Showing posts with label Tan Sri Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Khalid Ibrahim. Show all posts

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!

Salam 2 all.

Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?

Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!

Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!

Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!

Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.

Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.

Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!

AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.

Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!

Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.

Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.

Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.

Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.

Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.

Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!

Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!

Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.

Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?

1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;

2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;

3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;

4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;

5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!

Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

19 August 2014

KEMBALIKAN HAK RAKYAT SELANGOR!

Bang Non,, nanti kita dua-dua jadi MB lah. Jah ADUN Kajang jadi Menteri Besar, Bang Non Banduan Kajang jadi Mr Banduan...hehehe! Hang jangan lupa diri Jah; letih aku buat Langkah Kajang,hang nak langkah aku pulak!!!
Salam 2 all.

Asas kepada prinsip demokrasi ialah hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan dan mengetuai kerjaan itu untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal, kebajikan dan menjaga kepentingan rakyat.

Bagi tujuan itu, diadakan pilihanraya dimana pihak-pihak yang berkepentingan akan menghebahkan kepada rakyat apa dasar, polisi dan perancangan mereka jika menjadi pemerintah atau kerajaan - samada dalam bentuk janji, akujanji, manifesto, jaminan dan lain-lain - dengan tujuan untuk memujuk dan meyakinkan rakyat supaya mengundi mereka supaya boleh membentuk Kerajaan mewakili rakyat.

Dan rakyat akan memilih dan mengundi mereka berdasarkan apa yang rakyat faham tentang hebahan janji, akujanji, manifesto, jaminan oleh pihak-pihak tersebut.

Dalam PRU-13 pada 08.05.2013, apa yang rakyat Selangor faham ialah jika diberi mandat, pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS akan membentuk Kerajaan berdasarkan kesinambungan kerajaan dahulu dengan Tan Sri Khalid Ibrahim akan terus mengetuainya sebagai Menteri Besar.

Saya cukup yakin rakyat dan pengundi Selangor tidak pernah terfikir semasa PRU-13 bahawa Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar; atau bukan anak Selangor akan menjadi Menteri Besar; atau pendakyah krsitian akan dibenarkan menggunakan kalimah Allah; atau bibel versi Melayu akan dibenarkan disebarkan di Selangor; atau kuasa dan bidangkuasa MAIS akan dihapuskan; atau pusat ternakan babi terbesar bernilai RM100 juta akan dibina dalam negeri Selangor; atau rizab simpanan tunai Selangor sebanyak RM3.2 billion akan diurus tadbir oleh Wan Azizah.

Oleh itu, pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS wajib mendapatkan semula mandat baru daripada rakyat Selangor melalui satu Pilihanraya Negeri Selangor yang baru untuk menentukan samada rakyat Selangor bersedia untuk Wan Azizah menjadi MB dibawah kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS berdasarkan 12 perkara fundamental seperti berikut:

1. adakah rakyat Selangor bersetuju seorang anak bukan kelahiran Selangor menjadi Menteri Besar kerana Wan Azizah bukan anak kelahiran Selangor?

2. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang suaminya yang juga Ketum PKR merangkap Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bersetuju membenarkan pendakyah kristian menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988?

Anwar Ibrahim secara konsisten termasuk dalam ucapan dihadapan penganut kristian didalam Gereja Our Family, Kajang pada 16.02.2014 menyatakan kristian patut dibenarkan mengguna-pakai kalimah Allah walaupun bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' Ulama PAS pada 08.01.2013;

Jika dasar ini dibenarkan, maka tidak ada sesiapa lagi boleh menghalang pendakyah kristian daripada menamakan gereja mereka dengan nama seperti Rumah Allah sebagaimana yang berleluasa di Indonesia;

3. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang sehingga hari ini gagal mengemukakan jam Omega yang didakwa dalam simpanannya sedangkan Datuk Eskay membuktikan jam itu ada dengan beliau dan telah diserah kepada pihak polis?

Ini kerana isu ini membabitkan soal integriti, kewibawaan dan akhlak; samada Datuk Eskay berbohong atau Wan Azizah seorang pembohong;

4. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang dikaitkan dengan skandal salahlaku akhlak melalui pendedahan Datuk Eskay mengenai videoklip China-Doll yang telah disahkan pakar sebagai mempunyai 99% ketulinan?

5. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami seorang bekas banduan yang pernah disabitkan dengan kesalahan salahguna kuasa dan dihukum enam tahun penjara kerana mengarahkan polis memaksa dua rakyat Malaysia membuat Surat Akuan Sumpah palsu?

6. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang telah Mahkamah Rayuan Malaysia sabitkan pada 07.03.2014 dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dihukum 5 tahun penjara?

7. adakah rakyat Selangor bersedia menerima Menteri Besar yang mempunyai suami yang bakal menjadi banduan menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Kajang atau Penjara Sg. Buloh kerana kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan?

8. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan pendakyah kristian menggunakan bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi istilah, perkataan dan kalimah yang bercanggah dengan Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988?

9. adakah rakyat Selangor bersedia menerima pembinaan pusat penternakan dan penyembelihan babi bernilai RM100-00 juta di Sepang, Selangor?

10. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan rizab simpanan tunai Selangor berjumlah RM3.2 billion diletakkan dibawah penguasaan dan ditadbir dan diurus oleh Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?

11. adakah rakyat Selangor bersedia membenarkan kuasa dan bidangkuasa Majlis Agama Islam Selangor dihapuskan?

12. adakah rakyat Selangor, khususnya yang beragama Islam (terutamanya ahli PAS) bersedia melanggar hadis Rasulullah saw yang telah bersabda,

“Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kisro sebagai ratu, maka sabda Baginda Rasulullah SAW: “Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin)”.
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Dua belas perkara diatas adalah antara beberapa perkara asas dan fundamental yang dijangka akan atau boleh berlaku sekiranya berlaku perubahan pemerintahan daripada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Wan Azizah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mesyuarat kepimpinan Pakatan DAP-PKR-PAS pada 17 Ogos 2014 lepas.

Dan adalah tidak adil bagi rakyat Selangor sekiranya 12 perkara diatas dilakukan tanpa mereka diberi hak untuk menentukan samada mahu menerimanya atau tidak. Dan mesej penerimaan itu hanya boleh ditentukan di dalam satu pilihanraya baru kerana 12 perkara ini membabitkan perkara yang sangat berbeza dengan apa yang rakyat Selangor terima dan faham semasa PRU-13 lalu.

