24 October 2011

DI ANTARA ENAKMEN & SYARIAT?


(Ketegasan Tuanku Selangor mempertahankan Islam dan institusi Islam sangatlah dihargai umat Islam)

Salam 2 all.

Teman tengok riuh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bila teman timbulkan mengenai isu liwat termasuk berkaitan "mendatangi isteri melalui 'pintu belakang". Maka habis dema punggah kitab kuning, kitab hijau, sampai kitab takde warna pun dikeluarkan daripada gobok dan lemari untuk serang teman. Ada yang sampai fitnah teman jahil tak tau hukum!

Isu yang teman bangkitkan bukan soal apa hukum "mendatangi isteri melalui pintu belakang". Itu teman pun tahu, kecuali ada segelintir orang yang masih berminat dengan main pintu belakang ni walaupun dah tahu itu adalah amalan kaum yang dila'nat! Isunya sekarang ialah mengapa peruntukkan itu tidak ada didalam Enakmen yang yang digubal oleh PAS. Bukan sahaja tidak ada, malah membawa kekeliruan dan fitnah terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya teman pada mulanya tidak menyedari kelompongan didalam Enakmen tersebut. Sehinggalah seorang isteri pimpinan pembangkang datang mengadu kepada teman mahu memohon cerai. Pengadu ni isteri kedua seorang pemimpin pembangkang. Masih muda, bawah 30 tahun. Beliau datang dengan aduan mahu bercerai, kerana tidak tahan "didatangi oleh sang suami melalui pintu belakang"!

Teman agak terperanjat dengan pendedahan si isteri ini. Kebetulan teman kenal pemimpin yang dia sebut. Teman katakan takkan polan tersebut tidak tahu "mendatangi isteri melalui pintu belakang" adalah dila'nat, dan dikutuk ALLAH!

Namun si isteri menyatakan kepada teman, sang suami menegaskan "mendatangi pintu belakang" isteri ini diperbolehkan! Dan si isteri menyatakan antara hujah sang suami untu menghalalkan tindakannya menduburi isterinya, sang suami menunjukkan kepada beliau Enakmen tersebut yang jelas menunjukkan satu kekeliruan bila ia memperuntukkan secara ringkas saperti berikut:

Seksyen 14: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangi dubur seorang lelaki atau dubur seorang wanita kecuali dubur isterinya!

Dan tidak ada mana-mana peruntukkan didalam Enakmen tersebut yang menyebut atau memperjelaskan sebaliknya. Maka sang suami dengan penuh konfiden menyatakan bahawa dia boleh mendatangi "dubur" isterinya kerana ianya bukan "liwat" mengikut ta'rifan Enakmen tersebut!

Keghairahan kaum ini menyerang teman dengan segala maki-hamun dan fitnah serta mengeluarkan segala kitab dan hujah ini membuktikan satu perkara: bahawa Enakmen yang dibuat oleh PAS ini tidak sempurna dan tidak lengkap kerana tidak menterjemahkan dengan sempurna dan lengkap apa yang sebenarnya disyariatkan Islam.

Kalau mike perhatikan, tidak ada seorang pun yang mengupas tentang peruntukkan Enakmen tersebut. Semuanya menyandarkan hujah kepada undang-undang Islam berdasarkan segala kitab dan lain-lain KECUALI Enakmen tersebut. Teman rase dema baca pun tak Enakmen yang dibuat oleh kaum mereka sendiri!

YANG MENJADI ISU BUKAN HUKUM LIWAT DALAM ISLAM. ITU SUDAH JELAS. YANG MENJADI ISU IALAH TA'RIFAN LIWAT DIDALAM ENAKMEN YANG DIBUAT OLEH PAS SENDIRI!

Kita semua tahu syara' mela'nat kaum Al-Juburi ini. Yang itu jelas. Teman sendiri mengambil pendirian jelas iaitu mendatangi dubur seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan, termasuk pondan, samada dubur isteri sendiri atau isteri kawan, termasuk dubur pembantu, dubur pemandu atau dubur sesiapa sahaja, ianya adalah liwat dan wajib dihukum dan dilaknat dengan sekeras-kerasnya.

Tapi ini bukan masalah kedudukan hukum didalam Islam. Undang-undang Islam jelas. Yang tak jelasnya ialah Enakmen yang dibuat oleh PAS. Ianya bukan sahaja tidak lengkap dan tidak sempurna; malah boleh mengelirukan dan membawa fitnah saperti yang teman sebut dalam kes diatas!

Apa yang perlu sekarang ialah semua pihak yang berkepentingan, terutama kerajaan Persekutuan dan Negeri, semua parti politik orang Melayu-Muslim, NGO-NGO dan individu yang berkenaan supaya duduk bersama berbincang untuk bukan sahaja mencari formula untuk perlaksanaan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas & ta'zir, malahan mencari jalan bagaimana penyeragaman perlaksanaan boleh dibuat oleh negeri-negeri.

Ini perlu kerana pada peringkat awal, Enakmen Terengganu dan Enakmen Kelantan sendiri pun berbeza, walaupun daripada satu parti! Malahan sesama ulama' PAS pun berbeza. Datuk Nik Aziz kata Kerajaan PAS Kelantan nak laksanakan hudud, Datuk Seri Azizan kata Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud. Dan penyeragaman ini penting kerana yang boleh melaksanakan undang-undang Islam ini hanyalah negeri-negeri; Kerajaan Persekutuan langsung tidak ada kuasa dan bidangkuasa perlaksanaan.

Teman hairan dengan kaum yang terlalu gemar menuding jari dan menghentam orang lain tanpa sebarang asas dan fakta. Konon beriya-iya nak bercakap pasal hukum, habis dipunggah segala kitab kuning dan lain-lain. Tapi bila kena batang hidung sendiri, jangan kata kitab kuning, kitab Al Quran pun dema tak jumpa. Contohnya:

1. apa pendirian mereka tentang fahaman pluralisma iaitu menyamakan Islam dengan agama lain? Sudah jelas bukan sahaja berdasarkan Al Quran & Sunnah, malah sudah difatwakan bahawa penganut fahaman pluralisma ini bukan sahaja sesat, malah boleh membawa kepada batalnya aqidah dan membawa kepada murtad! Tetapi kenapa kaum ini senyap, menjadi syaitan bisu! Apa pendirian mereka dengan ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics yang jelas mempunyai unsur pluralisma? Kenapa diam membisu tanpa sebarang komen? Mana pergi segala kitab kuning?

2. apa pendirian mereka dengan tindakan pihak yang membenarkan, malah meredhoi kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci. Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri, Sahibul Fadhilah Dato' Dr Haron Din sendiri telah memfatwakan sesiapa yang menyetujui dan meredhoi kristian guna kalimah ALLAH ini adalah syirik dan boleh membatalkan aqidah! Kenapa kaum ini diam membisu, malah ada yang lebih malang terus menyokong secara membabi buta! Mana pergi segala kitab kuning yang ada?

3. apa pendirian mereka dengan tindakan pimpinan pembangkang yang sanggup mati untuk kafir harbi saperti Karpal Singh? Apakah itu dibenarkan syara', apabila Karpal Singh dengan cukop jelas, terang, nyata dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Teman tidak menyalahkan Karpal Singh sebab dia memang kafir. Yang teman pelik ialah dengan pendirian orang yang mengaku nak berjuang menubuhkan negara Islam, nak laksanakan hudud dan lain-lain, tetapi boleh isytiharkan sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh! Dan yang lebih pelik ialah kenapa kaum yang kuat menghukum orang ini langsung senyap menjadi syaitan bisu? Mana pergi segala kitab kuning yang dibongkar habis hanya nak menghukum orang?

Teman boleh bariskan banyak lagi contoh yang tidak lain selain membuktikan betapa hipokrit dan double-standardnya puak-puak ini. Dahulu bila mereka tak bersetuju dengan Anwar Ibrahim, ada kalangan mereka berkokok melabel Anwar sebagai Al-Juburi, tetapi bila dah tidor sebantal, dimartabatkan Anwar sebagai anugerah Ilahi!!! Bila datang masa nak menghukum dan menuding jari kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka, begitu cepat mereka menjatuhkan hukuman dan habis dibongkar segala kitab kuning mereka untuk menegakkan benda yang tak tegak. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, jangankan kitab kuning, Al Quran & Hadis Nabi saw pun mereka boleh tak nampak!

Apa yang teman cuba bangkitkan dalam hujah di Parlimen baru ini ialah bukan mempersoalkan hukum atau undang-undang Islam; yang itu jelas. Tetapi yang teman pertikaikan ialah Enakmen yang dibuat oleh PAS sendiri, dan Seksyen 14 adalah antara contoh yang teman bawakan untuk menunjukkan betapa cara peruntukkan yang digubal oleh PAS sangat mengelirukan, malah boleh, dan telahpun membawa kepada fitnah. Kalau mendatangi dubur isteri itu salah, dan memang jelas salah, kenapa tidak dinyatakan dengan jelas didalam Enakmen tersebut?

