06 February 2010

KASIH SANG BURUNG

Burung betina ini tercedera setelah dilanggar kenderaan.

Temannya si Jantan datang membantu memberi makan

"Akhirnya kau pergi jua"

Si Jantan meratap kesedihan

Si Jantan menjerit menyuruh si Betina bangun

Selamat tinggal my sweetheart..

Salam 2 all.


Saya menerima email ini daripada sahabat saya Tuan Haji Mohd. Noor, seorang Chef internasional. Ia adalah gambar yang diambil oleh seorang jurugambar Perancis yang kebetulan melihat kejadian ini dan merakamkan detik-detik akhir burung walit betina, yang pemergiannya diratapi oleh temannya si Jantan.


Siapa kata haiwan tiada perasaan. Persitiwa yang dirakam ini jelas membuktikan bahawa si burung ini juga punya perasaan kasih sayang. Perasaan yang di anugerah oleh ALLAH kepada semua makhluk.


Tapi malangnya manusia hari ini sudah kehilangan perasaan kasih sayang ini. Kita mendengar berita anak menyembelih kepala bapa dan datuk-nenek serta adik kandungnya, kita mendengar anak menikam ibunya sendiri, kita mendengar bapa menghempas bayi kecilnya kedinding sehingga pecah kepala. kita mendengar bapa merogol anaknya sendiri, kita mendengar adik tetak kepala abang kerana berebut harta pusaka, kita mendengar ustadz meliwat pelajar sendiri, kita mendengar anak lelaki merogol ibu kandungnya, paling akhir seorang bayi lima bulan mati akibat deraan, termasuk disyaki diliwat oleh ahli keluarganya sendiri..dan yang paling malang mereka semua beragama Islam!! Dimana iman mereka. Islam mereka hanya tinggal di kad pengenalan, menjadi Muslim kulit bawang.


Semoga peristiwa saperti ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Ahad

22 Safar 1431

07 Februari 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Catatan Si Jurugambar


Emotion is a funny thing. We can feel it, sense it in others, or see it on people’s faces or in their body language. These images and the story they tell are a great example. Some people think animals aren’t capable of the complex emotions ascribed to the bird in these pictures.
These pictures are heartbreaking and I have no doubt that they are real. I’ve been observing birds for years. I’ve seen a crow return to her nest in a tall pine to discover that city tree trimmers destroyed it. I heard her scream in grief - the eeriest and saddest sound I’ve ever heard.
It really makes you wonder about some things. This is a true sign that all mammals have some sort of heart or soul. Mothers care for their young and will even die for them. A prime example of this is the Mockingbird. It will die to protect it’s young and I feel that it has a connection with this. It’s very sad…
Anyone who truly believes that animals dont have emotions doesnt know a thing about animals. They have their rituals and their own cultures and ways of communicating just like people do. They have families and they love. There has been many examples of this behavior. I think that some people need to believe that it is not true in order to feel superior to the animals, when in fact the quality that truly makes us superior is to recognize it and appreciate it and protect the animals vulnerable existance on this earth with.....
the most evil and dangerous animal of all.....MAN-KIND!!!

13 comments:

EAGLE said...

Yb, kalau semua mempunyai fikiran dan pandangan serta perasaan seperti apa yang di paparkan, maka apa yang berlaku kepada AI tidak akan berlaku. Amat memalukan umat Islam dan seluruh negara.
Apakah akan menjadi satu kewajiban bahawa penentangan yang lebih besar akan berlaku demi menyelamatkan negara ini sekira nya sekadar blogging dan demonstrasi hanya di pooh,,,poohkan olih yang berkuasa?
Hanya masa akan menentukan kerana apabila gelombang kebangkitan rakyat berlaku maka tidak ada kuasa di dunia yang akan dapat menahan nya, hanya ALLAH yang berkuasa akan menentukan.
Pilih lah kehancuran atau pun kedamaian. Rakyat Malaysia perlu bertindak dan rakyat memerlukan pimpinan!!! Bagaimana saudara? Jangan dok ingat burung kedidi sahaja!!!!!!!!

cikgunikmie said...