Oleh itu, nasihat saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang sah pada masa ini untuk memohon perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor dan memberikan peluang kepada rakyat Selangor untuk menentukan samada mereka benar-benar bersedia dan menerima kesemua 12 perkara diatas.

Dan hanya Tan Sri Khalid yang boleh berbuat sedemikian kerana beliau adalah, dan masih seorang Menteri Besar yang sah dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor!

Dan pakatan DAP-PKR-PAS tidak berhak menafikan hak rakyat Selangor ini; malah mereka sepatutnya mengalu-alukannya kerana merekalah yang selalu memukul gendang kononnya mereka mengamalkan demokrasi dan mengutamakan suara rakyat sebagai perjuangan mereka.

Malahan, kalau benar pakatan DAP-PKR-PAS memperjuangkan demokrasi, inilah masa yang tepat untuk mereka memohon sembah perkenan Tuanku Sultan Selangor supaya membubarkan DUN Selangor dan menyerahkan kembali kepada rakyat Selangor untuk menentukan kepada pihak mana mandat mahu diberikan untuk membentuk Kerajaan Negeri Selangor dan siapa MB nya!

KEMBALIKAN HAK RAKYAT SELANGOR!

BUBARKAN DUN, ADAKAN PILIHANRAYA!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Syawal 1435
19 Ogos 2014

14 August 2014

SENJATA TERAKHIR?

Adooiii...apa senjata sulit aku nak pakai bagi Jah jadi MB ni...fenin...fenin!!!
Salam 2 all.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh PKR dan DAP, termasuk memecat Tan Sri Khalid sebagai ahli PKR, namun kelihatannya kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor tidak tergugat apabila beliau masih mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor dan menerima sokongan empat Exco daripada PAS dan sokongan PAS dan UMNO untuk terus menjawat jawatan Menteri Besar.

Dalam keadaan ini, jalan keluar paling efektif bagi pakatan songsang DAP-PKR ialah mengadakan Undi Tidak Percaya terhadap Tan Sri Khalid didalam DUN yang bersidang. Tetapi keadaan seperti terikat kerana Tan Sri Khalid ada 28 ADUN (PAS 15, BN 12 dan Bebas 1), manakala DAP-PKR juga ada 28 ADUN (DAP 15, PKR 13).

Jadi apa senario yang boleh berlaku apabila DUN Selangor dipanggil bersidang untuk pembentangan Usul Khas Undi-Tidak-Percaya keatas Tan Sri Khalid Ibrahim, YAB ADUN Pelabuhan Klang sebagai Menteri Besar Selangor?

Jumlah keanggotaan DUN Selangor masakini adalah 15 PAS, 15 DAP, 13 PKR, 12 BN dan seorang Bebas menjadikan 56. Bagi membolehkan mana-mana Usul diluluskan, pihak pengemuka usul memerlukan sekurang-kurangnya kelebihan 1 undi.

DAP dan PKR yang menyokong Usul Khas tersebut hanya mempunyai 27 undi memandangkan seorang ADUN telah dilantik menjadi Yang DiPertua Dewan dan dua ADUN mereka sebagai Timbalan Yang DiPertua Dewan.

Ini adalah kerana mengikut peraturan mesyuarat DUN, mana-mana YDP Dewan atau Timbalan YDP Dewan yang mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker tidak boleh mengundi kecuali dalam keadaan undi terikat sama-sama. Ini bermakna bila DUN bersidang, pakatan songsang DAP-PKR hanya mempunyai 27 undi walaupun mereka ada 28 ADUN.

Manakala PAS yang mempunyai 15 ADUN yang membantah Usul Khas tersebut disokong oleh 12 ADUN BN dan seorang ADUN Bebas menjadikan jumlah undi 28.

Ini bermakna atas kertas Usul Khas tersebut kemungkinan boleh ditolak kerana kekurangan 1 undi majoriti.

Jadi apa strategi yang pakatan songsang DAP-PKR boleh gunakan untuk memastikan mereka menang?

Jawapannya ialah senjata terakhir yang ada pada mereka: SPEAKER!

Sebaik sahaja loceng dibunyikan dan Dewan dipanggil untuk bersidang dan segala upacara rasmi diselesaikan, maka dibawah undang-undang, orang yang paling berkuasa didalam DUN pada masa itu ialah Speaker.

Tiada siapa boleh menyentuh beliau, dan segala keputusan beliau semasa mempengerusikan persidangan DUN adalah muktamad dan tidak boleh dicabar didalam mana-mana Mahkamah.

Maka sebaik sahaja persidangan bermula, Speaker boleh membaca suatu Usul meminta YAB Pelabuhan Klang (Tan Sri Khalid Ibrahim) yang juga Menteri Besar yang diperkenan Tuanku dan empat orang ADUN yang juga anggota Exco daripada PAS iaitu ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad), ADUN Sijangkang (Ahmad Yunus Hairi), ADUN Selat Klang (Halimah Ali) dan ADUN Sabak (Sallehin Mukhyi) untuk memperjelaskan kedudukan mereka.

Speaker boleh menyatakan bahawa pada pandangan beliau mereka telah menyalahgunakan kedudukan sebagai ADUN dengan membentuk sebuah Kerajaan haram dengan dakwaan kononnya ADUN Pelabuhan Klang mempunyai sokongan majoriti untuk terus menjadi MB sedangkan terbukti melalui sidang media pada 13.08.2014 bahawa ADUN Kajang yang juga Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail kononnya mempunyai majoriti 30 ADUN (15 DAP, 13 PKR dan 2 PAS).

Walau apa pun penjelasan yang akan atau boleh dikemukakan oleh ADUN Pelabuhan Klang dan keempat-empat ADUN yang juga Exco Kerajaan Negeri tersebut, Speaker boleh membuat keputusan menggantung keahlian mereka mungkin atas alasan kerana menghina Dewan kerana menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai ADUN untuk membentuk sebuah Kerajaan haram tanpa merujuk kepada DUN, atau atas apa alasan sekalipun.
 
