08 February 2010

UKHWAH ISLAMIYAH?

Salam 2 all.

Saya agak kehairanan melihat 2 kenyataan pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan YB Tuan Guru Hj. Hadi Awang, Presiden PAS yang bernada sama - iaitu PAS sudah bersedia berbincang dan bekerjasama dengan UMNo.

Kehairanan saya adalah kerana kedua-duanya sebelum ini begitu keras terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan UMNo, jangan kerjasama, duduk sembang pun tak mau. Malahan Tok Guru sampai diakan YAB DS Najib supaya pecah perut.

Tapi sejak perbicaraan terhadap DSAI berkaitan tuduhan liwat keatas Saiful, dan setelah keterangan diberikan oleh Saiful, saya nampak semacam ada perubahan sikap kepada pimpinan PAS. Apakah mereka menjangkakan sesuatu akan berlaku kepada DSAI, maka mereka mencari insurans sekarang ini? Atau apakah mereka sudah hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat? Atau apakah kedua-dua tokoh yang sangat saya hormati ini sudah mula mengorak langkah kepada mencetus gelombang ukhwah Islamiyah di negara ini. Moga niat baik mereka diberi keberkatan oleh ALLAH.

Ini perkembangan yang sangat diluar dugaan saya. Saya berharap apa juga perbincangan dan kerjasama, PAS akan membawa bersama PKR dan khususnya DSAI bersama. Saya percaya sebarang perbincangan diantara tiga parti utama umat Islam ini akan membuahkan hasil yang sangat membawa menafaat bukan sahaja kepada umat islam, malahan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan Islam. Kerana kestabilan dan keamanan serta ukhwah persaudaraan yang mantap dikalangan umat Islam sudah pasti akan membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara ini umumnya; selagi ianya berpaksi kepada Al Quran dan Sunnah dan bukan atas semangat perkauman yang sempit.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
23 Safar 1431
08 Januari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada lapuran Bernama)

Nik Aziz mahu PAS-UMNO duduk semeja bincang isu agama
04/02/2010 8:54pm
KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.
Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.
"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.
“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ustaz Hadi: PAS sedia kerjasama dengan UMNO
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
KUCHING 7 Feb. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.
Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.
Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.
“Dalam negara demokrasi, kita tidak berperang, sebaliknya kita berhujah, berdebat, berbahas dan berbincang. Tidak ada pemisahan antara agama dan politik bagi Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Pas negeri dan mendengar taklimat mengenai persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya negeri di salah sebuah hotel terkemuka di sini.
Terdahulu, beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan UMNO mengenai sebarang isu.
Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Osman Mustafa.
Abdul Hadi memberitahu, kerjasama antara Pas dan UMNO berlaku semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersama Allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden pada ketika itu dan yang terbaru berhubung isu kalimah Allah yang beliau wakili sendiri.
Jelasnya, Pas akan memberi pandangan dalam menangani perkara berkaitan sosial, ekonomi dan ketenteraman awam malah ada antara pandangan parti diterima kerajaan secara senyap-senyap.
“Dalam perkara yang kita boleh bersama seperti isu berkaitan ketenteraman awam dan keselamatan negara, kita akan bersama kerajaan.
“Dan sekiranya berlaku perkara yang kita tidak boleh bersama seperti isu royalti minyak, kita akan menegur kerajaan namun kita bersabar,” jelas beliau.

84 comments:

Nor Azian said...

Salam YB,

Siapa yg sempit??? setahu saya puak2 YB yg memulakan perpecahan org melayu dan Islam, sebelum ni tak pulak sekadar bertelagah pendapat saja tp takdelag berlaku perhimpunan jalanan seperti samseng...

aku dr amin said...

tok guru nik aziz nak bincang ngan puak umno pasal islam sebab nak tanya depa dimana salahnya islam yang tok guru bawa. tok guru nik aziz ni cara dia berfikir penuh dengan bahasa dan isi tersirat. itulah kelebihan beliau yang menyebabkan beliau mampu bertahan menjadi mb kelantan yang tersangat dicintai oleh rakyat tak kisah orang tua, muda , remaja atau mat rock. pernah sekali semasa mahu berceramah, tok guru sanggup buka baju jaket yang dipakai apabila menerima teguran dari seseorang yang sedang mendengar ceramahnya. kata orang tu "tok guru ni pakai baju apa pulak?". mungkin tak biasa bagi orang kampung, lantas tok guru membuka jaket yang dipakainya dan beri pada datuk husam musa .

Rahimi said...

Alhamdulillah, kalau nik aziz dah sedar kesilapan dia baguslah tu, sebelum ni hj hadi nak berbincang ditentangnya habis-habisan. mungkin nik aziz dah sembhyg istiqarah utk dpt petunjuk samada anwar benar atau salah kot?

LANANG said...

Saya setuju sangat Islam dan Melayu bersatu semula. Supaya kuat dalam semua bidang, di dunia dan akhirat. Kerana mahukan sedikit kuasa dan berpolitik yang sempit, melayu dan Islam jadi korban. Apa hal....?

harunn said...

Salam YB

Terima kasih kerana sokong Pas berbaik dengan umno , tapi kalau Yb nak tahu , khalid tentang pertemuan ini, saya pun heran apa salah umno kat khalid sampai benci sungguh dia kat umno

Tapi Yb ada kata , ajak sekali anwar untuk pertemuan ini , Yb rasa anwar mau ke , saya rasa mesti dia tak mau , sebab apa tu sendiri mau ingat la

asas said...

alamak...

dulu aku ingat lagi,dalam hujan lebat pun aku sanggup turun bila dengar ko mari ceramah zul...

tapi semenjak dua menjak ni...

meluat plak aku menengok ko ni zul...

Unknown said...

YB Zul,

sebagai seorang pemimpin Yb sepatutnya berfikiran sebagai pemimpinlah ....jangan berfikiran seperti pemuda UMNO YB...

UMNO berani ker terima tawaran ini ...jawabnya TIDAK...Maknanya APA?...

YB..pikir sendirilah or boleh rujuk kepada Utusan Malaysia kalau buntu...

matdeboq said...

Salam,

Kita hanya mampu merancang saja...yang menentukan nya Hanya Allah yang maha Esa..!!!

Mungkin kejutan akan berlaku lagi bila hampir PRU ke-13 nanti.
Mungkin PAS akan umum keluar dari PR...bilamana ia sedar akan kekuatan nya yang tersendiri.
Kekuatan PAS yang kini dipandang enteng...ringan oleh rakan2 PR.

Nak bersatu dgn UMNO mungkin tidak.
Tapi PAS boleh bersatu bila Isu2 mengenai Islam dicabar.
Boleh bersatu demi "survival" Melayu Islam.

Dalam pada itu biar lah berada di entiti masing2, kerana berbeza pandangan seta pendapat. Mungkin lebih produktif lagi.

Wassalam

bwh said...

Saya kira TG sedih melihatkan islam agama suci dipermain2kan oleh juak2 umno yg semangkin sesat. Ini jelas dlm kes DSAI, yg mengaibkan bukan saja umat islam malah agama suci dipandang hina oleh bukan islam kerana cite2 fitnah dijadikan bahan mengenakan DSAI. Ini ke cara org islam umno berfikir mementingkan dunia semata2 sehingga sanggup mengorbankan maruah islam.

TG adalah ulama yg arif akan setiap ayat suci yg memberi amaran akan kezaliman fitnah yg bakal mengundang bala' dari Allah SWT. Menyedari hakikat inilah TG nak ajak umno berbincang secara tertutup demi menyelamatkan negara ini dan kesucian agama islam.

Jadi Yb dan rakan yg lain jgnlah dangkal sgt membuat andaian2 yg tak munasabah.

spider said...

salam, YB..kena ingat paksi perjuangan. jgn kalah sebelum berjuang. jgn kerana kita seorang pakatan kita hancur. jgn tergugat dengan permainan kotor UMNO..

