Showing posts with label Ridzwan Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Ridzwan Abdullah. Show all posts

20 June 2014

DAKWAH 69

Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah saw bersabda, "akan datang kepada umat ku suatu zaman dimana orang yang mahu berpegang kepada agamanya (Islam) laksana mengenggam bara api - hadis riwayat Tirmidhi
Salam 2 all.

Adakah kita benar-benar mempertahankan Islam bila seorang mualaf yang memeluk Islam dan membawa anaknya turut memeluk Islam dan menjalani kehidupan Islam, tiba-tiba boleh hilang hak jagaan anak tersebut, dan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Syariah serta pihak polis yang cuba mempertahankan dan membela mereka tidak dapat berbuat apa-apa?

Apa mesej dakwah yang kita cuba sampaikan?

Bahawa kalau kamu masuk Islam kamu hilang hak jagaan anak kamu?

Bahawa kalau kamu masuk Islam, kamu tidak akan dibela, dilindungi atau dipertahankan?

Bahawa anak kamu yang di islamkan bersama akan terus kafir tanpa sebarang perlindungan?

Bahawa kalau kamu islamkan anak kamu, itu satu dosa besar yang akan menghantui kamu?

Bahawa jika kamu mati, kemungkinan jenazah kamu akan menjadi rebutan, dan kemungkinan akhirnya dibakar atau diselenggarakan bukan cara Islam?

Bahawa mana-mana pihak yang cuba melindungi kamu, atau anak kamu, atau jenazah kamu, samada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Syariah, Polis atau sesiapa pun akan menjadi 'musuh negara' - enemy of the state!

Sudah tentu mesej dakwah yang kita berikan adalah negatif sama sekali. Ini namanya Dakwah 69 - dakwah tunggang terbalik, dakwah songsang, yang akan menyebabkan orang lari daripada Islam, menyebabkan orang takut nak masuk Islam! 

'Negara Islam apa kalau mu'alaf pun kita tak boleh pertahan. Sampai anak dia yang masuk Islam pun kita tak boleh bela! Dan Ketua Polis Negara yang cuba mempertahankan kesucian Islam pun boleh dimaki hamun, siap boleh diugut dan langsung tidak dibela. Pemimpin UMNO diam menyepi, pemimpin PAS terus jadi syaitan bisu".

Saya termenung panjang memikirkan keadaan kita sekarang.

Cuba bayang, Mohd Ridzwan Abdullah, seorang yang asalnya beragama hindu telah memilih memeluk Islam. Dan beliau membawa bersama anak-anak yang masih kecil untuk bersama dengan aqidah Islam yang haq lagi benar ini.

Mungkin ada suara sumbang diluar sana akan berkata dengan nada sinis, 'eleh, dia masuk Islam sebab nak dapat hak jagaan anak dia'.

Teringat saya peristiwa seorang sahabat membunuh seorang musuh dalam satu peperangan. Setelah tewas berpedang, musuh tersebut telah cuba melarikan diri. Sahabat tersebut dapat mengejarnya. Sebaik mahu ditetak, musuh itu terus mengangkat syahadah 'aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah'.

Sahabat tersebut tidak memperdulikan syahadah itu, sebaliknya terus menetak dan membunuh musuh tersebut.

Apabila peristiwa itu diceritakan kepada Rasulullah saw, Baginda menegur sahabat tersebut yang berpandangan musuh itu mengucap syahadah sekadar mahu menyelamatkan tengkuknya.

Sabda Nabi, "mana kamu tahu dia mengucap kerana nak selamatkan nyawa dia wahai fulan?".

Iman itu adalah anugerah Allah. Dan Allah memilih cara itu untuk memberi dia hidayah! Bukan kerja kita mempersoalkan keimanan seseorang. Janji dia mengangkat syahadah, dia seorang Muslim. Apa niat dia masuk Islam bukan kerja kita nak menyiasatnya. Kita kena husnul dhan - bersangka baik kepada dia.

