Salam 2 all.
Alhamdulilah saya selamat sampai ke Washington jam 01.40 tengahari Khamis 24 Rabi'ul Akhir 1431 / 08 April 2010 melalui pesaway British Airways BA 217. Dapat jugak dok kat upperdeck Boeing 747. Dekat 7 jam 30 minit baru sampai. Perjalanan pun ok walaupun pramugari dia dah agak berumur. Kira kalau kat Malaysia dah kena dok belakang kaunter jual tiket je makcik-makcik ni.
Pelepasan imigresen pun kira cepat sebab visa diplomat. Jadi laju je, tak payah nak check apa lagi dah. Teman disini tinggal di Bilik 812, Embassy Suites Hotel. Rupanya ramai juga orang Malaysia di hotel ni, sebab dema mewakili Malaysia untuk pelancaran program Warna-Warna Malaysia yang dirasmikan oleh PM Ahad ini di Washington. Sebelah bilik teman Dato' Mahadir Lokman, emcee yang terkenal tu ler! Yang syoknya di hotel ni, salah seorang cook dia orang Islam. Nama dia Mohamed, daripada Sri Lanka. Dah kerja sini lebih 9 tahun. Dia nampak teman pakai kepiah, terus bagi salam. Siap pesan jangan risau kalau nak makan omelette ke ape, sebab dia akan masak pakai kuali spesial yang tak campur dengan "barang lain" punya. Bagus betul si mamat ni. Saya yang terharu tu bila dia kata, "I must give my muslim brothers halal food, otherwise ALLAH will curse me". Alangkah baiknya kalau lebih ramai Muslim macam mamat ni, sentiasa ingat dan takutkan Allah walaupun kerja berseorangan di hotel bukan Islam ni. Tak payah nak berkokok siang malam dabik dada kata nak perjuangkan negara Islam dan macam-macam lagi, tapi perangai Allah saja yang tau. Siap nak jual nama Allah lagi!
Di Washington ni dia lambat 12 jam dengan Malaysia. Jadi time saya menulis ni baru pukul 11.40mlm Jumaat, di KL dah 11.40 pagi Sabtu. Time memang lari yop. Teman nak tidor, mike tengah nak lunch dah. Sekarang ni kebetulan musim bunga (spring) baru masuk. Jadi cuaca dia sikit punya cantik, macam dok dalam aircon yop! Hujung minggu ni ada sambutan Cherry Blooming, tanda masuk musim spring. Memang cantik, pokok semua mula nak berbunga. Nanti ada gambar teman akan postkan disini.
Semalam aktiviti tak banyak. Cuma teman dan Dato' Ambassador kita (YB Dato' Seri Jamaluddin Jarjis) menghadiri majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Airod Sdn. Bhd. dengan sebuah syarikat Korea untuk pembuatan dan pembekalan kelongsong peluru. Majlis dibuat di Ritz Carlton Hotel. Turut hadir Tan Sri Ahmad Johan (Presiden), Tan Sri Hashim Ali (Consultant) dan beberapa orang lagi wakil Airod dan Attache Defense Kedutaan Malaysia.
Yang syoknya Tan Sri Ahmad Johan bila dia tau teman siapa, siap tarik tangan dan bersembang panjang lah kitorang. Yang mengejutkan teman, Tan Sri dok sibuk bincang pasal isu Kristianisasi dan gerakan pendakyah Kristian. Pengetahuan beliau tentang bible memang mengagumkan teman. Siap boleh quote lagi. Dan Tan Sri sangat bersetuju dengan pendirian kita memnetang penggunaan kalimah ALLAH oleh Kristian di Malaysia.
Rupanya Tan Sri ni sangat berminat untuk mendalami ilmu perbandingan agama ini. Beliau rasakan kita kekurangan tenaga pakar dan terltih dalam mengenal ilmu perbandingan agama terutama dengan agama Kristian, Hindu dan Buddha. Dan Tan Sri bercadang untuk menubuhkan satu institusi khusus untuk tujuan itu, supaya lebih banyak "Sheikh Shmad Deedat" dapat dilahirkan, kata Tan Sri. Jadi Tan Sri meminta teman untuk membuat kajian tentang perkara ini. Kalau ada diantara mike yang berminat dalam perkara ini, bolehlah berhubung dengan teman untuk kita berbincang dengan lebih panjang.
Tapi apa yang saya pelajari daripada ini ialah kita tak sepatutnya menilai seseorang daripada luaran sahaja. Kekadang penilaian kita terlalu superfisial, dan yang paling leceh kita ni cepat melabel dan memftnah orang hanya dengan menilai dari segi luaran. Macam yang teman difitnah sekarang lah. Yang peliknya tukang pencacai fitnah ni boleh dikatakan langsung tak baca ucapan teman semasa bahas diraja tempoh hari. Cuma baca headline suratkhabar dan internet, terus tabur fitnah dan tohmah. Siap ada yang kata teman kutk Anwar dan Tok Guru Nik Aziz. Padahal kalau budak tadika baca ucapan teman pun boleh tau bukan sahaja teman tak kutuk Anwar atau Tok Guru, malah teman siap bela dan pertahankan Anwar dan Tok Guru. Cuba baca sendiri Bahas titah DiRaja bertajuk 'Fitnah' dilaman blog ni. Tapi namanya orang kita ni, dia pemalas nak baca. Yang dia tau dengar cerita kedai kopi terus jadi deejay Radio Karat FM (Fitnah Memfitnah), siap tambah kati lagi!!
Lepas daripada teman tulis pasal Dato' Seri Rais Yatim dan Datin Seri Masnah serta Dato' Tengku Adnan, ramai jugak yang hantar email membenarkan apa yang teman cerita. Ada yang siap bagi lagi insiden-insiden yang mereka sendiri tengok dibuat oleh mereka-mereka ini yang terbukti apa yang teman ceritakan tu benar-benar berlaku bukan sekali tapi banyak kali.
Well, nampak teman kena sambung lain. Nagntuk giler dah ni. Tengok esok kot teman boleh download gambar sikit. Nak cerita juga pengalaman solat Jumaat tadi di Islamic Centre Washington dan makan seafood di Phillips Seafood Restaurant dengan Dato' JJ, Dato' Rais dan rombongan Warna-Warna Malaysia tadi.
Wokey yop, adios amigos. Grasias dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Rabi'ul Akhir 1431
09 April 2010
Washington