Naman said...

Salaam,

Bincang je la, apa masalahnya lagi, kalau kalimah Allah boleh pulak bagi org non muslim pakai dengan alasan orang Islam tak takut berhujah.

Tapi takkan takut dengan puak2 UMNO kut.

mrprintscancopy said...

Berani kerana benar, takut kerana salah. Semua rakyat kena ingat tu.

Unknown said...

Tahniah YB, Malam ni saya asyik dok tengok YB dalam rancangan Soal Jawab.

rumusan yang bolih saya berikan disini, saudara patut menyertai YB Ibrahim Ali, sesuai sangat gandingan saudara berdua, tak payahlah saudara nak kehairanan ttg kenyataan TGNA dan TGHAH.

Unknown said...

Alamak zul, dulu lain sekarang lain, adakah saudara silap makan ubat kot.

Unknown said...

Baru habis menonton YB dalam rancangan soal jawab. Brilliant. Just brilliant. I couldn't agree more. Malaysia adalah negara yang based nya Melayu Islam. Kita boleh melakukan macam-macam jika semua ahli parlimen melayu islam berpendirian serupa. Dan yang penting, kita tak perlukan DAP. Time to let DAP go, for good. Syabas YB.

Unknown said...

Kalau Pkr dan Pas tak bersama DAP, jangan haraplah nak memerintah negeri2 dibawah Pakatan Rakyat.

Jadilah hanjing dok salah bukit selama 53 tahun.

Baru dapat 4 negeri dah nak riak dan sombong, tu belum memerintah Malaysia. Kalau payah2 sangat bagi sahaja kat UBN memerintah Malaysia.

Rahimi said...

Mungkin nik aziz dah tengok wawancara anwar yg menyokong lina joy murtad atau tengok video clip anwar yg pergi sembahyang mayat teoh dlm malaysiakini, menyesal pun ada terkeliru pun ada ya nik aziz. Itulah percaya sgt si anwar yg ada beribu wajah. Kembalilah kepada Islam yg sebenarnya dan ukhwah Islamiyah sesama kita. Jgn diambil DAP sbg sahabat yg sanggup mati sekiranya PAS melaksanakan negara Islam.

epi said...

saya kagum dengan semanggat YB dalam mempertahankan maruah Islam dan Melayu,dan saya harapkan YB Zul akan terus sabar dan cekal dalam perjuangan ini.."ALANG ALANG MENYELUK PERKASAM..."moga nanti YB dapat bergandingan dengan YB Ibrahim Ali suatu masa nanti..sesuaii sangat tuu..

Unknown said...

YB Nik Aziz perlu tetapkan pendirian. Sekejap tak nak, sekejap nak. Pendirian tak konsisten langsung. Apa yg penting keikhlasan.
Umno tak pernah menentang Islam. Malah Umno lah yang banyak memperjuangkan Islam. Semoga selepas ni, Pas bersama Umno memperjuangkan Islam. Bukan retorik & angan2 kosong.

Sinar untuk Melayu Islam said...

MALAM INI SIFAT HORMAT SAYA PD YB BERKECAI.....PEGI JALANLAH YB...IKUT DARAH MUDA ANDA TU. APA BEZA ANDA DGN IBRAHIM ALI....SAMPAH POLITIK.

Unknown said...

Sdra.BWH...harap Sdra dapat mengikuti perkembangan semasa dengan lebih terbuka lagi. Sdra seorang tertinggal banyak isu sehingga pandangan Sdra saya anggap dah tertinggal jauh dibelakang...
Kepada YB...saya setuju sangat dgn pandangan yg Malaysia ni berasas kepada Melayu Islam, DAP duri dalam daging.
Kepada semua, marilah sama-sama kita menyokong usaha pemimpin PAS-UMNO utk bermuzakarah dan duduk semeja utk kepentingan UMMAH...
Ini juga harapan saya secara peribadi. Malah tidak keterlaluan juga kalau saya katakan yg Muzakarah UMNO-PAS ini menjadi satu berita gembira yg ditunggu2 oleh kebanyakkan Melayu Islam di Malaysia...
Kepada penyokong tegar PAS-UMNO...janganlah diganggu gugat usaha murni ini dgn mengatakan ada niat tersembunyilah...ada muslihatlah...dan bermacam2 lagi yg pasti akan mengganggu usaha murni ini...
Ingatlah..janganlah sampai kita jadi macam Palastine baru nak bersatu...
Insaflah Wahai Ummah

Anonymous said...

Salam & t/kasih YB, kerna utarakan topik yg amat baik. Baiknya sebab, memungkinkan sejarah terukir utk dibaca & dikagumi olih generasi yg akan dtg.
Andai benarlah ianya dari suarahati TuanGuru yg sya kenali, Alhamdulillah syukur. Sebab sya tahu/yakin bahawa inilah sifat sebenar TuanGuru yg sya kenali & kasihi selama ini. Menitis airmata ini bila dia dicerca, dihina dgn kata-kata yg pd sya dtgnya bukan sepatutnya dr seorg manusia ciptaan Allah SWT melainkan dr syaitan yg memang minat topeng. Perlulah disedari bahawa segala katanista tersebut bukannya dr UMNO mutlaknya. Jelinglah d sekeliling TuanGuru,yg bergayut,yg berpayung malah yg bersalam & berpeluk dgn TuanGuru. Siapa mereka ini, mereka yg dah berjaya memukau dinasti mewah & kekuasaan UMNO,juga sejak awal lagi dah menjajahi PKR yg haus & terdesak. Kini hanya PAS yg sdg gigih dicuba. Amat bimbang sekali bahawa mereka ini mensasarkan TuanGuru. Selemah-lemah makmum mu ini, izinkanlah sya mengingatkan bahawa roboh benteng,beteraburlah segalanya.
Kpd jemaah yg lain, hentikanlah menidakkan pendapat org lain dgn emosi, cubalah secara imfomasi,tunjuk satu jari, 10 yg berdiri. Tima kasih YB. ( klu pening kepala dgn puak-puak tu, lepaklah kat tepi sungai seblah B/Bharu-P/Buntar, bwh pokok besar tu....best gile !)

Unknown said...

apabila kita menyeru orang( tak kira muslim atau tidak), supaya mematuhi ajaran islam, jgn harapkan balasan, ini tidak, undi aku dapat islam, apa kejadahnya.

Supar Yop said...

Alhamdulillah, sy setuju 100% kesediaan PAS berbincang dgn UMNO. Biar pun sebelum PRU12, UMNO lanyak PAS cukup2.BIla lepas PRU12, UMNO terhegeh2 ajak PAS bersatu demi melayu. PAS pun pulang paku buah keras, bila dah nak koma baru nak ingat perpaduan melayu.Betul jugak.

Sekarang PAS dah ada mood nak berbincang. Najib pulak kata PAS mcm Jabatan Kaji Cuaca. Tak pa , lupakan itu semua. Harap dapat kembalikan era kegemilangan Tun Razak & Asri Muda pasca 1969.

Harap PAS tidak lagi percaya bulat2 dgn DAP.Harap UMNO pun tak main tikam belakang lagi.Melayu2 dlm PKR pun tunggu apa lagi, join lah sekali. Takan nak tunggu green light dari Sivarasa & Tian Chua pulak.

Sy rasa turning pointnya bila Khalid Gereja digantung 6 bulan dan Dr Hassan Ali diberi amaran lisan.Mungkin secara tak langsung diorang dah nampak kerenah Khalid ni merugikan PAS, lebih baik biawak hidup ni dikurier ke DAP je.Dalam Harakah bulan lepas dlm heboh2 PAS setuju nama Allah diguna oleh kristian, terselit artikel kecil NGO - NGO melayu Perak mahu Allah dikhususkan utk umat Islam. Diam2 PAS masih sayangkan nama ALLAH lagi.

