Showing posts with label Valentine. Show all posts
Showing posts with label Valentine. Show all posts

11 February 2011

KHUTBAH: AL-VALANTINO

(Sambutan hari valentine membuka ruang untuk maksiat dan perzinaan berlaku - akhirnya yang menjadi mangsa ialah bayi-bayi yang tidak berdosa)

Salam 2 all.

Segala puji bagi ALLAH Raja segala raja, Pemerintah segala pemerintah, Penguasa segala yang berkuasa. Salam dan salawat keatas Rasulullah saw, pembawa rahmat keatas seluruh alam. Saya mengajak diri saya dan para jemaah sekelian supaya marilah kita bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH swt, tanpa sebarang keraguan tetapi keyakinan yang syumul.

Rasulullah saw bersabda, "akan datang suatu zaman nanti, kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasik, dan kamu meninggalkan jihad!". Para sahabat lantas bertanya "Ya Rasulullah, akan terjadi sedemikian?"
"Bahkan! Malah kamu akan meninggalkan kerja amar ma'ruf, nahi munkar!
"Sampai begitu ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi munkar, dan munkar menjadi ma'ruf!"

"Sampai begitu sekali ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan disuruh membuat yang munkar, dan ditegah membuat yang ma'ruf!".


Begitulah dahsyatnya gambaran yang diberikan oleh Rasulullah saw mengenai keadaan umat Islam diakhir zaman. Gambaran yang kini sebenarnya berlaku didepan mata kita, namun hanya yang punya cahaya keimanan akan dapat melihatnya. Sebaliknya bagi yang sudah buta dan tenggelam dengan gemerlapan duniawi, mereka akan menjadi umat kalkatu yang terpegun dengan cahaya kehancuran!

Saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH swt kerana melihat adanya kesatuan suara diantara umat Islam bangsa Melayu dalam berdepan dengan perayaan maksiat yang dipanggil Valentine yang disambut pada tiap 14 Februari. Perayaan yang penuh dengan segala macam maksiat dan mungkar, menjadi antara faktor keruntuhan akhlak dan penyumbang kepada meningkatnya gejala zina dan akhirnya kepada gejala pembuangan bayi. Malangnya, tahun ini ianya muncul kebetulan sehari sebelum sambutan memperingati Maulidur Rosul, tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw. Janganlah kita benarkan maksiat mungkar mencemari sambutan memperingati kelahiran Rasulullah saw.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Jamil Khir telah mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan siri penerangan tentang kemaksiatan sambutan Hari Valentine ini, dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat di hari sambutan tersebut. Saranan yang sama disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustadz Nasharudin Hassan At-Tantawi yang menyeru supaya gerakan penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersbut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda PAS sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan tugas tersebut.

Malahan apa yang disebut oleh kedua-dua tokoh tersebut adalah bersesuaian dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memfatwakan amalan perayaan menyambut Hari Valentine sebagai haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.

Namun malangnya ada diantara kita yang telah menjadi kalkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Ketua Pemuda PAS tersebut telah dikritik oleh segelintir pimpinan PAS sendiri. Malah ada yang mengherdik Ustadz Nasharudin kerana tindakannya dikatakan akan merugikan PAS dalam usaha untuk mendapat undi para kaafirun dalam pilihanraya akan datang! Ustadz Nasharudin didakwa terlalu jumud dan buta politik. Ada suara sumbang yang meminta Ustadz Nasharudin supaya menumpu kepada soal politik kepartian dan menjaga kepentingan dan peluang parti untuk pilihanraya akan datang. Begitu ghairah mereka gilakan kuasa, sehingga sehingga politik dipertuhankan, aqidah digadaikan!! Maka sudah terjadilah apa disebut Rasulullah saw, "kamu akan ditegah membuat yang ma'ruf, dan disuruh buat yang mungkar!".

Suara-suara dajal kecil ini rupa-rupanya mendapat sambutan puak-puak kaafirun dan yang sewaktu dengannya. Suara dajal-dajal kecil ini senada seirama dengan golongan kaafir dan munafiq. Kita melihat parti-parti politik kafir, termasuk parti paling rasis dan cauvinis dan rakan sekutu PAS sendiri iaitu DAP lantang mengkritik pendirian Ustadz Nasharudin. Tidak ketinggalan adalah parti komponen Barisan Nasional saperti kepimpinan MCA dan Gerakan yang turut sama menghentam Ustadz Nasharudin. Malahan kumpulan nyamuk yang mengaku Islam saperti SiS Forum Sdn. Bhd. turut mengutuk pendirian Ustadz Nasharudin.

