04 October 2011

BAJET PiRaun?

(Makin banyak spesis Piraun & Anak-Anak Piraun akhir zaman ini)

Salam 2 all.

Pakatan pembangkang membentangkan apa yang mereka label sebagai bajet alternatif tengahari tadi. Bajet yang akan membelanjakan wang negara sebanyak RM220 billion ini dikatakan sebagai bajet untuk kesejahteraan rakyat. Teman tak mau komen panjang, tapi memang senang main tabuh je janji nak belanja, sebab dema tak payah nak keluar duit sekupang pun yop. Main janji je, bukan duit makpak dema pun yop. Takat pembangkang yang perlu hanya tabur janji bermodalkan air liur aje yop. Sedangkan janji nak bagi duit kepada warga emas di Selangor pun belum ditunaikan lagi sampai hari ni. Tu pun berapa sen sangat. Di Pulau Pinang pulak, janji rejim anak jantan Kitsiang untuk beri duit kepada rakyat miskin ditunaikan dengan guna duit lumba kuda!

BAJET PiRaun - pada teman, bajet yang dibentangkan oleh pembangkang semalam layak dilabel sebagai bajet PiRaun. Kenapa teman kata begitu? Sebab itulah yang dibuat oleh Firaun. Semasa sudah sesak dengan asakan kebenaran risalah Nabi Musa a.s, dan rakyat Firaun sudah mula beralih untuk bersama Nabi Musa a.s, Firaun menawarkan pakej ransangan sesat kepada rakyatnya. Digula-gulakan rakyat dengan pelbagai janji, sambil didakyahkan pelbagai temberang mengenai risalah Nabi Musa a.s.

Malah itu jugalah yang dibuat oleh Namrud. Ditawarkan kepada rakyatnya makanan dan pelbagai insentif duniawi yang lain, semata-mata untuk meraih sokongan mereka bila berdepan dengan risalah kebenaran Nabi Ibrahim a.s. Sesiapa yang tidak menyokong, habuk pun tak dapat. Siapa yang menyokong, macam-macam dijanjikan.

Sebenarnya diakhir zaman ini, Rasulullah saw telah menyebut, akan datang makhluk bernama Dajjal; yang akan membawa pakej ransangan duniawi untuk menyesatkan manusia. Dia muncul dikala masyarakat ketika itu sudah jahil, rosak, sesat dan menjalani kehidupan songsang.

Dalam keadaan itu, Rasulullah saw memberitahu Dajjal akan datang mengelabui manusia dengan pebagai janji manis. Dia akan membawa janji sungai air dan api. Siapa yang terpedaya akan terjun kedalam sungai air yang sebenarnya api. Sesiapa yang beriman akan memilih terjun ke sungai api yang sebenarnya air yang nyaman. Dajjal berjanji menurunkan hujan menyuburkan tanah bagi yang menyokongnya, dan manusia yang menentang akan dikeringkan bumi dan disusahkan kehidupan dengan kelaparan.

Sabda Rasulullah, makanan umat beriman ketika itu hanyalah zikir, tasbih, tahmid dan takbir! Dan hanya mereka yang beriman, walaupun sedikit, akan dapat melihat tanda kemungkaran dan kebatilan didahi Dajjal - tanda "Kaf Fa Ro - Kafir!".

Tika ini ada segelintir umat Islam bangsa Melayu berada didalam keadaan kejahilan dan kesesatan yang nyata. Mereka sudah tidak dapat membezakan diantara haq dan batil, kebenaran dan pembohongan, pahala dan dosa, Islam atau kufur! Semuanya halal belaka, sehingga mereka terjerumus kelembah kesesatan yang nyata, dan menjalani kehidupan bersama mereka yang songsang lagi menyonsangkan. Pada mereka, menjual kalimah ALLAH kepada kristian itu membawa kebaikan, menggadai anak bini untuk politik itu keselamatan, mengagongkan para atheist komunis itu sifat setiakawan. Malah menjadi pengikut orang yang sesat itu satu wala' ketaatan!

Akhirnya mereka terpedaya dengan segala macam janji manis yang ditaburkan. Sungai yang mereka jangka ke Putrajaya rupanya membawa celaka. Hujan undi kafir yang mereka harap membawa kemenangan rupanya merosakkan mereka. Tanah tapak pakatan yang mereka impikan akan menyuburkan mereka, rupaya kuburan buat mereka. Namun mereka tidak sedar, mereka terjun juga ke sungai aliran neraka! Bersama sang songsang yang menyonsangkan mereka!

Hanya mereka yang mempunyai walau sedikit keimanan akan dapat melihat tanda kemungkaran dan kesesatan yang jelas didahi mereka ini - tanda Ta Ya Pa Wau, Pa Wau Ta Ro: TIPU & PUTAR!!!".

Pada teman, Bajet PiRaun yang dibentangkan semalam jelas adalah gula-gula yang mahu dirasuahkan kepada rakyat. Ditaburkan pelbagai janji yang jelas mustahil nak dilaksanakan. Bukan susah nak tabur janji yang tidak perlu ditunaikan. Pembangkang senanglah bercakap, sebab mereka tak perlu tunaikan apa-apa. Cuma perlu tabur air liur sahaja!

Sebab itu pada teman, Bajet PiRaun yang dibentangkan semalam sebenarnya mencabar kewarasan dan kebijaksanaan rakyat yang makin matang. Mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan janji yang tidak perlu mereka tunaikan. Mereka perlakukan seolah-olah rakyat Malaysia ini masih duduk diatas pokok didalam rimba jauh dipendalaman!

Sampai bila rakyat mahu diperbodohkan. Sampai bila kewarasan rakyat mahu diperkotak-katikkan. Sampai bila kebijaksanaan rakyat mahu dipersendakan. Teman cukup yakin, rakyat yang waras, siuman dan bijak akan dapat melihat sandiwara yang dimainkan oleh kaum yang terdesak ini. Janganlah nanti sampai dunia mentertawakan kita kerana masih percaya dengan kaum yang bukan sahaja terbukti pembohong dan putar alam, tetapi menjalani kehidupan yang sesat lagi menyesatkan. Janganlah kita terpengaruh dengan anak-anak Firaun, dan Dajjal-Dajjal Kecil ini.

Kembalilah kepada kewarasan.
Kembalilah kepada kesiuman.

Kembalilah kepada kebijaksanaan.

Kembalilah kepada kebenaran.

Kembalilah kepada Al Quran.


Adios amigos, grasias senor. Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemehan teman sendiri. Moga ALLAH mengampunkan segala kesilapan.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
06 Zul Qaedah 1432
04 Okt 2011

No comments: