03 February 2010

POLITIK DURJANA!

Salam 2 all.

Sekali lagi Firaun-Firaun Kecil menjalankan agenda jahat mereka membawa dakyah kononnya saya akan keluar daripada PKR hari ini. Berita tersebar luas di Malaysiakini hari ini dengan tajuk besar saya akan keluar PKR hari ini.

Dalam keadaan mereka menutup mulut saya dan tidak dibenarkan bercakap sepatahpun, tetapi mereka terus menerus melanyak saya tanpa henti; walaupun saya mengambil pendirian menghormati arahan parti dengan tidak membuat sebarang kenyataan yang berkaitan. Ternyata Firaun-Firaun Kecil ini jenis manusia yang hipokrit dan putar alam.

Mereka menjerit-jerit minta hak bersuara, hak mempertahankan diri apabila terkena batang hidung mereka. Tetapi bila kena pada orang lain, segala hak asasi manusia, segala hak bersuara, segala hak membela diri dicampak dengan mudah kedalam longkang.

Ini adalah berita palsu yang dimainkan oleh Firaun-Firaun Kecil yang makin desperado apabila melihat konspirasi jahat mereka tidak menjadi baru-baru ini. Kini mereka mula mengejar bayangan mereka sendiri. Malah mereka makin gerun apabila beberapa orang wakil rakyat dan pimpinan lantang bersuara. YB Datuk Seri Zahrain, YB Tan Tee Beng, Yang Berhormat Goh Burne, YB Azan Ismail dan beberapa orang lagi sudah mula menyatakan pendirian yang jelas tidak disenangi oleh Firaun-Firaun Kecil ini. Mereka ingatkan saya bersendirian, rupanya ramai lagi. Dan saya ingin memberi amaran kepada mereka, jumlah ini akan menjadi ramai. Dan tidak lama lagi Firaun-Firaun Kecil ini tahu tinggi rendah langit ini.

Kepada sahabat dan rakan yang setia bersama saya, termia kasih dan jazakallah. Ingatlah pesan ALLAH, "wamakaruu wamakarallah..wallah hu khoirul maakiriin-mereka membuat tipudaya, dan ALLAH juga mengadakan tipu dayaNya, dan tipudaya ALLAH mengatasi segalanya". Insyallah dengan keimanan yang amntap dan istiqomah, kita akan dapat mengharungi segala fitnah dan mehnah ini dengan petunjuk dan hidayah ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
18 Safar 1431
03 Februari 2010

*************************************************************
(Petikan lapuran MalaysiaKini bertarikh 03.02.2010)

Zul Noordin: I'd quit PKR today
Rahmah Ghazali Feb 3, 10 12:22PM
EXCLUSIVE 'My love for Islam exceeds my love and respect for Anwar (Ibrahim), and I cannot compromise on this,' explains the embattled PKR politician. [VIDEO INSIDE]

37 comments:

hamsor said...

macammana terer firaun kecil,
tak boleh kalahkan MAHAFIRAUN..

harunn said...

Salam Yb Zul

Boleh bagitahu siapa dia firaun2 tu , bagi saya la itu bukan firaun kecil lagi , itu memang firaun haram jadah

La ni baru Yb nak tersedaq ya , benda ni memang dah lama Yb , siapa yang bangkitkan bab agama Islam dan melayu akan kena la

sebab apa malaun2 ni tak senang kalau kita nak berjuang untuk Islam serta bangsa melayu

pendek kata , tak boleh sebut langsung perkataan Islam dan melayu tu dalam pkr kalau sebut ini la jadinya

kena hentam , kena tekan malah kena halau pun ada

Saya sokong Pas dulu , tapi Pas la ni agak lain sikit , mana tak lainnya , dulu bermati-matian nak tubuhkan negara Islam , la ni tak boleh nak cakap kalau bab Islam atau hudud , takut nanti khalifah2 dari pkr dan dap terasa

mau tak mau , diam2 je la

Muaz Hadi said...

saya baru datang dari Malaysiakini untuk pastikan khabar itu. rupa2nya propaganda sahaja. aduhh letih hati dan jiwa bila baca dan dengar pasal politik skrg. Mudah-mudahan saudara istiqamah dalam perjuangan dan mementingkan yang lebih penting dan aula. doa saya untuk saudara Zulkifli

Anonymous said...

