25 January 2011

SYAITAN BERKEMBAR!

(Ah Pa, Uncle Kuan Yew sulah lapat itu kedai Yong Tau FOO, kita bila lagi?
Aiya Ah Cheng, sikit jam lagi itu yangoat kita boleh bikin Yong Tau FOO loh
)

Salam 2 all.

Teman tidak terkejut dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew didalam buku terbaru beliau Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang menegaskan bahawa "masalah integrasi di Singapura tidak ujud kecuali dengan umat Islam. Mereka diharap tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membolehkan pelan integrasi masyarakat Singapura dapat dilaksanakan dengan sempurna!".

Pendekkata, Lee Kuan Yew menyalahkan Islam sebagai punca masyarakat Melayu gagal berintegrasi sepenuhnya dengan masyarakat lain di Singapura! Integrasi bagi Kuan Yew bermakna orang Melayu wajib meninggalkan sebahagian daripada ajaran Islam untuk membolehkan mereka diterima sepenuhnya dalam masyarakat Singapura! Apa maksud Kuan Yew itu?

Setakat yang ada, masyarakat Melayu Islam di Singapura tidak melaksanakan hukum perundangan Islam saperti hudud, qisas & ta'zir. Mereka juga tidak mendaulatkan sebuah negara Islam. Perlembagaan mereka sekular saperti masyarakat lain. Mereka duduk dirumah pangsa macam orang lain. Anak-anak mereka ke sekolah sekular macam orang lain. Mereka juga ada yang bekerja makan gaji dengan Kerajaan kafir Singapura macam orang lain. Mereka tidak ada Kerajaan. Mereka tidak pegang jawatan tinggi dalam posisi kritikal saperti tentera, polis dan lain-lain. Jadi apa maksud Kuan Yew berkata masyarakat Melayu Singapura "perlu meninggalkan sebahagian ajaran Islam untuk berintegrasi dengan masyarakat lain di Singapura".

Kalau ada perbezaan pun, masyarakat Melayu Islam Singapura ada yang bertudung dan menutup aurat. Mereka mengerjakan solat. Mereka ada Masjid. Mereka berpuasa. Mereka pergi haji. Mereka bayar zakat. Mereka hantar anak mereka mengaji. Mereka berkahwin sesama Islam. Mereka punya nama yang ada "Bin" dan "Binti". Mereka masih ada saudara -mara di Tanah Melayu, dan kekadang balik kampung untuk beraya di Tanah Melayu. Mereka tidak makan babi. Mereka tidak minum arak. Mereka tidak makan bangkai. Mereka masih bercakap Melayu. Itulah lebih kurang apa yang tinggal pada bangsa Melayu beragama Islam di Singapura. Jadi apa maksud Kuan Yew bila menyatakan bahawa "orang Melayu tidak perlu terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam" untuk membolehkan mereka berintegrasi dengan kaum lain di Singapura?

Adakah Kuan Yew bermaksud orang Melayu supaya kurangkan atau jangan bersolat? Atau minum arak, makan babi? Atau buka tudung? Atau jangan pergi haji? Jangan buat masjid surau? Jangan bayar zakat? Jangan kahwin sesama Islam sahaja tetapi kahwin juga dengan kafir? Buang "bin" & "binti" mereka? Jangan sambut 'eidul fitrai atau 'eidul adha, sebaliknya sambut Gong Xi Fa Cai & Krismas sahaja? Jangan balik kampung ke Tanah Melayu? Jangan bercakap Melayu? Apa lagi yang dimaksudkan oleh Kuan Yew?

Tidak cukupkah umat Islam bangsa Melayu di Singapura kehilangan tanah air mereka? Tidak cukupkah mereka sekadar menjadi gurka dan prebet sahaja dalam tentera & polis? Tidakcukupkah mereka sekadar azan dalam masjid sahaja? Tidak cukupkah sejarah bangsa Melayu di Singapura dipadamkan? Tidak cukupkah mereka diperkotak-katikkan dan dipecah-belahkan dengan dihapuskan perkampungan orang Melayu dan disuruh tinggal menenggek di rumah pangsa bercampur baur dengan kaum lain? Apakah Kuan Yew mahu bangsa Melayu beragama Islam di Singapura hidup macam kafir macam kafir lain? Atau Kuan Yew mahu orang Melayu kafir terus? Teman tidak nampak rasional kenyataan Kuan Yew itu melainkan mahukan orang Melayu hidup saperti kafir atau menjadi kafir terus, nauzubillah!!