Sejahat2 UMNO,sezalim2 UMNO mereka tetap melayu dan Islam. Kalau korang tak nak bersatu, kita nak harap sapa lagi?Saya berdoa agar pertemuan ini akan menghasilkan keputusan positif utk orang melayu dan ISLAM umumnya.

Cuma sy sangsi macamana nak tarik Anwar sekali ke perbincangan ini di tengah kes liwat?Saya rase baik teruskan saja perbincangan ini tanpa perlu menunggu dia.Dia kena bersihkan dulu PKR dari anasir2 IFC dan Islam liberal dulu , yg penting dia kena pulihkan imej liberal dia dulu!

Anonymous said...

Salam utk SinaruntukMelayuIslam,
Astaghfirullaha'la'zim, SubhanallahuAkbar,mohon istifar banyak-banyak tuan, jgn pula marahkan nyamuk, perahu nak d bakar ! Ketahuilah tak ada satu bendapun didunia ni yg sama, semua berbeza lebih-lebih lagi manusia. Tak ada sampah dlm politik, tak ada emas, tak ada waktu, tak ada ketua dlm politik. Bukankah politik itu sejenis alatan, yg blih digunakan kita. Terpulanglah macammana nak d gunakannya. Pandai-pandailah baca manual alatannya supaya jgn sampai rosak. Politik ni setahu sya, tak dak warranty. Jahanam kita.
Mohon ampunmaaf tuan.

Tima kasih YB, segak juga YB kat TV ye, org rmah asyik puji je...Tak blih jadi ni, kita jumpa YB! Kat tepi sungai tu. Lagi satu YB, klu YB on air kat MKNI TV tentu tak ramai marah kut. Assalamualaikum.

Zairol Azman Nayan said...

sinar untuk melayu islam????ko tak layak guna nama tu,jgn pandai berckap je dek kerana kemarahan dan kepentingan politik semata2, kau sanggup jadi burung kakak tua,hnya pandai bercakap tapi tak tau apa yg di cakap,..pda yb zul syabas atas keberanianmu,demi agama islam kau sanggup ke tepikan politik dan mengambil risiko...

Lone ranger said...

Salam

Sy setuju dgn cita2 YB utk melihat negara ini diterajui oleh org2 ISLAM. Sememangnya itulah yg terbaik. Namun adakah ianya sesuai dgn senario politik kini? Adakah majoriti ahli parlimen yg YB katakan ISLAM itu adalah benar-benar ISLAM? Atau yg YB maksudkan sebenarnya MELAYU dan bukannya ISLAM? Org ISLAM tidak akan membiarkan saudaranya difitnah dan diaibkan sebegitu rupa. Org ISLAM tidak akan membiarkan undang-undang ISLAM dicabul sewenang-wenang (termasuklah isu mrtad yg YB war-warkan selama ini). Apakah wajar golongan seperti ini diajak duduk semeja didalam keadaan mereka sedang DOMINANT? Jika bergabung tak kena masanya, sy yakin suatu hari nnti perselisihan pendapat pasti berlaku dan masalah YB tetap tidak akan selesai....Sy ni bukan lah org yg layak utk menasihat. Malahan sy sendiri kerap mengaji di kuliah2 YB. Cuma sy harap, YB dpt buat pertimbangan cara berhemah. Bukankah itu kaedah dakwah Nabi S.A.W. Ada kalanya kita perlu mengalah utk mendapatkan sesuatu. Yg penting perlu ada strategi. Sekadar cetusan pendapt........

Perigi Duit said...

APA la hang nie..aku menyampah sungguh..hang terima pelawaan TV# untuk buka pekung PR sendiri??..yang hang mengata macam tak ubah cerita hal keluarga sendiri pada org lain..apa lahang ni..kalau ANAK JANTAN NAK BERJUANG KONONNYA, LETAK JAWATAN MP KBB DULU..BARU KELUAR PKR..hang kena ingat, hang menang atas tiket PKR, takkan tak tau malu macam KATAK BERAHIM tue??.....

saiful said...

salam ustaz, mabroq utk "soa jawab" mlm td.. jawapan yg hebat dr ustaz.. :-)

niffiras gunung ledang said...

SALAM Tuan YB.

Saya antara mereka yang berada di depan TV mengikuti soal jowab YB di TV3 malam tadi. Secara keseluruhannya walaupun tak semua perkara saya bersependapat dengan tuan tapi rasanya saya bersetuju dengan kebanyakan pandangan tuan.

Semoga negara kita akan jadi aman & damai selamanyanya. Amin.

note: PAS is better without PKR & DAP. DAP - chauvinist, PKR - hipokrit taksub DSAI. Sekadar pandangan peribadi, Pas terlalu mengikut rentak DAP, PKR hanyut diperbodoh DAP. Maaf jika bahasa kurang manis.

Ridwan bin Yahaya said...

YB,

Buatlah yang terbaik. Keluarlah dari parti kalau tidak bersetuju pendapat. Jadi MP bebas dan berjuanglah demi agama. Itu cara terbaik kalau PKR tidak sesuai dgn Tuan. Pada fahaman saya TG nak bincang pasal Islam dan bukan kerajaan perpaduan. Wassalam

tobeng said...

Tahniah yb kerana mengutamakan semangat muafakat dan persaudaraan Islamiyah melebihi semangat kepartian sempit seperti kebanyakan pengikut politaik yang jumud.

Saya amat bersetuju dengan idea perpaduan biar ia datang dari siapa saja,tapi biarlah dilaksanakan dengan ikhlas tanpa muslihat politik.Saya perhatikan pimpinan pas sudah beberapa kali bercakap ttg hal ini tapi kemudiannya sering bertukar nada apabila melalui 'rundingan' sesama pimpinan mereka.Jadi ini amatlah mengecewakan.Seolah2 mereka cuma 'bermain2' kata untuk tujuan yang mereka sendiri tahu.

Tentang memasukkan sekali PKR,saya kira kurang sesuai kerana PKR bukanlah parti Melayu Islam,sifatnya tak jauh seperti DAP juga(cuma dap sosialis).

Satu lagi Anwar dijangka akan 'kembali' ke tempat yang sepatutnya tidak berapa lama lagi melihatkan perkembangan perbicaraan yang kelihatan tidak memihak kepadanya.Jadi penglibatan Anwar tidak mungkin berlaku.

Setelah ketiadaan Anwar nanti PKR dengan sendiri akan berkubur dan PR akan runtuh.

Selepas dari ketiadaan Anwar juga nanti barulah umat Islam akan lebih mudah bersatu tidak semestinya dalam satu parti tapi dalam satu permuafakatan berlandaskan Islam,insyaAllah.

-no parti-parti

horizon said...

salam..yb ni perangai lain macam la..sy pun dh hilang rasa respek pd yb zn..sekejap cakap perjuangkan islam mati-matian...sekejap lagi komen pasal penang..pasal perak..pastu ajak melayu islam BN-PKR-PAS bergabung...pelik yb ni takkan takleh pk kalo dah ada racial sentiment camni jgn haraplah MP-MP melayu ni dpt kuasa balik..undi pun berpecah la...mereng apa?? ingat dah buat statement camni bangsa lain dok diam je...setuju kalo sape kata yb zul ni cam ibrahim ali! bukan tak boleh bincang dlm PR saje je nk publisiti masuk TV3...kalo dah tak suka blah jelah...

bigwinner said...

butir bicara anda menampakkan anda ni ahli umno totok.

anda terlalu taksub dengan perpaduan melayu. perpaduan melayu tak menjamin perpaduan islam. perpaduan islam lah yg akan memastikan perpaduan melayu. kalau anda nak sgt melayu bersatu, kenapa anda tak usahakan umno sahaja yg join pas atau pkr ? kenapa mesti pas & pkr yg terhegeh2 kepada umno ? susah sgt ke yg nak paham ?

saya cadangkan anda cepat2 lah join umno. lebih lama anda di pkr, lebih menyusahkan

dausz said...

