20 November 2011

MURTAD BOB LOKMAN?


(Videoklip ucapan Bob Lokman dipetik dengan ihsan www.pisau.net)

Salam 2 all.

Duduk di Ulu Tiram, Johor + kerja di Jurong, Singapura = MURTAD!

Alasan = keluar kerja sebelum subuh, sampai tempat kerja lepas suboh!


Itulah dia "patwa" ayam tambatan terbaru kaum hamPAS yang diberi gelaran Ustad Bob Lokman! Dari seorang pelakon kini ditabal sebagai Ustad setelah menyertai kaum hamPAS!

Begitu mudah Bob Lokman menghukum orang murtad! Apakah Bob Lokman punya bukti kukuh sebelum nak menghukum orang murtad? Hanya dengan analogi yang begitu rapuh! Tanpa bukti, tanpa keterangan! Semuanya berdasarkan andaian tanpa fakta!

Mana pegi segala keperluan untuk saksi? Alangkan videoklip yang dah jelas 99.99% tulin pun masih dikatakan tak cukup sebagai bukti, malah diperlekeh setaraf besi sejuk! Inikan pulak tuduhan yang hanya berasaskan airliur sahaja!

Tetapi inilah brand politik yang dibawa oleh kaum hamPAS! Politik maki hamun, sumpah seranah, tuduh menuduh, siap dengan mudah memurtadkan orang!

Bob Lokman perlu sedar, menuduh orang murtad tanpa bukti, jika tidak sabit murtadnya, tuduhan itu kembali kepada diri sendiri! Janganlah terlalu ghairah sangat nak berpolitik. Adakah hanya dengan meletak serban dibahu, kepiah di kepala, rasa dah layak nak menghukum orang! Cerminlah diri sendiri dulu, sebelum nak menghukum orang lain dengan hukuman murtad!

Nasihat teman pada Bob Lokman, eloklah bermuhasabah banyak-banyak. Tidak rugi mencerminkan diri sendiri! Sebenarnya kalau Bob Lokman benar-benar tengok muka dia kat cermin dengan pandangan tauhid dan keimanan, dia sendiri akan jadi takut melihat wajah dia sendiri!

Kerana seorang muqmin sejati, dan saya Bob Lokman mahu menjadi seorang muqmin sejati, akan dapati terlalu banyak kelemahan diri sendiri yang perlu diperbetulkan, dan Bob Lokman tidak akan punya masa nak menghukum orang lain dengan bermodalkan airliur sahaja!

Tidak terfikirkah Bob Lokman betapa susahnya kehidupan sahabat dan saudara kita yang terpaksa bersengkang mata meninggalkan anak isteri di rumah untuk mencari rezeki halal diperantauan.

Sepatutnya Bob Lokman mengambil sikap membantu dan mendoakan sahabat saudara seagama kita, moga dipermudahkan rezeki untuk mereka, dan diberi kelapangan untuk beribadat dan menjalani kehidupan sebagai muqmin sejati insyallah.

Bukankah itu lebih sinonim dan bersesuaian dengan akhlak Rasulullah wahai Bob Lokman? Tepuk kepala tanyalah otak wahai Bob Lokman!

Kepada para ulama', ilmuan dan ustad-ustad yang masih ada sedikit keimanan dalam PAS, perbetulkanlah sikap ahli saperti Bob Lokman ini, sebelum ianya menjadi virus dan menjadi parasit yang akan merosakkan Islam dan umat Islam!

ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! ALLAH HU AKBAR! WALILLAH HILHAMD!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
24 Zulhijjah 1432
20 Nov 2011

19 November 2011

ANJING-ANJING PENCEN!

(Jijah tau ke you dok beraya dengan I ni Bang Non?)

Salam 2 all.

Teman merujuk kepada lapuran yang disiarkan semalam 18 Nov 2011 oleh laman portal MalaysiaKini yang pro Anwar Ibrahim bertajuk “Zul Noordin pula minta RM60,000-00” yang dipetik dari buku tulisan Syed Husin Ali bertajuk “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan semalam oleh Anwar Ibrahim. Didalam buku itu, Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita yang kononnya teman meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Teman tidak menjangka yang Anwar Ibrahim sekarang begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” apabila berhadapan dengan pembongkaran dan pendedahan kebenaran demi kebenaran yang sudah diketahui umum.

Daripada pembongkaran dan pendedahan mengenai fahaman pluralisma yang dianutinya saperti yang terkandung didalam ucapan beliau pada 18.03.2010 di London School of Economics yang menyatakan semua agama sama, kepada perlakuan seks beliau saperti yang didedahkan oleh rakan karibnya Datuk Eskay Abdullah, kepada kes beliau meliwat stafnya sendiri Saiful Bukhari Azlan, kepada terbongkarnya pembohongan beliau mengenai konspirasi 16 Sept 2008 saperti yang didedahkan oleh rakan baik beliau YB Datuk Seri Zahrain Hashim, dan kepada pelbagai pembongkaran dan pendedahan kebenaran makhluk yang disebut oleh Datuk Seri Zahrain sebagai “raksaksa pelbagai wajah!”.

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk teman, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.

Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!

Malahan Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.

Syed Husin kata dia juga teringin nak menjadi Yang Berhormat tetapi bila bertanding asyik kalah, malah nak dicalonkan bertanding di Parlimen Kota Bharu pun ditolak kerana dilabel sebagai “anak kominis” oleh kepimpinan PAS pada masa itu. Jadi menjadi Senator adalah jalan mudah untuk dia menjadi Yang Berhormat melalui “pintu belakang!”.

Teman memberitahu Syed Husin bahawa walaupun teman memang bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB, teman tegas menolak tawaran jawatan CEO GLC Selangor tersebut kerana perjuangan teman bukan untuk imbuhan. Kalau itu yang teman cari, lebih baik teman menjalankan khidmat sebagai seorang peguam.

Malahan teman menegaskan kepada Syed Husin Ali selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, teman tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman teman! Semuanya percuma dan pro-bono!

Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan petisyen pilihanraya yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional Datuk Aziz Sheikh Fadzir kerana pembelaan teman mantap dan “water-tight”. Walaupun ada cubaan untuk sabotaj pembelaan teman oleh Anwar Ibrahim dan beberapa kepimpinan Pakatan pembangkang pada masa itu (yang akan teman dedahkan bila tiba masanya nanti insyallah), namun alhamdulillah teman diberi perlindungan oleh ALLAH dan berjaya akhirnya dengan izin ALLAH didalam kes tersebut.

Walaupun mempunyai pembelaan yang baik bagi kes itu, teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen KBB pada masa itu kerana teman sudah mula meluat dengan sikap hipokrit dan pura-pura mereka dalam isu berkaitan Islam. Ini jelas pada peringkat awal lagi selepas 08.03.2008 apabila teman mengambil sikap mempertahankan dan membela Islam apabila rakan sekutu Anwar iaitu Bar Council & Ambiga Sreenavasan mahu mengadakan Forum Masuk Islam.

Forum yang menerima bantahan keras dari pelbagai pihak termasuk Raja-Raja Melayu, NGO-NGO, pertubuhan-pertubuhan dan tokoh-tokoh masyarakat termasuk beberapa kepimpinan pembangkang sendiri. Tindakan teman mengetuai umat Islam menghalang Forum tersebut sangat tidak disenangi, malah Anwar Ibrahim telah membentuk satu Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Syed Husin untuk mengambuil tindakan disiplin terhadap teman.

Teman masih ingat kata Syed Husin yang menyatakan bahawa Anwar mengarahkan dia supaya meminta teman meminta maaf secara terbuka kepada Ambiga Sreenavasan dan Bar Council, kerana mereka penyokong Pakatan. Mereka bagi undi kepada kita, kata Syed Husin. Tidak apa kalau meminta maaf sekarang, kerana nanti bila kita berkuasa Anwar kata “taulah kita apa nak buat dengan mereka”.

Teman menolak untuk meminta maaf, malah menegaskan kepada Syed Husin Ali bahawa bukan sahaja teman tidak kesal dengan tindakan teman mengetuai bantahan tersebut, malah kalau Bar Council buat lagi teman akan mengambil tindakan yang lebih keras dan tegas. Syed Husin menyatakan kepada teman bahawa “awak ini tidak sealiran dengan pemikiran Pakatan yang liberal”, dan beliau memberi amaran bahawa Anwar akan pastikan teman akan membayar harga yang mahal untuk sikap tegas teman mempertahankan Islam saperti ini!

Teman menjawab dengan tegas, "I am a Muslim first, Member of Parliament second. I may not be the best of Muslim, but I will do my utmost best to defend Islam!!! "Teman mengutamakan Islam dahulu, Ahli Parlimen kedua. Teman mungkin bukan Muslim yang terbaik, tetapi teman akan buat yang terbaik untuk Islam!!!.

Walaupun teman memang sudah bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar begitu terdesak mahu pengosongan itu dibuat segera sebaik sahaja Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 mengadu dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Anwar sendiri selepas itu berjumpa dengan teman dan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC ternama Kerajaan Selangor dengan tawaran gaji puluhan ribu dengan pelbagai kemudahan, syaratnya teman mesti mengosongkan kerusi Ahli Parlimen KBB dengan segera. Teman menolak tawaran jawatan dengan imbuhan lumayan tersebut, sebaliknya menyatakan teman bersedia untuk tidak membela kes petisyen tersebut dan membiarkan Mahkamah mengisytiharkan kerusi Parlimen KBB kosong untuk membolehkan satu Pilihanraya Kecil diadakan.

Namun rancangan ALLAH mengatasi segalanya. Mahkamah yang sepatutnya membicarakan kes tersebut telah menangguhkan perbicaraan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini menyebabkan Anwar menjadi berang dan makin terdesak, kerana kata Anwar dia mahu menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang bila Pendakwaraya membawa kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful.

Kata Anwar, kalau mereka membawa juga pendakwaan terhadapnya kerana meliwat stafnya Saiful, sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, dia akan gunakan sepenuhnya Parlimen dan Inter Parliamentary Union (IPU) dan badan antarabangsa lain untuk menekan Kerajaan Malaysia supaya tidak meneruskan pendakwaan terhadapnya!

Apabila Mahkamah menangguhkan kes tersebut, teman dipanggil oleh Anwar menyatakan bahawa dia membuat keputusan untuk mengarahkan Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh supaya Pilihanraya Kecil dapat diadakan segera. Lagipun kata Anwar, dia kurang yakin boleh menang di Parlimen Kulim Bandar Baharu, sebaliknya yakin boleh menang di Permatang Pauh. Jadi Anwar kata tidak perlu teman kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu!