Sebab itulah teman berharap kenyataan Kuan Yew ini menjadi pembuka mata dan iktibar kepada umat Islam bangsa Melayu di negara ini. Itulah yang akan terjadi kalau kita membiarkan puak-puak cauvinis dan berfikiran sempit ini memerintah kita, atau mempunyai pengaruh mendalangi kerajaan. Jangan lupa Kuan Yew adalah sembahan Kitsiang & anak lakinya. Jangan lupa PAP & DAP adalah "syaitan berkembar"!

Jangan lupa amaran ALLAH didalam Al Baqarah: 120, "sesungguhnya Yahudi & Kristian (golongan kaafirun) tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara hidup dan kehendak mereka. Katakanlah (kepada kaafirun itu) Al Quran itu petnjuk yang haq dan sebenarnya. Tetapi jika kamu mahu mengikut cara kehidupan dan kehendak mereka, setelah datang kepada kamu petunjuk Al Quran, maka persilakanlah, tetapi ALLAH tidak akan menjadi penolong & pembantu bagimu".

Kita lihat sendirilah bagaimana manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang terlalu menurut cara mereka. Sehinggakan peguam untuk membelanya pun diambil seorang kafir, yang jelas manusia hipokrit dan tidak bermaruah. Karpal Singh yang terang-terang membongkar kegiatan homoseks & liwat Anwar pada 22.10.1997, kemudian mendakwa punya bukti didalam ceramah di Federal Hotel, kemudian menjadi peguam menasihatkan Azizan mangsa liwat Anwar, kemudian mendesak Kerajaan menyiasat dan mendakwa Anwar, kemudian mendesak Anwar bertaubat dan berundur setelah pembohongan 16 Sept didedahkan; dalam keadaan macam itu pun manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan itu menjadikan Karpal sebagai peguamnya, mengendalikan kes yang penangguhan sudah menjadi sinonim, sampai rakyat naik jelak dan muak. Sebagai politikus yang licik, sudah pasti Karpal & DAP akan terus mengenggam Anwar dan memastikan Anwar berjoget dan menari mengikut rentak mereka, menurut cara mereka!!

Ingatlah! Lee Kuan Yew itu kafir! Karpal Singh itu kafir! Kitsiang & Anak Lakinya juga kafir! Dan mereka tidak akan redho dengan kita umat Islam selama-lamanya. Mereka mahu kita mengikut cara hidup mereka. Dan itulah yang ALLAH buktikan dengan kenyataan Lee Kuan Yew didalam buku terbarunya itu. Kuan Yew yang meminta umat Islam tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam untuk diterima berintegrasi bersama kaum dan masyarakat lain di Singapura! Kalau bukti yang ALLAH tunjukkan ini pun kita masih memilih untuk sukmum bukmum 'ummyum fahum - buta, pekak dan bisu - maka ingatlah amaran ALLAH bahawa ALLAH tidak akan lagi membantu dan menolong kita umat Islam!

Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayah kepada kita semua. Yang baik itu dari ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
20 Safar 1432
25 Januari 2011


@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran kenyataan Lee Kuan Yew yang disiarkan media hari ini)

MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kelmarin dilaporkan menggesa umat Islam di republik berkenaan supaya 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' bagi membantu proses intergrasi dan pembangunan negara itu.

''Saya fikir penduduk Islam tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat tetapi mereka berbeza dan berlainan," katanya dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang dilancarkan minggu lalu.

Buku berkenaan adalah berdasarkan 16 wawancara dengan Kuan Yew yang disifatkan sebagai lelaki paling berpengaruh dalam sejarah republik berkenaan.

Wawancara yang keseluruhannya mencatatkan 32 jam itu dijalankan dari Disember 2008 hingga Oktober 2009 dan melibatkan tujuh wartawan The Straits Times Singapura.