YB telah membuka lembaran politik baru dalam Pakatan..... sebenarnya Malaysia amat rugi jika tiada ahli parlimen spt YB....

Pakatan seharusnya keluar dari konteks BN. Jika dalam BN semua ahli MP nya YES MAN.... dalam Pakatan sebaliknya....

kepada yang suka mengkritik YB Zul tanpa usul periksa, pikirkanlah.. jangan jadi dungu... apa saja yang YB Zul katakan mesti sudah dibawa perbincangan dgn pucuk pimpinan sebelum YB beri komen..

Saya menyokong YB Zul Nordin... sebab dia berani memberikan komen sebegini..

Seperi diperkatakan, kita jangan terlalu taksub dengan politik kepartian... Kita di malaysia ni sudah terlampau lebih berpolitik... sedangkan politik itu kecil sahaja...

Pada akhirnya nanti yang lebih penting adalah agama Islam itu sendiri... dan juga negara Malaysia itu juga...

ag said...

sampai hati zul kau buat dsai macam ni,bila dsai memerlukan segala kekuatan dan semangat,kau tikam dia.kau memang manusia munafik.

jangan kau berani datang surau tempat aku lagi,pasti jemaah surau akan halau kau.apa taraf kau mengatakan ulama spt sheikh qardawi dan lain2 tidak betulm,kau saja bbetul.betul ada kawan aku cakap kau ni ada sikit tak betul.

Pendukung Islam said...

Salam YB Zul,

Saya percaya Tok Guru Nik Aziz & Hadi Awang punya muslihat tertentu dlm nak berbaik dgn UMNO. Mereka gunakan kaedah dakwah & sabar dlm menghadapi karenah pemimpin UMNO.

Kalau PAS berkeras dlm melawan UMNO yg keras, itu umpama menyimbah minyak ke dlm api. Masalah tidak akan selesai. PAS want the oil royalty badly.

Umpama nak menawan hati anak dara, kena gentle & sabar. Keras macammanapun akhirnya akan tumpas jua.

ZahidZidane said...

Salam..

Tahniah kepada YB Zul.. berani kerana benar.. Contoh pemimpin Islam sejati.. sebab Islam tidak berparti tapi parti perlu berpegang kepada ajaran Islam.. Parti tidak 100% baik maka jika ada kesilapan, harus ditegur... bukan sekadar menyokong semata-mata..
Saya pasti ramai yang membenci tindakan YB membuka pekung sendiri.. Tapi bagi saya, itu hak YB sebagai seorang pemimpin... rakyat perlu tahu.. Jangan jadi kumpulan yang hanya tahu menyokong tapi akhirnya ditipu..

Demi Islam untuk Islam... Wallah'alam..

Az said...

kenapa rujuk bernama, ayat dah diputarbelit, maksud TGNA lain.

semalam dlm tv3 bukan main lagi anda serang PR dan DAP. sampaikan rampasan kuasa oleh bn di perak pun disalahkan kpd dap, ada org pecaya? isk isk.. sampaikan dua ekor dun yg guna pelacur cina tu pun kena puji dek anda sbb nak menunjukkan 2 dun tu baik punya sbb keluar pkr. punyalah nak serang pkr.

salji said...

Sebelum PRU12 ko dok crita minta tolong TGNA doakan akan kejayaan utk jadi MP.

La, dah brani main sinis-sinis plak. Haprak la hang.

KBB tak nampak beza pun. Sembang deras berbuih mulut sana-sini. masuk angin keluaq asap.

Hang blakon banyak dah. Tunggu masa akan tiba. Hancurkan impian rakyat.

Jangan kata perubahan mai pun tidak. Ingat DSAI kena pantau lebih kat maarok nie.

Semua mau pree (masuk ja out no).

Mu brahem leh dok sejamban.

muntah aku.

Reza Pahlavi said...

Ukhuwah Islamiah tapi bagi kapal induk tentera salib Amerika berlabuh di Pelabuhan Kelang tu apa hal? Siap buat latihan ketenteraan bersama-sama lagi.

Ukhuwah Islamiah tapi dok tahan pendakwah Syria dan orang-orang Arab yang dengar ceramah dia di bawah ISA tu apa hal? Siap masa nak tangkap tu pakai (sub?)machine gun dengan pakai baju kalis peluru lagi.

Ukhuwah Islamiah tapi kenapa tak bagi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang memang diperintah orang Islam? Ini tidak, buat sekatan macam apa yang Israel buat pada kerajaan Hamas di Gaza.

Saya menanti UMNO meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana menjadi proksi perang saraf Amerika terhadap saudara seagama sendiri melalui khutbah Jumaat Isra' Mi'raj yang tidak menyentuh langsung mengenai Masjid Al-Aqsa, dan juga rancangan televisyen seperti drama Sekam Cinta dan Al-Mampus USA.

Iqbaldarwisy said...

YB Zul...
Aku kesian tengok statement engko sekarang ni.. mcm terumbang ambing.. tak konsisten.. kekadang mcm lebih Umno dari ahli Umno..

JEY JEY said...

Assalamualaikum YB.

Sebagai pengkagum YB selama ini,sekarang saya lihat YB agak goyang dalam berpendirian.Warna YB sudah agak berubah bagaikan sesumpah yang boleh bertukar-tukar warna.Jika YB bertukar warna,saya bimbang YB menempah nama yang buruk diarena politik dan akhirnya menyukarkan inspirasi perjuangan asal YB.Lihat contoh rakan-rakan YB yang bertukar-tukar warna,dimana mereka sekarang, apakah mereka mampu lagi menjadi orang perjuangan? Mereka hilang tenaga, jati diri dan arah tuju. Inspirasi perjuangan mereka hancur dan akhirnya jika mereka berpolitik pun hanya berpolitik demi menyambung kehidupan, tak lebih dari itu..
YB fikir lah yang terbaik untuk survival politik YB..demi perjuangan yang bukan untuk perut dan tembolok semata-mata..

Murai Eijal said...

kalau tak boleh menang dalam perang,
Kita lawan cara diplomasi.

Umum sedia tahu UMNO dan BN sukar digugat. Maka PAS dah rancang nak ceraikan DAP dan PKR.

Bergabung dengan parti seagama rasanya lebih molek.

tunsaban said...

Ingat hang ni pandai sangat ka,jgn berselindung dibalik islam,hang dah pecah kan umat islam dalam pakatan rakyat,pengkhianat,hang tau osman dan jamaludin tu siapa,aku cabar hang tunjuk bukti fairus cuba martabat kan islam,mmg dia ikut islam tapi nak kawin lagi satu,makan rasuah kuari,hang apa tau asyik main moto ,kacau kawasn org,sendiri punya tempat tak jaga,aku lebih kenai osman tu,ingat duit bukan lah pandangan kami....aku doa kan jang cepat mamposs.duru dalam daging.beri salam pun tak mau,kau pernah duduk ngan kristian,mmg kau ni agen kristian yang akan pecahkan umat islam....Ya allah laknatlah orang orang ini

Anonymous said...

salam
Alhamdulillah kalau UMNO boleh berbincang SOAL AGAMA dgn PAS,dan bukannya soal MELAYU.So AGAMA dan MELAYU dua benda yg berbeza yg puak UMNO kena faham di sebalik kata2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.Sama mcm YB kan???Kita tetap berjuang berlandaskan AGAMA bukannya BANGSA.Itu jer sebenarnya!

ONEDROP said...

Salam all,
Soal jawab YB? Alamak saya terlepas..ada sesiapa boleh bagi link youtube or something?

Anonymous said...

