Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

07 February 2015

D-DAY 10.02 - KEBENARAN ITU HAK!

Keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful! Dan yang lebih penting, keadilan untuk kebenaran itu adalah hak yang wajib dihormati dan dipertahankan!
Salam 2 all.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan Selasa 20 Rabi'ul Akhir 1436 bersamaan 10 Februari 2015 sebagai tarikh untuk mengumumkan keputusan penghakiman rayuan Anwar Ibrahim terhadap sabitan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 07 Mac 2014, Mahkamah Rayuan telah menerima rayuan Pendakwa Raya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan atas dakwaan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Kesalahan meliwat itu didakwa berlaku di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. Atas sabitan itu, Anwar dihukum penjara 5 tahun.

Sejak Mahkamah Persekutuan mengumumkan tarikh keputusan, kumpulan pro-pembangkang tidak henti-henti menyerang kredibiliti perbicaraan dan integriti Mahkamah, dengan umumnya mempertikaikan kes ini sebagai satu konspirasi Kerajaan untuk menjatuhkan Anwar.

Antara dakwaan mereka ialah tidak mungkin Saiful diliwat kerana selepas konon diliwat, Saiful masih pergi berjumpa Anwar, malah siap membancuh teh untuk Anwar. Juga mereka mempertikai kenapa Saiful tidak buang air besar selama 2 hari. Malah ada yang mendakwa Dato' Sri Najib yang mendalangi konspirasi Anwar meliwat Saiful ini.

Kumpulan pro-pembangkang sampai mengadakan siri-siri ceramah untuk menghasut orang ramai supaya berhimpun pada 10 Feb 2015 ini dahadapan Mahkamah Persekutuan untuk menyokong Anwar dan memberi tekanan kepada Mahkamah. Malah ada yang siap mengugut Malaysia akan berhadapan dengan keadaan huru-hara dan rusuhan jika Anwar disabit dengan kesalahan dan dipenjarakan!

Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengupas berkenaan Anwar ini, apatah lagi nak bercakap mengenai perlakuan liwat dan sodomi ini. Tetapi kerana ianya dijadikan isu untuk menghasut orang ramai terutama anak muda, mahasiswa dan golongan belia untuk mempertikai integriti dan kredibiliti Mahkamah Persekutuan dan institusi kehakiman negara, maka saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini.

Harapan saya ialah supaya anak-anak muda dan para mahasiswa yang tidak mengenali Anwar ini akan menggunakan akal fikiran yang waras dan berfikir secara matang dan tenang untuk memastikan mereka tidak mudah terjebak dengan politik licik dan jijik kumpulan pro-pembangkang ini. 

Gunakanlah akal kamu, jangan bertindak menggunakan emosi!

Saya adalah antara peguam utama Anwar selama 12 tahun, selain penyokong dan pendokong tegar beliau selama 12 tahun. Malah saya pernah ditahan dibawah ISA kerana mempertahankan Anwar.

Saya antara peguam utama yang terlibat secara langsung dengan kes pertama Anwar didakwa dibawah Ordinan 22 kerana salahguna kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar (mangsa liwat Anwar) dan Umi Hafilda (yang membantu Azizan membuat lapuran) membuat Akuan Sumpah palsu menafikan Anwar meliwat Azizan (dimana Anwar dihukum 6 tahun penjara).

Saya juga terlibat sebagai antara peguam utama Anwar dalam kes kedua dimana Anwar dituduh bersama adik angkatnya Sukma Darmawan meliwat pemandu Wan Azizah bernama Azizan Abu Bakar di Kondominium Tivolli Villa (dimana Anwar dihukum 9 tahun penjara tetapi kemudian dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas kekurangan keterangan walaupun Mahkamah mengakui kejadian liwat berlaku).

Alhamdulillah Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah untuk melihat kebenaran berdasarkan fakta dan dan hakikat, dan Allah memberikan saya kekuatan untuk bukan sahaja meninggalkan Anwar Ibrahim dan pembangkang, malah menentang kebatilan mereka dengan membongkarkan kepalsuan mereka dan mendedahkan kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.

Atas dasar itulah saya menyeru khususnya anak-anak muda, para mahasiswa dan para belia semua termasuk penyokong taksub pembangkang supaya menggunakan akal dengan waras dan matang untuk menilai sendiri fakta dan keterangan yang ada untuk melihat samada dakwaan kumpulan pro-pembangkang ini benar atau tidak.

Cuba nilai dan pertimbangkan fakta-fakta berikut:

1. ANWAR GAGAL BERI KETERANGAN

Kalau benar dakwaan pembangkang berkaitan konspirasi dan lain-lain, persoalan utama yang perlu saudara-saudari tanya pada diri sendiri ialah kenapa Anwar tidak menggunakan ruang dan peluang yang diberikan kepadanya semasa perbicaraan di Mahkamah? Anwar bukan berseorangan didalam Mahkamah; dia diwakili berbelas peguam hebat-hebat, diketuai oleh peguam veteran mendiang Karpal Singh yang membentuk pasukan peguam bukan sahaja daripada kalangan anak-anaknya Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh dan juga lain-lain peguam senior.

Bukan Mahkamah tidak memberi dia peluang. Malah Anwar diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri dengan mengemukakan segala bukti dan keterangan untuk membuktikan dakwaan dia. Kenapa Anwar hanya berani bercakap didalam ceramah atas pentas politik, tetapi tidak berani memberi keterangan secara bersumpah didalam Mahkamah?

Sedangkan Saiful Bukhari dengan berani memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah, dia digerudi oleh peguam Anwar dengan soal-balas dan soal-siat selama beberapa hari. Namun Saiful kekal istiqomah dan konsisten dengan keterangan dan bukti; malah Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakiman menyanjung integriti dan kredibiliti keterangan Saiful Bukhari!

Adakah Anwar takut disoal-balas oleh Pendakwaraya? Apakah yang beliau takutkan? Kalau dia bercakap benar, kalau dia punya bukti sahih bahawa semua ini adalah konspirasi kerajaan, kenapa Anwar tidak memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah didalam Mahkamah, dan membenarkan Pendakwaraya menyoal-balas dia!

Fakta ini sahaja sepatutnya sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan dakwaan kumpulan pro-Anwar kononnya ada konspirasi! Sepatutnya anak-anak muda hari ini bertanya kepada Anwar, kenapa tidak memberi keterangan bersumpah dan mendedahkan semua dakwaan dia didalam Mahkamah!

Anwar gagal bela diri & beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah walaupun diberi peluang bela diri dgn diwakili peguam hebat! Kenapa?


2. MANA SAKSI ALIBI?

Sejak daripada awal antara dakwaan Anwar menafikan aduan Saiful diliwat beliau ialah dengan mendakwa beliau tiada ditempat kejadian; bahawa beliau ada saksi alibi untuk membuktikannya.

Dan apabila kes dibicarakan, peguam Anwar menyenaraikan beberapa orang saksi alibi untuk membuktikannya. Antara saksi yang disenaraikan ialah Wan Azizah, isteri beliau sendiri. Juga Mokhtar, adik iparnya yang juga pengawal peribadinya (yang namanya diguna sebagai password untuk masuk ke kondominium tersebut); dan Haji Hasanudin, seorang kenalan baik Anwar yang juga tuanpunya unit kondo tempat kejadian liwat berlaku.

