Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

16 September 2011

AKHIRNYA ISA PERGI JUA...

Salam 2 all.

Tahniah kepada YAB PM atas keberanian mengambil langkah untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, atau lebih popular dengan nama glamernya I.S.A, dengan sinonim Ikut Suka Aku. Ini adalah hadiah sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia yang cukup bermakna bagi rakyat dan negara ini.

Pada teman, ini satu langkah yang bukan sahaja berani, malah tidak ada kaitan dengan mana-mana motif politik. Ini bukan langkah populis, kerana buat masa ini langsung tidak ada isu umum berkenaan ISA. Tidak ada sebarang tekanan politik. Tidak ada pekikan kaum PaLut. Malah ramai rakyat dan ahli politik terkejut dengan pengumuan YAB PM malam semalam, yang disiarkan secara langsung oleh media utama. Kecoh dimajlis-majlis rumah terbuka 'Eidulfitri malam semalam dengan topik pemansuhan ISA ini.

Teman mengalu-alukan pengumuman ini. Teman sendiri pernah ditahan dibawah ISA ini. Teman beberapa kali sudah nyatakan supaya ISA ini dimansuhkan, samada sebelum atau semasa menjadi Ahli Parlimen. Malah teman antara Ahli Parlimen yang konsisten dalam isu ini. Tercatat dalam hansard Parlimen, dan ucapan-ucapan teman, dalam bahas, soal dan usul, teman mendesak supaya ISA dimansuhkan. Dalam satu rekod teman menyebut:

"ISA mesti dimansuhkan. Penahanan tanpa bicara sangat bertentangan dengan prinsip asas keadilan Islam, dan setiap nilai hak dan kemuliaan kemanusiaan. Walaupun saya mengakui perlunya sistem perundangan yang tegas untuk menentang kegiatan saperti subversif dan terorisma, namun ISA bukan jawapannya. Kita boleh menggubal undang-undang baru yang bersesuaian untuk berdepan dengan elemen saperti subversif dan terorisma. tanpa mengorbankan keadilan Islam, hak asasi dan kemuliaan kemanusiaan".

Akta Keselamatan Dalam Negeri bukanlah langsung tidak berguna. Malah teman berani katakan penggunaan ISA dalam menentang penentangan komunis dahulu adalah sangat berkesan. Malah penggunaan ISA dalam beberapa insiden yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian agama dan kaum dalam negara ini ternyata berjaya mencegah kepada meletusnya keadaan yang lebih serius yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Disini yang perlu kita faham. Penentangan terhadap ISA bukan kerana intipati pencegahan itu. Teman menegaskan bahawa kita memang memerlukan undang-undang pencegahan. Undang-undang sedia ada tidak cukup atau tidak bersesuaian untuk mencegah kepada perlakuan saperti subversif, terorisma, sabotaj dan lain-lain. Saperti kata pepatah warisan, mencegah lebih baik daripada mengubati!

Kita dapat melihat contoh saperti di Amerika Syarikat. Apabila seorang paderi merancang untuk membakar Al Quran secara terbuka disebuah gereja di Florida, ancaman yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat, yang boleh menimbulkan kekacauan dan rusuhan; namun Kerajaan Amerika tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka terpaksa menunggu sehingga dia benar-benar membakar Al Quran itu, barulah mereka boleh bertindak. Mike boleh bayang yop kalu dia benar-benar laksanakan pembakaran Al Quran itu. Sudah pasti akan berlaku kekacauan, mungkin rusuhan. Pada masa itu, menyesal pun tak berguna.

Dan itulah yang ALLAH tunjukkan kepada kita dalam peristiwa rusuhan terburuk dalam sejarah Britain. Satu himpunan yang didakwa aman, daripada satu bantahan kecil dihadapan sebuah balai polis yang kecil, tiba-tiba merebak menjadi rusuhan yang merebak kebandar-bandar utama, sehingga menyebabkan kerosakan dan kecelakaan yang serius dan parah. Malah seorang anak Melayu yang tidak berdosa pun menjadi mangsa. Sehingga kini Asyraf menghadapi trauma bila melihat himpunan.