Saya menyokong pendapat YB. Bangsa yang mengutamakan perjuangan politik diri dan parti dari mengutamakan perjuangan perpaduan ummah adalah manusia ketinggalan zaman dan kurang siuman. Oleh itu ikut ajaran Nabi s.a.w berjuang atas kepentingan persaudaraan sebangsa. Politik dunia boleh membawa bencana dan kita tidak rela dipersoalkan Allah bila mati kelak kerana menjadi pemimpin yang banyak cakap jasa tiada, rakyat ditipu kerana hendak pangkat. Politik itu oenting jangan sampai kita jual agama, cederakan akidah dan musnahkan perpaduan sudahlah.

Unknown said...

Salam YB,

Kalau tak kerana YB bertanding atas tiket Pakatan ( tak kiralah PKR ka PAS) tak ingin aku undi YB. Jangan ingat orang (at least aku la) nak undi sebab atas nama Zulkifli Noordin. Kenapa masa bertanding tak bangkit benda ni, bila dah dapat jawatan semua orang tak betul. Saya nak tanya antara Islam munafik ngan Cina kafir yang adil siapa yang perlu kita sokong? Siapa yang lebih bahaya?

Unknown said...

Salam YB...

pertama sekali, saya ingin menyatakan disini kekesalan saya yang teramat sangat dengan tindak tanduk YB sejak insiden menyaman YB Khalid Samad.

YB ada katakan, telah menggunakan saluran dalaman, tp apa jadi bila DSAI memanggil ramai cerdik pandai dan ulama berbincang tentang isu Allah di Segambut? Di mana YB dalam perbincangan itu? YB langsung tidak bersuara. Saluran dalaman apa yang dimaksudkan oleh YB sekiranya YB KS berada didalam perbincangan yang sama, tetapi YB mendiamkan diri seribu bahasa ketika mana YB KS tetap dengan pendirian serta hujahan beliau? YB adalah lawyer, sedangkan YB KS adalah engineer. Bukankah YB ada hujah YB sendiri? dengan menggunakan sedikit kepakaran YB, tidak susah untuk menundukkan hujahan YB KS. tp YB masih memilih untuk mendiamkan diri.. Adakah YB nak bawa pendekatan "pukul-pukul dan lari"?!?!?

dan untuk pertama kalinya, ahli MP dari Pakatan Rakyat muncul di rancangan tv3.. Mana mungkin syaitan menyukai manusia berbuat kebaikan.. itu perumpamaan yang ada dalam minda saya ketika ini..

dalam dalam latest blog post YB, YB dengan seratus peratus berkiblatkan artikel dari BH dan UM, dengan mudah mencanangkan PKR, PAS dan AMNO duduk berbincang tentang Melayu/Islam.. Adakah YB mendapat sumber yang sah tentang apa isu yang ditimbulkan oleh TGNA? adakah YB telah mendengar ucapan penuh TGNA yang publicly available di blog Zainul Faqar??? dengan membaca ulasan YB, jelas sekali YB langsung tidak buat homework. Adakah ini standard seorang lawyer yang pernah membela DSAI dalam kes Liwat 1???

Sy amat berharap YB masih kekal dalam PR. Tetapi tindak tanduk YB menunjukkan YB bukan lagi berada di dalam PR. Oleh yang demikian, sy menyeru YB menyatakan secara jelas pendirian YB. Usah berselindung di sebalik perjuangan Islam YB lagi.. Apa yang YB perjuangkan bukan lah sesuatu yang qat'ie... ia lebih kepada khilaf.. jgn lah YB melebih2kan tindakan menegakkan pendirian YB seolah2 YB adalah pejuang islam yang terakhir..

salji said...

Dah tak mau salam....

aku sokong hamzanee.

dia nie lah yg dok buat kacau bilau. al maklumlah sejarah terlakar pencetus idea untuk ameno kat luar negara. Otak masih cam tu... lagi.

Ada kawan lama dia... dok crita pernah jumpa dia mandi manda di Port Dickson.... Wau comel cam baby.

aku pun tak paham...

apa pun minta cari penganti untuk MP KBB. Dah la ... dapat la pencen lepas nie. Hat tu tunggu selama nie.

Khabarnya, Opis yang masyur dulu tak sampai setahun dah ditutup. Apa kehe.

a. Kena tarik
b. Tarik Sendiri
c. Tak tarik duit keluaq
d. Orang dah tak tertarik
e. Menumpang lebih baik.

ada lagi .....

aku dianiaya oleh kemenangan KBB ..

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Melalui komen yang telah dihantar kepad YB dalam artikel ini jelas menunjukkan kekecewaan penyokong Pas dan PKR (& DAP).

Inilah mentaliti orang Pas,PKR dan DAP. Tidak boleh menerima idea yang menongkah arus!

Dalam banyak perkara saya tidak bersetuju dengan YB, tetapi bila melibakan isu Islam dan Melayu kenapa tidak saya menyokong?

Begitu juga dengan pemimpin BN. Bila salah, saya akan kritik dan bantah..tak salah bukan?

YAB Datuk Nik Aziz sebenarnya di dalam dilema. Yang merosakkan beliau adalah punahsihat-punahsihat disekeliling.

Sama juga dengan kes Tun Pak Lah. Penasihat menjadi punahsihat!

Boss YB pun terima nasihat yang salah daripada orang sekeliling.. kadang-kadang import daripada negara Uncle Sam, tu yang kita tak berkenan tu!!

Pemerhati said...

Perasan tak perasan YB ZUL telah membongkarkan sebab2 2 YB dari Perak yg kononnya dibeli oleh BN sehingga Perak jatuh ketangan BN. Sebelum ni saya pun percaya mereka telah dibeli. Tapi hasil pendedahan YB, kini rakyat Malaysia telah sedar angkara siapa semua ini. Politik kotor DAP dan mereka2 yg menyanjung pemimpin2 DAP lah penyumbang kepada semua ni. Apalagi kita nak bertelagah. Kita sesama Islam perlu sedar dan bangkit utk mula bersatu. Walaupun tidak satu parti, tetapi mempunyai pendirian yg tegas seperti YB Zul, akan bangkit menentang mereka2 yg cuba memecahbelahkan kita sesama saudara seIslam. Syabas YB Zul. Buat yg masih belum sedar, bangunlah. Kita semua telah dipermainkan oleh puak2 DAP sehingga terjadinya apa yang terjadi sekarang.

Unknown said...

ramai pemimpin dan rakan2 pas kata zul ni ada masalah mental sikit,suka merapu dan tidak pernah mengalah.

semalam telah menjelaskan segala galanya.

memang u nak pkr pecat u secepat mungkin suapay habuan dunia dapat kau kecapi secepat mungkin.

penyokong umno pun kan dah ramai kat sini,dulu mana depa ni semua.

zul zul..aku cuma boleh kesia kat kau.

Unknown said...

Bagus la kalau saudara Zul yang saya hormati dari mula2 saya baca blog anda kerana saudara tidak terbabit dengan telatah samseng sesetengah ahli2 PAS n PKR yang lain. Saya heran mengapa orang melayu sendiri tidak pakai otak untuk berfikir secara rasional apa yang UMNO telah buat selama ini....banyak nya golongan professional sekarang ni dalam kejuruteraan, kedoktoran dan lain2 ada lah atas dasar kerajaan pimpinan UMNO.Walaupun UMNO banyak perlu perbaiki lebih2 lagi soal rasuah, kronisma dan lain2 tapi jangan lah kita seperti marahkan nyamuk kelambu di bakar. Kita kena la ingat kebaikan yang telah UMNO beri selama ini melangkaui keburukan yang di tonjol oleh segelintir orang UMNO. So bottomline, UMNO telah banyak memberi kejayaan pada orang melayu sehingga kita mampu meneraju dalam segala bidang.

salji said...

setelah dok kaji crita semalam ngan 2 3 bloq yg boleh di percayai maka jawapan dari mereka adalah

BA
---
MENOLAK KEMARUK NIE

BN
---
TEPUK TANGAN

aku akan mintak orang2 kat KBB bantu aku cari segala janji manji hang, perangai hang macam2 lagi.

sapa yg ada bahan boleh trus : saljibrapi@gmail.com

mu dah melampau ... nyesal aku

CgLyn said...