Apa yang pelik ialah bukan sahaja Anwar gagal memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah, malah tiada seorang pun saksi alibinya hadir memberi keterangan!!!

Takkanlah Wan Azizah isteri dia sendiri tidak boleh datang? Takkan Mokhtar adik ipar dia sendiri tidak boleh datang? Takkan Haji Hasanudin rakan baik dia sendiri tidak boleh datang?

Bukannya Mahkamah larang mereka datang, malah Mahkamah sudah menerima dan menyenaraikan mereka sebagai saksi untuk Anwar. Pendakwaraya bukan sahaja tidak membantah, malah menunggu mereka datang memberi keterangan supaya boleh disoal balas. Tetapi tidak ada seorang pun yang datang!

Tidakkah anak-anak muda semua berasa pelik dan hairan? Tentu ada sesuatu yang tidak kena kalau saksi Anwar sendiri tidak datang hadir ke Mahkamah untuk membuktikan keterangan alibi mereka?


3. BUKTI DNA

Bukti utama kes Pendakwaraya ialah ujudnya DNA Anwar didalam dubur Saiful. Malah keterangan pakar kimia, pakar forensik dan pakar perubatan yang memeriksa Saiful dan spesimen DNA yang ditemui semua mengesahkan bahawa DNA Anwar (yang dikenali sebagai Lelaki-Y) ditemui 4 sentimeter didalam dubur Saiful.

Saya ingin memberi perbandingan kes DNA ini dengan kes Azizan dahulu. Didalam kes Azizan, Pendakwaraya juga mengemukakan DNA yang ditemui diatas tilam milik Sukma di Tivolli Villa. Si-Tompok 13 - itulah nama yang diberi kepada tilam itu kerana adanya 13 tompok DNA ditemui didatas tilam tersebut.

Bagaimanapun, Pendakwaraya gagal mengemukakan bukti sahih bahawa DNA yang ditemui diatas tilam Si-Tompok 13 ini bersumberkan daripada air mani Anwar. Apa yang ada hanyalah spekulasi ia mungkin daripada air mani, tetapi kemungkinan ia juga datang daripada rambut, darah, air liur dan lain-lain sumber tidak boleh diketepikan kerana setelah disoal-balas oleh peguam Anwar, saksi tidak dapat memerikan pengesahan 100% ianya bersumberkan daripada airmani Anwar!
 
Ini kerana usia tompok tersebut sudah lebih 6 tahun, kerana dakwaan liwat berlaku tahun 1992, sedangkan pemeriksaan hanya dilakukan pada tahun 1998. Dan lebih parah, ahli kimia yang terlibat telah memusnahkan kesemua spesimen 13 tompok itu. Sebab itulah Hakim Augustine Paul J (mendiang) memutuskan untuk meminda pertuduhan dengan membuang elemen liwat dan zina didalam pertuduhan, dan hanya membicarakan kes salahguna kuasa!

Sebaliknya dalam kes Saiful, keterangan semua pakar kimia, pakar forensik, dan pakar perubatan yang memeriksa sendiri dubur Saiful dan memeriksa sampel DNA yang ditemui mengesahkan bahawa DNA yang ditemui adalah bersumberkan daripada airmani Lelaki-Y iaitu Anwar. Ini kerana kejadian liwat berlaku pada 26 Jun 2008, dan pemeriksaan dilakukan pada 28 Jun 2008, maknanya dalam tempoh 48 jam sahaja.

Kumpula pro-pembangkang mendakwa Doktor Osman Abdul Hamid, seorang doktor biasa rakyat Myanmar yang bekerja di Pusrawi yang mula-mula memeriksa Saiful mendakwa konon tiada bukti penetrasi.

Pertama yang kita perlu tanya, kenapa Dr. Osman ini tidak datang Mahkamah memberi keterangan walaupun disenaraikan sebagai saksi? Kedua kenapa Anwar sendiri tidak memberi keterangan bersumpah dalam Mahkamah mengemukakan dakwaan Dr Osman ini? Ketiga, Doktor Osman bukannya pakar forensik atau pakar kimia. Tidak mungkin beliau boleh mengesahkan tidak berlaku penetrasi dengan hanya melihat dengan mata kasar tanpa membuat pemeriksaan terperinci sebagaimana yang dibuat oleh pakar forensik dan kimia!

Dan yang paling pelik ialah kenapa Anwar sendiri tidak mahu bekerjasama dengan memberikan sampel darah dia untuk dibuat ujian DNA. Kalau benar dakwaan Anwar ini semua konspirasi, bukankah untuk kepentingan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian perbandingan DNA dengan sampel DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful?

Tidakkan menguntungkan Anwar jika didapati DNA darah Anwar tidak sama dengan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful? Malah itulah tunggak kekuatan kes Pendakwaraya; yang jika terbukti tidak sama DNA darah Anwar dan DNA airmani yang ditemui, seluruh kes Pendakwaraya akan bungkus begitu sahaja!

Keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA memaksa pasukan penyiasat menggunakan sumber DNA Anwar yang lain iaitui air liur, peluh dan rambut yang ditemui didalam lokap tahanan.

Dan terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa DNA perbandingan itu bersamaan dengan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful. Pada saya, ini sekaligus membuatkan Pendakwaraya berjaya membuktikan kes tanpa sebarang keraguan berlakunya penetrasi; dan kegagalan Anwar memberi keterangan bersumpah sudah cukup untuk mensabitkan kesalahan meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.


4. SUMPAH MUBAHALAH

Apabila seorang agamawan bernama Dr Asri Zainal Abidin mencadangkan supaya Saiful dan Anwar mengangkat sumpah mubahalah untuk membuktikan dakwaan masing-masing, Saiful dengan jelas dan tanpa sebarang keraguan mengangkat sumpah laknat pada 14 Ogos 2008 dengan menegaskan beliau diliwat oleh majikannya sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Saiful mengulangi sumpah tersebut pada 09 April 2012 dihadapan Ka'bah di Masjidil Haram, Mekah. Berikut adalah lafaz sumpah Saiful:
 
"Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat.
Wallahualam".

Namun sehingga hari ini Anwar gagal, dan enggan mengangkat sumpah menafikan sumpah Saiful. Bukankah ini peluang terbaik Anwar untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk memberikan petunjuk kebenaran dakwaan Saiful atau dakwaan Anwar kononnya dia mangsa konspirasi Kerajaan.
 
Kumpulan pro-pembangkang dan anak-anak muda sekelian sepatutnya mencabar Anwar supaya mengangkat sumpah mubahalah menafikan dia telah meliwat Saiful! Keengganan Anwar mengangkat sumpah tersebut menimbulkan terlalu banyak persoalan; antaranya adakah Anwar takut dengan kebenaran daripada Allah?

 
5. LIWAT SUKA SAMA SUKA

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong menyatakan perlakuan liwat Anwar itu adalah atas dasar suka sama suka! Bagaimanakah seorang Presiden Majlis Peguam, sebuah badan yang pro-pembangkang dengan berani dan secara terbuka dan bertulis menegaskan bahawa perlakuan liwat Anwar terhadap Saiful adalah atas dasar suka sama suka.

