Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

06 March 2013

OPS DAULAT-ANGKATAN TAKBEER PAS?

(Panglima 2 Briged Angkatan Takbeer Negara sedang mengawal keselamatan kerusi harbi)

Salam 2 all.

Teman menghargai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasharuddin Hasan At-Tantawi yang menyatakan kesediaan beliau menghantar ahli-ahli PAS ke medan tempur di Lahad Datu dan lain-lain demi mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas dan anasir subversif asing daripada Filipina.

Cuma teman agak musykil dengan kenyataan Nasharudin ini dengan satu persoalan: pasukan asykar mana yang dia bercadang nak hantar tu? Dewan Pemuda PAS? Unit Amal PAS?

Kalau takat nak hantar Dewan Pemuda atau Unit Amal, teman rasa lebih baik dok jaga markas PAS aje lah. Takat kepakaran kutip derma masa ceramah, atau tukang takbeer masa penceramah dok maki hamun orang lain (termasuk bertakbeer bila penceramah harbi DAP maki orang Melayu), atau takat kepakaran buat demo haram ikut Ambiga tu, elok dok rumah ajelah. Kang tak pasal polis dan tentera kita yang sedang sibuk berperang terpaksa jaga keselamatan dema pulak dah!

Pada teman, kenyataan Nasharudin Tantawi ni menepati pepatah Melayu, "cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut".

Tugas menjaga keselamatan negara, termasuk berdepan dengan musuh luar adalah tanggungjawab khusus pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ada pasukan yang terlatih dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran tersendiri.

PDRM ada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerak Khas, Komando Vat 69, Unit Tindakan Khas, Unit Cawangan Khas, Pasukan Khas Senoi Praq, Pasukan Simpanan Persekutuan dan banyak lagi unit-unit yang cukup terlatih dan mempunyai kepakaran tersendiri.

Disebelah ATM jangan cakap lagilah, selain pasukan regular saperti Rejimen Askar Melayu DiRaja (yang kawan Nasharudin Tantawi cauvinis biaDAP berangan sangat nak bubar dan hapuskan), ada pasukan Renjer, Rejimen Gerak Khas, Rejimen Askar Wataniah, Rejimen Kor Jurutera, dan macam-macam lagi. Kita ada TLDM dengan pelbagai pasukan termasuk Pasukan elit PASKAL, pasukan kapal selam KD Tun Razak (yang kekawan Nasharuddin fitnah tidak boleh menyelam), TUDM dengan Skyhawk dan F-16, dan banyak lagi yang masih belum digunakan dalam gerakan Ops-Daulat!

Pendek cerita, walaupun kita menghargai kesediaan Nasharudin Tantawi beriya nak berjihad dan nak mati syahid di Lahad Datu, kita sudah punya pasukan yang lebih daripada mencukupi untuk menangani masalah pencerobohan pengganas Sulu ini.

Apa yang penting, Nahsarudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya perlu faham, pencerobohan oleh anasir pengganas dan subversif Sulu ini bukan satu peperangan, tetapi perlakuan jenayah. Ianya adalah jenayah untuk menceroboh negara kita yang berdaulat dan merdeka, ianya adalah satu jenayah untuk membunuh pasukan polis yang menjaga keselamatan negara. Kita sedang berhadapan dengan penjenayah, bukan pasukan tentera sebuah negara.

Sebab itu pihak Polis yang mengendalikan kes ini bukan pasukan tentera (walaupun ATM sedang membantu polis berdasarkan kerjasama strategik Blue-Ocean Strategy). Sama saperti kes pencerobohan Al-Maunah (kebetulan ahli parti Nasharudin yang banyak terlibat), kes pencerobohan Sulu adalah kes jenayah, dan saperti kes jenayah lain, ianya harus dikendalikan oleh pasukan PDRM.

Selanjutnya pada teman, daripada Nasharudin Tantawi sibuk konon nak perang jihad di Lahad Datu, eloklah Nasharudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya pergi berperang jihad dengan Tian Chua, rakan sekongkol Nahsarudin Tantawi daripada parti manusia rosak akhlak Anwar Ibrahim!

Nasharudin Tantawi tentu sudah tahu bagaimana rakan sekatil sebantal beliau menghina pihak polis dengan mendakwa pencerobohan anasir pengganas dan subversif Sulu adalah konspirasi UMNO. Sehinggakan ada anggota dan pegawai polis yang terkorban pun nak dipolitikkan oleh rakan sebantal Nasharuddin Tantawi. Inilah politik paling sial yang pernah teman tengok dimainkan oleh haiwan politikus negara ini.

