14 February 2010

MUSANG BERBULU AYAM!

Salam 2 all.

Saya mengutuk dan mengecam keras cubaan kerajaan YAB Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidurrosul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini. Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan. Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri!

Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja. Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.

Tetapi saya ingin memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng, jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam. Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda. Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya.

Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim chauvinis ini. Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa itu maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan. Bangkitlah, jadikanlah diri kita sebagai antara yang akan dihitung oleh ALLAH sebagai pembela agamanya dizaman penuh mehnah dan fitnah ini. Jadikanlah kisah keberanian Saidina Bilal bin Rabbah sebagai panduan, ambillah contoh pengorbanan keluarga Assyahid Sumaiyyah dan Yaasir sebagai ikutan.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan aqidah dan ukhwah untuk berhadapan dengan segala mehnah dan fitnah ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
29 Safar 1431
14 Februari 2010

147 comments:

Pendekar said...

salam YB ....

Jangan Takut ....YB
aku adalah salah seorang, orang islam yang ada di Pulau Pinang yang sanggup mempertahankan agama....

Aku yang berada disini ( Pulau Pinang ) tidak gentar dan takut dengan politik murahan DAP .

ALLAHUAKHBAR

Luthfi Suib said...

Kami rakyat Pulau Pinang akan terus setia bersama pemimpin yang terus mempertahankan kedaulatan dan hak - hak bangsa dan agama kami!

jiwakita said...

salam.....

LGE takut perarakan maulidur rasul menjadi
perarakan protes yg membawa banner mengutuk dan mengeji kepimpinan beliau...

kini LGE menarik kembali pembatalan
tersebut...harapan beliau akan dipuji
dan orang yg mengutuknya akan dikeji...

adakah LGE memasang trategi bijak dlm
kedunguan?

Syed Al-Yahya said...

Ini yang aku nampak dari dulu ..tapi banyak yang masih buta hati...

Unknown said...

Betul ke orang Islam kat PP tertindas skang ni. Tgk YB mcm beria-ia sgt ni...Nak tgk 24 Feb ni ada tak perarakan Maulidur Rasul Kat PP...Tapi Perarakan mcm tu tu memang diwajibkan ker dalam Islam...

Sepatu Gaban said...

Kenapa dah takda cerita pasal kawasan kulim/bandar baru...

saya nk tau cerita pasal saya orang kulim...

ku2 said...

salam.
bersungguh beno mengata lim guan eng ni, ada apa2 ke? maklumat yang tuan dapat ni, ambil dari mana? kalau setakat baca suratkhabar je, memang la tuan ni samada bengong @ ada agenda peribadi.
cakap tu bersandarkanlah fakta, jangan terbawa2 perangai budak2 tak cukup akal.

wallahualam.

-thethinker- said...

ada 3 pekeliling yg dikeluarkan ,jangan laa ambik satu jee pastu dibuat fitnah..

musang berbulu ayam ?? hahhaha
paku dulang paku serpih....

czackPY said...

Bro, sewaktu dalam PAS puas kami pertahankan Bro bila terdapat tohmahan dari peguam UMNO mengeji bro sebagai seorang yang biasa masuk pub.

Kini kami ragu-ragu apakah usaha kami mempertahan bro ketik itu satu usaha yang sia-sia.

Betul ke LGE batalkan perarakan Maulidur Rasul

Ahmad Pazil Md Isa said...

ini antara beberapa perkara yg saya katakan YB terlalu taksub sangat

Maulidul Rasul bukanlah satu perayaan diiktiraf dlm Islam, hanya satu perayaan yg dirayakan oleh org Islam

jadi, kalau diharamkan sekalipun menyambut Maulidul Rasul, tak payahlah org Islam jumud sangat

banyak lagi perkara yg Islam tuntut buat, tapi tak nak pula pertahankan, isu Maulidul Rasul pun nak pertahankan sampai mati

Unknown said...

pi la masuk umno bro...kalau dah tak boleh tahan lagi dgn pr....

-thethinker- said...

hish hish ..
LGE bersalah sebab sertai perarakan tahun lepas w/pun dia nii bukan islam..

LGE bersalah sebab buat perancangan 3 bulan sblm sambutan maulidur rasul . patut buat 3 hari sblm maulidur rasul...

LGE bersalah sebab bagi peruntukan lebih kat pendidikan Agama Islam .. patut bagi kat pendidikan cina , pendidikan india...

LGE bersalah sebab terlalu berjimat , duit dah ada , bagi laa kat United Mamak Orgasm-misasi .. kumpulan 786 ke...

LGE bersalah .. sangat bersalah....


Rampasan kuasa : Perak berjaya , Selangor tertunda , Penang depa mula dah ... Kedah bila pula ? Kelantan jgn dilupa ...

Az said...

mana ada batal? siap buat 3 hari lagi! macam kata LGE, jgn jadi cam org buta pegang gajah, pegang tak belalai ingat cam ular, pegang tang kaki ingat cam tungku, ke hang memang org jenis macam tu.

Suara hatiku said...

better yb bgtau pendirian sebeno yb adakah amhu kekal bersama pr atau masuk mana2 selain pr....kalau diteruskan begini yb akan jadi liabiliti dalam pkr...sekian

ahaa said...

Yang komen kutuk tuan ni aku percaya bukan orang Penang pun. Betullah mereka ni Melayu dangkal yang dayus, puji dan pertahan LGE membabi buta. Cubalah tanya orang Melayu Penang sebelum buat komen.

Unknown said...

Salam Yb,
In humble opinion, u have no place in PKR, you should join Pas or UMNO. PKR is clearly a racist, they they eventually support the Interfaith commission and i'm sure that u know what the demands are... how could u tolerate with this matter? this is clearly against our religion. Must i clearly list down all of the demands? So here it goes...

01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.

maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.
03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?

So can u really tolerate with this matter? Our nation is at stake YB! and don't forget about the Freemasonic activity in M'sia, it's getting more absurd. Please do something about this YB, this is something bigger than this parade activity. But at the same time i can't deny the fact everything u said is true. I can't tolerate with DAP anymore, we can't let this communist frame of mind destroys our nation.

Regards,

Azam

niffiras gunung ledang said...

Mula2 keluar pekeliling...5 Feb
Lepas tu kena hentam...12 Feb
U Turn... keluar surat... 13 Feb
Lepas tu tak mengaku...buat 3 hari
Lepas tu tuduh org pulak buat fitnah...nak cover...
Itulah kronologi yang sebenarnya...
Apa nak kata... itulah LGE.
Isunya bukan perarakan tu perlu tak perlu... kalau dah batal pastu kena hentam kemudian buat u turn dan kemudiannya hentam pulak org yang hemtam... belit-belit pulak aku...jgn mcm LGE sudah.. maksud sampai takpa la.
Itulah kronologi sebenar...

Unknown said...

Salam Yb..
Sy rs pelik dgn Yb skrang..
apa sudah jadi..
bukankan kepimpinan PR boikot surat khabar arus perdana seperti Utusan yg kita ketahui mmg surat khbar propaganda UMNO..
Kenapa Yb percaya dgn laporan surat khbar tanpa merujuk dgn kerajaan negeri pulau pinang??
Kenapa harus Yb wat serangan tanpa bukti yg sahih tapi mggunakan laporan Utusan sbagai rujukan utk mghentam rakan PR yg lain?
kalo hal ini berterusan, tuan yb akan merumitkan lagi kerjasama dlm PR utk mengharungi gelombang kedua PRU13.. fikir2kan.. Salam!

niffiras gunung ledang said...

AZ.. kronologi 5 Febuari, 12 Febuari, 13 Februari... clear.
Betullah memang buat 3 hari (selepas u turn)...

niffiras gunung ledang said...

LGE kata...jgn jadi mcm org buta pegang gajah... pegang kaki kata pokok... Hakikatnya..ramai orang melayu yang celik matanya tapi buta hatinya... Mata tak buta, pegang kaki gajah walaupun tahu ia kaki gajah, sebab taksub LGE kata pokok...dia pun ikut... ITU POKOK!

Kpd YB... PAS is better without PKR & DAP. Dah tiada tempat dalam PKR untuk YB... Betullah kata YB Zahrin... jgn YB nanti dikenang anak cucu kita sebagai org yang bersekongkol... AMIN!

Pemuda Melayu Islam said...

Slm,YB yg dihormati seperti dikata org melayu islam susah nak sependapat ,dlm isu Maulidul rasul pun xleh bersatu,dlm soal kalimah pun xleh bersatu.Habis tu nak sembang psl islam,kpd penyokong2 parti politik PAS-aku sbg anak melayu PP lebih tahu agenda politik Cina kafir harbi ni,dia org akan test satu persatu isu psl islam melalui hamba2nya yg beragama islam dr PR,jika tiada kesungguhan umat melayu islam melawan setiap isu yg dibangkitkan maka terhapuslah satu budaya melayu islam di PP,maka ujian yg baru pula akan muncul,semua ini akan berulang-ulang diuji mrk sehingggalah terhapus secara keseluruhan budaya melayu islam spt mana dilakukan oleh Indonesia satu ketika dulu terhadap kaum Cina disana dimana didlm proses mengasimilasikan sst bangsa tersebut akan dihapuskan budaya bangsa dan agama sesuatu kaum tsb hingga akhirnya bangsa tsb akan menerima apa saja budaya yg dilengkapkan oleh pemerintah,dlm kes diP.Pg ini bangsa melayu islam akan diasimilasikan supaya mencontohi mrk,scr x langsung menerima pakai konsep dan kelangsungan hidup spt mrk,terima kasih kpd melayu PR,anda adalah sebahagian sejarah hitam didlm lipatan sejarah melayu dan aku sbg melayu islam di P.Pg akan terus bangun menentang para pengkhianat bangsa dan sekutu kafir harbinya.

Ahmad Suhaimi AM said...

Salam YB

Sokong YB kerana tegas dengan kata-kata dan perbuatan.

Ramai yang masih buta hati, buta jiwa. Saya dan berjuta lagi umat Islam di Malaysia menyokong ketegasan YB mempertahankan Islam dari diperlekehkan kafir laknat. Dah la kafir, pastu perlekehkan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Kebenaran akan menang..Insyaallah

bwh said...

Yb apa yg kecoh sgt pasal tak dapat berarak utk sambutan maulidurrosul? Hal berarak ni agama menghukumkan wajib ke? Kaji dulu hukum baru bercakap. Berarak utk sambutan maulidurrosul di setengah2 negeri telah dihentikan kerana banyak menimbulkan fitnah dan banyak berlaku perkara haram ketika perarakan diadakan. Contohnya bercampur kaum lelaki dan wanita, dan wanita yg berarak menjadi tontonan. Jadi yb tak payahlah nak sensasikan isu ini. Pikirkan lah perkara lain yg mendpt keredhaan Allah.

