Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

05 September 2014

POLITIK 69!

 
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!

Salam 2 all.

Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?

Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni - main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!

Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!

Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!

Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.

Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.

Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap ahli tersebut!

AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan saman rakan sekongkol.

Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!

Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya sendiri untuk menjadi calon MB.

Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan oleh PAS.

Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.

Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!

Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!

Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.

Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.

Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.

Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15 ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.

Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS, bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!

Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!

Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus - sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.

Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?

1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;

2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;

3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;

4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;

5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!

Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!

Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!

Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014

06 June 2014

PRK TELUK INTAN: ANTARA KACA DAN PERMATA


Salam 2 all.

Saya merujuk kenyataan Gobind Singh Deo anak lelaki mendiang Karpal Singh yang mendakwa kekalahan DAP di Teluk Intan adalah kerana isu hudud PAS.

Ternyata Gobind mengambil sikap selektif menyalahkan hudud PAS hanya untuk menyembunyikan hakikat rakyat sebenarnya menolak keegoan dan keangkuhan politik DAP untuk memperkaldaikan orang Melayu.

Adakah Gobind lupa adik beliau sendiri Ramkarpal baru sahaja memenangi PRK Bkt Gelugor dengan majoriti yang besar walaupun ditentang oleh calon bebas ahli PAS Mohamed Nabi Bux yang membawa perjuangan hudud?

Sekiranya benar dakwaan Gobind kekalahan di Teluk Intan adalah kerana hudud PAS, mana mungkin adiknya boleh mendapat undi yang besar menentang calon ahli PAS yang membawa isu hudud! Itupun dengan Ramkarpal mendapat bantuan dan sokongan jentera dan kepimpinan PAS!

Hakikatnya ialah rakyat menolak keangkuhan politik perkauman dan cauvinisma yang dibawa oleh DAP terutamanya dibawah kepimpinan Dinasti Lim.

Cubaan menggunakan calon Melayu yang menentang hukum agama sendiri dan memperlekeh institusi bangsa sendiri menyebabkan pengundi menolak DAP. Melayu, Cina dan India mempunyai alasan tersendiri masing-masing untuk menolak DAP di Teluk Intan seperti berikut:

1. Bagi  pengundi Melayu yang menyokong pembangkang, terutama dikalangan ahli PAS, kenyataan pertama Dyana yang menegaskan akan menentang pembentangan RUU Hudud PAS Kelantan sekiranya dipilih menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan dilihat sebagai anti-Islam dan memusuhi PAS!

2. Ini ditambah dengan kenyataan Dyana mahukan sebuah universiti khas untuk kaum Cina seperti UiTM, dan sikap beliau memperlekeh UiTM sebagai institusi pengajian tinggi anak-anak Melayu dilihat sebagai si-tanggang yang lupa daratan. Ini kerana Dyana sendiri adalah seorang graduan lulusan UiTM. Sikap sebegini dilihat seperti kencing atas bangsa sendiri.

3. Bagi masyarakat Cina pula, mereka melihat Dyana sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana ibunya Yammy Samat bukan sahaja seorang ahli UMNO, malah merupakan Ketua Wanita Perkasa yang pertama. Mereka melihat kepimpinan DAP dibawah Dinasti Lim sebagai cakap tak serupa bikin, disatu sudut menghentam dan mengutuk Perkasa sebagai sebuah pertubuhan rasis dan perkauman, tetapi diwaktu yang sama meletakkan anak pimpinan Perkasa sebagai calon!

4. Mereka juga melihat Dyana sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana Dyana Sofya adalah seorang berbangsa Melayu beragama Islam tetapi menentang hukum agamanya sendiri! Kalau agama dia pun dia berani tentang, apatah lagi kepentingan kaum Cina?

Semangat mendiang Karpal  masih tebal dalam DAP!
5. Begitu juga kredibiliti Dyana tercalar dikalangan masyarakat Cina kerana mereka melihat Dyana sebagai tidak tahu mengenang budi. Setelah menikmati kehidupan dan kejayaan hasil pengorbanan dan sumbangan institusi Melayu seperti UiTM, Dyana sanggup memperlekeh tempat cari makan sendiri. Ini satu pantang besar  kaum Cina yang telah dilanggar oleh Dyana.

6. Bagi ahli akar umbi dan kepimpinan DAP yang lain terutama di Teluk Intan, mereka melihat pemilihan Dyana, seorang bukan anak tempatan yang baru seputik jagung didalam DAP tetapi mendapat tempat hanya kerana menjadi pegawai khas Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah. Sedangkan lebih ramai lagi ahli yang berkelayakan dan telah lama berjuang didalam DAP diketepikan;

7. Bagi kaum India pula, mereka tidak nampak calon DAP ini berminat untuk membantu mereka. Kenyataan Dyana mencadangkan sebuah IPTA untuk kaum Cina dibina seperti UiTM langsung tidak membantu kerana dilihat terlalu memperjuangkan nasib kaum Cina, sedangkan nasib kaum India juga perlukan pembelaan!

Kesemua faktor ini menyumbang kepada kekalahan mengejut DAP di kubu kuat mereka!

Malahan kalau dilihat dari segi undi, DAP hanya mendapat 19,919 undi sedangkan dalam PRU-13 (Mei 2013), mereka mendapat 27,399 undi. Maknanya DAP kehilangan 7,480 undi dalam tempoh setahun!

Dan kebetulan jumlah pengundi yang tidak turun mengundi dalam PRK ini ialah 7,409 berbanding PRU-13!

Jumlah kehilangan undi dan pengundi tidak turun yang hampir sama ini memberi gambaran bahawa terdapat undi protes secara pukal (enbloc protest voting) terhadap calon DAP!

Sebab itu dakwaan Gobind Singh Deo bahawa hudud PAS punca kekalahan mereka adalah tidak berasas.

Apatah lagi kepimpinan dan jentera PAS sendiri termasuk Presiden Datuk Seri Hadi Awang turun membantu sepenuhnya Dyana Sofya walaupun mereka tahu Dyana akan menentang RUU Hudud PAS bila dibentangkan di Parlimen nanti.

