(Papa Foo..itu malai sulah kay-o kah? Aiya Ah Cheng, lu sulah mintak lia tuhan punya nama, lu tengok dia olang sulah galo-galo, kila okay ma!)
Salam 2 all.
"Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur"
Petikan daripada buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Itulah amaran dan peringatan seorang negarawan dan Bapa Kemerdekaan Malaysia empat puluh empat tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj!
Ramai anak muda daripada Gen-Y tidak mengetahui sejarah sebenar yang menyebabkan tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Malah ramai yang tidak tahu peranan yang dimainkan parti cauvinis, rasis dan extremis DAP yang bersifat pelampau perkauman.
Dan ramai yang tidak tahu Ketua Pemuda DAPSY semasa itu adalah Lim Kit Siang!
Yup..Lim Kit Siang, rakan sekatil sebantal Anwar Ibrahim sekarang!
Tahun 1969 adalah tahun pilihanraya umum. DAP dan kaum cauvinis lain memainkan isu perkauman anti-Melayu yang cukup tebal. Antaranya ialah:
1. mempertikaikan peruntukkan hak istimewa orang Melayu didalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan;
2. mempertikai status bangsa Melayu sebagai anak watan dan pribumi negeri yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu;
3. membuat tohmahan liar bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, terutama di sektor awam;
Keputusan PRU 1969 pada 10.05.1969 menunjukkan Pulau Pinang tumbang, Parti Perikatan (kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional) hampir tumbang di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen terutama di bandar tumbang kepada DAP dan kaum cauvinis.
DAP dan kaum cauvinis mengadakan perarakan kemenangan pada 11.05.1969 dan 12.05.1969; sama saperti yang dibuat sekarang dalam Road-show 505.
Dalam perarakan 1969 itu, mereka melaung-laungkan slogan Malai-si..Malai-si!
Saya boleh bariskan pelbagai maki hamun, carutan dan caci nista oleh penyokong DAP dan kaum cauvinis lain terhadap bangsa Melayu pada masa itu. Untuk yang berminat mengetahui butir terperincinya, bacalah kertas putih Lapuran Mageran 06.10.1969 dan buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Hari ni, 13 Mei 2013, adalah ulangtahun ke 44 peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Hari ini, setelah 44 tahun berlalu, nampaknya laungan Malai-si; slogan Melayu-mati sudah mula kelihatan ada kebenarannya!
1. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup kalimah ALLAH Tuhannya digadaikan atas nama politik setelah didesak oleh Lim Guan Eng..apakah itu bukti Melayu dah mati?
2. Apabila ada suara sumbang dikalangan orang Melayu-Islam sendiri yang rela bangsanya diberi kebebasan menukar ke agama lain dan murtad..apakah itu bukti Melayu dah mati?
3. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup meludah muka bangsanya sendiri yang mahukan perpaduan hanya kerana perbezaan politik..apakah itu bukti Melayu dah mati?
4. Apabila ada pengkhianatan dikalangan bangsa Melayu-Islam yang sanggup menikam bangsanya sendiri daripada belakang dengan bersekongkol dengan parti cauvinis rasis yang ekstremis..apakah itu bukti Melayu dah mati?
5. Apabila ada orang Melayu-Islam tidak berani mendekati pertubuhan Melayu-Islam tetapi tidak sedikit pun berasa janggal untuk bersama dengan pertubuhan bukan Melayu..apakah itu bukti Melayu dah mati?
6. Apabila bercakap dan mempertahankan hak Melayu-Islam menjadi satu kesalahan dan dosa besar dalam negara ini..apakah itu bukti Melayu dah mati?
Sedangkan kalau dilihat kedudukan pasca PRU-13..bangsa Melayu-Islam sebenarnya menguasai Parlimen.
UMNO ada 88 kerusi, PAS 21 dan PKR Melayu ada 15!
Maknanya keseluruhan Ahli Parlimen Melayu-Islam adalah berjumlah 124. Jumlah ini sahaja sudah cukup untuk bangsa Melayu-Islam membentuk sebuah Kerajaan Malaysia secara majoriti mudah yang selesa!
Sepatutnya umat Melayu-Islam hidup kuat, hebat, dan gagah perkasa selepas PRU-13!
Tetapi mengapa Melayu-Islam kelihatan lesu, defensif dan saperti sudah mati!
Kerana tidak ada kesatuan! Tidak ada perpaduan! Tidak ada ukhwah!
Sedangkan kita bangsa Melayu-Islam punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat & Satu Aqidah!
Mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah?
Semasa kempen PRU-13 di Shah Alam, saya dituduh menghina tuhan dan agama Hindu. Akibatnya umat Hindu bersatu menolak saya walaupun saya sudah memohon kemaafan; nampaknya amalan manipom-marapom & maru perevi tidak diberikan kepada saya!
Sebaliknya Anwar dan konco-konconya yang jelas menghina ALLAH dan umat Melayu-Islam, satu sikap dan pendirian yang jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura' PAS, namun umat Melayu-Islam tidak bersatu menolak mereka; malah lebih malang masih ada yang terus menyokong, mengundi dan memenangkan Anwar dan para konco parasitnya!
Apakah slogan parti Lim Kit Siang pada 13 Mei 1969 sudah menjadi realiti? Apakah bangsa Melayu-Islam benar-benar sudah mati?
Apakah kata hikmat Laksamana Hang Tuah tidak Melayu hilang didunia sudah luput ditelan zaman? Tepok dada tanyalah hati dan jiwa masing-masing yop!
Apa pun, umat Melayu-Islam wajib mendesak parti Lim Kit Siang DAP memohon maaf secara terbuka kepada umat Melayu-Islam khasnya, dan rakyat Malaysia amnya atas dosa dan keangkuhan sikap cauvinis, rasis dan ekstremis mereka yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13.05.1969.
Sehingga hari ini, setelah 44 tahun berlalu, parti Lim Kit Siang DAP tidak pernah memohon maaf.
Malah lebih teruk daripada itu, Lim Kit Siang menjadi semakin angkuh selepas DAP memperolehi 38 kerusi Parlimen dalam PRU-13!
Hari ini Lim Kit Siang meneruskan sikap cauvinis, rasis dan ekstremisnya dengan memaki hamun YAB Perdana Menteri dengan label "Syaitan".
Dato' Sri Najib, Perdana Menteri yang telah diberi mandat oleh rakyat Malaysia dengan 133 kerusi dalam PRU-13 dimaki-hamun dengan gelaran "Syaitan" oleh Lim Kit Siang; penasihat DAP yang pada tahun 1969 adalah Ketua Pemuda DAPSY!
Dan yang paling malang, kali ini Lim Kit Siang dan DAP mendapat sokongan segelintir Melayu haprak yang begitu rakus menjadi saperti kalkatus haus tergila-gilakan Putrajaya!
Sebab itu saya letakkan tajuk tulisan ini sebagai ABC - Asal Bukan Cauvinis!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
03 Rejab 1434
13 Mei 2013
No comments:
Post a Comment