01 July 2010

DUALAM

Salam 2 all.

Akhbar Washington Post yang diterbitkan pada 28.06.2010 melapurkan bahawa "Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad".

Ringkasnya, Anwar melahirkan kekesalan kerana mengutuk Yahudi dengan bahasa yang sama dengan Presiden Ahmadinejad. Kita semua tahu akhir-akhir ini, Anwar tiba-tiba muncul sebagai wira anti-Yahudi, anti-zionis sehingga menuduh Yahudi dan Israel sudah menguasai Kerajaan Malaysia.

Dan rakanbaik Anwar, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika zaman George W. Bush, Paul Wolfowitz (dalang pencerobohan Iraq) menyatakan bahawa mereka perlu memaafkan Anwar atas kesilapan dia itu!

Di Malaysia, dia menjadi hero memaki hamun Yahudi. Konon cerita Malaysia dalam bahaya kerana syarikat Israel menguasai kerajaan. Sehingga sanggup berdemo dimana bendera Israel dibakar. Maka rakyat dan umat terpedaya, menjulangnya sebagai wira Islam zaman ini. Para "mujahidin" turut berkompang, inilah dia penyelamat umat.

Tetapi bila di Amerika, lain cerita. Sehingga terpaksa melahirkan rasa kesal kepada Yahudi kerana bersuara saperti Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Maka melututlah "penyelamat umat" didepan Yahudi Amerika ini!

Itulah yang dilapurkan oleh akhbar Washington Post, akhbar yang dikuasai Yahudi yang kuat menyokong Anwar selama ini (saya lampirkan teks penuh lapuran itu untuk rujukan).

Lapuran ini jelas membuktikan apa yang telah kami Konsensus Bebas sebut beberapa nkali, politik cakap sana lain, cakap sini lain. Inilah politik dua alam. Tetapi saya tidak salahkan Anwar dalam hal ini, walaupun ianya membuktikan politik "cakap tak serupa bikinnya"; di Malaysia cakap lain, depan Yahudi cakap lain. Kerana bagi Anwar ini soal survival dia. Silap haribulan apabila terdedah kes liwatnya terhadap Saiful yang sedang dibicarakan ini, dia akan merengkok dalam penjara bagi tempoh yang lama! Oleh itu Anwar perlu lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan tengkuknya.

Tapi yang saya hairan ialah mereka yang masih bersekongkol dengan Anwar, menyokongnya tanpa usul periksa, tanpa bertanya. Takkanlah kita sudah buta sampai tidak nampak mainan politik Anwar. Alhamdulillah saya nampak dengan jelas bila saya diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam yang dibentuk oleh parti Anwar untuk membicarakan saya dalam isu kalimah ALLAH. Dan saya lawan walaupun saya akhirnya dipecat, saya bersyukur dan redho.

Saya seru rakan dan sahabat semua, marilah kita balik kepada perjuangan Islam yang tulin, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita lakukan kesilapan umat Turki yang silam, yang kononnya atas nama kemajuan dan pemodenan menyokong Kamal Attarturk secara membabi buta sehingga akhirnya hancur sebuah khilafah pemerintahan Islam. Sejarah itu adalah guru yang tidak berbohong. Ambillah iktibar daripadanya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

18 Rejab 1431

01 Julai 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar Washington Post bertarikh 28.06.2010)

June 30, 2010
OPINION: Flirting with Zealotry in Malaysia

by Jackson Diehl (June 27, 2010)

Anwar Ibrahim, the leader of Malaysia’s political opposition, has become known over the past decade as one of the foremost advocates of liberal democracy in Muslim countries. His many friends in Washington include prominent members of the neoconservative movement — such as Paul Wolfowitz, the former World Bank president and U.S. ambassador to Indonesia — as well as such Democratic grandees as Al Gore.

House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman

Lately, Anwar has been getting attention for something else: strident rhetoric about Israel and alleged “Zionist influence” in Malaysia. He recently joined a demonstration outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur where an Israeli flag was burned. He’s made dark insinuations about the “Jewish-controlled” Washington public relations firm APCO Worldwide, which is working for Malaysia’s quasi-authoritarian government.

Therein lies a story of the Obama era — about a beleaguered democrat fighting for political and personal survival with little help from Washington; about the growing global climate of hostility toward Israel; and about the increasing willingness of U.S. friends in places such as Turkey and Malaysia to exploit it.

First, a little about Anwar: While serving as deputy prime minister under Malaysian strongman Mahathir Mohamad in the 1990s, he began pushing for reforms — only to be arrested, tried and imprisoned on trumped-up charges of homosexual sodomy. Freed after six years, he built a multi-ethnic democratic opposition movement that shocked the ruling party with its gains in recent elections.

It now appears to have a chance at winning the next parliamentary campaign, which would allow Malaysia to join Indonesia and Turkey as full-fledged majority-Muslim democracies.

Not surprisingly, Anwar is being prosecuted again. Once again the charge is consensual sodomy, which to Malaysia’s discredit remains a crime punishable by whipping and a prison sentence of up to 20 years. Anwar, who is 63 and married with children, denies the charge, and the evidence once again is highly suspect. His 25-year-old accuser has confessed to meeting Prime Minister Najib Razak and talking by phone with the national police chief in the days before the alleged sexual encounter.

Nevertheless the trial is not going well. If it ends in another conviction, Anwar’s political career and his opposition coalition could be destroyed, and his life could be at risk: His health is not great. Yet the opposition leader is not getting the kind of support from the United States as during his first prosecution, when then-Vice President Gore spoke up for him. Obama said nothing in public about Anwar when he granted Najib a prized bilateral meeting in Washington in April.