Walaupun dilihat seperti satu tindakan bodoh dan mempunyai ciri-ciri 'bahalul siasi', namun kepimpinan PAS terus menerus mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama mereka dengan membantu dan menyokong calon DAP yang secara terang-terang menentang hudud PAS!

Sehubungan dengan itu, PAS sewajarnya membuka mata dan jiwa mereka kepada hakikat bahawa DAP memang langsung tidak menghormati dan menghargai PAS. Walaupun PAS bertungkus lumus membantu dan menyokong Dyana Sofya sehingga terpaksa mengenepikan prinsip perjuangan parti dan tuntutan agama Islam, namun ianya umpama papatah habis madu sepah dibuang.

Kenyataan Gobind Singh Deo menyalahkan hudud PAS sebagai punca kekalahan Dyana di Teluk Intan sekadar membuktikan sikap cauvinistik, angkuh dan ego DAP memperlekeh dan memandang rendah kepada PAS!

Pada saya, kekalahan DAP di kubu kuat mereka walaupun berjaya mengemukakan calon Melayu yang menentang hukum agama dan institusi bangsanya sendiri adalah satu 'undi tidak percaya' kepada kepimpinan Dinasti Lim dalam DAP.

Sebab itu saya mencabar Kitsiang dan anaknya Guaneng mengambil tanggungjawab akan kekalahan ini dengan meletakkan semua jawatan dalam parti.

Itu sahaja 'kamikaze politik' yang bermaruah untuk Kitsiang dan anaknya Guaneng untuk menebus keaiban yang ditanggung oleh DAP kerana kehilangan kerusi kubu kuat mereka di Teluk Intan!

Diwaktu yang sama, BN juga tidak wajar meraikan kemenangan Datuk Mah Siew Keong sebagai tanda bukti konon pengundi Cina sudah kembali kepada BN.

Ini kerana Datuk Mah hanya mendapat tambahan undi sebanyak 71 sahaja. Dalam PRU-13, beliau tewas dengan memperolehi undi sebanyak 20,086, manakala dalam PRK ini beliau memperolehi 20,157 undi sahaja.

Ini hanyalah penambahan 71 undi.

Cuba perhatikan tabulasi undi perbandingan PRU-13 dan PRK dibawah ini:

PARTI
PRU-13
PRK 2014
PENAMBAHAN /
PENGURANGAN
BN
20,086
20,157
+ 71
DAP
27,399
19,919
- 7,480
MAJORITI
7,313 - DAP
238 - BN
- 7,075
UNDI ROSAK

543

PENGUNDI TURUN
47,485
40,619
- 7,409

Kita jangan lupa kerusi Parlimen Teluk Intan pernah dimenangi oleh Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti sebanyak 2,783 (PRU-10 1999) dan 10,041 (PRU-11 2004), sebelum tewas kepada calon DAP M.Manogaran yang mendapat majoriti sebanyak 1,470 (PRU-12 2008) dan 7,313 (PRU-13 2013).

Tanpa menafikan komitmen dan dedikasi Datuk Mah Siew Keong sebagai Presiden Gerakan dan pemimpin akar umbi yang hebat, namun pada saya Datuk Mah sangat bernasib baik dalam pertandingan di PRK Teluk Intan ini kerana Dinasti Lim telah tersilap memilih calon DAP bagi PRK ini.

Saya cukup yakin suasana akan jadi berbeza andai kata DAP meletakkan calon bukan Melayu didalam PRK ini.

Jadi sebarang kenyataan konon kemenangan di Teluk Intan satu bukti kembalinya pengundi Cina kepada BN dan satu kebangkitan bagi Parti Gerakan dan MCA adalah satu ilusi politik dan angan-angan yang tidak berasas sama sekali. Saya berharap kepimpinan BN terutamanya UMNO tidak terbuai-buai dialam mimpi dengan kemenangan ini.

Apa yang jelas bagi PRK Teluk Intan, orang Melayu membuktikan mereka tidak rela dan tidak redha diperkaldaikan oleh DAP. Ini satu mesej kepada UMNO bahawa orang Melayu masih mempunyai semangat nasionalisma dan keagamaan yang kuat – satu sikap yang sepatutnya diberi fokus oleh UMNO untuk memastikan kesinambungan talian hayat politik UMNO terus kukuh untuk menghadapi PRU-14.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Sya'ban 1435
06 Jun 2014

13 May 2013

ABC - ASAL BUKAN CAUVINIS

(Papa Foo..itu malai sulah kay-o kah? Aiya Ah Cheng, lu sulah mintak lia tuhan punya nama, lu tengok dia olang sulah galo-galo, kila okay ma!)

Salam 2 all.

"Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur"

Petikan daripada buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Itulah amaran dan peringatan seorang negarawan dan Bapa Kemerdekaan Malaysia empat puluh empat tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj!

Ramai anak muda daripada Gen-Y tidak mengetahui sejarah sebenar yang menyebabkan tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Malah ramai yang tidak tahu peranan yang dimainkan parti cauvinis, rasis dan extremis DAP yang bersifat pelampau perkauman.

Dan ramai yang tidak tahu Ketua Pemuda DAPSY semasa itu adalah Lim Kit Siang!

Yup..Lim Kit Siang, rakan sekatil sebantal Anwar Ibrahim sekarang!

Tahun 1969 adalah tahun pilihanraya umum. DAP dan kaum cauvinis lain memainkan isu perkauman anti-Melayu yang cukup tebal.  Antaranya ialah:

1. mempertikaikan peruntukkan hak istimewa orang Melayu didalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan;

2. mempertikai status bangsa Melayu sebagai anak watan dan pribumi negeri yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu;

3. membuat tohmahan liar bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, terutama di sektor awam;

Keputusan PRU 1969 pada 10.05.1969 menunjukkan Pulau Pinang tumbang, Parti Perikatan (kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional) hampir tumbang di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen terutama di bandar tumbang kepada DAP dan kaum cauvinis.

DAP dan kaum cauvinis mengadakan perarakan kemenangan pada 11.05.1969 dan 12.05.1969; sama saperti yang dibuat sekarang dalam Road-show 505.

Dalam perarakan 1969 itu, mereka melaung-laungkan slogan Malai-si..Malai-si!