Jadi kalau Nasharuddin Tantawi berasa nak berperang jihad sangat, teman nasihatkan Nasharuddin Tantawi eloklah pergi berperang dengan rakan sebantalnya itu. Pada teman, pihak keselamatan, terutama ahli keluarga anggota polis yang terkorban akan sangat menghargai jasa Nasharudin Tantawi jika dia mengangkat pedang jihad dan bertakbeer menentang Tianchua, dan kalau jumpa dia elok Nasharuddin melempang Tianchua dua tiga kali sambil bertakebeer sakan!

Jangan Nasharudin jadi macam Nik Aziz, ketua Majlis Syura PAS yang pergi kerumah Karpal Singh membawa pisau; yang teman ingatkan nak pergi lempang Karpal Singh kerana mempertikaikan keputusan Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dimana Nik Aziz pengerusinya; rupa-rupanya Nik Aziz pergi rumah Karpal bawak pisau untuk potong kek sambut birthday dihari Taipusam!

Atau elok juga Nasharuddin Tantawi mengajak Angkatan Takbeer PAS berperang dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang bertegas mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sapertimana perisytiharan yang turut ditandatangani (malah disediakan) oleh ketua Nasharudin Tantawi sendiri Hadi Awang pada 08 Januari 2013!

Sedangkan Nasharuddin Tantawi tahu keputusan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura parti Nasharuddin Tantawi sendiri! Malah kata Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din, adalah syirik dan kufur untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH kerana ini soal aqidah. Sampai Dr. Haron Din kata akan pertahankan kalimah ALLAH sehingga habis nyawa!

Jadi nasihat teman kepada Nasharuddin Tantawi, daripada mike sibuk nak hantar Angkatan Takbeer PAS ke Lahad Datu, eloklah mike hantar Angkatan Takbeer PAS berjihad menentang Anwar Ibrahim, Guaneng, Kitsiang, Karpal Singh, dan mungkin juga Hadi Awang (kerana sampai hari ini tak tarik balik kenyataan bersetuju dengan Anwar & Kitsiang kristian boleh pakai kalimah ALLAH, malah Anwar sampai kata baru ni Hadi Awang yang sediakan text persetujuan tersebut)!

Pada teman, kalau ditakdirkan Nasharudin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS terkorban semasa perang menentang Anwar, Guan Eng, Kitsiang dan Karpal Singh demi mempertahankan kalimah ALLAH yang disyirikkan, insyallah Nasharuddin Tantawi boleh digolongkan sebagai mati syahid!

Dan Nasharuddin Tantawi akan berjasa besar kepada negara dan rakyat Malaysia kalau dia boleh mengetuai Angkatan Takbeer PAS ke Filipina untuk mendesak dan mencari kebenaran lapuran media Filipina yang mendedahkan siasatan Bahagian Risik Filipina yang membongkar dalang sebenar disebalik serangan anasir pangganas subversif Sulu menceroboh Malaysia.

Lapuran tersebut secara jelas mendedahkan penglibatan kalipah yang disanjung oleh parti Nasharuddin Tantawi sebagai dalang dan barua kepada insiden ini. Negara dan rakyat Malaysia pasti akan berbangga dan bersyukor jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS membongkar rahsia yang didedahkan oleh media Filipina tersebut! Dan jika lapuran media Filipina itu didapati benar, negara akan sangat berbangga jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS mengisytiharkan perang jihad dan sanggup mati syahid menentang pengkhianat dan petualang negara ini!

Oh ya sebelum lupa, mungkin Nasharuddin Tantawi boleh menasihatkan beberapa orang rakan taulan dia dalam PAS yang begitu ghairah dan seronok menggunakan gelaran Datu (yang ditukar sendiri oleh dema lepas itu menjadi Datuk) yang konon ceritanya dianugerahkan oleh mereka yang mengaku Sultan Sulu. Teman dengar cerita dalam kepimpinan PAS pun ada yang yang pakai gelaran palsu yang tak diiktiraf ini!

Jadi Nasharuddin Tantawi, mike sebenarnya ada banyak kerja lagi nak buat. Jadi eloklah mike fikir semula niat dan cadangan nak hantar rejimen Angkatan Takbeer PAS berjihad ke Lahad Datu. Mike pun takde asykar nak hantar, yang ada pun pasukan takbeer dan pasukan demo haram.