Saya ingat YB tinggalkan saja PKR - ianya bukan landasan yang sesuai bagi YB.

Unknown said...

Assalamualaikum YB, gembira yg amat sgt krn YB adalah salah seorg yg sgt kuat mempertahankan Islam dari dijijak oleh mrk2 yg pentingkan tembolok dari Allah. kejadian2 sebegini meningkatkan lagi keimanan dan kesedaran saya agar jgn lupa diri ttg Allah SWT. minta tumpang lalu nak komen sikit, boleh ya.

hamsor said...
macammana terer firaun kecil,
tak boleh kalahkan MAHAFIRAUN.

hamsor, pepatah ada mengatakan - kecil2 jadi kawan sudah besar dia melawan. budak2 pun tak akan kecil selama2nya akan membesar juga. oleh itu kita kenalah berwaspada selalu dan dlm kes mengenai hak Islam sepatutnya tiada kompromi langsung. jgn cakap mcm tong kosong aje tapi natijahnya habuk pun tarak.

Terima kasih YB.

- Hantu Siber -

Sha said...

Saya memang tak heran langsung nak baca Malaysiakini. Tak membangunkan minda langsung. tak habis2 cerita menghentam orang sana sini macamla negara ni takde keje lain nak baca hal scandal ahli politik je. bosan lah.

Memang lumrah politik ni kalau takde fitnah dan yang difitnah tak sah... tak politik namanya.

nak tak nak, telan je la YB. its the risk that comes along being a public figure especially when one is as vocal as you.

Pendukung Islam said...

Salam YB Zul,

Kalau benar saudara nak keluar PKR maka ia akan menjadi kehilangan besar kpd PKR. Saya tak nampak mana-mana MP PKR yg berani mempertahankan Islam kecuali saudara.

Sekiranya YB Zul keluar parti, PKR pasti akan kehilangan besar sokongan org Melayu di Bandar Baharu Kulim khasnya dan Kedah amnya.

Saya tak rasa PAS boleh menerima YB Zul sebab saudara terlalu lantang. Beberapa pemimpin PAS pasti rasa tergugat jika YB Zul diterima masuk PAS.

Barangkali YB Zul boleh tubuh parti baru - Parti Cinta Islam.

thisiswhoiam said...

Asmkm YB,
Saya amat berharap YB tetap memperjuangkan agama islam dalam perjuangan YB & janganlah menjadi seperti saudara2 kita dlm PKR yg mengaku islam tetapi sanggu menggadaikan agama demi politik.
Saya doakan YB terus berjaya.

pemanduteksi said...

masih belum cukup korum lagi kot. tu sebab tak nak kuar PKR lagi..!

Atak Kau said...

hahahaahaha...padan muka ko Zul. Pati yang ko dokong, orang yang ko sanjung semunya dah mula melemparkan taik kemuka ko tu. Tu la. lain kali busuk hati lagi dengan sesama bangsa. Keadilan kunun. Pirrrraaaaahhh.

Supar Yop said...

Untuk pengetahuan para pejuang jihadul muslim, para pendakwah, dai2, graduan2 Al Azhar yg kecewa kononnya cara ZN tak bertamaddun, kasar, tak layak jadi pendakwah sebab dia lulusan guaman.. yg setuju nama Allah dikomersialkan ..kita dah tengok gambar2 gereja dipanggil rumah Allah dan macam2 lagi contoh yg nyata dan jelas, tapi buat2 buta, di sini saya ambil ayat2 dari 1 email yg sy terima tentang status halal di Indonesia

"Kat Indon lagi best. Ada mi segera 50% halal. Apsal 50% je? Sebab mi tu perisa ayam babi. Ayam tu mungkin halal (sembelih tang mana?), babi tu kompem haram.. so 50% halal lah. Kah kah kah...

