Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

03 July 2014

CHINA, STOP IT!

Uighurs pose for photos in front of a portrait of Mao Zedong in Beijing on March 3, 2013
Umat Islam Uighur di Xinjiang, Republik Komunis China adalah kaum minoriti yang selalu dianiaya dengan pelbagai dasar dan tindakan yang melanggar norma dan prinsip hak asasi antarabangsa!
Salam 2 all.

Dan kaum cauvinis tuduh Malaysia extremis, fundamentalis, taliban dan macam-macam lagi!

Sebahagian daripada umat Islam berbangsa Uighur yang merupakan minoriti di Xinjiang, Republik Komunis China dilarang mengerjakan puasa!

Puasa bulan Ramadhan bukan sahaja wajib, malah ianya sebahagian daripada Rukun Islam!

Saya mendesak Kerajaan Malaysia menggunakan hubungan baik dengan Kerajaan Republik China, dan kedudukan berpengaruh didalam OIC, untuk mendesak supaya dihentikan tindakan yang bukan sahaja menghina agama Islam, tetapi melanggar norma dan prinsip hak asasi antarabangsa.

Dan kepada umat Melayu-Islam, lihatlah perkara seperti ini dengan mata keimanan, mata keinsafan bahawa begitulah yang akan terjadi kepada kita jika negara dijajah semula!

Lihatlah penderitaan umat Islam Gaza dan Tebing Barat di Palestin yang terpaksa bermandi darah menyabung nyawa di bulan Ramadhan ini angkara rejim zionis yang menguasai mereka!

Semoga Ramadhan kali ini menambahkan ketaqwaan kepada kita semua, dan memperkukuhkan ikatan ukhwah dan kesatuan sesama kita.

Satu Aqidah! Satu Tuhan! Satu Nabi! Satu Kitab! Satu Qiblat! Jadilah kita Satu Ummah!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 Ramadhan 1435
03 Julai 2014

@@@@@@@@@@@@@@@@@

From www.bbc.com/news/world-asia-china-28123267



2 July 2014Last updated at 12:37

China bans Xinjiang officials from observing Ramadan fast

Several government departments in China's far western region of Xinjiang have banned Muslim staff from fasting during the month of Ramadan

One department website said that civil servants cannot "take part in fasting and other religious activities".

The move comes amid tightened security in the region which has been hit by a growing number of violent attacks.

Authorities blame separatist Muslim Uighurs, but Uighur leaders deny they are behind the attacks.

Activists have accused Beijing of exaggerating the threat from Uighur separatists to justify a crackdown on the Uighurs' religious and cultural freedoms.

Increasing tensions

State-administered Bozhou Radio and TV University said on its website that the fasting ban applied to party members, teachers and young people.

China has been accused of suppressing the cultural and religious freedoms of Uighurs

"We remind everyone that they are not permitted to observe a Ramadan fast," it said.

Similarly a weather bureau in western Xinjiang was reported by the AFP news agency to have said on its website that the ban was "in accordance with instructions from higher authorities".

The BBC's Martin Patience in Beijing says that this is not the first time that China has restricted fasting in Xinjiang.

But our correspondent says that with Beijing blaming extremist Uighurs for growing violence, the ban is likely to be seen by many Muslims as an attack on their religion, further increasing tensions.

Among those imposing a ban are a commercial affairs department and a government hospital which got Muslim staff to sign a written pledge that they would not fast.

State-run newspapers have in addition been running editorials warning about the health dangers of fasting.

Many Uighurs say that the suppression of their cultural and religious freedoms is fuelling the unrest in the region and attacks elsewhere in China.

Last month 13 assailants were killed in an attack on a police station in the restive province.

29 July 2011

TAZKIRAH AL-MUBARAK

(Kalimah ALLAH dilacurkan disebuah gereja dengan konsep triniti dan diredhai oleh segelintir umat yang mengaku Al Quran kitabnya!)

Salam 2 all.

Insyallah beberapa hari lagi kita akan mula memasuki bulan Ramadhan, bulan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Teman masih ingat lagi kata-kata guru agama semasa kecil dahulu, "puasa itu menurut syara' ialah menahan diri dari makan dan minum serta segala perkara yang membatalkan puasa daripada terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari".

Persoalannya, adakah itu yang sebenarnya dikatakan puasa? Bagi mendapat jawapannya, kita rujuk semula kepada Al Quran, dimana ALLAH swt berfirman, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan" (Al Baqarah: 183).