Zairol Azman Nayan said...

yb apa org nak ckap biarkan la...dorangpun dah xde tempat nak bersuara tu...biar la org2 yg mnyokong penjajahan dap di p.pinang puas hati,cuma di harapkan jgn dek kerana politik agama islam di ketepikan...bawak2 mengucap....mngkin ada salah seprang komentar ni bkn agama islam,dgn thuan tuk menjadikan umat islam bergaduh...jadi waspadalah....

Unknown said...

Fitnah adalah lebih teruk dari membunuh. Moga Allah beri petunjuk untuk LGE masuk Islam macam Abu Suffiyan!

dewateruna said...

biler kutuk LGE je kata ada agenda peribadi...saper yg tak matang nih...korang gak yg duk kecoh nak kan kebebasan bersuara...biler MP Zul bersuara je korang bantai die balik....korang nih yg otak dangkal..pemikiran sempit sgt..

kembara putih said...

YB ni dah jadi lidah tak rasmi UMNO sama macam Hassan Ali di Selangor. Elok kosongkan saja kerusi Kulim Bandar Baru tu. Rakyat pilih PR bukannya pilih muka YB. Lagi2 perjuangan kulit dan retorik yang diperjuangkan YB, bukannya isi. YB ni tak sesuai jadi pemimpin, 100% gagal mengawal nafsu.

Anonymous said...

Ni le dia YB yang tak reti cari fakta...Camne nak antar manusia camni masuk parlimen...Malang betul...Nasib baik ade ikhsan Aziz..Kalau tak kirim salam ajelah...Nak tanya...deal ngan aziz tu dah settle semua ke???

tobeng said...

Khalifah LGE ni memang bermasalah.Yang nampak cuma orang2 dalam pentadbiran kerajaan negeri P.Pinang saja.Itu yg sampai zahrain keluar parti PKR dan seorang lagi siapa ka nama juga dari PKR P.Pinang pun hantam sama LGE.

Yang menjilat cuma golongan rakyat marhain bermentaliti pengikut buta yang cuma melihat dari jauh.

Depa ni bukan tau apapun.Pemimpin depa kata huk,depa kata huk,pemimpin depa kata hik depa kata hik.

Ini bukan masalah wajib ka tak wajib maulid.Memang cara depa ambik sikit2.Kalau umat Islam pun sama naik,sokong depa,lain kali depa try lagi,sampailah kita tinggal seluar dalam saja.Mula2 maulud,lepas tu musabaqah,pastu mungkin ma'al hijrah.Last2 jadi macam singapura azan pun tak boleh kuat dah,mengganggu katanya.

Aku yang tak berparti ni pun naik meluat dengan pengikut totok PR ni,sedangkan dulu aku pun mengundi PAS.La ni,tak sokong mana2 dah,harapkan pagar,pagar makan padi.Takkan tak nampak2 lagi kot.

Perigi Duit said...

apa la hang nie karut sangat!.hang dapat info dari mana?...kalau dari UTUSAN meloya tak payah ler...hang sepatutnya kalau nak komen ka..dptkan dari berita yang sahih dulu.hang sendiri pi tanya YB LGE dapatkan penjelasan..baru betul...satu lagi, yang duk lebih2 kan tentang perarakan pasai pa??...patutla hang nie pi mauk BN la..duk tunggu buat apa lagi...?..

Unknown said...

memang fitnah pun, tak sabar2 nak kenakan lge, apa lagi terus nyerang, apa yb dapat tak tahula...tahniah yb suara mu amat berani... teruskan

Unknown said...

ekstremis yang kecut..

Mohd Asri said...

Salam Semua,
Saya sebenarnya tak berapa faham dengan tindak tanduk YB. Seolah2 YB ni musuh dalam selimut. YB akan terlalu kedepan dalam segala hal tanpa merujuk kepada jemaah.
Saya rasa YB tahu adat dan rukun berjemaah, tapi YB seolah-o;ah tidak pernah serik dengan onar yang YB buat.
Persolan perarakan Maulidur Rasul ni YB dapat dari sumber mana? Sekarang YAB LGE dah jelaskan bahawa perkara tersebut tak betul...sekarang sanggup tak YB meminta maaf dan tarik balik tuduhan YB..saya menanti tindakan tersebut dari YB...kalau tidak ada YB ni lebih teruk dari orang UMNO yang YB duk lawan...

harunn said...

Yb Zul

Saya heran betui la pada sesiapa yang dok pertikaian perarakan Maulidur Rasul ni wajib ke tak , kenapa nak pertikai pula , Umat Islam di Malaysia dah berarak dah berpuluh tahun dulu , kenapa sekarang nak pertikai pula.
masalahnya sekarang ialah puak kapir cuba nak mengabui mata kita
kita pula dok pertikai wajib ke tak

ini la cara budak2 mentah sekarang berpolitik , yang mungkar ditegah demi kuasa , ini disebabkan nak jaga hati Petualang negara

Pada yang masih lena , bangun la demi agama kita , jangan kita lena dibuai oleh puak kapir harbi lagi

Saya bercakap bukan dari mana 2 parti , baik umno ataupun Pas serta pkr , saya sokong pada seiapa yang berjuang untuk Islam

Allahuakbar !!!

Unknown said...

Aku dgn rasminya takkan follow blog ni lagi...terlalu ektremis dan rasis

harunn said...

Yb Zul

Kenapa ramai sangat yang bela khalifah lge ni , memang kita nampak lge ni muka macam baik , tapi kalau baik kenapa gerai2 kat tepi jalan kena roboh , itu penyokong fanataik tak nampak lagi ke , nak kena batang hidung sendiri baru nak sedar ke

dulukini said...

YB motor nie sibuk dok kutuk oang bukan nak pegi orang kawasan dia langsung. setakat lalu lalang buat ape. cakap mcm bagus sorryla ek.

ASASSUDIN said...

Saya akan terus menyokong YB...
LGE mmg kebal dari kritikan @ teguran..
Siapa yg boleh tegur die?
DSAI sendiri x leh @ x brani nk tegur...
Apa ni?!
Biler ditegur, melenting x tentu pasal...
Umar Abdul Aziz pd beliau hanyalah di atas kertas @ di depan PRESS shj...
PR skang menjadi liabiliti kpd YB seandainya perkara ni x diuruskan dgn sebaiknya, baik YB keluar dr PR...
Org KBB xkan desak YB letak jawatan, Insyallah...
Bahkan sy org Klang akan backing YB...

Excel Bindery said...

salam..saya percaya YB Zul tidak terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan; dan tidak takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai..

woit!!keluarlah PKR!!
woit!!letaklah jawatan YB tu!!

bangang..asyik membebel jer..

Excel Bindery said...

nizar jamaluddin pun sama ngan YB Zul...asyik mencelakan sistem jer..tu tak betul, ni salah..pastu dok membangangkan diri lagi dalam sistem tu..

woit!!korang ni berhentila saja..
buat apa jadi YB yang bangang..
baik letak jawatan dengan kredibiliti..
hmmm...cinta dunia kot?

Unknown said...

Perarakan Maulidur Rasul tu ada dalam Islam ke, YB Zul??

Kalau ada kuliah, majlis ilmu, saya setuju..kalau setakat berarak sambil selawat, tp lawan nabi, watper?

priory of jenin said...

alahai..
pack your stuff n join umno je la amigo.
sembang melayu bedegaq degaq sembang pasal islam,
lagi baguih kalau perarakan tu di batalkan. pasal melayu2 acap latino mcm hang sah2 mudah tesentap emosi dr berarak maulidur jadi demo tunjuk kekuatan melayu.
melayu n islam dua pkara yg sgt sgt beza. so kalau nk jadi melayu yg bodoh mcm mangkok dpt title yb nie sokong la dia nie.
latino kunun.
what a disgrace!
awat.ang tak puas ati ke zul?
hehe.
puerto u salva vida mangkok!

pis said...

wahai bwh dan yang seangkatan dengannya, adanya melayu seperti anda lah yang memudahkan kafir menhancurkan islam. LGE pun di bela membelakangkan isu kebenaran. perarakan memang lah tak wajib dalam islam tapi agenda pembatalan dan siapa yang membuat pembatalan itu yang merbahaya. seperti juga penggunaan nama allah oleh agama samawi tidak menjadi isu yang perlu dipertahankan tetapi kesan penggunaan nama allah oleh puak yang berkepentigan itu yang menjadi isu. jangan sokong LGE membabi buta, babi pun tak buta inikan...

Juwaini said...

Kesian Parlimen sebab dapat seorang ahli parlimen yang bengap dan dungu cam zulkifli nordin.

Anonymous said...

Salam YB,
Terlebih dahulu sya ingin sampaikan lagu ini pd YABLGE dg ucapan slmt Taun Baru Cina, semoga sihat selalu!
Tapi sblm tu, sya nak kasi tau sikit pasai isu Maulidurrosul d Penang ni. Sya nampak YAB dah kena main dgn juak-juak yg tak senang dgn YAB dlm hal ni. Sya tak percaya bahawa YAB begitu berani. Apa yg sya agak ialah mungkin soal berarak ini hanya cadangan saja, atas sebab-sebab keselamatan & kesesakan trafic. Utk Kebaikan, keselesaan & kemudahan semua pihak, apa salah d tiadakan acara berarak ni. Lagipun la ni cuaca panas giler ! Ada baiknya sambutan ini d buat dlm dewan ka, bawah pokok ka,atau tepi laut ka. Yg penting, matlamat sambutan dpt d capai dlm penuh kesedaran & kesederhanaan yg memang d utamakan Islam. Dpd sambutan yg nampak gah dan hebat serta banyak telan duit tapi KULIT SAJA, ISI HAMPEH. Takpa YAB apa org lain nak kata, asalkan YAB jlnkan amanah yg d pikul. Pd semua yg lain, atas izin AllahSWT jua jawatan KM Penang memang buat masa ini hak LGE & DAP. Bagi depa buat keje. Klu kita tak suka org kacau kita, kita jgn kacau org. Islam adalah pegangan yg benar & tiada yg benar selainnya bagi pengikutnya yg benar.

OK YAB, terimalah lagu dari sya ;
" KONG SI KONG, SI NI YA.
KONG KING KONG, KING KONG SANA YA"

Gong xi fa cai.

YBZUL, teruskan perjuangan kerana itulah kehendaknya jua ! Assalamualaikum.

anick cuf said...

salam Yb..
kpd pengkritik Yb yang mengiakan pendapat LGE yang sambutan maulidur rasul tidak wajib sememangnya seperti kambing yang diajar oleh anjing untuk tinggal di dalam satu bangsal..
jgn sampai selepas ini segala benda kewajipan dan sunat, semuanya akan dirujuk kpd LGE dahulu..
jgn sampai LGE kata 1 kampung seorang saja yang perlu belajar mandi mayat..kalo 2 orang dah jd haram!!!sbb ianya hanyalah fardhu kifayah..
INGAT!!!!!!!!!!
musuh orang islam adalah orang KAFIR!!!!JGN KITA MENGHUKUM SESAMA ISLAM..TUGAS MENCATIT DOSA PAHALA ALLAH DAH SERAH UNTUK MAKHLUK YANG DIA PERCAYAI SBB SESUNGGUHNYA DIA LEBIH MENGETAHUI SESUATU!!!

