Salam 2 all.
Ahad 14 Februari 2010 ini (bersamaan 30 Safar 1431) adalah hari yang dikenali sebagai hari sambutan Valentine. Kebetulan pula tahun ini ianya bersamaan dengan perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari valentine, muda-mudi, khususnya mereka yang bercinta akan menzahirkan cinta mereka dengan bertukar-tukar hadiah, terutamanya bunga. Kebiasaannya sambutan itu akan berakhir dengan aktiviti seks.
Saya memperingatkan diri saya dan umat Islam semua supaya menjauhkan diri kita daripada sambutan ini. Ianya adalah sambutan yang mempunyai unsur-unsur keagamaan Kristian.
Sambutan Hari Valentine adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun 268AD yang dianggap sebagai keramat oleh puak Kristian Katholik dan di amalkan secara rasmi oleh Gereja Katholik dizaman Pope Gelasius I pada tahun 496AD (1514 tahun yang lepas dan 228 tahun selepas kematian father St. Valentino).
Ianya mengambil sempena memperingati kematian Father St. Valentino yang dihukum pancung oleh Maharaja Rom Caesar Marcus Aurelius Claudius Augustus Gothicas II (213-270AD). Maharaja Rom ini mengeluarkan perintah melarang sebarang bentuk perkahwinan bagi pemuda-pemuda zaman itu kerana beliau mahukan mereka menjadi anggota tentera yang setia dan tidak mempunyai masalah rumahtangga. Namun Father St. Valentino dikatakan meneruskan upacara-upacara perkahwinan. Akhirnya untuk menghentikan kedegilan Father St. Valentino ini, Maharaja Claudius II menghukum bunuh beliau dengan dipancung.
Sejak itu, Father St. Valentino dianggap keramat oleh golongan Kristian. Hari kematiannya pada 14.02.268AD dianggap sebagai tarikh memperingati kekeramatan beliau. Namun setelah lama masa berlalu, hari itu bertukar darpada memperingati beliau kepada hari memperingati kekasih, dengan penjualan bunga dan kad yang melambung, yang akhirnya perayaan itu dikomersilkan. Yang kaya ialah para peniaga!!
Apa pun, bagi kita umat Islam, tidak sepatutnya kita meneruskan tradisi kristianiti dan keagamaan orang lain ini. Kita mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang kita kasihi, samada melalui doa dan lain-lain. Dan kita tidak perlu menunggu 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang kita, malahan kita sepatutnya menunjukkannya pada tiap hari dan waktu.
Pegangan kita adalah jelas: lakum diinukum wali yadiin – untuk kafir cara hidup kufur, untuk kita cara hidup Islam. Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
27 Safar 1431
11 Februari 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Saint Valentine's Day (commonly called Valentine's Day) is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards (known as "valentines"). The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished.
Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards.
Conflict with religious fundamentalists
India
In India, in past Valentine's Day has been explicitly discouraged by some of the Hindu fundamentalists, mainly the Shiv Sena, the Bajrang Dal and the Vishva Hindu Parishad. Since 2001 there has been each year violent clashes between shopkeepers dealing in Valentine related items and Shiv Sena die-hards, who oppose it as "cultural pollution from the west". Especially in Mumbai and surrounding areas Bal Thackeray and others sent out signals before the day warning people not to have anything to do with Valentine. Those who violate this are dealt with harshly by baton-holding brigands of Shiv Sena who lurk in public places especially parks, chasing young people holding hands and others suspected to be lovers. In many parts of south India couples who are found in parks and other public places are immediately forced to marry on the spot by the Shiv Sena and other similar activists.
Saudi Arabia
In Saudi Arabia, in 2002 and 2008, religious police banned the sale of all Valentine's Day items, telling shop workers to remove any red items, as the day is considered a Christian holiday. In 2008 this ban created a black market of roses and wrapping paper.
Pakistan
The Jamaat-e-Islami political party has called for the banning of the holiday, and has called it "a shameful day. The people in the West are just fulfilling and satisfying their sex thirst." They claim that the holiday is an insult to Islam. Despite this, the celebration is increasingly popular and the florist shops expect to sell great amount of flowers, specially red roses.
8 comments:
February 14 merupakan antara hari yang popular di kalendar jabatan-jabatan agama islam setiap negeri. saya rasa valentine tahun ni extra sibuk sikit sebab jatuh pada hari cuti so maksiat akan berlangsung dari siang sampai ke malam kot.
pada hari tersebut, jgnkan bebudak muda, yang golongan tua dua kali lima jugak cuma bezanya org yg dewasa sikit ni berduit jadi "sambutan" boleh dilakukan di apartment2 dan hotel2 mewah.
apa-apa pun betullah kata YB. rentikan la sambutan valentine ni buat menambahkan kesesakan jalanraya je.
Baravoo YB. Zul. SL tabik spring kenyataan YB berikut:- "sebagaimana saya juga berhak mengambil tindakan yang saya fikirkan perlu dan wajar".
Lancar operasi nahi mungkar
marilah kita bersama-sama ingat dan mengingatkan saudara Islam kita yang lain tentang haramnya menyambut Valentine ni, terutamanya anak-anak kita yang mungkin tak mengerti apa2.
Waliyazubillah. Amin.
Saya amat berSETUJU dengan YB Zul. Jazakallah...
Saya amat berSETUJU dengan YB
Salam YB, isu yang ni saya sokong, cuba perbanyakan lagi isu tarbiyah dan dakwah dalam agenda YB daripada dok hantam keliling semua orang salah.
Assalamualaikum YB.
Mampukah YB istiqomah dalam perjuangannya amal makruf nahi mungkar ..sama2 kita tunggu dan lihat the ending of this story...
Post a Comment