Saya boleh bariskan pelbagai maki hamun, carutan dan caci nista oleh penyokong DAP dan kaum cauvinis lain terhadap bangsa Melayu pada masa itu. Untuk yang berminat mengetahui butir terperincinya, bacalah kertas putih Lapuran Mageran 06.10.1969 dan buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Hari ni, 13 Mei 2013, adalah ulangtahun ke 44 peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Malai-si! Mati Melayu!

Hari ini, setelah 44 tahun berlalu, nampaknya laungan Malai-si; slogan Melayu-mati sudah mula kelihatan ada kebenarannya!

1. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup kalimah ALLAH Tuhannya digadaikan atas nama politik setelah didesak oleh Lim Guan Eng..apakah itu bukti Melayu dah mati?

2. Apabila ada suara sumbang dikalangan orang Melayu-Islam sendiri yang rela bangsanya diberi kebebasan menukar ke agama lain dan murtad..apakah itu bukti Melayu dah mati?

3. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup meludah muka bangsanya sendiri yang mahukan perpaduan hanya kerana perbezaan politik..apakah itu bukti Melayu dah mati?

4. Apabila ada pengkhianatan dikalangan bangsa Melayu-Islam yang sanggup menikam bangsanya sendiri daripada belakang dengan bersekongkol dengan parti cauvinis rasis yang ekstremis..apakah itu bukti Melayu dah mati?

5. Apabila ada orang Melayu-Islam tidak berani mendekati pertubuhan Melayu-Islam tetapi tidak sedikit pun berasa janggal untuk bersama dengan pertubuhan bukan Melayu..apakah itu bukti Melayu dah mati?

6. Apabila bercakap dan mempertahankan hak Melayu-Islam menjadi satu kesalahan dan dosa besar dalam negara ini..apakah itu bukti Melayu dah mati?

Sedangkan kalau dilihat kedudukan pasca PRU-13..bangsa Melayu-Islam sebenarnya menguasai Parlimen.

UMNO ada 88 kerusi, PAS 21 dan PKR Melayu ada 15!

Maknanya keseluruhan Ahli Parlimen Melayu-Islam adalah berjumlah 124. Jumlah ini sahaja sudah cukup untuk bangsa Melayu-Islam membentuk sebuah Kerajaan Malaysia secara majoriti mudah yang selesa! 

Sepatutnya umat Melayu-Islam hidup kuat, hebat, dan gagah perkasa selepas PRU-13!

Tetapi mengapa Melayu-Islam kelihatan lesu, defensif dan saperti sudah mati!

Kerana tidak ada kesatuan! Tidak ada perpaduan! Tidak ada ukhwah! 

Sedangkan kita bangsa Melayu-Islam punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat & Satu Aqidah!

Mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah? 

Semasa kempen PRU-13 di Shah Alam, saya dituduh menghina tuhan dan agama Hindu. Akibatnya umat Hindu bersatu menolak saya walaupun saya sudah memohon kemaafan; nampaknya amalan manipom-marapom & maru perevi tidak diberikan kepada saya!

Sebaliknya Anwar dan konco-konconya yang jelas menghina ALLAH dan umat Melayu-Islam, satu sikap dan pendirian yang jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura' PAS, namun umat Melayu-Islam tidak bersatu menolak mereka; malah lebih malang masih ada yang terus menyokong, mengundi dan memenangkan Anwar dan para konco parasitnya!

Apakah slogan parti Lim Kit Siang pada 13 Mei 1969 sudah menjadi realiti? Apakah bangsa Melayu-Islam benar-benar sudah mati?

Apakah kata hikmat Laksamana Hang Tuah tidak Melayu hilang didunia sudah luput ditelan zaman? Tepok dada tanyalah hati dan jiwa masing-masing yop!

Apa pun, umat Melayu-Islam wajib mendesak parti Lim Kit Siang DAP memohon maaf secara terbuka kepada umat Melayu-Islam khasnya, dan rakyat Malaysia amnya atas dosa dan keangkuhan sikap cauvinis, rasis dan ekstremis mereka yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13.05.1969.

Sehingga hari ini, setelah 44 tahun berlalu, parti Lim Kit Siang DAP tidak pernah memohon maaf.

Malah lebih teruk daripada itu, Lim Kit Siang menjadi semakin angkuh selepas DAP memperolehi 38 kerusi Parlimen dalam PRU-13!

Hari ini Lim Kit Siang meneruskan sikap cauvinis, rasis dan ekstremisnya dengan memaki hamun YAB Perdana Menteri dengan label "Syaitan".

Dato' Sri Najib, Perdana Menteri yang telah diberi mandat oleh rakyat Malaysia dengan 133 kerusi dalam PRU-13 dimaki-hamun dengan gelaran "Syaitan" oleh Lim Kit Siang; penasihat DAP yang pada tahun 1969 adalah Ketua Pemuda DAPSY!

Dan yang paling malang, kali ini Lim Kit Siang dan DAP mendapat sokongan segelintir Melayu haprak yang begitu rakus menjadi saperti kalkatus haus tergila-gilakan Putrajaya!

Sebab itu saya letakkan tajuk tulisan ini sebagai ABC - Asal Bukan Cauvinis!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
03 Rejab 1434
13 Mei 2013

20 December 2010

LAGAK HIPOKRITUS!

(Appa, mali kita pigi makan Yong Tau FOO sama Karpal Singh, gua mau dengar itu Anwar punya celita loh!!)

Salam 2 all.

Guan Eng A/L Kitsiang yang dikritik hebat oleh ramai pemimpin hari ini mengancam untuk menyaman media yang didakwa kononnya memfitnah beliau. Anak Laki Kitsiang ini semalam membuat kenyataan mempertikai kerakyatan mereka yang memperjuangkan dan membela hak orang Melayu. Dan yang paling malang, anak laki Kitsiang ini membuat kenyataan bodohnya itu dihadapan segelintir pak jangoat yang terpukau kebengongan dengan kilauan kekalipahan anak laki Kitsiang ini!