( ADA GAMBAR KEPALA BABI DI SINI TAPI MALANG SAYA TAK DAPAT DOWNLOADKAN, MUNKIN ADA ANTARA TUAN/PUAN DAH TERIMA EMAIL TU)

Ni lagi best. Claim halal tapi ada kepala babi depan tu. Haji Naquib tu sape plak eh? Hehe..

Tujuan sy menarik email itu ke sini untuk memberitahu ini lah padahnya bila penyelewengan dibiarkan, bukan sj pada nama Allah, kawin campur , malah hingga ke status halal pun dah tercemar..

Nanti bila diorang dah dapat nama Allah ( korang juga yg sokong) esok dia mintak logo halal pada makanan dia.. nanti bab zakat
pun dia claim..

Ingat, kalau kita bab akidah tak boleh campur2 nak masuk Islam mesti 100%, tapi bagi kristian diorang tak kisah, pagi Islam malam kristian pun boleh, tambah petang jadi hindu pun boleh, janji ada sikit unsur kristian dah menyerap masuk tu dah kira bagus dah..Maka jadilah akidah umat Islam ada yg bercampur baur macam status halal makanan mereka - 50% Islam ,50% kristian.
Bagi kafir2 Malaysiakini, inilah liberal yg sangat mereka restui, tapi bagi sy , maknanya peranan ulamak2 di sana , persantren yg cukup banyak tidak mampu mencegah gejala 50:50 ini.Mereka sudah gagal menjalankan dakwah mereka, jadi jgn kita pula mengimpot kegagalan mereka ke sini dan lagi teruk kita bermatian2 mempertahankan gejala ini dgn segala tafsir quran dan hadis nak bagi benda tu jadi boleh apatah lagi demi meraih undi politik..

Satria Asia said...

"I'd quit PKR today"
"I'd" = I would.
Would is a modal verb in English and has many uses which I will not go into at the moment. One of the uses is in a conditional or an imaginary statement. So in the above 'if' as a condition would follow the statement. For instance: "I'd quit PKR today if I am not allowed to talk about religion."
Nowhere does the headline imply that you 'will' quit. And 'will' is a definite statement.
So I hope this will clear things up and that you will not go on a diatribe about Malaysiakini.

Haziq Al-Fateh said...

apa yg YB rasa terbaik utk YB, itu la keputusannya...

IES Agencies said...

YB Zul biasa lah Anwar ni memang politik durjana

dalam mahkamah pun masih dok politik durjana gak

dia kata semuanya tipu tapi mintak perbicaraan tertutup, malu kata dia

nak malau apa kalau orang lain yang menipu

bukan kamu yang menipu

ke apa yang saiful kata tu betul

memang password nya mokhtar dan memang dia tanya boleh main ke tidak

I do wonder why Anwar thinks the 'fabricated' evidence would embarrass him or his family

since when is a lie told about you embarrassing

read it http://marahku.blogspot.com/2010/02/why-is-lie-embarrassing.html

Anonymous said...

Saya berharap apabila Pakatan Rakyat boleh mentadbir Kerajaan Persekutuan kelak, PR kenna gubal undang2 untuk membenarkan ahli2 parlimen ataupun adun2 meletak jawatan bertanding semula. Bahkan kenna ada satu anti hopping law

Zul,
Kalau engkau betul2 beriman & sayang akan AI, letak jawatan sebagai ahli parlimen Kulim Baharu. Kalau tidak, kamu memang tiada maruah
I don't think you have the guts. Just like the Pharises, look good outside but rotten inside. Crazy thing is there are idoits are supporting.
Just like Hisham Rais. Ada orang berlagak nak jadi Iman tapi sudah buat deal. Betul kah Zul

ESA ABD SAMAD said...