Dengan 458 halaman dan 11 bab, buku tersebut mengupas secara mendalam pemikiran Kuan Yew dalam beberapa topik termasuklah sistem politik Singapura, perubahan iklim dan perhubungan antarabangsa.

Topik-topik ringan yang dibincangkan Kuan Yew dalam buku berkenaan adalah mengenai cinta pandang pertama, tattoo, fengshui dan filem. Ia ditulis dalam format soal jawab.

Kenyataan Kuan Yew dalam buku tersebut iaitu supaya masyarakat Islam menjadi lebih liberal menarik perhatian dunia berbanding buku yang baru dilancarkan itu sendiri.

Masyarakat dan pemimpin Melayu di Malaysia pastinya tidak hairan langsung dengan kenyataan sedemikian oleh Kuan Yew. Ini kerana mereka sudah cukup kenal dengan pemimpin veteran Singapura berkenaan sejak negara itu menjadi sebahagian daripada Malaysia sebelum berpisah pada 1965.

Kenyataan Kuan Yew itu turut dilaporkan dalam banyak portal berita di seluruh dunia. Portal Indonesia www.kompas.com melaporkan kenyataan tersebut di bawah tajuk 'Kuan Yew Desak Muslim Lebih Moden.'

Sebuah portal Islam, World Future Online mempersoalkan kenyataan Kuan Yew yang mahukan umat Islam Singapura supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam.

''Kenyataan Kuan Yew seolah-olah mengakui bahawa nilai Islam amat sukar dikikis daripada umat Islam republik tersebut. Sehingga kini beliau masih gagal untuk mengintergrasikan masyarakat Islam dalam masyarakat Singapura seperti mana yang beliau idamkan," kata portal tersebut.

Portal yang sama mendakwa pemerintahan Kuan Yew bersikap zalim terhadap masyarakat Melayu dengan menghapuskan kampung-kampung Melayu bagi mendirikan rumah pangsa untuk dijual kepada masyarakat bukan Islam.

Penduduk kampung Melayu kemudiannya diasing-asingkan di beberapa daerah dan penduduk bukan Islam dibawa untuk tinggal di tempat-tempat yang dulunya penduduk Islam adalah golongan majoriti.

Bagaimanapun, langkah ini gagal untuk menyerapkan penduduk Islam ke dalam komuniti bukan Islam Singapura. Sebaliknya, tambah World Future Online, masyarakat Melayu menolak parti pemerintah People's Action Party (PAP) dalam beberapa pilihan raya.

Ketika Kuan Yew memerintah, PAP mewujudkan Pusat Komuniti Setempat bertujuan menjadi platform aktiviti setiap kawasan perumahan. Pusat ini juga gagal menarik masyarakat Islam terutamanya golongan wanita yang lebih gemar mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masjid-masjid.

''Sehingga kini PAP mencari sebab sebenar masyarakat Islam tidak tertarik pada Pusat Komuniti Setempat. Parti pemerintah gagal memahami bahawa masyarakat Islam lebih gemar menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara berasingan jika mereka merupakan kumpulan minoriti dalam sesebuah persekitaran sosial.

''Dan kini Kuan Yew menggesa masyarakat Islam untuk bergaul dan kahwin campur. Ini berkemungkinan menjauhkan masyarakat Melayu dari menyokong PAP. Dan jika pembangkang di Singapura cukup bijak untuk memahami dan menerima semua ciri-ciri masyarakat Islam, undi masyarakat Melayu akan berpihak kepada mereka," tambah portal tersebut.

Bilangan masyarakat Melayu Singapura yang memilih untuk berhijrah ke negara lain juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Berita Harian Singapura dalam satu laporan pada penghujung 2009 mengatakan bilangan penduduk Melayu Singapura yang berhijrah ke Australia menunjukkan trend peningkatan dengan 30 peratus daripada penduduk Singapura yang berhijrah ke negara tersebut merupakan orang Melayu.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kritikan pedas daripada masyarakat Melayu Singapura apabila beliau menyentuh mengenai nasib orang Melayu di republik tersebut.

''Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," begitulah reaksi yang diberikan kepada kenyataan Dr. Mahathir mengenai nasib Melayu di Singapura.

Salah satu reaksi kepada kenyataan Dr. Mahathir mendakwa orang Melayu Singapura maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam terpelihara di republik berkenaan walaupun bukan sebagai agama rasmi.

