(Sambutan hari valentine membuka ruang untuk maksiat dan perzinaan berlaku - akhirnya yang menjadi mangsa ialah bayi-bayi yang tidak berdosa)
Salam 2 all.
Segala puji bagi ALLAH Raja segala raja, Pemerintah segala pemerintah, Penguasa segala yang berkuasa. Salam dan salawat keatas Rasulullah saw, pembawa rahmat keatas seluruh alam. Saya mengajak diri saya dan para jemaah sekelian supaya marilah kita bertaqwa dengan sebenar-benarnya kepada ALLAH swt, tanpa sebarang keraguan tetapi keyakinan yang syumul.
Rasulullah saw bersabda, "akan datang suatu zaman nanti, kamu akan melihat wanita kamu yang menderhaka, remaja kamu yang fasik, dan kamu meninggalkan jihad!". Para sahabat lantas bertanya "Ya Rasulullah, akan terjadi sedemikian?"
"Bahkan! Malah kamu akan meninggalkan kerja amar ma'ruf, nahi munkar!
"Sampai begitu ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan melihat yang ma'ruf menjadi munkar, dan munkar menjadi ma'ruf!"
"Sampai begitu sekali ya Rasulullah?"
"Bahkan! Malah kamu akan disuruh membuat yang munkar, dan ditegah membuat yang ma'ruf!".
Begitulah dahsyatnya gambaran yang diberikan oleh Rasulullah saw mengenai keadaan umat Islam diakhir zaman. Gambaran yang kini sebenarnya berlaku didepan mata kita, namun hanya yang punya cahaya keimanan akan dapat melihatnya. Sebaliknya bagi yang sudah buta dan tenggelam dengan gemerlapan duniawi, mereka akan menjadi umat kalkatu yang terpegun dengan cahaya kehancuran!
Saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH swt kerana melihat adanya kesatuan suara diantara umat Islam bangsa Melayu dalam berdepan dengan perayaan maksiat yang dipanggil Valentine yang disambut pada tiap 14 Februari. Perayaan yang penuh dengan segala macam maksiat dan mungkar, menjadi antara faktor keruntuhan akhlak dan penyumbang kepada meningkatnya gejala zina dan akhirnya kepada gejala pembuangan bayi. Malangnya, tahun ini ianya muncul kebetulan sehari sebelum sambutan memperingati Maulidur Rosul, tarikh kelahiran Nabi Muhammad saw. Janganlah kita benarkan maksiat mungkar mencemari sambutan memperingati kelahiran Rasulullah saw.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Jamil Khir telah mengumumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan siri penerangan tentang kemaksiatan sambutan Hari Valentine ini, dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri telah diarah menjalankan operasi mencegah maksiat di hari sambutan tersebut. Saranan yang sama disuarakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustadz Nasharudin Hassan At-Tantawi yang menyeru supaya gerakan penerangan dan pencegahan maksiat diadakan pada hari tersbut. Bahkan beliau menyatakan Dewan Pemuda PAS sanggup membantu pihak berkuasa negeri-negeri untuk melaksanakan tugas tersebut.
Malahan apa yang disebut oleh kedua-dua tokoh tersebut adalah bersesuaian dengan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memfatwakan amalan perayaan menyambut Hari Valentine sebagai haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.
Namun malangnya ada diantara kita yang telah menjadi kalkatu dan buta terhadap agamanya sendiri. Pendirian Ketua Pemuda PAS tersebut telah dikritik oleh segelintir pimpinan PAS sendiri. Malah ada yang mengherdik Ustadz Nasharudin kerana tindakannya dikatakan akan merugikan PAS dalam usaha untuk mendapat undi para kaafirun dalam pilihanraya akan datang! Ustadz Nasharudin didakwa terlalu jumud dan buta politik. Ada suara sumbang yang meminta Ustadz Nasharudin supaya menumpu kepada soal politik kepartian dan menjaga kepentingan dan peluang parti untuk pilihanraya akan datang. Begitu ghairah mereka gilakan kuasa, sehingga sehingga politik dipertuhankan, aqidah digadaikan!! Maka sudah terjadilah apa disebut Rasulullah saw, "kamu akan ditegah membuat yang ma'ruf, dan disuruh buat yang mungkar!".