Kepada looes74...jangan harap Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan persekutuan. Mentadbir 4 negeripun dah huru-hara. Kat Penang, MP/ADUN PR berkelahi sesama sendiri, kat Perak, 3 lompat parti samp terbalik yang memerintah, kat Selangor, berlambak isu panas...ayat awak tu, 'kalau engkau betul2 beriman & sayang akan AI'....sepatutnya awak kagum dgn pendirian Zul..konsisten menyokong dan mendokongi PR tapi tegas dalam pendirian. Orang mcm Zul berprinsip dan satu dalam sejuta di negara kita, baik dlm BN mahupun PR. Mempertahankan prinsip, keimanan, lbh dpd kepartian, kepuakan, ketaksuban. Sedangkan Rasulullah dan sahabat tidak pernah mengajar ketaksuban...Saidina Umar pernah menghukum anaknya sendiri yang bersalah.

Anonymous said...

salam
Tahniah YB,
Kuatkan keazaman dan semangat,parti nie just benda sampingan jer but yg penting perjuangan kita untuk menegakkan Islam tu sebenarnya.Teruskan usaha YB untuk memartabatkan Islam di Mesia nie.
Rabbuna Maak!!!

hamsor said...

terus live from mahkamah tinggi Putrajaya...

hakim: apa bukti atas pertuduhan?

pendakwa: kami akan membukti kan kami ada cukup bukti termasuk hasil ujian dna, laporan doktor, laporan kimia & bukti dokumentasi. terdapat kesan air mani tertuduh tertinggal didalam dubur mangsa (saifool)!

hakim: apa benar tertuduh telah merogol anda?

saifool: ya.

hakim: bila?

saifool: 26 haribulan yang arif.

hakim: bila laporan polis dibuat?

saifool: 28 haribulan setelah mendapat pekenan si najis?

hakim: bila pemeriksaan doktor dibuat?

saifool: sebelah petang 28 selepas membuat laporan polis.

hakim: bagaimana kamu boleh mengekalkan (mengandungkan) air mani mangsa untuk selama lebih 2 hari didalam dubur kamu?

saifool: saya kemut yang arif.

hakim: kamu tidak basuh?

saifool: tidak.

hakim: tidak mandi?

saifool: tidak juga yang arif.

hakim: jadi kamu tidak ketandas, tidak basuh & tidak mandi selama lebih 2 hari?

saifool: benar yang arif. saya buat begitu untuk mengekalkan bukti dna yang arif.

karpal singh: yang arif, nampaknya perbicaraan ini melibatkan edegan 18sx & saya mohon perbicaraan dijalankan secara tertutup.

hakim: baiklah. perbicaraan ditangguhkan ke esok pagi.

sekian laporan terus live dari mahkamah tinggi Putrajaya.

anakkulim said...

Salam perjuangan YB
Adakah YB masih ingin bersama golongan2 firaun ini.Bebaskan diri YB,jangan termasuk golongan2 firaun juga.Ketua segala firaun sedang berperang kat mahkamah...tapi hairan pula,nak tutup buat apa pula...biar rakyat semua tahu segalanya...kami mahu kebenaran saja...

hamsor said...

YB,

Aku baru masuk blog umno.

Bahasanya melambangkan fitnah berleluasa.

Gambar adunannya juga gambaran fitnah berleluasa.

Jenis manusia apakah mereka itu.

Siapakah parpukari?

Mukminkah dia?

Aku semakin keliru dengan perjuangan umno membela Islam.

Jelas, tidak!!

Mereka bukan memperjuangkan Islam.
Mereka adalah pembawa fitnah.

Local Fighter said...

Salam YB Kulim/Bndr Baharu,

Jika YB menggelarkan Malaysiakini sebagai salah satu firaun kecil, saya bersetuju kerana ia alat propaganda anti-Islam/melayu..

berita dan cara melapornya sangat meragukan dan tidak adil.

tetapi siapa pendokong Malysiakini ini jika tidak boss YB dan sekutu-sekutunya?

Penolakan YB bukan sahaja di peringkat nasional tetapi pada peringkat cabang dan ranting PKR di kawasan Parlimen YB sendiri.