Hari ni Anak Laki Kitsiang itu mengancam mahu menyaman media yang mengkritik beliau. Sebijik perangai mentor mereka Kuan Yew. Adakah Anak Laki Kitsiang ini ingat umat Islam dan bangsa Melayu takut dan gentar dengan ugutan menyaman itu. Satu Muslim kamu saman, ratusan ribu Muslim akan bangkit menentang kamu! Satu Melayu kamu heret ke Mahkamah, berjuta Melayu akan mengheret kamu ke muka pengadilan umat nanti!!

Anak Laki Kitsiang ini sedar bahawa kenyataan beliau itu sudah pasti akan menimbulkan kemarahan orang Melayu. Ini adalah taktiknya untuk menutup kelemahan diri sendiri. Dalam keadaan Pakatan Syaitan yang dibina semakin kian hancur, mereka terpaksa memainkan isu perkauman untuk hidup. Bagi Anak Laki Kitsiang ini, dengan memaki orang Melayu, dia akan mendapat sokongan kaum Cina. Itu yang dia mahu. Dia hanya berminat untuk terus kekal di Pulau Pinang, apatah lagi dengan janji autonomi yang diberikan.

Sebab itu teman menasihatkan rakan-rakan semua supaya jangan melayan cakap orang bodoh macam yang dibuat oleh Anak Laki Kitsiang ini. Sebaliknya kita perlu tanya Anak Laki Kitsiang ini, apakah pendirian beliau dengan sikap tidak bermaruah Pengerusi DAP Karpal Singh sendiri yang jelas bermain politik dua alam dalam isu homoseks & liwat Anwar Ibrahim.

Kita nak tanya Anak Laki Kitsiang ini, adakah dia bersekongkol dengan Karpal Singh yang pada 22.10.1997 mendedahkan didalam Parlimen beliau ada bukti Anwar terlibat dengan homoseks dan liwat, dan mendesak Kerajaan menyiasat segera kegiatan homo & liwat Anwar Ibrahim itu!

Bukan sahaja beliau mendedahkannya di dalam sidang Parlimen, Karpal Singh juga telah berucap di Hotel Federal dalam satu majlis DAP mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Beliau mendakwa ada bukti dan saksi.

Malahan setelah pendedahan teman mengenai isu Karpal Singh ini, ramai yang memberi maklumat menyatakan bahawa Karpal Singh lah orangnya yang telah memaklumkan kepada beberapa pemimpin PAS pada masa itu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim, sehingga menyebabkan beberapa pemimpin PAS berjumpa dengan saksi dan mangsa yang terlibat. Akibat daripada itu, beberapa pemimpin PAS telah melabel Anwar yang pada masa itu adalah Timbalan Presiden UMNO dan TPM dengan gelaran "Al-Juburi". Agak malang kerana ada diantara pemimpin PAS tersebut yang kini muncul menjadi pak jangoat dan berkokok menyembah Anwar pula! Itulah dunia yop!! Dulu di "Al-Juburikan", sekarang mereka sendiri pulak yang "menduburi" Anwar!

Jadi teman cabar Karpal Singh, Kitsiang dan anak lakinya supaya menyatakan pendirian secara terbuka adakah mereka masih berpendirian Anwar adalah orang yang tidak bermoral saperti yang didedahkan oleh Karpal Singh itu? Adakah mereka sudah berubah pendirian? Tidakkah idola mereka Kuan Yew menceritakan kepada mereka tentang "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Singapura dan kepercayaan Kuan Yew bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan liwat & homoseks? Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar? Apakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka?

Nasihat teman kepada Anak Laki Kitsiang, bapaknya Kitsiang & sekutu mereka Karpal Singh, eloklah selesaikan hal diri kamu dahulu. Cuba ajak bapak kamu Kitsiang & Karpal Singh pergi bersembang sambil-sambil makan "Yong Tau FOO", dan cuba cerminkan ketaatan dan kesetiaan kamu sendiri kepada Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu didalam negara Malaysia ini dahulu. Dan tengok balik sikap dan pendirian kamu dalam isu homoseks dan liwat Anwar Ibrahim sebagaimana yang kamu sebut sendiri dahulu.

Kepada Anwar Ibrahim, nasihat teman ialah sebagaimana pesan ALLAH dalam Surah Al Baqarah: 120. Ingatlah golongan kafir tidak akan redho dengan kita selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara mereka. Ingatlah Karpal Singh lah orangnya yang mula mendedahkan kegiatan homoseks & liwat kamu didalam Parlimen pada 22.10.1997. Tentu kamu ingat kerana kamu sendiri berdiri didepan Karpal Singh semasa itu didalam Parlimen. Kamu tentu tahu Karpal Singh lah orangnya yang berucap di Hotel Federal mendedahkan kegiatan homoseks & liwat kamu. Karpal Singh jugalah yang menjadi peguam berjumpa Azizan & Umi Hafilda menasihatkan mereka mengenai aduan mereka tentang kegiatan homoseks dan liwat kamu. Karpal Singh lah orang yang memaklumkan kisah homoseks & liwat kamu kepada pimpinan PAS masa itu sehingga mereka melabel kamu "Al Juburi". Dan para pak jangoat itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong kamu sekarang. Dan Karpal Singhlah itu jugalah orangnya yang menyuruh kamu bertaubat dan berundur setelah tembelang dan pembohongan 16 Sept terbongkar. Sudah terang bersuluh pula!

DAN KARPAL SINGH itu jugalah sekarang yang kamu ambil untuk menjadi peguam membela kamu dalam menghadapi pertuduhan liwat terhadap Saiful sekarang yang bertangguhan tanpa sebarang kesudahan! Perlulah kah teman sebut lebih panjang lagi wahai Anwar Ibrahim!? Bertaubatlah Anwar sebelum pintu taubat ditutup buat kamu selama-lamanya!

Adios amigos, grasias senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
14 Muharram 1432
20 Disember 2010

*Nota: teman ingin memperingatkan bahawa artikel ini tidak sekali-kali bermaksud teman menuduh Anwar Ibrahim mengamalkan budaya homoseks & liwat. Itu biarlah ALLAH menentukannya. Teman sekadar mendedahkan apa yang disebut oleh kepimpinan DAP supaya rakyat membuka mata dengan politik dualam mereka. Apa yang ingin teman dedahkan ialah sikap bermuka-muka dan hipokrit yang diamal oleh kepimpinan DAP yang mengenai isu Anwar yang begitu jelas buktinya! Moga ALLAH mengampuni kita semua atas kelemahan dan kesilapan kita. Wallahua'lam & wassalam.