Biarlah pasukan PDRM & ATM kita menyelesaikan masalah pertahanan negara ini.  Mike selesaikanlah masalah parti mike sendiri. Berjihad menentang pemimpin dan rakan sekongkol mike yang zalim, mungkar dan maksiat ini lebih baik daripada mike berangan nak berjihat di Lahad Datu itu.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH meneguhkan aqidah dan iman kita, dan menjauhkan kita daripada syirik dan kekufuran.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
23 Rabi'ul Akhir 1434
06 Mac 2013

21 February 2013

POLITIK HAIWAN?

(Nik Aziz sedang menghuloq ringgit semasa PRK-Galas)*

Salam 2 all.

Satu lagi adengan politik flip-flop persembahan Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Majlis Syura PAS merangkap penceramah tetap PAS dan pelbagai merangkapan lagi.

Dalam ceramah di pintu Stadium Kota Bharu sekembalinya daripada Arab Saudi semalam, Datuk Nik Aziz mengkritik keras pemberian bantuan saperti BR1M dan lain-lain yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri.

Beliau menyamakan pemberian bantuan-bantuan wang tunai tersebut saperti memberi hampas kepada ayam, saperti memberi jerami kepada lembu. Maknanya rakyat yang menerima bantuan kewangan saperti BR1M dan lain-lain daripada Kerajaan Persekutuan adalah setaraf haiwan ayam dan lembu mengikut patwa terbaru Nik Aziz!!!

Dan yang lebih hebat, Nik Aziz kata pemberian yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan itu tidak Islamik! Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan patwa mengikut sesedap nafsu tanpa sebarang asas kepada nas Al-Quran & Hadis!

Persoalannya, bukankah Nik Aziz sendiri sudah beberapa kali memberikan wang tunai kepada orang ramai. Teman ingat lagi semasa PRK-Galas, gambar Nik Aziz sedang menghulor duit kepada orang ramai jelas terpampang! Begitu juga gambar Nik Aziz sedang mengagihkan duit kepada sami-sami Budha, masih tersimpan dalam arkib!

Jadi kalau rakyat yang menerima bantuan dipanggil ayam dan lembu, apakah panggilan yang layak diberi kepada Nik Aziz?

Inilah politik flip-flop dan cakap tak serupa bikin daripada Nik Aziz. Bila dia buat semua halal dan Islamik belaka, orang lain buat semua haram dan tidak syarie saja!

Jadi kepada orang PAS-DAP-PKR dan penyokong pembangkang yang dah ambil bantuan kerajaan Persekutuan samada melalui BR1M dan lain-lain, eloklah mike pulangkan balik duit-duit tu. Bukan sahaja ianya tidak Islamik, malah nanti tok guru mike memperayam & memperlembukan mike yop!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Rabi'ul Akhir 1434
21 Februari 2013

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Penerima bantuan umpama ‘haiwan’


KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

*Gambar ihsan daripada Minaq-jinggo

19 February 2013

FITNAH MAULID'?

(Kata Datuk Nik Aziz, Muhammad Bin Abdullah (iaitu Rasulullah saw) semasa lahir serupa saperti Mat-Mat kampung lain sahaja)
(Datuk Nik Aziz memotong kek sempena menyambut hari lahirnya ke 82 dirumah Karpal Singh dihari kaum kristian memenuhi gereja di hari Ahad sewaktu perayaan Taipusam oleh kaum hindu!)

Salam 2 all.

Rasulullah saw bersabda dalam satu hadis daripada Saidina Ali karamallah huwajhah, diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu:

"Nanti akan datang kepada manusia dalam waktu yang terdekat, suatu zaman dimana Islam tidak tinggal kecuali namanya sahaja, dan tidak tinggal pada Al Quran kecuali huruf dan tulisannnya sahaja. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk.

Ulama' mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah langit ini. Daripada mereka datangnya fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu!".

Rasulullah saw telah memberikan kita suatu gambaran dimana akan datang nanti satu masa, satu zaman dimana manusia yang paling buruk akhlak, yang paling rosak perangainya, yang menjadi punca dan penyebar fitnah ialah ulama'! Merekalah yang menjadi punca fitnah dan kekeliruan umat manusia termasuk Islam. Dan mereka kelak nanti akan ditimpa fitnah yang sama!