Bagaimanapun, melihat kepada kenyataan terkini Kuan Yew supaya masyarakat Islam Singapura tidak terlalu kuat kepada ajaran Islam, mungkinkah agama Islam akan terus terpelihara di Singapura?

Semua ini terpulang kepada masyarakat Melayu di republik tersebut untuk terus akur kepada pemimpin veteran mereka atau sebaliknya.

9 comments:

bezita_z said...

Assalamualaikum yeop!..

Ana mmg slalu buka anta pnya blog ni,hmpir stiap hari..mmg meletop & bedesop yeop..teruskan usahamu utk memartabatkn daulah islamiyyah dlm negara ni..may Allah bless u..Seperkara yg ana hrp anta dpt dedahkn..dptkh anta dedahkn,siapakh Malik Imtiaz Sarwar?..drpda info yg ana dpt dia ni peguambela dlm kes teoh beng hock,peguambela lina joy,pejuang IFC & etc..malah beliau ni diiktiraf PAS dlm kes teoh beng hock..mmandangkn anta dgn dia ni sama2 perguam,mmg anta la yg lbh arif..mgkin anta lg kenal..wallahua'lam..

Hahn said...

Secara semulajadi tuhan telah membataskan orang Islam dan Kafir pada haramnya babi dan arak.

India misalnya boleh tidur bangun rumah China dan sebaliknya. Tidak Melayu walau bagaimana baik pun dengan orang ugama lain.

Boleh lah di katakan ucapan LKY tu bermaksud lebihkurang supaya orang Melayu keluar dari Singapura kerana dia sedang sibuk mengimport orang orang dari negeri China dalam pelbagai bidang.

Satu pulau itu mahu di hancingkannya!

Singapura akan tahu nasibnya bila LKY ketua gengster itu mati.

Azhar Suhaimi said...

Syabas kerana YB berjaya membahaskan isu ini dengan baik. Moga umat Islam di negara ini akan sedar dan keluar dari kepompong esgo & taksub akan pemimpin yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. Aminnnn...

Leow said...

Seeloknya minta suruh pihak media menanyakan komen dari Tuan Guru Nik Aziz tentang Lee Kuan Yew berkenaan isu ini. Kerana beliau nampak menyanjung tinggi bekas PM Singapura tersebut.

drarshad said...

YB Zul

Saya tengok perkara kalangkabut berlaku dan masih berlarutan macam tak der kesudahan... Apa sal jadi begitu?

Keberangkaliannya disebabkan PP1957 pindaan pada Artikal 66 [4A] la tu. Jadi Melayu dulu tak ada hak dan yang ada keistimewaan. Keistimewaan pun dah harubiru -- dipertikaikan tak habis-habis.

Justeru, saya mohon YB ZUL bawalah satu usul mansuhkan Artikal 66 [4A]. Tambah Artikal 66 [4C] dengan memberikuasa kepada Yang Di Pertuan Agung. Keistimewaan Melayu terletak di Artikal 153 [1-10]dan bukan bersendirian.

Ahli Parlimen 222

Melayu : UMNO 64, PAS 22, PKR
14, BEBAS 6 = 106
Cina
India
Anak Negeri

Dari situ baru kita nampak berapa orang kah yang sokong dan yang bangkang.

Sekian, terima kasih

drarshad said...

YB Zul


Tolong Manasuhkan ARTIKAL 66 [4A]
DAN KEMBALIKAN KUASA YDPA PADA ARTIKAL 66 [4C] MELALUI PARLIMEN SESI AKAN DATANG

INI MENGEMBALIKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU


TERIMA KASIH

drarshad said...

yb zul

tolong bawa ke parlimen akan datang

mansuh artikal 66 [4A]

tambah artikal 66 [4C] memberi kuasa kepada ydpa kerana artikal 153 [1-10] melayu di bawah agung

tk

ddinbunga said...

SALAM, APA KOMEN PUAK PAIH???? BERANI KE NAK LAWAN KENYATAAN LKY, SETAN DAPIG TUNGGU JE????

seek uncle om said...

salam
semoga ALLAH memberkati perjuangan kome...aterr teman respek cara lu berfikir...