Sebaliknya digubal dalam bentuk yang sangat mengelirukan iaitu: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangani dubur seorang lelaki atau wanita, kecuali mendatangi dubur isterinya sendiri! Bukankah itu mengelirukan? Bukankah ini bercanggah dengan segala kitab kuning yang dibawa oleh kaum yang menentang ini.Ia memberi gambaran seolah-olah bermain dengan dubur isteri itu bukan liwat, dan yang lebih malang ia boleh diputarbelitkan oleh golongan tertentu untuk menghalalkan tindakan meliwat isteri sendiri!

Sebenarnya apa yang penting sekarang ialah untuk kita umat Islam menghentikan kegiatan salah menyalah, tuding menuding, dan yang lebih teruk, kafir mengkafir orang lain yang tak sehaluan mereka. Hentikanlah mendabik dada "kita lebih Islamik daripada orang lain". Jangan kita jadi saperti seekor ayam jantan yang ghairah berkokok tetapi taik penuh terpalit di ekornya! Kelak nanti kita akan jadi bahan ketawa orang sahaja! Ingatlah, kuat lidi kerana diikat, kuat umat kerana muafakat!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 ZulQaedah 1432
24 Oktober 2011

21 October 2011

PERANGKAP SYAITAN!


Salam 2 all.

PAS AKAN KELUAR PAKATAN PEMBANGKANG DEMI UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD! BiaDAP & PKR AKAN TENDANG PAS DARI PAKATAN PEMBANGKANG KERANA PERJUANGAN MALAYSIAN-MALAYSIA, MALAYSIA BARU!

Itulah strategi dan senjata akhir Pakatan pembangkang bila menghadapi PRU 13 nanti. Demi survival politik dan untuk merampas Putrajaya dalam PRU 13 nanti dengan cara yang cukop licik lagi kotor, Pakatan pembangkang sedang merangka satu strategi yang akan memerangkap umat, rakyat dan negara ini!

AWAS BANGSA MELAYU UMAT ISLAM: STRATEGI SYAITAN INI AKAN MENGHANCURKAN KUASA POLITIK UMAT ISLAM BANGSA MELAYU DALAM NEGARA INI DIDALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI!


Strategi dan perangkap ini dirangka apabila menyedari bahawa sokongan umat Islam bangsa Melayu khususnya kepada Pakatan semakin menurun dan merosot setelah orang Islam bangsa Melayu melihat bagaimana Anwar rupanya berfahaman pluralisma menyamakan Islam dan agama lain, menjual kalimah ALLAH kepada kristian, dan PAS pulak sanggup menjual agama dan perjuangannya; daripada isu kalimah ALLAH, kepada isu sumpah bai'ah talaq tiga, kepada isu buang negara Islam, kepada menjadikan kafir harbi sebagai kalipah himpunan haram mereka, mengidola dan mengagungkan komunis, membela gereja yang memurtadkan umat, memaki hamun pemimpin mereka yang mahu mempertahankan aqidah, sehingga memboikot Himpunan Sejuta Umat Islam. Ini semua menyebabkan umat Islam bangsa Melayu mula menjauhi PAS dan pakatan pembangkang.

Sedangkan sokongan kaum Cina khususnya, termasuk kaum bukan Islam terutama kristian kepada Pakatan pembangkang, walaupun statik tetapi sudah mula timbul persoalan setelah melihat biaDAP kononnya bersekongkol dengan PAS yang mahu laksanakan hudud PAS! Mereka perlu lakukan sesuatu untuk mendapat kembali sokongan dan undi kedua-dua bangsa Melayu dan bukan Melayu dalam menghadapi PRU 13 nanti.

Sebenarnya isu hudud PAS yang dibangkitkan sekarang adalah permulaan kepada strategi perangkap ini. Ianya sengaja diputarkan semula dalam keadaan mereka tahu adalah mustahil untuk mana-mana kerajaan Melayu Islam, samada peringkat negeri mahupun pusat laksanakan akibat komposisi kongsi-kuasa yang ada sekarang. UMNO dengan MCA & MIC nya, PAS dengan biaDAP & PKRnya. Jadi realiti politiknya memang hampir, kalau tidak pun mustahil untuk dilaksanakan undang-undang hudud ini, walaupun kita menagkui ianya hukum yang datang dari Al Quran.

Tetapi jangan termakan perangkap ini. Apabila isu hudud ini berbangkit, mereka tahu UMNO terpaksa mengambil sikap menolak, kerana UMNO secara sendirian tidak boleh laksanakannya memandangkan UMNO sendiri tidak ada majoriti mutlak didalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Jadi strateginya ialah jika UMNO menolak, akan dicanangkan bahawa UMNO menolak Islam, sekaligus menghakis sokongan Melayu-Islam kepada UMNO.

Diwaktu yang sama, mereka tahu bahawa parti bukan Melayu dalam BN, terutamanya MCA akan bertindak balas dengan menolak, malahan akan menentang habis-habisan; kerana mereka tahu MCA perlu memperlihatkan diri mereka sebagai penentang Melayu-Islam kepada masyarakat Cina. Dengan cara itu, orang Melayu-Islam akan bertambah benci dengan UMNO kerana gagal mengawal MCA khususnya.

Pada masa yang sama, parti cauvinis biaDAP akan terus memainkan sentimen anti-hudud anti Islam anti-Melayunya. Karpal Singh dan juak-juaknya akan mengulang lagu lama-over my dead body! Dengan cara itu, sokongan kepada parti cauvinis biaDAP ini akan terus kekal, dan mungkin bertambah.

Wama karuu wama karallah..wallah hukhoirul maakiriin!! Mereka menipu daya, ALLAH juga merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segala-galanya!


Namun perancangan itu terbantut apabila YAB Datuk Sri Najib membuat kenyataan diluar dugaan mereka! Mereka berharap PM akan mengambil sikap yang sama saperti Tun Mahathir. Sebaliknya PM dengan penuh kebijaksanaan menyatakan "UMNO mengakui hudud adalah hukum ALLAH, namun realiti politiknya hudud tidak dapat dilaksanakan sekarang". Ditambah pulak dengan kenyataan YAB TPM bila beliau berkata, "hudud akan dilaksanakan juga, tetapi akan mengambil masa yang panjang".

Kenyataan pimpinan UMNO ini membantutkan asakan mereka. Dan dengan takdir ALLAH, tiba-tiba YAB Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah, yang juga seorang yang dianggap ulama' besar didalam PAS membuat kenyataan, "PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana realiti politiknya PAS berkongsi kuasa dengan biaDAP & PKR. Jangan sesekali samakan PAS Kedah dengan PAS Kelantan!!". Ini ditambah dengan kenyataan beberapa orang pimpinan PAS yang menyatakan bahawa "PAS tidak akan laksanakan hudud tanpa persetujuan biaDAP dan PKR".

Kenyataan mereka dari kalangan pimpinan PAS ini menyebabkan umat Islam bangsa Melayu tertanya-tanya; apa beza pendirian UMNO dengan PAS. Dan lebih besarnya ialah, mengapa dalam keadaan macam itu, Datuk Nik Aziz masih nak bercakap tentang hudud. Ini ditambah dengan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan YA Datuk Mohamad Daud yang mempertikaikan keikhlasan PAS untuk melaksanakan hudud. Sudah lebih 20 tahun memerintah, apa yang PAS buat untuk menyediakan perancangan melaksanakan hudud? Selain ceramah siang malam, Datuk Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan langsung tidak berbuat apa-apa pun mengenai perlaksanaan hudud.

Keadaan bertambah kalut bila umat Islam melihat penganut fahaman pluralisma, Anwar Ibrahim tiba-tiba menyokong hudud. Tetapi dengan kenyataan yang menjadi bahan tertawa, "saya menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan ini, tetapi ini pandangan peribadi saya sahaja". Anwar Ibrahim, orang yang mengatakan semua agama sama, yang tidak mahu membuat sumpah mubahalah dengan Saiful dan Datuk Eskay, yang tak mahu bagi sampel darah untuk ujian DNA, yang tidak mahu menunjukkan jam Omega insiden China-Doll, yang tidak mahu memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah dalam kes liwatnya; orang macam ini nak menyokong hudud? Kenyataan beliau menjadikan lawak Senario hambar!

Maka bila semua itu berlaku, strategi mereka untuk memerangkap UMNO dan BN tidak menjadi! Mereka perlu ubah strategi. Strategi yang boleh memerangkap UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti Kristian terutamanya dari Sabah & Sarawak. Apa strategi yang akan menyebabkan syaitan pun menangis?