Dalam kes ini saya simpati pada YB kerana juak-juak opurtunis ini sudah mula menunjukkan kepalanya, moga-moga dpt menggantikan tempat YB pada pilihanraya akan datang!

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!

Kenapa YB berasa begitu terasing dan terhimpit kini?

Cuba lihat artikel2 YB sebelum ini. Bila sentuh pasal UMNO dan BN mulalah YB gelar sebagai Be End dan kutuk seteruk-teruknya sedangkan parti pemerintah itu tidak pernah membuat khianat kepada YB dan keluarga.

Tidak pernah pun meruntuhkan gerai orang Melayu miskin seperti DAP buat di Penang sekarang..

Tidak pernah menidakkan hak anak yatim dalam YBK seperti di Selangor..

Tidak pernah berhasrat mengharamkan tadika PASTI milik Pas walaupun Tadika Kemas dianiaya oleh Pas..

Jika kerajaan BN zalim sangat saya pasti PASTI akan ditutup di negeri2 pentadbiran BN. Tetapi lihat di Kedah, Selangor dan Perak (masa Nizar), tadika Kemas dikunci. Adil kah itu?

Maka penghinaan dan sikap jelek YB kepada BN dan UMNO perlu dihentikan. Janganlah terlampau mengikut gaya dan peel boss YB itu.

Kutuk dan caci bekas majikannya sendiri sedangkan dahulu disitulah dia mendapat sumber rezeki untuk anak bini dia!

mitchell said...

Greetings of peace be upon you and your family, YB.
The decision lies within you, in today's society, ppl with principles are hard to come by. If you believe and stick to your principles, it would make you a better man, given the fact that you may not be a YB anymore, but it would still be right thing to do.
God bless

kita anak melayu said...

Blogger Unspinners fitnah Anwar, baca di SINI
ataku klik http://kitaanakmelayu.blogspot.com/2010/02/blog-unspinners-fitnah-anwar.html

kadok said...

Salam,
Saya tidak tahu apa yang ada dalam hati saudara, tetapi kadangkala tindak-tanduk kita menunjukkan apa yang ada dalam diri kita.
Kalau buruk di luar begitu la buruk di dalam.
Kalau elok di luar elok la di dalam kecuali dia itu sorang munafikun.
Hayati la perkara tersebut.

Unknown said...

Zambry: Pakatan misguided about democracy

Feb 3, 10 11:04pm

Barisan Nasional Perak Menteri Besar Zambry Abdul Kadir said the opposition were the ones who lacked understanding of democracy by questioning his proposal that 2 opposition state assemblymen vacate their seats for by-elections to be held in their constituencies.


NOTE:
Democracy..??? Which version..??? BN version equal to Saddam's Democracy, while PR version is Perakian Democracy. As for Dumbry, it's only a fraction ikan bilis of 1Malaysia Nasi Lemak promoted by Barang Naik govt. We Perakian never ever endorse usurping govt. and its agents.

AND

Hamidah should go back to selling Nasi Lemak or working in her kitchen since she admits she does not have the calibre to be a MB much so a State Assembly person . She only knows how to issue racial outbursts about Indians being snakes.

ONEDROP said...

Salam YB,
Lega bila dengar penjelasan YB.
Walaupun kita berlainan pendapat dan politik yang penting kita sesama ISLAM...
No worry there is still YOUNG MAN that LOVE ISLAM SO MUCH to support you....

kepada Pendukung Islam saya pun ada terfikir tentang parti baru mcm cadangan saudara PCI tapi
ramai ke org ISLAM yg nak menyokong? dlm FB semua yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH pon org ISLAM juga.

kepada Atak Kau- saudara terlebih bangsa,cuba kurangkan dan lebihkan ISLAM sebab Nabi bukan bangsa melayu.

Al Qadri said...