Mengikut peraturan mesyuarat, mana-mana ADUN yang digantung tidak boleh mngundi! Dan keputusan Speaker itu adalah muktamad dan tidak boleh dicabar dimana-mana Mahkamah!

Apabila 5 ADUN ini digantung, secara automatik PAS akan kehilangan 4 ADUN menjadikan jumlah mereka hanya 11, dan seorang ADUN Bebas juga hilang kelayakan mengundi. Berdasarkan cempua itu, gabungan undi ADUN PAS dan BN hanya tinggal 23.

Apabila ini berlaku, Usul Khas untuk Undi-Tidak-Percaya kepada YAB ADUN Pelabuhan Klang sebagai Menteri Besar Selangor pasti boleh diluluskan berdasarkan 27 undi pakatan songsang DAP-PKR yang menyokong, manakala 23 ADUN PAS-BN yang menentang, iaitu majoriti 4 undi.

Usul kemudiannya boleh dibawa untuk memohon perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk melantik ADUN Kajang sebagai MB dan pasti boleh diluluskan dengan 27 undi menyokong dan 23 undi menentang.

Ini bermakna kedudukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sebenarnya masih belum terjamin. Jadi adalah penting untuk Tan Sri Khalid memperkukuhkan kedudukan dengan mengajak mana-mana ADUN PKR atau DAP untuk menyokong beliau.

Dalam keadaan tiada penentuan muktamad, saya berpendapat jalan terbaik untuk Tan Sri Khalid ialah memohon perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor supaya rakyat Selangor diberi hak untuk menentukan siapa yang mereka mahu menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Selangor.
 
Persoalannya ialah, dalam keadaan kesamaran politik ini, adakah patut rakyat Selangor termasuk khususnya parti UMNO/BN dan PAS bersedia dan membuat persediaan untuk menghadapi satu Pilihanraya Negeri?

Pada saya, jawapannya ialah UMNO/BN dan PAS harus bersedia mulai sekarang untuk menghadapi suatu Pilihanraya Negeri Selangor yang boleh berlaku bila-bila masa!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Syawal 1435
14 Ogos 2014

12 August 2014

KERAJAAN PAS SELANGOR!

Langkah Kajang dah jadi Langkah Kejang bang Non oooiii...Jah dah fenin ni...fenin!!!
Salam 2 all.

Allah hu Akbar, Allah hu Akbar, Allahu hu Akbar!!!
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Yang Maha Besar dengan kebesaranNya,
Kepujian bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Maha Suci Allah pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, tidak kami sembah melainkan Allah,
Dengan tulus ikhlas kami beragama Islam keranaNya,
Sekali pun dibenci oleh kafirun, musyrikun dan munafikun! 

Begitulah besarnya kuasa Maha Suci Allah, melakukan sesuatu diluar dugaan manusia!

Siapa sangka tiba-tiba PAS akan menjadi Kerajaan memerintah negeri Selangor?

Apa yang bermula sebagai Langkah Kajang, berakhir dengan Kuburan Kajang! 

Angan-angan dan nafsu PKR yang mahukan Anwar, dan kemudiannya bininya sendiri Wan Azizah, menjadi MB Selangor dengan mengkhianati rakan sendiri Tan Sri Khalid Ibrahim berakhir dengan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB tetapi Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO?

Dan pada hemat saya Langkah Kajang akan menguburkan pakatan songsang DAP-PKR bersama PAS! Ia hanya menunggu masa sahaja insya Allah.

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Perkiraan PKR bahawa Tan Sri Khalid adalah kucing kurap yang boleh disepak terajang berubah menjadi igauan ngeri!

PKR mengira dengan majoriti 2/3 gabungan songsang DAP-PKR-PAS dengan 15 + 15 + 14 kerusi maka mereka boleh berbuat apa sahaja termasuk mengkhianati kawan sendiri.

PKR menjangka UMNO & BN yang hanya mempunyai 12 kerusi akan hanya mampu menjadi pemerhati sambil mereka menyembelih dan melapah rakan mereka sendiri.

Allah hu akbar, walillah hilhamd! 

Wamakaru wamakarallah, wallah hu khoirul maakiriin - mereka menipu daya, Allah merancang, dan rancangan Allah lebih hebat daripada tipu daya mereka!

Tiba-tiba Allah membutakan jiwa, hati dan mata mereka untuk memilih Wan Azizah untuk menjadi MB Selangor dengan menendang Tan Sri Khalid.

Sudah pasti PAS tidak boleh menerima Wan Azizah sebagai MB!

Bukan kerana Wan Azizah wanita sebagaimana yang cuba ditohmahkan oleh PKR.

Tetapi kerana Wan Azizah diselaputi pelbagai masalah akhlak, kredibiliti dan kewibawaan!

PAS tentu masih ingat bagaimana Wan Azizah secara terang-terang memberitahu dunia bahawa jam Omega dalam skandal China-Doll ada dalam simpanannya!

Sedangkan pembongkar videoklip China-Doll, Datuk Eskay telah membuktikan jam itu ada pada beliau dan telah pun diserahkan kepada pihak polis!

Ini bermakna samada Eskay berbohong atau Wan Azizah yang berbohong.

Isu jam Omega ini penting kerana ianya bukan sahaja membabitkan persoalan integriti, kredibiliti dan kewibawaan, ianya juga melibatkan isu akhlak yang sangat serius!

Pokok pangkalnya bagaimana PKR mahu memaksa PAS menerima seorang MB dan suaminya yang tercemar akhlak, integriti dan kewibawaannya?

Saya percaya atas petimbangan itulah membuatkan pimpinan PAS termasuk Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang serta Majlis Syura' Ulama PAS menolak cadangan menggantikan Tan Sri Khalid dengan Wan Azizah.

Allah hu akbar, walillah hilhamd! 

Apa pun, rancangan Allah berjalan dengan baik. Bukan sahaja PAS memberi sokongan kepada Tan Sri Khalid, malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan UMNO/BN akan menolak sebarang usaha untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid dalam DUN Selangor.

Bermakna dengan 15 ADUN PAS, 12 ADUN UMNO/BN dan Tan Sri Khalid menjadikan 28 kerusi. Sedangkan DAP dan PKR hanya ada 27 setelah ditolak Speaker yang tidak boleh mengundi.

Bermakna Tan Sri Khalid memang mempunyai majoriti ADUN yang menyokong beliau untuk terus menjadi MB.