Semasa timbul isu kerajaan cauvinis biaDap Pulau Pinang berura-ura mahu membatalkan perarakan sambutan maulidurrosul peringkat negeri Pulau Pinang sekitar awal 2008, iaitu selepas PRU 12 yang menyaksikan Guaneng diangkat menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, umat Melayu-Islam bangkit menyatakan kemarahan dan bantahan mereka.

Isu itu mendapat liputan meluas media. Kemarahan umat Melayu-Islam terhadap sikap yang dilihat sebagai anti-Islam kaum cauvinis biaDap makin meluap-luap.

Dalam keadaan itu, Datuk Nik Aziz, selaku Mursyidul Am PAS, rakan sekongkol parti cauvinis DAP membuat suatu kenyataan pada 28 Mac 2008 (bersamaan dengan Jumaat 20 Rabi'ul Awal 1429 iaitu bulan sambutan Maulidurrosul) dalam satu kuliah di Medan Ilmu, Kota Bharu, Kelantan. Untuk lebih jelas, mike boleh klik sendiri rakaman kenyataan tersebut yang teman muat-turun diatas.

Secara verbatim, Datuk Nik Aziz menyatakan saperti berikut:

"Rasulullah adalah jawatan yang dilantik oleh ALLAH. ALLAH Ta'ala sendiri tengok, dalam ribu-ribu juta entah trillion manusia ni ada seorang atas dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah saw. Beliau telah dilantik jadi Nabi bila umor dia 40 tahun. Waktu dia beranak, jadi 40 tahun belum dia jadi Nabi ni dia beranak, bonda dia pun tak tahu anak dia akan jadi Nabi.

Jadi kita ni dok sambut maulid Nabi maulid Nabi ni kerja tak sudah!

Kalau Nabi Muhammad ni waktu dia beranak tu serupa Muhammad-Muhammad lain. Kampung kita ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu ada panggil Mat. Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Muhammad Bin Abdullah di tanah 'arab tu waktu dia beranak serupa je.

Yang jadi masalah yang jadi kita terikat rapat ni setelah 40 tahun kemudian, bila beliau menjadi Nabi dengan turunnya ayat "iqro' bismirobbikallazikholak" sampai 30 juzu', dalam masa 23 tahun Quran tu dibagi-bagi diagih-agih, tika tulah, sejak tu lah hubungkait kita dengan dia! " (na'uzubillah minzalik).

Ringkasnya kalau ikut kata Datuk Nik Aziz diatas, kita tidak perlu sambut Maulid Nabi! Kerana kelahiran Nabi Muhammad dengan Mat kampung kita sama sahaja sewaktu dia beranak! Malah ada puak yang lebih ekstrim menyatakan menyambut dan memperingati harijadi Nabi saw ini adalah suatu bida'ah, suatu amalan yang meniru kristian, na'zubillah minzalik!

Benarkah kelahiran Nabi Muhammad saw dengan Mat kampung kita tu sama sahaja? Jom kita perhatikan sirah kelahiran Rasulullah saw.

1. Betul-betul sebelum sebelum kelahiran Nabi saw, terjadi peristiwa tentera bergajah Abrahah daripada Yemen menyerang bumi Makkah untuk meruntuhkan Ka'bah. Tentera ini dimusnahkan saperti api memakan daun kering dan dikisahkan oleh ALLAH didalam Surah Al-Fiil. Tahun itu adalah tahun kelahiran Nabi saw, dan dipanggil Tahun Gajah;

2. Di pagi kelahiran Rasulullah saw, suatu bintang yang terang muncul menerangi alam sehingga diriwayatkan ianya saperti terang matahari diwaktu siang. Kemunculan bintang terang itu tercatat dalam kitab terdahulu sebagai tanda kelahiran Nabi akhir zaman yang mereka nanti-nantikan. Diriwayatkan bagaimana kaum Yahudi di Yathrib meraikan kemunculan bintang itu dengan menceritakan kepada penduduk Yathrib kaum Auz dan Khazraj bahawa itu tanda Nabi yang mereka tunggu sudah dilahirkan. Sebab itulah kaum Auz & Khazraj mudah menerima kenabian Rasulullah saw apabila Baginda membawa risalah Islam;

3. Diwaktu subuh kelahiran Nabi saw, empat belas lingkungan gerbang istana Kisra telah bergegar dan retak, api yang disembah oleh kaum majusi begitu lama terpadam dan gereja-gereja sekitar Bahirah Sawah telah runtuh setelah ia mendap kebumi.