Apa niat Mohd Ridzwan memeluk Islam bukan kerja kita untuk mempersoalkannya. Dia sudah mengangkat syahadah, maka dia saudara kita, dia umat Islam. Kita wajib membela dan mempertahankan beliau.

Tetapi dek kerana dia memeluk Islam, kini dia menghadapi tekanan pelbagai pihak untuk menyerahkan anak yang telah Islam bersamanya. Mereka gunakan Mahkamah, dan kini mereka mahu gunakan polis.

Ridzwan mengambil langkah tepat untuk pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perlindungan dan perintah jagaan anaknya.

Tetapi kelihatan seolah-olah perintah Mahkamah Syariah tidak laku. Walaupun Artikel 121 (1A) Perlembagaan jelas memberikan bidangkuasa setaraf kepada Mahkamah Syariah, walaupun Perlembagaan terang-terang melarang Mahkamah sibil daripada menganggu urusan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah, namun kelihatan semua itu mahu dicampak ke longkang!

Malah Mahkamah Persekutuan dalam kes Shamala memutuskan bahawa berdasarkan Artikel 12 Perlembagaan, adalah menjadi hak mana-mana ibu atau bapa untuk memilih, menentukan atau menukar agama anaknya. Tidak perlu persetujuan pihak yang lain. Memandangkan Dr. Riduan (dalam kes itu) yang telah memeluk Islam memilih membawa anaknya turut memeluk Islam, maka Mahkamah putuskan ianya sah walaupun tiada persetujuan ibu yang masih bukan Islam. Keputusan Mahkamah tertinggi dalam negara ini pun mereka tidak hormat!

Hinggakan Ketua Polis Negara dimaki hamun dan dihina hanya kerana menyatakan polis tidak akan menguatkuasakan perintah Mahkamah sibil atas alasan Mahkamah Syariah juga ada mengeluarkan perintah yang sama.

Kata Tan Sri Khalid, langkah terbaik dan paling profesional ialah dengan pihak polis mengambil jalan tengah, dengan tujuan supaya polis tidak dilihat menyebelahi samada Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sibil. Sebaliknya menyerahkan kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan menurut lunas undang-undang yang ada.

Tetapi niat baik dan sikap profesional Ketua Polis Negara diputar-belit dan dipolitikkan, sehingga beliau dan polis pula kelihatan bersalah.

Dan yang lebih malang, tiada mana-mana pemimpin politik Melayu-Islam, samada kerajaan mahupun pembangkang yang tampil ke hadapan membela dan mempertahankan beliau!

Jadi dalam keadaan itu, cuba bayangkan apa mesej atau dakwah yang kita cuba sampaikan kepada mereka yang mahu memeluk Islam, atau kepada para mualaf saudara baru kita?

Kalau aqidah seorang anak yang Islam bersama ibu atau bapanya yang 'mualaf' pun kita tak boleh pertahankan, bela atau lindungi, kita perlu lebih banyak bermuhasabah mengenang kedudukan Islam dalam negara kita sekarang ini?

Kalau jenazah mualaf pun kita tidak dapat selenggarakan mengikut hukum syara' yang merupakan tuntutan fardhu kifayah, malah jenazahnya boleh dirampas dan dibakar menurut cara kafir, kita kena berfikir sejenak mengapa sampai begitu jadinya umat Islam di negara Islam Malaysia ini?

Islam bukan letak pada labelling macam coklat dengan cop halal, macam meehun dengan cop masjid! Islam adalah agama pengisian, agama keyakinan, agama yang diakui dengan qolbi-hati, dibenarkan dengan qauli-lisan, dan dizahirkan dengan fi'li - perbuatan.

Malaysia adalah sebuah negara Islam. Malaysia juga adalah sebuah negara umat Islam. Memang banyak telah kita lakukan untuk membuktikan Malaysia adalah sebuah negara Islam, negara umat Islam.