Ini sekaligus memberikan kuasa dan bidangkuasa kepada Tuanku Sultan Selangor menurut Artikel 53 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk terus mengekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB.

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Saya cukup yakin bahawa UMNO/BN tidak akan menuntut sebarang jawatan Exco dalam pentadbiran baru Kerajaan Selangor.

UMNO/ BN sedar bahawa mandat PRU-13 adalah mandat rakyat Selangor kepada Tan Sri Khalid untuk terus menjadi MB, bukannya mandat kepada UMNO/BN.

Saya mengambil kesempatan disini untuk menasihatkan pimpinan UMNO/ BN Selangor supaya tidak menuntut sebarang jawatan Exco didalam Kerajaan Tan Sri Khalid. Sebarang cubaan membuat tuntutan sedemikian akan membuatkan rakyat mempersoalkan keikhlasan UMNO/ BN menyokong Tan Sri Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor.

Saya percaya akan ada pihak yang akan cuba menakut-nakutkan dikalangan bukan Melayu dan ahli PAS kononnya jika Tan Sri Khalid kekal menjadi MB dengan sokongan UMNO maka beliau akan terpaksa membentuk Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO.

Alhamdulillah TS Muhyiddin dengan jelas menyatakan bahawa UMNO/BN memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid untuk terus kekal sebagai MB tanpa mengenakan sebarang syarat.

Ini bermakna UMNO bersedia untuk Tan Sri Khalid terus menjadi MB Selangor dengan hanya ADUN PAS menjadi Exco.

Pada saya ini satu keputusan politik yang bijak.

Dan siapa sangka, tiba-tiba PAS menjadi Kerajaan Negeri Selangor!

Allah huakbar, walillah hilhamd! 

Apabila datang bantuan Allah, dan kemenangan,
Dan manusia berbondong-bondong menyertai kamu,
Maka bertasbihlah, dan bertahmidlah, dan mohonlah keampunan kepada Alllah,
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat!


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP;

3. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!
Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

24 July 2014

DERHAKA DEMOKRAZY!

Bang Non, hang laki aku. Hang pengerusikan mesyuarat lantik aku jadi MB? Anak kita si Nurul pun hadir mesyuarat? Takpa ke buat macam tu Bang Non? Jah kompius ni...fenin...fenin!!! Aaahhh...aku pedul apa!, Macam kata Faekah, ikut suka aku lar!!!
Salam  2 all.

Saya merujuk kepada pengumuman oleh Anwar Ibrahim selepas mesyuarat liwat malam 22.07.2014 lepas mengenai keputusan untuk mengenepikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan melantik isterinya Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam keadaan Dato' Sri Najib berjaya mengadakan mesyuarat dan perjanjian dengan Alexander Barodai untuk mendapatkan semula jenazah dan mayat mangsa MH017, Anwar Ibrahim sibuk mengadakan mesyuarat untuk mendapatkan jawatan MB bagi Wan Azizah isterinya sendiri!

Pada saya, pengumuman perlantikan Azizah sebagai MB oleh lakinya sendiri sangat tidak profesional dan bercanggah dengan prinsip musyawarah, demokrasi, transperansi, ketelusan dan keterbukaan yang sering dilaungkan oleh Anwar dan pembangkang kerana:

1. DERHAKA POLITIK - Pada saya, pengumuman perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah penderhakaan politik dan satu penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor - kerana ianya mendahului dan melangkaui kuasa dan bidangkuasa Tuanku Sultan Selangor. Adakah Anwar dan PKR jahil dan bodoh dalam soal undang-undang tubuh dan perlembagaan Negeri Selangor serta kuasa Tuanku Sultan?

Hanya Tuanku Sultan Selangor, dan tiada siapa selain Baginda, yang mempunyai kuasa mutlak dan kata putus yang muktamad mengenai siapa yang boleh dan layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan ciri-ciri dan syarat yang telah diperuntukkan didalam Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor.

Mengumum dan menghebahkan nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum dipersembahkan dan diperkenan oleh Tuanku Sultan dalam keadaan sudah ada Menteri Besar yang sudah diperkenan dan dilantik oleh Tuanku Sultan adalah satu penderhakaan politik dan penghinaan kepada kuasa Tuanku.

2. KORUPSI - Adalah jelas Anwar telah melakukan satu kesalahan korupsi politik dan salahguna kuasa kerana dia yang mempengerusikan mesyuarat MPT PKR yang melantik Wan Azizah sedangkan Anwar adalah suami dan Wan Azizah adalah isterinya.

Sudah tentu ini adalah konflik kepentingan keluarga yang jelas. Malah dalam undang-undang adalah menjadi satu kesalahan korupsi bagi seorang mempengerusikan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat yang mana ahli keluarganya ada kepentingan!

Tindakan Anwar mempengerusikan mesyuarat MPT dan mengambil bahagian secara aktif untuk mencapai keputusan melantik Wan Azizah isterinya sebagai MB adalah satu amalan korupsi politik dan salahguna kuasa yang jelas!
3. KEPUTUSAN KELUARGA - Tindak-tanduk Anwar mempengerusikan mesyuarat MPT yang melantik isterinya Azizah sebagai MB juga memberi persepsi bahawa ini adalah 'keputusan keluarga Anwar' - family decision making process! Apatah lagi Nurul Izzah anak Anwar-Azizah adalah Naib Presiden yang juga ahli mesyuarat MPT.

Kini timbul persoalan dikalangan ahli akar umbi adakah Anwar dan Nurul Izzah mempengaruhi musyawarah dan proses membuat keputusan melantik isterniya sebagai MB Selangor? Dan adakah keputusan sudah pun dibuat didalam kelambu keluarga mereka sebelum dibawa ke mesyuarat MPT yang dipengerusikan Anwar?

Ini semua persoalan yang ahli akar umbi PKR berhak tahu dan Anwar bertanggungjawab memberikan jawapan dan penjelasan kepada ahli akar umbi.