Bermakna, matlamat daripada mengerjakan puasa ialah "memperolehi ketaqwaan". Tidak cukup sekadar tak makan, atau tak minum. Tak cukup kalau sekadar dihujung puasa pinggang kita makin ramping, size seluar sudah jatuh 3 inci, atau kadar kolestrol sudah turun! Itu bukan puasa, itu diet namanya! Puasa Ramadhan mestilah melahirkan kita umat Islam sebagai umat bertaqwa, individu bertaqwa.

Persoalan selanjutnya ialah, dimana kita mahu mencari ketaqwaan itu? Jawapannya berbalik kepada Al-Quran:2, "sesungguhnya Al Quran itu tiada sebarang keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan". Nah, itu dia, taqwa itu letaknya didalam Al Quran.

Al Quran bukan sekadar mushafnya disusun rapi dalam almari. Al Quran bukan sekadar ditilawahkan, ataupun dimusabaqahkan. Al Quran bukan sekadar menjadi poster penghias dinding!!!

Sebaliknya Al Quran itu ada peranannya. Sebab itu tiap individu umat Islam mempunyai lima tanggungjawab terhadap Al Quran. Pertama, ianya wajib ditilawahkan (atau dibaca). Kedua, ianya wajib pelajari hukum-hakam pembacaannya (ataupun ilmu tajwid). Ketiga, Al Quran wajib fahami maknaya. Keempat, ianya wajib diamalkan (atau dilaksanakan). Dan yang akhirnya, atau yang kelima, Al Quran wajib ditablighkan (atau disebar sampaikan).

Jika kesemua lima tanggungjawab itu benar-benar dilaksanakan dan dihayati, maka itulah sebenarnya maksud firma ALLAH swt dalam surah Al Baqarah: 185, "diturunkan Al Quran itu dibulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia, penuh dengan keterangan dan bukti, menjadi furqan (pembeza) bagi kamu".

Ini bermakna, apabila kita sudah membaca, mempelajari, memahami, mengamal dan menyampaikan Al Quran, maka ia akan menjadi pedoman dan petunjuk kepada kita meniti kehidupan ini dan tahu membazakan yang mana halal yang mana haram, yang mana haq yang mana batil, yang mana dosa yang mana pahala, yang mana benar yang mana palsu, yang Islam yang mana kufur!

Namun kalau kita melihat umat Islam hari ini, kehidupan mereka seolah-olah langsung tidak menggambarkan umat yang berpandukan Al Quran. Contohnya Al Quran dengan tegas menyebut bahawa "ALLAH hu Ahad - ALLAH itu Satu". Dan itulah yang diperjuangkan Nabi saw. Namun hari ini sudah ada umat Islam yang meredhai kafir la'natullah menggunakan kalimah ALLAH sebagai mewakili Tuhan 3-Dalam-1, tuhan triniti!

Al Quran menegaskan bahawa "sesungguhnya mereka yang berpegang kepada Al Quran (iaitu umat Islam) adalah saudara kamu". "Jangan kamu ambil kafir la'natullah sebagai wali pemimpin kamu". Namun hari ini ada segelintir umat Islam yang menjadikan kafir harbi yang menentang Islam sebagai saudara mereka, dan mengangkat kafir la'natullah yang memerangi Islam sebagai ketua mereka menentang pemerintah mereka. dan yang mahu "menyapu bersih" kerajaan umat Islam. Saudara yang satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab, satu Qiblat dan satu Saf dengan mereka menjadi musuh nombor satu mereka!

Al Quran mengajar kita bahawa kaum wanita itu adalah kaum yang dimuliakan. Syurga kita letaknya ditapak kaki seorang wanita, ibu kita. Malah ada sebuah surah khas dinamakan sempena wanita, surah An-Nisa'. Namun ada segelintir dikalangan umat Islam yang menggadaikanprinsip ini, sehingga menjadikan institusi perkahwinan dan anak bininya sebagai pertaruhan politik, sehingga sanggup menceraikan isteri dengan sumpah talaq tiga hanya untuk mempertahankan kerusi habuan duniawi!

Sebab itu Saidina 'Umar menyebut, bahawa taqwa itu saperti seorang buta yang berjalan dijalan penuh duri dimalam gelap tanpa cahaya. Sudah pasti jika tiada orang yang membimbing dan memberi petunjuk kepada sibuta itu, pasti dia akan cedera. Kemungkinan besar dia mungkin tidak sampai kematlamat yang dituju. Maka itulah Al Quran, ia menjadi pembimbing dan petunjuk untuk kita melalui khidupan diniawi yang penuh dengan ranjau duri ini. Jika kita menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan, insyallah kita akan selamat sampai ke destinasi kita, iaitu keredhaan dan rahmat ALLAH swt dan dimasukkan kedalam syurga.