Sudah pasti sebagai Presiden sebuah badan guaman, dan pro pembangkang akan berhati-hati dalam mebuat kenyataan seperti itu. Sudah pasti beliau akan menimbang segala keterangan, bukti dan fakta sebelum membuat rumusan seperti itu.

Persoalannya kalau penegasan Presiden Majlis Peguam itu tidak benar, mengapa sehingga ke hari ini Anwar tidak menyaman beliau atau Majlis Peguam; atau mendesak Christopher Leong atau Majlis Peguam menarik balik kenyataan itu?


6. AKUAN BERSUMPAH PALSU

Saya masih teringat kejadian pada 28 Jun 2008 di Quality Hotel Shah Alam. Pada masa itu kami wakil rakyat PKR ada seminar di Quality Hotel Shah Alam. Selepas mendapat maklumat petang 28 Jun 2008 bahawa Saiful telah membuat lapuran polis mengadu diliwat oleh Anwar Ibrahim, beberapa kejadian yang telah saya banyak kali ceritakan telah berlaku yang menimbulkan keraguan kepada diri saya secara peribadi. Namun apa yang saya ingin fokuskan disini ialah cubaan beberapa peguam dan tokoh pro-pembangkang pada malam itu untuk membuat surat Akuan Bersumpah daripada dua orang yang saya kenali sebagai Rahimi Osman dan Rasidi.
 
Rahimi adalah pegawai khas Anwar, manakala Rasidi adalah pembantu am Anwar. Kedua-dua mereka disuruh mengarang suatu surat Akuan Bersumpah palsu yang menuding jari menyalahkan Saiful Bukhari dan mengaitkan Dato' Sri Najib dengan Saiful.
 
Kedua-dua mereka kemudiannya telah membuat lapuran polis mengadu mereka dipaksa membuat surat Akuan Bersumpah palsu.
 
Sehingga kini tiada sebarang tindakan guaman atau saman diambil terhadap mereka jika benar mereka memfitnah atau membuat lapuran polis palsu!
 
Persoalannya, mengapa ada cubaan untuk memaksa mereka ini membuat surat Akuan Sumpah palsu menyalahkan Saiful Bukhari dan mengaitkan beliau dengan Dato' Sri Najib.



7. KETERANGAN DARIPADA KANDANG
 
Kumpulan pro-pembangkang mendakwa bahawa Anwar telah memberi keterangan dialam Mahkamah. Jadi tidak timbul persoalan Anwar tidak memberi keterangan.
 
Jelas mereka yang bercakap ini samada jahil muraqab tentang prosedur perbicaraan di Mahkamah, atau sengaja mahu memutar belit fakta dan mengelirukan orang ramai.
 
Apabila Anwar dipanggil oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri, ini bermakna Mahkamah secara prima facie yakin ada kes untuk dijawab oleh Anwar yang jika tidak dijawab boleh membawa kepada sabitan kesalahan.

Anwar memilih untuk membaca keterangan daripada kandang tertuduh, bukannya memberi keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.

Apa maksudnya?

Apabila seseorang tertuduh dipanggil membela diri, dan dia memilih untuk membaca keterangan daripada kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah, maka pertama dia tidak boleh disoal-balas atau dicabar oleh Pendakwaraya untuk menentu-sahihkan keterangan dia.

Kedua, dia boleh bercakap apa sahaja tanpa membuktikan atau mengemukakan apa-apa bukti atau keterangan bagi menyokong dakwaan dia.

Sebab itu didalam undang-undang, membaca keterangan daripada kandang tertuduh tidak ada nilai sebagai bukti dan keterangan yang boleh diterima pakai. Ianya hampir sama macam tidak memberi keterangan pun. Dan Mahkamah pun tidak akan mencatatkan apa-apa daripada bacaan keterangannya itu.

Ini adalah kerana pihak Pendakwaraya tidak diberi peluang menyoal balas Anwar. Malah kalau dilihat daripada sudut hak bersuara dan demokrasi, Pendakwaraya telah dinafikan hak untuk menentu-sahihkan dan mencabar segala dakwaan Anwar.
 
Contohnya apabila Anwar mendakwa Mahkamah dipengaruhi oleh Kerajaan, atau membaca skrip yang disediakan, Pendakwaraya tidak dapat menyoal-balas Anwar apa asas dia membuat dakwaan itu? Apa buktinya? Apa keterangannya? Kalau ada skrip, siapa penulis skrip? Siapa mengarahkan Mahkamah? Ini semua tidak dapat dicabar oleh Pendakwaraya kerana tidak diberi peluang menyoal balas dan mencabar keterangan Anwar yang dibaut daripada kandang tertuduh.

Makna kata cakap kasarnya, membaca keterangan daripada kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah dan boleh disoal balas atau dicabar sama lah seperti bercakap dengan modal air liur sahaja; tanpa perlu membuktikan apa-apa, dan tanpa boleh dia dicabar dan disoal balas oleh Pendakwaraya. Sebab itu keterangan seperti ini tidak ada nilai dari segi perundangan.


RUMUSAN
 
Jadi anak-anak muda, para mahasiswa, para belia dan penyokong taksub pro-Anwar dan kumpulan pro-pembangkang sepatutnya menggunakan akal fikiran untuk menimbang segala dakwaan dan tohmahan pembangkang.
 
Janganlah diperlekeh akal fikiran yang Allah berikan.
 
Yang membezakan kita dengan haiwan ialah akal. Janganlah sama-tarafkan diri kita setaraf dengan haiwan yang hanya bertindak mengikut nafsu dan emosi tanpa menggunakan akal.
 
Sebenarnya kes Saiful ini adalah kes peribadi melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya Saiful Bukhari. Ia adalah kes aduan seorang kakitangan yang mengadu majikannya telah meliwat beliau.
 
Dalam bahasa hak asasi manusia, ini adalah aduan kes pencabulan seksual oleh seorang majikan terhadap kakitangannya. Dinegara barat, ini adalah suatu kes yang serius dan boleh dikenakan hukuman berat!
 
Takkanlah kita nak percaya tohmahan kumpulan pro-pembangkang bahawa Najib terlibat!
 
Cuba tanya akal kita sendiri, menasabah kah untuk Najib terlibat?
 
Bagaimana caranya Najib mendapatkan sampel airmani Anwar? Bagaimana Najib memasukkan sampel airmani itu kedalam dubur Saiful? Perlu diingat DNA yang ditemui didalam dubur Saiful dan disahkan oleh pakar kimia, forensik dan perubatan iailah DNA bersumberkan airmani Anwar!
 
Takkanlah Najib yang memerangkap Anwar? Adakah Najib memerangkap Anwar supaya meliwat Saiful? Logik kah tohmahan itu?

Apa yang penting ialah kita memberikan ruang dan peluang kepada kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang untuk membuat keputusan dan penghakiman mereka.

Anwar telah diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan hujah dihadapan Mahkamah Persekutuan.

Anwar diwakili oleh berbelas peguam, diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan seorang peguam veteran Datuk Gopal Sri Ram, selain anak-anak mendiang Karpal Singh iaitu Gobind Singh Deo, Ram Karpal Singh, Jagdeep Singh, selain daripada beberapa peguam kanan dan senior yang lain.

Mereka diberi ruang dan peluang secukupnya, malah berlebih-lebihan, untuk mengemukakan hujah mereka.