Unknown said...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24953:zambry-gelabah-adakan-sambutan-tahun-baru-cina&catid=1:utama&Itemid=50

Zul...tiada komen kaaaa...

Berira dari harakah fitnah kut...

horizon said...

aku pun nak makan panadol..pening kepala tengok keletah yb dungu ni...dgn mic n mca tak pulak dia bising? pastu boleh dia cakap dlm tv3 aritu ajak mp melayu sume bsatu? pd aku tak salah pun kita satukan melayu tp bukannya dlm cara yg racist camni...lupa ke undi utk dia pun dtg dari bangsa lain gak...kalo dah cakap camtu ingat bangsa lain nk undi ko lagi ke???

Ismail Ibrahim said...

YB,
Assalamualaikum
Pertama kali saya ke sini. Ahli politik seharusnya berpendirian tegas seperti YB.Kepentingan umum haruslah diutamakan.
profismail.blogspot.com

"Deep-Throat" said...

aku tak peduli sangat bab perarakan tu ada ke tidak. bukannya masalah besaq sangat. dulu zaman bn pun kejap ada kejap tak dak. so, to me no big deal. tak belarak pun tak palah.

kalau setakat nak bergaya baju melayu baru, kemudian bertanding siapa paling segak, siapa pandai kawat dan siapa lebih pandai selawat. Perabih duit jabatan sahaja. lebih baik guna untuk lain hal. Itu yang Guan Eng buat sampai boleh dapat tukar defisit kepada surplus budget kerajaan negeri. Ustaz Deris PAS sokong kuat keajaiban Guan Eng yang ini.

Sambutan Maulidur Rasul di Penang akan diadakan 3 hari,ini ikut cakap Malik Lim @ Malik Itik la-kawan YB Zul Moto jugak. Bagi yang bangang-bangang dok komen sebelum ini tu guna akai sikit. Bukannya orang dok pertikai program sambutan Maulidur Rasul Kerajaan Guan eng, tapi yang ramai dok pertikai tu hanya bab perarakan. Pasalnya ada surat keluar ke jabatan-jabatan negeri kata "TIDAK AKAN DIADAKAN" pada tahun ini.

Yang Guan eng jadi gila babi dan gelebah biawak tu pasai apa? Kalau surat dah ada keluaq mengaku sajalah. Tak payah dok kelepiaq kata itu kata ini. Ketelusan tidak ditunjukkan oleh Guan Eng dalam hal ini.Itu yang aku lebih fokus untuk pertikai. Tahun ini juga tiada penganugerahan tokoh MaulidurRasul. Jimat duit gomen.

ZulMoto San!
Anda hanya menunjukkan " THAT YOUR LOVE FOR ANWAR SUPERCEDES YOUR LOVE FOR YOUR FAITH,COUNTRY AND RACE" if you still holding on to his pants!!!

Leave ANwar, leave PKR! Be Independent!! Fight with both hands. Let go the one holding anwar's prick! Stop defending him.

Unknown said...

khinzir berbulu ayam ta'apa, jangan ayam berbulu khinzir, lagi bahaya. Siasat le dulu, bluer than blue.

LANANG said...

Betul kata YB LGE. Ada orang buta yang pegang gajah cakap itu la ini la.....Tapi sebenarnya yang buta tu ialah orang-orang melayu yang duduk di keliling dia la. Depa tu kalau boleh j***r LGE pun berebut-rebut nak cuci. Orang-orang yang hentam YB bukannya tau apa. Depa tu mata pun buta, perut pun buta. LGE = Khalifah Umar Abdul Aziz???? Piiiiiiiiiirah.

Sha said...

Saya rasa masih terdapat ramai komentar2 disini yang menghubung kaitkan setiap komen dengan cabang parti tanpa mengambil kira isu sebenar yang dibangkitkan.

Memang perarakan maulidur rasul tu tak wajib dan takde dalam hukum agama. but the issue is just a tip of the iceberg. Mulanya premis peniaga melayu dirobohkan and now isu perarakan maulidur rasul dibangkitkan. batal tak batal itu perkara kedua. perkara pertama ialah, kenapa bila tiba hal melayu dan islam banyak sgt kecohnya? perarakan lion dance yang menyesakkan trafik tak pulak jadi hal berbangkit?

Kalau Islam dan bangsa melayu digugat, samada kau parti Umno ke, Pas ke, PKR ke, sama2 patut kecam habis-habisan. Apa salahnya kalau YB tegur kesilapan rakan dalam partinya sendiri kalau perbuatannya salah tanpa disuruh keluar dan join Umno? Begitu juga dgn ahli Umno yang sepatutnya tegur rakan parti sendiri kalau rakannya mulut celupar.

Salah satu kelemahan Melayu ni la dia. Terlalu suka berpolitik dan berpuak2. Kaum lain berpuak jugak tapi maju apasal kita ni tak boleh camtu?

Apa salahnya kalau Pas, Umno dan PKR duduk semeja betul2 dan bincang pasal isu bangsa dan agama kita yang terang2 digugat? Tak salah rasanya kalau ketengahkan isu daripada nak berpolitik manjang yang sudahnya tak kemana jugak pun.

Unknown said...

Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja. Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.

Saudara..

Lihat sajalah dlm isu maulidur rasul ini..yg menyokong saudara dlm isu ini org islam dan yg menghentam juga org islam sedangkan dlm isu ini umat islam harus bersatu...kerana perbezaan idealogi politik mereka bermusuh sesama sendiri.Bagi nmereka Politik harus didahulukan dari pada Agama. Walau bagaimanapun teruskan perjuangan saudara...biarlah sibuta dan sipekak ini terjun bersama idealogi politik2 nya

Al Qadri said...
This comment has been removed by the author.
Desa Saujana said...

Salam YB
nampaknya byk komen bersandarkan dari sudut parti politik mereka...

tetapi sebenarnya sebagai org islam kita perlu bersatu demi agama...

teruskan pendirian YB yg konsisten...Islam dahulu, parti....kemudian.

white piranha said...

YB...cukup2lah tu. Apa pentingnya perarakan? Wajibkah? Berdosakah? Berarak..tapi masih rasuah..bolehkah?
Jgn sempitkan fikiran YB..jgn duduk dalam kotak macam Ezam. Jaga kawasan Kulim tu baik2.

Unknown said...

Assalamualaikum

Saya merasakan YB telah diperkudakan(diperharimaukan) oleh pihak UMNO dan BN dlm membuat serangan2 ke atas LGE dan DAP semenjak 2 menjak ini.

Adakah YB mengambil sumber dari Utusan Meloya,TV3 suku atau akhbar milik BN semata2 tanpa merujuk kepada LGE sendiri

Sedangkan beliau dan juga kerajaan PR telah menafikan segala tohmahan berkenaan isu tersebut.

Sebagai ahli politik sepatutnya segala keputusan atau tindakan YB perlulah merujuk kepada kawan2 dlm PR itu sendiri tanpa mengambil tindakan yang boleh merugikan PR.

Seorang ahli politik yg bijak sepatutnya selalu berfikir apakah ucapan/tindakan boleh memberi kesan kepada sokongan rakyat.YB

sepatutnya faham,tujuan menceburi bidang politik adalah untuk menang dalam pilihanraya,sepatutnya segala tindakan YB perlulah memikirkan segala kesan tindakan YB keatas parti YB sendiri iaitu PKR khususnya dan PR amnya.Lainlah tujuan YB skrg utk memusnahkan PKR/PR.


YB sering mengucapkan perkataan yg senada dgn BN tetapi tidak kendengaran suara2 YB dlm menghadapi saat pemimpin UMNO menghina hukum dan perundangan Islam,enggan melaksanakan tuntutan

Islam secara menyeluruh sebaliknya YB nampak lebih gemar bermain dgn sentiman dan perkauman nampaknya.YB tak nampak ke keikhlasan pemimpin UMNO berbanding pemimpin PAS yng
lebih komited utk melaksanakan Islam? Kita faham mmg ramai pemimpin2 DAP yang anti Islam maka itu sudah tentu munasabah kerana ramai pemimpin2 mereka bkn beragama Islam,maka tak kita
terangkan kepada mereka secara berhemah daripada kita dok memekik terlolong,bermain dgn emosi dan sentimen yg boleh menjadikan mereka lebih jauh dari kefahaman mereka kepada Islam itu sendiri?

Mengenai perarakan itu sebenarnya hanyalah salah satu sahaja dari syiar Islam dan BN mmg suka hanya kepada syiar Islam sahaja tanpa mahu melaksanakan syariat Allah yang jauh lebih penting semenjak 50 tahun merdeka.

Kita lwn YB bukan bermakna kita sokong perjuangan sekular DAP/UMNO, tetapi kerana kesilapan YB menceduk maklumat yg tidak tepat &

tindakan emosi YB yg jelas keterlaluan tanpa menurut ajaran Islam yg sebenar(siasat dulu sesuatu berita itu) disamping mengajak Melayu bersatu atas nama Melayu yg jelas bercanggah menurut Islam.

kalau beginilah tindakan YB terhadap sesuatu isu itu maka rakyat yg mengundi YB yg mahu YB memperjuangkan sesuatu isu dgn adil dan saksama akan merasa amat kecewa

& melihat YB sebagai proksi UMNO dan YB sepatutnya keluar dari politik dan masuk sahaja mana2 NGO dan YB bolehlah melalak/melolong semahu2nya mcm NGO2 proksi UMNO itu.Tiada org yang akan marah,
sebab YB tidak perlu meraih sokongan rakyat lagi.

Tetapi skrg ni YB telah menjejaskan sedikit sebanyak sokongan terhadap PKR/PR maka selayaknya YB digelar perosak PR yang mahu melakukan perubahan demi rakyat dan YB sepatut disingkirkan terus dari arena politik tanahair.

white piranha said...

hampeh YB cam ni. masuk je lah UMNGOK..habih citer.

shumadie said...

