Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

02 April 2011

YES MR. SINGH?

Salam 2 all.

Teman tidak bersetuju dengan desakan Karpal Singh menuntut videoklip "Jantan-X Menyudu Pelacor Cina" ditayangkan di Parlimen untuk tontonan Ahli Parlimen. Ini bukan masalah nasional, dan bukan masalah negara. Ini masalah kredibiliti dan akhlak "Jantan-X" tersebut. Buat apa kita nak mencemar nama baik dan kemuliaan Parlimen Malaysia dengan masalah peribadi "Jantan-X" itu?

Teman tidak tahu apa agenda dan niat Karpal sebenarnya, tetapi apa yang jelas menayangkannya didalam Parlimen akan hanya "memalukan & mengaibkan" "Jantan-X" yang menyudu pelacor Cina itu. Malahan mempertontonkannya didalam Dewan Parlimen yang mulia ini hanya akan merendahkan martabat Parlimen Malaysia. Kita akan hanya menjadi bahan tawa dunia, Parlimen yang menonton video lucah secara rasmi!!!

Pada teman, isu videoklip ini adalah masalah peribadi manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan dengan rakan baiknya Datuk Eskay Syazly. Elok mereka selesaikan secara baik. Datuk Syazly, rakan baik Anwar yang mendedahkan videoklip tersebut, telah pun menyatakan dengan jelas siapa yang beliau maksudkan. Dan beliau dengan jelas menuntut supaya Anwar dan bini yang menabal lakinya sebagai anugerah tuhan supaya meletakkan jawatan. Kita tidak tahu apa yang Datuk Syazly tahu, tetapi gambar beliau ada didalam videoklip "Jantan-X Menyudu" berkenaan!!! Sudah pasti Datuk Syazly cukup tahu apa yang berlaku yop!!!

Cuma masalahnya, diluar sana masih ada kaum yang secara membabi buta masih taksub dengan Anwar ini, terutamanya segelintir kepimpinan Pakatan pembangkang termasuk dari PAS, DAP & PKR. Teman tahu ramai ahli akar umbi khususnya daripada PAS sudah muak dengan gelagat manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. Sebab itu teman tidak terkejut mendengar di Merlimau, Tenang & Kerdau ada suara dari kalangan ahli PAS yang tidak mahu Anwar turun berkempen bagi calon PAS.

Jadi pada teman, eloklah pihak Peguam Negara & Ketua Polis Negara memberikan izin kepada pihak polis supaya membenarkan tayangan videoklip itu dibuat secara tertutup kepada kepimpinan Pakatan pembangkang daripada PAS, DAP & PKR yang masih taksub kepada Anwar. Biar mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri manusia yang mereka dukong dan nak mahkotakan sebagai Perdana Menteri, kerana mereka golongan yang masih PBB - Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran. Biar mereka membuat analisa dan keputusan mereka sendiri.

Kalau setelah menontonnya (dan jika mereka mahu, setelah mendapat taklimat dan penjelasan daripada para pakar (jika perlu)), dan mereka masih taksub berqiblatkan Anwar, itu masalah mereka. Sekurang-kurangnya dihadapan ALLAH nanti mereka tidak boleh guna alasan tidak tahu, kerana mereka sudah pun diberi peluang menontonnya.

Kerana kalau kita tengok gelagat Karpal sendiri. Walaupun dialah orangnya yang telah mendedahkan kegiatan liwat & homoseks Anwar didalam Parlimen pada 22.10.1997, dan mengulanginya di Hotel Federal dalam satu ceramah DAP, dan memaklumkannya kepada beberapa kepimpinan PAS sehingga mereka melabel Anwar dengan gelaran "Al-Juburi", dan mendesak Anwar bertaubat dan meletakkan jawatan apabila pembohongan 16.09 terbongkar; tau-tau dia pulak yang menjadi loyer membela Anwar dalam kes pertuduhan meliwat kakitangannya Saiful. Malah Karpal turut menobatkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang!!! Jadi teman tak tahulah apakah setelah menonton videoklip itu, segelintir kaum pengiblat Anwar ini akan berubah? Wallahua'lam.

Atas sebab itulah, teman juga tidak bersetuju kita menghabiskan masa menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa Siasatan Bebas untuk menyiasat videoklip ini. Kata omputeh, ngabihkan boreh yo jang!!!

So kepada para Pak Yangoat dan yang sewaktu dengannya, selamat menonton yop. Jangan lupa bawak kain spare..hehehe :))

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
28 Rabi'ul Akhir 1432
02 April 2011

17 March 2011

1-MALAYSIA

(Bersama Sheikh Dr. Yusuf Islam melawat Parlimen Malaysia semalam)

Salam 2 all.

Hari ini teman membangkitkan isu konsep 1-Malaysia didalam Parlimen melalui Soalan Lisan. Soalan teman, yang disenaraikan dalam no.2, berbunyi saperti berikut:

a. adakah Kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1-Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai; dan

b. adakah Kerajaan bercadang membuat re-branding kepada konsep saperti Malaysian-First dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan" dimana setiap rakyat mendahulukan negara dan Kerajaan pula mengutamakan rakyat dalam semua dasar dan perancangan.

Agak mengejutkan kerana soalan teman itu dijawab sendiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Namun kalangan di Parlimen menyatakan kesediaan YAB Dato' Sri Najib menjawab sendiri soalan ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam isu berkaitan konsep 1-Malaysia (sila lihat dibawah untuk intipati jawapan YAB Perdana Menteri)

Sebenarnya teman mengemukakan soalan ini atas beberapa sebab.

1. Konsep 1-Malaysia ini telah dikelirukan, kekadang sehingga ke peringkat begitu serius. Contohnya iklan Hari Raya yang cacamerba, iklan Lebai Santa. Sambutan 'ibadah 'eidulfitri dengan Tok Lebai kayuh basikal terbang macam santa dengan bunga lotus dan pelita. Rojak habis sehingga ke peringkat menghina Islam.

2. Kekadang, iklan televisyen itu sehingga menjadi "plastik". Contohnya iklan dimana 3 sekawan Melayu, Cina & Punjabi ke warung rakan mereka seorang India. Pakej 1-Malaysia cantik punya. Siap order teh-tarik 1-Malaysia. Bila si melayu minta tolong rakan punjabinya dengan kata "kita kan kawan", terus sipunjabi jawab "siapa kata kita kawan, kita adik beradik". Aisey yop, kot ya pun nak bodek janganlah over sangat. Satu senario yang tak realistik langsung..satu plastik!

3. Konsep 1-Malaysia ini juga telah melahirkan terlalu banyak persepsi. Contohnya bagi kalangan orang Melayu, 1-Malaysia bermaksud tiada lagi sekolah aliran Cina, Tamil dan lain-lain contohnya. Bagi bukan Melayu pula, 1-Malaysia bermakna tiada lagi hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 patut dihapuskan. Samarata, samarasa!

Begitulah kekeliruan dan cacamerba yang lahir akibat kekeliruan terhadap konsep 1-Malaysia. Dan teman menyatakan kepada YAB Perdana Menteri bahawa Konsep 1-Malaysia telah gagal melahirkan warganegara dan rakyat yang sayang dan cintakan negara.

Contohnya masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih memburuk-burukkan negara semasa berada diluar negara. Malahan ada yang sampai berbohong. Semasa teman ke beberapa negara contohnya di Washington, New York menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu, lawatan kerja di Turkey dan lain-lain. Teman terperanjat mendengar dari beberapa pemimpin negara tertentu yang jelas telah dibohongi dengan beberapa fakta yang tidak betul, sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dan negara kita.

Sedangkan yang teman hairan, mengapa kita tidask boleh mengambil YBM Tengku Razaleigh Hamzah, yang tidak pernah memburukkan negara semasa berada diluar walaupun beliau pernah ada krisis besar dengan mantan PM sehingga negara hampir pecah dua! Beliau berlawan didalam negara, sehingga UMNO pernah diisytiharkan haram. tetapi bila YBM Ku Li berada diluarnegara, beliau tetap mempertahankan negara dan kepimpinan negara.

Selanjutnya kenapa kita tidak mengambil contoh daripada bekas Presiden Israel Moshe Kastav ataupun Perdana Menteri Itali Berlusconi, yang walaupun berhadapan dengan tuduhan merogol atau punya hububngan sulit dengan gadis bawah umur, mereka melawan di Mahkamah negara masing-masing. Kita tidak pernah pulak mendengar Kostav atau Berlusconi berkempen keluar negara meminta bantuan Amerika atau Australia, apatah lagi Yahudi (walaupun Kostav adalah Presiden Israel sebuah negara Yahudi).