Kini benarkan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan ini membuat keputusan dan penghakiman mereka tanpa sebarang tekanan, desakan atau ugutan. Jangan dipolitikkan kes ini. Ini bukan kes politik. Ini kes jenayah melibatkan seorang majikan yang didakwa meliwat kakitangannya!

Apa juga keputusan Mahkamah Persekutuan hendaklah kita hormati dan terima. Walaupun saya memberikan hujah panjang lebar diatas, namun kata pemutusnya adalah ditangan Mahkamah dan Hakim-Hakim yang arif lagi bijaksana ini.

Kalau ditakdirkan mereka membuat keputusan menerima rayuan Anwar dan membebaskan dia, saya perlu akur menerima dan menghormatinya, walaupun saya mungkin tidak setuju. Dan jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara samada 5 tahun atau lebih, maka itu pun kita wajib menerima dan menghormatinya walaupun kita mungkin tidak bersetuju.

Ingatlah, keadilan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga untuk Saiful.

Dan yang lebih penting, keadilan adalah untuk kebenaran, insyallah!

Hormati Hakim-Hakim, institusi Mahkamah & keluhuran Undang-Undang Negara!

Yang baik datang daripada Allah, sebarang kelemahan atau kesilapan adalah daripada saya sendiri, dan kepada Allah kita mohon pengampunan.
 
Wallahua'lam dan Wassalam.
 
Adios amigos, grasias senor!
 
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
17 Rabi'ul Akhir 1436
07 Februari 2015

12 December 2014

ANWAR BACA BIBEL?


Dihadapan penganut kristian didalam Gereja Our Holy Family Church Kajang pada 07 Dis 2014, Anwar Ibrahim mengaku kerap membaca bibel 'every other day'!!!
Salam 2 all.

Dala satu lapuran oleh media Malaymail.online bertarikh 07 Disember 2014 baru-baru ini, Anwar Ibrahim dipetik sebagai mengaku membaca bible semasa didalam penjara 'every other day' (sila rujuk laman www.themalaymailonline.com/malaysia/article/i-read-the-bible-every-other-day-in-jail-says-anwar).

Anwar dilapurkan berkata demikian dalam majlis sambutan bersama Deepavali-Krismas di Gereja Holy Family Church Kajang pada 07 Disember 2014 lepas, iaitu gereja yang sama beliau membuat ucapan pada 16.02.2014 mempersetujui kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah.

Sambil merujuk kepada Father George Harrison, paderi gereja Holy Family Church tersebut, Anwar dilapurkan memetik sebaris daripada Kitab John didalam bibel yang menyatakan 'only the truth can set you free - hanya kebenaran boleh membebaskan kamu'.

Saya pernah menjadi peguam Anwar selama hampir 12 tahun. Dan sepanjang enam tahun beliau didalam penjara, saya antara peguam yang kerap menziarahi beliau di Penjara Sg. Buloh. Saya juga antara peguam yang sering membawa buku untuk Anwar, samada yang beliau pesan ataupun yang dikirim oleh orang-orang tertentu.

Malahan semasa dibebaskan daripada penjara pada 02.09.2004, saya lah antara peguam yang telah diberi kebenaran oleh pihak penjara untuk mengemaskan dan membawa keluar semua buku-buku yang ada dalam bilik Anwar.
Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah melihat ada bibel didalam bilik Anwar atau didalam simpanannya. Saya sendiri tidak pernah melihat beliau membacanya. Tapi mungkin juga beliau membacanya semasa ketiadaan saya, atau mungkin juga beliau menyorokkan bibel tersebut supaya saya tidak nampak.

Apa pun, memandangkan Anwar sendiri mengaku cara terbuka beliau ada membaca bibel 'every other day' selama didalam penjara, saya mahu tanya Anwar adakah beliau pernah membaca ayat-ayat berikut:

1. Leviticus 20:13 - 'if there is a man who lies with a male as those who lie with a woman, both of them have committed a detestable act; they shall surely be put to death. Their blood guiltiness is upon them'.

Terjemahan -  Imamat 20:13 - 'dan jika ada lelaki yang bersetubuh dengan lelaki lain, mereka melakukan perbuatan keji dan hina, dan kedua-duanya harus dihukum mati. Mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri';

2. 1-Corinthians 6:9 - 'do you know that the unrighteous will not inherit the kingdom of God? Do not be deceived; neither fornicators, nor idolaters, nor adulterers, nor effeminate, nor homosexual (including sodomist)...will inherit the kingdom of God';

Terjemahan - 1-Korintus 6:9 - 'adakah kamu tahu bahawa mereka yang tidak patuh kepada kemauan tuhan tidak akan mewarisi kerajaan tuhan? Jangan tertipu; orang yang buat cabul, penyembah berhala, penzina, pelaku homoseks (termasuk liwat & sodomi)...tidak akan mewarisi kerajaan tuhan'.

SOALAN:

1. Jadi saya nak tanya soalan pertama kepada Anwar, kalau benar dia dah baca bibel every other day selama dalam penjara, adakah dia pernah membaca ayat-ayat diatas? Jika pernah baca, saya nak tanya Anwar adakah dia rasa layak mewarisi pemerintahan dan kerajaan tuhan? Dan adakah Anwar rasa dia layak jadi Perdana Menteri Malaysia ini?

2. Saya juga nak tanya Anwar, selain daripada bibel, pernahkah dia baca kisah kaum Lut dan pengamal homoseks dan liwat seperti yang diceritakan didalam Al-Quran, antaranya dalam Surah-surah Al-A'raf 7:80-84, Asy-Shu'ara 26:165-174, Hudd 11:80-81, Al-Hijr 15:51-60. Kalau benar Anwar pernah membaca bibel, adakah Anwar tahu kisah-kisah ini juga diceritakan didalam bibel didalam buku Romans 1:26, Romans 1:27, Genesis 19:5-7, Leviticus 20:13, 1-Corinthians 6:9 dan beberapa lagi buku didalam bibel yang menceritakan kisah pengamal homoseks ini?

3. Saya juga nak tanya puak evangelista dan para penganut kristian didalam DAP dan dikalangan penyokong pakatan pembangkang, adakah mereka pernah membaca ayat-ayat diatas yang terkandung didalam bibel mereka? Jika mereka pernah baca, adakah mereka masih mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Soalan cepumas yang saya mahu tanya Anwar dan para penyokongnya, Anwar memetik sepotong ayat didalam kitab John dan menyatakan bahawa kebenaran akan membebaskannya. Persoalannya, adakah jika Mahkamah Persekutuan tidak membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantunya Saiful, maka adakah Anwar bermaksud pertuduhan itu ada kebenarannya?

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Safar 1436
12 Disember 2014

25 May 2014

SUMBANG MAHRAM KENABIAN?

 
  
Kaum Pompeii yang mengamalkan seks bebas liwat, sodomi dan homoseks seperti kaum Luth dilaknat Allah dengan hujanan belerang api dan ditimbus hidup-hidup. Subhanallah, satu kajian arkeologi menemui kaum Pompeii dalam keadaan semasa ditimpa laknat dan siksaan Allah itu! Na'uzubillah.
 Salam 2 all.