4. Sewaktu Nabi mencapai umur sekitar 6 tahun, Baginda dibawa bapa saudaranya oleh Abu Tolib dalam misi perdagangan, dan sewaktu singgah di Buhara, seorang pendita Yahudi mengecam Raulullah dengan tanda-tanda kenabian ditubuh Rasulullah saw;

5. Antara tanda kenabian Rasulullah sejak bayi lagi ialah apabila keluarga Halimatussa'adiah yang menyusukan Nabi dapat melihat mukjizat Baginda dengan ternakan mereka yang kurus menjadi gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak.

Sebenarnya kita boleh bariskan senarai yang panjang untuk membuktikan bahawa kelahiran Rasulullah saw sehinggalah Baginda mencapai umur 40 tahun tidak sama macam Mat-Mat kampung kita saperti kata Datuk Nik Aziz. Malah kelahiran Baginda penuh dengan rahmat dan keberkatan diiringi dengan mukjizat yang membuktikan tanda-tanda kenabian Baginda!

Ringkasnya, pada teman kenyataan Datuk Nik Aziz didalam videoklip diatas jelas telah menimbulkan fitnah keatas hari kelahiran Rasulullah saw. Fitnah kerana kelahiran Nabi saw disamatarafkan dengan kelahiran Mat-Mat kampung.

Sehingga ada pengikut yang taksub dan fanatik mengiyakan kenyataan tersebut, malah sehingga menyokong dan mempertahankan ura-ura tindakan kerajaan cauvinis rasis Pulau Pinang untuk melarang perarakan sambutan sempena memperingati hari kelahiran Nabi saw. Sambutan Mauliddur Rosul menerima bahana fitnah dari mulut seorang yang diangkat sebagai tok guru oleh partinya! Seorang yang ditabalkan sebagai ulama' oleh pengikutnya!

Lima tahun berlalu sejak kenyataan Datuk Nik Aziz tersebut. Tiba-tiba pada hari Ahad 27 Januari 2013 berlaku sesuatu yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku!

Di hari Ahad, hari pengikut agama kristian memenuhi gereja, dihari kaum Hindu menyambut perayaan Taipusam, tiba-tiba Datuk Nik Aziz muncul dirumah Karpal Singh di Pulau Pinang. Dan dirumah pemimpin DAP yang disanggah oleh ahli Majlis Syuro PAS yang dipecat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai kafir harbi yang anti-Islam, pemimpin yang pernah membuat kenyataan dan masih berpegang kepada kenyataan "Islam over my dead body", Datuk Nik Aziz menyambut harijadinya yang ke 82.

Datuk Nik Aziz, yang lahir pada 10 Januari 1931, meraikan harijadinya dirumah seorang kafir yang tegar dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hudud yang kononnya diperjuangkan (tetapi kini dilongkangkan) oleh parti Datuk Nik Aziz!

Pemimpin kafir yang menyelar keputusan Majlis Syuro PAS yang mana Datuk Nik Aziz menjadi mursyidnya dalam isu kalimah ALLAH; pemimpin harbi yang mendesak Presiden PAS supaya meminta Majlis Syuro PAS menarik balik "patwa" yang dibuat pada 13 Januari 2013 melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-muslim termasuk kaum kristian!.

Dirumah Karpal Singh itulah dipagi Ahad hari kaum kristian memenuhi gereja dihari sambutan Taipusam oleh kaum hindu Datuk Nik Aziz meraikan sambutan hari lahirnya yang ke 82!

Teman ingatkan Datuk Nik Aziz akan menyerbu ke rumah Karpal Singh membawa pedang sambil bertakbir untuk berjihad mempertahankan kalimah ALLAH dan membela keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian!

Rupanya tidak, Datuk Nik Aziz membawa pisau kontot untuk potong kek harijadi untuk dimakan bersama dengan Karpal Singh! Begitulah tahalluf siasi versi PAS - meletakkan kepentingan politik dan kerusi diatas segala-galanya!

Persoalannya ialah, apakah hadis yang disabdakan Rasulullah saw itu telah berlaku didepan mata kita? Apakah kata-kata Datuk Nik Aziz menyamatarafkan kelahiran Nabi saw dengan Mat-Mat kampung telah kembali semula kepada Datuk Nik Aziz apabila dia sendiri menyambut harijadinya dirumah seorang kafir harbi dihari gereja dipenuhi kaum kristian dalam keadaan kaum hindu sedang meraikan Taipusam!!!