Jadi rumusannya, teman mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya Kerajaan mengkaji semula konsep 1-Malaysia ini supaya bersesuaian dengan konsep "Malaysian-First", dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan".

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Rabi'ul Akhir 1432

17 Mac 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Jawapan YAB Perdana Menteri kepada isu diatas)

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan rakyat yang semakin meningkat terhadap gagasan 1Malaysia menyebabkan ada pihak bimbang dan sentiasa mencari muslihat untuk menimbulkan penafsiran yang berbeza serta mengelirukan mengenainya.

Perdana Menteri berkata, pihak tersebut juga akan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelitkan fakta, mengaburkan perkara yang jelas dan menggelapkan yang terang demi mewujudkan modal politik yang boleh ditabur kepada rakyat.

"Sudah tentu kejayaan gagasan 1Malaysia kurang disenangi oleh pihak tertentu yang hanya memikirkan manfaat politik yang dapat diraih apabila berlaku persengketaan dan perselisihan faham antara kaum.

"Golongan ini tidak perlu dipedulikan, yang jelas sebilangan besar rakyat menerima 1Malaysia sebagai konsep yang mengeratkan talian muhibah di kalangan semua kaum selain menyemarakkan semangat cinta kepada negara. Inilah matlamat utama gagasan ini diperkenalkan," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai.

Perdana Menteri menambah, sejak pelancaran gagasan 1Malaysia sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, penerimaan rakyat terhadap gagasan itu amat memberangsangkan.

"Pada peringkat awal ada pihak yang cuba memanipulasikan 1Malaysia bagi mewujudkan polemik demi kepentingan politik mereka, namun dengan penjelasan yang terperinci di pelbagai peringkat, penerimaan yang amat baik jelas kelihatan di kalangan rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Zulkifli yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat penjenamaan 1Malaysia kepada konsep Malaysian-First dengan slogan 'Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan', Perdana Menteri berkata, penjelasan lebih terperinci mengenai 1Malaysia perlu diberi keutamaan.

"Saya anggap walaupun kita telah banyak beri penjelasan dan penerimaan pun semakin ketara, tetapi penjelasan demi penjelasan perlu diberikan supaya kita sampai ke satu peringkat di mana gagasan ini difahami sepenuhnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemahaman terhadap 1Malaysia perlu dihubungkaitkan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu prinsip yang boleh membawa kekuatan kepada negara.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah kerajaan bagi menghadapi pihak-pihak yang mahu menjejaskan perpaduan negara, Najib berkata, golongan itu tidak dapat dielakkan.

"Dalam sebuah masyarakat yang begitu kompleks, memang akan ada masalah. Sebab itu kita ada 1Malaysia iaitu nilai yang boleh dihayati setiap rakyat untuk mengurangkan masalah antara kaum," katanya.

17 February 2011

SOALAN PARLIMEN

Salam 2 all.

Berikut Soalan-Soalan Parlimen (Jawab Lisan & Tulis) yang telah teman kemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada hari Jumaat 08 Rabi'ul Awal 1432 / 11 Februari 2011 bagi sidang Parlimen Ke 12, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat bermula daripada 07.03.2011 sehingga 07.03.2011.

Sidang kali ini adalah selama 20 hari bekerja. Pembukaan rasmi sidang akan disempurnakan oleh YDP Agong pada hari Isnin 02 Rabi'ul Akhir 1432 / 07.03.2011. Tuanku Agong dijadualkan menyampaikan titah DiRaja yang kemudiannya akan dibahaskan oleh Ahli Parlimen mengikut giliran masing-masing tertakluk kepada kebenaran Tan Sri Speaker. Buat pengetahuan semua, dalam satu-satu hari mesyuarat, ianya bermula jam 10.00am dengan doa oleh Setiausaha Dewan atau wakilnya. Kemudian diikuti dengan YAB Perdana Menteri dan Menteri Kabinet (atau Timbalan masing-masing) menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen (Kerajaan, pembangkang & bebas) cara "jawab lisan".

Walaupun kebiasaannya tiap hari dicatat antara 80-100 soalan, tetapi yang dijawab didalam Dewan kebiasaannya hanya 10-15 soalan pertama, kerana masa yang diperuntukkan hanya 1 1/2 jam sehingga 11.30am. Bagi mereka yang soalannya disenaraikan dan dijawab dalam Dewan, kami berpeluang bertanya satu "Soalan Tambahan". Bagi yang soalannya tidak dijawab lisan, maka Menteri akan memberi jawapan bertulis. Perbezaan bagi cara ini ialah selain "Jawab Tulis" tiada peluang kepada "Soalan Tambahan", jawapan tersebut serta soalannya tidak akan direkod didalam Hansard Parlimen, cuma disimpan didalam rekod Perpustakaan Parlimen.

Elok juga teman terangkan sikit tentang kriteria dan prosedur pertanyaan "Soal Jawab Lisan & Tulis" ini. Tiap Ahli Parlimen hanya dibenarkan mengemukakan 10 Soalan Jawab Lisan dan 5 Soalan Jawab Tulis bagi setiap mesyuarat. Tiap soalan pula tidak boleh melebihi 40 perkataan (kadang naik bengang kepala nak mengira yop - biasanya memang terlajak dua tiga yop!). Jadi soalannya perlu ringkas, padat, dan kebiasaannya mencakupi persoalan atau isu semasa.

Dan kebiasaannya kami akan menggunakan waktu bahas (samada titah DiRaja atau bajet dll) untuk mengemukakan persoalan dan isu yang panjang, kompleks serta perlu kepada huraian yang lebih. Dan kadang-kadang, jika soalan yang kami kemukakan tidak dijawab dengan memuaskan, kami akan menulis kepada Menteri yang bertanggungjawab, ataupun kami akan bangkitkan semula semasa peringkat perbahasan.

Bagi sidang kali ini, teman terpaksa memohon kemaafan ketidakhadiran daripada 20.03.2011 sehingga 03.04.2011 kerana teman dijadualkan menghadiri sidang International Islamic World Retreat, iaitu himpunan para ulama', 'ilmuan dan aktivis Islam terutamanya para pendakwah seluruh dunia, yang tahun ini dihos oleh Capetown, Afrika Selatan. Insyallah teman diberi amanah dan akan membentangkan kertas kerja dan ucapan berkisar kepada isu "Amalan Demokrasi Berparlimen & Perjuangan Islam". Jadi teman akan berada dibumi Almarhum Sheikh Ahmad Deedat dalam tempoh tersebut. Alhamdulillah notis telahpun teman kemukakan kepada Tan Sri Speaker dan sudah diambil maklum.


SOALAN JAWAB LISAN

SOALAN 1

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

1. Adakah benar dakwaan menyatakan Kerajaan lambat bertindak melaksanakan Ops-Piramid dan hanya pelajar yang ditaja kerajaan Persekutuan sahaja yang diselamatkan? Jika tidak, berapakah jumlah pelajar bukan tajaan yang turut diselamatkan;
2. Apakah langkah yang diambil untuk membantu para pelajar selepas Ops-Piramid ini termasuk untuk menyambung/ meneruskan pengajian mereka?

SOALAN 2

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah tindakan dan langkah yang diambil berkaitan beberapa kenyataan beberapa orang Menteri dan pemimpin komponen Barisan Nasional (bukan Islam) yang jelas menghina dan memperlekeh amalan dan syariat Islam saperti isu berkaitan azan dan pendirian calon PAS bagi PRK Tenang baru-baru ini yang enggan bersalam dengan lelaki ajnabi;

SOALAN 3

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Apakah status penyiasatan kes murtad Nor Azman Abdullah @ Beginda?
2. apakah langkah yang sedang dan akan diambil dalam membendung gejala murtad yang semakin serius dan berlaku secara terbuka;
3. sila berikan statistik penama yang murtad mengikut pecahan bangsa, umur & jantina bagi tahun 2005 sehingga 2010;

SOALAN 4

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) menyatakan:

1. apakah langkah yang sedang dan akan diambil untuk menangani masalah penguatkuasaan sesuatu perintah nafkah anak/ isteri, mutaah dan harta sepencarian yang diperolehi daripada mana-mana Mahkamah Syariah;
2. adakah Kerajaan bercadang membuat suatu peruntukkan membolehkan pihak-pihak berkaitan menguatkuasakan sesuatu penghakiman itu di Mahkamah Sivil atau mengguna pakai system Mahkamah Sivil sedia-ada yang kelihatan lebih berkesan?

