29 July 2010

HARAMKAN DAP!

Salam 2 all.

Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Sya'ban 1431
29 Julai 2010

8 comments:

kingnek said...

setuju dengan pendapat YB Zul, baru sedar ya, si Brader Anwar Bin Ibrahim tu, memang tak boleh dipercayai!

Hanya Sebuah Pandangan said...

saudara Zul,

Jika DAP harus dihapuskan kerana sikap cauvanis (melayu bukan cauvanis juga kah?)mereka suka mencetuskan perbalahan (Mei 1969) maka UMNO juga harus juga diharamkan kerana mengkhianati orang melayu (tanah melayu seperti kerpan, sungai buaya dsbnya, budaya melayu (JAWI dan sebagainya), Raja melayu (kes 1993 dan menteri besar perak iaitu bapa tajul rosli), politik wang yang sangat berleluasa dan sebagainya yang tiada apa-apa tindakan lagi. Saya cabar saudara Zul agar didesakkan UMNO diharamkan dan tubuh parti melayu yang lebih demokratik. Keluarkan semua tindakan pengkhianatan kerajaan BN sekarang dan bukan hanya sekadar menyerang pihak pakatan. segala ketidaksetujuan dan pandangan yang berbeza sila emel notoracist@gmail.com

salam,

Achmad Abdollah

rosman_slim said...

salam YB.sy bersetuju dgn saranan yb itu.apa yg berlaku pd masa ini memang ada mirip2 persamaan,percikan2 bunga2 api yg telah berlaku pd MEI 1969 berdasarkan laporan MAJLIS GERAKAN NEGARA yg diterbitkan 19hb.oktober 1969.Ditambah pula keadaan sekarang ini mendapat sokangan dan dokongan batu api PKR serta pak turut dan pak hangguk PAS,menjadi2 BESAR KEPALA DAP yg tidak dibendung dan ditangani akan berpisang berbuah 2 X.JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN PELANDUK TETAPI PELANDUK KEKADANG ALPA AKN JERAT.

Ashaabul Kahfi said...

sALAM YB

Apa kata YB menjemput "yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat" bermuzakarah mencari satu suara satu pendapat. Kerana Tuhan kita satu, Nabi kita satu, kitab kita satu. Pasti kita boleh mengambil satu pendirian. Asalkan ianya berlandaskan Al Quran dan sunnah.Janganlah asik hantam saja..islam tu kan nasihat..kita bukan nak cari siapa yang menang,tapi siapa yang benar...Sya paham niat murni YB..tapi lebih murni kita buat muzakarah..

Razib said...

Salam Bro Zul,

What is increasingly diminishing rather quickly in Malaysia's politic is politician with conviction. Politician like you is rare species and becoming extinct. Most of your political "friends" are rather timid or should I use word "poli-TIKUS". I see many timid politician hiding behind "Rakyat". You as politician should lead rakyat. It may bitter medicine for rakyat but if that is the right path for rakyat just say what you have to say as true leader of rakyat. No spin doctor please.

Salam,

Political observer from far.

AZHAR Bin Ariffin said...

YB.... Mohon bantuan YB. Ibu saudara saya dihalau keluar dari tanahnya yang telah dilelong di Serdang, Kedah yang didudukinya lebih 20 tahun. Dia seorang ibu tunggal yang layak untuk PPRT.

Masalahnya mula2 tapak tanah rumahnya dilelong bank, dibeli oleh seorang cina dan kemudiaannya di jual kepada seorang lawyer cina di PP katanya dengan harga 1juta. Kemudian lawyer ini arahkan dia keluar tanpa apa2 pampasan dan tidak dibenarkan punggah rumahnya dengan alasan jumlah 1juta termasuk semua. Bila dirujuk kepada bank, kata bank yang dilelong hanyalah tanah.

Mohon sangat2 bantuan YB. Ibu saudara saya namanya Masbah Basri, no telephon yang boleh dihubungi:012-4507462.

Bantuan YB saya dahulukan dengan ucapan ribuan Terima kasih.

Azhar Ariffin
azhardguinee@yahoo.com

Tam said...

teruskan YB pembongkaran pembuangkang pakatan DAP ni,harap2 pada penyokong parti2 yg fanatik sangat tu sedar2 la sikit,jangan menang sorak negara tergadai macam yg berlaku di pulau pinang dan selangor,baru menang negeri dah nak dipinda perlembagaan,apa jadi kalau menang 1malaysia.?dah tentu puak puak ni akan pinda perlembagaan negara pula untuk kepentingan pihak mereka tu..tapi bagi aku apa yang paling amat teramat lagi sangat menyedihkan pabila PAS sanggup peluk DAP daripada peluk UMNO,sedih teramat sangat... jangan la mengharap pada kehidupan yang lebih baik kalau yg sedia ada pun kita tak tahu menghargainya.

apeng said...

alhamdulillah bersyukur kepada Allah diatas rahmatNya.pada saya yb telah menunaikan salah satu tanggungjawabya iaitu menegur menggunakan lidah(dalam konteks mata pena didalam blog).lebih molek jika yb luaskan teguran yb kepada kerajaan juga,sementelah kerajaan juga ada melakukan kesilapoan/kesalahan.pinta hanya satu,kita boleh berpolitik dan berbeza pendapat tapi dalam hal berkaitan daulah islamiah kita mesti bersatu.to razib everything is not from political view.ingat al-quran dan as sunnah yang ditinggalkn nabi kepada kita.itulah pegangan hakiki.wallahualam..