Begitu juga di Indonesia, bilamana sebuah kumpulan kecil yang menamakan diri mereka Bandera cuba mencetuskan provokasi terhadap Malaysia dengan cuba mengancam Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Mereka bersedia dengan buluh runcing, panah api dan lain-lain untuk menakutkan anggota Kedubes kita. Tetapi Kerajaan Indonesia tidak mampu berbuat apa-apa kerana selagi puak Bandera itu tidak melaksanakan ancaman mereka, Polri hanya mampu melihat dan memantau.

Namun di Malaysia, kita bernasib baik adanya ISA. Kerana kalau bukan kerana ISA, perancangan untuk menjatuhkan kerajaan melalui politik jalanraya pada tahun 1998 boleh mengubah lanskap negara. Namun perancangan itu semua gagal. Kerana ISA. Pihak keselamatan yang mungkin telah menghidu perancangan tersebut telah melakukan operasi tangkapan ISA serta merta. Operasi yang dinamakan "Ops-Dalil" dilaksanakan malam itu juga dan beberapa hari selepas itu, bermula dengan penahanan Anwar dan hampir 17 orang "kepala reformasi" waktu itu, termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi (masa itu Ketua Pemuda UMNO), Datuk Kamarudin Jaafar (Ketua Bahagian UMNO Tumpat), Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, 4 orang pimpinan ABIM, Roslan Kasim termasuk juga teman (sebagai peguam Anwar masa itu).

Tiada pimpinan PAS atau DAP yang ditahan pada masa itu. Semuanya pimpinan UMNO kecuali teman dan pimpinan ABIM. Jadi kalau ada badut yang dakwa UMNO tak kena ISA tu maknenya tak sekolah lah tu. Jangan lupa pulak masa Anwar kena ISA tu pun dia adalah Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yop. Kaum Anwarinas belum ujud lagi masa tu, malah bulu hidung pun tak nampak. Mereka tak ada masa zaman susah itu. Mereka muncul macam cendawan beracun selepas hujan, hanya setelah keadaan tenang dan tiada masalah.

Jadi pada teman, penahanan untuk tujuan pencegahan itu penting. Dan teman percaya rakyat juga memahami akan keperluan adanya undang-undang pencegahan. Saperti yang pernah teman sebut, dalam soal keselamatan dan keamanan rakyat dan negara, hak umum mengatasi hak individu. Jangan kita sampai jadi saperti di negara-negara barat yang terlalu mempertuhankan hak individu, sehingga hak umum tercabar dan terancam.

Apa yang menjadi isu ialah prosedur dan mekanisma perlaksanaan undang-undang pencegahan itu. Terutamanya hak membela diri dan hak serta kemuliaan individu yang ditahan.

Perlu ada satu mekanisma untuk memastikan sesiapa yang ditahan tahu mengapa dia ditahan. Dia juga perlu diberi hak memaklumkan kepada mana-mana orang saperti ahli keluarga, rakan atau peguam mengenai penahanannya dan lokasi penahanan. Kita memahami pihak keselamatan perlu mendapatkan inteligen dan maklumat daripada orang yang ditahan (dalam bahasa ISA disebut "Tajuk"). Jadi tempoh masa yang menasabah perlu diberi kepada pihak keselamatan untuk mengumpul inteligen. Ini penting kerana dengan inteligen itu pihak keselamatan boleh mengambil tindakan susulan saperti merampas bahan bukti atau menahan orang lain daripada melaksanakan ancaman yang dirancang.

Itu tidak menjadi masalah. Alangkan sekarang pun pihak polis dibenarkan menahan saspek selama 14 hari tanpa bicara. Mungkin kita berikan masa saperti 21 hari atau 30 hari untuk pihak keselamatan menahan sebarang Tajuk. Cuma teman berpendapat selepas hari ke 14, Tajuk wajib dibawa kehadapan seorang majistret untuk dipastikan keadaan Tajuk dan untuk membolehkan Tajuk membuat sebarang aduan (jika ada). Pada hari ke 21 atau 30, Tajuk wajib dilepaskan atau dikenakan pertuduhan di Mahkamah. Sekiranya pihak berkuasa merasakan Tajuk perlu ditahan lanjut (mungkin untuk tempoh masa tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 24 bulan), maka pihak keselamatan wajib membentangkan kepada seorang Hakim Mahkamah Sesyen alasan perlanjutan penahanan. Jika mahkamah berpuashati ujud elemen yang mewajarkan perlanjutan, bolehlah Mahkamah memerintahkan perlanjutan penahanan.