Jika kita ingkar enggan menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupan kita, sudah pasti kita pasti tergelincir daripada jalan yang kita tuju, dan kemungkinan besarya kita akan menerima kutukan dan dilaknat ALLAH swt; dan dihumban kedalam neraka ALLAH na'uzubillah minzalik.

Sebab itu Rasulullah saw berpesan didalam khutbatul wida', berpeganglah kamu kepada Al Quran dan Sunnah ku (seboleh-bolehnya saperti menggigit dengan geraham kamu), nescaya kamu tidak akan sesat.

Semoga ALLAH memberikan kita ni'mat dan rahmat dapat melalui Ramadhan dengan sempurna, dan memelihara kita dengan penuh sifat Rahman dan Rahim, dan memberikan kita ketaqwaan sebagai anugerah Ramadhan 1432 ini. Dan barulah diakhir Ramadhan nanti, kita boleh meraikan kembalinya kita kepada fitrah, iaitu hamba yang tunduk ta'at kepada ALLAH swt, dan layaklah kita menyambut 'Eidulfitri dengan penuh ketaqwaan.

Yang bauk datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
27 Sya'ban 1432
29 Julai 2011

08 September 2010

EIDUL TAQWA

Letihnya pose...lagi sehari je yop insyallah!!

Salam 2 all.

Hari ni Rabu 29 Ramadhan 1431 (bersamaan 08.09.2010). Kalau takde aral, insyallah Ramadhan tinggal sehari sahaja lagi. Insyallah Jumaat kita menyambut 'eidulfitri.

Dalam kelam kabut kita membuat persiapan menyambut 'eidulfitri, dan mengharungi kesesakan trafik dalam perjalanan balik ke kampung, jom kita imbas kembali 'ibadah puasa yang kita lalui tahun 1431 hijrah ini.

Apa yang penting, kita perlu mengukur apakah kita sudah mencapai matlamat 'ibadah puasa itu sendiri. Selain daripada berlapar dahaga, selain daripada kehilangan beberapa kilo berat kita, selain daripada keletihan yang di alami, selain daripada turunnya kadar kolestrol, selain daripada berkurangannya kadar nikotin tembakau dalam peparu kita..selain daripada itu semua, apakah yang telah kita capai?

Sebab itu kita perlu tahu apakah tujuan dan matlamat 'ibadah puasa. ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 183, "diwajibkan keatas kamu (umat Islam) berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas umat terdahulu, semoga kamu beroleh ketaqwaan".

Yup, matlamat puasa yang difirmankan ALLAH ialah beroleh taqwa. Dan bagaimana kita mahu mengukur kita sudah mencapai taqwa itu. Dimana hendak dicari taqwa itu. Sekali lagi ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 2, "inilah kitab (Al Quran) yang tidak ada sedikit pun keraguan padanya, menjadi petunjuk menuju ketaqwaan".

Bermakna pencapaian taqwa itu adalah menjalani kehidupan dengan berpandukan Al Quran. Sebab itulah ALLAH berfirman dalam surah Al Baqarah: 185, "dan dibulan Ramadhan itu diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, berserta keterangan jelas didalamnya, supaya ia menjadi pembeza (bagi kamu)".

Bermakna dengan menjalani kehidupan berdasarkan petunjuk Al Quran, kita akan dapat membezakan diantara yang halal & haram, dosa & pahala, adil & zalim, benar & palsu, hak & batil. Ringkasnya, kita akan dapat membezakan mana satu cara hidup Islam, dan yang mana kufur.

Sebab itu dipenghujung Ramadhan ini, saya menyeru diri saya dan saudara/i semua, kembalilah kepada kehidupan mengikut Al Quran (& sunnah Rasulullah saw). Insyallah kita akan dapat mencapai darjat ketaqwaan tersebut.

Dan kita berdoa kepada ALLAH, agar menerima 'ibadah puasa kita termasuk segala rempahratus yang bersamanya termasuk tarawih, tadarus, qiamulail, sedekah , umrah dan lain-lain. Dan kita mohon kepada ALLAH supaya mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan yang ada, samada yang kecil atau besar, yang kita ketahui atau tidak.

Dan kita berdoa kepada ALLAH mnesyukuri ni'mat dapat menjalani 'ibadah puasa tahun 1431 ini, dan kita berdoa moga ALLAH mnegurniakan kita ni'mat mengerjakan 'ibadah puasa ditahun-tahun akan datang.

Seperkara yang ingin saya peringatkan diri saya dan saudara/i semua, apabila menyambut 'eidulfitri nanti, selain mengucapkan salam raya kepada rakan dan tamu, jangan lupa ucapkan "taqobalallah minkum", iaitu suatu doa yang diamal Nabi diucapkan kepada sahabat dan tamu, dengan maksud semoga ALLAH menerima segala 'amal kamu (dibulan Ramadhan itu). Dan yang menerima doa itu jawablah, "minna waminkum taqobbal ya kareem" (semoga ALLAH menerima 'amal kamu juga.