Strategi yang begitu halus lagi mulus dirangka dengan begitu licik, tetapi jika berjaya bukan sahaja akan memerangkap UMNO & BN, tetapi boleh menumbangkan Kerajaan Persekutuan didalam PRU 13 akan datang! Strategi yang akan makan keliling. Strategi menipu untuk mengelabu!

Begini strateginya. Isu hudud dan beberapa lagi isu berkaitan Islam akan dibangkitkan. Dan kemuncaknya bila Anwar disabit oleh Mahkamah atas pertuduhan meliwat (hampir pasti akan disabitkan kesalahan sebab pembelaan alibi Anwar sudah kaput, sampai terpaksa tukar pembelaan "anuWaar" nya tak berfungsi!-insyallah teman akan membuat kupasan terperinci tidak lama lagi!). Bila ini berlaku, PAS akan keliling kampung mendakwa sabitan dan hukuman itu tidak Islamik.

Maka masa itu isu perlaksanaan hudud sekali lagi akan dibangkitkan! Isu qazaf akan dibangkitkan! Isu negara Islam perlu ditubuhkan akan dicanang semula. Sampai ke satu peringkat, PAS akan mengisytiharkan bahawa mereka akan melaksanakan juga hudud walaupun parti cauvinis biaDAP tidak setuju.

Akan berlakulah sandiwara terbesar dalam sejarah negara. PAS akan dilihat bergaduh dengan biaDAP. PAS akan maki biaDAP; biaDAP akan kutuk PAS. Datuk Nik Aziz akan cabar Karpal; Karpal akan cabar Datuk Nik Aziz. Kemuncaknya Karpal dan biaDAP akan desak supaya PAS diketepikan dan dibuang daripada Pakatan pembangkang. PAS akan berkeras kononnya mempertahankan perjuangan nak melaksanakan hudud. Isu ini akan diperpanjangkan sampai berdekatan dengan PRU 13.

Mereka mengharapkan akhbar-akhbar utama akan terperangkap dengan mainan ini. Media besar saperti TV3, Utusan, Berita Harian, NST dan lain-lain akan turut diseret. Mereka akan pastikan isu perbalahan PAS mahukan hudud dan biaDAP tolak hudud akan menjadi headline dan berita utama setiap hari.

KEMUNCAKNYA BILA DAH DEKAT PILIHANRAYA, PAS AKAN BERSANDIWARA DAN BERLAKON KELUAR DARIPADA PAKATAN KONONNYA MAHU BERJUANG SENDIRI UNTUK PERJUANGAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD, QISAS & TA'ZIR!


Apa akan jadi?

Parti cauvinis biaDAP dan juak-juak bukan Melayu-Islam dalam PKR akan dijulang sebagai hero oleh kaum Cina khususnya..maka bertambah sokongan kepada biaDAP dan calon bukan Melayu-Islam daripada pembangkang! BiaDAP akan cabar MCA, MIC dan Gerakan supaya keluar BN demi meninggalkan perjuangan rasis UMNO. MCA, MIC & Gerakan akan tersepit diantara dua pilihan; terus bersama dengan UMNO dalam BN dan dilihat sebagai "budak suruhan UMNO" dan meneruskan pemerintahan "Ketuanan Melayu", atau bersama dengan biaDAP dan lain-lain untuk satu transformasi politik demokrasi yang baru!

PAS pulak akan dijulang dan dipuji kerana berani keluar daripada Pakatan pembangkang demi perjuangan Islamnya. PAS akan dilabel sebagai jaguh Islam sebenarnya kerana berani berjuang sendirian demi Islam! Maka bertambahlah sokongan dan undi kepada PAS dan calon PAS dalam PRU 13! PAS akan cabar UMNO supaya keluar daripada BN dan berjuang sendirian macam PAS kalau ikhlas mahukan Islam! PAS pulak akan menukar posisi menjadi penentu perpaduan dan perjuangan Melayu-Islam!

UMNO - akan ditohmah dan difitnah sebagai parti nasionalis, sekularis yang berjuang untuk tembolok sendiri. UMNO akan dicanang sebagai parti yang hanya berminat dengan "Ketuanan Melayu-Ketuanan UMNO". Maka UMNO akan ditolak kerana masih mahu terus berkompromi dengan MCA dan MIC dengan mengenepikan Islam. UMNO akan diberi kata-dua, samada memilih bersama PAS atau terus bersekongkol dengan kafir MCA dan MIC. UMNO masa itu akan berdepan dengan pilihan yang sangat sukar; perpaduan Islam atau bersekongkol dengan bukan Melayu-Islam MCA/MIC! Sudah pasti sokongan orang Melayu-Islam, yang menjadi "power-base" UMNO akan terhakis. Hampir pasti UMNO akan kehilangan banyak undi dikalangan Melayu-Islam!

MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu-Islam dalam komponen BN pulak akan ditohmah sebagai "anjing suruhan UMNO". Mereka akan dicanang sebagai parti yang tidak ada berani berubah mengikut arus politik baru dunia - yang mempertuhankan demokrasi dan lain-lain. Sekiranya mereka berterusan didalam BN, hampir pasti sokongan untuk mereka khususnya daripada masyarakat kaum Cina-India yang menjadi "power-base" mereka akan merosot. Undi untuk mereka akan jatuh merudum. Mereka akan bungkus dalam PRU 13 kerana sudah pasti kaum Cina-India akan memberi sokongan kepada biaDAP!

Dan dengan strategi halus dan licik saperti itulah, Pakatan pembangkang akan masuk dalam PRU 13. BiaDAP dan PKR akan terus bersama sebagai satu Pakatan dengan slogan Malaysia Baru, PAS akan masuk PRU 13 bersendirian dengan slogan Negara Islam.

Percaturan mereka ini, walaupun penuh risiko, tetapi yang terbaik. Sekiranya perangkap ini menjadi, calon-calon biaDAP, PKR dan PAS akan mendapat sokongan, dan mungkin menang. Jika jumlah mereka cukup melebihi 112, maka masa itulah kita akan melihat lakonan sandiwara politik kedua. Mereka akan balik berpeluk-pelukan tidor sebantal tilam sekatil untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Masa itu, barulah warna sebenar Pakatan syaitan ini akan terbongkar. Masa itu sudah terlambat bagi umat Islam-bangsa Melayu dan rakyat Malaysia; nasi sudah menjadi bubor. Kita sudah kehilangan negara kita.

Mustahil mike kata yop? 10 tahun lepas, siapa pernah terfikir BiaDAP dan PAS boleh tidur sebantal tilam sekatil? Siapa pernah terfikir Haji Hadi & Karpal Singh boleh berpeluk sakan? Siapa pernah sangka PAS sanggup buang perjuangan Negara Islam? Siapa pernah sangka biaDAP sanggup naik pentas Taman Melewar untuk berceramah? Siapa pernah jangka pemimpin PAS akan sanggup mati untuk Karpal? Tapi semua itu sudah berlaku depan mata kita!

Jadi tidak mustahil mereka akan buat lakonan baru - semuanya demi mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya. Kita sedang berdepan dengan kaum yang menjadikan teori machiavelli sebagai realiti - matlamat menghalalkan cara!

Oleh itu, hati-hatilah kita semua. Jangan terpedaya dengan lakonan mereka ini. Ingatlah sejarah bangsa dan negara. Islam bangsa Melayu khususnya perlu merangka strategi baru untuk berdepan dengan taktik kotor perangkap pakatan pembangkang ini. Jangan kita terperangkap dengan mainan politik kotor ini. Bersedialah!

Jawapannya ialah: umat Islam bangsa Melayu perlu bersatu. Kuat lidi kerana diikat, kuat Melayu-Islam kerana berpakat & muafakat!


Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
23 ZulQaedah 1432
21 Oktober 2011

20 October 2011

HUDUD SIAPA?

(Walaupun Karpal sanggup mati demi menentang hudud, ada Muslim yang sanggup mati untuk Karpal. Namun teman menyeru dan berdoa semoga Karpal akan menerima dan memeluk Islam satu hari nanti insyallah)

Salam 2 all.

Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.

Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!! Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Sedangkan liwat melalui dubur ini adalah satu kesalahan hudud, samada dubur lelaki, dubur perempuan, termasuk dubur pondan, mahupun dubur isteri (samada dubur isteri sendiri, dubur isteri kawan, mahupun dubur isteri orang lain), dubur pemandu, dubur pembantu, dubur pekerja, dubur pembancuh kopi, malah dubur sesiapa pun. Asal main melalui "dubur", ianya adalah satu kesalahan hudud! Kenapa PAS membezakan bermain dubur isteri sebagai bukan satu kesalahan hudud?