Adakah fitnah keatas maulidurrosul telah kembali menjadi fitnah maulid Datuk Nik Aziz? Adakah ALLAH telah membayar tunai kepada Datuk Nik Aziz tak sampai lima tahun yop?

Na'uzubillah mkin zalik - moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah hidup dan mati, fitnah alam barzakh, fitnah neraka jahanam, dan fitnah Dajjal Al-Masih!

Kepada Datuk Nik Aziz, cuba perhatikan dan hayati semula hadis riwayat Al-Baihaqi tersebut. Perhalusi hadis itu dengan 'ainul-iman, dan berdoalah semoga ALLAH memberikan petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk bermuhasabah diri dikala umur yang sudah senja ini!

Kepada pengikut tegar yang taqsub dan fanatik, ingatlah bahawa tiada ulama' yang maksum, yang kebal dari kesalahan dan kesilapan. Jangan kita ulangi kesilapan umat dahulu yang tersesat dan disesatkan oleh rahib dan pendita mereka, sehingga akhirnya mereka menjadi kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada yang haq dan kebenaran!

Berhentilah "mempertuhankan" agamawan dan pemimpin mike yop! Kembalilah kepada Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw.

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memperkukohkan iman dan aqidah kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah dalam iman! Ameen!

Aamantu billah summastaqeem!

Adios amigos, grasias senorita!
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Rabi'ul Akhir 1434
19 Februari 2013

P/s-kebetulan hari ini 19 Feb adalah hari ulangtahun kelahiran teman mengikut kalendar masihi (mengikut kalendar Islam teman lahir hari Isnin 14 Ramadhan 1381H). Semoga ALLAH menjauhkan teman daripada segala macam fitnah fiddunya wal akhirah, dan memelihara iman dan aqidah teman, serta memberikan kesihatan jiwa, minda dan tubuh badan yang sihat demi untuk perjuangan risalah tauhid dan syariat Islam ini insya ALLAH.

21 December 2012

DNA NATE POLITIK?

(Lee Kuan Yew lebih 'islamik' daripada seluruh umat Melayu-Islam UMNO Pok Nik?)

Salam 2 all.

Teman tersenyum membaca kenyataan YAB Datuk Nik Aziz (DNA) yangg menegaskan akan terus bertanding dalam PRU 13 kononnya atas alasan "mahu mencegah kemungkaran UMNO"! Kata DNA, "orang Melayu yang menyokong UMNO melakukan kemungkaran. Selagi orang Melayu menyokong UMNO, selagi itu saya akan terus bertanding! Maknanya bagi DNA, menyokong UMNO adalah menyokong kemungkaran. Dan DNA menghalalkan tindakan untuk terus bertanding atas alasan rapuh itu!

1. Tidak boleh dipercayai!

Kenyataan tersebut membuktikan DNA sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.

Ini kerana sekitar awal tahun 2000, DNA menyatakan bahawa "kalu Dr. Mahathir letak jawate, esoknya ambo pun letak jawate"! Tun Mahathir telah pun meletakkan jawatan tahun 2003. Sudah hampir 10 tahun berlalu, tetapi DNA bukan sahaja masih belum meletak jawatan, malah berangan nak bertanding lagi!

Ternyata DNA tidak mempunyai ciri-ciri keperibadian seorang pemimpin yang sepatutnya wajib mempunyai sikap amanah dan kebolehpercayaan memegang janji dan kata-katanya, apatah lagi ciri-ciri seorang ulama' kerana memungkiri janjinya sendiri! Keldai dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Jika janji seorang yang dilabel Tok Guru pun tidak mampu dia tunaikan, malah dimungkiri, apakah nilai kemanusiaan & kepimpinan yang ada pada DNA?

2. Tidak konsisten & istiqomah!

Sikap tidak menunaikan janji dan tidak amanah dengan kata-katanya membuktikan DNA seorang yang tidak konsisten dan istiqomah. Dan sikap tidak konsisten DNA ini terserlah sepanjang kepimpinannya. Antaranya UMNO pernah dimurtadkan kerana berkawan dengan MCA! Tidak laksanakan hudud!

Tetapi sekarang DNA sendiri berkawan sekatil sebantal dengan parti cauvinis rasis yang extremis DAP yang menentang perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Kedua, UMNO difitnah tidak mengikut Al Quran & Sunnah kerana kononnya tidak melaksanakan hudud & tidak menegakkan Negara Islam.