18 December 2010

PAKAT DULU BALAH KEMUDIAN?

(Dinasti 3A yang mendaulatkan Ketuanan Anwar dengan memperkudakan PAS untuk memahkotakan pemimpin anugerah tuhan sebagai Perdana Menteri)

Salam 2 all.

Esok Pakatan Pembangkang akan mengadakan Konvensyen PR di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang. Pemilihan venue konvensyen di negeri yang diperintah anak laki Kitsiang dalam keadaan kegawatan krisis keyakinan yang melanda PR membuktikan kedudukan dominan parti DAP didalam PR. Mengapa Kedah dan Kelantan, negeri yang diperintah oleh PAS tidak dipilih adalah jelas. Kitsiang dan Anwar tidak mahu memberi persepsi bahawa PAS adalah parti yang berpengaruh di dalam PR, kerana imej perjuangan Islam PAS akan memberi kesan negatif kepada pengundi bukan Islam yang menjadi "undi-nyawa" untuk survival Anwar & Kitsiang. Bagi mereka PAS hanya sekadar kuda tunggangan, yang hanya diguna bila diperlukan, tetapi dalam banyak hal dan isu, PAS langsung tidak dirujuk, apatah lagi ditanya pendapat.

Kita tengok sendiri isu perlantikan Kitsiang sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Anwar orang yang ditabal oleh isterinya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini. PAS langsung tidak tahu menahu, jangan kata dirujuk, tanya pun tak. Itu sebab Ketua Dewan Ulama' PAS YB Datuk Harun Taib mengherdik Anwar kerana mengumumkan perlantikan Kitsiang tanpa berbincang dengan PAS. Malah didalam mesyuarat kepimpinan PR baru-baru ini, wakil PAS telah menegur Anwar mengenai perlantikan ini, dan saperti biasa Anwar pusing-sana pusing-sini, putar-sana putar sini, tapi tak jawab soalan pun.

Teman mendapat maklumat arahan telah dikeluarkan supaya dalam Konvensyen PR esok, isu berkenaan perlantikan Kitsiang sebagai TPM dan isu penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika PR memerintah tidak dibangkitkan. Dan yang paling malang ada pak jangoat yang bersetuju kerana mendakwa PAS telah menandatangani Perjanjian Persefahaman PR 18.12.2009 bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam perjanjian tersebut, dan PAS sebagai parti Islam terikat dengan perjanjian itu dan tidak boleh memungkirinya. Kepimpinan ulama' dan ahli akar umbi PAS diperdaya oleh segelintir kalangan pak jangoat sendiri untuk merestui dan menandatangani Perjanjian Syaitan ini!

Teman mendapat maklumat ramai kepimpinan dan para ulama' PAS sudah mula bosan dengan tindak tanduk dan kelentong Anwar & Kitsiang dan kaum pak jangoat yang memperkudakan PAS untuk kepentingan sempit mereka. Ini ditambah dengan pendedahan WikiLeaks berkenaan ujudnya "bukti teknikal" oleh Bahagian Risikan Singapura & Australia mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar. Malah ada kepimpinan dan ulama' PAS yang sudah mula ragu; mereka kata takkan Singapura & Australia serta perkhidmatan rahsia Amerika pun hendak berbohong kerana Anwar sendiri mengiystiharkan kepada mereka dan kepada dunia bahawa Singapura, Australia & Amerika menyokong beliau. Siap cerita bagaimana dia telefon Hillary Clinton lagi semasa Hillary melawat Malaysia baru-baru ini.

Sebab itu teman tidak terkejut apabila beberapa kepimpinan kanan dan ulama' PAS tidak hadir semasa Dewan Rakyat bersidang untuk menggantung Anwar & konco-konconya Khamis lepas. Yang hadir kebanyakannya pun adalah dikalangan penyembah pemimpin anugerah tuhan ini sahaja. Dan teman diberitahu beberapa kepimpinan dan ulama' kanan PAS tidak akan hadir dalam Konvensyen PR yang dijadualkan esok. Pokok pangkalnya, teman sudah dapat merasakan bahawa kepimpinan, para ulama' dan ahli akar umbi PAS sudah mula meragui agenda sebenar Anwar & Kitsiang; dan merasakan PAS hanya diperkudakan untuk kepentingan mereka sempit mereka.

Sebab itu teman menyeru dan mencadangkan kepada sahabat-sahabat PAS yang ada supaya memboikot Konvensyen PR di negeri pemerintahan DAP itu besok. Sedarlah Konvensyen itu hanya akan diperalatkan oleh Anwar & Kitsiang untuk agenda sempit mereka sendiri. Anwar akan menceritakan bagaimana Kerajaan begitu terdesak sehingga menggantung dia & konco-konconya kerana Kerajaan takut dengan isu APCO (yang jelas satu pembohongan saperti yang teman buktikan dalam penulisan bertajuk "Pembohongan APCO").

Anwar akan memutarbelitkan isu WikiLeaks kononnya isu "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Singapura & Australia mengenai kegiatan homoseks & liwat beliau sengaja dibesar-besarkan oleh "akhbar UMNO & BN" kerana mahu menutup pendedahah WikiLeaks mengenai kes Altantuya, walaupun sebenarnya WikiLeaks menyebut pembangkang terus-menerus memainkan isu Altantuya untuk menganggu YAB Perdana Menteri. WikiLeaks langusung tidak sebut mereka percaya dengan dakwaan kes Altantuya itu, sebaliknya menyatakan YAB selalu diganggu dan dihantui oleh pembangkang dengan isu rekaan mereka itu. Jangan lupa ada pemimpin PKR sendiri mengaku mencipta gambar yang di 'super-impose' kononnya Altantuya duduk makan dengan YAB PM!