Teman juga dipanggil oleh Wan Azizah yang memaklumkan kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Jelas Wan Azizah berada dalam keadaan tertekan semasa perjumpaan itu kerana beliau bersedih dan menangis semasa memaklumkannya kepada teman bahawa dia dipaksa oleh Anwar untuk mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh!

Malah Wan Azizah membuat komen “apa yang I dapat berkorban macam-macam untuk Bang Non”. “Kalau I yang kena macam dia you ingat Bang Non nak berkorban macam I ke? Kata Wan Azizah sambil mengalirkan airmata! Wan Azizah memanggil Anwar dengan nama "Bang Non".

Teman memberitahu Wan Azizah supaya jangan kosongkan kerusi Permatang Pauh, malah teman bersedia kosongkan kerusi Parlimen KBB hari itu juga untuk memastikan kerusi dia selamat. Sambil berseloroh teman bagitahu Wan Azizah lagipun Anwar janji dengan teman akan diberi jawatan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah beberapa GLC di Selangor sebagai ganti!

Teman sendiri sangat terkejut dan masih ingat jawapan spontan Wan Azizah, “takkan you percaya janji Bang Non?”.

Adalah jelas pada teman tohmahan dan tuduhan Syed Husin Ali itu direkayarsa dan dikarang sebegitu rupa untuk menyerang kredibiliti dan kewibawaan teman yang berjaya membongkar pembohongan, penipuan dan putar belit politik Anwar Ibrahim yang gagal disangkalnya dengan hujah bernas dan fakta jelas, sebaliknya digunakan “anjing-anjing pencen” untuk membuat kerja-kerja kotor.

Pada teman, rakyat semakin matang dan bijak hari ini. Mereka tidak lagi boleh diperbodohkan oleh para politikus kalkatus yang rakus mahu merampas Putrajaya dengan cara kotor dan jijik melalui politik pembohongan, penipuan, putar belit dan apa sahaja cara kotor untuk menghalalkan matlamat demi memenuhi nafsu untuk bersemayam di Putrajaya!

Pada Syed Husin, teman mendoakan supaya Pak Syed bertaubatlah segera. Pak Syed tahu apa yang Pak Syed karang itu adalah satu pembohongan dan penipuan! Janganlah digadai maruah dan harga diri rela menjadi “anjing-anjing pencen” bagi kaum yang sudah rosak akhlak, kewibawaan dan kredibilitnya.

Dikala umur sudah tiba ketahap kubur kata mari, rumah kata pergi, perbanyakkanlah beristighfar dan beribadat. Perbanyakkan solat dan berdoa, mohonlah keampunan kepada ALLAH. Pak Syed sudah mencapai impian untuk menjadi Yang Berhormat, walaupun melalui “pintu belakang”. Jangan nanti sampai orang kata gelaran “anak kominis” yang pernah diberikan oleh kepimpinan PAS suatu ketika itu kepada Pak Syed sebagi benar dan betul bila melihat gelagat dan akhlak Pak Syed bersedia menjadi “anjing-anjing pencen” untuk makhluk paling tak bermoral dan berakhlak Anwar Ibrahim!

Dan kepada Anwar Ibrahim, teman memberi amaran supaya jangan cuba nak berselindung disebalik “anjing-anjing pencen” ini untuk membuat kerja politik kotor kamu. Kalau kamu tidak ada sebarang perasaan kemaluan untuk mendedahkan segala kemaluan kamu dihadapan seorang China-Doll, maka beranilah berdepan dengan kebenaran yang terbentang luas dihadapan kamu. Jangan cuba memaksa teman mendedahkan segala kemungkaran dan pembohongan putar belit kamu.

Tetapi jika kamu terus dengan sikap politik kotor kamu ini, kamu tidak memberikan teman pilihan lain selain mendedahkan segala kemungkaran kamu itu!

The choice is yours, you want war, I will give you a war that you will live to regret forever!

Wallahua’lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Sabtu

23 Zulhijjah 1432

19 Nov 2011

17 November 2011

MUNAFIK YANG CELAKA?

(Madrasah Salihiah Kanchut berusia lebih 100 tahun mahu diroboh)

Salam 2 all.

Lebih kurang tahun 2003, apabila Kerajaan BN Selangor mahu merobohkan Surau Flat Jubli Perak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, ahli PAS mengisytiharkan "jihad" terhadap Kerajaan Khir Toyo. Malah ada yang sampai mengkapiorkan dan memunafikkan Khir Toyo dan UMNO masa tu.

Surau tu cuma surau papan plywood aje, dan tujuan dirobohkan sebab nak diganti dengan sebuah masjid baru yang lebih cantik dan hebat, namun ahli PAS menolaknya dan sanggup berjuang dan "mati syahid" mempertahankan surau itu.

Walauppun selepas tu rupanya memang sebuah masjid cantik dibina, iaitu Masjid Al-Hasanah. Namun ahli PAS tetap istiqomah membenci Khir Toyo dan kerajaan UMNO. Pelbagai label dilemparkan, mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! "Kekafiran dan kemunafikan" UMNO terpahat jelas kepada ahli PAS akibat peristiwa tersebut!

Begitu juga sekitar tahun 2004, apabila Surau Punjabi (ada yang panggilnya surau Pakistan) dibelakang Balai Polis Dang Wangi Lama di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur nak dirobohkan. Tujuannya untuk dibangunkan semula kawasan itu dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang baru, dan digantikan dengan sebuah masjid baru yang lebih besar dan canggih yang akan dibangunkan ditapak yang sama.

Tapi ahli PAS tak puas hati. Jihad diisytiharkan. Demo diadakan. Walaupun yang turun menyokong tak sampai seratus orang, namun ahli PAS cekal berhadapan dengan pelbagai risiko, demi mempertahankan surau yang separuh batu separuh kayu, size sebesar rumah PPRT je pun.

Kerajaan UMNO/BN dilempar pelbagai maki hamun dan sumpah seranah! Mahazalim, mahafiraun dan macam-macam lagi! Walaupun akhirnya sebuah Masjid Dang Wangi didirikan bersebelahan dengan Bangunan IPD Dang Wangi, masjid yang tersergam indah dan cantik menjadi kebanggan umat dan mercu tanda baru kawasan sekitar Jalan Dang Wangi. Namun perasaan benci, meluat dan marah kepada UMNO/ BN tetap membara didalam jiwa ahli PAS!

Jadi apabila Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah hendak dirobohkan, teman terus terfikir sudah pasti para mujahidin dan bakal syuhada' dari PAS akan mengamuk sekali lagi.


Mana taknya, madrasah tersebut sebenarnya berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi.

Madrasah itu bukan baru, sudah tertegak ditapak yang sama lebih 100 tahun! Tapaknya adalah waqaf khas HANYA UNTUK PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SEBAGAI MASJID/ SURAU!


Malahan sudah ada fatwa bertarikh 08 Rejab 1431 bersamaan 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan”.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, teman terbayang sudah tentu para mujahidin dan bakal syuhada PAS akan berbaris panjang membuat rantaian manusia mempertahankan Madarasah tersebut. Teman terbayang para ahli Unit Amal PAS akan berbaring diatas jalan menghalang jentolak daripada merobohkan Madrasah tersebut. Teman sudah nampak darah-darah mujahidin dan syuhada' PAS melumuri jalanraya dan tapak Madrasah tersebut.


Tetapi itu semua sebenarnya tidak perlu. Tak perlu protes. Tak perlu demo. Tak perlu baring atas jalan! Kerana sekarang PAS sudah jadi Kerajaan yang memerintah Negeri Kedah. PAS sudah ada kuasa. Menteri Besar Kedah orang PAS. Exco Agama orang PAS. Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan yang mengeluarkan lesen pembangunan adalah orang PAS. Ahli Majlis Bandaraya Kota Setar adalah orang PAS.

Jadi tidak perlu lagi para mujahidin dan bakal syuhada menjadi benteng manusia mempertahankan Madrasah itu. Tidak perlu ahli Unit Amal berbaring diatas jalanraya untuk menghalang perobohan Masjid itu. Tidak perlu mengadakan ceramah dan kutip derma jihad untuk menampung perbelanjaan para mujahidin dan ahli Unit Amal!

Hanya perlu Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS membuat keputusan bahawa Madrasah Salihiah Kanchut yang berusia lebih 100 tahun itu mesti dikekalkan disitu. Cukup Menteri Besar PAS dan ahli Exco PAS mengisytiharkan bahawa tapak Madrasah itu adalah tapak warisan dan waqaf khas untuk Masjid.

Makna kata, tanpa perlu pedang, tanpa perlu senapang, tanpa perlu demo, tanpa perlu protes, tanpa perlu himpunan, tanpa perlu baring atas jalan; cukup sekadar pen & kertas; dan mungkin sedikit ayaq lioq; selesai masalah!


Tapi rupanya tidak! Kerajaan PAS Kedah yang dipimpin oleh seorang ulama' membuat keputusan untuk merobohkan Madrasah tersebut. Bukan untuk mengganti dengan Masjid yang lebih canggih macam Kerajaan UMNO Khir Toyo buat di Bandar Baru Bangi Selangor. Bukan untuk mengganti dengan sebuah Masjid lebih hebat dan besar saperti dibuat oleh Kerajaan UMNO di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tidak..tidak..tidak! Tetapi mau dirobohkan untuk dibangunkan sebuah Kompleks Belibelah bernama Plaza Tunku Yaakob bernilai RM500 juta. Akan dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta Bellevue Group berpengkalan di Pulau Pinang dimana seorang ahli perniagaan Cina bernama Sunny Ho menjadi pengarah urusannya!

Maka berbanggalah ulama' PAS yang telah diberi peluang menjadi Menteri Besar membawa sebuah jentolak, dengan kehadiran Sunny Ho, dan mengadakan upacara pecah tanah beberapa hari lepas!

Upacara pecah tanah menandakan permulaan kepada proses memecah dan merobohkan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun!

Apabila anak kariah memprotes, mereka dipanggil bingai, tak reti bahasa, anti pembangunan! "Lagipun kami akan bina sebuah surau dibawah kompleks beli belah tersebut," kata orang PAS sambil mendabik dada! Sambil umat Islam bersolat nanti, atas kepala mereka para shoppers akan lalu lalang, "kepala" mereka akan dipijak dan diinjak!

Mana pegi para mujahidin PAS? Mana pergi para bakal syuhada' PAS? Mana pegi ahli Unit Amal PAS? Mana pegi para pembaring jalan PAS? Mana pegi para pentakbeer PAS? Mana pergi para pengutip derma jihad PAS? Mana pergi mereka semua yop?

Tapi mengkome kena tanya balik pada diri sendiri yop soalan-soalan berikut!

1. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup jual kalimah ALLAH kepada kristian la'natullah?

2. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang tidak jumpa ayat Daulah Islamiyyah didalam Al Quran?

3. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup nak cerai anak bini dengan sumpah talaq tiga kerana nak pertahankan kerusi YB?

4. Bolehkah kita letak harapan kaum yang mengangkat kafir harbi sebagai kalipah himpunan haram mereka?

5. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat penzina dan peliwat sebagai kalipah "negara kebajikan" mereka?

6. Bolehkah kita letak harapan kaum yang menjauhkan diri daripada himpunan umat Islam untuk menyelamatkan aqidah umat?

7. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sanggup tidor sekatil mimpi sebantal dengan kaum kapior harbi yang konsisten menentang Islam?

8. Bolehkah kita letak harapan kaum yang sanggup mati untuk mempertahankan kapior harbi?

9. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang bila bukti kemungkaran ditunjukkan kepada mereka, terus ditolak sebagai bahan bukti besi sejuk dan mengisytihar umat Islam yang tidak sehaluan sebagai qazaf ?

10. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mengangkat sebagai kalipah penganut fahaman pluralisma dengan menyamakan Islam dengan agama lain?

11. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang mempertahankan gereja bermati-matian walaupun gereja la'nat itu cuba memurtadkan umat Islam?

12. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang redho dan seronok bersama dengan satu pakatan luar tabi'e @ PaLut yang menolak penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam?

13. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang menjadikan komunis sebagai idola dan mengisytihar pengganas komunis sebagai pejuang kemerdekaan sebenar?

14. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang sekarang mengisytiharkan tidak akan laksanakan hudud kecuali dipersetujui rakan luar tabi'e dan songsang mereka biaDAP & PKR?

15. Bolehkah kita letak harapan kepada kaum yang melabel umat Islam sebagai bingai, tak reti bahasa dan anti pembangunan hanya kerana umat Islam mahu mempertahankan sebuah Madrasah Salihiah yang dibina diatas sebuah waqaf khas berusia lebih seratus tahun!

Jawapannya jelas: kita umat Islam yang masih ada sedikit keimanan tahu dan sedar bahawa bukan sahaja kita tidak boleh letak harapan kepada kaum hipokrit ini, malah menjadi tanggunjawab kita menolak dan menentang mereka sehingga mereka balik kepangkal jalan, balik kepangkal Islam berpaksikan Al Quran & Sunnah! Itu tanggunjawab kita! Itu perjuangan kita! Itu jihad kita!

Dan untuk mempertahankan Madrasah Salihiah Kanchut ini, teman cadangkan perkara berikut dilakukan:

1. anak qariah perlu membentuk sebuah badan penyelaras untuk menyelaraskan pelan tindakan untuk mempertahankan Madarasah tersebut;

2. satu memorandum khas hendaklah diserahkan kepada Tuanku Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri Kedah dan yang punya kuasa mutlak atas hal ehwal Islam untuk memohon perkenan Tuanku supaya menitahkan Kerajaan PAS Kedah membatalkan keputusan merobohkan Madrasah tersebut;

3. melantik satu pasukan peguam untuk memfailkan satu permohonan segera melalui writ certiorari & mandamus dibuat kepada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Kerajaan PAS Kedah daripada merobohkan Madrasah tersebut dan memerintahkan Kerajaan Kedah supaya mengekalkan tapak Madrasah tersebut sebagai waqaf khas sebuah Masjid;

4. satu memorandum khas kepada Mufti dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah supaya mengeluarkan fatwa mengharamkan tindakan Kerajaan PAS Kedah dan memfatwakan supaya Madrasah itu dikekalkan ( dan ditambah baik) dan waqaf khas itu dikekalkan;

5. mengadakan satu himpunan besar-besaran membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah tersebut dan menghantar memorandum membantah tindakan merobohkan Madrasah tersebut kepada Menteri Besar PAS Kedah;

6. mengadakan solat hajat besar-besaran memohon kepada ALLAH swt supaya memelihara Madrasah tersebut dan mengubah keputusan Kerajaan PAS Kedah untuk merobohkan Madrasah itu, dan jika Kerajaan PAS Kedah berkeras mahu merobohkan Madrasah itu, memohon kepada ALLAH supaya melaknat mereka dan menjatuhkan Kerajaan ini melalui cara yang terbaik menurut yang ditentukan oleh ALLAH jua.

SELAMATKAN MADARASAH SALIHIAH KANCHUT!


SELAMATKAN TANAH WAQAF MASJID!


SELAMATKAN ISLAM!


Wallahua'lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Zulhijjah 1432
18 Nov 2011

###########################

FAKTA MADRASAH SALIHIAH KANCHUT
Jalan Tambang Badak, Alor Setar, KEDAH

DIBINA pada tahun 1327 Hijrah atau 1909. Kini berusia 102 tahun. Bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah.

Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Madrasah itu kini mempunyai kira-kira 200 ahli kariah, bahkan kariah dari Jalan Titi Siam, Kampung Pisang, Jalan Menanti dan umat Islam lain juga menggunakan kemudahan yang ada di madrasah itu.

Setelah sekian lama digunakan, pada 23 Oktober 2011 pihak Madrasah Salihiah menerima notis daripada Kerajaan Negeri Kedah agar mengosongkan bangunan madrasah itu untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Ahli kariah tidak berpuas hati kerana ia melanggar keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 8 Rejab 1431 iaitu 21 Jun 2010 yang menyatakan. “Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa surau ini hendaklah dikekalkan di tempat asalnya tanpa diruntuhkan struktur asal bangunan tersebut demi kemaslahatan jemaah berdekatan untuk beribadat dan melakukan aktiviti keagamaan.”

Namun pada cabutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 4 Julai 2011, jawatankuasa itu membuat pindaan terhadap keputusan yang dibuat pada 21 Jun 2010.
Pindaan itu membenarkan madrasah itu digantikan dengan surau baru yang dibina oleh pemaju dengan beberapa syarat ditetapkan.

Notis mengosongkan bangunan itu diberikan lagi oleh kerajaan negeri yang berakhir 10 November 2011 bagi pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob.

Kerajaan negeri menyatakan akan menggantikan Madrasah Salihiah Kanchut dengan surau baru di bawah pusat beli-belah tersebut.

GENERASI SONGSANG!

(Bishop Ouyang Weng Feng, seorang paderi Malaysia yang mengaku mengamal seks songsang dan luar tabi'e menjalani perkahwinan secara gay di New York pada 31.08.2011)

Salam 2 all.

Bagi tempoh 2008-2010, Jabatan Pendaftaran Negara merekod dan mendaftarkan sebanyak 152,182 ANAK HARAM atau luar nikah atau anak tak-sahtaraf! Ini yang didaftar dan direkod! Cuba bayang yang tidak berdaftar dan tidak direkod! Kalau kita ambil andaian tiap seorang anak haram yang berdaftar terdapat 3 yang tidak berdaftar, jumlahnya 456,546 orang ANAK HARAM. Hampir setengah juta anak haram dilahirkan dan didaftarkan dalam tempoh 2 tahun sahaja!!!

152,182 orang anak luar nikah 2008-2010!!! Maknanya tiap bulan 6340 orang, 211 orang tiap hari, 8 orang tiap jam. Maknanya tiap 7 minit, seorang anak luar nikah dilahirkan!

Dan kalau diganda dengan yang tidak berdaftar, maknanya 19,020 sebulan, 633 tiap hari, 24 orang tiap jam, maknanya seorang tiap minit!!!

Untuk membolehkan seorang bayi luar nikah dilahirkan tiap 7 minit bagi tempoh 2008-2010 itu, bermakna sepasang lelaki & perempuan sudah melakukan seks luar nikah, atau berzina. Bermakna tiap 7 minit bagi tempoh 2006-2008, dua pasang lelaki/wanita melakukan zina. Bermakna tiap jam 16 orang melakukan zina. Bermakna 422 orang melakukan zina tiap hari! Bermakna 12,680 orang melakukan zina tiap bulan. Bermakna 152,182 orang melakukan zina tiap tahun!

Apakah masyarakat Malaysia sudah menjadi masyarakat zina, masyarakat yang sudah rosak dengan kegiatan seks luar nikah, seks songsang dan seks luar tabi'e!

Benarlah sabda Rasulullah saw, akan datang satu zaman perbuatan zina akan berleluasa! Sehingga akan sampai ke satu peringkat zina akan dilakukan secara terbuka, tanpa sebarang segan silu!

Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan kemelut salah laku seks macam ini, masih ada golongan yang beriya-iya nak memperjuangkan amalam seks songsang dan luar tabi'e. Konon atas nama hak asasi manusia, mereka mahu mempromosikan 'amalan seks LBGT - Lesbian,Bisexual, Gay & Transgender melalui Festival Seks Bebas baru-baru ini dengan konsep "My Body, My Right".

Dan cuba bayang kita sudah ada paderi kristian di Malaysia ini bernama Pastor Ouyang Weng Feng yang secara terbuka mengaku mengamalkan amalan seks songsang dan luar tabie dan melaksanakan perkahwinan secara sama-seks @ gay di New York pada 31.08.2011, hari kita menyambut kemerdekaan ke 54!!!

Cuba bayang apa akan jadi kepada masyarakat Malaysia jika perjuangan kaum songsang ini dibenarkan! Dengan anak haram yang dah bersepah, dengan perlakuan zina yang berleluasa, ditambah dengan amalan seks songsang dan luar tabi'e, dalam masa terdekat nanti kita akan ada GENERASI SONGSANG, GENERASI LUAR TABI'E!!!

Dan dalam berhadapan dengan musibah ini, kita dapati pulak ada kaum PARASIT POLITIKUS KALKATUS yang beriya-iya mahu menobatkan pimpinan dari kalangan orang yang paling buruk akhlaknya. Walaupun sudah diberikan bukti yang jelas, yang disahkan oleh pakar luar sebagai 99.99% tulin, kita dapati kaum ini mengambil sikap membutakan hati dan mata mereka kepada kemungkaran besar ini.

Bukan itu sahaja, mereka mengangkat pulak golongan yang paling buruk akhlaknya dikalangan mereka untuk memimpin mereka!

Dan yang paling malang, ada kalangan mereka yang mengheret agama Islam dalam memelihara dan mempertahankan kemungkaran yang berlaku. Sedangkan bila dikemukakan bukti jelas, mereka berselindung disebalik syara', kononnya qazaf dan lain-lain.

Kita lihat contoh didalam kes Saiful Bukhhari Azlan apabila beliau mengadu diliwat oleh pemimpin agong pembangkang Anwar Ibrahim.