SOALAN 5

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama) menyatakan:

1. selain mengadakan forum seminar, apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menguatkuasakan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai sambutan Hari Valentine?
2. adakah Kerajaan bercadang mengeluarkan larangan terhadap sambutan Hari Valentine secara terbuka ditempat awam, termasuk konsert dan lain-lain, keatas umat Islam dan melarang media massa utama daripada membesar-besarkan dan mewar-warkan sambutan ini?

SOALAN 6

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) Perdana Menteri menyatakan:

1. sila berikan butiran terperinci nama tiap GLC dan syarikat-syarikat (awam/ persendirian) dan jumlah zakat yang dikeluarkan mereka bagi tahun 2005-2010;
2. adakah Kerajaan bercadang mengusul kepada Majlis Raja-Raja supaya mengujudkan satu Lembaga Zakat Korporat untuk mengumpul kutipan zakat korporat ini dan diurus oleh sebuah agensi Persekutuan.

SOALAN 7

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Kesihatan menyatakan:

1. Dengan kadar bunuh diri yang semakin meningkat pada purata 10/13 orang tiap 100,000 orang (425 orang bagi tempoh Januari-Ogos 2010), apakah langkah pencegahan dan perawatan yang diambil oleh Kerajaan;
2. Adakah Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak pusat kaunselling, perlindungan & rawatan dan memberi latihan khas bagi anggota PDRM untuk berdepan dan menangani masalah pesakit mental ini?

SOALAN 8

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga menyatakan:

1. apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang yang sedang dan akan diambil berkaitan dengan kes pembuangan bayi/ janin yang semakin serius;
2. adakah kerajaan bercadang memperkenalkan matapelajaran “Kajian Sains Kemanusiaan & Reproduksi” bagi mendedahkan pelajar terhadap bahaya dan risiko salahlaku seks luar perkahwinan ini?

SOALAN 9

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah pendirian kerajaan mengenai kecelaruan konsep hukuman “serentak” atau “berasingan” dimana Mahkamah contohnya menjatuhkan hukuman serentak kepada pesalah yang merogol mangsa yang sama walaupun berlaku pada masa/tempat/waktu berlainan?
2. apakah program pemulihan dan pemantauan bagi bekas banduan;

SOALAN 10

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Adakah Kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1-Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai;
2. Adakah Kerajaan bercadang membuat “re-branding” kepada konsep saperti “Malaysia-First” dengan slogan “Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan” dimana setiap rakyat mendahulukan negara dan kerajaan pula mengutamakan rakyat dalam semua dasar dan perancangan?


SOALAN JAWAB TULIS

SOALAN 1

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Pelajaran menyatakan:

1. adakah kerajaan menyedari sistem pelajaran negara terlalu menjurus kepada “exam-oriented” sehingga menghasilkan pelajar yang lebih menghafal daripada memahami pelajaran mereka dengan tujuan mendapat sebanyak “A” yang boleh?
2. apakah “standard & benchmark” yang digunapakai dalam penentuan soalan dan pemarkahan peperiksaan?

SOALAN 2

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Pertahanan menyatakan:

1. adakah kerajaan bercadang mengujudkan satu “pool-list” bagi menyenaraikan nama pengganti tempat penama yang menolak atau tidak hadir program PLKN;
2. bagaimanakah mereka yang tidak terpilih atau berminat memohon untuk mendapatkan tempat didalam PLKN;
3. adakah Kerajaan bercadang mewajibkan tiap wakil rakyat menjalani latihan singkat ala-PLKN?

SOALAN 3

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

1. adakaha Kerajaan menyedari kedaifan kuarters, berek & pejabat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan No. 5 di Pengkalan FRU Sg. Senam, Ipoh, Perak terutamanya Blok A, B, C, D, E, F, G, H, I & J serta keadaan jalanraya yang terlalu daif dan penyelenggaraan yang kurang sempurna;
2. adakah Kerajaan bercadang mengadakan penambahbaikan saperti membesarkan tiap unit rumah dua bilik dengan menggabungkan dua unit menjadi satu;

SOALAN 4

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

1. mengapakah tiada kemudahan imigresen saperti perlanjutan dan pembaharuan paspot bagi warganegara Malaysia di United Arab Emirat termasuk Konsul di Dubai;
2. adakah Kerajaan bercadang menyediakan kemudahan imigresen tersebut termasuk melantik seorang Atace Imigresen di Konsul Dubai;
3. adakah Kerajaan bercadang mengiktiraf lesen memandu UAE untuk membolehkan lesen memandu Malaysia diiktiraf di UAE.

SOALAN 5

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Kesihatan menyatakan:

1. apakah langkah dan tindakan yang diambil bagi mengawal atau menghapuskan minuman berkarbonat (terutama disekolah-sekolah) yang jelas boleh menjejaskan kesihatan kerana kadar gula yang begitu tinggi iaitu 6.8gm tiap 325 mililiter (karbonat bertenaga) dan 11gm tiap 325ml (karbonat sahaja) yang boleh membawa penyakit obesity, kencing manis dan lain-lain;

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli bin Noordin
Kulim Bandar Bharu
Jumaat: 08 Rabi’ul Awal 1432
11 Februari 2011

08 January 2011

HELLO, ARE YOU MR. POO-SINGH?

(Allahhumma Ya ALLAH, berikanlah ke'adilan kepada mereka yang teraniaya, berikanlah yang haq kepada mereka yang dizalimi)

Salam 2 all.

Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut.

Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut:

YA Dato’ Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law
".

"Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada".

Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku!

Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal:

1. Pada 22.10.1997, Karpal Singh mengejutkan negara apabila mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO dan Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya. Karpal mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dakwaannya;

2. Karpal Singh juga telah membuat ucapan didalam satu majlis anjuran DAP di Federal Hotel Kuala Lumpur mendedahkan sekali lagi bahawa beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya Azizan Abu Bakar;

3. Karpal Singh juga telah menemui Azizan dan Umi Hafilda dan telah memberikan nasihat kepada mereka mengenai aduan kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim yang dibuat mereka;

4. Karpal Singh juga telah memberitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan ada diantara mereka secara terbuka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi";

5. Karpal Singh juga membuat kenyataan mendesak Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang juga rakan sekelas beliau semasa pengajian undang-undang di Universiti Malaya Singapura, supaya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas kegiatan homoseks & liwat terhadap pemandunya itu;

6. Kita jangan lupa pendedahan di WikiLeaks bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang kegiatan homoseksual & liwat Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu. Dan kita tahu Kuan Yew adalah mentor dan idola kepada Kitsiang, Anak Laki Kitsiang dan ramai pemimpin DAP yang lain;

7. Pada 08.02.2009, Karpal Singh mengherdik Anwar Ibrahim dan mendesak supaya manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini "bertaubat & berundur" setelah pembongkaran pembohongan isu 16 Sept didedahkan kepada umum.

Berdasarkan rentetan diatas, dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, adalah jelas Karpal Singh sebenarnya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Malah kenyataan beliau semasa berucap di Hotel Federal tersebut sangat jelas, iaitu, "I have the evidence in my hand that the Deputy Prime Minister (Anwar Ibrahim) was involved in sodomy - saya ada didalam tangan saya keterangan bahawa Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) terlibat dengan meliwat".

Karpal Singh selalu mendabik dada menyatakan bahawa beliau akan "make sure of his facts before making any public statement - saya akan memastikan fakta saya sebelum membuat sebarang kenyataan umum!". Sudah pastilah mengikut rentetan diatas jelas bahawa Karpal Singh memang mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat!

Berdasarkan itu, adalah wajar sebagai seorang peguam veteran untuk Karpal Singh menawarkan diri kepada Pendakwaraya untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan yang sedang dibicarakan sekarang.

Mungkin akan ada yang bertanya kes ini melibatkan pertuduhan Anwar meliwat Saiful, sedangkan Karpal bercakap tentang Anwar meliwat Azizan. Sebenarnya dari segi undang-undang, Pendakwaraya boleh dalam membuktikan sesuatu kes baru dengan mengemukakan karakter, latarbelakang, sejarah lampau dan lain-lain dengan tujuan membuktikan Orang Kena Tuduh mempunyai sikap atau "trend & pattern" yang sama dalam perlakuan jenayahnya, dan memanggil sebagai saksi orang yang mempunyai maklumat atau bukti dan keterangan sedemikian!