Salam YB,

Saya tertarik dgn artikel dan tulisan YB. Baru-baru ini saya amat terkejut dengan satu laporan pengkaji dari UUM yang menyatakan 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Saya pernah mencadangkan di Laman Web 1 Malaysia milik YAB PM agar kerajaan melalui JKM mengambil langkah proaktif mengesan mereka yang bermasalah mental terutamanya yang sering kita jumpa di jalanan agar ditempatkan di pusat jagaan atau pemulihan dengan kendalian pakar/ dr khas. Jika kerajaan mampu menyalurkan peruntukan untuk penagih dadah, kenapa tidak membantu golongan ini yang mungkin dapat di pulihkan. Tidak hairan lah banyak kes pembunuhan, menetak isteri dsbnya berlaku kerana angka 3 juta itu amat besar pada pandangan saya.

Saya juga memohon/mencadagkan YB di persidangan Dewan Rakyat penggal akan datang membawa isu ini, agar satu perancangan di ambil mengangani masalah ini.

Wsalam TQ
Cikgunikmie@gmail.com

Anonymous said...

Salam YB,
Rukun Islam adalah nyawa kita, rukun iman makanan kita, rukun negara usaha kita. Semua ini adalah amanah yg d letakkan kpd kita olih Allah SWT dan olih kita sendiri sebagai hambanya & rakyat negara ini. Orang lain tak tau la, tapi sebagai seorang yg mengaku Islam itu pegangan, apa susah sgt ka nak pikul? Apa depa ingat Allah SWT berikan Quran&Hadis tu pd kita FREE ka !
Syabas YB, teruskan usaha jaga amanah-amanah tersebut.

Panglima Perang Cyber said...

Salam YB.

Antara punca penyakit mental pada pandangan saya ialah apabila urusan mentadbir negara bagi meningkatkan kebajikan rakyat diganggu oleh manusia yang pentingkan kerjaya politik dirinya sahaja berbanding kepentingan rakyat yang sangat mendesak.

sepatutnya kita tidak lagi bermain politik selepas PRU dan masa sekarang ialah untuk meningkatkan perkhidmatan yang berkesan kepada semua rakyat yang telah memberi sokongan dan undi kepada kita.

Akhirnya rakyat melihat kecelaruan di depan mata mereka dan hasil tekanan hidup yang masih di takuk yang lama menjadikan fikiran tidak lagi waras sehingga mereka sudah tidak dapat lagi membezakan antara yang rasional dan tidak.

Tidak kira tindakan mereka itu melibatkan keluarga, masyarakat atau terhadap Raja kita sekalipun.

Contoh dengan berbaring di hadapan kereta Raja Perak semata mata untuk menghalang dari memasuki DUN Perak tahun lepas.

Termasuk juga kes sidang bawah pokok di Perak.

Adakah pemimpin politik kita masih lagi sanggup melihat keadaan penuh kecelaruan ini berterusan dan menjadi semakin teruk ?

Pagi ini saya sangat terharu melihat Perdana Menteri meninjau Kg Baru dan saya melihat inilah contoh seorang pemimpin yang patut diikuti contohnya oleh sekelian YB YB yang lain.

sekadar pandangan 1sen untuk semua..


terima kasih.