Tanpa menyiasat sedikit pun, tanpa mendengar keterangan dan bukti aduan tersebut, terus mereka menuduh Saiful dengan pelbagai tuduhan, termasuk mahu menghukum beliau dengan qazaf. Sedangkan Saiful adalah pengadu, bukannya penuduh! Sedangkan aduan Saiful boleh dibawa pendakwaan atas kesalahan ta'zir, tanpa perlu kepada 4 orang saksi.

Tetapi tidak, mereka memilih untuk berselindung disebalik syara' semata-mata untuk kepentingan politik. Bahan bukti dan keterangan ditongsampahkan atas alasan tidak "syari'e-compliance!".

Maka akhirnya yang mungkar jadi ma'ruf, yang ma'ruf jadi mungkar! Pelaku seks songsang dan luar tabi'e terlepas dan masih melalak sana-sini, mangsa pulak dimaki hamun dan disumpah
seranah!

Sikap politik dualam, cakap tak serupa bikin lagi hipokrit ini memberi mesej yang salah kepada umat dan masyarakat, terutamanya generasi muda. Ada yang beranggapan melakukan seks bebas, songsang dan luar tabi'e ni okay. Kalau pemimpin hebat boleh buat dan dilindungi, takkan mereka tak boleh! Dah dibuktikan melalui videoklip, gambar dan dokumen pun okay, masih diarak kesana-kemari sebagai pemimpin hebat, siap boleh jadi calon Perdana Menteri lagi!

Apa nak jadi dengan nasib masa depan umat, rakyat dan negara ini sekiranya ini berterusan. Kalau begini sikap dan akhlak yang muncul, jangan terkejut dalam tempoh yang terdekat ini, dan teman rasa tak sampai pun 10 tahun, kita akan punya satu generasi yang rosak, GENERASI LUAR TABI'E, GENERASI SONGSANG, na'uzubillah min zalik.

Ya ALLAH, peliharalah diri kami, anak isteri kami, ahli keluarga kami dan umat Islam yang masih punya sedikit keimanan daripada musibah ini keruntuhan akhlak yang sudah parah ini!!! Ameen ya rabbal 'alaamiin!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khmais
21 Zulhijjah 1432
17 Nov 2011

######################################

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistik turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks.

"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua faktor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Jidin Shafee (BN-Setiu) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat , hari ini.

Seai Kie berkata, ekoran berlakunya masalah tersebut, pihak kementerian telah memberi perhatian serius bagi menanganinya dengan mengambil langkah-langkah tertentu.

Pertama, beliau berkata, kementerian telah menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada tahun 2009 yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan masyarakat, terutama ibu bapa kesan negatif terhadap perlakuan seksual luar nikah.

"Pihak kementerian juga telah melancarkan kempen Kami Prihatin dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia, Persatuan Karyawan dan Astro Holdings Sdn. Bhd. pada April 2010. Kempen ini dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat, termasuk pelajar institusi pengajian tinggi bersama-sama menangani anak luar nikah," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga telah menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang menyasarkan golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun.

"Pusat remaja ini akan memberi maklumat berkaitan dengan isu-isu psikososial, termasuk menyediakan khidmat kaunseling, khidmat klinikal dan kemahiran hidup, perhubungan antara jantina dan tingkah laku berisiko termasuk perlakuan seksual sebelum nikah.

"Melalui program outreach kafe@TEEN di sekolah dan pusat komuniti kita telah berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program bermula November 2005 sehingga September 2011," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Nur 15999 bagi membantu mereka yang mengandung luar nikah mendapatkan khidmat kaunseling termasuk mendapatkan perlindungan.

Menjawab soalan tambahan apabila ditanya mengenai tindakan terhadap mereka yang mengandung anak luar nikah, Seai Kie berkata, tiada tindakan terhadap ibu yang bukan beragama Islam, tetapi bagi ibu beragama Islam mereka tertakluk kepada peruntukan kesalahan jenayah syariah.

"Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000, dipenjara tiga tahun. Untuk ibu di bawah 16 tahun mereka tertakluk di bawah peruntukan 376 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol. Ini disebabkan mereka masih di bawah umur.

"Bagi mereka yang lebih 18 tahun dan sabit kesalahan merogol gadis di bawah umur boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan," ujarnya.

16 November 2011

DITIKAM BELAKANG!

(Pak Yangoat ditangkap menikam belakang kaum Yangoat)

Salam 2 all.

Semalam semasa perbahasan peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Pembangunan Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, isu berkaitan dengan pembangunan Kg. Baru Kuala Lumpur dan Perbadanan Pembangunan Kg. Baru (PPKB) yang baru diluluskan oleh Parlimen dibangkitkan.

Kebetulan teman punya hubungan baik dengan beberapa penduduk dan pemilik asal Kg. Baru. Teman terlibat secara aktif dengan isu pemilikan hartanah Kg. Baru ni sejak awal 1990an, samada kes perwarisan, kes penggadaian, kes penipuan ahli keluarga dan macam-macam lagi. Teman juga kerap mengadakan pertemuan, menghadiri dan mengadakan kuliah, ceramah dan lain-lain sekitar Kg. Baru.

Teman dapati ada usaha jahat oleh kumpulan tertentu untuk memperdaya dan membohongi segelintir penduduk dan pemilik tanah di Kg. Baru dengan fitnah kononnya PPKB ditubuhkan untuk merampas hak milik tanah daripada para pemilik. Ada juga kalangan pemilik yang terpengaruh dengan pembohongan dan fitnah ini, dan walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi menjadi saperti "duri dalam daging" bagi majoriti pemilik yang mahukan pembangunan hartanah mereka!

Teman pelik dengan kaum yang tidak habis-habis dengan politik dualam, melakukan pembohongan dan putar-belit hanya untuk mendapat sokongan dan undi demi memenuhi nafsu serakah untuk berkuasa! Politik "matlamat menghalalkan cara" yang dipelopori oleh Machiavelli ini diperkudakan dengan begitu rakus sehingga teman rasa Machiavelli sendiri pun akan terkejut dengan sikap mereka.

Mereka mendakwa konon PPKB akan merampas hartanah pemilik Kg Baru, sedangkan hakikatnya PPKB ditubuhkan untu menjadi pemudahcara & fasilitator bagi pemilik tanah membangunkan tanah mereka. Contoh terbaik yang dapat dilihat ialah pembangunan tanah milik Zikay Holding dipersimpangan Masjid Jamek Kg. Baru.

Dengan bantuan dan memudahcara pihak berkuasa terutamanya DBKL, Zikay Holding kini sedang dalam proses membina sebuah menara dipanggil Mercu Zikay. Menara setinggi 40 tingkat ini mengandungi hotel 5 bintang, kondominium mewah dan sederhana serta mampu milik, ruang pejabat dan dewan.

Yang cantiknya pembangunan Mercu Zikay ini ialah, pemilik tanah tidak hilang tanah, malah kekal memilikinya dan mempunyai beberapa unit kondo disitu untuk keluarga dan lain-lain, dapat membuat pembangunan, ramai orang Melayu lain dapat berkongsi milik, dapat memberi peluang kerja kepada orang Melayu khususnya penduduk Kg. Baru, dan menjadikan Kg. baru berdaya saing dan setaraf dengan pembangunan dikawasan lain di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Langsung tak timbul soal pemilik tanah Zikay ini kehilangan tanah. Bukan sahaja mereka kekal memiliki hartanah tersebut, malah nilai hartanah mereka akan naik berlipat kali ganda. Bak kata pepatah Melayu, "tak abis 7 keturunan makan yop!".

DAN YANG PALING HEBAT, PEMBANGUNAN INI DIMILIKI DAN DILAKSANAKAN SERATUS PERATUS OLEH ORANG MELAYU!

Tapi cuba kita lihat sebaliknya. Lihat apa terjadi kepada penduduk dan pemilik rumah pangsa PKNS Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur (lihat lapuran dibawah). Ini adalah kawasan yang sangat strategik, berdekatan dua stesyen LRT (Jelatek & Datuk Keramat). Tak sampai 10 minit ke KLCC. Kawasan Datuk keramat ini adalah kawasan penempatan hampir 100% orang Melayu. Rumah pangsa PKNS ini adalah dimiliki hampir 100% orang Melayu dari kalangan marhaen.

Hari ini, atas nama pembangunan, rumah pangsa ini diruntuhkan. Pemilik-pemilik sudah dikeluarkan dan mengosongkan rumah masing-masing. Bagi mereka yang enggan menyerahkan hakmilik, hartanah mereka dirampas dengan cara pengambilan wajib. Maka hilanglah satu lagi penempatan orang Melayu dipinggir Bandaraya Kuala Kuala Lumpur.

Kawasan ini akan dibangunkan dengan kediaman mewah, hotel mewah, pejabat dan pusat beli belah! Ia dibuka untuk pemilikan kepada semua bangsa dan kaum. Teman tidak menentang pemilikan hartanah oleh kaum lain, tetapi persoalan pokoknya mengapa kawasan penempatan Melayu menjadi mangsa! Mengapa tidak dibuat saperti yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, dengan menubuhkan sebuah Perbadanan Pembangunan Datuk Keramat dengan tujuan membantu, memudahcara dan sebagai fasilitator kepada orang Melayu pemilik rumah pangsa tersebut membangunkan hartanah milik mereka.

SEBALIKNYA MENGAPA UNDANG-UNDANG DIGUNAKAN UNTUK MERAMPAS HARTANAH MILIK ORANG MELAYU KONON ATAS NAMA PEMBANGUNAN!

Dan dari segi politiknya, siapa sebenarnya ynag menggunakan undang-undang untuk merampas tanah orang Melayu didalam Bandaraya Kuala Lumpur? Apakah kaum ini boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama dihadapi oleh orang Melayu Kg. Baru?

Apapun, hakikatnya ialah orang Melayu pemilik rumah pangsa PKNS Pusat Bandar Taman Keramat telah hilang pemilikan hartanah mereka. Mereka merasakan telah teraniaya, kerana bukan sahaja mereka tidak dibantu membangunkan tanah mereka, malah undang-undang diguna untuk merampas tanah mereka. Ada antara mereka adalah penyokong Pakatan pembangkang dalam pilihanraya lepas. Kini mereka merasa telah dikhianati, "ditikam dari belakang!".

Sama saperti penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang. Orang yang berjanji kepada mereka bukan kepalang orang, ketua pembangkang sendiri. "Beri kami undi, bila kami memerintah sahaja, dalam seminggu kami akan beri pemilikan tanah ini kepada kamu" begitu janji manis ditabur kepada kaum India penduduk Kg. Buah Pala. Abis madu sepah dibuang.