Contohnya Seksyen 8 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Keterangan untuk tujuan membuktikan motif, persediaan dan perlakuan lampau, maka keterangan mengenai perlakuan lalu seseorang itu, samada yang diketahui oleh dirinya atau agennya (saperti Karpal peguam Anwar) adalah relevan dan boleh dikemukakan. Ataupun Seksyen 9 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa fakta yang diketahui oleh seseorang yang boleh memperjelaskan fakta lain (dalam kes ini perangai atau fe'el homoseks & meliwat) adalah relevan untuk dikemukakan untuk membutkikan pertuduhan meliwat itu sendiri.

Jadi didalam kes ini, pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ialah melakukan kesalahan meliwat Saiful Bukhori Azlan, seorang kakitangan beliau sendiri, sama saperti Azizan pemandunya.

*Nota: fakta Saiful adalah kakitangan, pekerja dan staf Anwar Ibrahim ini sepatutnya secara langsung menolak dakwaan adanya konspirasi pihak lain terlibat termasuk Kerajaan kerana bagaimana mungkin Kerajaan berkonspirasi untuk membuat Anwar meliwat Saiful. Anwar yang interview Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja (sebagai pembantu am pejabat), Anwar yang bayar gajinya, malah ada keterangan Anwar pernah membawa Saiful ke beberapa destinasi luar negeri saperti Hong Kong, Bangkok & Singapura. Bukan Kerajaan yang bayar tambang dan duit hotel Saiful tetapi Anwar sendiri! Dan bagaimana Kerajaan hendak memaksa Anwar meliwat Saiful? Tidak masuk akal langsung! Dan WikiLeaks sendiri mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat. Jangan lupa Anwar pernah membawa Saiful ke Singapura. Tetapi apa "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Australia & Singapura itu teman pun tak tahu sebab mereka masih merahsiakannya! Adakah mereka akan menggunakannya dimasa hadapan wallahua'lam.

Jadi "trend & patternnya" sama. Keterangan dan bukti yang Karpal Singh tahu dan ada ialah Anwar meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Pertuduhan sekarang ialah Anwar meliwat kakitangannya Saiful Bukhori Azlan.

Atas dasar itu sahaja Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri menjadi saksi didalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful. Sekiranya enggan, maka Pendakwaraya wajib memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi.

Sekiranya Karpal Singh menafikan mempunyai keterangan dan bukti mengenai kegiatan liwat & homoseks Anwar saperti yang didakwanya didalam Parlimen pada 22.10.1997, maka ternyata Karpal Singh berbohong dan tindakan "perjury" dan "contempt of Parliament" wajib diambil terhadap Karpal Singh. Jika beliau menyatakan beliau mempunyai bukti & keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat saperti yang didakwanya didalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi Peguam membela Anwar? Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua'lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!

Seperkara yang perlu teman sebut juga disini ialah, mengikut Peraturan 3 (a) & (b) Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, seseorang peguam tidak sepatutnya menerima apa-apa arahan untuk membela seseorang jika ianya akan memalukan beliau. Memalukan itu bermakna keadaan bilamana Peguam tersebut mempunyai maklumat sulit berkaitan perkara yang sama kerana pernah menasihatkan mana-mana pihak lain".

Didalam kes ini, Karpal pernah memberikan khidmat guaman dengan menasihatkan Azizan Abu Bakar mengenai aduan beliau berkenaan kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim terhadap Azizan, dan hasil daripada itu Karpal memperolehi maklumat sulit mengenai kegiatan itu. Malahan Karpal Singh sendiri menyatakannya secara terbuka didalam Parlimen dan dalam ucapan-ucapan dan tindakan lainnya. Malah didalam kenyataan yang disiar melalui media portal pro-pembangkang FMT, Karpal mengakuinya. Maka Karpal Singh tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan; kerana ini akan meletakkan Karpal dalam keadaan memalukan - very embarassing position!

Malahan Peraturan 28 Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, memperuntukkan bahawa, "seseorang Peguam tidak sepatutnya hadir di Mahkamah (mewakili seseorang tertuduh) sekiranya dia punya sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material, dan jika semasa perbicaraan berlangsung, menjadi jelas kepada beliau bahawa beliau boleh menjadi saksi, beliau sepatutnya berhenti daripada terus mewakili seseorang itu didalam apa-apa prosiding jika ia boleh menarik diri tanpa menjejaskan kliennya".

Jadi adalah jelas bahawa Karpal sepatutnya menawarkan diri sebagai saksi bagi kes pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan dan tidak meneruskan untuk mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam. Dan jika itu berlaku ianya tidak akan menjejaskan pembelaan Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai pasukan peguam yang ramai. Cuma teman paling hairan kenapa Majlis Peguam, yang biasanya cukup kuat melalak dan memekak dalam kes-kes lain, mengambil sikap membisu terhadap tindak tanduk Karpal Singh dalam kes ini. Teman mengambil peluang ini mencabar Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu yang serius ini.

Dan dari segi politik, teman hairan mengapa Karpal Singh, Pengerusi DAP berkeras mahu terus mewakili Anwar dan bertindak sebagai peguam Anwar dalam keadaan fakta dan bukti yang jelas bahawa beliau sendiri yang bukan sahaja mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, tetapi juga mendakwa mempunyai bukti dan keterangan mengenainya. Sudah pasti rumusannya jelas, Karpal dan kepimpinan DAP mempunyai agenda politik yang licik. Tambahan pula mentor dan idola kepimpinan DAP saperti Kitsiang & Anak Laki Kitsiang iaitu Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar, malahan Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & meliwat itu.

Apakah mereka telah, sedang dan akan menggunakan maklumat dan keterangan itu untuk "memeras Anwar"? Adakah saperti kata orang Perak, dema dah pegang teloq Anwar? Kita tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda mereka, tetapi kita khuatir kalau itu tujuan mereka, bayangkanlah betapa bahayanya keselamatan dan kedudukan negara ini jika manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia!!

Dan teman juga hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan PAS. Dengan maklumat , bukti dan keterangan yang begini punya jelas dan terang, tidakkah mereka menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. Pakatan Syaitan yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini. Tidakkah mereka sedar inilah orang yang sama yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body! Dan yang lebih menyedihkan, bagaiman boleh ada pemimpin PAS yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!".

Tidakkah mereka sedar kesilapan besar yang dilakukan oleh para kuffar dan musyrik dizaman para Rasul dan Nabi termasuk zaman Rasulullah saw, ialah enggan menerima dan menginsafi kebenaran yang terbukti jelas dihadapan mereka; malah sebaliknya mengambil sikap menentang para Nabi & Rasul itu termasuk Rasulullah. Dan teman cukup yakin mereka tahu sebab para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS adalah ahlul-kitab belaka!

Teman menyeru kepada PAS supaya bangkitlah sebagaimana akan bangkitnya pejuang Islam yang tulis, serulah kepada yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran besar ini, dan berimanlah kepada ALLAH. Jika ada dikalangan segelintir para pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini menentang, maka hukumnya jelas. Cantaslah mereka, campakkan mereka jauh daripada wadah perjuangan Islam. Yakin dan percayalah firman ALLAH, "bantulah agama ALLAH, dan ALLAH pasti akan membantu kamu!".

Secara umum, berdasarkan pernyataan diatas, teman menegaskan bahawa:

1. Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar meliwat kakitanganya sendiri Saiful Bukhori Azlan;

2. Jika Karpal Singh enggan, hendaklah Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina memaksa Karpal menjadi saksi memberi keterangan dalam kes ini;

3. Saiful Azlan Bukhori, sebagai mangsa, boleh melalui peguam beliau juga membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk menjadi saksi, dan memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dan/ atau bukti mengenai kenyataan beliau bahawa beliau mempunyai bukti & keterangan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat;

4. Jika Karpal memberi keterangan menafikan mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sebagaimana yang didakwanya di Parlimen pada 22.10.1997 (dan diperkuatkan dengan lain-lain ucapan dan tindakan beliau selepas daripada itu), tindakan menghina Parlimen hendaklah dikenakan terhadap Karpal Singh. Dan jika itu berlaku, maka akan terbongkarlah pembohongan Karpal Singh;

5. Jika Karpal Singh memberi keterangan mengaku mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar, dan memberikan butirannya kepada Mahkamah, maka beliau hendaklah berhenti daripada terus mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978;

6. Majlis Peguam hendaklah menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai status Karpal Singh ini dan teman mencabar Majlis Peguam supaya tidak mengamalkan sikap "talam dua muka" tetapi sebaliknya hendaklah tegas dan konsisten berdasarkan undang-undang sedia-ada; dan jika terbukti bahawa Karpal wajib menjadi saksi, maka teman cabar Majlis Peguam supaya mendesak Karpal Singh supaya memberikan keterangan dan bukti sebagai saksi didalam kes Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhori Azlan;