YB.. Pandangan saya... Yb jangan patahkan semangat pakatan rakyat.. jangan huru hara pakatan rakyat... rasanya,... baik Yb jaga diri YB dulu.. jangan terpengaruh dengan umno... ok?? satu lagi.. kalau YB betul2 pertahankan islam.. baik masuk PAS kalau dah xpercaya pada Keadilan.. sesungguhnya DAP itu lagi ok dari MCA.. Dap xpernah nak buat kekacauan kaum.. umno jer yang parti pecah belah kaum

bijan said...

yb daah jadi yb bakul sampah....tidak macam dulu..saya amat menyanjungi yb..tapi sekarang hanya layak letak dalam lori tong sampah....kasi malu melayu dan islam maaaa...lu

PAKAR BATU said...

hai bro lu cermin muka lu dulu la..sapa musang berbulu ayam..?

lim guan eng ke musang patail?

benarkah LGE haramkan perarakan Maulidur rasul? adakah kerajaan bn sblum ini tak haramkan?

bagaimana dengan kerajaan wahabi perlis?

apalu..jangan jadi bodoh la...:)

Mike said...

sdahlah YB 2 Alam. Masuk PAS Parlimen Bandar Tun Razak dulu pun sebab nak jadi calon. Tak dapat lari ikut Keadilan sedangkan msa tu masih lagi ahli PAS. Macamana nak dipilih jadi calon, usrah pun tak pernah hadir. Dia rasa dia cukup hebat.

niffiras gunung ledang said...

LGE kata org buta pegang kaki gajah kata pokok. Orang melayu yang celik mata tapi buta hati ikut cakap dia... pegang kaki gajah tau kaki gajah tapi oleh kerana kalifah LGE kata ianya pokok.. yang menyokongnya pun cakap.. POKOK!

Unknown said...

Bila nampak LGE, Koh Tsu Koon & Tiong Lai (DAP, Gerakan, MCA) bersama-sama memeriahkan Tahun Baru Cina kat PP, terasa sangat bodohnya orang-orang Melayu yang bermati-matian menyokong DAP. Saya dah lama sedar, kaum Cina ni di depan aje nampak macam ada banyak parti politik tapi di belakang mereka menyokong each other. Sudahlah orang Melayu, janganlah nak menghentam orang seperti YB dengan bermacam-macam perkataan yang meruntun jiwa kerana diucapkan oleh kaum sebangsa seagama hanya kerana mempertahankan LGE. Agaknya kalau kita suruh LGE pilih antara kamu wahai pemberi komen yang taksub dengan PR, dengan Koh Tsu Koon atau Tiong Lai, siapa agaknya yang dia akan pilih? Berpada-padalah mengutuk bangsa sendiri. Alangkah dangkal pemikiran mereka yang berkata YB ni cinta dunia la, semoit pemikiranlah, sebenarnye merekalah yang cetek pemikiran kerana meletakkan parti politik di atas segala-galanya.

Al Qadri said...

tun mahathir - hina sunah nabi, idris jusoh - roboh masjid, guan eng - batal perarakan, agak2 sapa lg hina?

along7275 said...

dlm ceramah yb dulu ada saya penah dengaq kata sunah nabi takmau ikut tp bab berarak tu dia eh...sikit punya sakan terlalak lalak punya dok selawat tp hat nabi suruh takmau ikut...apa jenis org camnie......yb nak keluaq statement tu check la dulu dgn member2 kat penang jgn ambik kat surathabq umno...aje lecehla camnie...hilang rasa hormat kat yb selama arie nie nanti....tak best la kata diri kita nie perjuang sejati.......yb bukannya lekeh punya org pun.....educated ....ooooooooo
LGE itu boleh ditegur tu bukan asyik hentam.....kat yb org dok hentam saja pun tak best nak baca......lain la kalau dah keluar PR lain la crita sikit org kata jln crita dah lari.......

sapien said...

Tak tau la sama ada Abang Mat Sabu baca tulisan hang ni zul ooi. Kalau dia baca mesti dia marah punyalah. Orang Melayu yang sokong Lim ni kebanyakkannya orang Pas yang tak kelapaq kat umno parti sesat tu. Kalau hang boleh kata Lim Guan Eng dikelilingi oleh melayu dangkal dan dayus hang mai turun Kulim. Tengok orang Pas kat sini dayus ka dak. Ingat sekali ni la hang jadi Ahli Parlimen kat sini. Lepas ni hang boleh bungkus la balik masuk Umno nu. Kalau dulu orang Pas tak suka kat hang lepaih tu hang lari masuk PKR sebab nak jadi calon. Orang Pas la yang buat kerja bagi hang menang kat Kulim ni. La ni hang ingat hang dah besaq kepala. Dok kata melayu dangkal dan dayus pulak. Kalau lepaih ni hang mintak orang Melayu Umno la sokong hang pulak naa.

Art Pokon said...

Tindak tanduk YB tidak menzahirkan diri sebenar YB yang terpelajar dan peguam pulak tu. Sedang orang biasa macam saya pun boleh menilai kenapa YB tak nampak.

Orang kampong saya kata bodoh sombong, Belagak pandai tetapi bangang......

Anomie68 said...

Hang tak mau buat report polis ke, Ustaz Asri sokong untuk orang bukan islam pakai perkataan yg dahulunya diharamkan.

MTD N19 said...

hujjah YB sebijik sama dgn hujjah UMNO. Tahniah YB membantu mengukuhkan UMNO dari dlm Pakatan Rakyat

Unknown said...

Salam Uncle...
Apa yang dikecohkan sgt kalau betul tak ada perarakan maulidurasul ni uncle?? Saya ni dah hampir 10 thn duduk di negara arab... tak pernah pun orang arab ni menyambut harilahir Nabi Muhammad SAW... malah tak diistiharkan pun sebagai public holiday..
Dalam khutbah Jumaat pak Imam arab ni ada menyatakan bahawa perbuatan ini adalah bida'ah...
Kita org islam yg kat MY ni saja yg banyak dgn amalan bida'ah nya...
Sedih la yob...

Unknown said...

k

Congak-One said...

Saya rakyat Malaysia..saya cabar:
1.Pas Isytihar Nak jadikan malaysia negara Islam
2. Anwar ibrahim buat pungutan suara seluruh Malaysia samada dia disokong x jadi PM.Kalau tk disokong,letak jawatan MP dan Ketua UMUM pr.
3.LGE buat kenyataan kat TV kata dia tak batalkan perarakan tu.
4.Nik Aziz ajar Anwar cara bersumpah dgn betul.
5.Nizar dan letak jawatan dan adakan PRK baru..ade x orang sokong dia?

SUre 5 perkara ni tak dapat dilakukan.

Edira Azreen said...

Alhamdulillah...

Sekurang-kurangnya masih ada salah seoran dari Parti Pembangkang yang tidak secara membuta tuli menokong setiap apa pun kesalahan/kemungkaran 'sekutunya'...Semoga lebih ramai pemimpin islam kuat dan bangkit untuk menegakkan kebenaran...Amin...

jejak dunia untuk akhirat said...

saya tengok pas sayang sangat denagn pakcik lim apa pasal ha...lagi sayang pakcik ni dari orang Islam kerr

Andalusia said...

YB Zul,

Harap YB tak patah semangat dengan komen-komen yang tak senonoh dari orang2 yang tak sewaktu dengan YB. Komen yang depa tulis tu pun bukan nye boleh pakai sangat .. depa ni cuma pandai mengutuk jer. Ini lah rupa sebenar penyokong-penyokong PKR, DAP & PAS yang memang kepakaran mereka adalah mengutuk, mengutuk & mengutuk .. Kalau berhujah mesti pakai bahasa kesat. Mungkin dulu depa ni tak pernah masuk kelas budi bahasa kot. Tu sebab bahasa depa macam tu..

Terus kan perjuangan YB. Berani kerana benar. Jangan dok risau pada orang yg dok mengutuk & kata YB macam-macam. Depa tu macam tong kosong .. bising jer lebih tapi x der isi.

Syazli Tahir said...

Salam YB ZN,

terus tegakkan keadilan... perjuangkan melayu kerana melayu malaysia adalah Islam.

PAS perlu takuti Allah, bukannya Karpal Singh. YB ZN takuti Allah..bukannya takuti hukuman disiplin PKR

tak kiralah melayu PKR, PAS atau UMNO, kita semua adalah melayu Islam yg mengucap 2 kalimah syahadat.

Unknown said...

salam YB,

pasal x buat perarakan maulidur rasul pun kecoh satu malaysia...dalam islam bukannya di tuntut....
ala YB ni dah nmpak sngt jadi tali barut umno.....
umno yg benar buat konsert sure heboh la, artis pempuan yg menyalak la ,dahla pakai baju x cukup kain pulak tu, tu tak nampak ker....atau pada pendapt YB itu x brtntangan dgn ISLAM?..x prnah pun bising dlm hal ini.. pikir2 la

Muzika Akustika said...

YB
Pintu UMNO dah terbuka untuk YaBer** pi lah. Kami tak hingin ber YBkan orang yang tidak boleh diharap, tak mampu menunjukkan semangat setiakawan. tak boleh dijadikan cotoh apa lagi ikutan. Berambuslah YB.

zakwan said...

Zul,
obviously u'r a firm believer in everything published by Utusan
Believin Utusan Meloya is like believing whatever CNN says about the Palestinians

Here's something 4 u 2 ponder:
"Terbukti Melayu Boleh" pdf file from http://www.mediafire.com/?okzhrni55w0

Taiping Heritage Fishing Competition said...

salam YB,

Dulu saya hormat YB kerana ketegasan YB terutama hal ehwal melibat islam.

Namun kini saya lihat YB macam hilang arah. Bercakap emosi..fakta dan kebenaran bukan panduan. Keutamaan tidak dituruti.

Saya cadangkan YB anjurkan bantahan ke atas isu yang benar-benar mengancam akidah umat, isu yang jelas, pastinya semua orang Islam setuju, ingat!!perkara yang jelas bukan hal remeh!Contohnya saya boleh bagi pada YB kalau YB bengap sangat;

antaranya "Bantah@Bakar suratkhabar Melayu(UTUSAN,BH, METRO) kerana ada siarkan keputusan JUDI!".


Ini perkara jelas haram dan lebih malang suratkhabar yang pembacanya orang melayu islam. YB tak nampak ker?Kalu YB bantah hal ini saya rasa semua setuju.

Nasihat saya janganlah berhujah kalau ilmu tak cukup takut nanti umat keliru terutama anak-anak muda dan Islam difitnah dan tak sampai da'wahnya.

Wallah'alam.