Sebaik menang sahaja, jangankan hakmilik, tanah mereka dirampas dan mereka dihalau keluar. Jentolak dihantar untuk meruntuhkan rumah para penduduk. Teman teringat lagi tangisan dan rintihan penduduk waktu itu yang langsung tidak dikasihani. Mereka dikhianati. Mereka ditikam "dari belakang". Kini baru mereka sedar.

Teman berharap rakyat Malaysia, termasuk bangsa Melayu umat Islam membuka mata melihat gelagat politik dua alam yang penuh dengan pembohongan dan putar-belit yang dimainkan oleh pembangkang. Mereka akan tabur apa sahaja janji pemanis mulut penyedap telinga hanya untuk mendapat undi. Kelak nanti bila mereka mendapat undi dan sokongan, mereka akan khianati dan "menikam dari belakang".

Kata pepatah Inggeris, "you get what you vote for". "Kamu akan mendapat apa yang kamu sokong". Kamu sokong pengkhianat dan "penikam belakang", itulah nanti yang akan kamu dapat. Tepuk dada tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 ZulHijjah 1432
16 Nov 2011

######################

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Pemilik rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pusat Bandar Taman Keramat di Jalan Jelatek di sini kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk ‘merampas’ hak mereka.

Mengibaratkan tindakan itu seperti menikam dari belakang, mereka mendakwa tindakan itu diambil bagi menidakkan hak pemilik untuk mendapat pampasan yang sudah dipersetujui.

Wakil penduduk, Fadhilah Saharin, 38, berkata, 14 pemilik unit rumah dan kedai yang enggan menerima pampasan yang ditawarkan dahulu diarahkan keluar dari premis mereka pada Oktober lalu.

Katanya, apa yang mengecewakan adalah kerajaan Selangor memberikan pampasan yang tidak setimpal iaitu RM130,000 kepada rumah dua bilik dan RM155,000 bagi kedai satu bilik.

Pampasan yang ditawarkan oleh PKNS sebelum ini adalah antara RM250,000 dan RM500,000.

“Kita sifatkan ini menikam dari belakang kerana enam bulan sebelum itu, perbincangan telah dibuat dan PKNS telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM350,000 bagi rumah dan sedang berbincang mengenai jumlah pampasan untuk kedai.

“Tetapi pihak terbabit kemudiannya menggunakan kerajaan negeri dan kuasa di bawah Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil premis kami secara paksa,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Fadhilah berkata, penduduk terpaksa akur dengan tindakan itu dan menerima pampasan tersebut tetapi dalam masa yang sama akan terus menuntut pampasan yang setimpal.

Ini kerana, katanya, sejak 2010, penyenggaraan flat itu tidak dijaga sehingga pemilik terpaksa hidup dalam keadaan rumah yang bocor serta sampah yang tidak dikutip walaupun membayar yuran penyenggaraan RM15 sebulan.

Kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar itu akan dibangunkan dengan projek Datum Jelatek yang bertujuan menukar kawasan hartanah itu menjadi lebih moden.

Projek bernilai RM1.2 bilion itu akan mengandungi kawasan kediaman mewah, bangunan pejabat, pusat beli-belah dan hotel.

14 November 2011

SIASAH YANG SESAT!

(PoLut @ Politik Luar Tabi'e yang diamalkan kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e mampu melahirkan gereja saperti ini di Malaysia jika tidak disekat)

Salam 2 all.

Maqasid syariah, siasah syar'iyyah dan tahaluf siasi. Inilah istilah-istilah yang akhir-akhir ini disalahguna dengan sewenang-wenangnya untuk agenda "politik matlamat menghalalkan cara". Mereka yang dulunya memaki hamun politik machiavelli; "the end justify the means" kini menjadi penyembah setia machiavelli - malah Machiavelli mungkin menangis terkejut dengan cara ideologi politiknya dibawa oleh kaum-kaum politikus songsang ini!

Matlamat mereka kini hanya satu: merampas kuasa politik Putrajaya! At all cost - semua kira halal. Janji nafsu serakah untuk berkuasa dan menduduki kerusi Perdana Menteri dan Menteri tercapai!

Maka dengan memperkudakan retorik tahalluf siasi, siasah syari'e dan maqasid syar'iyyah; habis semuanya disesah. Pengikut dan penyokong dibutakan dengan "kehalalan" tindak-tanduk mereka! Istilah dosa pahala, halal haram, hak batil, benar palsu, Islam kafir, aqidah wadah semuanya ditongsampahkan!

Maka halal kalimah ALLAH dijadikan bahan dagangan politik; diserahkan kepada kristian untuk digunakan dalam bentuk triniti! Tujuannya, untuk meraih undi kaum ini! Matlamatnya supaya menang pilihanraya dan menduduki Putrajaya!

Maka halal anak isteri dipajak sebagai bahan gadaian politik dengan bai'ah sumpah talaq tiga; tujuannya supaya penyokong mereka tidak lari! Matlamatnya supaya impian ke Putrajaya tercapai!

Maka halal tidur sebantal dengan kafir harbi biaDAP, walaupun rakan sekatil itu istiqomah menentang Islam, hingga sanggup mati menentang Islam! Tujuannya supaya rakan biaDAP ini terus tidor sebantal! Matlamatnya supaya dengan perkongsian songsang ini Putrajaya dalam genggaman!

Maka halal mengangkat kafir harbi Ambiga sebagai kalipah mengetuai himpunan haram mereka, walaupun jelas Ambiga penganjur IFC dan penyokong Islam murtad! Tujuannya supaya kerajaan yang ada tergugat! Matlamatnya supaya persekongkolan luar tabi'e ini membawa mereka ke Putrajaya!

Maka halal berhimpun haram dengan kaum kafir harbi, tetapi haram berhimpun halal sesama umat Islam! Tujuannya supaya kafir nanti akan memberi undi kepada mereka! Matlamatnya supaya kerusi Putrajaya semakin tercapai!

Maka halal untuk mati mempertahankan kafir harbi, walauupun sikafir cukup konsisten menentang Islam! Tujuannya supaya sikafir mahu merestui mereka! Matlamatnya agar dengan restu itu Putrajaya menjadi milik mereka!

Maka halal untuk membuang perjuangan Negara Islam, konon tak ada dalam Al Quran! Tujuannya supaya kafir tidak gerun mereka dilihat terlalu "Islamik"! Matlamatnya agar dengan pembuangan perjuangan itu sokongan kafir diperolehi dan Putrajaya dalam genggaman!

Maka halal untuk mempertahankan gereja harbi yang memurtadkan umat Islam! Tujuannya supaya restu dan redho gereja diperolehi! Matlamatnya agar Putrajaya makin dihampiri!

Maka halal menyokong orang yang paling buruk akhlaknya, dinobatkan sebagai pemimpin agong! Tujuannya supaya dengan bakat penipuan, pembohongan dan putarbelit yang dimiliki membawa sokongan dan undi golongan yang dibuta-tuli! Matlamatnya supaya si pengembala hebat ini memimpin mereka ke Putrajaya!

Maka halal menyokong orang yang menganut fahaman sesat pluralisma, walaupun difatwakan sesat dan menyesatkan! Tujuannya agar kaum liberal memberi sokongan dan dokongan! Matlamatnya dengan undi kaum liberal ini membawa mereka ke Putrajaya!

Sebenarnya sudah terlalu banyak perkara yang haram menjadi halal, yang berdosa menjadi pahala, yang batil menjadi hak, yang palsu menjadi benar, yang kufur menjadi "Islamik".

Hingga mereka sudah tidak tahu membezakan yang mana satu aqidah, yang mana satu siasah! Mereka menjadi buta kepada perbezaan tauhid dan maqasid! Mereka menjadi tuli kepada perbezaan aqidah dengan wadah! Mereka muncul menjadi kaum haramjadah yang menjubahkan diri mereka dengan warna-warni Islamik!

Sebab itu teman perturunkan dibawah penulisan seorang tokoh aktivis Islam yang jelas maksudnya dibawah. Al Fadhil Ustadz Ismail Mina adalah salah seorang founding member ABIM. Beliau dikenali terlalu rapat dengan Anwar Ibrahim, sehingga digelar Mursyidul Am ABIM. Sehingga menghampiri tahun 2008, beliau antara yang lantang mempertahankan dan membela Anwar. Tetapi sokongannya mula pudar apabila Anwar secara terbuka menyokong kaum kafir. Dan bertambah pudar apabila timbul kes Saiful Bukhari. Dan hancur bila terbongkar fahaman pluralisma yang dianuti Anwar.

Kini Ustadz Ismail Mina, bersama dengan seorang lagi sahabat rapat Anwar, Professor Datuk Sidek Baba (atau lebih dikenali sebagai Cikgu Sidek - bekas Timbalan Rektor UIA) menjadikan penentangan terhadap Anwar Ibrahim sebagai satu jihad!

Semoga penulisan Ustadz Ismail Mina membawa menafaat kepada kita semua umat Islam yang masih punya sedikit keimanan! Semoga ALLAH menjadikan penulisan itu sebagai satu 'ibadah buat Ustadz Ismail Mina.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
18 Zulhijjah 1432
13 Oktonber 2011

############################

SIASAH SYARIAH DALAM RELIGIO-POLITIK MALAYSIA*
Oleh Ismail Mina Ahmad
ISMAIL MINA AHMAD, Pengarah Wacana Pemikiran dan Peradaban Ummah: Siasah Syariah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia.

Akhir-akhir ini, banyak wacana berkaitan dengan siasah syariah dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan juga parti politik. Ini adalah perkembangan keilmuan yang baik.

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), sebuah NGO dakwah Islam juga ingin memberi sumbangan ke arah memahamkan masyarakat mengenai siasah syariah dari perspektif ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah dengan merujuk kepada realiti Malaysia dewasa ini, yang mana kedudukan agama Islam dicabar serta kuasa politik ummah berpecah dan terhakis.

Kecenderungan mewacanakan siasah syariah ini secara aktif sekarang dapat dilihat dari dua faktor. Pertama, faktor terdesak, yang dicetuskan oleh sekumpulan orang yang mahu menguasai kekuasaan politik semata-mata kerana politik kekuasaan.

Kumpulan kedua pula, berteraskan faktor fundamental, yang mahu memelihara keutuhan dan penerusan ajaran Islam yang murni dan mahu memelihara maruah umat Islam melalui instrumen kekuatan dan kuasa politik umat. Kedua-dua kelompok melihat betapa pentingnya kuasa politik.