Alhamdulillah, rupa-rupanya ada hikmah juga bila kaum pendakyah beriya-iya mahu menggunakan bahasa Melayu bagi terjemahan bibel mereka. Saya sebenarnya tidaklah pernah berminat nak membaca bibel, tetapi bila dah diterjemah ke bahasa Melayu-Indonesia, ia membolehkan saya untuk membuat kajian dan perbandingan.

Lalu dengan lafaz a'uzubillah himinasy syaitonnirrojim dan memohon perlindungan daripada Allah, saya cuba membuat beberapa kajian terhadap bibel bahasa Melayu-Indonesia untuk diperbandingkan dengan Al-Quran.

Dan antara penemuan mengejutkan saya ialah kisah tentang Nabi Luth a.s. Perbandingan diantara kisah didalam Al-Quran dan seperti yang tercatat didalam bibel versi Melayu-Indonesia sangatlah berbeza dan menjadi 'faith-opener' akan kebenaran Al-Quran.

Sebagai contoh, bibel versi Melayu-Indonesia membawa kisah Nabi Luth a.s tanpa sedar konon didakwa melakukan sumbang mahram dengan berzina dengan anak perempuan Baginda sendiri sehingga melahirkan anak haram? Astaghfirullah dan na'uzubillah min zaalik.

Tak percaya, cuba baca kisah seperti yang dicatat didalam Bab (Surah) Genesis/ Kejadian 19:1-38 seperti yang dicatat dibawah:

BAB GENESIS / KEJADIAN 19:1-38


19:1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Luth sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,

19:2 serta berkata: "Tuan-tuan, silakanlah singgah ke rumah hambamu ini, bermalamlah di sini dan basuhlah kakimu, maka besok pagi tuan-tuan boleh melanjutkan perjalanannya." Jawab mereka: "Tidak, kami akan bermalam di tanah lapang."

19:3 Tetapi karena ia sangat mendesak mereka, singgahlah mereka dan masuk ke dalam rumahnya, kemudian ia menyediakan hidangan bagi mereka, ia membakar roti yang tidak beragi, lalu mereka makan.

19:4 Tetapi sebelum mereka tidur, orang-orang lelaki dari kota Sodom itu, dari yang muda sampai yang tua, bahkan seluruh kota, tidak ada yang terkecuali, datang mengepung rumah itu.

19:5 Mereka berseru kepada Luth: "Di manakah orang-orang yang datang kepadamu malam ini? Bawalah mereka keluar kepada kami, supaya kami pakai mereka."

19:6 Lalu keluarlah Luth menemui mereka, ke depan pintu, tetapi pintu ditutupnya di belakangnya,

19:7 dan ia berkata: "Saudara-saudaraku, janganlah kiranya berbuat jahat.

19:8 Kamu tahu, aku mempunyai dua orang anak perempuan yang belum pernah dijamah laki-laki, baiklah mereka kubawa ke luar kepadamu; perbuatlah kepada mereka seperti yang kamu pandang baik; hanya jangan kamu apa-apakan orang-orang ini, sebab mereka memang datang untuk berlindung di dalam rumahku."

19:9 Tetapi mereka berkata: "Nyahlah!" Lagi kata mereka: "Orang ini datang ke sini sebagai orang asing dan dia mau menjadi hakim atas kita! Sekarang kami akan menganiaya engkau lebih dari pada kedua orang itu!" Lalu mereka mendesak orang itu, yaitu Luth, dengan keras, dan mereka mendekat untuk mendobrak pintu.

19:10 Tetapi kedua orang itu mengulurkan tangannya, menarik Luth masuk ke dalam rumah, lalu menutup pintu.

19:11 Dan mereka membutakan mata orang-orang yang di depan pintu rumah itu, dari yang kecil sampai yang besar, sehingga percumalah orang-orang itu mencari-cari pintu.

19:12 Lalu kedua orang itu berkata kepada Luth: "Siapakah kaummu yang ada di sini lagi? Menantu atau anakmu laki-laki, anakmu perempuan, atau siapa saja kaummu di kota ini, bawalah mereka keluar dari tempat ini,

19:13 sebab kami akan memusnahkan tempat ini, karena banyak keluh kesah orang tentang kota ini di hadapan TUHAN; sebab itulah TUHAN mengutus kami untuk memusnahkannya."

19:14 Keluarlah Luth, lalu berbicara dengan kedua bakal menantunya, yang akan kawin dengan kedua anaknya perempuan, katanya: "Bangunlah, keluarlah dari tempat ini, sebab TUHAN akan memusnahkan kota ini." Tetapi ia dipandang oleh kedua bakal menantunya itu sebagai orang yang berolok-olok saja.

19:15 Ketika fajar telah menyingsing, kedua malaikat itu mendesak Luth, supaya bersegera, katanya: "Bangunlah, bawalah isterimu dan kedua anakmu yang ada di sini, supaya engkau jangan mati lenyap karena kedurjanaan kota ini."

19:16 Ketika ia berlambat-lambat, maka tangannya, tangan isteri dan tangan kedua anaknya dipegang oleh kedua orang itu, sebab TUHAN hendak mengasihani dia; lalu kedua orang itu menuntunnya ke luar kota dan melepaskannya di sana.

19:17 Sesudah kedua orang itu menuntun mereka sampai ke luar, berkatalah seorang: "Larilah, selamatkanlah nyawamu; janganlah menoleh ke belakang, dan janganlah berhenti di manapun juga di Lembah Yordan, larilah ke pegunungan, supaya engkau jangan mati lenyap."

19:18 Kata Luth kepada mereka: "Janganlah kiranya demikian, tuanku.

19:19 Sungguhlah hambaMu ini telah dikaruniai belas kasihan di hadapan Mu, dan tuan ku telah berbuat kemurahan besar kepadaku dengan memelihara hidupku, tetapi jika aku harus lari ke pegunungan, pastilah aku akan tersusul oleh bencana itu, sehingga matilah aku.

19:20 Sungguhlah kota yang di sana itu cukup dekat kiranya untuk lari ke sana; kota itu kecil; izinkanlah kiranya aku lari ke sana. Bukankah kota itu kecil? Jika demikian, nyawaku akan terpelihara."

19:21 Sahut malaikat itu kepadanya: "Baiklah, dalam hal inipun permintaanmu akan kuterima dengan baik; yakni kota yang telah kau sebut itu tidak akan kutunggangbalikkan.

19:22 Cepatlah, larilah ke sana, sebab aku tidak dapat berbuat apa-apa, sebelum engkau sampai ke sana." Itulah sebabnya nama kota itu disebut Zoar.

19:23 Matahari telah terbit menyinari bumi, ketika Luth tiba di Zoar.

19:24 Kemudian TUHAN menurunkan hujan belerang dan api atas Sodom dan Gomora, berasal dari TUHAN, dari langit;

19:25 dan ditunggangbalikkan-nyalah kota-kota itu dan Lembah Yordan dan semua penduduk kota-kota serta tumbuh-tumbuhan di tanah.

19:26 Tetapi isteri Luth, yang berjalan mengikutnya, menoleh ke belakang, lalu menjadi tiang garam.

19:27 Ketika Abraham pagi-pagi pergi ke tempat ia berdiri di hadapan TUHAN itu,

19:28 dan memandang ke arah Sodom dan Gomora serta ke seluruh tanah Lembah Yordan, maka dilihatnyalah asap dari bumi membubung ke atas sebagai asap dari dapur peleburan.