Ahmad
Kulim

Anonymous said...

dia mai dah...siapa sebenarnya musang berbulu ayam zul...kau memang munafik besar lah...dah menang atas sokongan oarng mekayu pas...mula ddah nak tunjuk belang...woi zul nak habaq mai...kalau mung ni berjiwa PR kenapa tk hentam umno kenapa duk asyik hentam PR....mung ni pada zahir je PKR tetapi mung sebenarnya sudah umno kan aku tahu...kau tersalah isi sign borang umno depan loyal PR kan...kahkahkah zul jgn ingat kami golongan marhaen tak tahu...mung ni sebenarnya memang munafik besar mung memang umno makan tahi blk...celaka la mung ni...woi zul bila nak bg kuliah kat surau nurul imn AU3...aku k jumpa hang nk tgk siapa yg dayus...oooo kononnya mung sorang jelah pertahankan islam...TGNA,TGHH biarkanlah...woi zul...zaman BN memerintah kedah lama dh kerajaan bn mengharamkan perarakan maulidur rasul...kenapa mung tk g serang BN kedah nung ...mung memang celaka..celaka...celaka

maaf lah kalau mung terasa hati.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Assalamualaikim, YB Zul

Saya salah seorang petugas PAS semasa YB berkempen di Kulim pada piliharaya lepas, ketika itu saya terasa amat bangga dengan penampilan YB.Semasa berkempen dulu YB menampakkan seorang yang cukup faham tentang konsep Islam yang perlu digunakan dalam suasana masyarakat majmuk. Nampaknya perkara itu telah meleset, YB semakin riak dan takbur. YB lupa untuk berdakwah sebaliknya suka memburukkan orang lain dengan menggunakan ruang yang cukup sempit. Kenyataan-kenyataan yang tidak berlapik dengan pandangan-pandangan begitu bertentangan dengan Islam. Islam merupakan satu agama yang cukup universal, Islam tidak merendahkan seseorang hanya kerana dia seorang bukan Islam, sebaliknya Islam adalah pegangan hidup. Sepatutnya YB yang berpengetahuan luas tentang Islam, seharusnya berdakwah dan membetulkan apa jua kesalahan dengan berhemah dan tertib. Bukankah Islam mengajar kita sebagai umat manusia supaya memperlihatkan kecantikan dan keikhlasan Islam? Kita sebagai umat manusia harus melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. menangani sebarang isu dengan cukup lembut dan tertib tanpa melukakan pihak lawan atau sahabat. YB, saya mengharapkan agar YB sama-sama bermuhasabah diri untuk kebaikan semua umat manusia. Perjuangan kita bukan sekadar untuk mendapat populariti dunia tetapi untuk akhirat. Apa jua kesilapan dan tutur kata saya ini membuat YB terasa hati, saya pohon kemaafan. Ini semua adalah ikhlas dari saya untuk kebaikan kita semua. Firman Allah : "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah Al-Nahl Ayat 125)

Unknown said...

Assalamualaiku YB..

Saya merasa kecewa melihat seorang yg terpelajar spt YB tapi masih berfikiran sempit.

YB lantang mengkritik LGE dlm kes sambutan maulid tetapi menikus dlm kes yg sama apabila umno kedah semasa pemerintahannya juga telah mengambil langkah yg sama.

Sebagai seorg yg mahir dlm perundangan apakah suadara bersetuju dgn "double standard".

Begitu juga dlm konteks penggunaan nama Allah.Apakah dibolehkan seorang hamba mengenepikan apa yg telah digariskan oleh Islam dlm perkara yg dibenarkan utk berijtihad dan berbeza pandangan?

Garis panduan Islam adalah jelas memberi kebenaran kpd "yg layak" utk berijtihad dlm perkara tersebut.

Apabila ada kebenaran utk berijtihad bermaksud memberi ruang utk berbeza pendapat.

Apakah YB mendakwa lebih tahu dari Allah swt dlm hal ini?

Rujuklah kpd seberapa ramai para ulamak dan jgn hanya mengambil pandangan yg selari dgn kehendak sendiri.

Seperkara lagi jgn taksub dgn diri sendiri.Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan akan mendedahkan siapa musuhNya dan RasulNya melalui lisan mereka sendiri......wallahualam

ag said...

aisey zul,kalau ia pun nak kan habuan tu ta payahla cari dosa yg berganda2,keluar ajela,kau nak naya dsai sampai ke tahap ini,simpatila sikit kat kawan tu,kau presure nak suruh pkr buang kau sebab ada up lebih sikit ke?

just get out please,have some heart la bro.

Unknown said...

Sejarah sambutan maulid bermula apabila junjungan besar Muhammad saw dilahirkan di kota Makkah.

Semua org merasa kagum melihat bayi tersebut.

Salah seorang bapa saudara bayi itu yg bernama Abu Lahab telah mengendungnya dgn penuh kasih sayang.

Kemudian bayi tersebut dibawa berarak kejalan2 di kota Makkah dan seterusnya bertawaf dikeliling Ka'bah.Kemudian Abu Lahab menyembelih beberapa ekor unta utk menjamu org ramai sebagai tanda syukur atas kelahiran anak saudaranya yg bernama Muhammad saw.

Apakah kita hendak mengikut langkah2 Abu Lahab dgn perarakan dan dlm waktu yg sama menentang seruan baginda Rasulullah saw?

Minta tolong YB kemukakan nas dari Al Qur'an atau Hadis berkenaan perarakan ini.

anakwatan said...

patut la bila aku tengok profil si mangkuk YBanggang zulkifli ni tak dak langsung pendidikan dari mana2sekolah agama atau pondok mana2 tp bukan main pandai cakap pasai hukum,mana hang belajaq ha YB mangkuk.......! yg dok sokong dia pun sama jgak entah2 sembahyang jumaat pun tak pi pa,kalau pi pun mgkin tidoq masa khatib baca khutbah, mana ada hukum nabi suruh berarak masa sambutan maulidul rasul,kitab mana hangpa belajaq ni,padan la nabi dah pesan jgn dok ikut thagut macam YBanggang zulkifli ni sb dia ni jenis hak aku aku punya hak hampa pun aku punya jenis kemut harta benda yg dia tau nak balaih hak org ada la.bodo la sapa yg dk sokong dia ni sama2 tak mengaji.

harunn said...

Anak Watan , sungguh baiadap ko , kurang ajar betui ko

Golongan Tengah ! said...

kami menyokong penuh yb..teruskan..kami golongan non party melihat org 2 seperti anak watan & sewaktunya..adalah firaun2 kecil yg yb maksudkan...walaupun yb tidak maksudkan kpd meraka ..mereka lebih suka islam di pijak dan ditindas oleh bangsa kafir..mereka bukan duduk dlm status yb..yg lebih tahu...krn rakan2 yb ramai di sana penang !ni lah yg org buta hati bukan mata buta...celaka lah org seperti ni...kata org tentang islam mcam dia lebih tahu lebih psl islam..dato harun din x berani pulak nak mengutuk...jgn layan sgt org mcam ni yb...kami org islam non party akan tetap menyokong yb selagi yb mempertahankan islam mati pun kami sanggup mati....klu mati n darah yg mereka mahu...kami..sanggup ! sapa yg menghina islam menghina kami...!allah hu akbar..3x

horizon said...

wahhh...meriah betul blog yb zul ni semenjak 2 menjak ni....gerombolan dh mula hinggap di blog zul nordin ni...itu yg zul nordin suka..dpt populariti...zn kenapa ko tak cabar umno laksana undang2 islam? ko tak komen pulak tv3..yg dah sah sah tiap2 minggu tayang filem hindi papar pompuan menari separuh bogel...byk benda lagi ko boleh buat bising tapi ko saje je cari jalan supaya pkr sack ko pastu ko akan dapat simpati./

Golongan Tengah ! said...

anak watan aku sign masuk comment semata mata krn kau ! bahasa kau pd yb terlalu kasar..nasib baik lah yb tak terikut cara kau yg keji..!taubat lah anak watan jgn suka menghina org...org pertahankan islam pon..slah kau ni agama apa hahhh? aku doakan semoga allah memberi taufik hidayah kpd kau...agar kembali kpd jln islam amin..

Golongan Tengah ! said...

horizon..bila blog yb ramai komen kau susah hati bila..org ckp psl islam pon kau susah hati...kau alim sgt ker...aku tak lah alim mcam kau..tapi dlm sesuatu perkara aku setuju apa yb perkatakan..tv3..umno..kau ckp tu yg nik aziz jemput aris dtg kelantan x ckp pulak hehe..sama lah kau orang ni...! klu x suka tengok hindi movie..jgn tengok ..tv3 pasang bukan utk org melayu islam aje..kita ni di malaysia org india pun ada..kau ni anti kaum ker...!!

MaxxOrange said...

Dear Azam @ Don77, PKR support Interfaith commission? Where's your source? any proof maybe? What i understand is, PM Najib is thinking of it, for G1M agenda, yet it's still under consideration.
p/s: i have no proof,so i'm same as u. I can also say that U're a retarded man-gurl-person. Get it?
GET THE FACTS RIGHT~!

fauzi rashid said...

Sah..saudara adalah salah satu balaci UMNOBN untuk merampas Pinang.
Kemunafikan saudara kian terserlah kini. Dengan songkok belang dan muka majal saudara mengambarkan shit dalam diri saudara..
apakah pengetahuan islam saudara lebih dalam dari Nik Aziz, Hj Hadi dan DS Anwar?
mengapakah perkara sefuruk ini mahu dibesarkan sedangkan tindakan UMNOBN menghalang prosing mahkamah syariah terhadap kes DSAI saudara diamkan. Prinsip apakah yang saudara pegang? Kedegilan atau jadi alat.. benar kata DSAI beliau telah tersalah pilih dan saudara adalah salah seorang darinya...

Aiman said...

Halo YB,

Hidup YB bace utusan meloya dengan Berita hairan je ke?

Jangan jadi pencacai berita fasiq?

gozienz said...

YB seorang pelampau dan berpegang teguh kepada chavuinist kaum. Negara ini akan lebih aman tanpa pendapat pelampau dari YB. Saya harap YB jangga tungu di pecat dahula tetapi lebih baik mengundur diri dan mengosongkan kerusi parlimen.

MINDAMUDA said...

. MUTAKHIR NI KAMI ORG KBB AMAT KECEWA DENGAN SIKAP YANG DITUNJUKKAN OLEH SAUDARA. REKOD TURUN PANTAU KAWASAN JUGA AMAT TIDAK MEMUASKAN.RAMAI YANG DAH BERSUNGUT, MENYESAL, DAN MENYUMPAH AKAN KARENAH SAUDARA.MAKLUMAT YG KAMI DAPAT, DIKATAKAN SAUDARA PERNAH BUAT PERJANJIAN SULIT DENGAN AZIZ KADIAQ DAN SEBAGAI BALASAN ALASAN AZIZ KADIAQ TELAH MENARIK PETISYEN YG DIFAILKAN TERHADAP SAUDARA.MOHON SAUDARA PERJELASKAN ISU INI SUPAYA KAMI TIDAK TERTIPU DAN JUGA SAUDARA MUNGKIN TERHINDAR DARI FITNAH.KALAU SAUDARA DIAM, MUNGKIN KAMI PERCAYA AKAN ISU ITU.DAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR, HARAP SAUDARA KOSONGKAN KERUSI INI DAN KAMI TIDAK REDHA SEKIRANYA SAUDARA BERTINDAK SEBAGAI AHLI BEBAS.

Aiman said...

YB bace dok komen2 ni?

Anak Perelih said...

YB... Perlis tak pernah buat perarakan pun orang tak pernah gaduh... Daripada diadakan perarakan... lebih baik buat sambutan dengan majlis majlis ilmu.... pahala dapat... ilmu dapat, tak berpanas... dan tak buat pekara bid'ah...