Wacana mengenai siasah syariah, tidak dapat dipisah dari memahami Maqosid Syariah. Maqosid Syariah mempunyai enam dasar atau usul yang dinamakan Usul al-Sittah iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara harta, memelihara keturunan dan memelihara maruah. (Sesetengah 'ulama' membahagikan kepada lima sahaja).

Kebetulan pula, dalam syariat Islam, ada konsep siasah syariah yang luas, maka golongan Salibiah dari kalangan musuh Islam terutamanya Yahudi dan Kristian menjumpai medan baru untuk melanyak umat Islam atas nama perbincangan 'ilmiah' pada hal berniat untuk permurtadan.

Maka wacana siasah syariah ini melalui pasangannya Maqosid Syariah digunakan semahu-mahunya oleh mereka dengan menjadikan orang atau pemimpin beragama Islam yang ghairah untuk kekuasaan, sebagai alat.

Maka kelompok ini dengan fahaman sapere aude, menghuraikan siasah syariah dan Maqosid Syariah dalam rangka pemikiran tersebut untuk tujuan mencelaru dan memesongkan pemikiran umat Islam dengan slogan-slogan dan retorik diabolik.

Melalui huraian diabolik ini, yang lari daripada prinsip atau qawaid Fiqah dan sistem pemahamannya, mereka sebenarnya merosakkan epistemologi Islam. Inilah tujuan dan kehendak golongan Salibiah kerana akan memudahkan kerja memesongkan hala tuju umat Islam dan syariah dari ajaran dan kehendak Islam sebenar.

Mereka bukan bertujuan untuk memelihara agama Islam, tetapi mempunyai niat, agenda dan tujuan peribadi dan kelompok yang amat diabolik.

Seperti termaklum, salah satu usul atau dasar Maqosid Syariah ialah memelihara agama. Dalam konteks memelihara agama ini ialah memelihara agama Islam, agar tidak diseleweng, dihakis dan dimasuki anasir perosak.

Bagi kelompok Liberalis-Pluralis, mereka lebih menekankan betapa penting memelihara agama bukan Islam, yang sesetengah dari kelompok ini mewujudkan biro khas untuk memelihara agama bukan Islam.

Kelompok Liberalis-Pluralis ini amat prihatin dan sibuk menjadi penjaga agama bukan Islam dan membiarkan 'akidah umat Islam tercemar dan terhakis seperti ternyata dalam sikap mereka kepada 'Perhimpunan Sejuta Umat' baru-baru ini.

Sebab itu kita dapati, keluar dari mulut dan tulisan mereka dengan nada sinikal kepada program tersebut yang antaranya mereka berkata gejala pemurtadan ini tidak serius. Ini bermakna mereka rela permurtadan tetapi jangan ramai sangat! Na'uzubillah.

Seperti semua umat Islam yang beriman ketahui, motif perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengingatkan umat Islam betapa gerakan Salibiah ini beroperasi secara agresif menyerang umat Islam.

Keberanian mereka itu adalah kerana semacam mendapat pengiktirafan daripada orang yang mengaku membela Islam, yang mengaku membangun bersama Islam, yang mengaku sebagai jurubicara umat Islam, tokoh pencerahan Islam dan macam-macam dakwa diabolik lagi.

Mereka inilah yang berpusu-pusu menjunjung perhimpunan Bersih yang tiada justifikasi 'Akidah dan Siasah serta Maqosid Syariah dan mereka berbangga pula berada di bawah naungan orang bukan Islam yang amat jelas menentang Islam dan dengan tegas membela orang Islam yang murtad dan mempertahankan aktiviti seksualiti bebas.

Dalam lingkungan memelihara agama, termasuklah mengurus dan menjaga segala kepentingan dan kebaikan syariah dengan optimum yang menyangkut kedudukan ajaran dan umat Islam. Kedudukan agama Islam di Malaysia, sudah ada orang dan kumpulan yang berani mencabarnya.

Ia bukan sahaja datang dari orang bukan Islam tetapi juga dari orang yang mengaku sebagai Islam, walaupun jelas kedudukannya dalam Perlembagaan Malaysia. Maka untuk menyekat badai ini, maka mekanismenya ialah memperkukuhkan kuasa politik umat Islam kerana ia merupakan salah satu instrumen terpenting dewasa ini di Malaysia.

Untuk tujuan tersebut, yakni untuk mengekal kekuasaan politik umat Islam, tidak lain, melainkan menurut perintah al-Quran seperti yang disebut terdahulu ialah Perpaduan umat dan hindari perpecahan.

Adalah sesuatu yang amat tragik dalam konteks politik semasa Malaysia, terdapat parti-parti politik berlumba-lumba memberi tawaran-jualan murah kepada pengundi, sehingga terhakis maruah politik dan menjadi ejekan bukan Islam.

Bahkan ada sesetengah pemimpin politik yang beragama Islam menjual agama kepada bukan Islam dengan menyamakan Allah, setaraf dengan Tuhan sembahan orang bukan Islam.

Perkara ini tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia selama ini. Barang diingat, mempertahankan 'izzah dan kemuliaan institusi politik ummah dan menguasainya secara utuh merupakan salah satu saluran rahmat Allah SWT .

Maka mekanisme siasah syariah dalam skema ajaran Islam Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah yang sebenar sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut dan dilema religio-politik Malaysia dewasa ini. Ia dapat menjadi sarana penting, kerana ia merupakan suatu konsep dengan segala instrumen paling berwibawa untuk memperbaiki segala kualiti yang enam itu, seperti yang telah disebut di awal.

*Kertas-kerja ini dibentangkan dalam Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah III: Siasah Syar'iyyah Dalam Konteks Religio Politik Semasa Malaysia yang diadakan pada hari Sabtu 16 Zulhijjah 1432/ 12 November 2011 di Moot Court, Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT).

10 November 2011

SEKS MURTAD!

(Kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e)

Salam 2 all.

Apa yang penganjur Festival Seks Bebas mahu promosikan ialah amalan seks songsang dan luar tabi'e Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender - LBGT! Iaitu menggalakkan amalan seks antara lelaki & lelaki, wanita dengan wanita, manusia dengan haiwan, manusia hidup dengan mayat, jantan jadi betina, betina jadi jantan dan macam-macam lagi amalan seks songsang dan luar tabi'e!

Ada pihak menyatakan tujuan Festival Seks Bebas ini adalah untuk mendedahkan "kesengsaraan", "penderitaan", "diskriminasi" dan lain-lain yang dilalui oleh kaum songsang dan luar tabi'e ini. Adakah itu benar? Sedangkan slogan mereka "Our Body, Our Right"! Apa maknanya tu? Maknanya kaum ni berkata "ini tubuh badan aku, hak aku nak bersetubuh apa cara pun!".

1. MURTAD MENGHALALKAN YANG HARAM!


Persoalan pokok yang timbul daripada isu Festival Seks Bebas ini iala
h mereka sedang mempromosikan sesuatu yang haram disisi mana-mana agama dan ketamadunan & peradaban kemanusiaan.

Hukum agama jelas. Amalan seks songsang ini ditolak oleh semua agama samawi Islam, Kristian & Yahudi, termasuk agama pagan Hindu, Budha, Tao dan lain-lain. Khususnya dalam Islam, hukum bagi pengamal seks songsang & luar tabi'e adalah jelas, ianya 'amalan yang dikutuk dan dilaknat ALLAH.

HUKUMNYA DALAM ISLAM JELAS: HARAM! HARAM! HARAM!

Bermakna Festival Seks Bebas ini cuba menghalalkan apa yang diharamkan secara sarih oleh ALLAH swt.

Bagi umat Islam pendirian kita mesti jelas. Menghalalkan apa yang diharamkan ALLAH hukumnya murtad, terbatal aqidahnya! Ini membabitkan soal aqidah, satu soal besar yang akan menentukan nasib kita dihadapan ALLAH nanti!

Sebab itu teman menyokong Mufti Perak, Mufti Pahang dan beberapa orang ulama' lain yang mengambil pendirian yang tegas dan jelas. Mana-mana umat Islam yang menyokong atau bersekongkol dengan Festival Seks Bebas ini hukumnya murtad dan batal aqidahnya!

2. PERBUATAN JENAYAH BUKAN HAK ASASI


Kedua, apa yang cuba dipromosikan oleh kaum penganjur Festival Seks Bebas ini adalah satu perbuatan jenayah. Amalan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah didalam peruntukkan undang-undang negara ini. Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan memperuntukkan pengamal seks songsang dan luar tabi'e ini, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum tidak melebihi 20 tahun penjara ataupun sebatan.

Adakah masuk aqal untuk kita menyokong dengan kaum yang mahu mempromosikan perlakuan jenayah. Apa kata lepas ini ada kaum mempromosikan merogol itu hak asasi, merompak, mencuri membunuh juga hak asasi! Budak tadika pun tahu ini kerja orang bodoh! Tapi malangnya ramai yang jadi bodoh dan cuba memperbodohkan orang lain dalam isu seks songsang dan luar tabi'e ini!

3. MEMANSUHKAN SEKSYEN 377 A-D KANUN KESIKSAAN


Atau adakah kaum ini mempunyai agenda yang tersirat-mahu me
mansuhkan Seksyen 377 A-D! Apakah mereka merancang supaya perlakuan seks songsang & luar tabi'e bukan lagi satu jenayah!

DAN ADAKAH IANYA SATU KEBETULAN MEREKA YANG TERLIBAT INI ADALAH ANTARA PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM! DAN KITA SEMUA TAHU MANUSIA YANG DITABAL BININY
A SEBAGAI ANUGERAH TUHAN INI SEDANG MENGHADAPI PERTUDUHAN JENAYAH KERANA MELAKUKAN SEKS SONGSANG DAN LUAR TABI'E TERHADAP PEMBANTUNY SAIFUL BUKHARI AZLAN!

Apakah ini formula "win-win" atau "menang-menang" mereka? Bila mereka membela dan menyokong Anwar sehingga menjadi PM (na'uzubillah) kelak nanti akan menghalalkan seks songsang & luar tabi'e yang mereka perjuangkan, dan untuk pakatan tertentu menyokong penganjur Festival Seks Bebas ini akan membebaskan Anwar daripada cengkaman perundangan anti seks songsang & luar tabi'e!

Apa pun, kedudukan masakini jelas! Seks songsang & luar tabi'e ini adalah satu kesalahan jenayah! Mempromosikannya pun satu kesalahan jenayah! Oleh itu tidak timbul soal hak asasi manusia atau kebebasan amalan seks. Melakukan jenayah, termasuk mempromosi perlakuan jenayah tidak termasuk dalam ruang-lingkup hak asasi manusia. Kalau ada kaum yang menyatakan melakukan dan mempromosi perlakuan jenayah adalah hak asasi manusia, maka samada orang itu gila, atau memang benar-benar dah gila!