Jadi kat mana yang salah kenyataan teman tu yop? Itu adalah peruntukkan enakmen undang-undang hudud yang dibuat oleh PAS sendiri. Bukan teman reka atau rekayarsa. Malahan peruntukkan yang sama terkandung didalam deraf cadangan rang undang-undang Jenayah (Hudud & Qisas) yang dibawa oleh Kerajaan PAS semasa menjadi Kerajaan di Terengganu. Walaupun menerima bantahan yang hebat ketika bahas, rang undang-undang itu diluluskan juga oleh Kerajaan PAS.

Apa tujuan teman dedahkan perkara ini? Kerana teman sedang membawa bahas usul supaya janganlah ada pihak yang mempermainkan hukum ALLAH, menulis hukum sendiri dan memanggilnya hukum ALLAH! Persoalannya adakah benar enakmen PAS itu adalah hukum daripada ALLAH, undang-undang Islam yang sebenarnya?

Teman berikan contoh Seksyen 1 didalam Enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa "mukallaf itu maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna aqalnya". Bukankah ini bercanggah dengan syara' secara sarih. Sedangkan dalam hukum Islam mukallaf itu ialah mereka yang sudah mencapai umur aqil baligh, iaitu datang haid bagi perempuan atau datang mimpi bagi lelaki, atau dalam ketiadaannya, sudah mencapai umur 15 tahun hijriah. Itulah makna muqallaf disisi Islam. Tapi PAS menjadikan umur mukallaf sebagai 18 tahun.

Selain daripada dua yang teman sebut disini, ada beberapa contoh lain didalam enakmen hudud & qisas PAS ini yang menunjukkan apa yang dikatakan "hudud" oleh PAS itu bukan hudud disisi syara', tetapi undang-undang yang diperbuat oleh "tangan PAS" tetapi dilabel sebagai "Hudud". Dan teman dedahkan ini kerana teman ingin memperingatkan diri teman dan mike semua mengenai ayat ALLAH didalam Surah Al Baqarah: 79, dimana ALLAH berfirman,

"kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah kalam ALLAH dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata, "ini ialah dari sisi ALLAH", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar mereka daripada apa yang mereka usahakan itu".

Mafhumnya jangan mereka dan mencipta undang-undang (dan lain-lain) dan melabelnya sebagai daripada ALLAH. Kerana ALLAH mela'nat kaum saperti ini dengan kecelakaan yang besar.

Perlu teman tegaskan bahawa teman tidak pernah menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. Malah teman satu-satunya Ahli Parlimen yang mengemukakan usul didalam Dewan Rakyat supaya Undang-Undang Hudud, Qisas & Ta'zir digubal dan dilaksanakan (lihat Usul-Usul Parlimen didalam sidang yang sedang berjalan sekarang. Juga lihat entri didalam blog ini bertajuk "Usul-Usul Parlimen"). Dan tidak ada lain Ahli Parlimen (termasuk daripada PAS) yang mengemukakan usul saperti itu.

Tetapi yang teman tolak ialah undang-undang yang direka dan dicipta oleh manusia, kemudian dilabel kononnya datang daripada ALLAH. Ini yang teman tolak!

Persoalan selanjutnya ialah, adakah undang-undang Hudud, Qisas & Ta'zir boleh digubal didalam negara ini? Jawapannya boleh! Tanpa perlu Perlembagaan dipinda pun. Apa yang perlu dibuat hanyalah meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965. Dan teman juga telah memasukkan satu usul khas didalam Dewan supaya ini dilakukan.

Tetapi untuk melakukan pindaan ini, UMNO tidak boleh buat sendirian, kerana Ahli Parlimen UMNO hanya 79 orang. PAS juga tidak boleh buat sendirian, kerana Ahli Parlimen PAS hanya 24 orang. Konsensus Bebas juga tidak boleh buat sendirian, kerana kami hanya 4 orang Islam. PKR juga tidak boleh buat sendirian kerana MP Islamnya hanya 17 orang! Tetapi dengan gabungan kesemua Ahli Parlimen bangsa Melayu beragama Islam seramai 124 orang, insyallah ianya boleh dilaksanakan, kerana majoriti yang diperlukan hanyalah 112 orang Ahli Parlimen bersetuju dengan pindaan tersebut.

Jadi apa yang perlu dilakukan? Kesemua Ahli Parlimen bangsa Melayu beragama Islam wajib duduk berbincang dan bermuzakarah demi untuk menggubal undang-undang ALLAH ini. Itulah yang paling penting. Sebab itu usaha mesti dilakukan supaya kesemua pihak yang berkepentingan duduk bersama berbincang satu meja.

Hentikanlah tuding menuding, tuduh menuduh, apatah lagi la'nat mela'nat, kafir mengkafir sesama sendiri. Lebih baik kita guna semua kekuatan dan kelebihan kita untuk bersatu padu demi melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH.

Seringkali teman sebut; kita ada Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah; mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah?

Untuk itu, peluang terbaik dan terdekat yang kita ada sekarang ialah marilah kita bersatu hati, jiwa dan raga diatas nama Satu Aqidah Islam untuk memperkasakan Himpunan Sejuta Umat anjuran NGO-NGO Islam pada hari Sabtu 24 Zul Qaedah 1432 bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Inilah peluang kita membuktikan kesatuan aqidah kita. Ketepikan sentimen politik, ketepikan sentimen kepartian, ketepikan sentimen assobiyah masing-masing.

Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, dan Nabi Muhammad saw itu Pesuruh ALLAH. Aku ikhlas beragama kerana ALLAH, walaupun kafir, musyrik dan munafik tidak menyukainya.

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
22 ZulQaedah 1432
20 Oktober 2011

*Sekiranya pandangan yang teman kemukakan ini didapati secara jelas bercanggah berdasarkan nas Al Quran & Hadis maka hendaklah nas Al Quran & Hadis itu dterima-pakai dan hendaklah pandangan teman ini ditolak. Kepada ALLAH kita mohon keampunan dan hidayah. Ameen.

18 October 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT


Salam 2 all.

Al-Faatihah!!! Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pengesahan kematian perjuangan Islam PAS (kononnya) setelah mesyuarat PAS pusat malam semalam membuat keputusan tidak akan menyertai dan tidak menyokong Himpunan Sejuta Umat anjuran bersama pelbagai NGO Islam dan umat Islam di Malaysia yang prihatin dengan gejala murtad dan serangan terhadap aqidah dan institusi umat Islam di Malaysia; sebaliknya PAS lebih rela, redho dan syok bersekongkol dengan kaafir la'natullah dalam himpunan haram 09 Julai dan menjadikan kafir la'natullah sebagai rakan-kongkol dan kalipah himpunan haram itu.

Alasan yang diberi kaum Anwarinas cukup mudah. Mereka putarbelitkan konon penganjur yang tidak mahu parti politik terlibat. Sedangkan penganjur langsung tidak menghalang mana-mana parti politik untuk hadir. Malahan kalau dilihat senarai awal, Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS Pusat disenaraikan sebagai turut menyokong Himpunan Sejuta Umat ini. Kalau ya pun tak mahu hadir sebagai parti, kerana apa PAS tidak buat kenyataan menyeru ahlinya hadir sebagai individu. Malahan arahan dikeluarkan kepada Dewan Pemuda PAS yang pada awalnya bersetuju hadir supaya mematuhi keputusan PAS pusat untuk tidak hadir! Bukankah ini sandiwara politik sahaja!

Kalau begitu, atas alasan apa PAS boleh buat keputusan bukan sahaja menyokong, malah berkempen siap dengan patwa menghalalkan himpunan haram 09 Julai. Sedangkan ianya himpunan haram yang dianjurkan jugak oleh NGO yang kebanyakannya kafir?

Begitu juga atas alasan apa PAS menolak menyertai himpunan yang diketuai oleh orang Islam, NGO Islam dan umat Islam? Sedangkan PAS rela, redho dan begitu ghairah menyertai himpunan haram yang diketuai oleh kafir harbi la'natullah yang disokong oleh NGO kafir harbi la'natullah saperti Bar Council?

Dan ada segelintir kaum Anwarinas menaburkan fitnah kononnya himpunan umat Islam ini didalangi oleh golongan tertentu untuk kepentingan politik. Siap ada yang fitnah dan tohmah konon teman sebenarnya dalang himpunan ini, walhal teman bukannya penganjur, walaupun teman menyokong penuh himpunan ini dan insyallah akan hadir bersama umat Islam nanti.

Kalau kaum Anwarinas boleh mempertikai niat ikhlas umat Islam mahu mempertahankan Islam serta institusinya, mengapa mereka langsung tidak mempertikaikan niat sebenar kaum kafir la'natullah yang mahu mengadakan himpunan haram 09 Julai. Langsung sepatah haram pun PAS tak pertikai, malah beriya-iya bersekongkol dengan mereka. Sedangkan terdapat bukti dan keterangan bahawa himpunan haram itu mempunyai agenda jahat mahu menjatuhkan kerajaan secara haram!