Tapi kini DNA bersetuju, malah mempersaksikan dan merestui perjanjian Memorandum Persefahaman Pakatan DAP-PKR-PAS yang kini diterjemahkan dalam bentuk Buku Jinggay dan manifesto pembangkang DAP-PKR-PAS bahawa 'hudud dan negara Islam tidak masuk dalam agenda pembangkang jika menang PRU 13'! Jadi dimana konsistensi dan istiqomahnya DNA!

Malah teman boleh bariskan banyak lagi sikap & pendirian tidak konsisten DNA yang membuktikan bahawa DNA tidak punya ciri-ciri keperibadian pemimpin Islam; sekadar bersalut serban & jubah yang berjaya mengelabui pengikut yang taksub!

3. DNA aset bagi Anwar & DAP

Atas sikap ketidakboleh-percayaan dan tidak konsisten itulah teman percaya Anwar & DAP akan terus memastikan DNA terus memimpin PAS & bertanding dalam PRU 13 dan kekal sebagai MB.

Ini kerana DNA tidak saperti ulama' lain yang tegas dalam pendirian mempertahankan Islam & istiqomah. Contohnya Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, YB Ustaz Nasarudin Mat Isa dan lain-lain ulama.

Ini adalah kerana mereka adalah ulama dan tokoh ilmuan & pemimpin Islam yang terkenal tegas dalam pendirian mempertahankan Islam dan istiqomah. Orang saperti DNA memang sangat berguna bagi Anwar & DAP dalam melaksanakan agenda impian mereka.

Contoh terbaru kita lihat bagaimana Kerajaan DNA memberikan anugerah tanah kepada kepimpinan kafir DAP yang bukan rakyat Kelantan! Sedangkan undang-undang tubuh Kelantan sangat jelas; tanah di Kelantan hanya boleh dimiliki oleh warga Kelantan, tetapi dibawah DNA semuanya boleh!

Sudah pasti Anwar & DAP akan bersyukur adanya pemimpin PAS saperti DNA yang banyak membantu dan menyumbang kepada menjaya dan melaksanakan agenda mereka! Teman cukup yakin Anwar & DAP berserta para Anwarinas dan parasit yang ada didalam pembangkang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan DNA terus bertanding & kekal sebagai pemimpin PAS & MB Kelantan!

4. Bonus bagi kafir harbi!

Selanjutnya, pengekalan DNA sebagai MB & pemimpin PAS akan menguntongkan agenda cauvinis, rasis & extremis DAP. Ini kerana ternyata DNA telah berjaya menjadi agen pemecah belah umat Islam-Melayu dengan beberapa kenyataan & tindak-tanduk beliau, termasuk melabelkan UMNO sebagai murtad, menghalalkan tindakan mendoakan supaya UMNO dihancurkan dan lain-lain.

Sudah tentu sikap memecah belah dan merosakkan ukhwah & perpaduan umat Melayu-Islam oleh bangsa Melayu sendiri adalah satu bonus besar kepada parti cauvinis, rasis & extremis saperti DAP. DNA adalah aset politik besar bagi Anwar & DAP! It's a BIG BONUS for them!

5. Siapa yang tidak Islamik?

Akhirnya, teman nak tanya DNA, siapa sebenarnya yang mencemari & mengkhianati Islam & risalah suci Islam! Siapa sebenarnya yang tidak mengikut Al Quran & Hadis? UMNO atau PAS?
PAS terbukti sekadar parti politik yang punya labelling Islam sahaja, diselimutkan dengan warna-warni Islam, dipenuhi para pemakai serban & jubah!. Tetapi dari segi pengisian adalah sebaliknya.

PAS hanyalah sekadar "parti Islam kulit bawang".

PAS yang menyokong Anwar yang jelas menganut fahaman pluralisma & liberlisma yang menyamakan semua agama!

PAS menghalalkan kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian sebagai nama ketuhanan 3 dalam 1 yang jelas syirik dan kufur kepada ketuhanan ALLAH Maha Esa!

PAS menghalalkan persekongkolan dengan DAP yang jelas anti perlaksanaan syariat Islam dengan slogan "Islam over my dead body"!

PAS menghalalkan politik rusuhan & keganansan melalui perhimpunan haram!

PAS mengangkat seorang anti-Islam & pro-murtad sebagai ketua dalam himpunan haram!

PAS memecat pemimpin yang mahu menjaga aqidah umat & mencegah kemungkaran tanpa mengikut lunas Islam!