Suara-suara dajal kecil ini rupa-rupanya mendapat sambutan puak-puak kaafirun dan yang sewaktu dengannya. Suara dajal-dajal kecil ini senada seirama dengan golongan kaafir dan munafiq. Kita melihat parti-parti politik kafir, termasuk parti paling rasis dan cauvinis dan rakan sekutu PAS sendiri iaitu DAP lantang mengkritik pendirian Ustadz Nasharudin. Tidak ketinggalan adalah parti komponen Barisan Nasional saperti kepimpinan MCA dan Gerakan yang turut sama menghentam Ustadz Nasharudin. Malahan kumpulan nyamuk yang mengaku Islam saperti SiS Forum Sdn. Bhd. turut mengutuk pendirian Ustadz Nasharudin.
Benarlah sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "kelak nanti akan datang kepada kamu suatu zaman, dimana para kaafir bersatu meratah kamu saperti meratah makanan didalam talam. Walaupun kamu ramai jumlahnya, tetapi nilai kamu hanya saperti buih dilautan. Ditiup ombak ke kiri, kekirilah kamu. Ditiup ombak kekanan, maka kekananlah kamu. Ini kerana kamu sudah dihinggap penyakit hubbud dunya wakaroohiyatul maut - terlalu sayangkan dunia dan takut mati!".
Begitulah nasib umat Islam bangsa Melayu didalam tanahairnya sendiri. Ditentang rakan, dihentam musuh. Sedangkan jelas bagi kita, jika kita berpegang kepada Islam, syariat Islam, kita pasti akan menang, walaupun kafir tidak menyukainya. Firman ALLAH swt, "huwal lazhi arsalarasulahuu bil hudaa wadii nil haq, liyuz hiro hu 'aladdii ni kullih, walau karihal musyrikuun - Kami yang mengutus Muhammad sebagai Rasul dengan petunjuk yang benar, dimenangkan diatas agama lain, walaupun musyrikin (kafir) tidak menyukainya".
Persoalan sekarang ialah, kita mesti tetap istiqomah dan berpegang kepada syariat Islam, walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan, celaan dan kutukan. Kerana Rasulullah saw sendiri telah bersabda, "sesiapa yang berpegang kepada Islam diakhir zaman, umpama ia mengenggam bara api".
Para jemaah yang dirahmati ALLAH sekelian, percaya dan yaqinlah dengan janji ALLAH. Kita umat yang dijanjikan kemenangan, kita umat yang terpilih untuk diberi kemenangan. Dengan syarat kita membantu agama ALLAH. Firman ALLAH swt, "intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu".
Maka dihari Jumaat sayyidul ayyam, hari penghulu segala hari, hari yang diberi kemuliaan oleh ALLAH swt, saya menyeru diri saya dan para jema'ah rahimakumullah sekelian, bangkitlah mempertahankan agama ALLAH. "Stand up and be counted before ALLAH". Jadilah pembantu ALLAH. Jadilah soldadu ALLAH. Jadilah tentera ALLAH. Bangkitlah menentang kemungkaran yang berlaku ini, cegahlah kemaksiatan ini, hapuskanlah segala punca kepada bala dan kebencian ALLAH ini. "Aamantu billah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH dan beristiqomahlah"!!
Dalam kita menyambut maulidurrosul ini, marilah kita menegakkan perjuangan Rasulullah saw agar sambutan kita kali ini benar-benar membawa makna yang besar didalam hidup kita! Ameen ya rabbal 'alamiin.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
09 Rabi'ul Awal 1432
11 Februari 2011
*Nota: semua rukun dan hukum khutbah insyallah telah disempurnakan. Khutbah telah disampaikan secara lisan tanpa bacaan teks. Ini adalah catatan sebahagian daripada khutbah. Sekiranya ada sebarang kekhilafan dan kesilapan adalah semata-mata kerana kelemahan teman sendiri dan moga ALLAH memberikan keampunan serta hidayah.

5 comments:
sungguh menyedihkan melihat gambar bayi-bayi yang dibuang ni.....mengapalah ada insan sebegini...