BTW dalam surat yang kononnya membatalkan perarakan tu... ianya adalah daripada pengerusi jawatan kuasa amsbutan... bukan dari LGE pun... maksudnya, keputusan utk membatalkan perarakan adalah (kalau benar) dari jawatankuasa sambutan... LGE hanya dapat surat c.c. sahaja... sekadar dimaklumkan...

Nasrul Ikman Nerudin said...

apa yg YB dapat bila YB posting isu ni?

Bg saya YB lebih mengharukan keadaan dan tidak menghadapi isu ini dengan bijak...Tidak merujuk sahabat2 atau pimpinan atasan sebelum keluarkan kenyataan melainkan dengan nafsu emosi anda sendiri.

YB tidak fikir dengan matang thdp kesan bla YB keluarkan kenyataan sedemikian.

Semoga Allah membuka hati YB.

PenangLani said...

Aku masuk PKR @ PR diajar terbuka mengkritik pemimpin.

Pasalpa plak, x leh nak kritik kena kritik.

Lebih2 lagi LGE ni dah bebal.

Unknown said...

Salam YB.....apa dah jadi ? Apa2 masalah berbincanglah dengan kepimpinan....kan dah nama satu team..bersatulah....ni pegi hayun lagi....nak cakap sesuatu pun tgkla bukti dulu n kajiselidik siket....

Anonymous said...

Aku tak tau Zul ni Islam jati atau tidak

Saya tahu berapa tahu berapa perkara. Zul ni sanggup menyebabkan Khalid Samid, seorang muslim dipenjarakan dengan membuat polis report

Zul sanggup mencaci TGNA dengan menggatakan TGNA tu pengkhianat. You want proof, you can find it in any MSM & TV3

Aiyaa......If this is Islam propogated by Prophet Muhammad, God must be blind

Isa pernah berkata tentang orang2 macam ni. Berlagak nak tunjuk macam Iman tapi hatinya busuk.....I tak tau Zul tak takutkan Allah di akhirat

Bengkang said...

berhenti saja la,kau la rasis,kalau berani kerana benar,berhenti dan bertanding balik atas parti kerbau ke,lembu ke,apa apa saja la.
Kita tengok kalau rakyat pilih anda balik ke?
saya org kulim dah muak dgr nama engkau.educated konon,ahli politik jaga rakyat,bukan buat kacau.
kalau pengangan ugama kuat,jadi ulama atau ustaz,jgn masuk politik.

amir said...

apsai hg loklak ni yb?
wahhh...baru jd MP dah nk tunjuk terar hg niii....hg jgn buat lagu ni...dibenci rakyat nnt...
bwk2 la bincang dl dgn kwn2 dlm parti..

acah aje... said...

Nordin, aku tengok hang ni dah makin terok....

Hang ingat kalau hang masuk umno, hang akan diberi apa2 jawatan ka...

Jangan harap la...

Sedaq la diri hang tu ...

Hang tu tak penting langsong kpd PKR, hang keluaq dan masuk umno lagi baik.

Pi berambos lah Nordin.

aymofaz said...

salam, YB tahniah..kerana berani terus mempertahankan kepentingan islam dan bangsa melayu Malaysia. biarlah apa org nak kata, mereka kata mereka lebih islam dari org lain tapi sampai hari ni x nampak pun hasil melainkan asyik cari slah org, depan bukan islam bukan main tp bila dengan ogr islam yg tak sependapat mcm jumpa musuh untuk di bunuh pelik2. pemikiran jumud ini hasil dari taklid membuta sampai benda baik pun nampak jahat, nak pertikai ilmu org bukan dia pun dangkal..

aymofaz said...

salam, YB sebenarnya ramai org melayu diperingkat akar umbi mempunyai tekad seperti saudara YB...termasuk saya sendiri, ilam nombor 1, politik kemudian, tak kira umno pas atau pkr bukan parti jadi no satu bila isu agama serta sauada seislam di hina, saya lihat bagaimana pas sendiri pun mcm x tau nak tegur rakan dalam paklatan mcm mana nak kawal rakyat nanti, saya pergi ke ceramah pas di kuala langat..saya rasa kalau setakat org pas hina pm mungkin saya tak terasa sangat ni sampai biarkan orang bukan islam hina (dilakalangan penceramah pd mlm tersebut) ikut sama, saya pun hairan. kalau tak suka pm pun jgn lah sampai biarkan bukan islam turut sama hina, pm tu selagi dia islam tetap haram darahnya buat si kafir laknat...

Syazli Tahir said...

Kita perlukan orang yg berani macam YB ZN.
Walaupun arahan ini mungkin bukan dari YBLGE, tetapi setiap perkara yang berkaitan dgn Islam perlu kita perjuangkan.

YB, harap tabah menghadapi JK Disiplin PKR.. Teruskan lawan dan saya nk dengar apa hujah PKR dalam isu kalimah Allah ini.

PAS memang suka putar belit isu. Bagi PAS- bela babi, ternak babi, sentuh babi, jual babi TAK haram- cuma haram makan sahaja.

Anonymous said...

YB ...
china chauvinist ni adalah tinggalan mao tze dung dan lee kuan yew yang nak merampas negara ini. Mereka nilah anti islam dan membenci islam. Tapi salah besarnya pada PAS yang memberi muka dan keluar fatwa yang bukan bukan. Merekalah puak puak yang mengajar china chauvinist ni pasal Umar Abdul Aziz. Merekalah yang memusuhi UMNO yang seakidah tapi boleh berbaik dengan kafir harbi ni. Merekalah yang menghalal puak puak kafir ni membaca alquran. Saya tak salahkan siapa tapi salahkan PAS yang dah lari dari perjuangan islam sebenar yang sekarang ni swedang berebut jawatan ahli majlis dan berebut pasir diselangor.

Saya lebih suka PAS dahulu, walau pun hanya tinggal satu kerusi TGNA di parlimen tapi penghormatan kawan dan lawan amat mengkagumkan.

Sekarang PAS tak boleh diharapkan lagi dan saya pun dah tengok PAS sejijik melihtat parti UMNO.

Ya Allah datang kanlah jamaah yang boleh membela agama mu bukan PAS yang dan dimasuki oleh puaka puaka dunia ini!

Teruskan perjuangan YB demi Islam.
Allahuakbar!
Hancur PAS dan PKR puaka pengkhianat agama1

kadiology said...

waa ramai betul penyokong DAP yang fasih berbahasa melayu dan beragama Islam dalam blog ni.

selepas baca komen2 di sini aku simpulkan yang zulkifli ni memang tak islamik, dan berfikiran cetek, tidak tahu dan faham tentang islam. yanga tahu cakap bahasa ana ente sahaja.

yang islamik sebenarnya adalah DAP. DAP lah pejuang Islam sejagat. DAP jugak akan laksanakan hudud. kita semua Islam sebab terima hidayah dari DAP. masa kita mula2 lahir dulu, DAP lah yang azankan kat telinga kita. DAP yang imamkan kita tetiap jumaat. DAP lahh segala galanya. pendek kata, DAP jalan ke syurga. boleh buat sticker keter ni, tampal. lambang roket dengan perkataan 'Towards Islam' kat tepi tu.

BILLION TECH COM SERVICES said...

Salam Yb
DNAANM buat lawak lagi….. kali ni., lagi lawak…… mana taknya, ada ke patut beliau mencadangkan PAS dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua parti, lawak lawak…,memang lawak, baru sekarang NA sedar, baru sekarang nak ingat atau sekarang baru tau kot.., yang menubuhkan parti pas adalah ulama dari umno.., lawak betul , dalam umno pun ada ulama ya…? Teman rasa para ulama, ustad, dan ahli pas sendiri pun ramai yang tak tahu cerita lawak ni, pasti dema tak mau percaya punya. lebih lawak lagi…, ada ke patut beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang dikatakannya isu bermusim itu menjadi kenyataan.
Ha…ha….ha.. lawak, lawak, lawak… Teman ingat la... NA ni tak sedar kot.., apa yang dia cakap, kalau tak pun... dah nyanyuk.
Tapi kalau benar seperti yang dikata, sejuk jiwa teman. Alhamdulilah NA berjaya juga membuang sikap sombong, bongkak, ego serta keangkuhan yang telah menebal dalam jiwanya. Kalau hanya cakap kosong saja.., menang NA ni lidah bercabang, sebab 20 th dulu kata lain, 2 th sudah royak lain pulak, dua bulan lepas kata lain, 2 minggu lalu cakap lain, 2 hari lepas ngomong lain lagi, dua jam tadi cerita lain, la ni pun lain, esok tah apa pulak…? dari dulu sampai sekarang sama saja tak ada perubahan langsung. Yang sedihnya,
Orang yang macam ini ke selayaknya di panggil tuan guru, ulama, dan yang macam ni ke allah angkat sebagai wali…? Wallahhualam.

Yb., Teman sebenarnya rimas melihat situasi sekarang, hanya kerana kepentingan politik dan duniawi dengan mudah agama digadaikan. matalamat menghalalkan cara, itulah senario politik pakatan rakyat ketika ini. Apa yang heboh dicanang dipentas pentas ceramah, surau, dan masjid masjid diseluruh pelusok tanahair tidak sama dengan apa yang dibuat, tak dilaksanakan, tidak dikotakan,
mudah kata,cakap tak serupa bikin. Mungkin pengikut pengikut dema ni tak tahu kot perbezaan antara permata dan kaca antara tukang cat dan tukang pecat. Teman bukannya apa.., kalau tak tahu, bio teman khabokan. Permata disimpan ada harga Cho,kalau nyimpan kaca itu korje gile yop. Begitu juga tukang cat.., bagi berus dengan cat bangunan jadi cantik jadi egek, kata org perak..,Tapi tukang pecat sampai kesudah tak siap….. Abuk pun tarak, tapi kalangan dema dema ni 97% tukang pecat, itu la masaalahnya dengan Pas ni. Wassallam.

lah said...

Salam Tuan YB,

cerita rakyat marhean Kulim apa cerita yg lantik YB tu la ni.
Ni banyak cerita songgeh peribadi je...Mana t/jawab Yb tu..

Abu Aysar Ahmad Suhaili said...

YB Zul, anda mungkin lupa tugas anda sebagai ahli parlimen. Anda tidak seperti Saisudin Nasution yang sentiasa memberi hujah-hujah yang bernas. Anda, hanya sekadar mengangguk. Berdiri mengemukakan hujah, pernah ke YB. Mungkin anda menjadi penyokong kerajaan BN dalam pakatan pembangkang. Tolong jawab.