Yang menjadi masalah sekarang dibawah ISA, keputusan perlanjutan atau sebarang tindakan lanjut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, yang beliau adalah seorang ahli politik. Sudah pasti akan ujud persepsi (salah atau betul) yang beliau akan menyalahgunakan kedudukan dan kuasa itu untuk menahan seteru politiknya. Dan ini memang pernah berlaku sebelum daripada ini.

Jadi teman berpendapat, tindakan memansuhkan ISA ini sangatlah wajar dan tepat pada masanya. Namun satu undang-undang baru untuk langkah-langkah pencegahan membabitkan keselamatan dan keamanan rakyat dan negara ini, terutamanya daripada anasir subversif, terorisma, sabotaj dan atau pelampau agama/ perkauman perlu digubal, dengan syarat prosedur dan mekanisma perlaksanaannya mengambilkira hak asasi dan kemuliaan kemanusiaan, dengan meletakkan kepentingan umum mengatasi kepentingan individu; dan hendaklah mematuhi sistem keadilan Islam dan sejagat.

Apa pun, tahniah kepada YAB PM. Teman angkat tabik kepada Dato' Sri Najib. Ternyata beliau PM yang jenis janji ditunai, kata dikota.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
18 Syawal 1432
16 Sept 2011

15 February 2011

YES MR. PooSINGH?

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan serangan-serangan oleh Kitsiang dan Karpal PooSingh terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang menemui beliau sebelum Ops Lalang dilaksanakan pada tahun 1988. Bagi yang tidak mengetahui, Ops Lalang adalah operasi penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilakukan oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 1988 setelah meletus kekecohan dan huruhara yang boleh mencetuskan pergaduhan perkauman diantara Melayu dan Cina berbangkit daripada isu penubuhan Universiti Merdeka dan sekolah cina.
Isu ini dibawa oleh pemimpin-pemimpin cauvinis Cina didalam MCA dan disokong oleh beberapa pimpinan cauvinis DAP dan kaum Cina serta NGO Cina cauvinis yang lain. Teman masih ingat lagi perhimpunan besar orang Melayu semasa itu di Stadium TPCA, Kg. Baru. Akibat daripada itu, ramai pimpinan yang ditahan dibawah ISA, samada daripada sebelah BN mahupun pembangkang.

Dan jangan lupa bahawa manusia yang ditabal oleh isterinya sebagai anugerah tuhan iaitu Anwar Ibrahim pada masa itu adalah Naib Presiden UMNO, dan seorang Menteri yang senior dalam kabinet Tun Mahathir, yang turut terlibat mempertahankan tindakan penahanan ISA ini!! Dan teman ingat bagaimana ceramah aktivis-aktivis PAS pada masa itu yang memaki hamun Mahathir & Anwar.

Berbalik kepada serangan Kitsiang & Karpal PooSingh terhadap kenyataan Tun Mahathir, pada teman ini hanyalah helah untuk menutup kelemahan dan kehancuran mereka sendiri. Kitsiang menyatakan Tun Mahathir mahu menulis semula sejarah itu! Karpal PooSingh mencabar Tun Mahathir supaya mendedahkan nama mereka yang berjumpa dengan Tun sebelum penahanan dibuat, dan jika Tun tidak dedahkan nama-nama itu dalam tempoh tujuh hari, dia menganggap Tun sebagai pembohong!

