21 June 2010

ARAK HALAL?


(Gambar hiasan semata-mata menunjukkan pesta arak di Piala Dunia 2010)

Salam 2 all.

Dewan Rakyat hari ini dikejutkan dengan kenyataan mengenai "fatwa" (sebenarnya kenyataan) yang dikeluarkan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19.11.1992 mengenai lesen arak di Kelantan. Menurut YB Wee Choo Keong, YAB Menteri Besar Kelantan membuat kenyataan saperti berikut:

"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya".

Dua tahun selepas itu, iaitu pada 26.11.1994, semasa timbul isu mereka yang mengkritik pengeluaran lesen arak di Kelantan dan pengambilan hasil cukai arak oleh Kerajaan Kelantan, YAB menjawab,

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?".

Mengikut statistik, sebanyak 40 lesen arak telah dikeluarkan di Kelantan setakat ini.

Dan kita semua tahu, arak itu adalah "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat!!

Persoalan yang ditimbulkan dalam Dewan Rakyat ialah, kalau hasil arak boleh diambil dan digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk pembangunan, mengapa hasil cukai judi tidak boleh diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk tujuan yang sama?

Dan persoalan kedua yang dibangkitkan, mengapa Pakatan Rakyat membantah pelesenan judi bola dan pengambilan hasilnya oleh Kerajaan Pusat sedangkan lesen arak dibenarkan dan hasil cukainya diambil dan digunakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat?

Persoalan-persoalan diatas menimbulkan persepsi bahawa Pakatan Rakyat mengamalkan sikap double standard. Untuk Pakatan Rakyat boleh, tapi orang lain tak boleh! Untuk mereka halal, untuk orang lain haram!

Apa yang mengejutkan saya, semasa isu dibangkitkan oleh YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju), ada dikalangan badut-badut ingusan berkata "arak lain, judi lain"!? Ada yang lagi teruk mengatakan "arak dihalalkan oleh agama lain, tapi judi diharamkan!?".

Pada saya, arak dan judi sama sahaja hukumnya haram. Malahan arak lebih serius kerana ianya "ummul qoba-is"-ibu segala maksiat. Samada judi atau arak, kerajaan pusat atau negeri sepatutnya mengambil langkah menghapuskannya samasekal, bukan memperlesenkannya. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Saya telah mengambil pendirian jelas dan tegas dalam isu lesen pertaruhan bola ini. Bagi saya, memperlesenkan pertaruhan bola ini tidak sepatutnya dibenarkan.

Sukan tidak sepatutnya menjadi bahan pertaruhan. Sukan adalah sukan.

Tanggungjawab Kerajaan, pusat atau negeri, bukan memperlesenkan judi atau arak, tetapi hendaklah ianya dibenteras. Memperlesenkan judibola atau arak samalah dengan menggalakkan aktiviti judi dan arak.

Kelak nanti satu hari sukan bola akan dikaitkan dengan judi, sama saperti sukan lumba kuda. Sedangkan riadhah berkuda adalah sunnah Rasulullah!

Begitu jugalah arak. Arak ini ibu segala maksiat. Memperlesenkan arak samalah dengan menggalakkan peminuman arak. Kalau peminum arak dikalangan bukan Islam nak minum, biarkan mereka minum dirumah mereka,atau ditempat persendirian mereka. Kita (maksudnya orang Islam) tidak boleh menghalang bukan Islam minum arak, dan kita tidak sepatutnya mengambil keuntungan atau hasil kewangan daripadanya. 

Disinilah maksud saya apa juga pendirian atau wadah politik kita, Islam mesti didahulukan. Kalau sesuatu itu bercanggah dengan Islam, ia tetap bercanggah tidak kira di wadah mana kita berada. Kita mesti berani menyatakan yang haram itu haram, yang halal itu halal. Satu aqidah pelbagai wadah. Inilah namanya istiqomah. Sebab itu kita berdoa "aamantu billah, summastaqim". Aku beriman dengan ALLAH, dan aku beristiqomah.

Yang paling saya kesal sudah muncul segelintir suara-suara sumbang yang mencari alasan dan justifikasi untuk menyatakan hasil arak itu halal, tapi hasil judi itu haram. Siap dengan beralaskan ayat quran dan sunnah. Astaghfirullah, ramai yang mengurut dada mendengar pak-pak janggoat ini mempermain-mainkan agamanya.