7. Teman berpendapat bahawa mana-mana rakyat dan warganegara boleh membuat lapuran polis mengenai kenyataan dan kedudukan Karpal Singh ini supaya boleh satu siasatan dibuat oleh pihak polis mengenai kesahihan dakwaan Karpal beliau mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Jika daripada siasatan itu didapati ada keterangan baru diperolehi mengenai kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar, maka Pendakwaraya perlu mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengenakan pendakwaan baru terhadap Anwar sesuai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan saperti yang dicatat diatas;

8. Kepada para ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, pertimbangkanlah dengan aqal yang waras dan jiwa yang tawaddhu' mengenai keadaan ini. ALLAH memberikan kita aqal, dan ALLAH memberikan kita Al Quran & Sunnah Rasulullah saw sebagai pedoman kita untuk menentukan samada sesuatu itu hak ataupun batil, Islam atau tidak. Dan pertimbangan berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw itulah yang benar, dan akan membawa kita kepada ketaqwaan;

9. Sesuai dengan sabda Rasullulah saw, "addeenul nasihah-agama itu nasihat", maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, mufaraqahlah, berpisahlah daripada Pakatan Syaitan ini. Kembalilah kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan undang-undang Islam. Teman tidak meminta PAS bergabung dengan UMNO, ataupun mengujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Malahan teman sendiri secara peribadi tidak bersetuju, kerana untuk kebaikan dan kebajikan Islam dan umat Islam, PAS perlu bergerak bersendirian, dan UMNO perlu bergerak sebagaimana yang ia bergerak sekarang, tetapi didalam isu yang menjadi kepentingan umat dan agama, kita umat Islam yang mempunyai Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kitab, Satu Qiblat, dan Satu Aqidah wajib dan mestilah bertindak dengan Satu suara, Satu nada!

10. Dan kepada Karpal Singh, janganlah poosingh-poosingh. Mr. Singh. Be courages, be a Singh! Singh is king, not poosingh-poosingh lah Mr. Karpal Singh!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Safar 1432
08 Januari 2011

26 October 2010

PENGKHIANAT KEWANGAN


Salam 2 all.

Saya terkejut apabila membaca Lapuran Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen semalam yang saperti biasa mengandungi pelbagai butiran tentang salahlaku kewangan, penyalahgunaan dan penyelewengan, dan kadang-kadang penipuan wang rakyat oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan. Apa yang saya kesalkan penyalahgunaan, penyelewengan, penipuan dan lain-lain ini kadang-kadang sehingga memudharatkan rakyat. Dan ini antara punca menimbulkan kebencian rakyat kepada Kerajaan!

Contohnya sekretariat Konsensus Bebas telah meneliti Lapuran Audit Negara 2009 dan mendapatiadanya kes-kes melibatkan beberapa syarikat pembekal makanan swasta yang didapati membekalkan makanan dan bahan makanan yang tidak menepati piawaian dan spesifikasi kontrak. Kes-kes tersebut membabit pembekalan makanan kepada murid-murid sekolah di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT), hospital dan kem tentera.

Beberapa buah sekolah telah dibekalkan makanan yang kualitinya tidak mematuhi spesifikasi kontrak, manakala beberapa hospital pula telah dibekalkan makanan yang kualitinya, menurut laporan audit tersebut, boleh membawa keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Di kem tentera pula, bahan makanan yang dibekalkan sudah basi atau kuantiti yang berlebihan telah dipesan.

Kami mengutuk sekeras-kerasnya sikap tamak dan tidak bermoral pembekal-pembekal yang terbabit. Kanak-kanak sekolah diberikan makanan yang tidak berkhasiat, pesakit di hospital yang masih belum pulih dan menghadapi penyakit berisiko tinggi disuap makanan yang boleh menyebabkan keracunan, dan anggota tentera yang kita harapkan untuk bergadai nyawa demi kedaulatan negara telah diberi layanan yang sungguh buruk dengan dibekalkan makanan basi.

Konsensus Bebas juga mengkritik pihak pengurusan di sekolah, hospital dan kem tentera yang terbabit, yang sepatutnya memastikan bekalan yang diterima memenuhi spesifikasi pesanan. Perkara ini dikesan oleh Jabatan Audit Negara apabila mendapati pihak pengurusan tidak menjalankan kewajipan mereka untuk menjaga kebajikan anak murid, pesakit dan perajurit dari segi kualiti makanan. Sikap lepas tangan dan sambil lewa ini mestilah dihenti dan dibasmikan mulai sekarang.

Kementerian-kementerian Pelajaran, Kesihatan dan Pertahanan mestilah mengambil langkah serta-merta untuk menyiasat dan menghukum sesiapa yang telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam perkara ini. Di samping itu, semua sekolah di bawah RMT, hospital dan kem tentera mestilah diperiksa untuk memastikan kes yang serupa tidak terjadi. Murid-murid sekolah, pesakit hospital dan anggota tentera kita semuanya mestilah diberi makanan yang berkhasiat dan baik kualitinya. Mereka tidak sepatutnya dibiarkan menjadi mangsa ketamakan sesetengah pihak. Tidak ada gunanya Ketua Audit Negara membuat laporan sekiranya tidak ada apa-apa tindakan susulan oleh pihak-pihak yang berwajib.

Kami juga mengucapkan syabas kepada Ketua Audit Negara kerana tekad dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk mengutarakan apa-apa kepincangan yang didapati dalam sektor awam.

Kami di Konsensus Bebas juga berharap pihak berkuasa saperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan meneliti lapuran tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke Mahkamah untuk dikenakan hukuman setimpal. Pada saya, mereka yang terlibat ini adalah pengkhianat negara yang perlu dikenakan hukuman berat.

Hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana pengkhianat-pengkhianat dan penyangak-penyangak ini, kelak nanti rakyat akan menghukum Kerajaan di pilihanraya nanti. Oleh sebab itu, adalah penting Kerajaan memberi perhatian serius kepada penyalahgunaan dan penyelewengan wang negara ini dan jangan sampai rakyat seolah-olah Kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa, dan lebih malang jika ianya menimbulkan persepsi Kerajaan bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat dan penyangak-penyangak ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

17 Zul Qaedah 1431

26 Okt 2010

21 October 2010

"SANTA PAK LEBAI TV3"



Salam 2 all.

Hari  ini soalan saya telah naik untuk dijawab oleh Menteri dalam Dewan Rakyat. Soalannya ialah:

1. apakah langkah yang diambil berkaitan penyeliaan, pengawalan dan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman di media alektroni8k dan siber; dan

2. apakah langkah dan tindakanyang diambil terhadap TV3 yang menyiarkan iklan"Sinari Lebaran" yang jelas menghina dan mengaibkan Islam. Berikan butiran mereka yang terlibat dengan pembikinan dan penyiaran iklan tersebut.

Saperti yang sedi8a maklum, saya telah memberikan kritikan keras terhadap iklan tersebut pada masa mula-mula ianya disiarkan (sila lihat tulisan saya sebelum ini). Saya juga te3lah membuat kenyataan akhbar dan melapurkannya kepada pihak berkuasa. Sejak daripada itu saya sentiasa membuat susulan dan akhirnya mengambil kesempatan daripada sidang Parlimen utnuk membangkitkan isu ini.

Akhirnya Menteri memberikan jawapannya hari ini dengan menyatakan bahawa SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM50,000-00 terhadap pihak TV3 atas iklan tersebut. Saya berpendapat denda tersebut adalah ti8dak memadai. Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak penguruusan, editorial dan penerbitan yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan. Juga mesti ada akujanji dan jaminan daripada pihak TV3 bahawa kesalahan saperti itu tidak akan berulang lagi.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Zul Qaedah 1431

21 Okt 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran daripada MalaysiaKini hari ini) 

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.


Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negara” katanya.

06 June 2010

USUL AHLI PARLIMEN

Salam 2 all.

Pada hari Isnin 03 Jamadil Akhir 1431/ 17 Mei 2010, saya telah mengemukakan 30 Usul bagi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu menurut Aturan 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk tujuan dibentangkan dan dibahaskan bagi mesyuarat Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat ke 2 yang akan mula bersidang Isnin 24 Jamadil Akhir 1431/ 07 Jun 2010.

Usul utama yang saya kemukakan adalah untuk pembatalan permit dan lesen pertaruhan bagi pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 ini (judi bola) dan menuntut supaya pihak polis membuat permohonan maaf kepada keluarga Allahyraham adik Aminulrasyid Amzah serta membayar pampasan sewajarnya kepada keluarga Allahyarham. Juga ada beberapa isu yang sya kemukakan dalam bentuk usul untuk pertimbangan Dewan.