Benarlah sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "kelak nanti akan datang kepada kamu suatu zaman, dimana para kaafir bersatu meratah kamu saperti meratah makanan didalam talam. Walaupun kamu ramai jumlahnya, tetapi nilai kamu hanya saperti buih dilautan. Ditiup ombak ke kiri, kekirilah kamu. Ditiup ombak kekanan, maka kekananlah kamu. Ini kerana kamu sudah dihinggap penyakit hubbud dunya wakaroohiyatul maut - terlalu sayangkan dunia dan takut mati!".

Begitulah nasib umat Islam bangsa Melayu didalam tanahairnya sendiri. Ditentang rakan, dihentam musuh. Sedangkan jelas bagi kita, jika kita berpegang kepada Islam, syariat Islam, kita pasti akan menang, walaupun kafir tidak menyukainya. Firman ALLAH swt, "huwal lazhi arsalarasulahuu bil hudaa wadii nil haq, liyuz hiro hu 'aladdii ni kullih, walau karihal musyrikuun - Kami yang mengutus Muhammad sebagai Rasul dengan petunjuk yang benar, dimenangkan diatas agama lain, walaupun musyrikin (kafir) tidak menyukainya".

Persoalan sekarang ialah, kita mesti tetap istiqomah dan berpegang kepada syariat Islam, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan, celaan dan kutukan. Kerana Rasulullah saw sendiri telah bersabda, "sesiapa yang berpegang kepada Islam diakhir zaman, umpama ia mengenggam bara api".

Para jemaah yang dirahmati ALLAH sekelian, percaya dan yaqinlah dengan janji ALLAH. Kita umat yang dijanjikan kemenangan, kita umat yang terpilih untuk diberi kemenangan. Dengan syarat kita membantu agama ALLAH. Firman ALLAH swt, "intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu".

Maka dihari Jumaat sayyidul ayyam, hari penghulu segala hari, hari yang diberi kemuliaan oleh ALLAH swt, saya menyeru diri saya dan para jema'ah rahimakumullah sekelian, bangkitlah mempertahankan agama ALLAH. "Stand up and be counted before ALLAH". Jadilah pembantu ALLAH. Jadilah soldadu ALLAH. Jadilah tentera ALLAH. Bangkitlah menentang kemungkaran yang berlaku ini, cegahlah kemaksiatan ini, hapuskanlah segala punca kepada bala dan kebencian ALLAH ini. "Aamantu billah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH dan beristiqomahlah"!!

Dalam kita menyambut maulidurrosul ini, marilah kita menegakkan perjuangan Rasulullah saw agar sambutan kita kali ini benar-benar membawa makna yang besar didalam hidup kita! Ameen ya rabbal 'alamiin.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Rabi'ul Awal 1432
11 Februari 2011

*Nota: semua rukun dan hukum khutbah insyallah telah disempurnakan. Khutbah telah disampaikan secara lisan tanpa bacaan teks. Ini adalah catatan sebahagian daripada khutbah. Sekiranya ada sebarang kekhilafan dan kesilapan adalah semata-mata kerana kelemahan teman sendiri dan moga ALLAH memberikan keampunan serta hidayah.

11 February 2010

KEMUNGKARAN HARI VALENTINE

Salam 2 all.

Ahad 14 Februari 2010 ini (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini ianya bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.

Saya memperingatkan diri saya dan umat Islam semua supaya menjauhkan diri kita daripada sambutan ini. Ianya adalah sambutan yang mempunyai unsur-unsur keagamaan Kristian.
Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik dizaman Pope Gelasius I pada tahun 496AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).

Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.

Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14.02.268AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar darpada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!

Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.

Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
27 Safar 1431
11 Februari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saint Valentine's Day (commonly called Valentine's Day) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.
Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.
Conflict with religious fundamentalists
India
In India, in past Valentine's Day has been explicitly discouraged by some of the Hindu fundamentalists, mainly the Shiv Sena, the Bajrang Dal and the Vishva Hindu Parishad. Since 2001 there has been each year violent clashes between shopkeepers dealing in Valentine related items and Shiv Sena die-hards, who oppose it as "cultural pollution from the west". Especially in Mumbai and surrounding areas Bal Thackeray and others sent out signals before the day warning people not to have anything to do with Valentine. Those who violate this are dealt with harshly by baton-holding brigands of Shiv Sena who lurk in public places especially parks, chasing young people holding hands and others suspected to be lovers. In many parts of south India couples who are found in parks and other public places are immediately forced to marry on the spot by the Shiv Sena and other similar activists.
Saudi Arabia
In Saudi Arabia, in 2002 and 2008, religious police banned the sale of all Valentine's Day items, telling shop workers to remove any red items, as the day is considered a Christian holiday. In 2008 this ban created a black market of roses and wrapping paper.
Pakistan
The Jamaat-e-Islami political party has called for the banning of the holiday, and has called it "a shameful day. The people in the West are just fulfilling and satisfying their sex thirst." They claim that the holiday is an insult to Islam. Despite this, the celebration is increasingly popular and the florist shops expect to sell great amount of flowers, specially red roses.