Salam YB, saya rasa YB tak sesuai menyertai mana-mana parti politik ataupun pertubuhan sebab YB kurang faham adab berjemaah, saya cadangkan YB bergerak sendirian dan boleh hantam semua pihak dalam apa-apa isu yang YB rasa tak kena dengan pemikiran dan hati YB.

Wassalam

Andalusia said...

Salam YB,

Pada saya elok lah YB keluar dari PKR. Kalau x berkenan dengan UMNO, masuk lah Parti Bebas. PKR dari dulu cakap tak serupa bikin & suka berlagak. Dia org jer yg betul .. orang lain semua salah. Kalau tak sewaktu dgn dia orang maka mula lah kutuk & caci sakan .. macam la dia org ni x pernah buat salah.

----------------------------------

Kepada Hamsor,

Hang tulih .. " Aku semakin keliru dengan perjuangan umno membela Islam. Jelas, tidak!! Mereka bukan memperjuangkan Islam. Mereka adalah pembawa fitnah "

Komen aku - aku rasa hang ni tidok lama sangat sampai tak sedaq apa berlaku keliling. Cuba la bukak minda & kepala otak hang tu luas-luas. Jangan dok fikir semua org Islam ni tak tahu nak bezakan antara yg buruk & elok.. dan juga yg salah & betul. Aku rasa hang sebenarnya yg memfitnah UMNO .. dosa besaq tu ..!

the indie story said...

JANGAN SESEKALI KAMU KELAUR PKR SEHINGGA KAMU DISINGKIRKAN ZUL. NANTI MEREKA BERASA HEBAT DAN BERJAYA MELAKSANAKAN MISI.

PEJUANG BIASANYA DISINGKIRKAN. IKUT CARA ANWAR OK.

Anonymous said...

ESA,
Apa kata Khir Toyol sebelum 308? Cuba tengok Hansard Selangor. Khir Toyol kata dia mau zero opposition. Dan apa terjadi?

Esa,
Mengapakah orang2 macam Zul bertelagah? Ini kerana UMNO takut dia akan kalah. Zul ni memang sudah buat deal punya. Kalau tidak, macam mana UMNO tak sue dia

Esa,
Bacalah artikel Hisham Rais. Jangan jadi melayu boelh. Dan jangan memperbodohkan orang2 terutamanya melayu sendiri.

Use your Brain! Use your brain lah

hamsor said...

I heard Saiful's exhaust pipe clean and it was not clogged so from where they got the cement and I was wondering Saiful have not bathe and wash his exhaust pipe after the tread action on the bed. Saiful sudah cuci lu punya exhaust kah atau belum, pasal mukin itu cement tak cukup, itu Government mahu angkat lagi untuk double comfirm. jaga-jaga jangan sampai you punya exhaust haus atau hakis

hamsor said...

Did the members of the court & entourage visit the unit @ 5th Floor? Was the 'crime' committed @ the master bedroom? Is the room visible from outside when the windows/curtains are open. Is the room already bright in the day? Yesterday Saiful mentioned ...."He (Saiful) said Anwar then drew the room curtains and switched off the lights" ........ HELLO KAWAN, IT WAS IN THE AFTERNOON, ON THE 5TH FLOOR OF THE CONDO. THE STATEMENT UTTERED MEANT THAT PRIOR TO SAIFUL COMING OUT OF THE BATHROOM INTO THE ROOM, IT WAS PITCH DARK OUTSIDE AND THUS THE ROOMLIGHTS (IT IS PLURAL) WERE ON PRIOR. ANWAR DREW THE CURTAINS SO THAT NO ONE OUTSIDE COULD SEE INTO THE 5TH FLOOR. AND ALL THIS SUPPOSEDLY SODOMY ACTIVITY TOOK PLACE FROM 3PM TO 4PM!!! WAS IT DURING AN ECLIPSE? Is this script from a 3rd grade drama minggu ini episode? OR WAS IT FROM A THIRD CLASS BOLLYWOOD SERIAL PROVIDED BY 'GURUJI'? THE WHOLE TRIAL SHOULD BE EXPUNGED FROM YESTERDAY. PACK OF BLATANT LIES. ENOUGH...... THE WHOLE WORLD IS WATCHING.