Dean Rayyan said...

aku rasa kau ni ada masalah

dulu aku sokong kau....tapi lately...letih gua layan lu

aku rasa kau belaja balik agama...kau punya background pun bukan agama

pakar agama(yg ada background agama) yg lain rilex je....kau yg lebih2

Musafir Kelana said...

wahai umat Islam!
Mari sama-sama kita menyambut maulud nabi di masjid/surau/madrasah/pondok/tempat lapang (lelaki&pompuan kena asing) dengan berQASIDAH dan berSELAWAT beramai-ramai.

Tak payah besarkan isu-isu. balik kpd yg original....

Anonymous said...

yb ni dah ade problem skit....

rem58 said...

memang smua orang akan melenting kalau kutuk PR, kalau kutuk BN boleh pulak. macamla LGE tu maksum,nak tegur sikit pun tak boleh. kamonla kawan2 seagama Islam, sbelum korang tuduh zul ni mcm2 aku nak tanya, korang expert sangat ke hal2 perundangan?? penah berbahas ke kat dewan negara/dewan rakyat? terus terang aku cakap, smua pemimpin pembangkang tak ada keberanian nak menegakkan Islam.semua kaki angguk.

aku tak pandang soal wajib atau sunat nya perarakan ni atau bida'ah,tapi lebih kepada..kalau dulu sekian lama boleh buat,kenapa skarang tak boleh buat!? apa alasan,patut kita cakap,"punya suka aku la,ini negara Islam.." sikit hari lagi,cuti nuzul Quran negeri Pulau Pinang nak ditarik balik.cuba cabar dia,jangan ada perarakan agama lain,ada bran? ini negara Islam,lain2 agama tak boleh berarak.mesti melenting..

sama macam kes penjaja2 kecil Melayu di Penang.kalau Melayu saja,semua tak boleh.kalau bangsa lain..alasannya,"kita sudah 30 taun oo duduk sini,apasal lu mau kacau?"

kalau kita cabar PAS suruh sebut nak dirikan negara Islam,konfem penyokong2 PR akan terkencing dalam seluar la tak boleh jawab.sebab pemimpin2 PAS malu nak cakap,takut hilang sokongan.

kebanyakan anak2 muda yang mendabik dada beragama Islam, dirikan solat dengan sempurna.tinggalkan perkara sia-sia seperti merokok.sedarlah,kita ditindas SECARA HALUS,saya ulang SECARA HALUS.

setakat baca harakah tu,xpayah tabik dada la.ada korang semua baca BLOG LIMKITSIANG????? baru korang tau betapa racistnya bangsa lain kat kita.lepakla dengan apek2 penang,ramai tak paham bahasa melayu,mcmana nak cakap melayu.

LANANG said...

Sesiapa yang masih dok meyebelahi LGE, yang dok kata UM buat fitnah, yang dok kata penafian LGE tu betoi, layari web kjaan negeri PP. Baca sendiri surat pembatalan bagi pekeliling yang tak bagi orang Islam berarak. Sapa yang tandatangan? Pecacai-pecacainya. Kelas tiga pulak tu.....

Unknown said...

yb..saya anak jati penang,segala yang yb katakan adalah benar sama sekali..yb usah gentar dgn komen2 dri melayu dayus yg menghina yb ini..saya dan penduduk penang khususnya melayu dan india dah muak dgn LGE ini.kami menyokong sepenuhnya dri belakang,saya bukan menyokong umno@pakatan tapi saya menyokong usaha yb menegakkan islam dan mempertahankan syariatnya..saya bangga teramat sangat kerana dalam zaman moden kini masih ada insan seperti yb yg berani mengambil risiko demi agama islam.org tidak berada ditempat yb jd org tidak tahu bagaimana keadaannya.assalamualaikum warahmatullah.ALLAH HUAKBAR.

Unknown said...

Seingat sayala, dulu PAS tak tahu nak menyebut perkataan "rasis", "bangsa tak kisah", dll. Tetapi sejak di"ajar" oleh chauvinist DAP, depa pandai betul mengucapkan perkataan-perkataan yang digemari oleh DAP ni. Saya pun setuju, saya lebih suka PAS yang dahulu. Walau tak banyak menang, tapi credibility ada.

CgLyn said...

Entahlah, kalau nampak macam bela bangsa dan agama sikit, mulalah dituduhnya UMNO, racis dan macam2 lagi. Sampaikan perarakan maulidur rasul yang sudah menjadi tradisi zaman berzaman pun dipertikaikan hukumnya semata2 menghalalkan tindakan LGE.

tobeng said...

Bila khalifah LGE mahu batalkan perarakan maulud,maka berduyun2lah pencacai2 politik matlamat menghalalkan cara mencari dalil2 dan hujah untuk membenarkan tindakan khalifah mereka.

Esok2 bila khalifah LGE mahu batalkan sambutan ma'al hijrah, nuzul qur'an dll saya yakin pencacai2 yang sama akan segera mencari dalil2 dan hujah2 baru untuk membenarkan tindakan pemimpin agung mereka ini.Paling tidak mereka akan recycle dalil dan hujah yang sama tentang hukum menyambut perayaan2 ini.Sampai begini dayusnya mentaliti pencacai.

Ketika Singapura mula2 terlepas dr Malaysia dulu,presiden pertamanya orang Melayu.Tapi itulah yang pertama dan terakhir Singapura berpresidenkan Melayu.Sekarang negara pulau itu sudah menjadi negara Cina sepenuhnya.Apa2 yang selain cina dan kecinaan cuma menjadi melukut di tepi gantang saja.Begitulah nasib negeri Melayu yang diperintah bukan Melayu tidak kira siapa yang memerintah sama ada pap,dap,gerakan,mca,mic,ppp,pcm atau makkal sakhti.

Melayu tak pernah mahu belajar dari sejarah..

Shade said...

Bagi Pakatan Rakyat soal berkaitan ugama pakar rujuk kita ialah:

1. Tuan Guru Nik Aziz
2. Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Terima sajalah apa yang disarankan oleh kedua2 Tuan Guru ini dan jangan jadi macam UMNO hanya pakai akal fikiran serta lojik sendiri yang pasti sesat lagi menyesatkan.

YB Zul ni hidup dalam alam sendiri yang akan menjadi sampah sarap PKR/PR yang perlu dibersihkan
dan dihumban keatas meja makan UMNO..kerana UMNO memang suka mengutip sampah2 sarap seperti YB.

Semasa YB bersama PKR/PR puluh ribuan penonton sanggup mendengar pidato YB...tapi percayalah bersama UMNO/BN/Bebas hanya puluhan saja yang akan mengikuti ceramah YB yang dihadiri penyokong UMNO yang dungu sambil menjebik bibir.

YB akan jadi kupang tembaga dan buah fikiran YB tidak lagi dipakai walau UMNO sekali pun.Ini telah berlaku kepada Ezam, Roslan Kassim, Nakhaei dan sampah2sarap yang lain.

anakwatan said...

bagus...bagus.....YB buat la fitnah byk2 kot2 ada habuan yg lembUMNO nak bg kat YB, saya kenai sgt ngan YB ni dari muda lg macam mana perangai YB ni mgkin org lain YB boleh kelentong tp ngan saya tak payah la nak buat cerita,saya kenai sgt kaum kerabat YB dan sedara2 YB depa lebih arif ttg YB,jgn susah hati YB nanti diakhirat YB standby la jawapan dihadapan ALLAH utk YB jawab diatas segala fitnah dan tohmahan yg YB buat,moga2 YB sukses dan seronok dgn apa yg telah YB lakukan,berTAUBATlah sebelum nyawa berpisah dgn badan.

ONEDROP said...

salam YB,
Saya rasa YB kena slow down sikit sebab nampak mcm lebih negatif dari positif...I'm one of your follower so I do observe.

kepada manbillion luang-luangkan masa cuti melawat TGNA dirumahnya
jgn hanya dpt info sekeliling...

Unknown said...

kes mcm nie slalu jadi masa audit. Apa nak heran. Bila yg diminta x ada masa tu la nak buat lain. Sama la mcm 12hb blogger dah sebarkan ttg pembatalan...tup-tup 13 hb keluaq satu pekeliling lg katakan x jadi batal. Pekeliling yg pertama dah kira muktamad la baru keluaq pekeliling. Benda mcm ni x jd surprise dah. Aku yg ada SRP je boleh pikiaq benda mcm ni. Malu rasanya kalau nak cover kesalahan mcm ni.

zkurnain70 said...

Harap YB tolong perjuang sama kat Perlis, Pahang, n Johor...negeri ni pun tak da perarakan tahun ni...ya. tolong YB bagi respon . jangan salahkan YB Guan Eng ja.

nikman said...

YB, hang keluar dari PKR je la. Org macam hang ni tak boleh duduk dlm mana2 parti pun. takda semangat setiakawan langsung. hang buat la parti sendiri. Hang lah presiden, hang lah setiausaha, hang lah ketua cawangan, hang lah ahli. hang sorg je lah dalam parti hang tu. hang pun senang, orang lain pun takyah nak layan sgt org macam hang ni.

Salam

ghafarb said...

salam yb,
kadang2 saya terfikir, kalau la Najib atau org UMNO yg bersetuju dgn isu penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain, isu pembatalan perarakan Maulidur Rasul, etc.. Agaknya, apa reaksi TGNA dan org2 PAS sekalian? Adakah nada mereka sama spt skrg? Atau adakah Najib akan dihentam dgn pelbagai cacian, hinaan, dsb?
Saya harap, kita org Islam takkan jual agama kita.. Jgn jadi bacul.. Jadi "ular"mak politik.. Cukup la tu..
YB, teruskan usaha YB.. InsyaAllah, akan dipermudahkan segalanya..

Supar Yop said...

Saya tengok kemelut dalam PR ni dalam PAS ada , dalam PKR dah memang parah.. tapi yg untung ialah DAP yg senyap2 menyusun strategi..Dia dah menang dlm kes arak d Selangor,menang dlm kes kalimah Allah ( krn dapat tarik PAS sehaluan dgn dia), dapat free2 maki hamun Islam sambil dibela oleh TGNA, dapat jadi Ustaz sementara dgn membaca surah Quran depan khalayak Islam, dapat gelaran Umar Abdul Aziz hasil ihsan PAS, dapat tanam agent2 dia dalam PAS ( Khalid Samad) PKR ( Zaid Ibrahim dan Raja Petra), menjemput God father diorang dari Singapura, Uncle Lee Kuan Yew utk minta nasihat dan dari situ melancarkan slogan baru - Middle Malaysian( tapi tetap bersmangat Malaysian Malaysia), melagakan melayu semua dgn kalimah Allah..Maka eloklah semua melayu dlm UMNO,PAS Keadilan dan yg atas pagar duduk bersama, lupakan fahaman politik masing2 dan bincang macamana nak selamatkan bangsa dan agama kita..

Anonymous said...

untuk renungan YB dan para komentar
Perlis, Johor dan Pahang - tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN hari ini mengumumkan negeri-negeri tersebut juga tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini. Perarakan Maulidur Rasul telah menjadi satu isu besar apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP dikatakan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini hingga menimbulkan banyak komen pedas dari beberapa orang kuat Umno termasuk Tun Pak Lah, Muhyidin Yasin dan Khairy Jamaludin (KJ).

Semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Saya sendiri pernah berkhidmat di Perlis selama beberapa tahun dan seingat saya tidak pernah perarakan Maulidur Rasul diadakan di negeri itu. Perarakan tidak diadakan di Perlis kerana ia dikatakan amalan bidaah dan ia digantikan dengan majlis wacana ilmu yang lazimnya diadakan di Dewan Wawasan, Kangar.

Nah, apa lagi yang jaguh-jaguh Umno nak perkatakan lepas ni apabila negeri-negeri di bawah BN juga tidak mengadakan perarakan? Saya rindukan komen KJ, saya rindukan komen bapa mertua KJ yang bernama Tun Pak Lah dan saya juga sangat-sangat rindukan komen Muhyidin Yasin mengenai isu Perlis, Johor dan Pahang tidak adakan perarakan Maulidur Rasul ini!!

muhasabahlah diri kita, adakah tindakan kita selama ini berlandaskan ajaran Islam sebenar. Jangan nanti orang bercakap pasal prinsip kita seperti ayam berkokok, ekor bergelumang najis
wallahhula alam

jenjaluk said...

pahang, johor dan perlis takde pulak kecoh pasal takde perarakan maulidur rasul....

bro, pergilah panggil MB depa cauvinis...kumpulkan guan eng sekali...baru best nak demo....

lu ni ikut nafsu la berkata...pakai akal la bro....Dato' Najib menunggumu di Putrajaya....pergi laaaa

Admin said...

apa yg YB buat x semuanya betul dan x semuanya salah. ttg perarakan maulidul rasul mmg x pernah dibuat oleh sahabat dan tabii'n dan tidak menjadi kesalahan pulak kalau kita tidak mengadakan perarakan seperti dihebohkan oleh media. tapi kepada semua yg bergama islam yg membaca komen saya ini...saya ingin mengingatkan bahwa "kita boleh bertolak ansur...ttp jgn sampai kita ditolak beransur-ansur"

oj2010 said...

YB dan kawan2 UMNO, nak tanya sikit..
1. Kalau kerajaan negeri PP tak buat perarakan Maulid Nabi, berdosa ke?
2. Ada 3 negeri UMNO, Pahang, Johor & Perlis khabarnya tidak akan buat perarakan tahun ni sama seperti PP (kalau betul PP tidak buat perarakan), cemana..nak buat bantahan juga ke.
3. PP sebelim Pakatan perintah telah beberapa tahun tak buat perarakan, tapi tak dengar YB dan kawan2 UMNO kita buat bantahan..tapi saya cadangkan u all buat bantahan back dated kat kerajaan PP dulu..bolehkan..

Atashi wa nihon no drama ga suki desu.... said...

http://anwaribrahimblog.com/2010/02/19/kes-disiplin-yb-zulkifli-nordin/

sy mintak encik nordin tolong baca ini artikel..lembaga displin cakap mereka tidak tahu menahu ttg encik nordin pergi ke korea dan mengatakan kepada encik ni lebih mementingkan urusan peribadi...

AWANG CONFUSED

anon11.55 said...

mmg takde dlm amalan zaman nabi nak berarak. Buat apa kita nak berarak? buang masa, buang tenaga...dah lah panas! yg sunnah pun tak buat, yg takde dlm sunnah pulak nk dibuat. jgn menyalak kuat sgt, salah pokok pulak tu. no need to symbolize la, just go to the mosque and buat ibadat.

Botez said...

wahai meLAYU...kamu sedarx selama ini isu keagamaan kita tiada siapa pun menyentuh atau menghalang .Hak agama islam...tetapi kini meLAYU Bodoh PKR & PAS sanggup menyokong DAP lakhnat mempermainkan keagamaan islam...cina gelak tgk ustat2 PAS & PKR menghentam Melayu...maluler..nak jaga poket&kuasa masing2...mana ustat2 PAS?x maluke agama kita dipermain2kan.Mana perjuangan PAS? ke dah lePAS..xPAS..ataupun hamPAS...

Unknown said...

Assalam'kum YB,

You're young and energetic and were born after Singapore left Malaysia.Let me tell you,DAP is a leftover party when Singapore left Malaysia, it changed PAP to DAP.Its ideology remains the same and similar to PAP.Those days they wasn't strong but still plays chauvinistic politics and attracted urban Chinese supports but never supports from rural Chinese what more from Malays and Indian. At that time they championed Malaysian Malaysia and partake campaign on Merdeka University for non-Malays esp Chinese. But never got through.Now as urban population grew and normally dominated by one particular ethnic group, DAP chauvinistic politics as they always do, have become an acceptance among the young anti establishment voters.So their egos getting bigger and demands are getting selfish and their Middle Malaysia getting dangerous. What causes it: Simple! Malays are weak and confused because our political Malays leaders are afraid of repercussions and selfish.And afraid that they might be labelled as racist. But what they (DAP) said on other hand is made in the name of justice, freedom of expression, transparency etc etc not racist.They have in fact cross the border of respect.

So stand up and compose yourselves in the of ALLAH regain what we Malays had lost 2 years ago.Insyallah they will be annihilated .

Amin.

assafdiyah said...

SAYA BENCI POLITIK... LIHAT LAH KERANA POLITIK AGAMA MENJADI MANGSA.. ORG KAFIR JUGA YANG MENANG... SEDIH

kadiology said...

kesian zulkifli. penat penat pejuang demi keadilan, tapi hanya kerana tak setuju berapa kerat benda dalam pakatan pembangkang, terus kena label totok UMNO. begitulah jugak orang yang lama dalam PKR, zaman namanya masih keADILan, ramai orang lama yang sokong anwar, lari meninggalkannya, lepas tu kena tuduh lembu UMNO. ini yang lim guan eng ajar, segala gala musibah yang melanda ke atasnya, salahkan UMNO. tukang pom pom pulak LGE adalah orang melayu. kesiannyaaa.

kalau LGE ada koh stu koon atau ong tee kiat, dia akan piih bangsa dia dulu over melayu totok dalam PKR. melayu plak dok mati matian sokong LGE walau pon dia pandang hangpa macam sampah. aku nak kesian atau nak panggil bodoh pon tak tahu dah mana satu.

betul la zakap zahrain, LGE ni berfikiran komunis, tak boleh tidak bersetuju langsung. kalau tak bersetuju, habeh kena cap totok UMNO, walau pon yang tak bersetuju tu ialah tan tee beng. bila la orang melayu ni nak bangun dari tidoq?

salji said...

Tiada perarakan Maulid, apa bukti baru menyalak?
Pemuda PAS Bukit Bendera

Persoalan, apakah Pengerusi Badan Anti IFC (Badai) dan lain lain NGO anti kerajaan Pakatan Rakyat pernah sertai perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang tahun sebelum ini? Ini jadi tanda tanya dan apa buktinya baru menyalak.

Rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan di Pulau Pinang.

Dari tahun 2003-2005, rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Pada tahun 2003, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan Maulidur Rasul.

Pada tahun 2004, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan.

Pada tahun 2005, sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan.

Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini Umno tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Exco Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidak mengajurkan perarakan Maulidur Rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut.

Ketua Menteri ketika di dalam satu ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri untuk ikut serta dalam perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan nanti.

Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun, itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan. Perasaan cinta dan kenal Rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir.

Tetapi yang menjadikan kita mencintai Rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.

Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan menganjurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Shameil Sirah selama dua hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muhamad karangan Imam Turmizi.

25 Feb: Bacaan surah Yaa Sin Masjid Negeri P.Pinang

26 Feb: Majlis Perhimpunan Ummah dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul.

27 Feb: Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang

28 Feb: Bacaan Kitab Sirah ( Pagi ) Masjid Negeri P.Pinang
.....................
botak mangkok

najib said...

Salam...
sudah-sudah YB ...
negeri Johor pun tak buat perarakan..
tak nak komen ke ??

fathuze said...

salam.. Pasal hal perarakan Maulidur Rasul ni aku cukup2 sedih baca komen dr YB ni.. sedangkan dlm ruangan komen ni sendiri telahpun dinyatakan

'Komen yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Terima Kasih.'

tetapi tuanpunye blog ni nmpknyer terlupa yg dia sendiri telah menyiarkan kata2 yg berunsurkan fitnah, hasutan dan perkauman

adakah perarakan Maulidur Rasul satu tuntutan wajib dalam agama Islam??

harap YB pikir2kan lah..

p/s: saya sbenarnyer mengagumi n meminati YB sejak dr kes kontroversi murtad yg telah YB pertahankan mati2an.. Namun smenjak YB menjd YB ni, saya agak kecewa dgn segala lontaran n komentar2 yg dikeluarkan oleh YB sendiri

SuperDzul said...

ape nak jadi ni,sanggup ke korang gadaikan maruah agame dan bangse dgn menyokong LGE?
suda,jangan dipkkan sgt politik,ingt bangse dn agame kite...

sedih bile tgk komen sesetengah org yg bermatian kate perarakan tuh x wajib,mmg la x wajib,tp kelahiran rasulullah tuh,jangan la persoalkan wajib ke x,pe salanye kite sambut dengan berarak dapat kenal umat2 islam yg laen..sambil tuh bole selawat skali...n kat uma bule wat amalan yg laen2 cam solat sunat,mengaji n laen2...

anakwatan said...

YB ZUL,kalau anda betoi2 pertahankan islam yg syumul ni tak byk yg saya nak minta cuma 2-3 perkara saja 1) pi bagi tau kat PM & menteri2 kabinet yg beragama islam suruh bini2 dan anak2 depa tutup aurat dulu 2)suruh menteri yg bertanggungjawab tutup semua kilang arak yg ada kat malaysia ni 3)tolong bg tau kat stesyen TV hapuskan @ kurangkan program2 hiburan di kaca TV yg membabitkan artis2 yg beragama islam yg dah makin melampau melebihi artis hollywood perangai depa.4) majukan kepada Kementerian kewangan agar hentikan memberi lesen2 judi kepada pusat2 judi.5)suruh jabatan agama tangkap @ denda kpd wanita2 islam yg berpakaian mejolok mata di khalayak ramai.6)majukan kpd KDN agar semua jabatan yg berkaitan dgn nya agar lebih serius ttg pengawalan kemasukan dadah ke malaysia. inilah yg patut saudara perjuangkan bukannya isu yg remeh spt penggunaan kalimah ALLAH @ perarakan maulidul rasul yg ada kepentingan peribadi sj.kita patut perjuangkan demi ummah semuanya. ayat dalam AL QURAN pun ada tertulis "jangan kamu hampiri zina" jadi saya mau YB berjuang dgn ikhlas utk menutup pintu2 kepada kemaksiatan yg dimonopoli oleh org melayu yg mengaku islam.