YB, sebenarnya rakyat takut kalau2 BN mengambil kesempatan ke atas PAS/PKR melalui kerjasama itu nanti. Kebimbangan ini berasas kerana sikap khianat yang ditunjukkan oleh orang2 BN. Klu YB rasakan cara itu adalah jalan yang terbaik, maka teruskan lah. Kami memberi kepercayaan kepada YB dan TGNA untuk melaksanakannya. Harap jangan dipersiakan kepercayaan kami ini.

jOe husin said...

as'kum YB,sy adalah antara pemerhati terkini YB,sy amat teruja mendengar pendapat YB tentang usaha untuk menyatukan 3 parti utama org islam melayu iaitu pas.pkr dan umno...untuk duduk semeja membincangkan isu-isu keagaman dan pembagunan org melayu (temubual didlm rancangan soal jawab-TV3)...diharap YB terus kuat dan tabah dalam merealisasikan impian kebanyakan golongan belia-belia seperti saya ini..x rela lg melihat kita bercakaran sesama kita hinggakan maruah bangsa dan agama terlacur sambil bangsa asing tertawa melihat kita menikam diri sendiri...hang jebat menang dari segi moralnya (mempertahankan hak rakyat) tapi kalah dalam penyudahnyer...harap Yb terus menjadi jebat yg berjaya wala dan akhir..salam

V said...

Anda sume penyokong PKR yang bergelar MUSLIM sememangnya mempunyai fikiran yang sempit semacam DAP yang sememangnya anti HUDUD.....UMNO sentiasa membuka pintu untuk membentuk perpaduan demi Agama.

Unknown said...

Hamzanee, siapa cina kafir yang adil tu? Dah diri sendiri diperbodohkan, jangan cuba nak perbodohkan orang lain.

Unknown said...

tunsaban, sebenarnya orang yang biasa duduk dengan orang kafir, kerja dengan mereka, makan dengan mereka, tidur dengan mereka (bersih punya tidur)lah, yang faham sangat dengan mentaliti depa. Sebab itu orang2 macam ni tak setuju diperintah oleh kafir. Saya pun termasuk kategori orang yang macam YB. Hanya Melayu yang "naive", tak pernah berurusan dengan mereka (bukan setakat beli garam kat kedai mereka, atau hantar kereta service kat kedai mereka, tu tak kira) yang bersetuju dengan DAP. Sampai sanggup kata mereka adil!

steelbos said...

As salam YB,
Biaq pi apa depa nk kata.Asal anta ikhlas dlm perjuangan menegakkan ISLAM insyaALLAH yg benar akan terpancar jua.Tapi pasai nk bawa AI dlm muzakarah tu ana rasa its not very2 suitable!Ana berat hati sgt dgn si AI

Unknown said...

bigwinner, sama ada awak suka atau tidak, UMNO yang sedang berkuasa kat negara ni. Bukan PAS/PKR. Jadi apa salahnya kalau PAS/PKR yang perlu terhegeh-hegeh. Macam ayah dengan anaklah. Kalau ayah yang berkuasa kat dalam rumah tu, walau bagaimana jahat sekalipun, anak lah yang terpaksa mengalah. Bagi saya ini bukan masalah "terhegeh-hegeh" dsb, tiada siapa perlu terhegeh-hegeh dalam menentukan masa depan umat Islam/melayu. Semua pihak dikira menang sekiranya kita bersama-sama bersatu padu. Hanya DAP dan yang sewaktu dengannya sahaja yang begitu gentar dengan perkembangan baru ini.

Anonymous said...

Assalammuaikum YB...yang dikasihi...kenapa YB nak rasa pelik atau susah hati..dan hairan dengan perkembangan terbaru TGNA..??
Percayalah ketentuanNYA..setiap perbalahan ada hikmahnya...setiap kekusutan tentu ada pertunjuk dariNYA untuk kita selesaikan...
bagi saya apa yang dinikmati setiap rakyat M,sia hari ini adalah hasil dari usaha saudara2 Islam kita juga...tidak akan datang sesuatu tanpa usaha...dan masalah2 rakyat tidak ada selesai selagi ada perkembangan kehidupan...bagi mereka yang hairan atau menentang saranan TGNA untuk membincang dgn sesama Islam..disini ada sedikit sebagai renungan...

Sabda rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang ada dikalangan mereka seseorang yang memutuskan silaturahim "(Imam Al Baihaqi)

Sabda rasulullah s.a.w
"Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan Allah akan siksanya kepada pelakuan didunia ini daripada pemutus silaturahim" (Abu Daud, Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

KHAIRUNNIDA YAAKOB (0195715472) said...

Salam YB Tuan, Saya kagum dengan hujah tuan.. saya kagum dengan kesungguhan dan keberanian tuan.. tapi ramai puak-puak PR tak berani nak singkir tuanb dan sayang nak dilepaskan kalu simpan menyakitkan.. kalulah tuan orang PKR yang menyokong dan mendokong penyatuan Melayu Islam antara PAS dan UMNO tuan akan disanjung dalam sejarah ketamadunan melayu islam oleh anak-anak generasi kita.. namun ramai orang UMNO tak boleh terima tuan kerana tuan menyimpan tauke yang digelar peliwat dan pengkhianat bangsa.. DSAI

Anak Pantai Merdeka said...

Salam YB,

Ketelusan dan keikhlasan YB semasa program soal jawab diTv3 cukup mengagumkan, bukan kerana menyerang DAP dan PKR tetapi demi mempertahankan orang Melayu dan Islam. Kalau semua orang di Malaysia berpendirian seperti YB, percayalah kita tidak mudah diperkotak katikkan oleh bangsa lain.

Supar Yop said...

Syabas sy ucapkan pada ZN, anda telah hit the nail in the coffin bila mengatakn bhawa DAP adalah duri dalam daging dalam PR! Siapa yg mengarahkan arak yg dirampas pihak Majlis dipulangkan balik? Siapa pendalang di sebalik isu Allah selain dari IFC? Paling teruk siapa paling kuat menentang ketuanan melayu hingga ditukar jenama menjadi ketuanan rakyat? Siapa yg paling kurang ajar hingga berani melaung "Singh is King" di dalam bumi melayu ini?Siapa palingkuat menetang keistimewaan melayu? DEB?Siapa yg kurang ajar dgn Sultan Perak dan tak pias hati krn puak dia tak dapat jadi MB Perak? Siapa yg menjuarai Chin Peng sbg pejuang kemerdekaan negara? Pernahkah kita dengar mereka menghormati pejuang2 melayu kita spt Mat Kilau, Datok Maharaja Lela, Tok Bahaman, Dol Said ? Golongan ini lah patut kita terajang dari bumi Malaysia. Sebeleum mereka ujud tahun 69, Tanah Melayu tak pernah hiruk pikuk dan melayu tak pernah bergaduh sesama sendiri begini..Kita perjuangkan Malaysia is only for malays,bumiputras dan bukan bumi yg boleh menghormati hak orang melayu dan Islam

PRTDI said...

Salam YB.

Tahniah Kerana YB telah berjaya tonjolkan imej kepimpinan Islam Yang berkaliber,berkarisma tinggi,consistant dan penuh integreti dalam memperjuangkan Hak Orang ISLAM di Malaysia .

Walau pun saya bukan orang PKR tetapi saya menyokong penuh serta menghormati prinsip dan pendirian YB.