4. HINA AHLI AKAR UMBI - Ini membawa kita kepada persoalan hak ahli akar umbi PKR dalam proses pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Ini adalah kerana tiada langsung sebab yang menasabah untuk memecat Tan Sri Khalid, kerana dia berjaya membawa pakatan DAP-PKR-PAS mendapat majoriti 2/3 dalam PRU-13. Dan sekiranya terlalu perlu menggantikan beliau pun, mengapa Wan Azizah? Sedangkan Anwar sendiri menyatakan bahawa ramai ADUN PKR yang layak dilantik menjadi MB!

Adalah jelas proses pembuatan keputusan melantik Azizah sebagai MB telah melangar segala prinsip dan proses musyawarah, demokrasi, transparensi, keterbukaan dan ketelusan sebagaimana yang selalu dilaungkan Anwar dan pembangkang. Keputusan sebesar ini, untuk memecat Tan Sri Khalid dan melantik Wan Azizah sebagai MB, sepatutnya diserahkan kepada ahli untuk membuat keputusan dan memberi mandat.

5. EGM - Berdasarkan itu, saya mencabar Anwar supaya memanggil dan mengadakan suatu EGM (Mesyuarat Agong Khas) untuk mendapatkan mandat jelas daripada ahli akar umbi dan para perwakilan untuk samada memecat Tan Sri Khalid Ibrahim dan melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor. Benarkan ahli akar umbi menyatakan pendirian mereka!

Ahli akar umbi sepatutnya diberikan hak untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi MB Selangor. Hak mereka mesti dihormati. Hak mereka mesti dikembalikan!

Jadi saya menyeru kepada semua ahli akar umbi PKR - tuntutlah hak kamu! Janganlah jadi dayus sehingga langsung tidak berani bersuara mempertahankan hak kamu.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Ramadhan 1435
24 Julai 2014

22 July 2014

PENYIMPAN OMEGA JADI MB?

Kasiaan...kasiaaan...kasiaaaan...mike dah tau dia gila dok ikut buat apa lagi Min? Eloklah ikut nasihat Bonda tu!
Salam 2 all.

Rupanya artikel saya semalam bertajuk D-Day Untuk Khalid Ibrahim menjadi kenyataan. Sekarang sahih MPT PKR bermesyuarat liwat malam semalam untuk mengenepikan Tan Sri Khalid dan mengangkat Wan Azizah boneka Anwar sebagai Menteri Besar Selangor!

Satu soalan besar yang wajib ditanya oleh seluruh umat Melayu-Islam di Selangor, adakah Wan Azizah akan mengarahkan MAIS mengembalikan bibel versi Melayu kepada pendakyah kristian Bible Society Malaysia? Adakah Wan Azizah akan benarkan pendakyah kristian di Selangor mengguna-pakai kalimah Allah! Kerana inilah tuntutan cauvinis DAP terhadap Tan Sri Khalid yang gagal mereka dapat, menyebabkan cauvinis DAP marah kepada Tan Sri Khalid!

Satu soalan besar saya nak tanya Wan Azizah sebelum dia fikir dia layak jadi MB Selangor, dimana jam Omega skandal China-Doll itu? Datuk Eskay telah membuktikan jam Omega itu ada dengan dia, dan telah pun menyerahkannya kepada pihak polis. Tetapi sehingga kini Wan Azizah masih belum menunjukkan dimana jam Omega yang dia dakwa ada dalam simpanannya.

Samada Wan Azizah yang berbohong, atau Datuk Eskay yang berbohong! Tetapi Datuk Eskay sudah kemukakan bukti jam itu ada pada dia! Wan Azizah belum lagi!

Persoalan ini penting bukan kerana rakyat Selangor kemaruk jam Omega itu. Tetapi ianya menimbulkan persoalan kewibawaan, integriti, amanah dan keboleh-percayaan!

Kalau Wan Azizah gagal menunjukkan jam Omega itu, akan timbul persepsi seolah-olah Wan Azizah berbohong! Bahawa Wan Azizah Presiden PKR melindungi suami dia yang juga Ketum PKR yang telah didakwa melakukan kerja maksiat dan mungkar! Adakah Wan Azizah kelak sebagai MB Selangor akan melindungi Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Kalau Wan Azizah sanggup berbohong untuk melindungi dan menyembunyikan kemungkaran dan kebatilan, bagaimana mungkin Wan Azizah fikir dia layak menjadi Menteri Besar Selangor?

Pada saya  ini satu penghinaan kepada nilai kemanusiaan & demokrasi, an insult to humanity & democracy. Suatu penghinaan kepada kewarasan kemanusiaan.  An insult to human intelligence!

Pada saya, cadangan perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor membuktikan 10 perkara berikut:

1. 'Ibu Segala Nepotisma' - Anwar dan pembangkang yang selalu melalak konon UMNO dan BN mengamalkan politik kronisma dan nepotisma sekarang terbukti sebagai cakap tak serupa bikin. Saya hairan melihat PKR menjadi dungu dan bodoh, seolah-olah mereka lupa Wan Azizah adalah bini Anwar Ibrahim. Tidak ada demokrasi dalam dunia ini yang menjadikan jawatan parti atau Kerajaan warisan keluarga. Setahu saya hanya Korea Utara sahaja yang menjadikan jawatan politik sebagai milik keluarga dan boleh dipusakai turun-temurun.

Ini adalah bukti PKR mengamalkan amalan politik nepotisma yang tebal. Ini adalah 'Ibu-Segala-Nepotisma' - Mother of All Nepotisme.

2. Parti Keluarga - Cadangan perlantikan Wan Azizah adalah jelas membuktikan bahawa PKR ini hanyalah parti untuk kepentingan Anwar dan keluarganya. Tidak ada parti politik didunia demokrasi ini, samada di negara maju, mahupun negara mundur yang mana suami menjadi Ketua Umum, isteri Presiden dan anak Naib Presiden.

3. Kepentingan Keluarga - Perlantikan Wan Azizah juga adalah bukti Anwar bukannya meletakkan perjuangan untuk rakyat sebagai agenda parti. Sebaliknya Anwar menjadikan PKR sebagai medan perjuangan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja!

Saya sangat bersimpati dengan Azmin Ali yang telah begitu banyak berkorban untuk Anwar Ibrahim dan keluarganya. Angan-angan dan cita-cita Azmin untuk menduduki kerusi MB Selangor nampaknya terpadam begitu sahaja. Saya sedih membaca tweet Azmin yang dikatakan sedang berada di Mekah, yang meluahkan perasaannya setelah berita keputusan MPT PKR melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor diumumkan oleh Anwar.