After a “senior officials dialogue” between the two governments this month, the State Department conceded that the ongoing trial again had not been raised, “because this issue was recently discussed at length.” When it comes to human rights, the Obama administration apparently does not wish to be repetitive.

Anwar meanwhile found his own way to fight back. Hammered for years by government propaganda describing him as an Israeli agent and a Wolfowitz-loving American lackey, he tried to turn the tables, alleging that APCO was manipulating the government to support Israeli and U.S. interests. He also said that Israeli agents had infiltrated Malaysia’s security forces and were “directly involved in the running of the government.”

Najib describes Israel as “world gangsters.” But he quickly turned Anwar’s words against him; APCO has been peddling the anti-Israel statements around Washington.

Anwar is like Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, whom he regards as a friend and fellow traveler. Both know better than to indulge in such stuff. Both have recently begun to do it anyway — after a year in which the Obama administration has frequently displayed irritation with Israel. “If you say we are growing impatient with Israel, that is true,” Anwar told me. “If you say I am not too guarded or careful in what I say sometimes, that is also true.”

Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. “Why do I need to use it if it causes so much misunderstanding?” he said. “I need to be more careful.”

Many of the Malaysian’s friends are inclined to give him a break. “What Anwar did was wrong, but considering that he’s literally fighting for his life — physically as well as politically — against a government that attacks him as being ‘a puppet of the Jews,’ one should cut him some slack,” Wolfowitz told me.

But Anwar’s story can also be read as a warning. His transition from pro-American democrat to anti-Israeli zealot is sobering — and it is on the verge of becoming a trend.

4 comments:

a.k.a said...

Salam,

Sudah terang dan tak perlu bersuluh! Ini namanya politik global. DSAI sedar bahawa teori TDM adalah benar. Yahudi menguasai dunia melalui proksinya.

Saya merasakan DSAI akan terkejut apabila tembelangnya pecah oleh sebuah akhbar AS. Beliau mungkin tidak menyangka bahawa rahsia besarnya akan bocor.

Beberapa perkara yang perlu diambil kira: -

1. Penulis yang membocorkan rahsia ini MUNGKIN akan dipecat.

2. DSAI tidak menyangka bahawa DSN pun ada 'spy'.

3. Penyokong hardcore DSAI tetap tidak akan mempercayai artikel ini walaupun dengan terang bahawa penulis ini bukannya rakyat Malaysia. Kalau percaya pun, penyokong beliau tetap berada dibelakang beliau walaupun DSAI terpaksa membuat perjanjian dengan PM Israel jika perlu.

amir said...

Salam,

Saya sokong kenyataan YB ini..Dulu, saya juga sangat menyokong Anwar..tetapi setelah melihat perkara2 yang jelas dan nyata, saya menyesal..
Zaman teknologi ini bukan susah kita nak dapatkan maklumat..video, rakaman suara, gambar dan segala-gala nye dengan mudah boleh diperolehi...
Moga Allah memberi petunjuk pada kita semua...

ANUAR BIN SAFIAN said...

Kepada saudara Amir dan a.k.a dan juga kepada saudara Y.B zul,

sebagai seorang muslim kita perlu menyatakan kesahihan maklumat yang diterima samada melalui lisan atau penulisan. tidak adil jika kita menuduh melulu tanpa ada sokongan dan bukti jelas dan nyata. Jika kesalahan anwar hanya diletakkan semata-mata atas komentar beliau yang kadang-kala tidak disampaikan secara adil oleh media antarabangsa dan MALAYSIA maka ianya tidak boleh dipegang sebagai asas yang beliau melakukan kesilapan. Bagaimana dengan isu-isu yang besar dan hangat kini melibatkan APCO dan yang terbaru kemasukan Goldman Sach di Malaysia? saya tidak lihat Y.B sebagai ahli bebas menunjukkan kebebesannya untuk memberikan pendapat dan komentar kepada parti pemerintah berkenaan isu ini sedangkan perkara ini lebih merbahaya kerana yahudi dijemput oleh pemerintah dan berada dihadapan 'pintu' rumah kita. Janganlah menunjukkan sikap kita yang bobrok seperti pepatah kuman di seberang lautan’nampak sedangkan ‘gajah di hadapan mata tidak nampak’.

Saya tidak nampak satu komentar dan ulasan Y.B zul berkenaan masalah yang diwujudkan oleh pemerintah sedangkan masalah tersebut lebih besar daripada yang di'wujud'kan oleh parti pembangkang. Bersikap adil dalam menegur dan memberikan ulasan kerana Islam itu adil dan saksama.

sekian

Anuar bin Safian
Selayang

a.k.a said...

Anuar,

1. Penulis Jackson Diehl adalah dari Washington Post, bukan Utusan Malaysia. Jika penulis dari Utusan Malaysia, satu Malaysia takkan percaya.

2. Walau berjuta bukti yang cuba dibongkarkan mengenai 'keraguan' DSAI, penyokong fanatik tetap akan tidak mempercayainya. Malah mereka menganggap bahawa Jackson Diehl, seorang Yahudi bersekongkol dan menerima 'payroll' dengan Kerajaan Malaysia.

3. APCO lagi? USA is Greater Israel and Israel is other USA. Then we Malaysian should also condemned and boycott other American goods and services trading in Malaysia like Levi's, McDonald's, Tommy Hilfiger, DKNY, Ralph Lauren, IBM, Intel, Calvin Klein, Black & Decker, Nokia, Timberland, Starbuck Coffee, Coca Cola (rrrr), Nestle, Sara Lee, Unilever products like Colgate, etc...

4. Walaupun kuman tapi ia sangat merbahaya. Ia umpama virus yang boleh menyebabkan kemudaratan seperti Ebola, H1N1, Spanish Flu, malaria, nipah etc..