Showing posts with label LGBT. Show all posts
Showing posts with label LGBT. Show all posts

25 August 2014

FAMILI 69!!!



Transgender Parents Speak Out About What Makes a Family
Kelihatan seperti keluarga biasa yang bahagia dengan ibu, ayah dan dua anak lelaki kecil  - cuma sebenarnya si bapa telah bertukar jantina daripada perempuan menjadi jantan, dan si ibu bertukar jantina daripada lelaki kepada betina!!! Na'uzubillah!!!
Salam 2 all.

Dalam Surah Al-Hujurat 49:13, Allah swt berfirman, 'Hai manusia, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali'.

Sabda Rasulullah saw maksudnya, 'Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah saw melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR Bukhari)'.

Lelaki sukakan wanita itu fitrah.

Wanita sayangkan lelaki itu lumrah.

Wanita bernafsukan wanita itu parah.

Lelaki berahikan lelaki itu punah.

Lelaki jadi wanita itu mak nyah;

Wanita jadi lelaki itu nanah;

Tetapi wanita tukar jadi jantan,
dan lelaki tukar jadi betina,
lalu bernikah;
itu songsang 69 bah!
https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8302693494744104737#editor/target=post;postID=2240113457493882271
Itulah kisah keluarga diatas daripada Kentucky, Amerika Syarikat..

Si bapa bernama Nick Bowser (27) asalnya seorang perempuan bernama Nicole. Si ibu pula, Bianca (32) asalnya seorang lelaki bernama Jason.

imageMereka bertemu dan jatuh cinta. Sebelum kedua-duanya menukar identiti jantina, Jason telah mengadakan hubungan kelamin sehingga Nicole mengandung dan melahirkan kedua-dua anak lelaki bernama Kay & Pax.

Setelah kelahiran anak-anak itu, Bianca menukar jantina menjadi jantan bernama Jason lalu bertukar identiti menjadi ayah. Manakala Jason menukar jantina menjadi betina bernama Bianca lalu bertukar identiti menjadi ibu.

Hukum Allah dilanggar, hadis Rasulullah dicemar, fitrah kemanusiaan dibubar. Inilah akibatnya apabila budaya LGBT - Lesbian, Gay, Bi-sexual & Transgender dibenarkan dan dihalalkan.

Dan inilah yang diperjuangkan oleh penyokong dan pendokong LGBT di Malaysia termasuk Bar Council yang menjadi penyokong kuat pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Persoalannya, adakah pakatan DAP-PKR-PAS menyokong dasar LGBT ini? Adakah mereka akan membenarkan dan menghalalkan budaya songsang ini dalam negara Malaysia tercinta ini?

Rakyat Malaysia berhak tahu pendirian DAP-PKR-PAS sebelum PRU-14!

Saya cabar Kitsiang, Anwar dan Hadi Awang menyatakan pendirian mereka sekarang!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
29 Syawal 1435
25 Ogos 2014

@@@@@@@@@@@@@@@@@@
https://www.yahoo.com/health/transgender-parents-speak-out-about-what-makes-a-family-94649793492.html?soc_src=mags

Transgender Parents Speak Out About What Makes a Family

Beth Greenfield

The transgender parents of two young children living in Kentucky are raising consciousness about family, honesty, and love this week after some splashy media coverage in the British tabloids stemming from an appearance on “The Ricki Lake Show” in 2013. “It’s good, because our goal was to have our story appear here in the States,” mom Bianca Bowser told Yahoo Health. “Our main point is to express our similarities [to everyone else] and to advocate for the transgender community.”

Bianca, 32, was born a boy named Jason, while her husband, Nick Bowser, 27, was born a girl named Nicole. They met and fell in love in 2009, before Nick’s gender transition, in Atlanta. (A person's sexual orientation is distinct from a person's gender identity or expression.) Eventually, they decided to start a family, and Nick, still physically female (though he would eventually undergo breast-removal surgery), decided to carry Bianca’s babies — something he described to the Mirror as being “an absolutely horrible experience for me” because he already identifed as male.

“We have the parts so we will use them,” Bianca told the Mirror. “If we could change them we would, and they would be the other way around,” she said, referring to sex-reassignment surgeries that they both hope to undergo someday, “but we cannot afford it and the children come first.”
Bianca and Nick. Photo courtesy of the Bowser family.