Namun soal aqidah adalah soal keutamaan, priority. Aqidah adalah segala-galanya. Kalau aqidah pun boleh dicabar, kalau iman pun boleh dirembat, kalau kalimah Allah pun boleh dipermainkan, bermakna banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk benar-benar memperkasa dan memartabatkan Islam dalam negara ini!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Sya'ban 1435
20 Jun 2014

19 June 2014

AQIDAH 69

Pengkhianatan & perpecahan dikalangan umat Islam, diikuti dengan muslihat musuh yang berterusan mahu menghancurkan Islam menyebabkan Masjid Al-Aqsa terus duduk dibawah cengkaman penjajah zionis!
Salam 2 all.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan profesionalisma pasukan Polis DiRaja Malaysia dengan mengambil sikap jalan tengah kerana menghormati perintah Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sibil dalam kes jagaan anak yang masuk Islam kini dimaki hamun dan dihina tanpa sebarang pembelaan;

Dato' Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa, Pengerusi MAIS yang mempertahankan keluhuran Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 dengan mengambil sikap enggan memulangkan bibel versi bahasa Melayu yang menyalahgunakan kalimah Allah kini dimaki hamun dan dinisa;

Mohd. Ridzwan Abdullah, yang telah memilih memeluk Islam dan membawa anak-anaknya bersama ke aqidah Islam, dan mempertahankan aqidah mereka dengan mendapatkan perintah jagaan daripada Mahkamah Syariah kini dimaki hamun dan dihina, dan menjadi buruan para kafir harbi dengan mengguna segala jentera dan institusi kerajaan dan bukan kerajaan, dan beliau tidak mendapat sebarang pembelaan;

Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang cuba mempertahankan institusi Melayu dan Islam daripada serangan bertubi-tubi pelampau liberalis dan extremis kebebasan dengan mengingatkan mereka asal usul keturunan dan warisan mereka di negara bekas Persekutuan Tanah Melayu ini kini diheret ke Mahkamah dengan pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara tanpa sebarang pembelaan;

Alvivian, dua makhluk kafir yang menghina Islam dengan mempersenda dan memperlekeh bulan Ramadhan dengan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi dibebaskan daripada pertuduhan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan konon atas alasan Seksyen itu tidak terpakai kepada non-Muslim;

Empat makhluk 'berjubah-purdah' daripada parti yang mengaku Islam mendesak supaya kuasa dan bidangkuasa MAIS mengenai Islam dan hal-ehwal Islam di Selangor dihapuskan dan mendabik dada konon ianya boleh dilakukan kerana persekongkolan DAP-PKR-PAS mempunyai majoriti 2/3 dalam DUN Selangor untuk menggubal undang-undang penghapusan kuasa MAIS itu;

Apa yang jelas daripada huraian diatas?

Bahawa hadis Rasulullah saw telah terjadi dihadapan mata kita.

Sabda Rasulullah saw yang maksudnya boleh dirumuskan seperti berikut, 'akan datang suatu masa kelak remaja kamu fasik, wanita kamu menderhaka, dan kamu meninggalkan jihad. Kamu tidak melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Malah lebih teruk yang mungkar jadi ma'ruf, dan yang ma'ruf jadi mungkar. Malah lebih parah kamu disuruh  buat yang mungkar, dan kamu ditegah buat yang ma'ruf"!

Iman umat Islam akhir zaman sudah jadi tunggang terbalik. Syariat umat Islam akhir zaman sudah jadi caca marba. Aqidah umat Islam akhir zaman sudah jadi Aqidah 69.

Na'uzubillah min zaalik!.

Melihat kepada keadaan semasa, saya teringat pesan Rasulullah saw yang telah saya ulang saban kali, akan datang suatu masa nanti, memilih kehidupan Islam diakhir zaman umpama mengenggam bara api. Kamu akan dilihat pelik dan asing, dan kamu akan dilayan pelik dan asing.