19:29 Demikianlah pada waktu Allah memusnahkan kota-kota di Lembah Yordan dan menunggangbalikkan kota-kota kediaman Luth, maka Allah ingat kepada Abraham, lalu dikeluarkan-nyalah Luth dari tengah-tengah tempat yang ditunggangbalikkan itu.

19:30 Pergilah Luth dari Zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pegunungan, sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah ia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.

19:31 Kata kakaknya kepada adiknya: "Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi.

19:32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."

19:33 Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

19:34 Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: "Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."

19:35 Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

19:36 Lalu mengandunglah kedua anak Luth itu dari ayah mereka.

19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang.

19:38 Yang lebih muda pun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon yang sekarang.
 
Ini bukan kisah daripada Al-Quran, tetapi daripada bibel versi Melayu-Indonesia.


Rumusan daripada kisah ini ialah Nabi Luth a.s tanpa sedar didakwa melakukan hubungan sumbang mahram iaitu berzina dengan dua orang anak perempuan Baginda sendiri sehingga melahirkan zuriat yang menjadi keturunan kaum Moab dan kaum Amon.


KISAH NABI LUTH DIDALAM AL-QURAN

Cuba bandingkan kisah yang sama seperti yang difirmankan Allah didalam Al-Quran seperti yang terkandung didalam Sura Asy Syu’araa 26:160-175


26:160. Kaum Luth telah mendustakan para rasul,

26:161. ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?"

26:162. Sungguh, aku ini seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, 

26:163. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

26:164. Dan aku tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu; imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam.

26:165. Mengapa kamu mendatangi jenis laki-laki di antara manusia (berbuat homoseks),


26:166. dan kamu tinggalkan perempuan yang diciptakan Tuhan untuk menjadi istri-istri kamu? Kamu (memang) orang-orang yang melampaui batas.

26:167. Mereka menjawab, "Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir."

26:168. Dia (Luth) berkata, "Aku sungguh benci kepada perbuatanmu.”

26:169. (Luth berdoa), "Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dan keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan.”

26:170. Lalu Kami selamatkan dia bersama keluarganya semua,

26:171. kecuali seorang perempuan tua (istrinya), yang termasuk dalam golongan yang tinggal.

26:172. Kemudian Kami binasakan yang lain.

26:173. Dan Kami hujani mereka (dengan hujan batu), maka betapa buruk hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.

26:174. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.

26:175. Dan sungguh, Tuhanmu, Dialah Yang Mahaperkasa lagi Maha Penyayang.



RUMUSAN

Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah persamaan cerita mengenai budaya seks luar tabi'e, sodomi dan homoseks kaum Nabi Luth sebagaimana yang dikisahkan didalam Al-Quran dan bibel ini. Termasuk kisah bagaimana kedatangan dua makhluk yang disebuat didalam hadis sebagai malaikat yang di utus untuk memusnahkan kaum Luth.

Persamaan ini menambahkan keyakinan saya bahawa Al-Quran adalah kitab mengandungi wahyu Allah, dan saya bertambah yakin bahawa Al-Quran itu adalah kesinambungan daripada risalah Islam yang dibawa oleh para anbiya'.

Bagaimanapun, adalah jelas ada perbezaan ketara diantara Al-Quran berbanding Bibel. Malahan sebenarnya ada beberapa lagi kisah-kisah dan ayat-ayat didalam bibel ini yang saya rasa sangat berbeza dengan apa yang dikisahkan didalam Al-Quran.

Apa yang jelas, bibel versi Melayu-Indonesia ini memberi gambaran seolah-olah Allah menyelamatkan Nabi Luth a.s dan kemudian membiarkan anak-anak perempuan Nabi Luth a.s melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram berzina dengan Nabi Luth bapa kandung mereka sendiri sehingga melahirkan anak haram!

Sudah barang pasti gambaran seperti itu tidak selayaknya bagi Allah, seorang Nabi dan keturunan Baginda!

Sebaliknya kisah yang sama seperti yang digambarkan didalam Al-Quran membawa maksud Allah mengutuk perbuatan liwat, sodomi dan amalan homoseksual dengan mengenakan mereka siksaan yang pedih dan sangat azab dengan hujanan api dan ditunggang-terbalikkan bumi mereka. Itu baru hukuman dunia, belum lagi di akhirat nanti!

Dan mesej Al-Quran adalah jelas, jauhi daripada melakukan kemungkaran dan maksiat seperti yang dilarang dan dikutuk oleh Allah, dan bertakwalah kepada Allah swt.

Apa pun, perbandingan ini wajar memberi satu keyakinan kepada kita akan kebenaran Al-Quran sebagai kitab yang benar lagi haq daripada Allah, dan membuktikan kerasulan Nabi Muhammad saw.

Dan nasihat saya ialah, jika ada yang berminat mahu membaca bibel versi Melayu-Indonesia ini, sentiasa bandingkan ia dengan Al-Quran. Mungkin ianya terdapat persamaan dengan Al-Quran. Tetapi yang mana bercanggah, hendaklah kita menolaknya.

Namun yang terbaiknya ialah kita tumpukan sahaja kepada membaca Al-Quran dengan memahami maknanya, memperbetulkan hukum bacaan dan tajwidnya, mengamalkan dan hidup dengan Al-Quran, dan seboleh-bolehnya sebarkan Al-Quran melalui dakwah.

Semoga Allah memelihara keimanan dan aqidah kita, dan menghindarkan kita daripada fitnah akhir zaman yang telah, sedang dan akan merosakkan aqidah umat, ameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.


Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
25 Rejab 1435
25 Mei 2014

27 March 2014

HUDUD LIWAT ANWAR?

Keadilan untuk Anwar? Bagaimana keadilan untuk Saiful?
Salam 2 all.

Rupanya ada juga pasrasit yang membaca tulisan saya semalam berkaitan hudud qazaf Saiful dan bertanya soalan; mengapa Anwar tidak dikenakan pertuduhan mengikut undang-udang hudud kerana meliwat Saiful?

Mereka yang menimbulkan persoalan ini cuba menimbulkan persepsi bahawa jika Anwar dikenakan pertuduhan hudud kerana meliwat Saiful, pasti dia akan dibebaskan kerana Saiful tiada empat (4) saksi. Itu tujuan dan maksud mereka.

Persoalan yang sama pernah dibangkitkan oleh kaum aktivitis womens lib yang mendakwa ketiadaan empat (4) orang saksi akan menyebabkan wanita teraniaya dan dizalimi kerana mereka tidak akan dapat mengemukakan empat (4) orang saksi bagi membuktikan sebarang pertuduhan merogol terhadap mereka.

Malah bukan itu sahaja, kaum wanita akan teraniaya kerana akan dikenakan pula tindakan qazaf kerana menuduh seorang lelaki merogol mereka tanpa empat (4) saksi!

Atas sebab inilah para pejuang kebebasan wanita, women's liberator, mendakwa undang-undang Islam zalim dan tidak melindungi dan menghormati hak wanita.

Pada saya, kedua-dua kenyataan diatas, samada oleh pasrasit ataupun women's lib, dibuat atas sebab kejahilan dan kurangnya mendalami perundangan Islam.