Dan dengan penuh bangga penganut fahaman pluralisma Anwar Ibrahim berkokok menyokong kebaculan dan kedayusan PAS untuk bersama umat Islam dalam Himpunan Sejuta Umat ini. Mana mungkin seorang penganut fahaman pluralisma mahu menyokong kesatuan umat Islam, sedangkan dia mempercayai semua agama sama!

Sebab itu, teman ucapkan takziah kepada kematian perjuangan PAS. PAS berjaya diperkudakan kaum Anwarinas sehingga menjadi hamPAS! Jangan kata nak laksana hudud, nak bersama umat Islam bersatu sebagai satu ukhwah perpaduan saperti yang diperintahkan ALLAH pun mereka tidak mampu sekarang. Pada teman, ahli-ahli akar umbi PAS harus sedar bahawa PAS sebenarnya sudah mati.

PAS sekarang tidak lebih daripada sebuah parti mayat hidup yang dengan penuh kesedaran dan redho meninggalkan perjuangan Islam dan bersekongkol dengan kafir harbi hanya untuk mencapai matlamat menduduki kerusi kekuasaan politik. PAS menjadi tidak lebih sebagai sebuah himpunan para politikus kalkatus yang terpedaya dengan kepalsuan cahaya mahkota Putrajaya sehingga akhirnya cahaya palsu itulah yang akan, dan sebenarnya telah pun membunuh dan mematikan PAS.

Sedarlah wahai saudara yang masih terpedaya dengan kepimpinan yang sudah sesat lagi menyesatkan ini. Kembalilah kepangkal jalan. Baliklah kepada Islam.

Kita punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat-marilah kita hidup dan mati sebagai Satu Umat yang bertuhankan hanya ALLAH Yang Satu!

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 ZulQaedah 1432
19 Oktober 2011

***************************************

Layari laman web www.himpun.org

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:

a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
  19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
  20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
  21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
  22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN (website)
  24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
  25. Gabungan Persatuan Silat
  26. Gerakan-gerakan belia
  27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  29. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN
  1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website) (diarah tarik diri oleh PAS Pusat)
  2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  4. Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)
  5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
  6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
  7. Islam Itu Indah | (website) (facebook)
  8. BeautifulNara | (website) (facebook)
  9. Nasyeed.com | (website) (facebook)

Kepada mana-mana badan NGO, persatuan, kumpulan-kumpulan di alam maya dan sebagainya merasakan survival Islam penting di negara kita ini, serta berminat untuk bekerjasama / membantu dari sudut kewangan atau logistik / menghebahkan kepada ahli yang dinaungi sila hubungi azrilhanafi7[at]gmail.com

*Parti Islam SeMalaysia PAS dalam kenyataan pada 19 Okt 2011 membuat keputusan tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat ini.

17 October 2011

DEBAT DIRAJA?

(Tidak mustahil akan tumboh gereja biaDAP saperti ini di Malaysia satu hari nanti)

Salam 2 all.

Aziz Bari mencabar teman untuk berdebat dalam isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor menyentuh mengenai siasatan JAIS terhadap kegiatan dakyah oleh gereja DUMC. Teman langsung takde masalah nak berdebat dengan pensyarah kangkong ni yop, bagitau aja dimana, no problemo. Cuma sebelum berdebat, Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah.

Isunya mudah aje. Adakah Tuanku Sultan Selangor tidak mempunyai kuasa dan bidangkuasa untuk mengeluarkan titah tersebut? Dan adakah titah Tuanku itu satu tindakan yang tiada asas perundangan? Itu aje yop..bukan susah mana, budak Tadika PASTI pun boleh jawab yop. Kalau lepas itu pun pensyarah yang dinobat sebagai pakar perlembagaan oleh media pro-Anwar dan pembangkang ni nak berdebat, persilakan!

Titah Tuanku jelas. Tindakan JAIS menyiasat gereja DUMC ada sandaran kepada perundangan negeri Selangor, dan mempunyai asas. Ini sekaligus menafikan tohmahan dan fitnah yang dikenakan oleh kaum kafir dan penyokongnya bahawa JAIS bertindak menyerbu satu majlis yang dianjurkan oleh gereja dalam upacara kegerejaan. Seolah-olah JAIS ini macam gerombolan teroris yang menggunakan kekerasan menganggu upacara agama orang lain. Itulah yang ditohmahkan terhadap JAIS. Jadi titah Tuanku jelas merungkai tohmahan dan fitnah busuk dan jahat tersebut! Dan mengembalikan kewibawaan dan nama baik JAIS dan para pegawainya!

Cuma pendakwaan tidak boleh dibawa. Macam mane nak bawa kalau ada mereka yang terlibat yang tidak mahu memberi kerjasama. Malah ada yang mengaku sudah murtad keluar daripada Islam. Adalah sesuatu kebodohan yang melampau jika seorang pendakwaraya masih nak membawa satu pendakwaan dalam keadaan tahu saksi tidak memberi kerjasama!

Teman membuat kenyataan mencabar Aziz Bari supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Undang-Undang UIA. Ini kerana pada pandangan teman, kenyataan Aziz Bari itu adalah biadap, kurang ajar dan melampau. Konon cerita dia dinobat oleh media pro-Anwar dan pembangkang sebagai pakar perlembagaan. Siapa yang tabalkan dia sebagai pakar teman tak tahu.

Sedangkan Perlembagaan Negeri Selangor jelas memperuntukkan kuasa dan bidangkuasa Tuanku Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri Selangor. Tak payah buat PhD, apatah lagi jadi professor. Budak Tadika PASTI kalau baca pun tahu Tuanku Sultan Selangor ada kuasa dan bidangkuasa dalam hal ehwal Islam dan institusi Islam dalam Negeri Selangor.

Kalau dah ada kuasa dan bidangkuasa, dan sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, sudah tentu menjadi hak dan tanggungjawab Tuanku untuk mempertahankan, membela, memartabatkan dan menjaga Islam dan institusinya. Apatah lagi dalam keadaan menghadapi serangan golongan kafir. Dan jelas daripada kenyataan Exco Hal Ehwal Islam Selangor, YB Datuk Hasan Ali bahawa memang ada bukti dan keterangan kegiatan dakyah oleh Gereja DUMC. Kalau itu pun tak faham, tak tau lah teman apa jenis pakar perlembagaan si Aziz Bari ni!

Sepatutnya kalau benar Aziz Bari pakar perlembagaan saperti yang dinobatkan oleh media pro-Anwar dan pembangkang, beliau sepatutnya tahu yang melanggar Perlembagaan dan undang-undang ialah gereja DUMC. Sepatutnya beliau menegur dan mengkritik tindakan biaDAP gereja tersebut, dan menasihatkan mereka jangan cuba bermain api melanggar undang-undang dan Perlembagaan, menyentuh sensitiviti dan urusan Islam. Ini beliau bertindak sebaliknya, mengkritik dan mempertikai titah Tuanku yang jelas dibuat menurut undang-undang dan Perlembagaan!

Selanjutnya, teman tengok Aziz Bari ni banyak melibatkan diri dalam soal politik kepartian. Satu sikap yang tidak sesuai langsung dengan statusnya sebagai pensyarah akademik sebuah universiti tersohor negara.

Contohnya, tengok bagaimana Aziz Bari mempertikaikan kedudukan Presiden PAS Haji Hadi sebelum Muktamar Agong PAS tahun ini. Beliau mendakwa Haji Hadi tidak layak menjadi Presiden, malah mendesak Haji Hadi supaya jangan terus memegang jawatan Presiden PAS. Antara alasannya, Haji Hadi penghalang kepada 16 September 2008, dimana kegagalan Anwar menjadi Perdana Menteri diletakkan atas bahu Haji Hadi. Sedangkan satu dunia tahu Anwar menipu dan berbohong mengenai 16 September 2008!

Pokok pangkalnya, apa kena mengena isu pemilihan PAS dengan statusnya sebagai pensyarah akademik dan undang-undang di UIA. Langsung tidak ada kena mengena. Dan kenyataan beliau jelas memperlekehkan Haji Hadi sebagai Presiden PAS. Pada teman, ini adalah satu sikap yang langsung tidak menggambarkan professionalisma dalam kerjanya sebagai ahli akademik. Sebab itu teman cabar Aziz Bari supaya letak jawatan. Jangan terus berselindung dibalik jubah UIA tetapi mengambil sikap partisan didalam politik kepartian.