Apa yang jelas sehingga kini Anwar masih tidak berani menafikan pendedahan WikiLeaks itu. Kenapa tidak saman WikiLeaks kerana pendedahan tersebut.?Kenapa tidak saman Kerajaan Australia, atau Kerajaan Singapura atas pendedahan itu? Kenapa tidak desak dan tuntut Kerajaan Singapura & Australia mendedahkan "bukti teknikal" yang mereka ada itu? Adakah Anwar takut kerana mereka tahu apa yang Anwar tahu? Apa pun sehingga kini Anwar masih enggan bersumpah muhabbalah menafikan tuduhan Saiful saperti yang dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin, sedangkan Saiful bukan sahaja sudah bersumpah, malah sudah sampai kehadapan Baitullah menadah tangan memohon kepada ALLAH. Kenapalah para pak jangoat tidak boleh melihat ini semua dengan hati dan jiwa yang bersih dan tawaddhu' hanya kepada ALLAH? Sudah pasti kelak nanti mereka akan dapat melihat kebenaran ALLAH itu!

Apapun, teman ingin mencadangkan kepada sahabat PAS yang terpaksa juga pergi menghadiri Konvensyen PR esok supaya membangkitkan isu-isu berikut, once and for all, tiada dolak dalik lagi. Get the truth! Antaranya teman cadangkan saperti berikut:

1. Dapatkan pengesahan dan komitmen terbuka Anwar & Kitsiang bahawa jika PR memerintah Kitsiang tidak akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (kecuali dia masuk Islam sebagaimana syarat yang dikenakan oleh Tok Guru Nik Aziz). Jangan biarkan Anwar & Kitsiang berdolak-dalik dan memutar kata perlantikan itu bukan menjadi isu kerana yang penting menang dulu, fokus kepada pilihanraya dan lain-lain. Itu semua temberang dan kelentong Anwar sahaja. Pastikan Anwar & Kitsiang secara terbuka diatas pentas memberi komitmen dan pengesahan itu. Jangan nanti bila dah berlaku baru tersedar kita dah kena kencing dengan Anwar & Kitsiang!

2. Dapatkan pengesahan secara terbuka daripada Anwar dan Kitsiang samada benar Perjanjian Persefahaman Pakatan bertarikh 18.12.2009 mempersetujui bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya dan memerintah. Jangan termakan kelentong Anwar nanti bahawa Perjanjian itu hanya untuk merumus persetujuan bersama kesemua parti, tetapi masing-masing dibenarkan terus dengan agenda perjuangan masing-masing, DAP dengan Malaysian-Malaysianya, PAS dengan Negara Islamnya, dan PKR dengan cita-cita nak menabal pemimpin anugerah tuhannya sebagai Perdana Menteri. Itu semua putarbelit sahaja untuk menutup isu. Yang jelas dan muktamadnya Anwar & Kitsiang (termasuk beberapa orang pak jangoat) telah secara terbuka menyatakan bahawa agenda penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan pembangkang jika memerintah;

3. Dapatkan pengesahan secara terbuka & komitmen jelas Anwar dan Kitsiang bahawa dinegeri-negeri yang PAS perintah (saperti Kedah & Kelantan) undang-undang Islam akan dibenarkan dilaksanakan. Kerajaan negeri PAS akan dibenarkan mengharamkan arak, judi dan lain-lain. Ingat apa yang berlaku di Selangor apabila PAS Negeri Selangor hendak mengharamkan arak dijual secara terbuka, DAP telah membantah menyatakan ianya tidak termasuk dalam persefahaman pembangkang yang telah dipersetujui. Akhirnya PAS Negeri Selangor terpaksa mengalah dan arak dan kilangnya masih tertegak dibumi Selangor sampai hari ini, sedangkan dulu kita rembok meja mengisytiharkan "malam ni menang pilihanraya, esok kilang dan kedai arak semua tutup!!". Jangan ulangi sejarah hitam Selangor, dimana akhirnya PAS Negeri Selangor yang dimalukan oleh DAP dengan kerjasama rakan sekutunya PKR;

4. Dapatkan pengesahan dan komitmen Anwar bahawa kes dia meliwat Saiful Bukhori Azlan akan dipercepatkan. Jangan ditangguh-tangguh lagi. Kalau dia benar, maka apa yang perlu ditakutkan. Hadis Melayu sebut , "berani kerana benar, takut kerana salah". Kenapa asyik main tangguh aje. Jalankan kes itu segera supaya tidak menganggu persediaan PAS untuk menghadapi pilihanraya nanti;

5. Juga dapatkan pengesahan terbuka dan komitmen jelas daripada Karpal Singh, adakah dia benar-benar percayakan Anwar tidak bersalah? Sebab dialah orangnya didalam Parlimen tiga belas tahun lepas pada 22.10.1997 mendedahkan punya bukti dokumen Anwar meliwat pemandunya (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya menyiasat Anwar segera. Karpal juga orangnya yang mendedahkan dalam satu ucapan di Federal Hotel Kuala Lumpur bahawa dia punya bukti Anwar telah meliwat pemandunya (Azizan). Karpal jugalah orangnya yang bertemu dengan Umi Hafilda dan Azizan (mangsa liwat Anwar dahulu) dan menjadi peguam mereka. Karpal jugalah orang yang mendesak Anwar bertaubat dan meletak jawatan apabila pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar. Jadi dapatkan penjelasan secara terbuka daripada Karpal apa agenda beliau sebenarnya, tambahan dengan pengangguhan kes Anwar yang berulang-ulang sehingga dah nak masuk tiga tahun. Adakah ini taktik untuk meletakkan Anwar didalam genggaman DAP, sentiasa tunduk kepada kehendak DAP, kata orang Perak "selagi dapat picit teloq Anwar, selagi itu dia akan ikut rentak DAP!". Jadi sebenarnya pengangguhan berpanjangan dan berulang-ulang kes Anwar menguntungkan DAP, bukannya PAS. Kerana PAS sebagai parti Islam sudah tentu tidak mahu ada diantara pemimpin mereka terpalit dengan pertuduhan jijik saperti itu.