Now that their boys, Kai and Pax, are 3 and 1 respectively, the couple is beginning to grapple with how to explain that Mom was technically Dad and Dad was technically Mom. But, Bianca told Yahoo Health, “Our guts have always led us in the right direction.” She added that there hasn’t been much in the way of guidance out there that’s specific to their situation, as even the stories that do involve transgender parents — like that of activist and author Jenny Boylan, who described transitioning from dad to mom in her 2013 memoir, “Stuck in the Middle With You” — have involved older children who were cognizant of the parent’s gender transition from the get-go.

Still, Bianca said, they will explain the situation sooner rather than later, and they’re confident that their kids will be OK upon learning the truth. “If they don’t know anything different, and it isn’t presented as something negative, then there’s no downside,” she said.

That’s the right idea, according to parenting expert, author, and clinical psychologist Laura Markham, who told Yahoo Health that it’s important to tell children the truth about their origins from a very early age. “Otherwise, it’s going to feel like it’s a betrayal to them,” she said. “Whether the child is adopted or from a donor egg or any variation of normal, what’s important is to tell them, ‘You were so wanted and so loved, and this is just the way it was in our family, no big deal.’”

For help with any tale of conception, Markham suggests that parents create a rudimentary photo book, telling the child’s story. And in the particular case of Bianca and Nick, she said they might consider talking about themselves as children — how each grew up feeling like they were in the wrong body, and how they eventually found each other and fell in love and started their family. “It’s important to remember that, as human beings, we make sense of our lives through stories,” Markham said.

Gender aside, the story of the Bowser family is fairly typical. Both parents struggle to balance child-rearing with work — Nick is a bar manager and Bianca is a popular Louisville drag performer known as Bianca Nicole — and with social time, much of it with childless friends who also work in nightlife. “It’s hard for them to understand how we work late, sleep for a few hours, then get up early and take care of our kids,” Bianca said. “But everything in our nightlife world has been very, very positive, and we’ve sometimes been called role models within our community.” The boys’ grandparents on both sides are also very involved with their lives, although, Bianca admitted, 

“That took time.”

The discussion of transgender lives seemed to reach a crescendo this past year, much of it due to the media presence of outspoken writers and activists including Boylan, Laverne Cox, Janet Mock, and Carmen Carrera. Use of the word “tranny” on “RuPaul’s Drag Race,” as well as a controversial Katie Couric interview in which the host asked Cox and Carrera about their genitalia, even led to a public discourse about how to discuss the topic correctly. The Bowsers are extremely open with intimate details of their lives, though, and have shared images of themselves before the transition, explaining that such an open approach works for them.

“I don’t criticize how anyone demonstrates who they are as transgender individuals,” Bianca explained. “For me personally, I’m not going to deny who I have been before. I don’t look at it as something to be ashamed of, because without that past, I wouldn’t be who I am today.”

13 March 2014

TOLAK COMANGAY

Mengapa sehingga kini PAS masih belum menarik balik secara rasmi kenyataan menyokong kristian menggunakan kalimah Allah yang dibuat oleh Hadi Awang bersama Anwar dan Kitsiang pada 08.01.2013 walaupun Majlis Syura' PAS telah membuat ketetapan pada 13.01.2013 melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam?
Salam 2 all.

Alhamdulillah semalam Rabu 11 Jamadil Awal 1435 bersamaan 12 Mac 2014 saya berkesempatan untuk menghadiri sesi penerangan oleh delegasi Muslim-UPRo di UKM.

Alhamdulillah sesi sebegini sepatutnya dilipatgandakan dan diperluaskan kepada kumpulan sasaran supaya gelagat pertubuhan haram bernama Comango dengan tuntutan yang boleh merosakkan akidah, syariat dan akhlak umat Islam dan keharmonian serta kehidupan pelbagai agama dan kaum di negara ini dapat didedahkan seluas mungkin.

Antara lain tuntutan kumpulan haram ini ialah untuk menghalalkan seks songsang dan luar tabi'e melalui amalan Lesbian, Gay, Bisexual & Transgender, perkahwinan sesama jenis, membenarkan umat Islam murtad, menghalalkan penyalah-terjemahan kalimah ALLAH oleh kristian di Malaysia, menghapuskan perundangan syariah dan pemansuhan hak istimewa Melayu & bumiputera.