Kata Azmin dalam tweetnya - orang gila kuasa sanggup buat apa saja, isteri sendiri pun diperguna untuk capai matlamat. Kesiaan!

Tunggu apa lagi Min, pergilah berunding dengan Dato' Sri Najib. Bawalah sekali rakan-rakan lain yang telah di-kencing oleh PKR untuk mengadakan kerjasama strategik dengan BN. Tidak ada guna lagi duduk mendokong biawak hidup Min. Fikirkan masa depan diri sendiri dan keluarga yop.

4. Demokrasi Lawak Senario - Tindakan PKR melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor menjadikan amalan demokrasi negara ini bahan lawak senario negara-negara didunia ini. Suami Ketua Pembangkang Parlimen dan isteri Ketua Kerajaan Negeri! Mungkin rakyat Zimbabwe pun akan terkedu melihat politik PKR ni yop!

5. Khianat Tan Sri Khalid - Habis madu sepah dibuang! Perlantikan Wan Azizah juga adalah satu pengkhianatan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, tokoh korporat yang sanggup berkorban meninggalkan kemewahan dunia korporat dengan memberi sokongan kepada Anwar-Azizah demi sebuah persahabatan. Tan Sri Khalid telah berjaya memperkukuhkan kedudukan PKR dan pakatan DAP-PKR-PAS di Selangor dengan mendapat mandat 2/3 majoriti dalam PRU-13. Setelah berada di kedudukan yang selesa, kini Tan Sri Khalid mahu diketepikan untuk memberi tempat kepada isteri Anwar Ibrahim!

6. Khianat Rakyat Selangor - Perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor juga adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat 2/3 majoriti kepada kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid. Ini adalah satu pencabulan demokrasi yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Selangor.

7. Hina Orang Selangor - Perlantikan Wan Azizah juga adalah satu penghinaan kepada orang Selangor kerana "mengimpot" orang luar untuk menjadi MB. Seolah-olah tidak ada orang Selangor yang layak menjadi MB. Selama berpuluh tahun dibawah pemerintahan BN, UMNO sentiasa memastikan jawatan MB dipegang oleh anak jati Selangor. Tan Sri Khalid adalah anak jati Selangor, sedangkan Wan Azizah adalah 'orang luar' berasal daripada negeri kerajaan Lim Guan Eng!

8. Memalukan PAS - Perlantikan Wan Azizah juga membuktikan PKR tidak menghormati PAS, malah memalukan PAS. Kerana sudah menjadi amalan dan pendirian PAS tidak menerima wanita sebagai ketua mereka. Sedangkan Kerajaan PAS Kelantan pernah mengharamkan wanita mewakili Kelantan sebagai Qariah dalam Tilawah Al-Quran. PAS pernah satu ketika melarang kepimpinan wanita duduk atas pentas bersama barisan kepimpinan lelaki. Malahan PAS pernah menjadikan wanita bahan politik dengan mensyaratkan calon PRU mengangkat sumpah talak tiga terhadap isteri masing-masing jika keluar daripada PAS. Sekarang Anwar mahu PAS menerima isterinya sebagai ketua mereka! Ini adalah satu penghinaan kepada PAS!

9. Cacing Nak Jadi Naga - Tindakan Parti Anwar menamakan Wan Azizah sebagai MB membuktikan sikap 'cengkadak naik junjong', 'cacing nak jadi naga'. Ianya bukti PKR langsung tidak menghormati PAS dan DAP yang mempunyai jumlah kerusi lebih daripada PKR.

10. Jawatan MB Hakmilik Parti - Malah tindak tanduk PKR dengan menamakan Wan Azizah sebagai MB sebelum merujuk kepada komponen seolah-olah menjadikan jawatan MB Selangor seperti milik PKR walaupun mempunyai kerusi paling sedikit dalam Pakatan DAP-PKR-PAS!

Apa pun , saya pasti rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya sudah nampak pekong politik amalan Anwar Ibrahim dan pakatan DAP-PKR-PAS ini. Di Pulau Pinang, anak Ketum DAP diangkat jadi Ketua Menteri. Di Selangor, bini Ketum PKR dilantik jadi MB. Ini satu isyarat dan bukti yang Allah berikan supaya kita menggunakan akal yang diberi. Kalau ini pun masih tak nampak, saya tak tau isyarat dan bukti apa lagi yang rakyat mahukan daripada Allah.

Allah dah beri akal, fikirkan sendirilah yop!

Dan kepada Tan Sri Khalid, selamatkanlah maruah dan harga diri rakyat negeri Selangor.  Nasihat saya ialah untuk Tan Sri mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor dan menasihatkan Tuanku supaya membubarkan DUN Selangor.

Kembalikan hak menentukan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat Selangor.

Daripada rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat!

Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
24 Ramadhan 1435
22 Julai 2014

21 July 2014

D-DAY UNTUK KHALID IBRAHIM?

Jah, hang jadi MB nanti jangan lupa hantar lauk ke Penjara Kajang tau! Kebuloq aku nanti!
Salam 2 all.

Panas!!! Panas!!! Panas!!!

Maklumat daripada rakan-rakan dalam pimpinan PKR memberitahu bahawa malam ini 24 Ramadhan 1435 bersamaan 21 Julai 2014 adalah malam terakhir bagi Tan Sri Khalid Ibrahim bersemayam di Istana MB Selangor.

Kata mereka Anwar Ibrahim dah panggil mesyuarat Biro Politik PKR malam ini yang dijangka akan memutuskan mendesak Tan Sri Khalid meletakkan jawatan sebagai MB dan mengumumkan Wan Azizah, isteri Anwar yang juga Presiden PKR akan ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Kata dema Anwar dah nekad kali ni. Dan dia tidak peduli kalau anak emas kesayangan dia Azmin Ali nak merajuk pun. Dengar kabar Azmin dah berada di Mekah, mungkin membawa hati yang duka lara agaknya.

Saya faham betapa desperado dan terdesaknya Anwar sekarang.

Rayuan kes liwat dia akan didengar tidak lama lagi oleh Mahkamah Persekutuan. Ini adalah pusingan akhir proses rayuan. Jika dia gagal mengenepikan sabitan kesalahan meliwat Saiful dan hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan, Anwar akan terus dibawa ke Penjara Kajang daripada Mahkamah.