Memang ada pihak yang menyatakan bahawa usul persendirian Ahli Parlimen jarang yang akan dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat kerana keutamaan diberi kepada usul-usul Kerajaan. Namun pengalaman saya sendiri membuktikan pihak kerajaan akan meneliti usul-usul tersebut dan yang mana boleh diambil tindakan pihak kerajaan biasanya akan bertindak. Ini terbukti dalam beberapa usul yang saya kemukakan pada mesyuarat lepas saperti usul penghapusan amalan tafakkur diTugu Negara, koc khas wanita bagi KTMB dan lain-lain. Jadi saya berharap walaupun usul-usul tersebut mungkin tidak dibentang atau dibahaskan, namun pihak Kerajaan akan mengambil tindakan susulan daripadanya.

Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
23 Jamadil Akhir 1431
06 Jun 2010

USUL-USUL ATURAN 26

AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU


  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak Kerajaan supaya membatalkan lesen pertaruhan yang telah dikeluarkan untuk sukan bolasepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan Jun 2010 di Afrika Selatan kerana pemberian lesen tersebut bukan sahaja bercanggah dengan hukum syara’, malahan memberikan isyarat bahawa sukan dan perjudian adalah sinonim dan sukan boleh dijadikan dan dihalalkan sebagai bahan perjudian. Dewan juga menginsafi mengaitkan sukan dengan pertaruhan dan perjudian, apatah lagi sukan berprestij saperti bolasepak Piala Dunia 2010 ini akan memberi satu gambaran yang salah kepada para belia dan remaja bahawa sukan dan judi itu boleh bergandingan. Dewan juga menginsafi bahawa hasrat Kerajaan menggunakan hasil yang dijangka diperolehi daripada pertaruhan dan perjudian bolasepak Piala Dunia ini sebagai sumber kewangan untuk pembangunan sukan negara akan menjadikan pembangunan dan kemajuan sukan negara sebagai tidak mempunyai barakah dan akan kehilangan kecemerlangannya. Selanjutnya Dewan menginsafi tindakan Kerajaan menghalalkan pertaruhan dan perjudian bagi sukan bolasepak Piala dunia 2010 ini akan menggalakkan lagi amalan rasuah didalam permainan bolasepak khususnya dan sukan lain ‘amnya. Dewan menyedari dan mendesak bahawa cara terbaik menangani pertaruhan haram dan tidak berlesen pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 ialah dengan mengisytiharkan perang terhadap kegiatan pertaruhan dan perjudian tersebut dan bukan menghalalkannya dengan pemberian lesen. Selanjutnya Dewan menginsafi bahawa pemberian lesen pertaruhan dan perjudian bolasepak Piala Dunia 2010 ini akan menyebabkan kegiatan pinjaman haram dan Ah Long akan bercambah. Dewan juga menyedari bahawa pemberian lesen pertaruhan dan perjudian bagi sukan bolasepak Piala Dunia akan membuka “floodgates” (dengan izin) untuk sukan-sukan lain dijadikan bahan perjudian dan pertaruhan”.

[Menteri Kewangan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak YB Menteri Dalam Negeri supaya mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada ahli keluarga dan waris Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang telah mati ditembak oleh pihak polis pada 26.04.2010 dan kemudiannya dilabel sebagai penjenayah dan kononnya membawa parang didalam but kereta yang dipandu Allahyarham sedangkan faktanya sekarang jelas bahawa Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah bukan seorang penjenayah dan tiada bukti beliau membawa parang didalam but kereta pada hari tersebut. Selanjutnya Dewan ini membuat ketetapan supaya Menteri Dalam Negeri membuat bayaran pampasan dan saguhati kepada keluarga dan waris Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1432 (Peringkat Antarabangsa) kepada saudara Yusuf Islam @ Cat Steven bagi mengenang jasa saudara Yusuf Islam yang telah memberi sumbangan besar kepada usaha menyebarkan risalah Islam dan kerja-kerja da’wah ke seluruh dunia”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia supaya memberikan anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran Tun secara “post-humous” (dengan izin) kepada Allahyarham Sasterawan Negara Usman Awang bagi mengenang jasa beliau yang besar kepada usaha memartabatkan dan memajukan bahasa Melayu melalui karya-karya besarnya dan lain-lain usaha yang telah Allahyarham lakukan”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Menteri-Menteri Besar dan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri supaya melakukan semakan semula senarai penerima anugerah kebesaran persekutuan atau negeri dengan tujuan untuk dilakukan pembersihan termasuk menarik balik dan/ atau membatalkan anugerah dan gelaran yang diberi kepada mereka yang telah dan/ atau pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah dan yang didaftarkan di Pusat Pendaftaran Penjenayah (Criminal Registration Center)”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya satu kajian dibuat dengan tujuan menggubal undang-undang yang bersesuaian untuk memansuhkan keperluan mengadakan pilihanraya kecil bagi kerusi yang kosong atau dikosongkan oleh mana-mana wakil rakyat samada diperingkat Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri termasuk kemungkinan memberikan kerusi yang kosong atau dikosongkan itu kepada parti yang telah memenanginya semasa pilihanraya umum untuk menentukan calun yang mengganti dan/ atau mengisi kekosongan tersebut. Ini sekalugus dapat mengelakkan keperluan mengadakan pilihanraya kecil yang melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan masyarakat Malaysia terlibat dengan kegiatan politiking tanpa kesudahan”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mencadangkan supaya undang-undang yang berkaitan dipinda untuk memberi pilihan dan opsyen kepada mana-mana individu beragama Islam yang dikenakan sebarang pertuduhan jenayah untuk memilih forum perbicaraan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada dimana-mana Akta atau Enakmen Syariah saperti pertuduhan liwat dan lain-lain. Ini adalah kerana seorang Muslim berhak untuk dibicarakan menurut undang-undang Islam demi menjaga aqidah dan syariat seseorang Muslim itu”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini membuat ketetapan mendesak supaya Mahkamah sekular yang diujudkan menurut Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan menghormati dan tidak mencampuri hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan menurut Artikel 121 (1A) Perlembagaan termasuk hak dan bidangkuasa mutlak menentukan siapa yang boleh diterima masuk dan didaftarkan sebagai seorang Peguam Syarie. Ini adalah kerana kalau Mahkamah sekular tersebut boleh mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam penentuan kemasukan dan pendaftaran peguam syarie ke Mahkamah Syariah, apakah itu bermakna Mahkamah Syariah boleh mencampuri urusan hak dan bidangkuasa Mahkamah sekular untuk penentuan kemasukan dan pendaftaran seseorang peguam sekular di Mahkamah sekular?”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya meminda Akta Mahkamah Keadilan 1964 (Courts of Judicature Act 1964) (Akta 91) dengan memasukkan peruntukkan baru di Seksyen 4 saperti berikut:

“Seksyen 4A: Didalam keadaan dimana terdapat isu dan/ atau pertikaian membabitkan dan atau melibatkan agama Islam dari segi aqidah, kepercayaan, hukum-hakam, syariat dan/atau apa juga persoalan mengenai Islam, maka Mahkamah wajiblah merujuk isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu kepada Mahkamah Syariah untuk suatu keputusan atau penghakiman; dan semua prosiding hendaklah ditangguhkan sehingga keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah itu dibuat, dan keputusan atau penghakiman Mahkamah Syariah bagi isu, persoalan dan/ atau pertikaian itu hendaklah mengikat Mahkamah tersebut”.

Bahawa Dewan menginsafi masalah membabitkan isu, pertikaian atau persoalan mengenai Islam jika diputuskan di Mahkamah sekular berdasarkan undang-undang sivil boleh mencetuskan salahfaham dan kekeliruan. Ini berlaku kerana isu dan persoalan membabitkan kefahaman terhadap undang-undang dan syariat Islam dalam konteks syariah dan Islam tidak difahami, dihayati dan diinsafi oleh Mahkamah sekular yang membicara dan memutuskan sesuatu isu tersebut menurut peruntukkan undang-undang sivil yang terbatas dan terhad kepada pembicaraan soal perundangan sekular semata-mata, malahan menolak untuk menerima pakai kefahaman syarie dan Islam.