Pada teman, tidak salah untuk Aziz Bari kalau nak memihak kepada mana-mana pihak dalam politik kepartian, tetapi beliau sepatutnya letak jawatan dahulu sebagai pensyarah UIA, kemudian ceburlah diri dalam politik kepartian. Nak jadi ahli DAP ke, PAS ke, PKR ke, atau nak mendokong Anwar Ibrahim ke itu hak dia. Kalau berasa nak sangat jadi wakil rakyat, mintak dengan Anwar untuk bertanding mana-mana kerusi dalam PRU 13 akan datang. Nak bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu pun takde masalah. Cuma jangan guna platform sebagai pensyarah UIA, apatah lagi dengan label pakar perlembagaan, untuk mempertikai dan mencampuri urusan pentadbiran atau kepartian mana-mana parti politik, apatah lagi Tuanku Sultan. Itu je yop!

Tetapi Aziz Bari terus dengan keangkuhan beliau. Enggan meminta maaf kepada Tuanku walaupun sikap beliau itu jelas biadap dan kurang ajar. Kalau ia pun nak menegur Tuanku Sultan, ada cara dan prosedurnya. Menegur umarak ini ada adab dan caranya, kalau betul sekalipun! Membuat kenyataan untuk disiarkan oleh sebuah portal pro-Anwar dan pembangkang mempertikaikan titah Tuanku Sultan adalah suatu perbuatan yang bukan sahaja biadap dan kurang ajar; malah ianya boleh membawa kepada penderhakaan jika tidak berhati-hati!

Bagaimanapun, kalau Aziz Bari masih berminat untuk berdebat, teman tidak ada masalah. Anytime. Cuma mintak maaf dengan Tuanku Sultan Selangor dulu. Kalau nak berdebat pun biarlah kita ni mengambil sikap dan akhlak yang bertamaddun dahulu. Teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang sudahlah biadap dan kurang ajar, kemudian angkuh tidak mahu meminta maaf kepada Tuanku Sultan yang menjalankan peranan dan tugas yang menjadi tanggungjawab Baginda menurut Perlembagaan.

Dulu teman ingat lagi, bila timbul isu Islam, terutama murtad, bila Raja-Raja Melayu dikatakan tidak bersuara, ada segelintir pak yangoat yang hentak meja marah konon Raja-Raja Melayu tidak mempertahankan Islam. Bila Tuanku bersuara, dah dituduh mencampuri isu politik, dan mengambil sikap memihak. Dipertikai peranan Tuanku dengan dakwaan konon melakukan sesuatu yang bukan kelaziman!

Ini bukan soal kelaziman. Ini soal hak dan tanggungjawab Tuanku sebagai Ketua Agama Islam. Ini hak yang diberi oleh Perlembagaan. Ini sesuatu yang sudah terlalu jelas. Kalau itu pun satu orang yang dinobat oleh media pro-pembangkang sebagai pakar perlembagaan tak tahu, teman rasa dunia akademik kita ada satu masalah besar yop!

So Aziz Bari, the ball is in your hand. You throw the ball, now rakyat want to see whether you have the ball to apologise to Tuanku Sultan. And then ,rakyat can see whether you have the ball to debate with me on this issue anytime, insyallah!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 ZulQaedah 1432
17 Okt 2011

#Kelihatan kaum kafir kini makin melampau dan biaDAP. Ini contoh satu banner mempromosi pesta arak "OctoBEER Fest" di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan!

14 October 2011

SYEIKH ALI JUM'AH: SAKSI HUDUD

Salam 2 all.

Teman ucapkan ribuan terimakasih kepada sahabat* yang mengirim artikel dibawah mengenai ulasan Allamah Syeikh Ali Juma'h, Mufti Besar Mesir (gambar sebelah) mengenai perlaksanaan hudud. Ini artikel yang teman rasa sangat relevan buat masa ini dalam kita membicarakan isu perlaksanaan hudud. Semoga ianya memberi menafaat kepada kita.

Kepada penulisnya, (teman tak pasti siapa dan sumber blognya, walaupun tercatat nama "Shamsul Muda di www.warisansemasa.blogspot.com daripada Universiti Yarmouk, Jordan), teman doakan rahmat dan barakah dianugerahkan kepada mike atas daya usaha yang sangat memberi menafaat kepada teman dalam memahami isu perlaksaan hudud ini.

Kepada mike semua, bacalah dengan berlapang dada, dan berdoalah moga diberi petunjuk dan hidayah daripada ALLAH. Nasihat teman bila nak membaca, buang segala assobiyah kepartian dan politik partisan, sebaliknya bacalah dengan harapan dan jiwa yang mahukan 'ilmu dan bimbingan. Tafaddhal masykuro:

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Thursday, 29 September

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.


**********************************
Komen teman:

Setelah membaca artikel diatas, teman terfikir, adakah saksi yang sebegitu lagi dikalangan kita. Umat Islam terutama bangsa Melayu di Malaysia kini sudah sampai keperingkat tenat aqidah dan akhlaknya.

Kes buang bayi, perzinaan yang berleluasa, liwat yang tidak mengenal mangsa, anak bunuh mak, bapa bunuh anak, suami isteri curang dengan orang lain, hubungan seks tanpa batasan, penjualan arak yang tidak terkawal, gejala murtad makin meningkat, fahaman sesat bercambah-cambah, maki hamun terhadap para ulama' yang soleh, kemunculan ulama' suk dan jahat, munculnya kepimpinan songsang dan buruk akhlak, dan banyak lagi gejala akhlak yang membuktikan keruntuhan tamaddun samawi di negara ini!

Begitu juga kita langsung tidak mengikut Al Quran dalam soal perpaduan dan kesatuan contohnya. ALLAH perintahkan kita sesama Islam sebagai saudara, tetapi kita memilih kafir (dan ada yang memilih kafir harbi) sebagai rakan sekatil! Sedangkan Tuhan kita Satu, Nabi kita Satu, Kitab kita Satu, Qiblat kita Satu; mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah!!!

Ada kalangan kita sampai menjual kalimah ALLAH demi kepentingan politik, menggadai anak isteri sebagai bahan sandaran politik, mengidolakan komunis atheist yang tidak percayakan tuhan, mengangkat kafir harbi sebagai kalipah, menerima penganut fahaman pluralisma sebagai pemimpin, menolak segala bukti dan keterangan yang jelas dan sarih hanya kerana kiblat politik kepartian, sampai keperingkat menolak perjuangan menegakkan negara Islam kerana mendakwa ianya tidak ada dalam Al Quran. Lebih parah sampai ada yang bukak dada sanggup mati demi kafir harbi! Na'uzubillah min zalik!!!


Memang benar kata Syeikh Ali Al Jum'ah
; kita sudah hilang kelayakan untuk menjadi saksi untuk membolehkan hudud dilaksanakan. Malahan persaksian kita bahawa "aku naik saksi tidak ada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" juga boleh dipersoalkan, kerana ada kalangan kita yang mengiktiraf dan redho adanya ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci saperti yang di i'tiqadkan oleh kristian la'natullah.

Moga ALLAH memberikan keampunan kepada kita, moga ALLAH memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, moga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita didalam zaman syubhah dan fitan ini.

Tidak ada tuhan melainkan ALLAH Yang Maha Esa, aku ikhlas beragama Islam kerana Mu Ya ALLAH, walaupun kafir, musyrikin dan munafiq tidak menyukainya. ALLAH itu benar, Nabi saw itu benar, Al Quran itu benar, Mati itu benar, Barzakh itu benar, Mahsyar itu benar, Akhirat itu benar, Syurga itu benar, Neraka itu benar! Bantulah kami Ya ALLAH, sebagaimana telah Kau bantu Rasulullah, para sahabat dan golongan siddiqin, syuhada dan solihin.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 ZulQaedah 1432
14 Okt 2011

*Terimakasih kepada saudara Anuar Bin Sahudin & Datuk Zaini Bin Hassan yang mengirim artikel ini. Teman pohon izin untuk siarkan artikel ini yang sangat memberi menafaat dalam memahami isu perlaksanaan hudud.

13 October 2011

MAT INDERA HamPAS!

Salam 2 all.

Teman hairan bin ajaib dengan kaum Anwarinas yang beriya-iya nak mempertahankan Mat Indera sebagai wira, dan diwaktu yang sama memaki hamun anggota polis dan keluarga yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong sebagai "barua Inggeris".

Mat Indera itu komunis! Period!!!