Sebab itu saya menyeru kepada diri saya dan semua pejuang dan aktivitis Islam marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kita boleh berada dipelbagai wadah, tetapi biarlah satu aqidah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Rejab 1431
21 Jun 2010

22 comments:

myklik said...

sheh, judi bola mcm mana sheh?...xmau komen ka?...diam saja...

Ali Zaidan said...

Arak dibenarkan oleh agama lain. Contohnya, arak digunakan dalam upacara sesetengah agama. Sebab itu arak tak boleh diharamkan secara total. Yang boleh ialah kawalan.

Judi pula diharamkan dalam semua agama. Jesteru itu tidak wujud sebarang keperluan untuk kerajaan Islam membenarkan aktiviti judi atas dasar kebebasan beragama.

Hairanlah. Takkan ini pun YB tak boleh faham? Mudah saja ni.

KangNasir said...

salam tksh perkongsian.
pandangan saya terdapat dalam blog juga fb.

Ahmad said...

YB ni belajar agama sampai al-azhar juga ker sampai nak pertikai apa yang org yg berilmu dlm soal agama nak berikan hukum dlm Islam? Adakah YB juga nak pertikaikan tentang fatwa Yusof Qardawi yg membolehkan duit hasil arak digunakan utk sesetengah perkara

kadang2 kesian tgk YB yg seolah2 hanya tahu soal agama dr beberapa sudut sahaja sedangkan dlm Islam sendiri terbahagi kpd beberapa mazhab, dan mazhab2 ini juag berlainan

adakah kalau ada org yg berlainan mazhab dgn YB pun YB akan kata mereka tidak Islam?

saya nasihatkan, kalau betul2 YB nak bincang soal hukum lebih baik YB sambung belajar dekat universiti al-azhar

MIMIE said...

betul..
saya rasa bila semua orang sibuk carik kesalahan orang lain...sibuk buktikan diri sendiri lebih mulia...
mereka hilang fokus

Rusdhi said...

belajar sampai Al-Azhar bukanlah tiket utk seseorang mengatakan pandangan dia lebih jumhur dari org lain. beginilah retorik pembangkang nak tunjuk hanya dia yang betul.:P

Mlatkovic said...

Setuju dgn hang Ahmad...
Tapi tak payah la pi belajaq jauh2...
pi belajaq kat Pondok kat kampung aku pun baguih gak...
Kita sama2 doa la Encik Zul nie terbuka hati pi sambung blajaq kt Pondok...
Saya siap offer tolong nk register Encik Zul lagi...

Jangan jadi mcm Astora Jabat dah le....

wallahualam...

Jen Ir Dr said...

Komen yang menarik..
tp..semuanya komen kerana taksub pada tok tok janggut ni.. walau apa sekalipun yang diaorg katakan..korang akan tetap ikut shj hatta menghalalkan benda yang haram..
adakah orang yang keluar dr Al Azhar semuanya sempurna?
maksudnya orang yang tak belajar kt Al Azhar ni tak sempurna la ilmu dan juga agamanya?
tp bila ada org yang belajar kt Al Azhar tp tak ikut telunjuk Tok Tok Janggut.. dikatakan yang mereka tu sesat?
Dh memang jelas yang judi dgn arak tu haram.. walau apa jenis kaedah sekalipun.. ianya tetap haram..
selama ni berteriak yang kerajaan persekutuan membenarkan menjual arak..tp bila Pok Nik yang cakap boleh.. terus plak semua kata boleh.. ulama apa ni?

Irfan said...

betul gak tu Jen Ir Dr,

teringat sebelum PR amik alih selangor,beriya2 benar nak tutup kilang arak sebelah Federal,tapi now ok lah kot,pok nik pun kate ok,so tu yang masih gah disitu agaknya..
erm..dalam Islam ade ke pengasingan hukum antara JUDI dan ARAK? mungkin ade?

Abu Izzah At-Tualanji said...