Sebenarnya inilah yang telah berlaku didalam kes Maria Hertogh @ Nadrah pada tahun 1950 apabila Mahkamah sivil Singapura yang mengguna pakai undang-undang sivil British menolak untuk menerima pakai undang-undang Islam dan syariatnya dengan menolak aqidah dan keislaman Nadrah dan perkahwinan Nadrah dengan Almarhum Mansor Adabi yang mana menurut undang-undang Islam dan hukum syara’ keislaman dan perkahwinan Nadrah adalah sah kerana beliau sudah aqil baligh mengikut hukum syarak dan merupakan seorang mukallaf dan hukum taklif berlaku kepada beliau.

Begitu juga didalam beberapa kes dimana Islam melihat sesuatu isu itu dari segi aqidah, tetapi Mahkamah sekular melihatnya dari sudut istilah dan perundangan sivil. Sekiranya peruntukkan saperti yang dicadangkan diatas ujud, maka Dewan menginsafi bahawa isu ini akan dapat diselesaikan dengan baik menurut peruntukkan undang-undang yang terpakai bagi isu tersebut.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera untuk mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan negara sekular saperti India sebaliknya sebuah negara yang mengamalkan dwi-sistem (sistem perundangan hybrid) iaitu dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

‘Islam adalah agama bagi Persekutuan termasuk dari segi undang-undang dan syariatnya’.

Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa keputusan Mahkamah didalam kes Che Omar Che Soh v. Pendakwaraya dan Jamaluddin Osman v. Menteri Dalam Negeri telah banyak diputarbelit dan disalahtafsir oleh golongan tertentu untuk memberi gambaran kononnya Malaysia adalah negara sekular sedangkan hakikatnya Malaysia bukanlah negara sekular sebaliknya negara yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka dengan pindaan kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan saperti yang dicadangkan akan memperjelaskan perihal kedudukan status negara ini tanpa sebarang keraguan lagi”.

[ Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

‘Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan, kecuali undang-undang dan syariat Islam, apa-apa undang-undang yang diluluskan berlawanan dengan Perlembagaan ini dan undang-undang Islam atau hukum syara’ hendaklah terbatal setakat ianya berlawanan itu’.

Bahawa Dewan mengambil maklum bahawa banyak keadaan dimana hukum syara’ dan syariat Islam telah terbatal dan atau tidak dapat dilaksanakan kerana Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan ini yang meletakkan undang-undang negara mengatasi semua undang-undang dan peraturan lain termasuk undang-undang serta syariat Islam saperti pengharaman pemakaian serban disekolah-sekolah kebangsaan, pemakaian purdah dan jilbab di jabatan-jabatan kerajaan, perlaksanaan undang-undang syarak saperi khalwat, zina, qazaf yang bercanggah dengan hukum syara’ dan lain-lain”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah supaya Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menambah perkataan saperti berikut (saperti yang dihitamkan):

‘Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, termasuk menukar agamanya kecuali bagi penganut agama Islam yang hendaklah tertakluk kepada undang-undang dan syariat Islam.

Bagi maksud penganut ugama Islam, soal kemasukan dan kemurtadan dari ugama Islam hendaklah ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mutlak keatasnya”.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan didalam beberapa kes termasuk Azlina Jailani @ Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendaftaran Negara memutuskan bahawa dalam hal ehwal dan permasalahan kemasukan atau kemurtadan daripada Islam hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan Mahkamah sekular tidak boleh mempunyai apa-apa bidangkuasa menurut Artikel 121 (1A), namun masih lagi ada pihak yang mempertikaikan dan membawa kes seumpama ini ke Mahkamah sekular dimana dalam kes melibatkan seorang Punjabi Muslim mayatnya terlantar di Hospital Sg. Buloh, Selangor selama sebulan kerana Mahkamah Sivil masih mahu mendengar kes-kes seumpama ini, sedangkan merupakan fadhu kifayah keatas umat Islam untuk menyegerakan pengurusan dan pengkebumian jenazah mana-mana orang Islam yang telah meninggal dunia. Dengan adanya peruntukkan seumpama diatas maka isu saperti ini tidak akan berbangkit lagi”.

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan mengambil langkah supaya Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan membuang perkataan saperti berikut:-

‘…tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan…’ dan diganti dengan perkataan berikut;

‘dan mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya’.

Dan proviso kepada Seksyen 2, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) hendaklah dipinda bersesuaian dengan pindaan kepada Jadual 9 Senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas dan hendaklah berbunyi saperti berikut:

Mahkamah Syariah tersebut hendaklah mempunyai bidangkuasa mengenai apa-apa jua kesalahan jenayah syarie dan lain-lain yang ditetapkan atau diperuntukkan didalam dan menurut hukum syara’ dan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas dan ta’zir) termasuk membicarakan, memutuskan dan menghukum mana-mana orang Islam yang berkenaan menurut sabitan dan hukuman yang ditetapkan oleh hukum syara’ dan undang-undang Islam serta melaksana dan menguatkuasakan apa jua hukuman dan/ atau perintah yang dikeluarkannya.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum umat Islam wajib melaksanakan syariat Islam termasuk undang-undang jenayahnya saperti hudud, qisas dan ta’zir tanpa sebarang pengubahsuaian dan pindaan saperti yang berlaku sekarang dan Dewan mengambil maklum bahawa kegagalan melaksanakan system perundangan Islam sepenuhnya ini akan boleh membatalkan aqidah umat Islam”

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan keputusan daripada muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 19 pada 06hb - 08hb. Oktober 1987 dan mengambil langkah serta-merta dan mengambil contoh tindakan Kementerian Pertahan memansuhkan dan menghapuskan semua amalan syiirik dan kufur oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk upacara bertafakkur yang diadakan di hadapan Tugu Negara atau mana-mana tugu peringatan yang bersamaan sempena Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis dan lain-lain hari peringatan atau apa jua upacara rasmi dan semua langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan lain-lain orang yang beragama Islam tidak dipaksa dan/ atau diarah melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakkur di hadapan Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai syirik”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri supaya melantik seorang Mufti Negara sebagai Ketua bagi dan dengan kuasa dan otoriti mengatasi kesemua Mufti-Mufti dan menjadi Pengerusi bagi Majlis Fatwa Kebangsaan dengan tanggungjawab dan menjawab hanya kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

Selanjutnya Dewan ini megambil ketetapan mendesak Kerajaan supaya memberi kuasa dan bidangkuasa jelas kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menguatkuasa dan melaksanakan fatwa-fatwa yang dikeluarkannya dan mana-mana orang yang mempersoalkan dan/ atau mempertikaikan Fatwa-fatwa tersebut hendaklah dianggap melakukan penghinaan terhadap agama Islam dan diambil tindakan tegas menurut Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau dibawah mana-mana undang-undang (Persekutuan atau Negeri)”.

[ Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa caucus khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah berkaitan dengan masalah Palestin dan menamakan badan ini sebagai ‘Jawantankuasa Caucus bagi Palestin’ dengan melantik YB Kepala Batas sebagai Pengerusi Caucus tersebut dan selanjutnya Dewan ini mendesak Kerajaan Mesir supaya membuka semula pintu Rafah dan memberi kebebasan keluar/ masuk kepada rakyat Palestin dan tidak menghalang sebarang usaha-usaha bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak; dan juga juga mendesak rejim zionis Israel supaya segera mengembalikan hak rakyat Palestin dan mengiktiraf Negara Islam Palestin sebagai negara yang merdeka dan berdaulat dan Baitulmaqdis sebagai ibu negeri Negara Islam Palestin”.

[Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet dengan segera khusus untuk menangani dan memantau dan mengambil langkah-langkah bersepadu dan berkesan berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India dan penganut agama Hindu dengan tujuan unjtuk memantapkan kedudukan ekonomi mereka dan hal masalah peribadatan mereka termasuk penyelenggaraan dan pengurusan kuil-kuil mereka dan menyelesaikan permasalahan kewarganegaraan dan kad pengenalan mereka dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet bagi Hal Ehwal Masyarakat India’” dengan melantik Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pelajaran supaya dengan serta-merta menubuhkan sebuah Majlis Buku Negara dengan peruntukkan yang mencukupi dan segera menggubal Dasar Buku Negara dan Akta Buku serta mengambil semua langkah yang menasabah dan praktikal untuk membantu, menggalakkan, membangunkan dan memajukan industri buku negara. Selanjutnya Dewan juga membuat ketetapan supaya Dasar Buku Negara saperti yang telah dimaktubkan segera dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai matlamat yang disasarkan dalam Dasar Buku Negara tersebut”.