Nak gaduh apa lagi. Kepala komunis Malaya masa itu namanya Cik Dat Anjang Abdullah @ Abdullah CD. Setiausaha Agong PKM masa itu ialah Chin Peng. Didalam Parti Komunis Malaya ni ada satu pasukan bersenjata komunis berbangsa Melayu, dipanggil Rejimen Ke 10 berpangkalan di Selatan Thai. Rejimen ke 10 diketuai oleh seorang pegawai komunis Melayu bernama Rashid Maidin. Abdullah CD , Pengerusi PKM dalam bukunya "Memoir Abdullah CD (Bhg Kedua): Penaja & Pemimpin Rejimen Ke 10" di mukasurat 115 menceritakan mengenai pasukan ini dan peranan Mat Indera saperti berikut:

“Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei’ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat N egeri Johor.”
Dan kepala komunis ini cukup jelas didalam bukunya mengenai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan peranan Mat Indera bila beliau menceritakan:

“Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan seran
gan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun.”
Cukup jelas; sudah terang bersuluh pula. Mat Indera itu komunis! Ketua pasukan bersenjata komunis lagi! Bersekongkol dengan pasukan komunis berbangsa Cina, Mat Indera mengepalai serangan dan pembunuhan terhadap Balai Polis Bukit Kepong. Dan kita semua tahu bagaimana anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dibunuh, ada yang dibakar hidup-hidup! Ini semua dilakukan oleh Mat Indera dan pasukan komunis bersenjatanya!

P/s: teringat parti Mat Sabu dok bersekongkol dengan parti cauvinis Cina biaDAP untuk membunuh dan menghancurkan pemerintahan Kerajaan orang Melayu beragama Islam...isyk..isyk..isyk..sejarah berulang balik rupanya!

Jadi apa rasionalnya kaum Anwarinas beriya-iya sangat nak mempertahankan Mat Indera komunis ni, dan memaki hamun polis Melayu Islam dan keluarga mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Takkan sebab nak undi sampai sanggup "meliwat" sejarah bangsa dan negara sendiri yop! Cuba mike perhati tengok apa rasional kaum Anwarinas mengidolakan dan memuja Mat Indera komunis ni!

Pertama, dema kata nama Mat Indera tercatat dalam buku bertajuk Pengukir Nama Johor. Apa lah punya bangang! Takkanlah sebab nama dia dicatat dalam buku tu terus Mat Indera jadi hero yop. Awat mike boleh jadi bangang sampai macam tu. Abu Jahal bapak jahil pun tak sebangang tu!

Kalau macam tu, dalam Al Quran ada sebut nama Abu Lahab, Namrud, Firaun dan lain-lain; habis dema tu hero ke yop; hanya kerana disebut dalam Al Quran. Bodohlah namanya tu yop. Bacalah dalam konteks apa nama dema disebut. Kan jelas daripada fakta yang ALLAH beri dalam Quran tu yang dema tu kaum yang dila'nat!

Kedua, dema guna kenyataan konon adik Mat Indera yang dakwa abangnya bukan komunis. Teman tak tahu setakat mana kebenaran kenyataan ini. Tapi pada waktu itu, yang teman diberitahu adik Mat Indera ni baru berumur 4 tahun! Cuba banding kenyataan budak umur 4 tahun dengan kenyataan ketua komunis Abdullah CD sendiri!

Pendek cerita yop, takkanlah kerana politik sampai sanggup memutar belit sejarah. Faktanya jelas. Dan dicatat pulak oleh kepala komunis itu sendiri dalam sebuah buku. Ke mike tak baca pun buku kepala komunis sanjungan mike ni yop? Jangalah sampai jadi macam "ChinaDOLL dicucuk hidong" yop! Cukup-cukuplah tu. Udah-udahlah berbohong, memutar-belit, berpolitik sampai nak menjahanamkan agama, bangsa dan negara sendiri. Jangan jadi macam kalkatu yang menjahanamkan diri sendiri kerana terpukau dengan cahaya kepalsuan!

Tepuk dada tanya kepala otak mike sendiri yop! Adakah kebangangan mike sudah sampai ketahap "beyond repair", yang dah tak boleh nak diperbaiki lagi!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
15 ZulQaedah 1432
13 Okt 2011

12 October 2011

GEREJA DAKYAH!


Salam 2 all.

Petikan lapuran media berkaitan kenyataan teman tentang isu titah Tuanku Sultan berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama yang disasat JAIS kerana kegiatan mendakyah agama.

Rabu
14 ZulQaedah 1432
12 Okt 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kuala Lumpur, 11 Oktober- "Apa yang penting dalam isu DUMC ini, mereka membawa dan menyebarkan fitnah bahawa ianya satu serbuan yang tidak patut dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor terhadap sebuah gereja yang menjalankan aktiviti kegerejaan. Itulah gambaran yang diberikan kepada rakyat," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Noordin.

Tambahnya, gambaran yang diberikan kepada rakyat ini menyebabkan Menteri Besar Selangor tanpa sebab, tanpa usul periksa, tanpa menunggu laporan penuh terus melutut minta maaf kepada pihak gereja dan menyalahkan pihak JAIS.

"Itu gambaran yang diberi dahulu. Sekarang jelas, daripada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, bahawa apa yang didakyahkan itu tidak betul, sebenarnya memang wujud cubaan untuk mendakyah ajaran Kristian kepada sebahagian umat Islam sebagai aktiviti gereja tersebut dan apa yang dilakukan JAIS ialah untuk menyiasat, tiada langsung elemen serbu.

Titah Tuanku mengesahkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor betul mengikut undang-undang dan yang paling penting, ianya benar dari segi adanya dakyah untuk memurtadkan orang Islam," ujarnya sebentar tadi di Parlimen.

Ujarnya, melalui titah tersebut jelas bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor termasuk Menteri Besar Selangor adalah terburu-buru, dalam nak melutut dan minta maaf kepada pihak gereja sebelum mendapat laporan penuh daripada JAIS sendiri.

Sehubungan dengan itu, Zulkifli mendesak kerajaan Selangor dan Menteri Besar Selangor untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan Selangor kerana memperkecilkan satu institusi yang duduk di bawah naungan Tuanku.

"Kedua, Menteri Besar dan Kerajaan Selangor harus minta maaf kepada JAIS kerana memperlekehkan dan menidakkan fungsi JAIS dalam memartabat dan menobatkan serta membela akidah umat Islam.

Ketiga, golongan dan mereka-mereka yang memaki hamun Datuk Hassan Ali dan JAIS wajar minta maaf kerana mengambil tindakan terburu-buru menfitnah Datuk Hassan Ali sedangkan ianya menjadi tanggungjawab dia sebagai EXCO Agama dalam mempertahankan tindakan JAIS, yang ternyata sekarang ini betul," tambahnya.

Dalam masa yang sama, Zulkifli mendesak supaya kerajaan Selangor segera mengambil tindakan terhadap gereja ini kerana terbukti, ada kegiatan dakyah kegiatan agama lain terhadap umat Islam, serta terbukti bahawa gereja ini beroperasi tanpa permit, ianya gereja haram, mengapa tidak ada sebarang tindakan sehingga sekarang?

Beliau juga mendesak institusi Islam di Selangor dimartabatkan dan diberi kuasa yang sewajarnya untuk mengambil tindakan dengan peruntukan yang cukup agar agama Islam boleh dipelihara dan dipertahan dalam negeri Selangor.

"Rumusannya pada saya, titah Sultan Selangor ini bukti bahawa kerajaan Selangor bertindak terburu-buru. Mereka sepatutnya mengambil sikap berhemah sebagaimaan Tuanku Sultan Selangor yang menunggu dulu laporan penuh dari JAIS, barulah baginda bertindak.

Tindakan yang diambil Sultan Selangor sekarang ini, bukan bermakna baginda memihak kepada mana-mana pihak, jangan disalah tafsir apatah lagi diputar belit kononnya Tuanku hanya mengambil tindakan sekarang, sebenarnya kalau kita tengok sejarah kesultanan Selangor ini, pernah Tuanku Almarhum Sultan Salahuddin menegur kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN, banyak kali Tuanku tegur secara terbuka," tambahnya.

Ini membuktikan tindakan Tuanku Sultan Sharafuddin sekarang ini merupakan kesinambungan warisan di Raja Selangor yang sentiasa meletakkan kepentingan kebajikan rakyat terdahulu tanpa mengira siapapun yang memerintah dan ini adalah tradisi yang sepatutnya kita hormati dan kita sepatutnya membantu Tuanku dalam memperkukuh serta memantapkan lagi institusi Di Raja dan juga pentadbiran kerajaan.

KebiaDAPan MELAMPAU!

Salam 2 all.

Teman mengutuk keras kenyataan Aziz Bari yang disiarkan oleh media-portal pro-pembangkang Malaysiakini semalam yang mempertikaikan titah yang dikeluarkan oleh Tuanku Sultan Selangor dalam menangani isu siasatan yang dibuat oleh JAIS terhadap kegiatan mendakyah keatas segelintir umat Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama.

Aziz Bari, yang diangkat oleh media pro-pembangkang sebagai kononnya "pakar perlembagaan" melemparkan dakwaan tidak berasas kononnya Tuanku sebagai mencampuri urusan politik dan mengambil sikap memihak (dengan maksud tidak memihak kepada pembangkang).