6. Dapatkan pengesahan dan penjelasan jelas daripada Datuk Seri Wan Azizah, Presiden hiasan PKR apa rasional dan alasan dia mengiystiharkan dan menabalkan laki dia sendiri sebagai "pemimpin anugerah tuhan". Apa kriteria perisytiharan itu? Apa kelebihan Anwar berbanding Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk Anwar mengatasi ulama'-ulama' hebat ini sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apa maksud pemimpin anugerah tuhan itu? Adakah ia bermaksud Anwar maksum dari sebarang kesalahan, termasuk boleh kelentong dan temberang isu 16 Sept, yang sampai hari ini Anwar tidak pernah memberikan penjelasan kepada kepimpinan PAS, apatah lagi meminta maaf? Atau apakah keputusan Anwar (saperti melantik Kitsiang sebagai TPM) adalah wahyu yang tidak boleh dipersoal atau dipertikai?

Sebenarnya banyak lagi isu dan perkara yang boleh dikemukakan oleh sahabat-sahabat daripada PAS. Tetapi apa yang teman nyatakan diatas, jika dijawab oleh Anwar, Azizah, Kitsiang, Karpal Singh secara jujur dan terbuka sudah cukup untuk membuka mata PAS tentang wayang kulit mainan Anwar pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan. Dan teman cukup yakin jika itu berlaku, pembohongan, kelentong dan cakap tak serupa bikin mereka akan terbongkar. Tetapi percayalah ianya tidak akan berlaku. Mereka akan cari jalan supaya isu-isu ini tidak dibahas dan dibangkitkan. Namun teman berharap sangat sahabat-sahabat daripada PAS, terutamanya para ulama', Dewan Pemuda, para ustadz dan lain-lain akan diberi anugerah oleh ALLAH untuk berani mengemukakan persoalan-persoalan diatas, walaupun jelas Anwar, Kitsiang dan segelintir pak jangoat mahu menutup isu-isu ini. Janganlah kita menjadi saperti kata hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!". Kita menang pilihanraya dan jadi kerajaan, tetapi tergadai barakah dan rahmat ALLAH dan disumbat ke nerakaNya, na'uzubillah. Jangan sampai saperti kata seorang pak jangoat, "kita pakat dulu tumbangkan UMNO, kita balah pasal negara Islam kemudian". Kerana pada masa itu, menang jadi abu, kalah jadi arang.

Teman nak tutup pesan ini dengan satu kisah benar, supaya sahabat-sahabat PAS tahu betapa liciknya Anwar dengan kelentong, temberang dan putarbelitnya.

Kisah ini berlaku melibatkan Almarhum Tun Ghafar. sebelum pemergian Almarhum. Anwar pada masa itu hendak meyakinkan kami termasuk teman bahawa UMNO menyokong dia, dan mahu bersama dengan dia. Dan untuk meyakinkan kami termasuk teman, Anwar memberitahu kami Almarhum Tun Ghafar beriya-iya meminta mahu berjumpa dengan Anwar secara rahsia dirumah, untuk meminta maaf dan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Anwar kata walaupun dia marah dengan Almarhum Tun Ghafar, tetapi demi kesatuan Melayu dia sanggup membuang segala kesalahan Almarhum Tun Ghafar dan berjumpa dengan Tun. Kami semua agak terkejut kerana tidak terfikir ianya akan berlaku. Tetapi apabila mendapat maklumat sah bahawa memang akan ada perjumapaan diantara Anwar dengan Almarhum Tun Ghafar dirumahnya di Bukit Pantai (tak silap teman selepas raya puasa, mungkin raya ketujuh), kami termasuk teman termakan cerita Anwar.

Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakiriin - pembohong merancang dan ALLAH merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Nak jadi cerita, ada seorang diantara kami terserempak dengan Sdr. Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda AMK dan cucu Almarhum Tun Ghafar disebuah pasaraya. Maka kawan kami ni pun bersalam dan mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana Almarhum Tun Ghafar sudah bertaubat dan mahu berjumpa dengan Anwar dan meminta ma'af kepada Anwar atas kesilapan yang berlaku dan akan menyokong Anwar. Siap nak berjumpa secara rahsia dirumah Tun di Bukit Pantai.

Merah padam dan menyinga marah lah Zahid. "Cilaka punya Anwar, bapak pembohong betul haramjadah ni!!". Siapa yang kenal Zahid tahulah mulut lazer dia. Zahid pun berceritalah kepada kawan kami ni apa sebenarnya berlaku. "Anwar yang mintak sangat nak jumpa Pak Ghafar bulan puasa ni. Katanya nak mintak maaf sebab kesalahan dia mengkhianati Pak Ghafar tahun 1993 dulu". Zahid memulakan cerita. "Jadi Anwar mintak sangat aku aturkan, dan dia sanggup kerumah Pak Ghafar di Bukit Pantai", tambah Zahid. "Jadi akupun jumpalah Pak Gahafar dan bagitahu Anwar nak jumpa ni, nak minta maaf pasal khianat tahun 1993 dulu. Atok ok ke?" tanya Zahid kepada Pak Ghafar. "Boleh percaya ke tu Zahid, Anwar ni banyak autanya, aku bukan tak tahu" sinis Pak Ghafar kepada Zahid. "Tapi kali ni dia betul-betul Atok, bersungguh dia minta, dia sanggup datang rumah Bukit Pantai ni jumpa Atok secara rahsia pun takpe, sebab dia tak mahu PM pandang serong kat Atok nanti (masa tu Pak Lah PM)".

Pak Ghafar pun sebagai orang tua yang sayangkan cucu, bersetuju. "Macam tu jumpa lepas raya ajelah, bulan puasa orang ramai kat rumah. Lepas raya pun biar lambatkan sikit, sebab awal-awal raya anak cucu semua datang. Buat raya ketujuh aje, orang pun dah takde". Begitu pandangan jujur Almarhum Tun Ghafar. Maka Zahid pun terus dengan gembira memaklumkan kepada Anwar persetujuan Pak Ghafar itu. Anwar punya gembira kata Zahid, sampai kata "tolong rahsiakan jangan sampai UMNO tahu, kita kena jaga Pak Ghafar tu".