Ngaji di Azhar dgn yang tak mengaji mestile ngaji di Azhar cerdik lagi bab agama ni.
Mana ada haram org bukan Islam minum arak. Cukai dia halal le.
Judi haram untuk org Islam dan terlarang untuk bukan Islam.
Mengaji feqah le woi. Setakat ngaji undang2 tak faham punya. Nak masuk Azhar tentu tak layak. Cari tok guru mana2 ngaji kitab perukunan pun Insyaallah jumpa.

Mlatkovic said...

Rushdi & Jen Ir Dr..

Azhar memang tak menjamin seseorang tu jumhur atau lebih pandai dari orang lain...
tapi tempat yg kaya dengan Ilmu..
tak caya? hangpa pg blajaq sana 2-3 tahun..

at least org yg pg blajaq kt Azhar tu ada gak usaha dia nk tambah kan Ilmu Akhirat...nanti blk malaysia boleh diaorg sampai kan kt kita...

Janggut tu sunnah... jgn pertikaikan nya.... Malah mazhab Shafei mengharamkan kita mencukurnya... tau ke tak tau??
Takut ke tengok org berjanggut atau tok janggut?? tak pun penyakit Islamphobia cam kt US tu dh jangkit kt orang Malaysia?? sedih...sedih..

Dalam Islam ada Qias & Khilaf.
Duit Shubahah atau pun duit yang haram nie kena guna utk kemudahan orang ramai, mcm tandas awam ke...jalanraya ke....
malaih la nk terang panjang2...
Pg la register kt Pondok Pak Ya, pastu ajak Encik Zul nie sekali....

mhchent said...

Ni la orang melayu gaduh pasal halal dan haram.....cukai tu boleh cukai ni tak boleh.....kalau dulu bising2 pasai jumlah rakaat ntuk solat tarawikh sekarang bising2 pasai arak dan judi....dahlah kalau nak duit sangat banyak lagi benda yang bolih dicukai...mengaji kat Al-Azhar lagi cerdik dari ngaji kat tempat lain...ingatlah ilmu tu dari Allah...tak kira kat mana kita belajar...tempat baguih pun kalau orangnya cetek ....cetek jugok lah ia....heheeh ayah marah ke ...jangan marah nanti semua harta tergadai.......dah tergadai pun kat bangsa asing...takpe.....hok samo rato hehehehhe

Mohamed said...

Assalamualaikum

yg dok hentam suruh orang pi al azhar tu dah dpt ijazah dari al azhar ke?

memang al azhar universiti yg terbaik utk belajar Islam tapi adakah al azhar satu2nya U/tempat mendalami Islam?

fahamkan topik & isinya dari sudut ilmiah Islam bukan politik ingusan.

kembalilah pd al Quran & hadith bila nak buat/komen sesuatu. debatlah cara ilmiah.

"ambillah dari Ku manasik kamu" Muhammad S.A.W.

Rusdhi said...

saper kata arak 'halal' utk bukan islam? saper kata judi 'haram' utk bukan islam? bagi 'fatwa' ah chong cket?:P

Amir Khurairah said...

Pelik,

Bila tok guru dikritik, penyokong punya melatah, macam tok guru ni MAKSUM sangat. Orang lain semua tak pandai.

Confused aku. Kata Umngok ambik Islam separuh2. Ambik bab sembahyang tapi tak nak bab hudud. Bab ni macam mana pulak? Judi haram tapi arak boleh?

Aku masih ingat masa dgr tazkirah di surau kota damansara. Ustaz tu cerita masa dia berceramah di satu tempat pasal bab arak ni, dia perasan ada seorang lelaki India turut dengar dari pintu pagar masjid. Lepas habis, lelaki India tu dtg jumpa ustaz ni, kata bagus sangatlah kalau arak ni takde kat Malaysia ni. Bangsa dia boleh jadi makmur, takde lagi yg ketagih arak. Tapi pemimpin Islam sendiri yg BERAT nak hapuskan arak atas sebab FULUS.

Ntahla. Mintakla ummah yg cerdik pandai agama ni bermuzakarah walaupun beza pendapat. Kalau kritik dan komen pun tak boleh, mmg susahla nak selesai.

zasss said...

Siapa kata dalam agama selain Islam,judi 'haram' seluruhnya?Atau arak 'halal' seluruhnya dlm agama selain Islam?

Nak tahu pasal agama lain,ngajilah agama lain,bukan suruh masuk agama lain ya.Masuk al-azhar pun tak tentu boleh faham hukum-hakam agama lain.