Kini kita sebenarnya sedang meniti zaman itu. Tan Sri Khalid sedang melalui zaman itu. Dato' Adzib sedang melalui zaman itu. Ridzwan sedang melalui zaman itu. Abdullah Zaik sedang melalui zaman itu. Dan saya jangka ramai lagi pejuang dan aktivis yang mahu memperkasa, membela dan mempertahankan Islam akan melalui zaman itu.

Penjara itu peluang beruzlah, dibuang daerah itu peluang berhijrah, dihukum gantung itu peluang untuk syahid - mungkin itu sahaja ruang yang akan tinggal kepada kita para pejuang dan pencinta Islam akhir zaman ini.

Mungkin sudah tiba masanya umat Melayu-Islam menggunakan senjata yang kita jarang gunakan selama ini - DOA!

Doa itu senjata muqmin!

Marilah kita bersama-sama mendirikan solat hajat, dan kalau boleh didalam bulan Ramadhan 1435 yang bakal menjelang ini, kita bangkit mendirikan solat hajat tiap hari, dan membaca doa qunut nazilah dalam tiap solat fardhu dan sunat, memohon kepada Allah supaya memelihara iman dan aqidah kita, memelihara agama kita, dan melindungi waris zuriat kita daripada malapetaka aqidah yang sedang melanda; dan diwaktu yang sama kita memohon kepada Allah supaya menghancur-musnahkan anjing-anjing mungkar dan kebatilan dan anak-anak dajjal yang sedang berkeliaran dimuka bumi kita ini.

'Ya Allah, sesungguhnya kami menyerahkan segala tengkok musuh kami kepada Mu, kami berlindung dengan Mu daripada segala kejahatan mereka;

Ya Allah, kembalikanlah tipudaya dan muslihat mereka kepada mereka, hancurkanlah kesatuan mereka, pecah-belahkan sesama mereka dan goncangkanlah pendirian mereka;

Ya Allah, hantarkanlah bala tentera Mu keatas mereka, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Perkasa, wahai Tuhan yang Maha Pembela, wahai Tuhan yang memiliki ketinggian dan kemuliaan;

Ya Allah Tuhan yang menurunkan kitab Al-Quran, ya Allah Tuhan yang mengarakkan awan, wahai Tuhan yang menghancur-lumatkan tentera ahzab dab musuh-musuh Islam, hancur-lumatkanlah mereka dan bantulah kami mengalahkan mereka;

Ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Islam dan umat Islam, kehinaan kepada syirik dan musyrikin, kufur dan kafirin, nifaq dan munafiqin, kezaliman dan dholimun, dan mereka yang bertopengkan Islam, sesat lagi menyesatkan;

Ya Allah, berikanlah pertolongan dan bantuan kepada kami dalam menghadapi mereka yang mengugut-ugut dan menakut-nakutkan kami, serta menyekat dan menghalang kami kepada jalan Mu ya Allah;

Ya Allah, janganlah Kau tinggalkan kami dalam keadaan sakit kecuali Kau sembuhkan penyakit kami, tiada dalam keadaan berdukacita melainkan Kau hilangkan kedukacitaan kami, tiada dalam keadaan dizalimi melainkan Kau memberikan pertolongan, tiada dalam keadaan berhajat melainkan Kau tunaikan hajat-hajat kami;

 Ya Allah, sekiranya Kau tidak mengasihani kami, nescaya kami termasuk didalam golongan orang yang rugi. Kurniakanlah kepada kami kebaikan didunia, kebaikan di akhirat, dan lindungi kami dariapad 'azab ap neraka;

Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan bantuan dan pertolongan Mu Ya Allah. Hasbunallah wani'mal wakil, walaa hau lawalaa quwwata illa billah hil 'aliyiil 'adheem;

Ameen ya robbal 'aalameen'.

Wallahua'lam dan assalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
21 Sya'ban 1435
19 Jun 2014