18 January 2011

TAHNIAH RapidKL

(Bas khas "Wanita Sahaja" disediakan oleh RapidKL diwaktu puncak mendapat sambutan hangat golongan wanita. Tahniah!)

Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan RapidKL yang telah membuat keputusan menyediakan bas khas untuk wanita sahaja, khususnya diwaktu puncak.

Sebenarnya keluhan golongan wanita, khususnya yang bekerja mengenai masalah yang dihadapi mereka bila menggunakan pengangkutan awam terutamanya waktu puncak sudah lama kedengaran. Malahan teman sendiri menerima banyak aduan, termasuk oleh pekerja-pekerja wanita yang menghadiri kuliah-kuliah zohor teman dibeberapa pejabat saperti bank, syarikat konglomerat, agensi kerajaan, GLCs dan lain-lain.

Ramai yang mengadu diraba, atau dicabul sewaktu menaiki pengangkutan awam terutamanya diwaktu puncak. Cuba bayang kalau yang kena itu adalah isteri atau anak-anak perempuan kita. Ini bukan sahaja soal hukum Islam, tetapi juga soal akhlak dan ketamaddunan kemanusiaan. Isu ini melangkaui agama, apatah lagi politik.

Sebenarnya teman sendiri secara peribadi telah beberapa kali membangkitkan isu ini samada ketika mengemukakan soalan Parlimen, usul ataupun ketika berbahas. Alhamdulillah KTMB telahpun melaksanakan koc khas wanita ini bagi perkhidmatan antara bandar dan komuter.

Kini alhamdulillah langkah RapidKL ini juga menuruti langkah yang dilaksanakan oleh KTMB bagi perkhidmatan koc antarabandar dan juga perkhidmatan komuter. Teman berharap pihak Syarikat Prasarana yang mengendalikan sistem LRT (Putra & Star) akan menurut langkah yang membawa kebaikan kepada kaum wanita ini. Insyallah teman akan mengambil tindakan susulan menulis dan/ atau berjumpa dengan pihak pengurusan Syarikat Prasarana (ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Darat) untuk tindakan sewajarnya diambil.

Apa pun, tahniah kepada RapidKL! Bravo amigos. Adios.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Safar 1432
18 Januari 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran mukadepan akhbar The STAR hari ini 18.01.2011)

KUALA LUMPUR: Eight more routes have been added to the women-only Rapid Lady Bus.

The service, which was launched in December by RapidKL with seven routes, now has 15 routes in the Klang Valley.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, who launched the additional routes, said the service was useful for women, senior citizens and the disabled.

“Some women find it uncomfortable travelling during peak hours so we are giving them a choice of the ladies-only bus,” she said at the Ministry’s 10th anniversary celebration at the Putra World Trade Centre (PWTC) yesterday.

RapidKL Bus chief operating officer Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain said based on the first trial run, 92% of 1,400 respondents supported the concept while 94% of them wanted the bus routes extended.

The Rapid Lady Bus has two services at 6.45am and 7.30am and at 6pm and 6.45pm daily.

The eight new routes are Taman Jasa Utama to Medan Pasar, Pandan Indah to Maybank Puduraya, Damai Perdana to Bukit Bintang, Taman Medan to Pasar Seni, Taman Sentosa to Pasar Seni, Bandar Utama to KL Sentral, Taman Dato Senu to Pasar Seni and Kelana Jaya LRT station to Subang Parade via Sunway Pyramid.

1 comment:

tapai said...

YB,bukan Suruhanjaya Perkhidmatan Darat..Tapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)...hehehe