Tidak bermakna apabila tiada empat (4) saksi, maka kes pertuduhan zina, rogol atau liwat tidak boleh dibawa; atau jika dibawa tertuduh akan dibebaskan, dan mangsa akan dikenakan tindakan qazaf.

Perundangan Islam tidaklah sebodoh dan sejelik itu. Undang-undang ALLAH ini cantik, yang memperhodoh dan memperbodohkan ialah golongan yang jahil sahaja.

Dalam keadaan seseorang pengadu, samada wanita (mengadu dirogol) atau lelaki/wanita (mengadu diliwat) tidak dapat mengemukakan empat (4) orang saksi, ini hanya membawa kesan si-perogol atau si-peliwat itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Itu sahaja.

Ini bukan bermakna dia terlepas dan dibebaskan.

Ini bermakna pertuduhan hendaklah dibawa mengikut peruntukkan ta'zir, dimana pembuktian tidak lagi memerlukan empat (4) orang saksi, tetapi berdasarkan keterangan dan pembuktian qarinah. Peruntukkan paling terdekat dengan qarinah dalam bahasa undang-undang sibil dipanggil circumstantial evidence.

Ini bermakna pembuktian liwat atau zina boleh dibuat berdasarkan  keterangan seperti DNA, video, rakaman, persaksian termasuk oleh saksi doktor, pakar forensik, polis, orang awam dan lain-lain, sampel darah, pakaian, dan pelbagai lagi cara pembuktian dan keterangan.

Dalam konteks ini, kenyataan yang menyatakan rakaman video adalah bukti besi dan tidak boleh dipakai sebagai bukti adalah kenyataan yang terlalu dangkal dan tidak memahami undang-undang Islam!

Apa yang penting dibawah pertuduhan ta'zir ialah keterangan qarinah itu, atau rumusan keterangan membawa kepada satu perkara, bahawa perbuatan liwat atau rogol itu berlaku!

Cuma jika pembuktian itu dibuat berdasarkan keterangan atau pembuktian qarinah, maka si-peliwat atau si-perogol tidak boleh dikenakan hukuman hudud, sebaliknya dihukum ta'zir; iaitu hukuman yang akan ditentukan oleh pemerintah melalui undang-undang yang dibuat, seperti Kanun Kesiksaan.

Sebenarnnya kalau kaum pasrasit ini membaca undang-undang hudud ciptaan PAS sendiri, mereka akan dapati didalam Seksyen 50 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 (yang mana Enakmen Jenayah Hudud & Qisas Kelantan mempunyai peruntukkan yang sama) memperuntukkan seperti berikut:

Seksyen 50: Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hudud kerana...keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud (contohanya seperti ketiadaan 4 orang saksi),  maka tertuduh hendaklah dihukum dengan hukuman ta'zir; dan Mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

Jadi tidak sepatutnya kaum pasrasit menimbulkan persoalan mengapa Anwar tidak dikenakan pertuduhan mengikut hudud; dan mendakwa Anwar wajib dibebaskan kerana Saiful tidak ada empat (4) orang saksi.

Pada saya ini adalah kenyataan paling hipokrit dan mempermainkan hukum ALLAH semata-mata untuk kepentingan politik mereka!

Apa yang jelas, Anwar telah dikenakan pertuduhan meliwat Saiful menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan, keterangan dan pembuktian melalui qarinah telah didengar dan diperhalusi dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ta'zir 5 tahun penjara tanpa sebatan.

Apa yang penting ialah Mahkamah Rayuan tidak menjatuhkan hukuman hudud iaitu rejam keatas Anwar, kerana ketiadaan empat (4) orang saksi yang melihat perlakuan liwat dia terhadap Saiful!

Akhir kalam, apa yang penting ialah selain memastikan keadilan untuk tertuduh, Islam juga menjamin dan menjaga keadilan untuk mangsa.

Didalam kes kita, saya pelik mengapa kaum pasarasit hanya memperkatakan tentang keadilan untuk Anwar? Bagaimana pula keadilan untuk Saiful? Adakah Saiful tidak mempunyai sebarang hak?
 
Sebenarnya gelagat kaum pasrasit inilah yang menyebabkan undang-undang Allah yang cantik menjadi hodoh dan jelik!
 
Wallahua'lam dan Wassalam.
 
Adios amigos, grasias.
 
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Jamadil Awal 1435
27 Mac 2014

24 October 2011

DI ANTARA ENAKMEN & SYARIAT?


(Ketegasan Tuanku Selangor mempertahankan Islam dan institusi Islam sangatlah dihargai umat Islam)

Salam 2 all.

Teman tengok riuh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bila teman timbulkan mengenai isu liwat termasuk berkaitan "mendatangi isteri melalui 'pintu belakang". Maka habis dema punggah kitab kuning, kitab hijau, sampai kitab takde warna pun dikeluarkan daripada gobok dan lemari untuk serang teman. Ada yang sampai fitnah teman jahil tak tau hukum!

Isu yang teman bangkitkan bukan soal apa hukum "mendatangi isteri melalui pintu belakang". Itu teman pun tahu, kecuali ada segelintir orang yang masih berminat dengan main pintu belakang ni walaupun dah tahu itu adalah amalan kaum yang dila'nat! Isunya sekarang ialah mengapa peruntukkan itu tidak ada didalam Enakmen yang yang digubal oleh PAS. Bukan sahaja tidak ada, malah membawa kekeliruan dan fitnah terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya teman pada mulanya tidak menyedari kelompongan didalam Enakmen tersebut. Sehinggalah seorang isteri pimpinan pembangkang datang mengadu kepada teman mahu memohon cerai. Pengadu ni isteri kedua seorang pemimpin pembangkang. Masih muda, bawah 30 tahun. Beliau datang dengan aduan mahu bercerai, kerana tidak tahan "didatangi oleh sang suami melalui pintu belakang"!

Teman agak terperanjat dengan pendedahan si isteri ini. Kebetulan teman kenal pemimpin yang dia sebut. Teman katakan takkan polan tersebut tidak tahu "mendatangi isteri melalui pintu belakang" adalah dila'nat, dan dikutuk ALLAH!

Namun si isteri menyatakan kepada teman, sang suami menegaskan "mendatangi pintu belakang" isteri ini diperbolehkan! Dan si isteri menyatakan antara hujah sang suami untu menghalalkan tindakannya menduburi isterinya, sang suami menunjukkan kepada beliau Enakmen tersebut yang jelas menunjukkan satu kekeliruan bila ia memperuntukkan secara ringkas saperti berikut:

Seksyen 14: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangi dubur seorang lelaki atau dubur seorang wanita kecuali dubur isterinya!

Dan tidak ada mana-mana peruntukkan didalam Enakmen tersebut yang menyebut atau memperjelaskan sebaliknya. Maka sang suami dengan penuh konfiden menyatakan bahawa dia boleh mendatangi "dubur" isterinya kerana ianya bukan "liwat" mengikut ta'rifan Enakmen tersebut!

Keghairahan kaum ini menyerang teman dengan segala maki-hamun dan fitnah serta mengeluarkan segala kitab dan hujah ini membuktikan satu perkara: bahawa Enakmen yang dibuat oleh PAS ini tidak sempurna dan tidak lengkap kerana tidak menterjemahkan dengan sempurna dan lengkap apa yang sebenarnya disyariatkan Islam.