4. FESTIVAL ORANG BERPENYAKIT & GILA


Pengama
l seks songsang dan luar tabi'e ini adalah orang yang berpenyakit. Jangankan manusia, haiwan binatang pun tidak mengamalkan perlakuan seks songsang dan luar tabi'e ini. Sebab itu teman nak perbetulkan kenyataan sebelum ini iaitu tindakan kaum Festival Seks Bebas ini akan membawa ketamadunan manusia ke tahap ketamadunan haiwan adalah tidak tepat, sebaliknya ia membawa manusia ketahap ketamadunan dan peradaban yang lebih buruk daripada haiwan!

Dan bila berdepan dengan orang gila dan berpenyakit, kita tidak mengambil sikap mengadakan dialog ataupun berbincang. Itu bukan cara manusia bertamadun, itu cara manusia yang jahil, bahlol lagi dan bodoh. Orang gila dan sakit kita rawat dan cuba pulihkan, bukan kita pergi berbincang dan berdialog. Kang dok sibuk nak berdialog dan berbincang, penyakit dan gilanya makin parah, silap-silap padam terus.

5. DIALOG DENGAN ORANG GILA?


Sebab itu teman tegaskan, tidak timbul isu dialog atau bincang dalam berdepan dengan isu ini. Apabila berlaku kemungkaran, dan seks songsang dan luar tabi'e ini adalah satu kemungkaran besar, caranya ialah dengan pencegahan. Iaitu dengan tindakan penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang. Dalam hal melaksanakan hukum dan undang-undang, kita wajib tegas, dan tidak ada kompromi!

Teringat teman satu dialog diantara seorang waras dengan dengan seorang gila. Si Waras melawat sebuah pusat penjagaan orang gila. Dia terlihat salah seorang daripada mereka sedang menjulur lidi seolah-olah sedang memancing ikan didalam sebuah baldi yang kosong. Lalu si Waras bertanya, "banyak dapat ikan yop?". Si Gila menjeling lalu menempelak si Waras, "mike gila ke yop, mana ada ikan dalam baldi ni!!!". Ringkasnya, kita tak sepatutnya berdialog dengan orang gila, sebab nanti kita akan ditertawakan oleh si Gila!

6. NGO & INDIVIDU YANG SAMA BERSIKAP PROVOKATIF


Dan yang paling teman musykil, tiap kali isu provokatif dan sensitif ini ditimbulkan, mesti indidividu dan NGO yang terlibat dikalangan orang dan badan yang sama. Daripada isu penubuhan IFC, kepada isu murtad, kepada isu himpunan haram, sekarang kepada isu seks bebas, dan terkini isu mendesak amalan qurban umat Islam dihadkan ketempat tertutup, semuanya membabitkan individu dan NGO yang sama atau yang berkaitan dengan mereka!

Dan yang paling malang, ada jugak umat Islam, termasuk yang mengaku pejuang Islam, yang mengambil sikap menyokong individu dan badan-badan ini. Dan mereka berselindung disebalik hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Sebab itu teman tegaskan "hak asasi manusia & kebebasan bersuara" ini adalah satu virus agama baru yang sedang menyerang ketamadunan kemanusiaan dan akan meranap dan menghancurkan peradaban dan warisan kesinambungan insan!

7. FITNAH DAJJAL KECIL


Satu soalan yang ingin teman lontarkan kepada umat Islam khususnya; cuba bayangkan bagaimana agaknya keadaan kita nanti bila fitnah Dajjal muncul nanti? Sedangkan dengan fitnah Dajjal-Dajjal Kecil yang melanda kita hari ini pun ramai yang kecundang dan tewas. Malah dengan bukti jelas dan nyata pun ada kalangan kita bukan sahaja menolak, malah berterusan menyokong dan mendokong Dajjal-Dajjal Kecil ini hanya kerana habuan dunia, demi kedudukan dan kemahkotaan duniawi.

Bayangkanlah apabila Dajjal sebenarnya muncul!?

Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH jauhkan kita daripada fitnah ini, dan memelihara iman dan aqidah kita!

KITA BUKA GILA KUASA!
KITA NAK HALANG ORANG GILA DARIPADA BERKUASA!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Zulhijjah 1432
10 November 2011

09 November 2011

WACANA MUAFAKAT: SIASAYAH SYAR'IYYAH

Semua Dijemput Hadiri Wacana Siyasah Syar’iyyah – Religio-Politik Semasa Malaysia


Semua dijemput menghadiri Wacana Pemikiran & Peradaban Ummah yang bertemakan Siyasah Syar’iyyah Dalam Konteks Religio-Politik Semasa Malaysia.

Wacana anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini akan berlangsung pada 12 November ini di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada;

1. Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA),

2. Dato’ Hj. Mohd Nakhaie Ahmad (Presiden Pertubuhan Persahabatan Dakwah Global),

3. Prof Datuk Dr. Yusoff Mohamad (Pensyarah Jabatan Usuluddin & Perbandingan Agama UIA),

4. Dr. Yusri Mohamad (Pensyarah Undang-Undang UIA) ; dan

5. Ustaz (Dr) Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (Felo Amat Utama ISTAC).

Orang ramai yang ingin mendaftarkan diri ke program ini boleh menghubungi Sdr. Nasrul (012-6506404) atau Sdr. Wan Burhan (016-3956497). Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web rasmi MUAFAKAT.

06 November 2011

HARAKI ISLAMIYYAH

(Apabila demokerusi dipertuhankan, hak & batil boleh sebantalan)
Salam 2 all.

Teman tertarik dgn tulisan Dr. Mohd Yusri Mohamed yang disiarkan dilaman www.penayusri.com. bertajuk "Mencari Kebenaran Dalam Beragama". Memang diakhir zaman ini umat Islam khususnya, dan tamadun kemanusiaan umumnya mencari-cari dimana Islam sebenarnuya. Islam yang sepatutnya membawa rahmat kepada kemanusiaan, tetapi hari ini menjadi celaru dan mengelirukan.

Bukan kerana Islam itu sendiri, tetapi kerana kecelaruan dan kekeliruan umatnya. Apatah lagi ada kecenderungan dikalangan segelintir mereka yang mengaku ulama, ilmuan dan pejuang Islam yang rela memperkuda dan memperalatkan Islam untuk tujuan dan kepentingan mereka sendiri, sehingga menyebabkan ramai umat Islam dan bukan Islam menjadi keliru. Mereka menjadi politikus kalkatu yang bukan sahaja sesat tetapi juga menyesatkan orang lain!

Semoga penulisan Dr Mohd. Yusri, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Presiden ABIM, dan kini merangkap Pengerusi Yayasan Sofa akan dapat merungkai persoalan yang menjadi kekusutan didalam memahami serta menilai sebuah gerakan Islam sebenarnya.

Semoga perhimpunan kesatuan umat Islam di Arafah hari ini akan berjaya diterjemahkan keseluruh dunia Islam. Semoga umat yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah akan berjaya menjadi Satu Ummah!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
10 Zulhijjah 1432
06 November 2011

############
(Petikan daripada www.penayusri.com)

Mencari Kebenaran Dalam Beragama

Oleh : Dr. Yusri Mohamed
– www.penayusri.com - mantan Presiden ABIM
(sekarang bertindak sebagai Pengerusi Yayasan Sofa)

Dari neraca agama, hidup ini adalah satu ujian besar daripada Tuhan ke atas hamba-hambaNya. Ujiannya datang dari berbagai sudut. Salah satu sudutnya adalah tuntutan untuk kita menyesuaikan hidup kita mengikut kehendak agama. Lebih daripada itu, kita juga dituntut untuk memperjuangkan agama dalam hidup kita. Tetapi turut perlu diinsafi, terutama bagi kita yang hidup diakhir zaman ini, antara ujian terbesar kita dalam kehidupan beragama adalah untuk mencari dan memilih fahaman dan ikutan yang benar dan murni dalam beragama.

Antara Yang Zahir dan Yang Benar

Ada beberapa faktor yang tambah menyukarkan kita dalam membezakan yang benar dan yang tidak dalam beragama. Masyarakat awam misalnya mudah terpengaruh pada sesuatu yang menonjol, aggresif, lantang dan dilihat yakin. Oleh itu, sering berlaku pihak yang zahirnya lebih berani, lantang, fasih dan mendapat liputan meluas itulah yang lebih didengari dan dianggap betul. Selain daripada faktor itu, aliran yang batil atau keliru dalam agama pula sering turut bercampur dengan kebenaran.

Jadi perlulah diingat bahawa kebatilan yang bercampur kebenaran itu lebih berbahaya berbanding dengan kebatilan tulen yang tidak bercampur kebenaran. Samalah seperti bahayanya hidangan menarik yang mengandungi racun berbisa. Disamping itu, dalam konteks masyarakat Malaysia khususnya, saya dapati, ramai juga yang mudah terkeliru dan tidak dapat membebaskan diri daripada kerangka persaingan politik kepartian dalam menilai isu-isu agama. Sedangkan sering juga isu agama yang timbul adalah pertembungan fahaman dan prinsip yang lebih mendasar dan melangkaui batas politik kepartian.

Petua-petua Utama

Mencari yang benar dan salah dalam hal agama bukannya mudah dan merupakan ibu segala pencarian dalam hidup manusia. Tiada yang akan berjaya tanpa usaha yang disertai rahmat dan hidayah Allah SWT. Dalam mencari yang kebenaran dalam agama, sangat bertepatan kita merujuk petua masyhur yang diungkapkan dengan fasih oleh Imam Ibnu Sirin dari kalangan Tabiin dalam pesannya, “Ilmu ini (ilmu-ilmu agama) adalah agama kamu, maka hendaklah seseorang itu benar-benar kenal (memilih) daripada siapa dia mengambil agamanya”.

Inilah petua dan prinsip inspirasi Al-Quran dan al-Sunnah yang sangat asasi dan menyelamatkan. Menariknya, petua ini kurang ditekankan di kalangan mereka yang cenderung membawa fahaman yang Syaaz dikalangan umat ini. Mungkin kerana petua ini tidak menguntungkan mereka. Sebenarnya, jika petua yang satu ini benar-benar dihayati oleh anggota masyarakat, insyaAllah, mereka akan lebih mudah mengenal yang mana intan dan yang mana kaca.