Teman nak tergelak dengar cabaran Karpal Singh itu. Pertama, teman diberitahu pengalaman kena tahan dibawah ISA itu sangatlah menggerunkan beberapa pemimpin cauvinis pembangkang pada masa itu. Tak percaya cuba tanya beberapa bekas tahanan yang turut ditahan pada masa itu, apa cerita Karpal Singh sebenarnya semasa didalam tahanan pada masa itu. Betulkah dia layak mendapat gelaran "Tiger of Jelutong" atau takat "Toothless Tiger" aje? Kebetulan semasa teman sendiri ditahan ISA tahun 1998 dalam Ops-Dalil, teman ada ditemui beberapa pegawai polis yang terlibat pada masa itu dan mereka menceritakan apa sebenarnya berlaku. Kalau ikut cerita mereka yop..eh..malas teman nak cerita, tanya Karpal sendirilah. Dan teman percaya Tun Mahathir pun tahu apa cerita Karpal sebenarnya..hehehe..Tiger Jelutong konon..poodahh lah ;))

Pada teman, Karpal orang paling tak layak nak cabar Tun Mahathir, atau sesiapa pun, sebab dia sendiri pun cakap tak serupa bikin, asyik pootar-pootar & pooSingh-pooSingh!

Pertama, Karpal yang kononnya membela Anwar dalam pertuduhan meliwat kakitangannya Saiful sebenarnya orang yang mendedahkan perlakuan homoseks dan liwat Anwar. Pada 22.10.1997, didalam Parlimen, Karpal telah mendedahkan beliau punya bukti Anwar terlibat dalam gejala homoseks & liwat, dan beliaulah yang mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengheret Anwar ke Mahkamah. Beliau kemudian membuat ucapan di Federal Hotel menyatakan beliau ada bukti Anwar kaki homoseks & liwat. Beliau juga menemui mangsa liwat Anwar iaitu Azizan Abu Bakar serta Umi Hafilda dan memberi nasihat guaman kepada mereka. Karpal juga orang yang memaklumkan kepada pimpinan PAS pada masa itu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran "Anwar Al-Juburi". Karpal juga orang paling lantang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar. Hari ini dia yang jadi loyer membela Anwar kononnya!! Pada teman ini sikap hipokrit dan politik dualam yang sangat jelas.

Kalau itu karektor Karpal, apa hak dia nak cabar Tun Mahathir, dan nak melabel Tun Mahathir pembohong. Mike yang ada otak yop, boleh percaya ke orang macam ni lagi!? Kalau mike percaya jugak, elok letak otak tu kat lutut lah yop; tak pun bagi kat Chef Wan buat masak lemak makan dengan sambal otak udang!

Kedua, teman cabar Karpal dan Kitsiang, pergilah tanya Anwar Ibrahim, manusia yang ditabal oleh isterinya sebagai anugerah tuhan. Buat apa tanya Tun Mahathir. Kamu sekarang sudah tidur sebantal dengan Anwar. Kamu lupakah yang Anwar Ibrahim pada masa itu adalah Naib Presiden UMNO, seorang Menteri yang kanan dalam kabinet Tun Mahathir. Bukan dia antara orang yang mempertahankan dan menghalalkan tindakan PDRM pada masa itu untuk membuat penahanan ISA tersebut? Ke kamu buat-buat lupa?

Itulah dia Anwar yang menghalalkan tindakan terhadap Raja-Raja Melayu semasa krisis Perlembagaan, yang kini memekak kononnya partinya sekarang nak mengembalikan kuasa Tuanku Sultan Selangor dalam kes perlantikan SUK Datuk Ahmad Khusrin. Itulah dia Anwar yang menghalalkan tindakan pemecatan terhadap Almarhum Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor, dan sekarang Anwar melalak kononnya dialah pembela Islam. Siap sekarang dalam mukaddimah ceramah mulakan dengan ayat dengan meniru hero hindustan Shah Rukh Khan "I am Anwar, I am not a terrorist!" Konon dia disiasat kerana membantu pejuang-pejuang Islam. Pigi poodahh lah..kita tahulah siapa yang membayar kos pembiayaan pejabat dia "Anwar Ibrahim CON-Sultan Associates" (AICS) di Amerika. Sampai harinya nanti kita akan dedahkan! Tunggu! Takat teman tahu, elok Anwar buat muqaddimah ceramah dengan ayat "I am Anwar, I am charged as sodomist!!".