[ Menteri Pelajaran ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan Persekutuan supaya mengambil langkah menyiarkan dan mewajibkan siaran azan pada tiap-tiap waktu solat fardu yang lima dikesemua tempat awam tanpa sebarang sekatan dan/ atau halangan. Ini adalah kerana sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan saperti yang dimaktubkan oleh Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, maka adalah penting untuk syiar Islam dimartabatkan”.

[ Menteri Penerangan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengambil langkah supaya kesemua banduan dan tahanan yang disabit dan dikenakan hukuman penjara sepanjang hayat hendaklah dikurangkan hukuman penjara tidak melebihi 20 (dua puluh tahun) dan bagi yang telah menjalani hukuman melebihi jumlah 20 tahun tersebut (setelah ditolak cuti dan kelakuan baik) hendaklah dibebaskan dengan serta-merta”.

[ Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri Pengangkutan supaya mengarahkan dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat penerbangan Malaysia Airline, Air Asia atau mana-mana syarikat penerbangan dalam negeri ini supaya membenarkan kakitangan wanitanya terutama pramugari yang beragama Islam pilihan untuk memakai pakaian / pakaian seragam yang mematuhi hukum syara”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Pengangkutan melarang dan/ atau mengenakan syarat kepada syarikat Penerbangan Malaysia supaya menghentikan penjualan arak dan lain-lain minuman keras dan yang memabukkan semasa didalam penerbangan”.

[ Menteri Pengangkutan ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hanya membenarkan penjualan arak, minuman keras dan yang memabukkan dalam apa bentuk sekalipun hanya dipremis-premis khas yang dilesenkan dan hanya khusus untuk masyarakat bukan Islam sahaja; sebagaimana premis khas untuk penjualan nombor ekor, tempat perjudian dan daging khinzir dan lain-lain; dan tidak melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka daripada menjual arak dan/ atau apa-apa minuman keras dan yang memabukkan dipremisnya.

Dewan ini mengambil maklum banyak kes terjadi dimana remaja dan belia beragama Islam yang menyalahgunakan penjualan arak dan minuman berakohol serta kemudahan kondom di kedai-kedai serbaneka ini untuk kegiatan tidak berakhlak dan bermoral, yang akhirnya membawa kepada timbulnya gejala social yang serius saperti kegiatan merempit yang melampau, perzinaan, perogolan dan kesalahan seksual dan kes pembuangan bayi”.

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Menteri Dalam Negeri supaya dengan segera mengambil langkah membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan kononnya atas dakwaan terlibat dengan kegiatan militant Islam saperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Jemaah Islam Malaysia (JI), Kumpulan Al Maunah dan lain-lain termasuk Mas Selamat Kastari dan jika pihak kerajaan mempunyai apa-apa bukti dan keterangan terhadap mereka hendaklah mereka dengan segera dibawa ke hadapan sebuah Mahkamah sivil yang berbidang kuasa untuk membicarakan mereka tanpa sebrang kelengahan lagi.

Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa menahan mana-mana individu tanpa perbicaraan dan hak membela diri adalah bercanggah dengan hukum syara’ dan undang-undang Islam; apatah lagi terdapat undang-undang lain yang mencukupi untuk menangani permasalahan perundangan yang ada bagi hal-hal yang menjejaskan keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara”.

[ Menteri Dalam Negeri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji dan melaksanakan projek membesarkan dan membaikpulih Masjid Jame’ Bandaraya Kuala Lumpur termasuk membina mihrab dan mimbar baru yang bersesuaian, menurap keseluruhan tapak Masjid tersebut dengan marmar sabagaimana yang dibuat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta memperkukuhkan bumbong Masjid tersebut agar dapat menampung jemaah untuk mengerjakan solat terutamanya solat Jumaat dan kedua ‘Eidulfitri & ‘Eiduladha memandangkan pertambahan jemaah yang semakin meningkat mutakhir ini”.

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya mengeluarkan larangan terhadap mana-mana pembantu rumah asing yang beragama Islam daripada bekerja dengan mana-mana majikan yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana terdapat banyak aduan pembantu-pembantu rumah asing yang beragama Islam yang dipaksa memakai pakaian bercanggah dengan Islam saperti berseluar pendek, memakan makanan dan minuman yang haram saperti babi dan arak, serta dipaksa memandikan dan membela anjing dan tinggal dipersekitaran dan suasana yang jelas bercanggah dan/ atau tidak bersesuaian dengan seorang Muslim”.

[Menteri Dalam Negeri]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya membenarkan pencarum KWSP yang beragama Islam mengeluarkan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan ‘ibadah haji bagi diri mereka dan keluarga terdekat sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka walaupun belum mencapai umur persaraan 55 tahun;

Selanjutnya Dewan juga mengambil ketetapan mendesak Kementerian Kewangan supaya segera mengambil langkah memansuhkan Seksyen 167 Akta Insurans dan Peraturan 6 Peraturan KWSP 2001 yang banyak menimbulkan masalah dan disalahgunakan oleh penama yang dinamakan sebagai benefisiari kerana banyak kes dimana penama apabila menerima wang caruman daripada KWSP telah tidak membahagikan wang tersebut menurut syara’ dan hukum faraid; atau sebagai alternatif mengenakan syarat kepada pengurusan KWSP supaya wang caruman simati tidak dibayar kepada penama kecuali mereka telah mengemukakan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah dan pembayaran dibuat oleh KWSP terus kepada waris-waris yang dinamakan didalam sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa tersebut”.

[Menteri Kewangan]

  1. Zulkifli Bin Noordin(Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya mengujudkan kem-kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengambil hanya pelatih wanita sahaja sebagai pilihan bagi mereka dan ibu-bapa yang mahukan anak perempuan mereka diasingkan kerana terlalu banyak aduan pelatih-pelatih wanita yang melalui pengalaman diganggu oleh samada pelatih atau petugas lelaki sehingga ada yang ke peringkat mencabul, mendera dan merogol; ramai ibu-bapa yang mengadu anak perempuan mereka yang apabila kembali daripada PLKN berubah menjadi terlalu terbuka dalam pergaulan dan perhubungan dengan lelaki walaupun sebelum ke PLKN anak-anak mereka sangatlah bersopan dan menjaga akhlak dan batasan pergaulan dengan lelaki;

Selanjutnya Dewan mengambil ketetapan mendesak Kementerian Pertahanan supaya menerapkan dalam syllabus latihan kepada pelatih-latih beragama Islam modul nilai Islam saperti mewajibkan solat jemaah pada tiap waktu solat fardu, qiamullail dan tahajjud, dan melatih mereka supaya mengimarahkan masjid dengan selalu mengadakan program qiamullail dimana-mana masjid berhampiran kem PLKN, yang mana ini akan bukan sahaja menjalinkan ukhwah dan persaudaraan dengan masyarakat sekeliling, ianya juga akan memperkukuh dan memperkuatkan aspek spiritual dan kerohanian pelatih-pelatih PLKN”.

[Menteri Pertahanan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mencadangkan kepada Menteri Pengangkutan supaya diadakan koc-koc dan gerabak-gerabak khas di perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra) bagi “Wanita Sahaja”; ini adalah untuk memberi pilihan kepada penumpang wanita membuat pilihan untuk menaiki koc dan gerabak khas untuk wanita sahaja termasuk bagi koc berkatil kerana banyak aduan diterima dimana penumpang wanita di perkhidmatan LRT mengadu mereka diraba, dicabul dan diganggu dengan gangguan seksual semasa menggunakan perkhidmatan ini terutama diwaktu puncak. Oleh itu untuk keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, Dewan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya segera mengkaji dengan tujuan melaksanakan sekim koc dan gerabak “Khas Untuk Wanita Sahaja” bagi perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (STAR dan Putra)”.

[Menteri Pengangkutan]

  1. Zulkifli Bin Noordin (Kulim Bandar Bharu) mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menncadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri, dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) supaya mengkaji kepada keperluan mengujudkan sebuah pusat tahanan, penjara dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi mereka yang disabit dan dijatuhkan hukuman oleh mana-mana Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa memandangkan tiadanya pusat tahananan, penjara dan/ atau tempat perlaksanaan hukuman bagi pesalah-pesalah syarie saperti yang kita persaksikan dalam kes Kartika Sari Dewi Syukarno baru-baru ini. Dewan mengambil perhatian bahawa perlaksanaan hukuman bagi pesalah syarie adalah sangat berbeza dari tujuan, matlamat dan bentuk hukuman bagi pesalah syarie berbanding dengan pesalah di Mahkamah Sivil;

Yang benar

………………………………………………..

Zulkifli Bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

Isnin

03 Jamadil Akhir 1431 / 17 Mei 2010