14 February 2011

YES MINISTER!

Salam 2 all.

Alhamdulillah teman dimaklumkan tadi bahawa Kerajaan membuat keputusan membatalkan konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada hari Jumaat 15 Rabi'ul Awal 1432/ 18 Februari 2011 di Pusat Konvensyen KLCC. Teman difahamkan YB Menteri sendiri akan membuat pengumuman tersebut.

Sebenarnya teman tidak ada masalah dengan program-program kesenian. Tetapi untuk seorang penyanyi yang menghina Al Quran & Islam, bagi teman itu tidak boleh kita bertolak ansur. Teman tau akan ada puak yang akan mengkritik teman tetapi pada teman, sebagaimana yang selalu teman sebut, "aqidah didaulatkan, syariat dimartabatkan". Apa hal pun, Islam mesti didahulukan. Kita tidak mahu dalam suasana kita menyambut Maulidur Rasul esok dicemari dengan konsert golongan saperti Namjoo ini.

Teman juga tidak mahu rakyat dan Kerajaan Iran melihat kita saperti menghina mereka kerana Mahkamah Iran telahpun mensabitkan kesalahan jenayah kerana menghina Al Quran & syariat Islam keatas Namjoo ini dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas beliau. Hanya beliau bernasib baik kerana sudah berada di Vienna, Austria maka hukuman itu tidak dapat dilaksanakan.

Kepada YB Datuk Seri Hishamuddin, YB Dato' Seri Jamil, YB Dato' Seri Rais, YBhg Datuk Sheikh Wan Mohamad (Ketua Pengarah JAKIM), Tuan KPD IPD Dang Wangi serta anggotanya , dan teman-teman wartawan yang membuat coverage (hujan ribut dan petir masa tu pun dema datang yop), teman ucapkan terima kasih atas tindakan segera dan berhemah yang diambil untuk menangani isu ini. Moga ALLAH menjadikan usaha ini sebagai suatu 'ibadah kita, dan memberi keampunan dan petunjukNya kepada kita semua.

Cuma teman berharap para pegawai yang diberikan tanggungjawab dalam hal ini, terutamanya Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal) agar lebih berhati-hati dan menjalankan penyelidikan dengan lebih menyeluruh sebelum memberi sesuatu kelulusan. Teman terkejut dahulu bagaimana artis gay yang terang-terang mengaku menjalani kehidupan homoseksual, Adam Lambert, boleh dibenarkan mengadakan konsert dalam negara ini.

Jagnganlah kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Teman tahu ramai pegawai dan kakitangan Kerajaan yang komited dan serius dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Janganlah kerana segelintir yang cuai dan gagal menjalankan tugas dan kerja mereka memberikan imej dan persepsi negatif kepada yang lain. Apatah lagi kepada para Menteri yang sudah tentu mengharapkan pegawai yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka, kerana kalau apa-apa berlaku, sudah pasti jari akan dituding kepada mereka, apatah lagi dalam keadaan diluar sana ada segelintir serigala politikus yang bersedia menerkam apa sahaja demi survival politik mereka. Just be careful yop!

Apa pun, teman ucapkan tahniah kepada YB Menteri-Menteri dan para pegawai (termasuk KP Jakim) yang terlibat, yang mengambil tindakan yang cepat dan tegas setelah mendapat maklumat yang sewajarnya. Apa yang teman sendiri belajar daripada isu ini ialah, jika cara kita betul, fakta kita kemas, maklumat kita jelas; jangan risau pak Menteri dan para pegawai yang berkenaan akan bersedia mengambil tindakan yang pantas dan tegas.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Rabi'ul Awal 1432

*Nota: gambar teman selepas membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi semalam.

9 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah...Bravo :)

zbak said...

Syabas YB. Moga moga Allah meberikan ramai lagi Melayu Islam macam YB ni...Yg dlm Pas ,UMNO atau PKR tu ..tak kan nak harap YB Zul aje buat keja brani maca ni..Bangkit la...Moga Allah memelihara Islam di Malaysia ni..Amin..

Isham Rozani said...

Sementara itu, jurucakap penganjur yang enggan dikenali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya mendapat panggilan telefon daripada Puspal yang menyatakan permohonan permit konsert tersebut telah ditolak.

"Konsert Namjoo in 'A Minor' Live in Malaysia: Live in Kuala Lampur akan tetap diteruskan Jumaat ini di sebuah lokasi yang dirahsiakan di ibu negara.

"Konsert tersebut bagaimanapun dihadkan kepada komuniti Iran yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan penyanyi itu," katanya.

Batal tapi buat jugak... apa cerita?

Dinamik Kreatif said...

Salam YB,

Tahniah kerana berani memperjuangkan hak vs bathil. Semuga Allah membantu dan mempermudahkan perjuangan YB. Boleh dapat email address YB?

Unknown said...

Alhamdulillah. Teruskan perjuangan memartabatkan Islam

Unknown said...

YB, saya terbaca laporan The Star mengenai pembatalan konsert tersebut. Saya memang dah perasan mengenai sikap favoritism TheStar terhadap DAP/PAS/PKR. Perasaan saya dikukuhkan lagi bila membaca komen PAS Youth. Kenapa perlu diletakkan komen dari PAS Youth. Saya nak tahu diaorang ni ada membantu ke dalam proses "pembatalan"? Saya memang dah lama tak beli/baca The Star. Terlalu berbau LKS.

Chauvinist1959 said...

Assalammualaikum saudara Zul, sepatutnya Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara membuat kajian terlebih dahulu mana-mana permohonan artis dari luar negara untuk membuat persembahan dinegara ini, bukan sekali dua perkara ini berlaku, contohnya artis gay adam lambert, masamana boleh terlepas?, kalau dah tak tau sangat apa salahnya pegawai yang terlibat menghubungi wartawan akhbar sebab mereka lagi cepat dapat tau berita dan maklumat seperti ini.

From : chauvinist1959.blogspot.com/

bayiedila said...

Bagus tindakan yang diambil, keprihatinan menujukkan ketegasan kita dalam hal hal begini. Cuma komen saya, "bak kata pepatah kuman jauh beribu batu kita nampak, gajah tertonggok depan mata tak di endahkan. Nak berpolitik jangan sekerat-sekerat, nak menegakkan syiar islam pun jangan sekerat-sekerat. Nak mendakwah biarlah bermula dari rumah kita, dimana suara kita dalam menangani masalah seumpama ini dinegara sendiri adakah penghibur dan sebagainya mengikut lunas-lunas al quran ke? Ada ke? Berbagai program reality contoh dan dunia hiburan dinegara ini tak menghina agama ke. Janganlah kita buta agama kerana politik.

tokapi said...

Lagu yang dikatakan kontroversi tersebut :

http://www.youtube.com/watch?v=K1NqK99wrsU

Mintak komen YB. Tq..