Kalau mike perhatikan, tidak ada seorang pun yang mengupas tentang peruntukkan Enakmen tersebut. Semuanya menyandarkan hujah kepada undang-undang Islam berdasarkan segala kitab dan lain-lain KECUALI Enakmen tersebut. Teman rase dema baca pun tak Enakmen yang dibuat oleh kaum mereka sendiri!

YANG MENJADI ISU BUKAN HUKUM LIWAT DALAM ISLAM. ITU SUDAH JELAS. YANG MENJADI ISU IALAH TA'RIFAN LIWAT DIDALAM ENAKMEN YANG DIBUAT OLEH PAS SENDIRI!

Kita semua tahu syara' mela'nat kaum Al-Juburi ini. Yang itu jelas. Teman sendiri mengambil pendirian jelas iaitu mendatangi dubur seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan, termasuk pondan, samada dubur isteri sendiri atau isteri kawan, termasuk dubur pembantu, dubur pemandu atau dubur sesiapa sahaja, ianya adalah liwat dan wajib dihukum dan dilaknat dengan sekeras-kerasnya.

Tapi ini bukan masalah kedudukan hukum didalam Islam. Undang-undang Islam jelas. Yang tak jelasnya ialah Enakmen yang dibuat oleh PAS. Ianya bukan sahaja tidak lengkap dan tidak sempurna; malah boleh mengelirukan dan membawa fitnah saperti yang teman sebut dalam kes diatas!

Apa yang perlu sekarang ialah semua pihak yang berkepentingan, terutama kerajaan Persekutuan dan Negeri, semua parti politik orang Melayu-Muslim, NGO-NGO dan individu yang berkenaan supaya duduk bersama berbincang untuk bukan sahaja mencari formula untuk perlaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas & ta'zir, malahan mencari jalan bagaimana penyeragaman perlaksanaan boleh dibuat oleh negeri-negeri.

Ini perlu kerana pada peringkat awal, Enakmen Terengganu dan Enakmen Kelantan sendiri pun berbeza, walaupun daripada satu parti! Malahan sesama ulama' PAS pun berbeza. Datuk Nik Aziz kata Kerajaan PAS Kelantan nak laksanakan hudud, Datuk Seri Azizan kata Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Dan penyeragaman ini penting kerana yang boleh melaksanakan undang-undang Islam ini hanyalah negeri-negeri; Kerajaan Persekutuan langsung tidak ada kuasa dan bidangkuasa perlaksanaan.

Teman hairan dengan kaum yang terlalu gemar menuding jari dan menghentam orang lain tanpa sebarang asas dan fakta. Konon beriya-iya nak bercakap pasal hukum, habis dipunggah segala kitab kuning dan lain-lain. Tapi bila kena batang hidung sendiri, jangan kata kitab kuning, kitab Al Quran pun dema tak jumpa. Contohnya:

1. apa pendirian mereka tentang fahaman pluralisma iaitu menyamakan Islam dengan agama lain? Sudah jelas bukan sahaja berdasarkan Al Quran & Sunnah, malah sudah difatwakan bahawa penganut fahaman pluralisma ini bukan sahaja sesat, malah boleh membawa kepada batalnya aqidah dan membawa kepada murtad! Tetapi kenapa kaum ini senyap, menjadi syaitan bisu! Apa pendirian mereka dengan ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics yang jelas mempunyai unsur pluralisma? Kenapa diam membisu tanpa sebarang komen? Mana pergi segala kitab kuning?

2. apa pendirian mereka dengan tindakan pihak yang membenarkan, malah meredhoi kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci. Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri, Sahibul Fadhilah Dato' Dr Haron Din sendiri telah memfatwakan sesiapa yang menyetujui dan meredhoi kristian guna kalimah ALLAH ini adalah syirik dan boleh membatalkan aqidah! Kenapa kaum ini diam membisu, malah ada yang lebih malang terus menyokong secara membabi buta! Mana pergi segala kitab kuning yang ada?

3. apa pendirian mereka dengan tindakan pimpinan pembangkang yang sanggup mati untuk kafir harbi saperti Karpal Singh? Apakah itu dibenarkan syara', apabila Karpal Singh dengan cukop jelas, terang, nyata dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Teman tidak menyalahkan Karpal Singh sebab dia memang kafir. Yang teman pelik ialah dengan pendirian orang yang mengaku nak berjuang menubuhkan negara Islam, nak laksanakan hudud dan lain-lain, tetapi boleh isytiharkan sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh! Dan yang lebih pelik ialah kenapa kaum yang kuat menghukum orang ini langsung senyap menjadi syaitan bisu? Mana pergi segala kitab kuning yang dibongkar habis hanya nak menghukum orang?

Teman boleh bariskan banyak lagi contoh yang tidak lain selain membuktikan betapa hipokrit dan double-standardnya puak-puak ini. Dahulu bila mereka tak bersetuju dengan Anwar Ibrahim, ada kalangan mereka berkokok melabel Anwar sebagai Al-Juburi, tetapi bila dah tidor sebantal, dimartabatkan Anwar sebagai anugerah Ilahi!!! Bila datang masa nak menghukum dan menuding jari kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka, begitu cepat mereka menjatuhkan hukuman dan habis dibongkar segala kitab kuning mereka untuk menegakkan benda yang tak tegak. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, jangankan kitab kuning, Al Quran & Hadis Nabi saw pun mereka boleh tak nampak!

Apa yang teman cuba bangkitkan dalam hujah di Parlimen baru ini ialah bukan mempersoalkan hukum atau undang-undang Islam; yang itu jelas. Tetapi yang teman pertikaikan ialah Enakmen yang dibuat oleh PAS sendiri, dan Seksyen 14 adalah antara contoh yang teman bawakan untuk menunjukkan betapa cara peruntukkan yang digubal oleh PAS sangat mengelirukan, malah boleh, dan telahpun membawa kepada fitnah. Kalau mendatangi dubur isteri itu salah, dan memang jelas salah, kenapa tidak dinyatakan dengan jelas didalam Enakmen tersebut?

Sebaliknya digubal dalam bentuk yang sangat mengelirukan iaitu: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangani dubur seorang lelaki atau wanita, kecuali mendatangi dubur isterinya sendiri! Bukankah itu mengelirukan? Bukankah ini bercanggah dengan segala kitab kuning yang dibawa oleh kaum yang menentang ini.Ia memberi gambaran seolah-olah bermain dengan dubur isteri itu bukan liwat, dan yang lebih malang ia boleh diputarbelitkan oleh golongan tertentu untuk menghalalkan tindakan meliwat isteri sendiri!

Sebenarnya apa yang penting sekarang ialah untuk kita umat Islam menghentikan kegiatan salah menyalah, tuding menuding, dan yang lebih teruk, kafir mengkafir orang lain yang tak sehaluan mereka. Hentikanlah mendabik dada "kita lebih Islamik daripada orang lain". Jangan kita jadi saperti seekor ayam jantan yang ghairah berkokok tetapi taik penuh terpalit di ekornya! Kelak nanti kita akan jadi bahan ketawa orang sahaja! Ingatlah, kuat lidi kerana diikat, kuat umat kerana muafakat!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 ZulQaedah 1432
24 Oktober 2011