Pada teman, ini adalah kenyataan yang sangat biaDAP, melampau dan mempunyai unsur-unsur penderhakaan keatas titah Tuanku Sultan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menegur Tuanku Raja-Raja, tetapi biarlah dengan cara beradab, bukan biaDAP. Jangan sampai menggulingkan badan atas jalanraya saperti yang dilakukan oleh segelintir Melayu haprak yang sudah hilang siuman dan fikiran waras hanya kerana terlalu taqsub kepada pimpinan cauvinis dan rasis biaDAP! Apatah lagi membuat kenyataan yang memesong, salahrujuk dan salahfakta, dan memutarbelitkan isu!

Kalau konon Aziz Bari yang dinobat oleh media pro-pembangkang sebagai "Pakar Perlembagaan" itu benar-benar memahami Perlembagaan, beliau sepatutnya menasihatkan pihak pendakyah kristian umumnya, dan Gereja Methodist Damansara Utama khususnya supaya menghentikan serta merta kegiatan mendakyah umat Islam, kerana ianya bercanggah dengan peruntukkan dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 11 (4).

Jelas daripada titah Tuanku bahawa memang ujud kegiatan mendakyah oleh pihak DUMC. Ini bertentangan dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor, Enakmen Anti Dakyah Selangor, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Selangor, Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor, Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun tidak cukup bukti untuk mendakwa, tetapi jelas dari titah Tuanku ada bukti yang cukup untuk diambil tindakan pentadbiran. Aziz Bari takkan bodoh sangat. Kata pakar undang-undang.

Bukan semua kes boleh dibawa pendakwaan ke Mahkamah. Walaupun cukup bukti dan keterangan pun, tetapi kalau saksi tidak mahu bekerjasama, sudah pasti kes tidak boleh dibawa ke Mahkamah. Kalau ada juga pendakwaraya yang nak membawa kes ke Mahkamah dalam keadaan tahu ada saksi tak mahu beri kerjasama, memang bodoh benarlah Pendakwaraya tersebut. Dan pada teman, kenyataan Aziz Bari mempertikaikan titah Tuanku itu menggambarkan suatu kejahilan yang kalau disengajakan adalah sangat malang dan memalukan bagi dunia ilmuan dan akademik, kerana datangnya daripada seorang pensyarah undang-undang yang ditabal sebagai "pakar perlembagaan"!

Pertama, teman sudah menyatakan sebelum ini (sila lihat artikel "Daulat Tuanku") bahawa sudah menjadi satu tradisi warisan Kesultanan Selangor yang tidak akan teragak-agak menegur mana-mana Menteri Besar atau pentadbir Kerajaan Selangor. Samada semasa Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran UMNO/BN, mahupun dibawah pembangkang. Teman masih ingat bagaimana AlMarhum Tuanku Sultan Sallahudin yang memarahi seorang Menteri Besar UMNO secara terbuka.

Teman ingat juga bagaimana AlMarhum Tuanku Sultan Johor yang cukup terkenal ketegasannya menegur, dan kadang-kadang memarahi Menteri Besar dan Kerajaan BN/UMNO Johor. Tak pernah pulak teman dengar komplen atau komen dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk pemimpin UMNO/BN yang ditegur atau dimarahi itu yang mendakwa Tuanku mengambil sikap memihak.

Sebaliknya teguran yang dibuat oleh Tuanku Raja-Raja biasanya diterima dengan lapang dada sebagai bimbingan yang sangat berharga, kerana kita semua tahu Tuanku Raja-Raja hanya meletakkan kepentingan negeri dasn rakyat dibawah naungan Tuanku. Pada teman, Tuanku Sultan Sharafudin hanya meneruskan satu warisan pemerintahan yang adil lagi berhemah yang menjadi tradisi Raja-Raja Melayu.

Apakah benar Aziz Bari seorang pakar undang-undang perlembagaan? Siapa yang tabal dia sebagai pakar perlembagaan? Adakah kerana hanya dia mengajar di Kulliyyah Undang-Undang UIA melayakkan dia dipanggil pakar perlembagaan?

Kalau benar dia seorang pakar, jelas dibawah Artikel 47 & 48 Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor 1959 memperuntukkan bahawa hal ehwal Islam didalam negeri Selangor Darul Ehsan adalah dibawah kuasa dan bidangkuasa Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam!

Sebagai Ketua Agama Islam, dan mempunyai kuasa dan bidangkuasa mutlak dalam hal ehwal Islam di negeri Selangor, sudah tentu bukan sahaja menjadi hak, malahan satu tanggunjawab yang diletak diatas bahu Tuanku untuk membela, mempertahan, mendaulatkan dan memartabatkan Islam dan umat Islam didalam negeri Selangor.

Sudah jelas bahawa Gereja Methodist Damansara Utama terlibat dengan kegiatan dakyah terhadap umat Islam. Ini bukan sahaja kesalahan dari segi syara', malahan satu kesalahan jenayah dibawah undang-undang Selangor, menyalahi Seksyen 298A Kanun Kesiksaan, dan bercanggah dengan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Jadi dimana rasional Aziz Bari mendakwa Tuanku tidak berhak untuk membuat titah tersebut.

Bukan sahaja berhak, malahan menjadi tanggunjawab Tuanku membuat titah tersebut! Tuanku wajib mencampuri urusan tersebut. Yang tak sepatutnya mencampuri urusan isu DUMC ini ialah orang politik, bukannya Tuanku!

Teman berpendapat tindakan wajib diambil terhadap Aziz Bari ini. Teman tidak menghalang kebebasan bersuara atau mengeluarkan pendapat. Ianya hak asasi manusia, yang dihormati dan dijamin oleh Islam. Tetapi kebebasan bersuara ada hadnya, ada batasnya, dan adab peraturannya.

Apatah lagi Aziz Bari membuat kenyataan tersebut dengan menyarungkannya dengan jubah professor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa. Bertambah wajiblah dia memelihara amanah dengan kedudukan dan tanggungjawabnya sesuai dengan kedudukan dan jawatannya. Beliau patut jujur dengan ilmunya, dan menghormati kedudukan beliau sebagai professor Kulliyyah Undang-Undang UIA.

Namun teman melihat Aziz Bari telah melangkau jauh daripada kedudukan itu. Beliau pernah mencampuri urusan dalaman sebuah parti politik. Semasa isu pemilihan PAS baru-baru ini, Aziz Bari secara terbuka membuat kenyataan mempertikikan kelayakan dan kewibawaan Presiden PAS Haji Hadi, malah mendesak supaya beliau letak jawatan dan jangan bertanding.

Aziz Bari mendakwa Haji Hadi penghalang kepada cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Beliau meletakkan kegagalan 16 Sept bulat-bulat keatas bahu Haji Hadi. Sedangkan satu dunia tahu 16 Sept adalah pembohongan besar oleh Anwar!

Adakah Aziz Bari terlalu mengagungkan manusia bernama Anwar Ibrahim ini sehingga menjadi terlalu partisan dan memihak. Beliau bukan sahaja partisan, malahan mengambil sikap partisan kepartian. Kaca dulang paku serpih, ngata orang dia yang lebih! Dia menuduh Tuanku Sultan sebagai memihak, walhal dia sebenarnya yang mengambil sikap memihak!

Sebab itu teman mendesak supaya gelaran Professor yang diberi kepada Aziz Bari oleh UIA ditarik balik. Sikap dan tindak tanduk beliau merupakan satu penghinaan kepada title Professor yang dipakai beliau. Sikap dan tindak tanduk beliau tidak memberi gambaran seorang yang layak memakai gelaran Professor.

Malahan, dengan sikap partisan kepartian yang ditunjukkan oleh Aziz Bari, teman mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan ceburkan diri dalam politik kepartian. Persilakan. Sertailah parti Anwar Ibrahim kalau mahu. Atau daftarlah sebagai ahli PAS, mahupun DAP.

Kalau tak ada parti yang mahu menerima beliau, buatlah parti sendiri. Parti tupperware pun takpe. Nanti dalam PRU 13, masuklah bertanding sebagai calon. Kalau takde sangat tempat, teman persilakan Aziz Bari bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baharu, atau mana-mana kawasan Parlimen yang beliau mahu. Bertandinglah mewakili parti apa yang dia nak, ataupun atas lambang apa juga dia pilih.

Janganlah cari makan di Universiti Islam yang dibiaya oleh Kerajaan Persekutuan. Janganlah berselindung dibalik jubah professor di UIA sambil syok menembak sembrono orang lain. For once, be man enough to face the people, the voters!

Adios amigos, grasias senor.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
14 Zul Qaedah 1432
12 Okt 2011

11 October 2011

HAKIKAT LIBYA!

(Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya)

Salam 2 all.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Zul Qaedah 1432
11 Okt 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِيMuʿammar al-Qaḏḏāfī audio ) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.

Kehidupan awal

Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.

Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.

Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.

Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.

Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.