ESA ABD SAMAD said...

loose74,
Saya tak suka bertengkar dengan kamu atau sesiapa. Benar, kita kena guna otak tetapi dalam Islam kita juga harus mengaplikasi wahyu dan hadis sebagai pedoman akal...jgn jd manusia liberal yg hanya guna BRAIN tak guna IMAN. Renungi ayat 11, surah Al-Hujarat sebelum saudara terus melabel org lain begitu begini:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan.....janganlah kamu saling mencela satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk..." Sayapun memang tidak menyokong sesetengah dasar Khir Toyo...tetapi berdosa kita menganggap Zul sebagai bersekongkol dengan UMNO. Jauhi fitnah, mengadu domba kerana Allah amat membenci. Jika sdr guna BRAIN sekalipun, berfikir secara rasional, dengan hati yang bersih...renungi fakta dalam blog Zul mengapa beliau menentang penggunaan nama Allah. Org guna BRAIN bercakap berdasarkan isu bkn emosi tak menentu. Sy cdgkan sdr ikuti kursus berfikir kritis/kreatif...ramai tok guru di negara kita...antaranya Prof Abdullah Hasan dan Ainon...ha ha ha

Rahimi said...

Ada org bertanya betulkah anwar meliwat, saya jawab kalau anwar boleh menghalalkan murtad apakan pula meliwat. Murtad boleh menjatuhkan aqidah boleh terkeluar dari islam, meliwat berdosa besar masih dlm islam. Fikirlah sendiri.

JEY JEY said...

Assalamualaikum YB.

1.Saya adalah salah seorang dari golongan orang Melayu Islam yang sudah meluat dengan dunia politik kerana bukan politik itu kotor, tetapi pemain politik itu yang kotor.Kami kecewa dan sudah tidak percaya lagi pada politik semasa.

2.Golongan sejenis saya ini terlalu ramai bilangannya.Kami benci pada UMNO,kami was-was pada PKR dan kami hanya ada PAS tempat kami berharap tetapi malangnya di sana kekuatan mereka bergantung kepada keuatan Mursyidul Am iaitu TG Nik Abdul Aziz.Bayangkan apa akan jadi jika TG berehat kelak..?

3.Sejak perkara yang menimpa YB berlaku.Saya harap apa pun terjadi YB akan tetap meneruskan perjuangan membawa mesej Islam.Selama ini YB telah banyak berjuang menyedarkan umat Islam dari lena dan mimpi hingga tak sedar serangan dari pihak luar terhadap akidah umat Islam.Mungkin YB terkilan kerana berasa keseorangan dalam perjuangan ini. Memanglah wajar tetapi janganlah sampai YB lari dari perjuangan kerana kami memerlukan pemimpin seperti YB.Masalahnya sekarang YB umpama bernasyid di pentas rock mungkin tidak kena antara vokal dengan rentak muziknya.

3.Di pendekkan cerita,saya cadangkan YB fikir dan buat kajian untuk tubuhkan platform baru bersama "pejuang yang senada" dengan YB. Mereka sekarang mungkin ada dalam PAS,dalam PKR dan mungkin ramai didalam UMNO.Saya yakin kesatuan pejuang ini akan membawa perubahan besar dalam politik orang Melayu Islam dan mengembalikan keyakinan golongan seperti kami untuk bersama semula dalam politik.

4.Hanya satu harapan saya,jangan diulangi kesilapan orang terdahulu,mahu membersihkan tong najis dengan cara terjun kedalamnya..itu mustahil terjadi.Jangan kotorkan diri anda yang bersih itu..biarkan tong itu hancur dan musnah ditelan masa...Wassalam.

Alshams said...

YB sidir org dgn Firaun kecil dan adakah YB sebagus Musa kecil pula?

Fikir fikirkan lah YB

opisboi said...

pelakun politik terbaik malaysia.....