Kawan yang mendengar pendedahan itu melopong mendengarnya dan menyampuk, "tapi Zahid, itu bukan apa yang Anwar bagitahu kami. Dia kata Pak Ghafar yang nak jumpa untuk mintak maaf, dan dia bersedia walaupun dia sebenarnya malas nak layan Pak Ghafar" dedah kawan kami yang mendengar cerita Anwar itu. Menyingalah Zahid, lalu dia suruh kawan tu telefon Anwar masa tu juga dan bila dapat cakap "kepala ... you lah Anwar, you suruh I atur you nak jumpa Pak Ghafar untuk mintak maaf, sekarang you cerita lain pada orang yang Pak Ghafar yang nak jumpa jumpa you dan nak mintak maaf serta menyokong you. Pigi jahanamlah you Anwar. You ni memang political animal lah, haiwan politik!!". Maki Zahid kepada Anwar lalu menghempas telefon.

Zahid terus menghubungi Almarhum Tun Ghafar dan menceritakan apa yang berlaku. Dan Tun Ghafar jawab, "dah agak dah tu, Anwar ni memang kaki kelentong". Dan kawan kita yang berjumpa Zahid tu menceritakan bagaimana dia dimaki oleh Anwar kerana menceritakan hal itu kepada Zahid. Dan kawan itu, seorang pemimpin kanan PKR hari ni dah pun keluar daripada PKR kerana menyedari kelentong dan putar belit Anwar. Siapa kawan itu, biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi Anwar tahu siapa yang dimaksudkan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada Almarhum Tun Ghafar.

Begitulah secebis kisah bagaimana mainan politik putar belit dan kelentong Anwar. Itu belum teman cerita macam mana Anwar kelentong Khairy Jamaludin sampai menantu Pak Lah tu datang kerumah Anwar dimalam selepas pembebasan dari penjara Sg. Buloh untuk menyerahkan paspot kepada Anwar, dan bagaiaman Anwar gunakan kedatangan Khairy itu sampai hari ni Khairy letih nak kena jawab. Kalau ada masa lain kali kita cerita pulak yop.

Apahal pun, teman berharap sangat supaya sahabat-sahabat didalam PAS, daripada kepimpinan parti, para ulama', ustadz dan da'i serta ahli akar umbi supaya janganlah terpedaya dengan mainan politik jijik, kotor dan penuh dengan kelicikan dan tipudaya ini. Kalau boleh boikot sahaja Konvensyen esok. Tapi kalau terpaksa pergi juga, jangan lupa dapatkan pengesahan, penjelasan dan komitmen terbuka Anwar, Kitsiang, Karpal Singh dan Wan Azizah tentang isu-isu yang teman kemukakan diatas.

Semoga ALLAH memelihara aqidah dan tauhid kita, dan menganugerahkan istiqomah kepada kita dalam perjuangan yang semakin mencabar ini. Segala yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Muharram 1432
18 Disember 2010

16 December 2010

KUDA-MENGUDA DAP-ANWAR!

(Mungkinkah Kuan Yew telah memaklumkan kepada Tok Guru tentang "bukti teknikal" yang Bahagian Risikan Singapura perolehi mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar?)

Salam 2 all.

Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Teman berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" diguna didunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain! Na'uzubillah!

Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik!! Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.

Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian teman. Ini adalah kerana sebaik tamat pilihanraya ke 12 pada 08 Mac 2008 lepas, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Kit Siang, anak lakinya dan beberapa pemimpin DAP.

Kita semua tahu hubungan rapat Kitsiang, anak lakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Kitsiang sanggup memecat seorang tokong pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Kuan Yew PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu (Fan Yew Teng telah pun mati baru-baru ini di Bangkok).

Persoalan besar yang timbul sekarang ialah takkan macam tu punya kamcin dema, Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Kitsiang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada. Teman cukup pasti dengan politiking licik bak belut Kuan Yew, sudah pasti dia akan maklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk mempergunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka!

Teman cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga di tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. YB Wee Choo Keong semasa berbahas didalam Parlimen sebentar tadi (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan YB Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar (YB Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Semasa teman menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai TPM menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan Surat Akuan palsu daripada Azizan & Umi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Umi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Kitsiang dan anak lakinya, Karpal dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks & liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan didalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat.

Persoalan pokok yang teman tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada teman Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang teman khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage!!

Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ianya ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Kata orang Perak, "selagi dema dapat pegang teloq Anwar, selagi tu lah Anwar akan berjoget ikut rentak mereka!!" Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama ALLAH untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai Ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kitsiang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak laki Kitsiang?

Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hiudp?! Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrim!, walaupun pemimpin itu disiytihar dan ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan dan ransom! Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara Malaysia ini?

Pada teman, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP & Anwar saling guna-mengguna, kuda-menguda, demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang teman nampak, akibat daripada kerakusan segelintir pak jangoat dan golongan penyembah Anwar didalam PAS, mereka telah mengheret PAS ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Kaum Anwarinas ni berkiblatkan pemimpin anugerah tuhan ini. Bagi kaum Anwarinas ini, kepimpinan PAS dibawah YB Tuan Guru Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan PAS. Hanya semata-mata kerana kaum Anwarinas ini sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.

Pada teman, pak-pak jangoat ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan PAS diperkudakan oleh kepimpinan DAP & Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli PAS untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS berbahas dan berbincang untuk samada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS tidak tahu pun keujudan Perjanjian Syaitan itu!

Teman berdoa dan berharap agar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak jangoat yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus kedalam lubang dubur biawak. Nasihat ikhlas teman, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, nescaya ALLAH akan membantu kamu.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada teman dan kesemua umat Islam insyallah.

Wassalam & Wallahua'lam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Muharram 1432
16 Disember 2010

*Nota: artikel ini tidak bermaksud dan tidak bertujuan sama sekali untuk menggambarkan teman mempunyai bukti Anwar adalah golongan homoseks atau peliwat, atau mempercayai maklumat daripada WikiLeaks mahupun Bhg. Risikan Singapura, Lee Kuan Yew, atau Karpal Singh. Sebaliknya teman berpendirian bahawa maklumat WikiLeaks, Bhg. Risikan Singapura , Lee Kuan Yew dan Karpal Singh itu perlulah ditapis dan dipastikan kesahihannya, walahhua'lam. Malahan lebih afdhal bagi Anwar untuk bersumpah muhabbalah sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Wassalam.