Saya ambil peluang ini memohon kemaafan atas sebarang kesilapan dan kekurangan yang saya lakukan, samada sengaja ataupun tidak, samada kecil dan yang besar, samada yang saya ketahui ataupun tidak.

Semoga selamat dalam perjalanan masing-masing pulang ke kampung. Bak kata hadis Melayu, biarlah kepulangan kita dira'ikan, bukan diratapi!!

2 all of you out there, salam 'eidul fitri & taqobbalallah minkum.

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
29 Ramadhan 1431
08 Sept 2010

22 July 2010

RAMADHAN DI GAZA

Salam 2 all.

Alhamdulillah dan insyallah saya akan menyertai misi "Ramadhan di Ghozzah" bersama dengan badan Majlis Perunding Islam Malaysia" (MAPIM).

Insyallah kami akan bertolak pada hari Jumaat 25 Sya'ban/ 06 Ogos 2010 dan dijangka berada disana sehingga Rabu 08 Ramadhan 1431/ 18 Ogos 2010. Kemudian insyallah jika ada rezeki saya akan ke Baitul Maqdis pada hari Khamis 09 Ramadhan 1431 dan akan cuba mengerjakan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa pada hari Jumaat 10 Ramadhan, sebelum kembali ke tanah air insyallah pada hari Sabtu 11 Ramadhan 1431 bersamaan 21 Ogos 2010.

Misi "Ramadhan di Ghozzah ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan membuat dokumentasi yang berkaitan untuk tujuan mengenal pasti bantuan dan keperluan umat Filistin khususnya di Ghozzah.

Selain itu kami juga akan menghulurkan bantuan makanan dan perubatan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan disana. Dan yang lebih menarik, insyallah kami akan cuba berpuasa bersama mereka pada peringkat awal Ramadhan ini.

Apa yang menarik bagi misi ini ialah ianya akan disertai oleh 40 orang delegasi termasuk dari kalangan bukan Islam, diketuai oleh tokoh pejuang Cikgu Azmi (daripada Teras). Turut menyertai misi ini ialah seorang ulama' Sahibul Fadhilah Ustadz Abdul Ghani Shamsuddin (bekas Pengerusi Persatuan Ulama' Malaysia) dan rakan media termasuk saudara Mohd. Nizal Mohamad (bekas wartawan TV3).

Insyallah saya berdoa kepada ALLAH semoga misi ini berjaya. Saya dan rakan-rakan yang menyertai misi ini tahu akan bahaya yang sedang menanti kami, sebagaimana yang berlaku kepada misi Flotilla baru-baru ini. Namun itu adalah risiko yang kami bersedia ambil.

Pada saya, kalau ditakdirkan ALLAH apa-apa berlaku kepada kami, termasuk kemungkinan terkorban, kami berharap ALLAH akan mencatatkannya sebagai sebahagian daripada 'amal kami yang tidak seberapa.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada misi ini, sila tuliskan cek atas nama "MAPIM-Tabung Bantuan Gaza" atau membuat bayaran terus ke akaun MAPIM di Bank Islam Malaysia Berhad Akaun No. 0801301007582.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa disebabkan misi ini, semua program tazkirah Ramadhan yang telah diatur termasuk kuliah Subuh, tazkirah Tarawih, kuliah zohor, tazkirah Jumaat, khutbah Jumaat dan program tazkirah dhuha kaum ibu di semua surau, masjid, pejabat dan lain-lain bagi bulan Ramadhan tahun ini terpaksa saya batalkan. Saya pohon maaf kepada semua sahabat yang telah menjemput saya bagi program-program tersebut (yang kebetulan telahpun penuh bagi sebulan Ramadhan 1431 ini). Saya telahpun menghubungi semua penganjur berkenaan dan makluman ini lebih kepada para jemaah supaya memakluminya.

Insyallah jika ada ruang dan keizinan, saya akan menyambung semula semua kuliah dan tazkirah bulanan sebagaimana yang dijadualkan mulai bulan Zul Qaedah 1431 ini (selepas musim perayaan 'Eidulfitr).

Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan istiqomah kepada kita semua dan semoga kita diberi keizinan untuk melalui bulan Ramadhan 1431 ini dengan memperolehi ketaqwaan yang sebenarnya. Semoga ALLAH meredhai kita semua yang mempunyai sedikit keimanan ini dan mengampunkan kita atas segala salah dan silap selama ini. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Sya'aban 1431
22 Julai 2010