Akhir kata Bangunlah wahai anak bangsaku bersatu menegakan yang maaruf dan mencegah yang mungkar
bersatu bukan di plaform kaum atau parti politik, tapi platfororm atau tali agama ALLAH S.W.T.semestinya orang islam di malaysia akan berjaya.

Knight Malaysia

Unknown said...

Salam YB, i haven't got the chance to see your appearance on TV. Nevertheless, some of your statement in the newspaper intrigued me. The fact is simple. most of the votes that went to PKR and PAS came from protest votes. Normal malay people (on the fence) like me hated BN for being corrupted and bad policy making. The last one is PTPTN issue. Ridiculous and stupid. But somehow, along the line, DAP hijacked our protest votes. We do not ask for equality, we do not asked to throw NPE.. We do not asked for HINDRAF. And I hope our friends in this blog read Federal Constitution to understand what define Malays and Islam. but somehow along the line PKR and PAS starts singing DAP's tune. I am glad that you voiced up your opinion... because you have spoken on behalf of the silent ones... Thanks. Wassalam.

Perigi Duit said...

YB, saya rasa tak berapa kena la YB terima jemputan TV3 dalam sesi soal jawab baru nie...YB seolah-olah dah bukak pekung Keluarga PR sendiri, sedangkan YB diarah tutup mulut tanpa bagi sebarang komen di media massa, YB seolah-olah dah belakangkan arahan parti. rasanya YB pun tahu apa tujuan TV3 jemput YB jadi tetamu kan??..melainkan hanya nak lihat kemusnahan PR itu sendiri, YB dah citer semuanya seolah2 PR akan hancur. YB nie sebelah pihak mana skrg??...kami yg tak jadi lawyer pun faham, niat TV3 tu apa.hanya mencari kesempatan utk kebaikkan BN musuh politk PR, takkan YB takleh pikir...YB rasa, kalau YB stay cool i mean takder masalah dlm PKR, depa nak jemput ke YB ke TV3??......satu lagi harapan saya, kalau benar YB nak keluar dari PR, tolongla letak jawatan MP KBB then YB kelurla parti..takkan YB nak jadi parti BEBAS setelah menang TIKET PKR??...harap YB tak jadi org yg macam PASIR MAS tak kenang budi...ulaan YB mengenai 3 ADUN diperak melompat kerana tidak puas hati dgn DAP??...YB dengar tak ulasan ANWAR macam mana YB2 nie dihilangkan oleh NAJIB??...tidakkah itu satu konspirasi??..@ YB pun akan ikut jejak mereka??..WAllahualam...

Unknown said...

Menerusi bantahan awal itu jelaslah kepada kita bahawa orang yang selama kita anggap hebat/pakar dalam hukum-hakam agama Islam, yang pandai berceramah menerusi forum kepada orang ramai menerusi RTM1 iaitu Jamil Khir, Ketua Pendakwa Syarie dan Pengarah JAWI tu adalah golongan yang mempersendakan agama Islam dan undang-undang syariah. Baru kita tahu tembelang mereka kerana mereka adalah golongan orang yang mempermain-mainkan udnang-undang Islam. Bolehkah mereka mengatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan qazaf berkaitan kesalahan jenayah melalui prosedur Mal? Bukankah mahkamah tinggi syariah mempunyai autoriti berbuat demikian? Kalau macam tu, sampai bila undang-undang syariah hendak dilaksanakan? Jelas, mereka bertiga termasuk Zainul Rijjal, loyar syarie yang banyak menulis kehebatan undang-undang dan mahkamah syariah dalam Berita Harian setiap minggu, adalah orang Islam yang sengaja mencari helah untuk merendahkan martabat mahkamah itu sendiri. Semoga ALlah swt memberi petunjuk kepada dan hukuman terhadap mereka yang mempermainkan undang-undang syariah!

Unknown said...

sekarang siapa lak yg takut nak ke mahkamah? mahkamah syariah adalah mahkamah allah. tapi nama allah kauorang marah org lain guna, bila mahkamah allah kauorg tak pakai tak apa. leh bantah itu bantah ini.bila anwar bantah mahkamah sivil kauorg kata anwar penakut nak hadapi mahkamah. skrg kauorg beria2 nak tolak mahkamah syariah dari bersidang. apa jenis org la kauorg ni?

taktaulah. mission impossibelah cik anwar oii. umpama tiang gol sentiasa diubah2 ikut suka pasukan lawan, macmana nak score? Pele ka ronaldao ka ronaldinho ka roberto carlos ka beckam ka pun mampus tak leh score macam ni.

dah lah pengadil berat sebelah. posisi tiang gol diubah2 sesuka hati.

opisboi said...

umno kata ia parti perjuangkan islam, lu pun kata perjuangkan islam, ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
penin...penin...penin

pelakun politik terbaik malaysia

Unknown said...

Sdra Muhammad Hafiz...tak ingat ke bila Karpal singh marah kat Anwar...
Anwar jaja akan ada kejutan pada September...apa lagi kalau di canang pasal Ahli Parlimen BN nak melompat ke PR...bukan marah si Karpal...
Akhirnya senjata makan tuan...apa jadi Perak... dan kalau YB Zul nak melompat jadi macam Berahim Ali sekali pun, nak buat cam ne.? Anwar jugak yang mengajar...
Ditakdirkan Allah September lepas memang ada MP BN yang lompat ke PR, sure takkan timbul isu ini dilaungkan oleh Anwar atau pemimpin PR...betul tak.?
Kita semua manusia sama saja. Kalau ada peluang berkuasa memanglah jadi gitu. Bila hal tu tak terjadi pasti Allah menyembunyikan sesuatu utk hambaNya (kita) semua berfikir...KENAPA TAK JADI.? APA HIKMAHNYA.?
Terfikir TAK.????
Kalau itu suratan Allah yang kita kena terima maka kenalah percaya pada Rukun Iman - Qadha' dan Qadar...
Pasti ada hikmahnya kalau YB Zul beralih ke PAS mahu pun UMNO...setidak2nya PAS dan UMNO ahli-ahlinya mengucap Dua Kalimah Syahadah nak banding dgn DAP... Redha aje lah... Nak gaduh2 pun tak guna...keutamaan kita adalah mendaulatkan Islam...
Dalam keadaan yg ada ni kenalah kita berdikit2 dan kena smart mengatur strategy...
Tak leh nak sembrono...
InsyaAllah di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Aaamiin...

Me? said...

>>MIRA0579 patut berguru dahulu dengan YB Zul mengenai Perlembagaan Persekutuan berkaitan dgn perundangan - kalau tak - nampak mcm budak kecik tak dpt aiskrim gamaknya...

Mohd Syahril Kamarudin said...

sy tidak faham bagaimana YB yg mendapat tarbiah direct dari PAS tidak boleh memahami adab dalam organisasi dan jamaah. Sudah jelas pendirian PAS utk bersama PR dan jelas bahawa itu adalah keputusan brmula dari peringkat trtinggi parti.X salah YB utk ada pendapat sendiri,dan sememangnya itu dialu-alukn tetapi mengapa perlu dihebahkn kpd umum yg akhirnya menjadi fitnah balik kpd PAS dan PR. Fikir2kanlah

Unknown said...

Alhamdulillah YB Zul ade kemahuan untuk melihat Islam dan bangsa Malaysia yang bersatu padu maju dalam segala bentuk kehidupan.

Saya harap muslimin-muslimat PAS dan PKR akan dapat bersama-sama muslimin-muslimat UMNO mengetuai, menyemai dan menyemarak sinar2 Islam di setiap peringkat kehidupan orang2 Islam di Malaysia.

Buat Alim-Ulama PAS Dan Lain-lain

Saya harap alim-ulama PAS tidak lagi menjauhi UMNO malah apalagi memusuhi dan membenci saudara seiman sendiri sehingga tiada kesudahan.

