amer @ ijjad said...

seribu kali sayang..PAS boleh pergi jauh tanpa pakatannya..juga tanpa pemimpin gila kuasanya..harapan rakyat melihat islam tertegak di bahu PAS berkubur sebaik sahaja terjerumus di dlam Pakatan..Mufarakah lah PAS tercinta..mmmwahhhh~

idila said...

Salam,Sdr Zul,

memang suatu yang amat menyedihkan bila agama Islam diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam.Membaca apa yang di utarakan oleh Sdr Zul,memperlihatkan betapa tidak bermaya nya pihak yang dipertanggumgjawabkan untuk memastikan segala yang berkaitan dengan Islam dapat dijaga dan terpelihara.
Semoga Allah melindungi kita semua dari segala marabahaya.Amin.

Bingai @ Bangang said...

Dulu Islam acuan PAS
Sekarang PAS acuan DAP

apa nak buat YB. berdoa sajalah semoga mereka sedar.

Aku Yang Bingai
Nak Buang Emak atau Buang Anak?

karnine said...

I like this entry

Siput said...

Alhamdulillah kerana saudara telah diberikan ilmu dan akal yang bersih dan dapat menggarap permasalahan sebegini dengan jelas. Masalahnya kenapa ribuan lagi di luar sana masih tertutup pintu hati untuk menyedari dilema umat Melayu hari ini ye? Teruskan usaha saudara, moga-moga dibukakan pintu hati mereka suatu hari nanti.

Ahmad Humaizi Bin Din Mustafaha said...

Assalamualaikum
YB Zul,
Saya harap YB gugurkan perkataan "pootar-pooSINGH" kerana dikhuatiri timbul salah faham penganut Sikh terhadap tulisan YB..

Saya yakin, YB tujukan tulisan itu terhadap karpal Singh, tapi saya khuatir ada yang mengapi-apikan penganut agama Sikh yang YB mempermain-mainkan perkataan 'singh"


harap diberi perhatian..

TQ

LifeJacket said...

YB, saya suka artikel ini. Pohon untuk share di notes fb saya. Terima kasih.