Nak mudah haramkan saja baik arak mahupun judi seluruhnya atau benarkan dalam jumlah yg sangat terhad dengan pengawalan yg sangat ketat.Bukan sekejap halal sekejap haram ikut kepentingan politik.

Oh ya,judi 'halal' bukan tak ada(dalam agama lain)contoh seperti loteri kebajikan masyarakat.Tak caya tanya tok2 sami,paderi jangan tanya tok2 imam biarpun lulusan azhar.Tak payah jumpa,talipon saja,kalau takut nak call cuba google nanti boleh jumpa 'keharusan' judi dalam agama lain ;).

Kalau aku jadi pemerintah,aku haramkan semua yg haram dalam Islam,habis cerita,nak ikut ikut,taknak ikut aku tangkap hehehe

de'shasz wedding boutique said...

Pemuda Umno - Syabas YB Zul, kerana telah keluar daripada PR, moga dgn status BEBAS anda ini, dapat menegur parti pemerintah yang makin kalut sekarang, TAPI INGAT, JIKA ANDA KHIANAT, LAKNAT ALLAH TERHADAP ANDA. Kami Percaya Anda Tidak Di Beli, namun Allah lebih mengetahui sebaliknya.

de'shasz wedding boutique said...

PR berjanji pada manifestonya Kilang Arak akan ditutup sekiranya berjaya menawan Putrajaya, kerana bidang kuasa untuk menutup penuh semua Kilang tersebut boleh dijalankan bila memerintah, Jual Arak x menjadi kesalahan, sy suggestkan, kemuskilan agama boleh merujuk kepada Dr Asri Mantah Mufti Perlis diwebsitenya - drmaza.com

syed mohammad said...

saya sangat bersetuju dengan ali zaidan, TGNA ada pendekatan yang munasabah dan ada hikmahnya, jelas sekali YB ni syok sendiri. Hang Pi tanya TGNA mcmna dia handle. La ni Yb makin popular masuk TV31/4. kalau nak marah ngan TGNA marah dulu govt yang perintah federal dulu sapa bagi kedu2 lesen. YB YB mcm burumgkakatua la

chabeng said...

orang ngaji kat azhar halalkan cukai daripada arak ke?Negara islam Zaman Rasulullah mcm tu ke?Saya ngaji kt pondok kampong je.Jgn terlalu bermain politik dah le....

boy max said...

salam...
xhabis2 lg..yg tukang komen 2 ilmu dh cukup ke siap nk hntr org lain dan tlg register lg??uhhu..jgn taksub sgt dgn politik...baik taksub dgn agama lg bgus...kira bagus la die blh blaja smpai Al Azhar..hampa semua mcm mn?? hahha..ada akai pikir la semula..jgn pikir mcm bdk kecik..pasal judi..PM dah kata bnda 2 x diluluskan..yg korg dok kecoh2 lg wt apa??away hampa semua tension sbb xde modal ke taw xdapat nk berjudi sekali..kt klntn..nik aziz blh plk kuar fatwa kejap blh kejap xblh isu arak ni?? aku pon naik confius..s'gor plk makin bertambah kedai judi dgn arak?? apa cer??? baik korg maju kan sama2 bangsa dr dduk bergaduh sama lain..apa korg dpt??haha..kata Tun M..."melayu mudah lupa" bila ssh minta tlg org..bila senang??

hana syakira said...

salam...bagus la kalau anda semua berniat nak mempertahankan agama. tapi, jangan disebabkan politik, kita saja je dapat dosa free. maksud saya, jangan la panggil orang dengan panggilan yang x disukainya. panggil orang Tok Janggut la, burung kakak tua la. berdosa tau.
lagi satu, artikel kat atas tu ditulis untuk sampaikan ilmu. cuba baca dan fahami secara ilmiah. jangan pandangan kita dikaburi oleh politik yang kita sokong sangat. apa yang paling penting bukanlah parti politik yang kita sokong, tapi agama yang kita anuti.kalau nak memberi pendapat sekalipun, berilah secara berhikmah. hormatilah tuan punya blog, walau siapa pun dia.
ingat, kita semua bersaudara. bagaimana kita nak tegakkan hukum Allah kalau kita semua tak bersatu?