Ini yang menggerunkan Anwar. Apatah lagi peguam utama dia mendiang Karpal Singh sudah tiada. Degupan jantung Anwar rasanya sudah nak meletop!

Pada saya sifir politik Anwar mudah dibaca. Perlantikan Wan Azizah adalah sebagai satu tekanan politik kepada proses perundangan dan kehakiman, selain ianya juga satu insurans politik bagi Anwar.

Cuba bayang. Bukan mudah bagi mana-mana Mahkamah untuk mensabit dan menghukum Anwar ke penjara dalam keadaan dia adalah Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen merangkap Ketum PKR, suami kepada Presiden PKR yang juga ADUN Kajang. Dan sekarang jadi suami bakal YAB Menteri Besar Selangor.

Boleh bayang tekanan politik yang akan dihadapi oleh Mahkamah?

Diwaktu yang sama, jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dia dan Anwar disumbat ke Penjara Kajang untuk tempoh 5 tahun atau lebih, ini bermakna Anwar akan dok dalam Penjara Kajang sehingga 2019. Bermakna Anwar akan terlepas PRU-14 yang dijangka pada tahun 2018.

Kalau bukan Wan Azizah MB sekarang, sebaliknya Azmin Ali, boleh bayang apa akan berlaku jika Pakatan DAP-PKR-PAS menang lagi, na'zubillah. Azmin bukan sahaja akan terus menjadi MB, malah dia boleh gunakan kedudukan, kuasa dan pengaruhnya sebagai MB untuk mencabar jawatan Presiden PKR melawan Wan Azizah.

Azmin akan menjadi terlalu berkuasa. Mungkin semua kroni-kroni Anwar-Azizah akan diketepikan sebagai calon PRU-14, termasuk anak mereka Nurul Izzah yang juga Naib Presiden. Dan bayangkan kalau semua orang-orang Azmin yang naik.

Boleh bayang kegentaran dan keketaran Anwar jika itu berlaku?

Silap-silap Anwar boleh reput terus dalam Penjara Kajang. Mungkin termakbul Langkah Kajang Anwar - tapi dalam Penjara Kajang lah!

Sebab itu Anwar tiada pilihan. Tan Sri Khalid wajib dinyahkan sekarang! Sebab itu Wan Azizah mesti menjadi MB Selangor sekarang! Tak boleh tidak, mesti! Wajib!

Jadi apa pilihan yang ada pada Tan Sri Khalid?

Pertama Tan Sri Khalid mesti segera sedar bahawa dia sekarang dianggap oleh penyokong Anwar-Azizah sebagai penderhaka dan musuh nombor wahid bagi Istana Segambut.

Takkan Tan Sri Khalid tak nampak lagi.

Tan Sri merupakan satu-satunya MB yang tiada kuasa politik setelah dilucutkan daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor.

Kedua, panglima-panglima kanan Tan Sri Khalid sudah disiat-siut. Faekah sudah digantung, Mustafa sudah dilambung. Ini adalah dua orang kanan kepercayaan Tan Sri Khalid yang sudah tidak berada dalam arus perdana PKR setelah digantung keahlian.

Ketiga, DAP sudah mula membenci Tan Sri Khalid kerana dilihat rapuh dan goyang serta tidak tegas dalam kes perampasan bibel oleh JAIS/MAIS.

Keempat, PAS pula dah mula pasang angan-angan mahukan jawatan MB.

Pendek cerita, Tan Sri Khalid betul-betul dan jadi kera sumbang sebatang kara samada didalam PKR mahupun Pakatan DAP-PKR-PAS.

Cuma dua kekuatan yang ada sekarang kepada Tan Sri Khalid.

Pertama dia masih lagi MB yang sah didalam Negeri Selangor.

Kedua Tan Sri Khalid masih mendapat sokongan dan simpati sebahagian rakyat Selangor.

Faktor kedua tidak begitu signifikan bagi survival politik Tan Sri Khalid. Tetapi faktor pertama boleh menjadi penentu kepada kelangsungan Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS sendiri.

Jadi apa pilihan yang ada kepada Tan Sri Khalid sekarang?

Pertama, Tan Sri boleh melepaskan jawatan sebagai MB dan menjadi ADUN biasa. Mungkin Tan Sri boleh pergi umrah dan merataplah sendirian disana.

Kedua, Tan Sri boleh cuba membuat kerjasama strategik dengan PAS, dengan menyertai PAS. Dan mendesak supaya jawatan MB diberikan kepada PAS sebagai parti terbesar dengan 16 kerusi, DAP 15 dan PKR 13.

Ketiga, Tan Sri boleh buat keras kepala dan tidak melepaskan jawatan. Dalam keadaan itu, PKR boleh mengambil tindakan berikut:

1. memecat Tan Sri sebagai ahli. Tetapi ini tidak boleh menggugat kedudukan Tan Sri sebagai MB;

2. membawa usul ke DUN Selangor untuk suatu undi tidak percaya terhadap Tan Sri. Jika ini berlaku, Tan Sri tidak ada pilihan selain mengadap Tuanku mempersembahkan bahawa Tan Sri sudah tidak mendapat undi majoriti.

Jika opsyen kedua berlaku, Tan Sri mempunyai dua plilihan. Pertama Tan Sri hendaklah mempersembahkan kepada Tuanku yang Tan Sri terpaksa melepaskan jawatan sebagai MB. Jika ini berlaku, maka Tuanku boleh menerima perletakkan jawatan Tan Sri Khalid dan melantik MB baru.

Kedua, Tan Sri boleh mempersembahkan kepada Tuanku menasihatkan untuk membubarkan DUN Selangor dan memanggil suatu Pilihanraya Negeri yang baru.

Tuanku boleh menerima nasihat Tan Sri dan memperkenan pembubaran DUN Selangor. Jika ini berlaku, suatu writ Pilihanraya Negeri perlu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya bagi Negeri Selangor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan.

Saya sendiri berpendapat eloklah Tan Sri mengambil opsyen menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor.