Apa yang menghairankan saya ialah adakah badan-badan agama dan kelab sosial seperti persatuan guru, persatuan penduduk dan lain-lain yang menganggotai Comango ini menyokong tuntutan luar tabi'e dan luar batasan kemanusiaan ini?

Adakah mana-mana agama yang menyokong seks bebas, seks songsang dan luar tabi'e, perkahwinan sama jantina dan lain-lain? Kalau ada saya kira itu bukanlah satu agama; kerana agama sepatutnya mengajar kita hidup seperti manusia, bukan menjalani kehidupan yang haiwan dan binatang sendiri tidak lakukan!

Apapun, saya perturunkan dibawah kenyataan daripada delegasi Muslim-UPRo seusai wacana semalam untuk membantu sebaran perjuangan kita umat Islam yang masih punya sedikit keimanan.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
12 Jamadil Awal 1435
13 Mac 2014

*Nota: penyiaran kenyataan dibawah dibuat dengan izin daripada saudara Azril Mohd Amin (Pengerusi Delegasi Muslim-UPRo ke Geneva) dan saudara Abdul Karim Omar (Muafakat - lamanweb www.akarimomar.wordpress.com)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

New post on Karim's Blog (www.akarimomar.wordpress.com)

Kenyataan Media MuslimUPRo 12 Mac 2014

by akarimomar
KENYATAAN MEDIA DELEGASI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM SEMAKAN BERKALA SEJAGAT (MUSLIMUPRO)
12 Mac 2014 │ 10 Jamadil Awal 1435 │ Bangi, Selangor Darul Ehsan
MUSLIMpro official logoKenyataan media ini dikeluarkan bersempena Seminar Islam dan Hak Asasi Manusia: Cabaran Tuntutan COMANGO dan Masa Depan Malaysia, yang dianjurkan sebagai penzahiran kerjasama MuslimUPRo, Fakulti Usuludin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Islam, UKM dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM). Seminar yang dianjurkan ini berhasrat memperhalusi kajian tema-tema penting di sekitar isu-isu HAM menurut pandangan Islam dan juga sebagai medan untuk MuslimUPRo dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) berkongsi idea dan pengalaman semasa sesi UPR dan mendapatkan respons serta pandangan arah tuju perjuangan HAM menurut perspektif Islam.
Seminar ini juga ingin meneruskan sebahagian inisiatif penyelidikan dan penerbitan sebagai sumbangan terhadap kegiatan ilmiah di dalam bidang kajian Islam dan HAM serta memperkasa wacana Islam dan HAM di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa dengan pendedahan isu-isu mutakhir serta kupasan cabaran-cabaran yang melatari perkembangan perbahasan Islam dan HAM di pelbagai peringkat. Selain itu, seminar ini juga ingin mengenal pasti di kalangan ahli akademik dan aktivis NGI yang boleh diketengahkan untuk memperkasa agenda memperjuangkan isu-isu HAM dari peringkat serantau dan antarabangsa termasuk di dalam proses UPR.
Pihak MuslimUPRo juga ingin mengumumkan penghantaran delegasi rasmi ke sesi penerimaan muktamad (final adoption) di Geneva, Switzerland yang akan diadakan pada 20 Mac 2014 di Majlis Hak Asasi Manusia. Delegasi seramai enam orang terdiri daripada Azril Mohd Amin (Pengerusi/ Ketua Delegasi MuslimUPRo), Ustaz Nasharuddin Mat Isa, (Pengerusi Yayasan Nassar), Dr. Yusri Mohamad (Presiden, Institut Kajian Islam & Strategik – ISSI), Mohd Gunawan bin Che Ab Aziz (Pengerusi, Majlis Ittihad Ummah), Haji Aminuddin Yahaya (Timbalan Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merangkap Setiausaha ACCIN dan Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin, (Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA).