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tahukah kamu siapakah orang yg muflis itu?. "Sahabat menjawab :"Org yg muflis dikalangan kami ialah sesaorang yg tidak memiliki dirham (wang) dan harta". Lalu Nabi SAW. bersabda: "Sebenarnya org yg muflis dr kalangan umatku ialah sesaorg yg dtg pd hari qiamat dgn membawa pahala Sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (sewaktu didunia) ia pernah memcaci maki si fulan, menuduh sifulan, memakan harta sifulan, menumpah darah sifulan dan pernah memukul sifulan. Maka akan diberikan kpd org terianaya itu drp pahala kebaikan org tadi dan begitu pula seterusnya terhadap org lain yg pernah terinaya. Ia akan di beri pula drp pahala kebaikan org tadi, sehihgga apabila telah habis pahalanyasedangkan bebanan dosa pengeniyaannya belum lagi dijelaskan (belum dpt dibayar semua), maka akan diambil drp kesalahan org terinaya itu lalu dibebankan kpd org tersebut, maka selanjutnya dicampak ke dalam api neraka".". - Diriwayat Muslim (Ruj. Kitab 40 Hadith Penawar Hati)
Saya amat berharap agar pihak tuan dapat membaca Artikel dalam The Malay Mail bertarikh 14 Februri 2011, hasil tulisan Frankie D'cruz. Mungkin dia salah faham akan indakan kita ini.
Assalammualaikum saudara Zul,
sejak pucuk pimpinan PDRM diambil alih oleh bekas KPN Tan Sri Musa Hj. Hassan, hampir setiap hari pihak polis terutama Cawangan Judi dan Maksiat (D7) serta Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Bukit Aman dan kontinjen telah mengadakan operasi untuk membanteras perlakuan maksiat dan judi diseluruh negara dan hasilnya banyak tangkapan dilakukan. Apa yang menyedihkan ada pusat hiburan dan pusat maksiat ini telah diserbu berpuluh kali tetapi pusat hiburan ini masih tetap bertahan dan akan dibuka semula tidak sampai seminggu selepas serbuan diadakan.
Saya masih ingat satu arahan dari menteri ataupun Datuk Bandar Kuala Lumpur kalau tak silap saya, (maafkan saya kalau saya tersilap) telah mengeluarkan satu arahan berbunyi seperti berikut,
“apabila sesuatu permis hiburan atau mana-mana permis yang apabila diserbu atau dibuat pemeriksaan oleh mana-mana penguatkuasa sebagai contoh serbuan oleh pihak polis dan didapati dipermis tersebut ada menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyalahgunaan dadah atau kegiatan pelacuran, maka permis tersebut akan disaman dan selain itu akan ditutup serta ditarik balik bekalan air dan elektrik yang dibekalkan kepada permis tersebut”.
Adakah arahan hanya tinggal arahan?, atau memang ada undang-undang seperti itu dinegara ini?, kalau betul ada kenapa tidak digunakan?. Tutup aje permis tu dan tarikh balik lesen serta putuskan bekalan air dan elektrik baru mereka tahu siapa yang lebih berkuasa, kalau betullah nak melaksanakan undang-undang dan menegakkan syiar islam itu sahaja tindakan yang perlu diambil.
Seorang kawan saya yang bertugas dicawangan yang sangat-sangat kerap membuat serbuan diseluruh negara untuk membanteras kegiatan maksiat dan dadah ini pernah merungut kepada saya, katanya buang masa aje kita buat serbuan, hari ini kita tangkap tak sampai seminggu pusat hiburan yang diserbu akan dibuka semula dan yang menghairankan mereka dapat membekalkan pelacur-pelacur kepada pelanggan padahal pihak polis dah tangkap ramai pelacur di pusat hiburan itu, mana datang mereka ni?, katanya lagi kenapa pihak berkuasa tempatan yang berkuasa menutup premis-premis ini dan jabatan-jabatan yang membekalkan air dan elektrik tidak mengambil tindakan memutuskan bekalan?, kadang-kadang ada pusat hiburan sudahpun diserbu berpuluh kali tetapi tetap akan dibuka semula walaupun laporan tentang kegiatan mereka telah maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan permit, katanya lagi, sebenarnya kegiatan seperti ini terutama pelacuran memang boleh dibersihkan, walaupun tidak seratus peratus, yang penting kerjasama rapat diantara jabatan kerajaan yang berkuasa dalam hal ini, jangan hanya polis aje yang buat kerja.
Saranan saya agar dapat saudara mengemukakan cadangan semasa di sidang Parlimen nanti supaya pihak berkuasa tempatan serta jabatan bekalan air dan tenaga nasional akan mengambil tindakan tegas terhadap premis-premis yang telah melanggar peraturan apabila mendalangi aktiviti pelacuran dan kegiatan pengedaran dadah di pusat-pusat hiburan diseluruh negara dengan menutup premis tersebut dan memutuskan bekalan air dan elektrik dan tidak boleh dirayu, saya sangat berharap saudara dapat mengemukakan cadangan ini.
Terima kasih,
From : chauvinist1959.blogspot.com
laksanakan hukum islam insha-Allah kes2 nie akan berkurang 99%
Post a Comment