Dari segi prinsip demokrasi, Tan Sri telah diberikan mandat untuk memimpin Pakatan DAP-PKR-PAS Selangor dalam PRU-13. Tan Sri bukan sahaja berjaya, malah telah mendapat majoriti 2/3. Bermakna mandat rakyat kepada Tan Sri sangat signifikan.

Oleh itu, memaksa Tan Sri meletak jawatan peringkat ini adalah satu pengkhianatan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor yang mahukan kepimpinan Tan Sri sebagai Menteri Besar.

Ini satu pencabulan demokrasi yang sangat serius.

Oleh itu, Tan Sri mempunyai tanggungjawab politik dan moral untuk mengembalikan hak menentukan Menteri Besar dan Kerajaan kepada rakyat Selangor melalui proses pilihanraya yang baru.

Rakyat Selangor mempunyai hak untuk menentukan siapa MB dan Kerajaan yang mereka mahu bagi Negeri Selangor.

Oleh itu saya mendesak Tan Sri Khalid supaya mendengar suara rakyat, menghormati hak demokrasi rakyat dengan mengembalikan kuasa penentu kepada rakyat Selangor.

Bak kata Anwar, kerusi MB bukan milik sesiapa, bukan milik Tan Sri, apatah lagi ianya bukan milik keluarga Anwar Ibrahim. Ianya milik rakyat Selangor!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
23 Ramadhan 1435
21 Julai 2014

15 February 2014

SAYONARA TAN SRI KHALID!

Betulkah Anwar tidak kenal Datuk Eskay Shazally?*
Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!

Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!

Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!

Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.

Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!

Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!

Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.

Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.

Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.

Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!

Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).

Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.

Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!

Mereka tiada pilihan - Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!

Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!

Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.

Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu - satu untuk engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;

Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?

Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!

Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?

Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.

Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!

Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?

Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!

Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 - Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!

Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!

Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!

Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!

Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.

Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.

Addeenul nasihah - Islam itu nasihat.

Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.

You know your days as MB are numbered. It's either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios Tan Sri, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Akhir 1435
15 Februari 2014

*Gambar hiasan semata-mata!

13 January 2014

SUMPAH YANG DILANGGAR!




Khalid Ibrahim mengangkat sumpah jawatan dengan memegang Tombak Sang Buana sebagai tanda tunduk kepada kekuasaan Tuanku Sultan Selangor sebagai Raja berdaulat pemerintah Selangor Darul Ehsan
Salam 2 all..

Saya mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim, YAB Menteri Besar Selangor dan barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor supaya memohon maaf kepada Tuanku Sultan Selangor dan umat Melayu-Islam Selangor dan meletakkan jawatan serta merta.

Ini adalah kerana beliau dan Kerajaan PKR-DAP-PAS pimpinannya gagal menunaikan sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang dilafaz dihadapan Tuanku Sultan Selangor untuk membela dan mempertahankan Islam.

Pada 14.05.2013, selepas kemenangan pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 di negeri Selangor, Tan Sri Khalid telah diberikan mandat untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor dengan mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Sultan Selangor.

Upacara penuh adat istiadat kebesaran Di-Raja Selangor itu dimana Tan Sri Khalid Ibrahim mengangkat sumpah dengan memegang Tombak Sang Buana telah melafazkan 10 sumpah dan akujanji jawatan yang antara lain menyatakan:

Bersumpah menjunjung tinggi prinsip Rukunegara serta memelihara dan melindungi kesucian serta keagongan Islam sebagai agama negeri Selangor Darul Ehsan; dan berjanji mematuhi kedaulatan Institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak"

Sumpah yang tidak dilaksanakan mamanda Menteri Besar
Lafaz sumpah jawatan tersebut adalah disediakan oleh kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor sendiri yang juga telah memastikan adat-istiadat mengangkat sumpah mengikut tradisi Di-Raja Selangor termasuk Tombak Sang Buana dipatuhi dan dilaksanakan.

Tetapi terbukti pentadbiran Khalid gagal memelihara dan melindungi kesucian serta keagongan Islam; dan gagal mematuhi dan mempertahankan kedaulatan institusi Raja Selangor Darul Ehsan.

Antara kelemahan dan kegagalan pentadbiran beliau dalam memartabat dan memelihara kesucian Islam dan institusi DiRaja Selangor yang sangat sangat jelas sejak daripada Mac 2008 lagi ialah:

1. Arahan mengembalikan arak yang dirampas oleh MBSA tahun 2011 yang jelas melanggar enakmen syariah Selangor dan/ atau undang-undang tubuh Kerajaan negeri Selangor;

2. Mempersalahkan JAIS dalam isu siasatan terhadap kegiatan dakyah dan cubaan memurtadkan umat Islam dibulan Ramadhan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) walaupun Tuanku Sultan Selangor menitahkan tindakan JAIS betul cuma kekurangan bukti untuk tindakan pendakwaan;

3. Mengarahkan JAIS mengembalikan bibel versi Bahasa Melayu yang dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) walaupun jelas bible tersebut melanggar Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 kerana mengandungi istilah dan perkataan yang dilarang termasuk kalimah ALLAH;

4. Kegagalan mengambil pendirian dan tindakan tegas terhadap Paderi Lawrence Andrew & Lee Min Choon dari PBM yang secara terang-terang mencabar kedudukan Islam & titah Tuanku Sultan Selangor dengan terus menerus mahu menyalahgunakan penterjemahan kalimah ALLAH dalam upacara keagamaan kristian didalam negeri Selangor.

5. Kegagalan bertindak tegas tehadap mereka ini jelas menghina dan memperlekeh kedudukan dan kemuliaan institusi DiRaja Selangor bilamana Tuanku Sultan Selangor, sebagai Ketua Kerajaan dan Ketua Agama Islam Selangor dengan jelas menitahkan larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim didalam Negeri selangor.

Pada hemat saya, ternyata pentadbiran Kerajaan DAP-PKR-PAS dibawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah gagal menunaikan sumpah jawatan & dan gagal mempertahankan Islam didalam negeri Selangor!

Oleh itu, saya mendesak supaya Tan Sri Khalid dan seluruh anggota jemaah Exco Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggunjawab dan mengambil tindakan berikut:

1. Menyembah ampun kepada Tuanku Sultan Selangor;

2. Memohon maaf secara terbuka kepada umat Melayu-Islam Selangor;

3. Meletakkan jawatan serta merta.

Sekian.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 R'Awal 1435
13 Jan 2014