Cabaran mengenal-pasti sumber ikutan dan ambilan ilmu agama yang benar disukarkan lagi dengan munculnya, dari awal sejarah Islam, individu dan aliran sesat yang berwajah agama, siap dengan kelayakan zahiriyah dan retorik yang memukau. Contoh yang sangat jelas adalah episod Saidina Ali RA yang ditakdirkan terpaksa menghadapi fitnah kemunculan kelompok Khawarij. Mereka ini yang gagal betul-betul ‘mengenali’ Saidina Ali RA telah keluar dari mentaatinya atas niat dan asas keagamaan.

Mungkin mereka pun merasa perlu membawa perubahan dan tajdid terhadap arus perdana Umat ketika itu. Seperti yang masyhur dalam sejarah Islam, kelompok Khawarij ini zahirnya sangat kuat berpegang dengan agama. Sangat kuat ibadahnya dan tinggi semangat agamanya tetapi terpesong daripada fahaman agama yang benar. Pembunuh Saidina Ali RA, Ibnu Maljam yang muncul daripada kalangan mereka diriwayatkan sedia menghadapi apa sahaja hukuman kecuali dipotong lidahnya kerana mahu lidahnya sentiasa basah dengan zikr. Saidina Ali yang berpengalaman dengan sepak-terajang kelompok sebegini ada berpesan, “Akan ada zamannya, dimana yang batil itulah yang paling zahir dan yang Haq itulah yang paling tersembunyi.

”Menginsafi pengajaran sejarah dan pesan Saidina Ali ini, janganlah kita mudah terpukau dengan semboyan-semboyan perubahan dan tajdid (pembaharuan). Tidak semua yang melaungkan tajdid itu mujaddid sebenar. Tidak semua orang berimej agama yang ditangkap, dipenjarakan atau diperangi itu pejuang agama yang hakiki! Janganlah kita mudah terkeliru dengan gelar, sijil dan pangkat. Sangat bahaya jika kita terlalu taksub kepada seseorang kerana satu-dua pandangannya yang kita minati atau kebetulan menghentam pihak yang kita tidak sukai. Kenalilah dan kajilah betul-betul seseorang tokoh agama sebelum mengikutnya atau mendokongnya habis-habisan. Janganlah terlalu mudah mempertaruhkan agama kita yang menjadi penentu untung-nasib kita di dunia ini dan di akhirat yang kekal abadi.

Tolak Yang Syaaz, Ikutilah Arus Perdana.

Selain daripada mengenali latarbelakang dan kecenderungan seseorang yang ingin diikuti, satu lagi panduan yang sangat utama dalam memilih kebenaran dalam agama adalah dengan kesetiaan dengan aliran arus perdana dan mengelakkan aliran-aliran yang Syaaz (ganjil, asing dan kontroversi).

Dalam menilai aliran atau tokoh agama sering kali berlaku kekeliruan antara perjuangan yang Syaaz dan memperjuangkan pembaharuan (Tajdid) dalam agama. Islam bukannya anti-perubahan dan Tajdid adalah unsur dinamika yang penting didalam tradisi Islam. Tapi sebagai risalah terakhir yang terpelihara dan dijamin Tuhan Rabbul Jalil, ruang untuk perubahan dan Tajdid dalam Islam adalah jelas dan lebih terbatas berbanding dengan agama dan ideologi lain.

Dalam agama Islam, kita boleh isytiharkan dengan yakin bahawa kita tidak perlukan seorang Martin Luther dengan gerakan reformasi Protestantnya seperti yang berlaku dalam sejarah Kristian. Dalam neraca Islam tuntutan perubahan diluar batas-batasnya bukanlah Tajdid yang hakiki tetapi adalah pandangan dan gerakan yang Syaaz. Yang meruntuh dan bukannya membina. Yang melemahkan bukannya menguatkan. Yang memecah-belahkan dan bukannya menyatukan.

Mengenali dan menolak yang Syaaz adalah prinsip pokok dalam Islam seperti yang dinyatakan nas-nas termasuk ayat 115, Surah al-Nisa` dan hadith yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menghimpunkan Umat ini diatas suatu kesesatan, dan sesungguhnya Tangan Allah itu bersama al-Jamaah, maka ikutlah as-Sawaad al-A`zam (majoriti ulama) dan sesiapa yang mengasingkan diri maka dia mengasingkan dirinya ke Neraka” (Riwayat Abu Nu’aim, Hakim dan al-Tirmizi seperti disebut oleh al-`Ajluni dalam Kasyful al-Khafa’). Persoalan ini boleh didapati huraiannya dalam perbahasan berkaitan prinsip-prinsip Ijma`, Jumhur, Mu`tamad dan as-Sawaad al-A’zam dalam bab-bab ilmu yang berkaitan.

Untuk mengenali dan menilai seseorang adalah tidaklah memadai sekadar membaca kolumnya dan mendengar ucapan-ucapannya tanpa kemampuan menilainya secara kritikal daripada kerangka fahaman agama yang mendalam. Seperti yang kita sebutkan, dalam sejarah Islam, memang sering muncul orang-orang agama bijak berdalih dengan hujah dan dalil agama untuk mendokong fahamannya sehingga menyukarkan orang awam yang tidak kuat latar belakang agamanya serta tidak cukup maklumat untuk menilainya dengan saksama.

Tetapi berpandukan petua-petua utama yang baru kita himbau, kita sepatutnya sudah boleh membuat penilaian yang lebih tepat dalam isu beberapa aliran dan tokoh agama semasa yang timbul dalam masyarakat kita. Antara sikap dan pendirian yang Syaaz yang timbul dalam masyarakat kita ialah tidak boleh menerima perbezaan pandangan dalam isu-isu khilafiyyah. Ini merujuk kepada isu-isu yang mana terdapat perbezaan pandangan dikalangan mazhab dan ulama muktabar dalam dunia Islam. Sikap arus perdana dalam soal-soal sebegini adalah tidak menolak, memperlekehkan atau membid’ahkan amalan-amalan tersebut.

Malangnya, kita dapati ada tokoh-tokoh tertentu yang banyak mempertikaikan (baca menyesatkan) amalan-amalan yang sudah diterima umum dalam masyarakat kita yang ada asasnya didalam Islam seperti tahlil arwah, bacaan Yaasin diwaktu tertentu dan berubat dengan air yang dijampi. Malah ada yang dengan sinis meminta mereka yang percaya dengan air jampi ini untuk terus menjampi sahaja air di empangan agar semua orang boleh jadi baik!

Ada juga percubaan memakaikan imej yang buruk terhadap pendekatan tarekat dalam dunia tasawuf dan keruhanian Islam sedangkan pendekatan tarekat diterima oleh majoriti umat ulama termasuk Ibnu Taymiyyah. Menolak dan mempermasalahkan tasawuf dan tarekat adalah sikap yang bertentangan dengan arus perdana ulama dan umat Islam.

Ia juga bererti menolak dan mempertikaikan tokoh-tokoh ulama tanahair yang disepakati jasa dan sumbangan mereka dalam menegakkan agama Islam seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, Tokku Paloh, Tok Selehor, Sheikh Abdullah Fahim dan Sheikh Ahmad bin Hj. Mohd Said dan lain-lain yang kesemuanya mesra dengan dunia tasawuf dan tarekat. Sebenarnya kelompok sesat dan batil dalam tarekat adalah kelompok minoriti tetapi ada yang cuba memberi gambaran yang sebaliknya kepada masyarakat.

Akhir-akhir ini ada juga yang cenderung mempermasalahkan kedudukan mazhab Syafie sebagai mazhab utama dan rasmi di Negara kita. Sebenarnya pilihan ini adalah pilihan semulajadi berdasarkan sejarah sampainya dan tersebarnya Islam di Nusantara. Kita umumnya memahami sistem bermazhab yang menyebabkan kita tidak terlalu taasub mazhab Syafie. Cuma kita mungkin akan curiga jika ada amalan-amalan kita yang berdasarkan mazhab Syafie hendak dipertikaikan dan ditukar tanpa ada asas dan alasan yang kukuh serta dibuat diluar kerangka fatwa rasmi.

Anehnya ada yang membayangkan kita terlalu taasub dengan Mazhab Syafie sehingga ke tahap menganggap Imam-imam lain seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad terkeluar daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jama`ah. Adakah ada dikalangan kita yang ada menganggap begitu?

Apapun nama dan gelarannya, tidaklah terlalu sukar mengenali yang tokoh atau aliran yang Syaaz dalam Islam. Jika pandangan dan kecenderungan seumpama ini diberi kebebasan untuk disebarkan dalam masyarakat kita, pelbagai kesan negatif akan timbul. Selain kekeliruan fahaman agama sehingga ke tahap melanggar hak dan adab terhadap para ulama muktabar silam dan semasa, ia juga boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan dalam masyarakat awam.

Peliharalah Keutuhan Umat

Dari masa ke semasa, Umat Islam di Malaysia di uji dengan munculnya tokoh dan aliran yang menggugat kesepakatan dan keutuhan dalam fahaman beragama. Berkat gandingan Umara-Ulama, setakat ini kesepaduan dan keutuhan suara Umat telah berjaya dipertahankan. Ini membolehkan umat Islam di Malaysia bertahan menghadapi pelbagai gugatan luar dan dalam. Kestabilan dalaman ini membolehkan kita memberi tumpuan kepada agenda lain yang lebih produktif dan membawa kesejahteraan kepada Umat.

Tidak dinafikan kita masih dan terus menghadapi perselisihan politik antara parti-parti utama umat Islam di Negara kita dan hal yang satu ini pun sudah merupakan cabaran besar kepada kekuatan Umat. Jika kita tidak berhati-hati, suatu medan atau ‘front’ pertembungan dalaman yang lebih besar, memeritkan dan merugikan boleh muncul.

Saya baru pulang daripada jemputan lawatan sepuluh hari ke Jepun untuk belajar daripada pengalaman kejayaan negara tersebut. Saya perhatikan bahawa salah satu faktor utama disebalik kejayaan mereka adalah kestabilan dalaman masyarakat Jepun yang bersifat homogenous (tidak pelbagai) dari berbagai sudut. Malaysia ditakdirkan sebagai sebuah Negara pelbagai bangsa dan agama.

Mengurus kepelbagaian ini tetap menjadi cabaran semulajadi yang besar dan berterusan serta menentukan jatuh-bangunnya Negara kita. Oleh itu amatlah tidak wajar kita hendak menambah lagi pertentangan dalaman dalam tubuh Umat yang akan lebih mengalihkan fokus kita daripada agenda yang lebih membina. WaLlahu a’lam, Semoga Allah Subahanahu Wataala menyelamatkan umat Islam di Malaysia dalam cabaran yang sedia kita hadapi dan menjauhkan kita daripada bebanan yang boleh dielakkan.


Yusri Bin Mohamad
Pensyarah UIAM,
(Bekas Presiden ABIM)