PAS menghalalkan tindakan sesetengah calonnya mengangkat sumpah talaq tiga terhadap isteri masing-masing demi menjaga kepentingan parti!

PAS mahu mengangkat seorang yang menghadapi masalah moral & akhlak yang serius sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat banyak dalil dan bukti!

PAS mengangkat martabat kominis saperti Mat Indera dan mengutuk pejuang yang mempertahankan tanahair dan anggota keselamatan negara yang dibunuh kejam!

PAS melarang ahlinya daripada menghadir Himpunan Umat Islam untuk menyelamatkan aqidah, tetapi menyokong himpunan haram yang diketuai oleh kafir!

Teman boleh bariskan banyak lagi bukti, tindak-tanduk, kenyataan dan pendirian PAS yang jelas bercanggah dan terkeluar daripada Al Quran dan Sunnah!

Memalukan Islam!

Malah, tindak-tanduk PAS kekadang lebih memalukan Islam dari kacamata bukan Islam. Contohnya menyaman wanita bukan Islam yang menggunting rambut lelaki bukan Islam! Adakah ini ajaran Islam? Mana dakwahnya?

Bagaimana pula dengan Kerajaan DNA yang sehingga hari ini,setelah lebih 20 tahun diberi amanah memerintah Kelantan, gagal membekalkan sebahagian rakyat Kelantan dengan air bersih, sehingga air yang dibekalkan kotor dan ada lapuran ianya beracun! Mana pembangunannya? Mana pembasmian kemiskinannya?

Adakah ini ajaran Islam, berdasarkan Al Quran & Sunnah!

Mana dia dasar keselamatan & pertahanan PAS?
Mana dia dasar hubungan luar & antarabangsa PAS?
Mana dia dasar perumahan PAS?
Mana dia dasar pendidikan PAS?
Mana dia dasar pembangunan PAS?
Mana dia dasar pembangunan modal insan PAS?
Mana dia dasar sukan & rekreasi PAS?
Mana dia dasar kebajikan PAS?
Mana dasar membasmi kemiskinan & mengangkat taraf ekonomi umat Islam & rakyat?
Mana dia dasar pertanian PAS?

Teman langsung tidak nampak ini samada di Kelantan, Kedah mahupun Terengganu dahulu!

Apa yang ada sekadar ustad-ustad dan penceramah-penceramah PAS siang malam pagi petang surau masjid berceramah, sampai maki hamun, caci nista sesama umat Islam! Sampai kafir mengkafir, murtad-memurtad, hancur menghancurkan sesama Islam!

Cukup Islam kah PAS kalau sekadar melilit serban & berjubah sambil berceramah siang malam pagi petang? Siap minta derma jihad konon! Mana dia Tabung Memali? Mana dia Tabung Kohilal?

Islam bukan sekadar label!
Islam bukan sekadar agama jerit pekik maki hamun!
Islam bukan sekadar agama caci maki & fitnah sana sini!
Islam bukan sekadar agama 'jual airliur'!
Islam bukan agama untuk diguna sebagai bahan kutip derma!
Islam bukan agama sekadar melilit serban berjubah!
Islam bukan agama hukum menghukum, kafir mengkafir, murtad memurtad!

Islam adalah addeen! Islam adalah cara hidup! Islam itu cantik dan indah, tetapi diburukkan oleh segelintir umatnya sendiri! Islam itu a'la, Islam itu tinggi, tetapi direndahkan maruah dan martabatnya oleh segelintir umat Islam sendiri!

Sebab itu teman berpendapat kenyataan DNA mahu terus bertanding dalam PRU 13 konon untuk mencegah kemungkaran UMNO adalah sekadar untuk menghalalkan nafsu DNA untuk terus memegang jawatan Menteri Besar!

Kalau nak berdakwah, tidak perlu bertanding pilihanraya, tidak perlu memegang jawatan Menteri Besar. Malah pendakwah yang lebih berkesan adalah yang tidak cari makan melalui politik kepartian, melalui jawatan dan habuan, sebaliknya bebas dari segala cengkaman duniawi.

Adakah DNA tidak lebih daripada apa yang disebut dalam loghat Kelate "nate politik", 'political animal- haiwan politik' yang hidup hanya untuk berpolitik kepartian? Mike ada otak, pikior sendirilah yop!

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan, memperteguhkan aqidah, dan memberikan hidayah yang berterusan. Ameen!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
07 Safar 1434
21 Dis 2012