Sebenarnya pada teman, serangan Kitsiang & Karpal Singh terhadap Tun Mahathir adalah tindakan desperado, mereka yang sudah terdesak kerana pemutar-belitan dan cakap tak serupa bikin mereka yang sudah mula terbongkar. Apabila mereka kini menyedari rakan sekutu mereka PAS sudah mula meragui Anwar dan kepimpinan DAP yang dilihat memperkudakan Anwar. Ramai pemimpin PAS yang mula mempersoalkan mengapa Karpal Singh masih kekal mahu membela Anwar sedangkan dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Ramai yang kehairanan mengapa manusia ynag ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini masih menggunakan khidmat guaman Karpal yang jelas pootar-pootar pooSingh-pooSingh.

Ramai kepimpinan PAS sekarang hairan macamana semakin ramai sangat pemimpin dan ahli PKR yang keluar PKR, dan mereka terdiri dari pelbagai latarbelakang. Zaid Ibrahim (mewakili Melayu liberal), YB Gobala (mewakili kaum India/ Hindu), Ng Lum Yong (aktivis kaum Cina & pengasas PKR), Jefrey Kitingan (mewakili suara Kristian), Pajudin Nordin (pengerusi PKR Sabah yang mewakili suara rakyat Sabah/ Sarawak). Mereka ini bukan calang-calang orang. Malah ahli dan kepimpinan DAP pun ada yang mula keluar daripada parti. Jadi ramai kepimpinan PAs dari peringkat pusat sehingga akar umbi sudah mulai curiga dan meragui Pakatan pembangkang ini. Apatah lagi akhir-akhir ini cita-cita PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam diserang hebat oleh kepimpinan DAP khususnya, dan Anwar macam buat pekak langsung tidak membela langsung perjuangan PAS. Ke Anwar tengah sibuk dengan "projek" lain?

Pokok pangkalnya, ramai kepimpinan PAS sudah mula muak dengan gelagat politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin Anwar & kepimpinan DAP. Ramai yang menyedari PAS hanya dijadikan kuda tunggangan mereka sahaja. Ramai yang menyedari sekarang bahawa sebenarnya Kitsiang & Karpal cuba nak membuat sejarah, menjadi kafir pertama didalam dunia yang berjaya menumbangkan kerajaan orang Melayu-Islam dengan bantuan kuda tunggangan mereka Anwar dan juak-juaknya. Dan ramai pemimpin PAS mula sedar dan tidak mahu terus diperkudakan oleh DAP dan Anwar sebagai tunggangan politik semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan untuk bersemayam di Putrajaya.

Apa pun, teman cabar Kitsiang & DAP, perjelaskan pendirian kamu tentang sikap Karpal yang hipokrit terus mahu menjadi loyer Anwar sedangkan dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Teman juga mencabar Kitsiang & Karpal supaya pergi bertanya dengan Anwar sendiri apa peranan dia semasa Ops-Lalang dilaksanakan oleh pihak PDRM. Mengapa dia mempertahankan dan membela tindakan Polis menggunakan ISA pada masa itu. Sekurang-kurangnya, teruk-teruk Zaid Ibrahim pun, bila Kerajaan gunakan ISA menahan T-Kok, dia ambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan sebagai Menteri Undang-Undang kerana tidak bersetuju. Apa Anwar buat masa Ops-Lalang? Dia diam membisu, dan kekal terus duduk dalam kabinet Tun Mahathir. Malah jangankan letak jawatan Menteri, dia langsung tidak membuat kenyataan membantah pun. Kenapa Kitsiang & Karpal tidak mahu bertanya Anwar sendiri? Ke Kitsiang & Karpal sudah nampak melalui kuda tunggangan mereka bernama Anwar ini, mereka boleh membuat dan mencipta sejarah sebagai kafir pertama meruntuhkan Kerajaan Melayu-Islam di muka bumi ini, dengan dibantu oleh segelintir Melayu-Islam yang sudah buta dan menjadi kalkatu politik murahan!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
12 Rabi'ul Awal 1432
15 Februari 2011