Fokus misi delegasi MuslimUPRo pada kali ini adalah untuk terus memantau perkembangan syor-syor yang telah dikemukakan terhadap kerajaan Malaysia semasa sesi pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat berlangsung pada bulan Oktober lalu. Sebanyak 232 syor-syor telah dikemukakan oleh negara-negara anggota Majlis HAM. Sementara pihak MuslimUPRo menerima saranan-saranan pembaikan HAM di dalam pelbagai bentuk sebagaimana yang telah dikemukakan di dalam deraf laporan UPR Malaysia yang terdahulu, MuslimUPRo tetap tegas menolak enam tuntutan kontroversi yang terkandung di dalam Laporan COMANGO bertarikh 11 Mac 2013 yang telah menjadi asas pada semakan situasi HAM di Malaysia semasa sesi UPR. Tertakluk pada kebenaran akreditasi yang diberikan Majlis HAM, MuslimUPRo akan menyatakan pandangan lisan secara rasmi di dalam sesi penerimaan tersebut untuk menzahirkan pendirian pertubuhan-pertubuhan Islam terhadap laporan akhir UPR Malaysia. MuslimUPRo juga akan meneruskan beberapa siri penerangan serta engagement dengan misi-misi kedutaan asing dan NGO-NGO HAM di Geneva bagi bertukar-tukar pandangan mengenai inisiatif pembaikan HAM di Malaysia serta interaksinya dengan realiti, latarbelakang serta sejarah Islam.
MuslimUPRo seterusnya ingin memaklumkan bahawa untuk strategi jangka panjang, seminar seumpama yang diadakan pada hari ini akan diperluaskan dengan institusi-insitusi akademik dan kemasyarakatan yang lain di dalam jangka waktu terdekat. Selain itu, MuslimUPRo juga akan memulakan inisiatif memilih daripada kalangan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI) aktivis-aktivis yang berpotensi untuk menjalani Zamalah Islam dan Hak Asasi Manusia, termasuk peluang untuk dihantar ke Geneva bagi mendapat latihan serta pendedahan terhadap mekanisme dan sistem HAM di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, MuslimUPRo juga telah memulakan usaha penyelidikan untuk menghasilkan laporan interim situasi HAM di Malaysia menurut kacamata Islam yang akan dikumpulkan untuk membentuk laporan stakeholder bagi sesi pusingan ketiga Semakan Berkala Sejagat pada tahun 2017 kelak. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai NGI yang bergabung dengan MuslimUPRo serta dengan NGI lain yang berperanan serta berkedudukan strategik memberikan respons terhadap situasi HAM di Malaysia secara bertanggungjawab serta tidak melanggar lunas-lunas kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Pihak MuslimUPRo ingin memohon doa daripada rakyat Malaysia agar Kerajaan Malaysia meneruskan pendirian tegas menolak mana-mana tuntutan HAM yang melanggar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan kesucian Islam di Negara ini. Melalui kacamata antarabangsa, Malaysia mampu menawarkan penyelesaian strategik terhadap isu-isu kontroversi melibatkan tuntutan-tuntutan HAM, seperti isu kebebasan beragama, LGBT serta isu-isu di sekitar mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan melalui model kesederhanaan yang ditampilkan kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.
Seterusnya, kepimpinan Malaysia sangat diperlukan di dalam arena antarabangsa untuk membentuk acuan tuntutan HAM yang munasabah serta tidak melampaui batas kemanusiaaan, seperti yang dizahirkan beberapa Negara barat yang ghairah memperjuangkan tuntutan HAM mengikut pandangan liberal-sekular mereka sehingga boleh membawa kehancuran pada tamadun kemanusiaan. Peranan Malaysia dilihat sebagai mampu menawarkan artikulasi alternatif terhadap fahaman HAM kontemporari, serta berupaya memperkasa Negara-negara yang bergabung di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di peringkat antarabangsa.
MuslimUPRo akan terus menyokong inisiatif murni dan hasrat mempertahankan dan memperbaiki keadaan HAM di Malaysia. Penglibatan MuslimUPRo sebagai suara masyarakat sivil diharap dapat terus memberikan impak serta kesan jangka panjang di dalam usaha memperbaiki keadaan HAM di Malaysia tanpa berkompromi terhadap isu-isu yang mencabar kesucian Islam dan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan yang kita hormati.
Azril Mohd Amin │ Pengerusi MuslimUPRo