Pernahkah kita terfikir mengapa orang Islam dahulu boleh maju dan kedepan? Mereka yang memerintah tidak menjauhi dan memusuhi alim-ulama dan alim-ulama dahulu pula tidak menjauhi dan memusuhi mereka.

Alangkah baiknya jika alim-ulama ini bekerja memantapkan dan menyuburkan dakwah Islamiyyah di setiap peringkat kerajaan yang ada, baik di peringkat kementerian, jabatan, bahagian, cawangan, unit-unit kecil dan sebagainya.

Alangkah bagusnya jika seorang ketua kampung seorang dai'e yang diasuh oleh alim-ulama ini, dan alangkah bagusnya jika ketua sebuah jawatan dan apatah lagi kementerian diasuh dan diterap dengan jiwa Islam oleh alim-ulama sehingga si pemimpin tidak lagi sesat ketika memimpin rakyat? di manakah alim-ulama sebegini?

Kita tidak mahu alim-ulama yang gagal berfungsi dengan baik. Kita tidak mahu alim-ulama yang hanya mementingkan periuk nasi. Kita mahu alim-ulama yang istiqamah memperbetulkan dan menyuburkan setiap komuniti mereka dengan jiwa Islamiyyah, bukan dengan cara menjauhi malah mencerca dan memaki mereka.

Pendek kata, berhentilah menyebarkan mesej2 politik yang merugikan semua dan kembalilah mendekati pemimpin (bukan hanya rakyat jelata) supaya hidayah dan petunjukNya meresap dalam hati dan sanubari mereka. Ingat, hasil yang baik dari proses dakwah sebegini bukan dapat dicapai dengan singkat tetapi perlu ada jiwa istiqamah dalam perjuangan dakwah.

Saya menyeru supaya alim-ulama PAS dan yang lain2 berusaha mendekati kepimpinan yang ada kerana adalah amat merugikan dibiarkan pemimpin2 yang anda anggap kurang beriman dibiarkan sesat sebegitu sahaja. Apakah alim-ulama ini boleh mendakwa bahawa tiket mereka ke syurga telah dijamin sedangkan mereka tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menyampaikan risalah Allah kepada pemimpin2 ini.

Moga-moga dengan hasil usaha kalian, sekurang-kurangnya akan lahir generasi kepimpinan selepas ini yang akan mendokong kehendak Allah sepenuhnya.

kimiza04 said...

boleh blah lah zul. pejuang agama konon.kau tu pejuang bangsa .masuk umno.duduk sblh ibrahim ali.lps tu mintak jwtn naib presiden PERKASA .jgn lupa letak jwtn YB kau dl.

fakrulrazi said...

salam alaik.....

Walaupun saya belajar, mengajar berkaitan pengajian Islam...asas pengajian saya bukannya sekolah orang puteh mcm saudara...saya masih takut untuk melabel orang itu mcm ni, orang itu mcm ini...tapi,saudara yang hanya baru setahun jagung tahu bab Islam walaupun asal dari kampung,daerah dan negeri yang asasnya kuat Islam...berani bercakap macam ulama...imam malik pun tak jawab semua soalan anak murid dia walaupun ilmu dia amat hebat...sudah-sudahlah...

anakkulim said...

Salam YB...
Melayu Pas dan PKR tentu marah dgn YB...apa boleh buat YB...dah memang sifat diaorang macam tu...Lebih2 lagi kat Penang tu...jangan sentuh khalifah diaorang...bro GE...ada blog panggil camtu...malauuu ngan loya

ONEDROP said...

Salam YB,
Mcmana merepek dan kutukan kepada YB pon tetap disiarkan di blog ni walaupun kita tahu YB boleh tapis@buang dlm recycle bin jer.
Soal jawab TV3 tu mmg menarik minat saya utk menonton bila YB kata akan usahakan utk "duduk kan" semeja semua parti yg dihuni org ISLAM khasnya(bukan pro bangsa).Kita manusia hanya mampu membuat andaian.
Yang penting niat YB ikhlas.Hanya ALLAH dan YB jer yang tahu,pedulikan nyamuk-nyamuk kecil yg menghurung telinga ni.
Dlm blog ni ada yg tulis
"memang u nak pkr pecat u secepat mungkin supaya habuan dunia dapat kau kecapi secepat mungkin"
Hehe...saya tak tau apa maksud ayat tu...mcm kelakar pulak statement yg tak berfakta mcm ni.

Unknown said...

Salam…
Buat pejuang agama.sy mmg berasa bbangga cebisan rasa sy dsiarkn oleh YB.jarang sekali sy mngikuti blog2 politik apatah lagi untuk menaip secebis ayat.Cuma beberapa perkara sahaja yg sy rasa kurang sesuai YB lakukan.ingatlah sy berpesan kepada diri sendiri dan semua yg mngikuti perbincangan ini,jika kita telah bbaiah dgn sesebuah jemaah Islam..kita kena fahami susur galurnya.jgn kita sendiri mjadi perosak kepada jemaah kita.kita perlu mjadi kekuatannya.jgn sesekali kita mngeluarkan perkataan yg dgn mudah dieksploitasi oleh musuh2 Islam.sy bpendapat ksemua Tuan guru dlm PAS bkn tidak mahu bkerja dgn UMNO.atas dasar kerajaan.mmg perlu.ttp atas dasar parti.UMNO telah mnyerang PAS.media masa telah mjadi senjata mereka.tidak ada sorg pn yg terlepas drp serangan psikologi UMNO.media bnyk memutar belitkan fakta.sejak dr dulu.mmg mjd senjata ampuh buat UMNO..sy tidak faham mngapa YB bgtu menentang penggunaan nama ALLAH oleh Non muslim.padahal jemaah YB telah bsepakat bsetuju.mereka ada dalil2 mereka.walaupun pada awalnya sy juga tidak bsetuju.tetapi pada penghujung cerita.saya baru memahaminya.UMNO takut kerana dia memperjuangkan MELAYU.sebab org melayu memahami islam atas dasar melayu.mereka kurang tarbiah.malas untuk mngikuti kuliah agama.itu yg mjadikan mereka takut.ttp org Islam yg bpegang dgn agamanya.tidak gentar.kerana meraka dtarbiah,memahami agama.YB sendiri bnyk menceritakan kes2 bkaitan keruntuhan akhlak org2 melayu.tanpa mereka mgunakan nama ALLAH pn anak muda melayu telah runtuh.atas sebab apa berlaku YB?atas sebab mereka tidak mdapat tarbiah.siapa yg bkuasa untuk menubuhkan pusat2 tarbiah YB?mgkin ada mereka tubuhkn.ttp mereka juga mluluskn prgrm berunsur maksiat.fitrah manusia mmg mahukan keseronokan.mereka akan pilih yg nagetif sbgai keseronokn mereka YB.jd???mmg xperlu kita gusar pgunaan kalimah itu.cz org cina,india&lain2 pn mmg ada guna..mereka pgl ape YB??tuhan ALLAH..biasa bjumpa dgn mereka x?mereka percaya.tp tidak beriman.jd tidak perlu dtakuti.kerana blh mjd medan dakwah kpd kita.think positively...

Unknown said...

kepada lost sintok,

saya mohon maaf jika mengguris perasaan saudara/i, tetapi bukankah saudara zul sendiri telah menyatakan dalam blog ini bahawa pimpinan2 pas mempunyai pandangan yang sama dengan beliau? dan akhirnya khalid samad diambil tindakan oleh jawatankuasa disiplin PAS sendiri.

oj2010 said...

YB o YB..
Sebelum nak buat apa-apa komen, rujuklah kepada sumber yang sahih atau tanya dulu kedua-dua Tok Guru tu, betul ke mereka cakap begitu. Ni tak, terus je kutip dan percaya 1000% berita dari Bernama, Utusan Berita Harian