30 June 2010

TAWARAN KERJA!


Salam 2 all.

Alhamdulillah saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha hotel tempatan yang berminat menawarkan pekerjaan kepada lulusan pengajian Islam daripada apa juga jurusan samada syariah, usuluddin dan lain-lain.

Hotel ini mempunyai beberapa rangkaian dalam negara dan lebih menjurus kepada "syariah compliance", iaitu antara hotel yang sedang berusaha untuk melaksanakan pengurusan hotel menurut prinsip-prinsip syariah.

Oleh itu, pengurusan hotel tersebut sangat berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan lulusan pengajian Islam dengan jawatan eksekutif bagi bahagian pemasaran, pengurusan dan pentadbiran hotel tersebut. Kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga diberi keutamaan. Walaupun keutamaan akan diberi kepada lulusan daripada luarnegara (saperti Syria, Yemen, Jordan dan lain-lain), namun graduan lulusan dalam negeri yang fasih berbahasa 'Arab juga akan dipertimbangkan.

Bagi mereka yang berminat, sila hantarkan resume berserta gambar ukuran passport (dalam bentuk hard copy) (samada secara pos atau hantar tangan) ke alamat:

Tetuan Zulkifli Noordin & Associates

Tingkat 7, Wisma Yakin

Jaloan Masjid India

50100 Kuala Lumpur

Semua resume akan dikemukakan kepada pihak pengurusan hotel tersebut dan sebarang keputusan adalah hak mutlak hotel. Saya difahamkan setelah mendapat permohonan, pihak hotel akan menghubungi terus penama-penama tersebut. Saya sekadar menjadi perantara bagi pihak pengurusan hotel yang mahu memberikan peluang kepada lulusan pengajian Islam untuk meneroka bidang karier yang baru.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

18 Rejab 1431

30 Jun 2010

3 comments:

Idayu said...

tahniah dan syabas atas usaha berterusan YB dlm segala usaha ke arah menegakkan prinsip2 syariah islam..cume kl boleh YB usulkan pd PM agar hukum hudud dpt diperkenal n digunapakai d negara kita..

mm said...

We cannot feed them all, but we can facilitate most of them, if not all.

rahim shukor said...

uuiskk YB job kurang ke sekarang?...dah mula jadi ejen cari kerja plak!!!