Unknown said...

i know where u r heading wt this article...goodbye my friend..sayonara.selamat berjuang dgn gerombolan.terimala azab nya nanti.

ariff55 said...

catatan si jurugambar

"This is a true sign that all mammals have some sort of heart or soul."

sakit mental? sebenarnya sakit hati nurani yang miskin ilmu dan amal

ada ilmu tak amal
ada yang beramal tanpa ilmu

muslim kulit bawang sebenarnya tidak beri perhatian kpd ilmu dan amal tasawuf bagi menghidupkan hati nurani supaya beramal saolah-olah melihat ALLAH atau merasakan ALLAH melihat

IHSAN itu MURAQABAH+MUSYAHADAH
perlu kembali kepada ilmu dan amal menyeluruh (kaffaah) syariatnya+hakikatnya+marifatnya
seimbang tauhid hukum tasawwufdantarekat

baru hidup ilmu dan amal hablum minallah dan hablum minanas

semata-mata hukum masih tidak seimbang

ulama dahulu (kitab turas) semuanya membawa keseimbangan dlm ilmu dan amal mereka

hati nurani suci sakit mental tercegah

politik yg membawa kesimbangan ini MANA satu?DAP

JEY JEY said...

Assalamualaikum YB,

Photo ini sungguh bermakna.Kita lihat hari ini hanya binatang saja mempunyai kasih sayang yang ikhlas sesama mereka.Manusia pula tidak lagi ikhlas dalam memberi kasih sayang.Manusia berkasih sayang dengan mempunyai maksud dan agenda tertentu.Jika sebarang kepentingan peribadi maka ketika itu tiada lagi kasih sayang yang dicurah.Samada kasih sayang sesama uda dan dara mau pun kawan biasa. Yang paling malangnya ialah kasih sayang sesama islam sekarang sudah tiada lagi.Kini umat islam berpecah seribu.Bertelagah sesama sendiri hingga membawa kebencian dan dendam kesumat yang seolah tiada akan ada akhirnya.Atau mungkin umat islam kini hanya menunggu Allah menghentikan dengan cara seperti di Ambon atau yang terbaru di Haiti ?
Kepada YB, sebagai pemimpin (pada hemat saya) antara yang hebat kerana mempunyai pendirian yang tetap,jelas dan tegas,saya berharap YB tabah didalam perjuangan YB.Saya berharap YB jangan lemah semangat dan teruskan perjuangan murni yang YB bawa selama ini.Dugaan yang sedang YB harungi kini adalah gelombang biasa dan bukannya tsunami.Saya yakin YB tidak keseorangan dalam hal ini...

lah said...

Salam Tuan,

saya telah terlanjur copy bahan baik ni.. mohon maaf.

lah said...

Salam Tuan,
Inilah natijah bila manusia meninggalkan Allah dalam hidupnya.

superLaRaT said...

Assalamualaikum YB,

Bagaimana Big Boss YB? Adakah beliau juga boleh dikategorikan sebagai antara insan yg telah hilang kasih sayang sesama umat Islam.YB Khaled Samad (seteru YB)?...mungkin antara yg telah hilang kasih sayang sesama umat dan mungkin sesama keluarganya. Beliau lebih mementingkan politik..dan saya harap saudara YB juga tidak tergolong dikalangan mereka (yg penuh kepura-puraan).

Mungkin burung itu tidak pandai berpura-pura...tapi tidak manusia...

Jika Big Boss YB bernasib seperti burung betina itu, saya harap saudara YB tidak jadi seperti burung jantan..membuat bising di jalanan, membuat huru-hara hingga menyusahkan org lain..mungkin tuhan sudah menentukan nasibnya begitu..

aku dr amin said...

burung pun pandai berkasih sayang. inikan pula manusia

Haziq Al-Fateh said...

Salam, saya menonton rancangan soal jawab bersama YB semalam. Apa yg saya dpt simpulkan YB seorg yg mempunyai prinsip.

Saya harap YB teruskan perjuangan YB dan tak perlu cari publisiti dgn keluar parti atau masuk UMNO cthnya.

Saya suka dgn pendirian tegas YB dan selamat berjuang !

pedu said...

Salam YB,

Nampaknya mata dan hati YB masih tertutup..semoga Allah memberi petunjuk kepada YB untuk berhenti menyokong ketua yg sebahagian dpd agenda Zionist.